15 Okt 2008

Berita TKO.fm 15 Okt 2008 (Edisi Ptg)

Mahkamah Khas memerintahkan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman membayar hampir RM3.8 juta (AS$$1 juta) kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad kerana gagal mematuhi akujanji yang terkandung dalam terma-terma pengeluaran kredit berdokumen, hampir 10 tahun lalu.

Bekas Dekan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Dr. Md. Saberi Md. Salleh dihukum penjara tiga tahun dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan memperakui invois mengandungi butiran palsu berhubung pembekalan peralatan sukan berharga RM138,600, sembilan tahun lalu.

Parlimen : Harga minyak turun tetapi harga barang tidak turun.

Peralihan Kuasa Abdullah _Najib tak jejaskan hasrat Pakatan Rakyat.


Berita TKOfm Hari Ini 14 Okt 2008

Harga petrol diturunkan 15 sen mula hari ini. Harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen seliter dari RM2.45 kepada RM2.30 seliter. Manakala petrol RON92 akan dikurangkan sebanyak 10 sen seliter dari RM2.30 kepada RM2.20 seliter dan harga diesel akan dikurangkan sebanyak 20 sen seliter dari RM2.40 kepada RM2.20 seliter.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru Zulkifli Noordin nafi sertai UMNO. Najib diminta jawab mengapa syarikat GLC tidak mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Menteri di JPM dibidas kerana gagal perincikan projek di bawah SDC. Pasaran Saham Asia melonjak.

Ahli Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan dakwa Timb. Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan baru, Datuk Seri Najib Tun Razak ada di parlimen semalam, namun enggan turun ke dewan.