4 Sep 2014

[GEMPAR] Hadi Mahu Exco PAS Sebagai MB Selangor?


Hadi mahu exco PAS jadi MB Selangor, lapor akhbar

Krisis menteri besar (MB) Selangor bakal bergolak lagi selepas PAS dilaporkan menghantar nama tiga ahli majlis mesyuarat negeri (Exco) mereka untuk jawatan tertinggi negeri itu.

Akhbar berbahasa Inggeris The Star Online melaporkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menghantar tiga nama kepada istana Selangor untuk dipertimbangkan sebagai MB Selangor.

Sumber memberitahu akhbar itu, Hadi sendiri menandatangani surat yang dihantar ke istana Selangor itu.

Menurut akhbar berkenaan, tiga nama yang dihantar Hadi untuk dipertimbangkan Sultan Selangor sebagai pengganti Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi and Dr Ahmad Yunus Hairi.

Menurut The Star Online, seorang pegawai kanan Hadi "tidak menafikan surat sedemikian dihantar" tetapi mengatakan biarlah pemimpin parti yang memberikan kenyataan.

"Ini adalah perkara sulit dan saya tidak boleh berbincang mengenainya," katanya seperti dilaporkan The Star Online.

Langkah PAS ini akan meretakkan lagi hubungan parti Islam itu dan parti komponen Pakatan Rakyat (PR) PKR dan DAP, yang hanya menamakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon MB Selangor.

Hadi dan Majlis Syura PAS sebelum ini secara terbuka menyokong Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor walaupun PKR dan DAP mahu menggantikan beliau.

Bagaimanapun, selepas PKR memecat Khalid, PAS pada 17 Ogos mengubah pendiriannya dan bersetuju menyokong Dr Wan Azizah, tetapi turut menamakan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali sebagai calon pengganti Khalid. -TMI


Hadi wants Selangor MB post for PAS

PETALING JAYA: The Selangor Mentri Besar crisis has taken a new twist – PAS is believed to have submitted the names of its three executive councillors for the post.

The letter from PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang was sent before the Sept 3 deadline given to submit “more than two names” for the post following Mentri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim’s sacking from PKR, according to state sources.

They said that Hadi personally signed the party' letter to the palace, naming three of the party’s exco members in the state administration as candidates.

The three are Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi and Ahmad Yunus. The other PAS member in Khalid's exco is Dr Halimah Ali.

When The Star contacted a senior aide of Hadi for his comment, the aide did not deny such a letter was submitted, saying that it was up to the party’s leadership to make a statement on the matter.

From left: Iskandar Abdul Samad, Sallehin Mukhyi and Ahmad Yunus

“These are confidential matters and as such, I cannot discuss them,” he said.

The letter will be seen as an affront to the consensus agreed by the other Pakatan Rakyat allies - PKR and DAP - which had agreed to submit only PKR president Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail’s name to the palace for consideration.

PAS has insisted that more that two names should be submitted in accordance with request of the palace.
-The Star


ULASAN GB

Jika benar berita di atas, keputusan Mesyuarat AJK PAS pun dah tak digunakan. Tiba-tiba PAS tuntut jawatan MB. berulang lagi sejarah hitam Kota Damansara. Siapa yang tandatangan watikah?

Katakanlah berjaya (rasanya mustahil) .... agak-agaknya berapa lama boleh bertahan sebagai MB?

KATAKAN TIDAK KEPADA KERAJAAN PERPADUAN!









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Menjawab Tulisan Subky, PAS Yang Lebih Teruk Rugi Tanpa PR!


Jangan ingat PAS sahaja yang rugi Oleh SUBKY LATIF

TS Muhammad Muhd Taib, ahli PAS dan bekas Menteri Besar Selangor mengingatkan kerugian besar bagi PAS kiranya keluar daripada Pakatan Rakyat dan saya yakin beliau pun tahu PAS tidak akan keluar daripada Pakatan kecuali dikeluarkan atau DAP dan PKR keluar daripada Pakatan Rakyat.

Yang rugi jika PAS terkeluar daripada Pakatan Rakyat atas apa sebab jua, bukan sekadar PAS tetapi semua kerabat kumpulan itu termasuk DAP malah Anwar Ibrahim sendiri.

Jangan fikir PAS saja akan hilang banyak kerusi, PKR juga akan hilang. PKR tidak boleh bergantung pada undi bukan Melayu saja. Sebahagian daripada undi Melayu masih bersama Umno. Jika berlaku pertandingan tiga penjuru antara BN, PAS dan PKR, jangan fikir PAS yang kalah bahkan PKR juga akan ada yang kalah.

DAP mungkin dapat pertahankan banyak kerusi kerana tidak bergantung kepada undi Melayu, tetapi ia akan hilang penyokong Melayu di seluruh negara. Melayu Umno memang tidak menyokong DAP. DAP boleh masuk kampung sekarang kerana ia di bawa oleh penyokong PAS. Kalau PAS sudah tidak bersamanya, mungkin ia terpaksa mengambil 50 tahun lagi untuk jadi parti Malaysian Malaysia.

Masa itu bukan saja Lim Kit Siang sudah mendiang, Guan Eng juga mendiang. Buat Brother Anwar, apa pula ruginya? Almarhum tanpa jadi Perdana Menteri. Yang ikut merasa sedih dengan gara-gara Langkah Kajang sekarang bukan penyokong Pakatan saja, Tun Musa Hitam yang ingin melihat demokrasi itu subur juga terkilan dengan cara politik Selangor ditangani.

Yang menggelapkan peluang Pakatan bukan kerana PAS akan keluar daripada Pakatan tetapi salah Langkah Kajang yang bukan saja sekadar bagi membuang Khalid Ibrahim tetapi sudah seperti hendak meminggirkan PAS daripada Pakatan.

PAS sudah menyedari perlunya sokongan Cina dan India sebelum Anwar Ibrahim masuk sekolah rendah. Pengasas dan pemimpin pertama PAS, Haji Ahmad Fuad telah mengingatkan PAS perlu mengambil kira kehadiran bukan Melayu dalam masyarakat Tanah Melayu. Prof. Zulkifli Mohamad, timbalan kepada Dr. Burhanuddin al-Hilmy telah mengusulkan kepada Muktamar PAS supaya membuka pintu PAS kepada keahlian bukan Melayu, tetapi tidak berjaya.

Sebelum ada Pakatan, semasa Anwar masih dalam Umno, PAS mencari jalan untuk berbaik dengan DAP tetapi tiada laluan. Bahkan ketika masyarakat Cina membuka mata pada PAS dan sedia bersamanya menjelang PRU 1986, PM Mahathir dan TPM Anwar telah mensabotaj pendekatan PAS hingga kecenderungan masyarakat Cina kepada PAS musnah.

PAS membawa Lim Kit Siang naik ke Markaz Tarbiyah PAS di Taman Melewar sebelum Anwar dan Wan Azizah masuk ke situ. Sebaik Anwar ditahan, mungkin semasa dia pengsan dipukul Ketua Polis Negara, PAS mengepalai pembentukan GERAK menganjurkan perhimpunan besar seluruh negara bersama DAP membantah kezaliman terhadap bekas TPM itu.

Demikianlah besarnya minat PAS kepada masyarakat bukan Islam sedang semua tahu bukan Islam tidak begitu cenderung kepada PAS kerana pejuangan Islamnya.

Terima kasih adanya Pakatan Rakyat, PAS suka kepada Cina dan India DAP, dan DAP suka kepada PAS kerana PAS dapat membawa pimpinan DAP jumpa orang Melayu di kampung-kampung. Jika DAP dan Cina tidak suka PAS, PAS tetap sukakan Cina dan India serta DAP, mungkin lebih daripada mereka suka kepada PAS.

Dari mula PAS tidak berganjak terhadap Pakatan. Cuma rakan Pakatan tidak membantu PAS untuk merongkai perbezaan yang sesungguhnya banyak. PAS tidak dapat beri lebih daripada yang dimampunya.

ULASAN GB

Membaca secara sepintas lalu, mungkin ramai yang bersetuju dengan pandangan Subky di atas. Tetapi jika dibuat tinjauan lebih mendalam, banyak perkara boleh dipersoalkan.

Balik ke pangkal: Subky mengandaikan bukan PAS saja yang rugi jika PAS keluar (atau dikeluarkan?) dari PR, malah semua kerabat PR akan rugi.

Namun pada pendapat GB, soal sekarang ialah jika PAS keluar dari PR, siapa yang rugi paling besar?

Kita perlu buat kajian dan analisa tersebut secara objektif dan matang kerana di dalam Islam kita telah diajar supaya "memilih yang terkecil dari dua mudharat".

Perlu diingat bahawa majoriti ahli PAS (hasil keputusan muktamar beberapa tahun) keputusannya ialah mereka mahu memperkukuhkan PR. Begitu juga keputusan pemilihan jawatankuasa PAS Pusat. ramai perwakilan memilih mereka dari kalangan professional yang pro-Pakatan Rakyat, maka majoriti AJK PAS Pusat adalah dari golongan professional. Itu kehendak ahli. Kekalahan Nik Amar bertanding untuk jawatan Timbalan Presiden PAS disamping kemenangan Salehuddin Ayub dan Husam Musa untuk jawatan Naib Presiden adalah juga pengesahan terhadap senario itu.

Meninjau kepada keputusan pilihanaraya umum pula, kita mendapati PAS menerima banyak menafaat berbanding semasa sebelum ada Pakatan.

Ramai yang mengundi PAS itu bukan ahli PAS, terutama golongan muda. Mereka adalah penyokong Pakatan Rakyat. Tak kira bangsa Melayu atau bukan-Melayu. Mereka sudah muak, meluat malah geli geleman dengan UMNO BN. Maka dengan sebab itu timbul ABU (Asal Bukan UMNO).



Katakanlah jika PAS keluar atau dikeluarkan dari PR, anak-anak muda ini masih tetap menyokong/mengundi PR... malah ramai ahli PAS juga akan undi PR sebab keputusan muktamar sendiri membuktikan majoriti ahli PAS mahu memperkukuhkan PR. Mereka tahu hanya melalui PR, PAS boleh ke Putrajaya.

Senario lebih buruk akan berlaku jika PAS masuk BN untuk berkerjasama dengan UMNO. Majoriti ahli PAS akan tinggalkan PAS dan mereka akan tetap memberi undi kepada Pakatan Rakyat.
Malah sudah ada suara yang mahu parti Islam yang baru ditubuhkan dan GB yakin ia takkan sama macam BERJASA kerana kali ini yang menyokong parti yang baru ini ialah kalangan majoriti di dalam partyi Islam yang ada sekarang.

Memang akan berlaku satu tempoh peralihan (transition period) dimana tanpa PAS, PR akan mengalami sedikit kemerosotan. Tetapi undi bukan Melayu masih mantap bersama PR dan seperti yang GB katakan tadi PR akan tetap dapat sokongan sebahagian besar ahli-ahli PAS walaupun tidak 100%.

Pihak yang paling teruk rugi ialah PAS sendiri, umpama berkain singkat, diangkat ke atas di bawah terlapang, ditarik yang bawah yang atas pula terlopong.

Silap-silap haribulan jika tidak bersama PR, zaman PAS hanya mempunyai 1 kerusi di parlimen dan dua kerusi DUN di Kelantan bakal berulang!







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Jadi, Kerjasama PAS - UMNO Bukanlah Fitnah Ya?


Ulama PAS akui 2 Adun gagalkan usaha kerjasama dengan Umno

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali mengakui tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti itu menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri besar Selangor menggagalkan usaha mereka untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim melalui kerjasama dengan Umno.

Melalui satu tulisannya yang disiarkan dalam laman Facebook rasmi PAS semalam, Khairudin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus berkata tindakan dua Adun itu secara teknikalnya menyebabkan Khalid tidak boleh lagi dikekalkan sebagai menteri besar kerana bilangan majoriti Adun tidak memihak kepadanya.

"PKR dan DAP yang hanya mempunyai 28 Adun menyokong bertambah menjadi 30 Adun, hasil sokongan 2 Adun PAS.

"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.

"Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar 2 nama sebagai calon MB menggantikan Khalid," tulis beliau yang lebih dikenali dengan nama Takiri, sempena tempat kelahirannya di Seberang Takir, Kuala Terengganu.

Pengakuan Khairudin ini selari dengan apa yang dilaporkan The Malaysian Insider sebelum ini terdapat usaha daripada PAS untuk bekerjasama dengan Adun Umno bagi membentuk kerajaan di Selangor.

Dalam laporan itu, menurut seorang Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS, Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri mengaku berbincang dengan Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali untuk membentuk kerajaan bersama 12 Adun Umno di Selangor.

Namun Setiausaha Politik Presiden PAS Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menafikan berita itu dan berkata tidak pernah ada usaha sebagaimana yang dilaporkan.

Semalam, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa berkata, Umno sedang memancing PAS untuk bekerjasama dengannya di Selangor dan sasaran akhir mereka adalah untuk mendapatkan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat bagi membolehkan persempadanan semula kawasan pilihan raya diluluskan atas nama kepentingan Melayu.

Dua Adun PAS Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) menandatangani akuan berkanun (SD) bagi menyokong pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar Selangor.

Dalam tulisannya bertajuk "Ke mana PAS mahu dibawa" ini, Khairudin berkata, isu dua Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu menteri besar Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli parti yang prihatin dengan adab berjemaah anjuran Islam.

Katanya, keputusan Majlis Syura Ulama yang bersidang pada 6 Ogos 2014 yang mengambil ketetapan untuk mengekalkan Khalid sebagai menteri besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan dua Adun tersebut.

"Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua.

"Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai hero atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat," kata Khairudin.

Khairudin berkata, tindakan pimpinan pusat ini menyokong Adun yang bersikap tidak mempedulikan keputusan Majlis Syura Ulama itu jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulama PAS oleh kepimpinan tertinggi parti.

"Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama," katanya.

Sehingga kini, katanya, berpuluh aduan dan usul dikemuka dan diluluskan pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agong kawasan, muktamar dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak tindakan tegas terhadap mereka.

"Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?" katanya.

Lebih mengejutkan lagi, Khairudin mendakwa ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan berkenaan tindakan kedua-dua Adun itu adalah arahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat.

"Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras," katanya.

Katanya, dalam keadaan itu, tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno.

"Kononnya ada institusi tertentu cuba dikuasai 'team' Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?" soal Khairudin yang dipercayai ditujukan kepada kenyataan Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa.

Dalam kenyataan semalam, Husam mendakwa, beliau tahu ada usaha terancang daripada setengah kalangan Umno untuk menyerapkan agenda mereka ke dalam PAS, khususnya pasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Pasukan ini berpendapat, dengan menguasai institusi tertentu dalam PAS, PAS akan bergerak mengikut kehendak mereka. Mereka gagal memahami PAS adalah parti yang berbeza dengan Umno," dakwa Husam dalam tulisan itu.

Dalam tulisannya, Khairudin juga menyerang pimpinan tertinggi PAS apabila mereka berkata kenyataan Hadi parti Islam itu menyokong Khalid sebelum mesyuarat Pusat adalah kenyataan peribadi.

"Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi.

"Walhal presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada Januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR," katanya.

Selepas PKR mengumumkan pencalonan Dr Wan Azizah sebagai menteri besar, Hadi berkata, PAS tetap akan menyokong Khalid sebagaimana sikap Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad sebelum itu.

Susulan itu, sekurang-kurangnya dua pemimpin PAS iaitu Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, "ia kenyataan pribadi" kerana PAS hanya akan bermesyuarat selepas itu bagi membincangkannya.

Dalam mesyuarat selepas itu iaitu 17 Ogos lalu, mesyuarat Jawatankuasa PAS memutuskan untuk mencalonkan 2 nama untuk jawatan itu iaitu Dr Wan Azizah dan Azmin.


Ke mana PAS mahu dibawa?
Oleh DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI


Isu 2 Adun PAS yang menyokong PKR dan DAP berkenaan isu MB Selangor sejak kebelakangan ini benar-benar menjolok kesabaran ahli-ahli PAS yang prihatin dengan adab-adab berjamaah seperti yang dianjurkan oleh Islam.

Keputusan Majlis Syura Ulamak PAS yang bersidang pada 6hb Ogos 2014 yang telah mengambil ketetapan untuk mengekalkan Tan Sri Khalid Ibrahim (TSKI) sebagai Menteri Besar Selangor selagi tidak berlaku pelanggaran amanah telah sewenang-wenangnya dilanggar secara terang-terangan oleh kedua-dua Adun tersebut.

Kesan secara teknikalnya TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB kerana bilangan majoriti adun tidak lagi memihak kepada beliau. PKR dan DAP yang hanya mempunyai bilangan 28 Adun menyokong telah bertambah menjadi 30 Adun. Secara teknikalnya TSKI hanya mempunyai sokongan 26 adun termasuk 13 adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. TSKI tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini. Ia mentafsirkan kenapa mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat memutuskan untuk menghantar dua nama sebagai calon MB menggantikan TSKI.

Lebih menjengkelkan apabila dilihat beberapa pimpinan kanan dalam jawatankuasa kerja PAS Pusat membuat kenyataan terbuka menyokong tindakan mereka berdua. Lebih jauh lagi, ada pula di kalangan pimpinan PAS Pusat ini yang mengandaikan mereka berdua bakal dianggap sebagai "hero" atau wira oleh orang terkemudian kerana bertindak kononnya menyelamatkan Pakatan Rakyat. Tindakan pimpinan pusat ini menyokong kedua-dua Adun yang bersikap membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak ini adalah jelas satu lagi tindakan membelakangkan keputusan Majlis Syura Ulamak PAS oleh kepimpinan tertinggi parti. Ia menjadi satu panduan dan ikutan buruk untuk ahli-ahli bawahan juga bertindak dengan cara yang sama.

Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsApp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media. Siapakah pembocor rahsia ini. Amanahkah mereka? Adakah ini kualiti pimpinan tertinggi PAS Pusat dari sudut akhlak berjamaah dan bermesyuarat?

Sehingga kini berpuluh aduan dan usul telah dikemukakan dan diluluskan oleh pelbagai pihak dalam PAS sama ada mesyuarat agung kawasan-kawasan, muktamar dewan-dewan dan mesyuarat badan perhubungan negeri mendesak PAS mengambil tindakan tegas terhadap mereka berdua. Namun, sangat jelas beberapa pimpinan ini sememangnya secara terang-terangan membela mereka berdua. Bertindak di belakang tabir? Menikam Tuan Guru Presiden dari belakang?

Lebih mengejutkan lagi ialah apabila ada perkhabaran yang bersedia untuk dibuktikan bahawa tindakan kedua-dua Adun itu adalah dengan pengarahan dan restu pimpinan kanan dalam jawatankuasa PAS Pusat. Ini sudah tersangat serius dan di luar jangkauan akal manusia yang waras!

Dalam keadaan itu tiba-tiba ada pimpinan kanan cuba mengalih perhatian ahli dengan membangkitkan isu kononnya ada usaha ke arah kerjasama PAS dan Umno. Kononnya ada institusi tertentu telah cuba dikuasai oleh "team" Umno. Fitnah apa yang sedang dimainkan ini?

Sangat menarik apabila diperhatikan bahawa sebelum ini isu Unity Goverment selalu dibangkitkan setiap kali muktamar hampir menjelang. Isu ini dibangkitkan bagi menimbulkan kesangsian kepada pihak tertentu dalam PAS khususnya Presiden PAS.

Malangnya apabila Konsesus Nasional ala UG dibangkitkan oleh pimpinan tertinggi PKR ianya seolah direstui. Media tidak sekali melaporkan usaha-usaha Konsesus Nasional ala UG ini diusahakan oleh pimpinan tertinggi PKR dengan pelbagai percubaan pertemuan. Menariknya ia tidak pula menggerakkan pimpinan ini untuk menimbulkan persoalan dan mempertikaikannya. Lebih jauh ada yang menulis menyokong Konsesus Nasional dengan pelbagai hujah. Adakah kerana ia datang dari PKR maka semuanya adalah betul dan perlu dijulang dan jika datang daripada sebahagian pimpinan PAS maka ia adalah salah?

Maka tidak menghairankan apabila ada pula pimpinan tertinggi yang menyifatkan kenyataan Presiden dalam isu MB Selangor sebagai kenyataan peribadi. Walhal Presiden menegaskan keputusan PAS sebelumnya pada januari 2014 iaitu isu jawatan MB Selangor tidak berbangkit apabila PRK Kajang dipaksa berlaku oleh PKR.

Akhir-akhir ini ada usaha untuk mencemarkan nama Presiden dengan pelbagai bentuk pemberitaan negatif. Usah dikira serangan di facebook walaupun oleh mereka yang mengaku sebagai ahli PAS. Media tertentu dipergunakan secara terancang untuk menegatifkan imej Presiden PAS. Tapi sehari dua ini pula kelihatan Presiden cuba dipuji dan dipuja. Apa strategi di sebalik semua ini?

Ke manakah PAS ini ingin dibawa? Masihkah sebahagian pimpinan PAS berkiblatkan al-Quran dan Sunnah dalam percaturan politik mereka? Tepuk dada tanya iman!


ULASAN GB

Maka hukum kebenaran dan keadilan pun berjalan...

Terdedah kebenaran dengan tulisan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairudin Aman Razali di atas dan apa yang dilaporkan oleh TMI & MK sebelum ini nampaknya BERNAR dan bukan fitnah sepertimana yang didakwa oleh sesetengah pihak.

Dan ternyata juga tiada bukti portal-portal berkenaan BERNIAT JAHAT seperti yang dituduh oleh phak tertentu.

Kebenaran apakah yang terdedah dengan tulisannya di atas?

Pertama soal kerjasama PAS UMNO. Menurutnya

"Secara teknikalnya Khalid hanya mempunyai sokongan 26 Adun termasuk 13 Adun PAS dan 12 Adun Umno yang menyokong tanpa syarat. Beliau tidak boleh lagi dikekalkan sebagai MB dalam situasi dan realiti ini.

Walaupun tidak dinyatakan berterus-terang kerjasama PAS-UMNO, namun perenggan di atas jelas. TSKI hanya mmempunya 26 sokongan, 13 PAS + 12 UMNO + 1 Bebas = 26. Yang tak sokong 15 DAP + 13 PKR + 2 PAS= 30.

Meminjam istilahnya, SECARA TEKNIKALNYA, angka 26 diperolehi apabila PAS dan UMNO bekerjasama untuk menyokong Khalid.

Kedua, beliau semacam melepaskan geram kerana rahsia mesyuarat bocor.

Sudahlah perbincangan di aplikasi whatsApp dibocorkan. Perbezaan pandangan dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat dibocorkan sewenang-wenangnya. Hatta perbezaan dan pertelingkahan dalam mesyuarat yang memang menjadi sebahagian resam mesyuarat diriwayatkan secara terperinci oleh media.

Membuktikan bahawa beliau mengakui apa yang dilaporkan oleh portal-portal berkenaan. Laporan yang dianggapnya sebagai rahsia mesyuarat.

Tak perlulah beliau mengutuk dan menghina siapa AJK yang membocorkan rahsia. Beliau menuduh AJK yang membocorkan rahsia itu tidak ada adab jemaah, khianat dan tidak amanah. Hakikatnya, yang tidak ada adab jemaah, yang khianat dan yang tidak amanah ialah mereka yang bersekongkol untuk bekerjsama dengan UMNO! Mereka itulah yang tidak ada adab jemaah, yang khianat dan yang tidak amanah kepada ahli-ahli PAS yang telah memutuskan di dalam Muktamar bahawa PAS hendaklah memperkukohkan Pakatan Rakyat, bukan bekerjasama dengan UMNO.

Allah Yang Maha Berkuasa dengan hukum kebenaranNya tidak mengizinkan rahsia pengkhianatan dan tidak amanah pemimpin tertinggi PAS itu tersimpan, maka terbocorlah ia melalui seorang (atau beberapa orang) AJK yang dipilih Tuhan untuk membocorkannya. Maka terselamat PAS daripada menerima hukuman Allah.

Syariatnya, yang membocorkan itu ialah AJK PAS, tetapi hakikatnya ialah Allah jua.

Ketiga persoalan wala kepada Majlis Syura Ulama. GB sebelum ini pernah mencadangkan supaya peranan dan keanggotaan Majlis Syura Ulama disemak semula kerana majlis yang ada kini tidak dapat diterima oleh MAJORITI ahli PAS. Ini kerana terdapat unsur manipulasi golongan tertentu di dalam parti memperalatkan majlis berkenaan untuk tujuan-tujuan tertentu. GB dah ulas sebelum ini di dalam entri bertajuk: Majlis Syura Ulamak Ada Kuasa Ke Atas Ahli Parti Lain?

Saranan GB telah disambut oleh calon Ketua Pemuda PAS yang penah gambarnya di"anjing'kan oleh golongan yang mengaku pro-ulama, Zulhazmi-At-takanan di dalam kertas cadanganya nya bertajuk MEMANTAPKAN DAN MEMPERKUKUHKAN MAJLIS SYURA ULAMAK (MSU) PAS. Petikan cadangannya:


A) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah benar-benar menepati kelayakan yang ditetapkan oleh Fasal 8 (3)
B) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tiada pertalian keluarga dengan mana-mana pimpinan tertinggi parti di peringkat Pusat.
C) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah tidak memegang apa-apa jawatan di dalam mana-mana badan lain di dalam PAS seperti JKPP, DUPP, DPPP dan DMPP.
D) Ahli yang hendak dilantik menjadi Ahli MSU hendaklah di dalam bidang-bidang ilmu Islam yang berlainan.
E) Dalam menjalankan tugasnya di bawah Fasal 8 (1), MSU hendaklah mengambilkira atau mendapatkan pandangan badan lain di dalam PAS yang mempunyai kepakaran berkaitan sesuatu perkara.

Semenjak isu MB Selangor ini timbul, GB dan beberapa yang lain telah dimaki, dicerca dan dihina terutama oleh golongan yang menamakan diri mereka penyokong ulama, (malah ada yang mencadangkan supaya GB dipecat dari PAS), namun itu semua tidaklah menjejaskan samasekali perjuangan GB untuk menegakkan kebenaran dan keadilan. Segala kutukan, cacian dan makian itu bakal kembali kepada orang yang melakukannya. Dan setiap orang yang berpegang kepada kebenaran dan keadilan, hatinya sentiasa tenang kerana yakin hukum Allah tetap berjalan sepanjang masa dan bahawa "sibghah Allah" itulah yang terbaik dan terindah senantiasa...

"Sibghah (pewarnaan/celupan) Allah. Siapakah yang lebih baik sibghahnya dari sibghah Allah. Dan hanya kepadaNyalah kami menyembah." (Surah Al-Baqarah, ayat 138).











IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI