28 Okt 2007

Majlis Peguam Patut Berarak Semula

Posted on Thursday, September 27 @ 11:09:10 MYT by greenboc
Analisis Isu Oleh Greenboc

aJika semalam Majlis Peguam telah berjaya menganjurkan satu perarakan yang besar bagi mendesak Perdana Menteri agar menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat skandal klip video VK Lingam, satu lagi perarakan patut diadakan tetapi kali ini untuk mendesak Nazri Aziz dipecat dari jawtaan menterinya.

Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri sewaktu mengulas perarakan tersebut semalam telah menyelar para peguam yang menyertai perarakan tersebut dengan menyatakan mereka sepatutnya menyertai parti pembangkang. "Otak mereka sama dengan otak pembangkang".


Adalah lebih baik mereka mendaftar sebagai ahli parti pembangkang. Saya lebih gembira jika mereka (Majlis Peguam) mendaftar sebagai parti pembangkang. Supaya saya tahu bagaimana untuk mengendalikan mereka," tambah Nazri kepada Sin Chew Daily.

Demikianlah mentaliti Nazri, demikian penghinaan Nazri kepada Majlis Peguam, seorang menteri di dalam kabinet Pak Lah, yang apabila diberikan teguran dan kritikan terhadap Kerajaan, pihak itu akan lantas di tuduh sebagai parti pembangkang atau agennya.

Mentaliti Nazri jelas mentaliti separuh masak. Mentaliti bodek serta ampu untuk menutup kelemahan dirinya yang sebenarnya dan selama ini orang yang bernama Nazri itu belum pun melakukan apa-apa yang bermakna kepada rakyat kecuali mengeluarkan kenyataan-kenyataan ampu dan bodek agar namanya tetap tersenarai sebagai Menteri di setiap kali penyusunan semula kabinet berlaku.

Dari segi khidmat dan sumbangannya kepada negara tetap sifar. Ini kisah budak mentah yang tak tahu undang-undang tetapi ingin bercakap mengenai undang-undang. Ini kisah orang yang diletakkan memegang jawatan yang tidak layak baginya. Dan ini kisah lawak mengenai si bebal yang akan menghancurkan negara.

Pada hari yang sama juga, BERNAMA melaporkan bahawa Nazri menyatakan tidak ada krisis di dalam Badan Kehakiman Negara. Ia cuma digembar-gemburkan oleh parti pembangkang.

Demikian hebat Nazri. Itulah sebabnya mengapa beliau menyatakan bahawa Ketua Hakim menafikan tentang wujudnya rakaman perbualan telefon di dalam video klip yang didedahkan dan diedarkan kepada masyarakat Malaysia sebelumnya walaupun sebelumnya Ketua Hakim sendiri tidak memberikan apa-apa komen terhadap persoalan tersebut.

Menteri yang dipertanggungjawabkan menjaga hal-ehwal kehakiman dan undang-undang begitu mentalitinya di negara ini. Sungguh memalukan. Dan lebih memalukan apabila seorangf perdana Menteri melantik orang seperti Nazri mengangotai kabinetnya. 2 x 5. Demikian hakikatnya.

Ini bererti mana-mana kumpulan dan rakyat tidak dibenarkan mengkrtitik kerajaan. Tidak dibenarkan mendedahkan apa-apa yang pincang mengenai kerajaan.

Jika demikian halnya, tidak perlu juga adanya PAC untuk mengaudit jentera kerajaan kerana ia bakal mendedahkan kelemahan kerajaan. Jika anda melakukan demikian, anda ahli parti pembangkang!

Maka sewajarnya kedudukan Menteri ini "dipancung" segera sebelum negara menjadi hancur akibat wujudnya menteri bermentaliti rendah ini di dalam kabinet. Pak Lah perlu disedarkan dari tidurnya tentang wujudnya menteri-menteri yang tak berguna sesen ini yang hanya pandai mengampu dan membodek.

Nampaknya Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga bakal Presiden Gerakan, Koh Tsu Koon lebih terkehadapan di dalam isu ini berbanding Nazri.

Bernama melaporkan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon mahu keprihatinan berhubung sistem kehakiman negara ditangani segera.

Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata sekiranya dibiarkan, ia boleh menjejas kredibiliti dan integriti sistem kehakiman dan menyebabkan pelabur luar enggan melabur di Malaysia.

Katanya tindakan mesti diambil terhadap individu yang disabitkan dalam isu berkenaan sekiranya kandungan klip itu terbukti benar.

Demikianlah kisah Nazri dan apakah Majilis Peguam perlu bangun sekali lagi, berarak, kali ini untuk dihalakan kepada Nazri yang terang-terangan telah mencabar dan merendahkan kewibawaan Majlis Peguam?

Tiada ulasan: