15 Ogo 2015

[VIDEO] BERS✔H 4.0 Bukan Untuk Guling Najib Tapi Protes Tak Percaya Najib

Perhimpunan Bersih 4 ‘undi tak percaya’ terhadap Najib, kata pemimpin

Perhimpunan Bersih 4 hujung bulan ini akan menjadi seperti suara undi tidak percaya terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak, kata Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah malam tadi, pada majlis pelancaran kempen ketika skandal kewangan membabitkan perdana menteri sedang hangat.

Katanya, biarpun ia bertujuan memberi tekanan kepada Najib untuk berundur, Bersih 4 yang akan diadakan pada 29 hingga 30 Ogos ini juga akan memberitahu rakyat menukar perdana menteri saja tidak akan mengubah apa-apa jika sistem politik semasa dikekalkan.

"Bersih 4 adalah satu perhimpunan aman selama 34 jam yang buat pertama kali dalam sejarah di Malaysia dan ia suara undi tidak percaya terhadap Najib.

"Harapan Bersih 4 bukan saja mahukan seorang perdana menteri dan kerajaan yang bersih, tetapi kita juga mahu satu sistem politik bersih bagi melahirkan seorang perdana menteri dan kerajaan yang bersih.

"Bersih 4 adalah manifestasi kepada suara rakyat untuk mengadakan undi tidak percaya terhadap Najib. Ini suara rakyat untuk mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen," katanya pada majlis pelancaran perhimpunan itu di Petaling Jaya malam tadi.

Pelancaran itu turut menyaksikan persembahan lagu, lakaran dan pidato. Sasterawan Negara Datuk A Samad Said membacakan puisi nukilannya bertajuk "Bersih Empat" manakala pihak penganjur memperkenalkan pasukan perubatan, keselamatan dan pemantau yang akan bersiap sedia semasa perhimpunan itu.

Perhimpunan itu akan turut diadakan di ibu kota Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Sabah dan Kuching, Sarawak serta bandar-bandar utama di seluruh dunia.

Acara di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur akan berlangsung selama 34 jam dalam menuntut pembaharuan seperti pilihan raya bersih, sebuah kerajaan yang bebas rasuah, hak untuk membantah, mengukuhkan demokrasi Parlimen dan menyelamatkan ekonomi.

Maria berkata menukar perdana menteri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah tanpa pembaharuan utama kepada institusi dan sistem politik.

"Jika sistem politik kita tidak berubah, ia tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah biarpun Muhyiddin atau Zahid atau orang lain menggantikan Najib, masalah lain seperti 1MDB dan PKFZ akan berterusan," katanya merujuk kepada syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri selepas beliau secara terbuka mempersoalkan Najib berhubung skandal 1MDB. Tempat beliau digantikan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri dalam rombakan Kabinet pada 28 Julai lalu.

"Jika penggantinya adalah seorang yang degil, kita akan menganjurkan lebih banyak perhimpunan," katanya.

Beliau berkata perhimpunan itu tidak bermaksud untuk menjatuhkan kerajaan, tetapi menolak sistem politik rasuah yang melahirkan lebih ramai pemimpin terpalit dengan skandal rasuah.

Maria berkata, Bersih merasakan rakyat tidak mampu lagi bersuara sehingga terpaksa menganjurkan perhimpunan bagi mengulangi tuntutan kepada Najib untuk menjawab segala persoalan yang dilemparkan terhadapnya.

"Kami sudah memberi Najib masa sehingga 5 Ogos lalu untuk memberikan jawapan. Adakah anda fikir tindakan kami ini tidak masuk akal? Saya tidak fikir begitu," katanya.

Beliau berkata Najib masih belum menjawab dakwaan dana 1MDB yang secara tidak langsung membiayai sebahagian daripada kempen pilihan raya umum beliau pada 2013, selepas syarikat itu membeli aset kuasa yang terlalu mahal daripada Kumpulan Genting.

