15 Okt 2014

Akhirnya Tamrin Keluar PAS... PAS Bukan Lagi FOR ALL...

Anak bekas timbalan perdana menteri Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar hari ini menghantar surat kepada setiausaha agung PAS menarik diri dari menjadi ahli parti Islam itu.

Tamrin berkata beliau tidak lagi menganggotai PAS berkuatkuasa hari ini.

"Adalah diharapkan pihak Yang Berbahagia Datuk dapat mengemaskinikan rekod keahlian saya berkaitan keputusan ini," kata Tamrin yang juga bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) itu.

Ibu pejabat PAS mengesahkan penerimaan surat bertajuk "Menarik diri sebagai ahli PAS" dari Tamrin itu.

ULASAN GB

Petikan beberapa ulasan dari media sosial:

Ahmad Lutfi xxxxxx: Terkedu dgr laporan Tamrin Tun Ghafar undur diri daripada PAS

Syed Mohd xxxx: Cuba lah kita fikir kenapa orang menjauhkan diri dari kita dari kita asyik fikirkan orang tu tak baik dan tak sesuai dengan kita yang baik..

Mohamad Jusof xxxx: Datuk Tamrin jgn dipandang lekeh.. beliau banyak membantu PR menang Parlimen Bukit Katil ... di Melaka ... TQ Datuk Tamrin

Ahmad Saifullah xxxxx: mungkin ramai yang tidak akan meninggalkan Pas tetapi ramai yang tidak akan mengundi Pas jika calonnya pd PRU 14 nanti adlh geng UG..

Mohamad xxxxxx: PAS patut sedar kenapa hal2 keluar parti ini berlaku dikalangan ahli2 baru...

Kasturi xxx: Beliau menyertai PAS kerana menyangkakan PAS For ALL tetapi hakikatnya dia dapat bukan, dia mendapati PAS for ULAMA...









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Jawapan Perodua Kurang Meyakinkan


Laporan media sosial: Beberapa keping gambar tersebar di laman sosial menasihatkan pemilik kereta Myvi atau Alza supaya berwaspada. Sudah terjadi beberapa kes gandar belakang kereta Perodua tercabut terus (walaupun kereta baharu)...sayangi nyawa anda. Jangan terus percaya pada kualiti kereta anda.

JAWAPAN PERODUA:

PERUSAHAAN Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) semalam, menjelaskan beberapa keping gambar yang disebarkan dalam media sosial menggambarkan belakang akhir gandar sebuah Perodua Alza terpisah daripada bingkai.

Presiden Perodua dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Amnar Rashid Salleh berkata, kerosakan yang ditunjukkan dalam gambar tersebut disebabkan pelanggaran antara Perodua Alza dan kenderaan lain.

"Dalam beberapa posting, mereka mendakwa bahawa kenderaan itu rosak akibat kawalan kualiti rendah. Kami ingin menegaskan bahawa Perodua tidak bertolak ansur terhadap kualiti dan kawalan kualiti sama ada dalam pengeluaran, jualan dan juga perkhidmatan selepas jualan kami," katanya dalam satu kenyataan media, semalam.

Aminar Rashid berkata, komitmen terhadap kualiti adalah satu komponen teras dalam setiap empat tonggak transformasi iaitu transformasi pengeluaran; transformasi produk; pembangunan dan penyelidikan dan transformasi perolehan; dan transformasi kepuasan pelanggan.

"Kami ucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami atas sokongan mereka. Perodua akan ambil apa sahaja tindakan yang perlu untuk melindungi nama dan imej dari sebarang bentuk fitnah dan libel," katanya. -SH

ULASAN GB

Jawapanbalas dari Perodua nampaknya kurang fakta dan kurang meyakinkan.

Benarkah kenderaan-kenderaan tersebut terbabit dengan kemalangan? Sebab tiada kesan perlanggaran di bahagian belakangnya dan tidak pula dimajukan fakta tepat bila, di mana dan siapa yang terlibat jika benar ia kemalangan.

Kedua, menuding bahawa ia rekaan atau fitnah tidak samasekali boleh memadamkan kebenaran. Melihat kepada gambar-gambar berkenaan, sukar untuk menepis dakwaan mengenai kualiti rendah kenderaan berkenaan oleh pengeluarnya.

Kita berharap mereka yang terlibat dengan penyebaran gambar tersebut dapat tampil ke hadapan untuk menjelaskan "hal sebenar" supaya ia dapat mendedahkan kebenaran.

Rasanya sudah sampai masanya Undang-undang Lemon diperkenalkan bagi melindungi pemebeli kenderaan.

‘Undang-Undang Lemon’ lindungi pembeli kenderaan, kata persatuan pengguna


Adakah pembeli kereta lebih suka mendapat ganti baru bagi kenderaan yang rosak atau cuma membaikinya sahaja sepanjang tempoh jaminan?

Ekoran peningkatan aduan tentang pembelian kenderaan dan perkhidmatan selepas jualan, satu kumpulan pengguna mahu "Undang-Undang Lemon" diperkenalkan di sini bagi membolehkan pengguna membuat tuntutan terhadap produk rosak yang terjual dalam masa singkat.

Pengarah Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) Ratna Devi Nadarajan berkata, sebanyak 4,915 aduan diterima tahun lalu, kebanyakannya berkait dengan keluaran kereta baru oleh pengilang terkemuka, tempatan dan antarabangsa.

"Daripada aduan, jumlah kerugian daripada industri automobil mampu mencecah kira-kira RM22 juta," katanya kepada The Malaysian Insider sebelum satu seminar membincangkan undang-undang ini diadakan Kuala Lumpur, minggu ini.

Undang-Undang Lemon memberi peluang kepada pengguna menukar produk jika mereka dapat membuktikan kerosakan yang dihadapi berpunca daripada kesilapan pengilang.

Di negara lain, undang-undang itu meliputi produk am seperti barangan elektrik, elektronik serta perabot.

Di Amerika Syarikat, Undang-Undang Lemon membenarkan pengguna menukar pembelian kereta (kemudiannya diguna pakai terhadap barangan pengguna lain) bagi menggantikan produk yang gagal memenuhi standard kualiti dan prestasi.

Singapura, Filipina, China, Jepun, dan Korea Selatan mempunyai undang-undang sedemikian yang melindungi penggunanya termasuk pembelian kenderaan.

Ratna berkata di bawah Undang-Undang Lemon, pengguna berhak mendapat barang ganti, pengembalian wang dan pengurangan harga kerana kerosakan sesuatu produk.

"Buat masa ini, klausa jaminan yang tidak jelas tidak memberi perlindungan sepenuhnya kepada pembeli kenderaan," katanya sambil menambah pengeluar dan agen sering lepas tangan apabila tamat tempoh jaminan.

Katanya, beban kini terletak di bahu pengguna bagi membuktikan kenderaan mengalami kerosakan semasa awal pembelian.

"Jika undang-undang ini diguna pakai, beban akan dipindahkan kepada pengeluar dan ejen mereka," katanya.

Katanya, NCCC mahu kerajaan menggubal undang-undang itu kerana kereta keluaran baru dijual di Malaysia agak mahal kerana dikenakan cukai, malah tidak ada badan kawal selia untuk pengguna membuat aduan kenderaan.

Katanya, NCCC berjumpa dengan beberapa pegawai kerajaan dalam usaha agar Undang-Undang Lemon dilaksanakan tetapi mendapat sambutan hambar.

"Kita akan teruskan mendesak agar undang-undang ini dilaksanakan, sama ada secara berasingan atau dimasukkan dalam undang-undang sedia ada yang berkaitan kepenggunaan," katanya.
-TMI










IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



[VIDEO & GAMBAR] Puting Beliung Landa Pendang & Kuala Kedah


Alor Setar: Sekurang-kurangnya 10 buah rumah di Pendang dan Kuala Kedah di sini, rosak akibat dilanda puting beliung, petang Selasa.

Kejadian kira-kira pukul 4 petang itu turut menyebabkan sebuah sekolah di Kampung Alor Besar di Pendang, dekat sini terjejas teruk apabila bumbung bangunan diterbangkan dan makmal komputer dikatakan mengalami kerosakan.

Berdasarkan maklumat, angin berpusar setinggi bangunan empat tingkat itu dilihat terbentuk sejurus hujan lebat melanda.

Ia turut menerbangkan bumbung dan dinding beberapa rumah di Kampung Alor Besar.

Turut mengalami kerosakan, tiga buah rumah di Taman Seri Kota di Kuala Kedah akibat insiden sama.

Jurucakap Polis Daerah Pendang ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Beliau berkata tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

"Jumlah kerosakan masih dalam siasatan," katanya.

Seorang anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Pendang, Ishak Omar, berkata kejadian itu melibatkan kerosakan harta benda yang teruk.

Sementara itu, seorang penduduk Kampung Alor Besar berkata pusaran angin itu yang tiba-tiba datang dari arah utara menyebabkan penduduk kampung bertempiaran lari menyelamatkan diri.

Mohd Hafiz Abu Bakar, 31, berkata beliau sedang bekerja di sawah di belakang rumahnya ketika ternampak puting beliung menghala ke arah rumahnya.

Sejurus itu, beliau nampak bumbung rumah berterbangan di udara dan terus bergegas pulang ke rumahnya bagi menyelamatkan isteri, Noor Rusila Aziz, 24, dan dua anaknya Mohamad Irfan, 2, dan Nur Aisyah Dayana yang berusia empat bulan.

"Bila sampai rumah saya tengok bumbung rumah dan dinding rosak teruk dipukul puting beliung. Saya syukur sebab isteri dan dua anak selamat," katanya kepada Bernama ketika ditemui di tempat kejadian.

Mohd Hafiz berkata akibat kejadian itu, hampir 90 peratus rumah dua tingkatnya, yang sebahagian batu dan sebahagian papan, rosak teruk selain kesemua barangan dalam rumahnya termasuk perabut dan barangan elektrik rosak dihempap serpihan kayu.

Beliau menganggarkan kerugian kira-kira RM50,000.

Noor Rusila pula berkata ketika kejadian, beliau dan dua anaknya berada di dalam bilik sebelum terdengar bunyi deruman angin kuat.

"Saya tak berani nak keluar rumah sebab takut. Saya duduk dalam bilik dengan dua anak dan berserah kepada Allah swt dengan apa yang berlaku," katanya.

Mohd Hafiz dan keluarganya kini menetap di rumah ibu bapanya yang terletak berhampiran rumah mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Alor Besar Norzizan Jaafar berkata kejadian itu berlaku kira-kira 20 minit menyebabkan orang ramai lari lari menyelamat diri.

"Ini merupakan kali pertama puting beliung berlaku di sini. Sekolah Kebangsaan Alor Besar rosak.

Banyak rumah yang mengalami kerosakan teruk dengan hampir kesemua bumbung diterbangkan angin selain ada rumah dihempap pokok tumbang," katanya ketika ditemui di tempat kejadian. -mstar
















IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Nik Amar Kata UMNO Jujur, Sekarang Ini Jawapannya!


Hudud: Empat kali mesyuarat wakil Umno tidak hadir

KOTA BHARU: Sehingga kini Umno Kelantan belum menghantar wakil menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang diwujudkan kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta, Datuk Nassuruddin Daud berkata, surat jemputan sudah dihantar kepada Umno Kelantan bagi menghadiri mesyuarat jawatankuasa berkenaan.

“Setakat ini sudah empat kali mesyuarat diadakan. Begitu juga Majlis Peguam belum menghantar wakil sehingga sekarang,” katanya menjawab soalan Mohd Roseli Ismail (PAS-Kemuning) pada persidangan Dun hari ini.

Jawatankuasa terbabit dipengerusikan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Abdullah, manakala ahli lain iaitu anggota Exco kerajaan negeri, Ketua Hakim Syarie Kelantan, Mufti, peguam syarie dan sivil, ahli akademik.

Selain itu wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Penjara.

Roseli sebelum itu mencelah mungkinkah tidak ada calon yang layak daripada Umno sehingga tidak menghantar wakil menghadiri mesyuarat tersebut.

“Atau ada kalangan mereka tidak faham kewajiban pelaksanaan perundangan syariah,” ujarnya.

Sebelum itu Zawawi Othman (BN-Semerak) mencadangkan supaya pelaksanaan hudud dikuatkuasa terhadap wakil-wakil rakyat di Kelantan terlebih dahulu.

Nassuruddin berkata, perundangan Islam tidak terhadap terhad golongan tertentu sahaja kerana hukumnya meliputi semua orang yang beragama Islam.

Katanya juga, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai langkah dan usaha bagi merealisasikan perundangan tersebut termasuk mewujudkan Sektretariat Tetap Enakmen Kanun Jenayah Syariah II yang dipengerusikan anggota parlimen Kota Bharu, Datuk Takiyuddin Hassan.

Selain itu mewujudkan Jawatankuasa Pindaan Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah 2014 (Taazir) yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Kelantan.

Kerajaan negeri juga menganjurkan forum perdana Hudud Penyelesaian Masalah Ummah pada 27 dan 28 Okktober tahun lepas.

Diskusi perundangan syariah, pembentangan cadangan penambahbaikan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, diskusi cadangan penambahbaikan enakmen tersebut,

Bengkel mengenai Qarinah Hamil da Kelahiran Anak sebagai keterangan bagi pensabitan zina.

“Kerajaan negeri turut mempromosi Enakmen Kanun Jenayah Syariah II dengan pengedaran pelekat kereta dan mewujudkan kiosk syariah di bandar Kota Bharu sebagai pusat penerangan dan dokumentasi,” katanya. - HARAKAHDAILY 13/10/2014

ULASAN GB

Maka berjalanlah hukum kebenaran dan keadilan.

Dahulu beriya-iya kata UMNO Kelantan akan menyokong cadangan pelaksanaan hukum Hudud di negeri Kelantan.


Sampaikan TMB Kelantan, Nik Amar buat kenyataan supaya ahli PAS tidak perlu meragui kejujuran UMNO.




Sekarang apa jadi?

Memanjang kena tipu dengan UMNO..... bila kita kata golongan pro-ulama (UG) ni bebal, tahu masing-masing nak melenting!

Berkali=kali kita sampaikan hadith Rasulullah s.a.w maksudnya: Seorang mukmin tidak akan jatuh ke dalam satu lubang dua kali. Riwayat Bukhari dan Muslim.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI