27 Sep 2014

Halimah Bersama Pakatan Atau Khalid Semasa Kemelut PR Selangor?


Halimah: Exco baru tak berdasar 'semangat Pakatan'

Barisan baru Exco kerajaan negeri Selangor tidak dilakukan mengikut "semangat Pakatan", dakwa ADUN PAS Selat Klang, Halimah Ali.

"...Itu bermakna nama-nama (dalam barisan exco)... tidak ada semangat Pakatan, itu pemahamannya," kata bekas ahli exco negeri itu, yang digugurkan daripada senarai exco baru Menteri Besar Azmin Ali.

Ditanya mengenai barisan exco baru itu, respon awal beliau adalah, "Apa lagi yang saya boleh komen?

Beliau yang juga bekas exco negeri berkata demikian sewaktu diminta mengulas senarai exco baru yang menyaksikan hanya tiga wakil rakyat PAS dilantik berbanding empat orang sebelum ini.

Pentadbiran Selangor menyaksikan PKR kini mempunyai empat orang exco, DAP kekal dengan tiga orang sementara PAS pula dengan tiga orang sahaja.

Sebelum itu, Halimah secara ringkas turut mengucapkan selamat maju jaya kepada exco-exco yang baru dilantik.

"Selamat maju jaya. Tunaikan tanggungjawab anda," katanya.

Halimah yang ditemui wartawan selepas menghadiri taklimat ringkas pembinaan jambatan ketiga Klang, tidak mahu mengulas lanjut mengenai apa yang beliau rasakan masalah dengan barisan baru itu dari segi semangat gabungan itu.

Ketika ditemui di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor kemudian, Azmin menolak kenyataan itu Halimah dengan berkata pemimpin PAS telah bersetuju dengan barisan barisan baru Exco itu.

"Saya secara peribadi telah berkomunikasi dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang;,Timbalan Presiden Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, dan mereka telah bersetuju," katanya. -MK

ULASAN GB

Lain macam ajer kedengaran kenyataan bekas exco Halimah Ai di atas. Dulu GB respek juga dengan beliau, tetapi semasa kemelut MB Selangor berlaku, beliau bertindak dengan cara yang tidak sepatutnyanya.

Bukankah PAS tak pelahap jawatan, mengapa sekarang Halimah menampakkan rasa tidak puashati dengan penggugurannya sebagai exco?

Kedua, mengapa serang Azmin? Bukankah yang menetukan yang menjadi exco dari PAS itu adalah PAS Selangor sendiri terutama Pesuruhjayanya iaitu Iskandar Samad? Iskandar Samad yang menyerahkan nama kepada PAS Pusat yang kemudian menyerahkan nama itu kepada MB Selangor. Tidakkah tindakan Halimah itu sebenarnya mencabar Pesuruhjaya PAS Selangor dan PAS Pusat sendiri?

Ketiga, kemungkinan Azmin menrima perkataan beberapa orang ulama PAS yang menyatakan perempuan tak boleh jadi pemimpin, jadi beliau tak lantiklah exco dari PAS.

Presiden PAS sendiri kata beliau tak calonkan WAWI kerana tiada kebolehan, jadi berkemungkinan Iskandar dan PAS Pusat pun berpandangan demikian.

Kelima GB tertarik dengan satu komen di mkini. Kasar bunyinya tetapi tak sekasar ungkapan BARUA oleh Presiden.

Semangat pakatan kau mana waktu krisis???bersama khalid...semangat atok kau









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





Dapatkan produk kesihatan untuk menambahkan kekuatan lelaki
dengan produk kami. Sila klik SINI



PAS Selangor Buat Onar Lagi, Cabar Perkenan Sultan


PAS Selangor tidak setuju Azmin kurangkan kuota exco

PAS Selangor menafikan sebarang dakwaan ia bersetuju agar bilangan ahlinya yang menduduki Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dikurangkan daripada 4 sebelum ini kepada 3.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor Mohd Khairuddin Othman berkata, beliau dimaklumkan yang PAS Pusat juga tidak pernah bersetuju dengan pengurangan yang diputuskan menteri besar baharu itu.

"Kami berasakan tindakan ini bukanlah satu permulaan yang baik. Bagaimanapun, PAS mahu melihat kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor terus stabil dan dapat melaksanakan agenda-agenda rakyat," katanya.

Khairuddin yang juga Adun Paya Jaras berkata, sebelum ini, 4 exco PAS kekal di dalam kerajaan negeri walaupun yang lain dipecat oleh menteri besar terdahulu Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Katanya, mereka mengambil keputusan kekal demi memastikan kerajaan PR Selangor tidak tumbang walaupun rakan dalam PR lain mempertikaikan tindakan mereka.

"Oleh demikian, PAS akan tetap kekal mempertahankan kerajaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Terdahulu hari ini, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali menyifatkan kehilangan itu di luar jangkaan tetapi menerimanya dengan hati terbuka kerana memahami kesukaran Azmin membuat pilihan, lapor Harakahdaily.

Manakala, Dr Ahmad Yunus Hairi, seorang daripada dua exco PAS yang dilantik semula berkata pihaknya terpaksa berpuas hati dengan keputusan itu sambil menyifatkan mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Sebelum ini, 4 exco daripada PAS ialah Yunus, yang juga Adun Sijangkang, Iskandar Abdul Samad (Adun Cempaka), Sallehen Mukhyi (Adun Sabak) dan Dr Halimah Ali (Adun Selat Klang).

Bagaimanapun, di dalam exco baru diumumkan Azmin pagi tadi, Sallehen dan Dr Halimah digugurkan, digantikan dengan Adun Taman Templer Mohd Zaidy Abdul Talib.

Khairuddin berkata PAS Selangor juga berpandangan penguguran Dr Halimah dan Sallehen yang berkhidmat dengan cemerlang sebelum ini adalah tidak berasas.

Dalam sidang medianya pagi tadi, Azmin menjelaskan keputusan mengurangkan kuota exco PAS itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak dan dipersetujui pemimpin tertinggi PAS.

"Ini mengambil kira pandangan terbaru dan pandangan semua pihak, dan ia disampaikan kepada semua parti berkenaan, dan itu muafakat yang dicapai semalam," katanya.

Beliau menafikan keputusan dibuat kerana PAS tidak menyokong calon menteri besar yang dikemukakan PKR dan DAP sebelum ini sehingga dianggap mengkhianati permuafakatan PR.

"Itu bukan isu. Kita mahu maju ke hadapan dan perkara itu sudah dibincangkan beberapa hari lalu," katanya.


Exco: Satu lagi pengorbanan yang PAS lakukan

KUALA LUMPUR: PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang biarpun ianya di luar jangkaan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata, PAS memahami 'kesukaran membuat pilihan' oleh Menteri Besar.

"Apapun kita yakin beliau (menteri besar) telah berusaha mengimbangi suasana yang ada sebaik-baiknya.

"Apa yang lebih penting bagi kita ialah, ini satu lagi pengorbanan yang PAS perlu lakukan untuk melihat krisis di negeri Selangor selesai, dan Pakatan boleh bergerak ke hadapan," katanya kepada Harakahdaily.

Mustafa menegaskan, semua pihak perlu menghargai setiap pengorbanan yang dilakukan oleh mana-mana pihak.

Tegasnya, musuh sebenar Pakatan adalah BN dan bukan sesama parti dalam Pakatan Rakyat.

Pagi tadi, menteri besar, Mohamed Azmin Ali mengumumkan pelantikan 10 exco dengan kuota 4 PKR, 3 DAP dan 3 PAS.

Adun PAS terdiri daripada Iskandar Abdul Samad (Chempaka), Dr Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan Zaidy Abdul Talib (Taman Templer).

Zaidy adalah muka baru manakala exco yang tidak dikekalkan ialah Ustaz Sallehen Mukhyi (Sabak) dan Dr Halimah Ali (Selat Klang).

Sebelum ini, komposisi exco ialah 4 PAS, 3 PKR dan 3 DAP.
-HD


ULASAN GB

Nampaknya PAS Selangor buat onar lagi, tak setuju dengan peruntukan jawatan exco sedangkan PAS Pusat melalui kenyataan Setiausaha Agongnya menyatakan "PAS menerima dengan hati terbuka pengurangan jumlah Exco Kerajaan Selangor daripada empat kepada tiga orang ".

Semua orang tahu, Khairuddin adalah seorang anak didik Hassan Ali. Kini beliau menggunakan kedudukannya sebagai Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor untuk menafikan kenyataan Setiausaha Agong PAS Pusat. Saya katakan begitu kerana jika PAS Selangor tidak bersetuju sudah tentu Iskandar Samad, Dr Ahmad Hairi Yunos dan Mohd Zaidy Abd Talib tidak menerima perlantikan jawatan exco. Tetapi ketiga-tiga telah bersetuju. Mengapa tiba-tiba sekarang PAS Selangor kata tidak bersetuju?

Apakah kerana Khairuddin kecewa kerana dirinya tidak dilantik? Samalah perangai Hassan Ali dulu.

Dr. Ahmad Yunos Hairi pula menyatakan "ada hikmah" di sebalik pengurangan jawatan exco yang diperuntukkan kepada PAS.

Sikap yang ditunjukkan oleh Khairuddin itu seperti mencabar dan tidak patuh kepada perkenan Sultan. Sedangkan golongan inilah juga yang meminta supaya semua pihak perlu menghormati Sultan di dalam pemilihan MB yang baru dulu. Saya bersetuju dengan saranan seorang sahabat, Khairuddin boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana menghina Sultan. Amacam?

Kerana jawatan, kini golongan UG di Selangor berantakan. Mereka berantakan sesama sendiri. Demikian hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Mendedahkan wajah-wajah sebenar siapa mereka di dalam PAS yang Pesuruhjayanya dilantik oleh Tn Presiden PAS sendiri mengenepikan Dr.Abd Rani Osman dulu.







IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





[BONGKAR] Patutlah Dia Sebut BARUA... Ada Kepentingan Peribadi Di Selangor (?)


Pemimpin PAS ada kawalan kuat di GLC S’gor melalui Khalid'

Ahli Badan Perhubungan PAS Selangor, Ir. Izham Hashim malam semalam mendedahkan bahawa pemimpin tertentu di parti itu tidak mahu Tan Sri Khalid Ibrahim digantikan sebagai menteri besar Selangor kerana ada kepentingan peribadi.

Beliau berkata demikian di dalam satu forum bertajuk "PAS, Ke Mana Selepas Muktamar?" anjuran Lensa Anak Muda Malaysia di ibukota malam tadi.

Tanpa menamakan pemimpin kanan PAS itu, katanya, individu berkenaan ada ikatan emosi dengan Khalid.

Meskipun tanpa menyebut nama, namun yang nyata kritikan beliau terhadap pemimpin kanan parti tersebut mengesahkan spekulasi sebelum ini bahawa wujudkan kepentingan peribadi pemimpin kanan berkenaan tentang mengapa beliau beriya-iya mempertahankan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor sehingga mengeluarkan perkataan BROKER dan BARUA di dalam ucapan penggulungannya di muktamar baru-baru ini.

Dengan menyebut nama Raja Idris sebagai orang yang disifatkan sebagai "MB Kedua", Raja Idris merupakan orang yang dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan merupakan orang yang rapat dengan Presiden PAS.

(Blog ini pernah mendedahkan kisah ini di dalam entri bertajuk: Gambar Ini Untuk Kite-kite Aje....?)

Sebelum itu, Izham yang juga Yang Dipertua PAS Kelana Jaya juga menyelar tindakan pemimpin kanan berkenaan yang tidak menghadiri mensyuarat Pakatan Rakyat tetapi kemudian membuat keputusannya sendiri.

Beliau menyatakan jika pemimpin kanan berkenaan betul-betul mengamalkan semangat setiakawan, tidak berlaku apa yang dinamakan kemelut MB Selangor sejak beberapa bulan yang lalu.

Walaubagaimana pun beliau tidak menafikan ada hikmah apabila berlaku hal sedemikian. Ia mendedahkan beberapa perkara terutama tentang (pemimpin) PAS yang bermasalah.

Sementara itu, di dalam wacana yang sama, Ustaz Ridwan Abu Bakar yang terkenal dengan insiden Unit AMal merampas mikrofonnya di muktamar yang lalu kerana menegur perwakilan Wilayah yang membaca doa laknat, menyatakan PAS perlu reform, perlukan tajdid pemikrian jika mahu ke arus perdana.

Beliau turut mendedahkan perlunya definisi "ulama" itu diperbetulkan kerana menurut beliau, kini terdapat banyak kategori yang dipanggil "ustaz', namun yang diperlukan oleh kita sekarang ialah "gerakan pemikiran".

Dengan mengambil contoh ulama-ulama di Mooroko, ulama di sana telah berjaya melepaskan diri dari istilah-istilah haraki seperti wala, tsiqah dan sebagainya menjadi kelompok yang menawarkan pemikiran yang pemikiran itu diambil dari Al-Quran dan Sunnah Nabi.

"PAS jika kita nak bawa ke depan, perlu tajdid, perlu reform..", tegasnya.


TRANSKRIP

0:01 ~ Sepatutnya kita rakan dalam Pakatan Rakyat, kita bantu dia untuk menyelesaikan masalah, itulah kawan!Semangat setia kawan.

Adakah Islam ajar kita, untuk jadi parti Islam atau pejuang Islam ni, istilah wala' sahaja...wala' sahaja, feqah...apa lagi ustaz? ...Taat, yang tu saja Islam? Setiakawan bukan Islam ker?

0:23 ~ Tak bohong bukan Islam ker? Cakap bahasa elok-elok bukan Islam ker? Islam kalau nak perjuangkan Islam, semua benda kena ikut yang Islam ler...baru boleh klem kita berjuang Islam.

0:36 ~ Rakan kita sedang ada masalah, ini masa dia ada masalah, kita kena tolong dia...nanti kita suatu hari ada masalah, dia tolong kita pula!Itulah semangat setiakawan! Jadi bila isu timbul dah masalah, patut yang pertamanya ialah, kita jumpa mesyuarat Pakatan Rakyat, ini mesyuarat tak pergi....mesyuarat tak nak pergi....tak nak pergi....tak taulah... Mesyuarat Pakatan Rakyat tak mau pergi lepas tu buat keputusan sendiri.

1:02 ~ Dia; pergilah mesyuarat, itulah gunanya mesyuarat - syura bainahum, syuralah kamu.9Nanti kita bincang-bincang,,tapi tak pergi, bincang macam mana? Bincanglah dalam mesyuarat elok-elok ... bincang apa masalah nak tukar Khalid...OK, kalau kita setuju, siapa calunnya...tak berlaku benda tu!Kalau berlaku benda tu, bulan tiga dah selesai dah!Tak akan timbul isu kemelut nih! Mungkin ada hikmahnya ustaz, benda ni berlaku; nak tunjukkan kita ni ada masalah... PAS ni sebenarnya yang masalah nih!

1:36 ~ Dia kata "Oh, PKR ni buat taik, kita yang masalah" Kalau PKR buat taik kau, engkau tau taik, kau pergi main buat apa? Sekarang terpalit semua orang!9 Betul tak? Tak payahlah main kalau tau tu taik!

1:49 ~ Tapi saya rasa PKR bukan main taik, dia memang ada masalah betul.Kita tolong selesaikan isu Menteri Besar. kalau dah selesai tak timbul! Ni pergi sekejap, kita pun Selangor dah bagi pandangan, bagi pandangan dah dua kali jumpa lagi bagi tau kita tak nak.

2:06 ~ Tapi ada dikalangan PAS dalam Selangor ni, yang cara diam-diam pi jumpa pimpinan pi lobbi, kita nak Khalid Ibrahim; saya tahu siapa dia... pergi lobi, kita buang mai, orang pejabat agong mai bagi tau, lobi kita nak juga!melanggari keputusan kita.Dia nak kekal juga Khalid Ibrahim. Kalau saya tak jadi Khalid Ibrahim, Kalau Khalid Ibrahim dah tak jadi lagi Menteri Besar, saya ganti, saya jaga adat-adat Melayu saja nanti...Tak dapat exco lain.Nampak kepentingan diri!

2:37 ~ Saya cakap terus terang. Ini, saya cakap fakta.Cuma saya tak nak sebut nama ...fakta benda ini berlaku.

2:44 ~ Kau pergi, nak kekalkan Khalid Ibrahim juga pasal apa nak kekalkan Khalid Ibrahim, saya tanya...

Sebab utama dia ialah kerana PAS mempunyai Kenapa nak kekalkan Khalid Ibrahim? Sebab utama ialah kerana PAS mempunyai kawalan yang kuat kepada GLC Selangor melalui Raja Idris.

3:09 ~ Dikalangan pegawai-pegawai kerajaan dikatakan, Raja Idris ini disebut sebagai Timbalan Menteri Besar sebenarnya di Selangor.Ini cara tidak resmi disebut kerana apa? Dia menjadi orang yang sangat dipercayai oleh Khalid Ibrahim dan Raja Idris ini adalah orang kepercayaan, rapat dengan Tuan Guru Presiden PAS!

3:30 ~ Jadi dia berkeyakinan, melalui Raja Idris ini, banyak agenda-agenda yang ... mungkin agenda yang baik, saya tidak nafikan itu, tapi atas ikatan emosi. Ikatan begini menyebabkan Khalid Ibrahim perlu dikekalkan kerana kalau naik orang lain, Raja idris tidak akan mendapat tempat yang sewajarnya kepada Menteri Besar yang baru, itu saja saya sebutkan.

3:55 ~ Dia bukan sahaja CEO Perangsang, dia juga adalah board of director kepada KDEB dan juga executif konsaltan kepada MBI.
-alhusseyn













IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI