28 Okt 2007

Mengapa Kini Mereka Heboh Tentang Bersentuhan Bukan Muhrim?

Posted on Friday, June 22 @ 20:46:11 MYT by greenboc

Oleh Roslan SMS

Analisis Isu Adakah hukum Islam ini terkena pada Khatami sahaja?

Berita ini terbit dihampir keseluruhan akhbar tempatan hari ini. Ianya dipetik dari sumber agensi berita antarabangsa AFP.

UTUSAN memetik: Bekas Presiden Iran Mohammad Khatami hari ini menyangkal keras tuduhan beliau melanggar undang-undang Islam dengan berjabat tangan dengan wanita semasa lawatannya ke Itali bulan lalu.


Menurut THE STAR:

According to Islam’s syariah law it is forbidden for a man to have any physical contact with a woman to whom he is not related.

(Menurut undang-undang syariah Islam adalah haram bagi seorang lelaki untuk menyentuh seorang wanita yang bukan mahramnya)

\

\
Saya bangkitkan isu ini bukan kerana mahu berbahasa samada benar Khatami ada menyentuh atau tidak wanita di Itali sebagaimana didakwa itu, biarlah isu ini diselesaikan oleh rakyat Iran sendiri. Tujuan saya lebih kepada permasalahan hukum yang dibangkitkan dan amalannya di Malaysia.

Menurut sumber AFP berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram adalah haram menurut hukum Islam, dalam erti kata lain kita, lebih-lebih lagi para pemimpin (kerana di Iran yang dipertikaikan adalah tindakan Khatami seorang bekas pemimpin Republik Islam itu) diharamkan menyentuh termasuklah berjabat tangan dengan wanita yang bukan mahram, yang tiada kaitan atau hubungan darah dengan kita.

Di Malaysia yang menganuti fahaman Islam Hadhari bagaimana?

Pernah terbit dikaca TV seeorang Setiausaha Parlimen wanita yang berkelulusan Doktor Falsafah dalam bidang Syariah Islamiyyah pengkhususan Tafsir dan Hadis dari Darul Ulum, Universiti Kaherah, Mesir berjabat tangan dengan para tetamu dalam suatu majlis seminar.

Malah Perdana Menteri dan Menteri kabinet yang beragama Islam lelaki atau wanita secara terang-terangan berjabat tangan dengan sesiapa sahaja yang menyuakan tangan kepada mereka. Malah pernah seorang Menteri Pusat bukan Islam marah-marah apabila guru-guru wanita beragama Islam di sebuah sekolah dalam kawasan parlimen beliau enggan berjabat tangan dengannya.

Mungkinkah hukum Islam ini tidak releavan atau lebih tepat lagi tidak diiktiraf oleh fahaman Islam Hadhari di Malaysia?

Saya percaya rakyat jelata yang membaca berita ini mahukan kepastian dan penjelasan dari pihak kerajaan Islam Hadhari Malaysia. Jika sumber berita antarabangsa tadi menyatakan HARAM hukumnya dalam Islam berjabat tangan dengan wanita bukan mahram, maka apakah hukum yang sama diterima pakai di Malaysia kerana nampak-nampaknya di sini macam tidak kisah.

Mungkin para Mufti terutama dari Bumi Indera Kayangan yang progresif dan terbuka itu boleh membuat penjelasan kepada kita. Jika ia sudah hukum yang jelas maka tidak perlukan fatwa lagi. Apa yang kita perlu adalah penjelasan, harap-harap adalah pihak samada wakil atau jurucakap kerajaan islam Hadhari boleh segera berikan penjelasan.

Ulasan Greenboc

Kita pun naik loya dengan sikap ahkbar-akhbar Luncai ini yang tertiba menjadi para moralis dan tuan kadhi yang hendak mengeluarkan fatwa dan hukum mengenai kes Khatami yang dikatakan bersalaman dengan perempuan janabi itu.

Saya telah berkesempatan menyemak video berkenaan dan kesahihannya memang mmeragukan kerana tidak ada detik tepat yang boleh dicekup untuk menthabitkan tuduhan berkenaan.

DI dalam dunia komputer sekarang bukan sahaja gambar boleh diedit dan diubah, video juga boleh dilakukan dengan cara yang serupa.

Namun yang dibawah ini yang terang-terang menyalahi syarak mengapa membisu? Bila terkena kepada orang yang memperkenalkan Islam versi baru - Islam Hadhari dan isteri kepada Timbalannya akhbar-akhbar Luncai ini menyepi dan lansung tidak berkata mengenai hukumnya.

salam1

salam2

Tiada ulasan: