9 Nov 2015

Husam Berkata Benar, PAS Tidak Perlu Nafi Rancangan Kerajaan Perpaduan

Bekas pemimpin PAS sahkan dakwaan Husam isu UG

Bekas pemimpin PAS Selangor Khalid Samad berkata dakwaan bahawa Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang cuba menubuhkan kerajaan perpaduan di Selangor tahun lalu adalah benar.

"Apa yang (Datuk) Husam sebut malam semalam sebenarnya bukan baru," kata MP Shah Alam itu dalam rakaman ceramah Parti Amanah Rakyat (AMANAH) pada 6 November yang dimuatnaik di Youtube.

Khalid yang kini anggota jawatankuasa AMANAH berkata rancangan untuk membentuk kerajaan perpaduan Umno-PAS di Selangor, bermula pada 2008 sewaktu beliau menjadi timbalan pesuruhjaya PAS negeri itu.

DAP Sokong AMANAH Tanding Di Selangor Pada PRU14

Persoalan Lapan Kerusi Selangor Yang Disebut DAP

Pada asalnya saya tidak berminat untuk mengeluarkan apa-apa reaksi kepada persoalan lapan kerusi DUN Selangor yang dimenangi PAS pada 2013 yang DAP sebut mereka ingin bertanding. Ini adalah kerana keputusan berhubung siapa akan bertanding dan sama ada Pakatan Harapan (PH) bertanding atau sebaliknya di mana-mana kerusi akan diputuskan bersama melalui mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan bila tiba masanya.