18 Feb 2016

[VIDEO] Mustam Kesal Isterinya Yang Bertudung Dicabuli Warga Asing

Warga asing cabul isteri pemuzik jalanan dipercayai mabuk

PETALING JAYA: Warga asing yang memeluk dan meraba isteri seorang pemuzik jalanan di hadapan kompleks beli belah Sogo malam tadi, dipercayai berbuat demikian dalam keadaan mabuk.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainol Samah berkata, perkara itu dimaklumkan oleh anggota polis bantuan (PB) Sogo yang menyatakan lelaki dipercayai warganegara Nepal itu mabuk, berdasarkan caranya bercakap dan bau alkohol pada dirinya.

"Mengapa Kami Pilih AMANAH..." -Dr Sulaiman Mohd Nor

Pas terbelakang, ahli akademik pilih Amanah

Tidak dapat menerima kepincangan pendirian politik Pas mutakhir ini yang hanya merencatkan keampuhan blok pembangkang, bekas pensyarah di universiti awam, Dr Sulaiman Mohd Nor mengambil keputusan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurutnya, tindakan Pas keluar dari Pakatan Rakyat pada tahun lalu sehingga memusnahkan gabungan parti pembangkang itu akan menyukarkan usaha rakyat untuk mencapai sistem dwi-parti.