The Wall Street Journal (WSJ) pada Jun melaporkan Genting didakwa menggunakan sebahagian daripada hasil jualan untuk membuat sumbangan RM35 juta kepada dana politik Najib yang kemudiannya dijadikan projek amal semasa kempen pilihan raya.

Dalam laporan kedua pada 2 Julai lalu, WSJ melaporkan kira-kira AS$700 juta (RM2.67 bilion) disalurkan ke dalam dua akaun peribadi Najib di AmBank di Kuala Lumpur, manakala bahagian terbesar daripada wang itu - AS$681,000,000 - dipindahkan pada Mac 2013, menjelang pilihan raya umum pada Mei tahun itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengumumkan dana itu sebenarnya sumbangan derma dari Timur Tengah.

Maria berkata, di sebalik keengganan menjawab tuduhan, Najib memulakan “pembersihan” dengan menyingkirkan pengkritiknya dalam Kabinet dan menukar peguam negara yang sedang menyiasat 1MDB dan pemindahan dana kepada akaun peribadi perdana menteri itu.

Najib juga melumpuhkan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang sedang menyiasat 1MDB dengan membawa 4 anggotanya termasuk pengerusi jawatankuasa itu ke dalam Kabinet.

Ini menyebabkan siasatan terpaksa ditangguhkan sehingga Oktober apabila Parlimen memilih ahli jawatankuasa yang baharu sebagai pengganti.

"Ini bermakna Najib tidak berhasrat membenarkan siasatan terhadap 1MDB itu diteruskan," kata Maria.

Maria pada Khamis bertemu dengan pihak polis untuk menerangkan rancangan Bersih tentang perhimpunan tersebut, dan juga mengingatkan pihak berkuasa akan tanggungjawab mereka bagi melancarkan demonstrasi itu dan memastikan keselamatan peserta.

Beliau berkata Bersih, sudah memberikan notis rasmi kepada pihak polis mengenai perhimpunan tersebut, seperti yang diperuntukkan dalam undang-undang.

Peserta perhimpunan keempat di Kuala Lumpur sudah dimaklumkan untuk mula berkumpul di 5 lokasi seperti Brickfields, Pasar Seni, Sogo, Masjid Negara dan Dataran Maybank - sebelum berarak ke Dataran Merdeka.

Peserta juga dinasihatkan untuk membawa kelengkapan tidur, khemah dan beberapa keperluan lain untuk perhimpunan tersebut.

Pelbagai aktiviti sudah dirancang, termasuk bengkel pendidikan sivik, debat awam, persembahan kebudayaan dan ucapan daripada pemimpin masyarakat.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim pada Rabu menasihatkan penganjur mengelakkan sentimen hasutan seperti menggalakkan orang ramai menggulingkan kerajaan dengan cara yang menyalahi undang-undang.

Katanya, polis akan campur tangan jika mendapati perhimpunan tersebut bertukar menjadi “perhimpunan menghasut”. -TMI





KENYATAAN MEDIA

Harapan Baru (HB) menyokong penuh cadangan BERSIH
untuk mengadakan Himpunan Aman pada 29 dan 30 Ogos 2015.

HB akan mengerahkan seluruh penyokong dan pendokong pemikiran politik progresif untuk turun bersama rakyat ke perhimpunan aman dan melaksanakan hak sebagai rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.

Negara berada dalam keadaan yang sangat gawat. Ekonomi Malaysia berada pada tahap terburuk. Hutang negara Malaysia tahun 2015 RM847.9 bilion sudah meningkat sehingga 63.8% daripada GDP serta berbagai kemelut ekonomi seperti peningkatan hutang isi rumah, bebanan GST, ketidak telusan dalam urus tadbir kerajaan dan berbagai lagi persoalan yang mencemaskan.

Sementara Perdana Menteri Najib masih tidak menafikan wang RM2.67 bilion dimasukkan ke akaun peribadi beliau. Beliau telah gagal sepenuhnya sebagai Perdana Menteri.

Beliau mesti bertanggungjawab terhadap segala permasalahan yang berlaku.

Himpunan Aman besar-besaran yang akan diadakan adalah nanti adalah bertujuan untuk menghimpun seluruh rakyat yang perihatin kepada nasib mereka untuk mendesak PM Najib letak jawatan dan sebuah Kerajaan Peralihan perlu dibentuk selepas itu yang melibatkan semua pihak sehingga sebuah pilihan raya bebas dan adil dapat diadakan bagi menyelamatkan Malaysia daripada terus menuju kehancuran.

HB menyokong penuh usaha BERSIH dan akan memberikan sepenuh kerjasama menjayakan himpunan aman tersebut.

Hj. Mohamad Sabu
Pengerusi
Gerakan Harapan Baru



Bersih enggan layan isu PAS, teruskan himpunan seperti dirancang

Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih 2.0) memberi jaminan perhimpunan aman kali ke-4 (Bersih 4) dianjurkannya akan diteruskan seperti dirancang walaupun tidak mendapat sambutan PAS, yang secara tradisinya menggerakkan sejumlah besar penyokong untuk perhimpunan Bersih sebelum ini.

Pengerusi Bersih 2.0 Maria Chin Abdullah berkata, pihaknya enggan melayan konflik dalaman parti politik sebaliknya mahu menumpukan kepada usaha mereka menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya.

"Saya nak ingatkan, himpunan Bersih adalah isu rakyat Malaysia dan bukan hanya tentang parti politik.

"Ramai rakyat Malaysia akan turun, bukan saja parti politik, kerana mereka sokong tuntutan Bersih," katanya ketika dihubungi hari ini.

Maria berkata, Bersih terbuka kepada sesiapa saja, termasuk PAS, apabila pihaknya sejak awal menghantar surat kepada semua parti politik menjemput menyertai himpunan itu.

Tetapi, sehingga kini ia masih belum menerima respons rasmi daripada parti Islam itu.

Katanya, setakat ini respons yang diterimanya daripada PAS adalah "sedang berbincang".

"Kita tidak terlibat dengan konflik mereka. Apa yang kita tekankan perubahan terutamanya sistem pilihan raya, ini agenda kita melibatkan semua rakyat Malaysia," katanya.

Pada Ahad, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, hanya 3 wakil daripada parti itu akan menghadiri perhimpunan 29 Ogos itu nanti kerana mereka tidak dijemput terlibat menganjurkannya.

Beliau juga berkata, ahli parti tidak akan diminta menyertai perhimpunan tersebut, mengatakan ia akan mengadakan perhimpunannya sendiri yang akan diterajui parti itu.

Mengenai Unit Amal yang selama ini banyak membantu mengendalikan keselamatan peserta himpunan, Maria berkata, kali ini mereka mempunyai pasukan keselamatan sendiri termasuk daripada Gerakan Harapan Baru (GHB) dan badan lain.

Namun katanya, keutamaan masih terletak kepada polis bagi memastikan keselamatan mereka terjamin sepanjang 2 hari berhimpun tanpa sebarang provokasi atau kekacauan.

Katanya, beliau akan berjumpa dengan Ketua Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad pada 3 petang esok, ditemani peguam, berbincang tentang perjalanan himpunan itu.

The Malaysian Insider semalam melaporkan, PAS semakin dipinggirkan apabila satu demi satu program besar yang dianjurkan pembangkang tidak lagi melibatkan mereka.

Pemimpin PAS dikatakan sedang berbincang sama ada parti itu patut secara rasmi menyatakan sokongan kepada Bersih 4 atau tidak, selepas mendapati ia tidak dijemput terbabit dalam penganjurannya sedangkan GHB dijemput.

Timbalan Presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata selepas satu mesyuarat ahli jawatankuasa PAS Sabtu lalu, parti itu akan menyertai Bersih 4.0 dan akan menghantar 2 wakil untuk menyertai perbincangan mereka - Naib Presiden PAS Idris Ahmad dan setiausaha akhbar presiden PAS, Kamaruzaman Mohamad.

Namun, Hadi seperti menidakkan kenyataan itu, mengatakan PAS hanya menghantar wakil, bukan mengerahkan ahlinya untuk menyertai Bersih 4.0 yang dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu itu.








IKLAN BERBAYAR







[LIVE] NUNJI ’15 : KE ARAH FIQH MALAYSIA, MODEL MAJMUK

Kepelbagaian kaum atau kemajmukan masyarakat di Malaysia menjadikan ia sebuah negara yang unik, bebeza dengan negara-negara yang lain.

Namun, dalam mengurus kepelbagaian ini, negara memerlukan satu formula terbaik, bukan sahaja untuk memanfatkan kepelbagaian itu, dan pada masa sama mengurus perbezaan dalam menjaga keharmonian.

Sebagai sebuah gerakan politik, Harapan Baru melihat dengan cermat segala perubahan yang berlaku, termasuk suasana hubungan agama dan kaum yang semakin tegang ketika ini.

Atas dasar itu, Harapan Baru terpanggil untuk mencari satu formula penyelesaian kepada kemelut yang berlaku, dengan menjadikan Islam sebagai teras penyatuan.

Harapan Baru tampil dengan menganjurkan Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015 (Nunji15), yang akan berlangsung 15 Ogos 2015 ini, di Shah Alam, Selangor.

Nadwah ini menghimpunkan ulama-ulamak dan tokoh-tokoh pemikir Islam dari dalam dan luar negara, untuk berbincang dalam membentuk satu formula “fiqh bernegara” yang paling sesuai untuk Malaysia.

Ia juga akan menjadi garis panduan kepada Harapan Baru merangka pendekatan politik Islam wajah baru melalui parti yang akan ditubuhkan sedikit masa lagi.

Ia dalam maksud, menyebarkan keadilan Islam dan menyatukan masyarakat berbilang kaum sesuai dengan konsep “Islam, Rahmat Untuk Semua”.

DATUK DR MUJAHID YUSOF RAWA
Pengarah
Nadwah Ulamak Nahdhah Jadidah 2015


NADWAH ‘ULAMAK NAHDHAH JADIDAH [ NUNJI2015 ]

"ISLAM & KENEGARAAN"

[1] MUQADDIMAH

1.1. Penyertaan ulamak dan asatizah adalah penting untuk menentukan halatuju politik Islam yang akan dipacu oleh Harapan Baru di Malaysia. Pandangan para asatizah penting untuk memandu Harapan Baru berada pada kejelasan.

1.2. Para ulamak dan asatizah adalah menjadi rujukan rakyat sebagai pembimbing dalam menentukan halatuju politik Islam dan membentuk kefahaman rakyat.

[2] OBJEKTIF

2.1. Mengumpulkan para ulamak dan asatizah serta mufakkirin Islam dalam satu nadwah.

2.2. Mendapat pandangan dalam menetapkan agenda Islam HB.

2.3. Muzakarah berbagai sudut tindakan dan sikap politik berdasarkan siyasah syarieyah dan membumikan fiqh waqie dalam konteks Malaysia sbg medan operasi.

2.4. Membuat rumusan melalui resolusi secara sepakat oleh semua peserta tentang Politik Islam yang akan dipegang oleh HB.

2.5. Nadwah menjadi asas kepada keterlibatan para asatizah dan ulamak dalam organisasi HB sebagai aktivis.

[3] TEMA

3.1. “Islam Rahmatal Lil ‘Alamin"

وما أرسلناك إلا رحمة للعالمين

[4] ANJURAN

4.1. Gerakan Harapan Baru
4.2. Dengan kerjasama - NGO Ummah Centre

[5] TARIKH

5.1. Sabtu 15 Ogos 2015 / 30 Syawal 1436H

[6] TEMPAT

6.1. Auditorium, Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor (PPAS), Seksyen 13 Shah Alam.

[7] PESERTA

7.1. Ulamak, Asatizah, Mufakkir / aktivis (250 pax sahaja), closed invitation sahaja..

[8] PEMBENTANGAN

[PENDAFTARAN]
8:00 - 8:45am
Pendaftaran dan Sarapan (packed)

[PEMBUKAAN & ALUAN PENGERUSI]
8:45am

[SLOT 1]

UCAPAN PENGARAH NUNJI2015
8:55 - 9:10am (15min)
YB Dato' Dr Mujahid Yusuf

[SLOT 2]

PERASMIAN
9:10 - 9:30am (20 min)
Ustaz Ahmad Awang "Tajuk ____________ "

[SLOT 3]

UCAPUTAMA
9:30 - 10:15am (45 min)
Syeikh Dr Rahil Ghuraibah
Maktab Siyasi IM Jordan.
"Politik Islam Pasca Arab Spring di Negara Umat Islam: Bagaimanakah Penglibatan Berkesan Politik Islam dalam Kerangka Negara dan Kedaulatan Undang-Undangnya.

[ تجربة الأحزاب السياسية الإسلامية بعد فترة الربيع العربي ومدى فعالية مشاركة السياسة الإسلامية في إطار الدولة المدنية وسيادة قانونها ]

[MINUM PAGI]

10:15 - 10:30am

[SLOT 4]

KERTAS KERJA 1
10:15 – 11:45am (90 min)
Dato' Dr Siddiq Fadhil
"Prinsip Penetapan Fiqh Waqie dan Maslahat Muktabarah di Malaysia"
Pengulas - SS Us Dr Wan Salim

[SLOT 5]

KERTAS KERJA 2
11:45am + 1:15pm (90 min)
SS Dato' Dr Mohd Asri Zainal Abidin
"Perlaksanaan Syariah di Malaysia: Mewujudkan Suasana Kondusif dan Cabaran Semasa" Pengulas - Dr Maszlee Malik

[MAKAN TENGAHARI]
1:15 - 2:15pm

[SLOT 6]

KERTAS KERJA 3
2:15am - 3:45pm (90 min)
"Fiqh Muwathonah: Satu Perkongsian dalam Membina Sebuah Negara"
Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden IKRAM.
Pengulas - Dr Zulqarnain Lukman

[SLOT 7]

FORUM ISLAM & KENEGARAAN
3:45 - 5:15pm (90 min)
"Mengasaskan Politik Rahmatan Untuk Malaysia: Peranan Ulamak Umarak dan Ummah"
Ahli Panel;
1.Ustaz Dr Fauzi Zakaria
2.Ustaz Hasanudin Mohd Yunus
3.Ustaz Ramadhan Fitri Elias (Moderator)


[SLOT 8]

RESOLUSI NADWAH

5:15 – 5:30pm
YB Dato' Dr Mujahid Yusuf (Pengarah Program)
"10 Kerangka Politik Islam di Malaysia"




LIVE NUNJI 15 DIBAWAKAN OLEH DPEDASFM


Get the Flash Player to see this player.






IKLAN BERBAYAR







Penyelesaian Kes Khalid-Saifuddin Papar Poitik Matang,

Kes Khalid-Saifuddin selesai luar mahkamah

Saman bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail diselesaikan secara baik di luar mahkamah hari ini.

Kes itu diketepikan selepas kedua-dua pihak berbincang selama dua jam.

Perbincangan tertutup bermula kira-kira jam 9 pagi antara Abdul Khalid selaku plaintif, Saifuddin sebagai defendan dan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir sebagai saksi untuk kes itu.

Saifuddin selaku defendan membacakan permohonan maaf itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Shah Alam M Gunalan sebentar tadi.

Menurut Saifuddin, sebab saman itu ditarik balik atas nasihat Anwar sebagai perantara yang menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

Abdul Khalid menerima saranan tersebut malah berpesan kepada Saifudin bahawa penarikan saman itu adalah hikmah supaya beliau boleh memfokuskan kepada kerja lain dan PKR boleh memperkukuhkan parti.


“Saya dan Tan Sri khalid saling maaf memaafkan, Tan Sri Khalid pesan pada saya hikmah di sebalik penyelesaian, 'saya (Khalid) boleh tumpukan pada kerja dan tuan (Saifuddin) boleh kukuhkan parti'. Dan saya bersyukur kerana ia berlaku di hujung bulan Syawal.

“Tadi perkara yang Anwar ingatkan kepada saya dan Khalid, negara sedang berdepan dengan pelbagai kemelut masalah politik, ekonomi dan juga kos sara hidup yang tinggi kepada rakyat.

“Tiga asas itu dipersetujui sebagai latar belakang untuk saya dan Tan Sri Khalid mencapai penyelesaian,” katanya kepada pemberita selepas sesi mahkamah itu berakhir.

Khalid diwakili Edmund Bon manakala Wiliam Leong yang juga Ahli Parlimen Selayang dari PKR mewakili Pengarah Pilihan Raya PKR itu.

Anwar sebagai perantara

Saifuddin menambah, Anwar yang pada mulanya hadir sebagai sepina bagaimanapun menjadi perantara dalam menyelesaikan kes ini.

Malah katanya Anwar dilihat lebih baik daripada peguam yang ada kerana mempunyai kebolehan mendamaikan kedua belah pihak dalam mencapai kata sepakat.

“Anwar asalnya datang sebagai saksi tapi berakhir sebagai orang tengah. Dia ada kemahiran itu, bahkan kemahiranitu lebih baik dari kemahiran peguam-peguam,” katanya.

Saifuddin menambah, Anwar turut menasihati Abdul Khalid sekiranya kes ini diteruskan ia akan melalui proses yang panjang.

“Itu adalah syor dan nasihat Datuk seri Anwar kepada khalid. Kata Anwar, Khalid kamu sebahagian dari kami proses ini akan ambil masa yang panjang jika diteruskan,” katanya. -mk

ULASAN GB

Itulah tanda kamatangan mengatasi segala-galanya.

Tidak semestinya kita meminta maaf kerana kita bersalah, tetapi adalah kerana kita tidak mahu memanjangkan hal tersebut dan kita sepatutnya meletakkan keutamaan di tempatnya yang wajar.

sebab saman itu ditarik balik atas nasihat Anwar sebagai perantara yang menyatakan negara sedang berdepan dengan masalah politik, ekonomi dan kos sara hidup yang meningkat.

Abdul Khalid menerima saranan tersebut malah berpesan kepada Saifudin bahawa penarikan saman itu adalah hikmah supaya beliau boleh memfokuskan kepada kerja lain dan PKR boleh memperkukuhkan parti.


“Saya dan Tan Sri khalid saling maaf memaafkan, Tan Sri Khalid pesan pada saya hikmah di sebalik penyelesaian, 'saya (Khalid) boleh tumpukan pada kerja dan tuan (Saifuddin) boleh kukuhkan parti'. Dan saya bersyukur kerana ia berlaku di hujung bulan Syawal.

“Tadi perkara yang Anwar ingatkan kepada saya dan Khalid, negara sedang berdepan dengan pelbagai kemelut masalah politik, ekonomi dan juga kos sara hidup yang tinggi kepada rakyat.

“Tiga asas itu dipersetujui sebagai latar belakang untuk saya dan Tan Sri Khalid mencapai penyelesaian,” katanya kepada pemberita selepas sesi mahkamah itu berakhir.






IKLAN BERBAYAR