28 Okt 2007

Nasharuddin Tantawi ganti Idris Ahmad

Posted on Thursday, May 31 @ 12:50:01 MYT by greenboc
Pelbagai ustnasUstaz Nasharuddin Hassan @ Tantawi menang tanpa bertanding untuk jawatan Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat setelah penyandang jawatan, Ustaz Idris Ahmad menarik diri.

AJK PAS Pusat, Dato' Wan Mutalib Embong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Buruk telah mengumumkannya. Beliau juga mengumumkan syarat-syarat mereka yang layak untuk memilih selain memaklumkan had masa untuk pembuangan undi.


Jawatan Ketua Pemuda PAS kekal kepada Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayob setelah menang tanpa bertanding.

Jawatan Pengerusi Tetap pula kekal kepada Ustaz Misbahul Munir Masduki sementara jawatan Naib Ketua menyaksikan pertandingan antara Ahmad Sabki Yusof dengan wakil Terengganu, Azman Shapawi Abdul Rani.

Pemeriksa kira-kira pula disandang tanpa bertanding oleh Muzammil Hafiz dan Jamil Saring.

"Oleh itu jawatan selainnya akan dipertandingkan dan kertas-kertas pengundian akan diberi kepada mereka yang ada kelayakan mengikut bilangan yang ditentukan oleh pemeriksan kertas undi nanti," kata Wan Mutalib.

Bagi jawatan Exco Permuda PAS pula 29 nama disenaraikan bertanding kali ini antaranya ialah, Abdul Hamid Jamal, Adli Zahari, Adram Musa, Ahmad Baihaki Atiqullah, Ahmad Nazri Chik, Ariffin Deraman, Fadli Ghani, Fadli Ramli, Firdaus Jaffar, Kamal Ashaari, Kahiruddin Othman, Kahirul Faizi, Musoddak Ahmad, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, Norazli Musa, Raja Ahmad Iskandar, Ridhuan Mohd Noor, Salaheen Mukhyi, Suhaizan Kayat, Wan Shukairi Wan Abdullah, Zaharuddin Muhammad, Zaki Ibrahim, Zolkarnain Abidin Al-Hafis dan Zuraizan Abdulah.

Pemilihan kali ini adalah Jawatankuasa Pemuda PAS bagi sesi 2007/2009.

Wan Mutalib memperingatkan kepada perwakilan supaya memastikan undian dibuat mengikut apa yang disyaratkan atas kertas.

Peti undi yang digunakan kali ini adalah peti undi yang 'transparent' dan kertas undi yang digunakan berwarna mengikut jawatan-jawatan yang dipertandingkan.

Warna oren bagi jawatan Timbalan Pengerusi Tetap, kuning bagi jawatan Naib Ketua sementara hijau untuk Exco. - mks.

Ubahsuai berita dari Harakahdaily
oleh greenboc

Tiada ulasan: