25 Mei 2009

Menjelang Muktamar : Mat Sabu, Husam dan Nasa Untuk Timbalan Presiden, Mahfuz Naib Presiden

Jawatan Timbalan Presiden PAS akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru pada pemilihan akan datang.

Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa secara rasmi mengesahkan akan cabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan timbalan presiden, kemungkinan besar dalam persaingan sengit tiga penjuru.

Pengumuman tersebut secara rasminya memaklumkan bahawa kini berlangsungnya pertandingan tiga penjuru bagi merebut jawatan tersebut iaitu di antara beliau, Nasarudin Mat Isa yang juga merupakan penyandang jawatan tersebut dan seorang lagi Naib Presiden PAS iaitu Mohamad Sabu.

Datuk Husam mengumumkan keputusan beliau di hadapan sidang media di Pejabat Agung PAS, di Jalan Raja Laut, di sini jam 11.30 pagi tadi.

Husam juga akan menemui semua pemimpin kanan PAS untuk memaklumkan secara rasmi keputusannya itu.

Dalam kenyataannya Husam berkata, jika beliau menang, beliau yakin dapat memberikan sumbangan yang terbaik kepada PAS dan dapat menjadi gandingan yang baik kepada presidenya, Abdul Hadi.

Husam memulakan sidang media itu dengan mengucapkan tahniah kepada Abdul Hadi yang menang tanpa bertanding selaku presiden dan yakin kehebatan Abdul Hadi dalam memimpin PAS.

Ditanya berhubung dakwaan beliau seorang pemimpin liberal, Husam berkata:

"Saya menganggap penyandang jawatan sekarang (Nasharudin) juga liberal tetapi terlalu liberal (condong) kepada Umno adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.

"Pada pendapat saya, PAS perlu berada di tengah, bukan bersikap terbuka kepada Umno atau untuk menyelamatkan Umno."

Husam berkata, beliau telah memaklumkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenainya sebelum membuat sidang media itu dan akan memaklumkan secara rasmi kepada Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan mereka jam 3 petang nanti.

Sementara itu Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar mengumumkan akan bertanding jawatan Naib Presiden PAS.

Beliau memberikan alasan berbuat demikian, selepas ketiga-tiga naib presiden yang ada sekarang tidak mempertahankan jawatan masing-masing.

Mereka adalah Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu yang bertanding timbalan presiden manakala Ahmad Awang tidak mahu bertanding sebarang jawatan.

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin difahamkan tidak akan bertanding jawatan naib presiden walaupun mendapat banyak pencalonan untuk kerusi itu.

Ini bermakna, calon yang popular untuk jawatan ini adalah Ketua Pemuda, Salahudin Ayub, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PJ PAS Pahang), Dr Mujahid Yusof ( anggota Parlimen Parit Buntar), Datuk Nik Amar Nik Abdullah (Kelantan) selain Mahfuz sendiri.


SPR Segera Nak Ambil Tindakan Sesiapa Perleceh Maruah Umno BN

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar serius mahu menjalankan tugasnya di pilihan raya kecil N12 Penanti.

Banyak amaran telah dikeluarkan supaya parti-parti yang bertanding mematuhi setiap peraturan dan garis panduan semasa berkempen dalalm PRK ini.

Sebelum ini parti-parti politik dalam PRK Penanti tidak dibenarkan mendirikan pondok panas dan jumlah penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan juga dihadkan kepada 5,000 sahaja. Kedua-dua peraturan ini dipatuh dengan baik oleh semua pihak. Ini tentu sekali menyenangkan hati SPR dan juga menyenangkan tugasnya.

Hari ini pula SPR mengeluarkan satu lagi amaran akan mengambil tindakan terhadap parti dan calon yang memburukkan parti yang tidak bertanding dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti.
Parti yang tidak bertanding dalam PRK ini ialah Barisan Nasional yakni Umno jadi amaran SPR itu sudah tentu ditujukan bagi sesiapa yang mengkritik atau menghamun BN kempen pilihan raya.

Timbalan Pengerusinya, Wan Ahmad Wan Omar,berkata perbuatan menjatuhkan maruah parti yang tidak bertanding dalam pilihan raya adalah tindakan yang tidak beretika dan boleh dikenakan hukuman kerana melanggar Akta Keselamatan Pilihan Raya.

Persoalan yang ingin diajukan kepada SPR bagaimana sekiranya parti yang tidak bertanding berlagak seperti ia parti yang bertanding.

Daripada maklumat yang diterima walaupun UMNO-BN tidak meletakkan calonnya di Penanti lagaknya bagai ia bertanding.

Parti itu dikatakan sejak sehari dua ini sudah mula menganjurkan ceramah politik berhampiran Penanti. Umno juga telah siapkan banyak khemah untuk memuatkan ribuan orang tetapi malangnya jumlah yang hadir tidak lebih daripada 50 orang sahaja.

Di beberapa Jawatankuasa Daerah Mengundi (JDM) ada pihak tertentu diberitakan menganjurkan makan angin ke Padang Besar dengan tujuan membawa lari pengundi daripada menjalankan hak dan tanggungjawab mereka.

Sasaran pihak tertetu ini adalah pengundi-pengundi Pakatan Rakyat dan mereka ditawarkan makan angin percuma ke Padang Besar dan diberi duit belanja pula.

Sekiranya dakwaan ini benar adakah SPR sebagai badan yang "telus", "bebas" dan "profesional" akan mengambil tindakan ke atas Umno dan BN dan melarang mereka bertanding dalam mana-mana pilihan raya, kecil atau besar?

Beranikah SPR berbuat demikian atau SPR hanya menjadi pen-SURUH-anjaya kepada Umno dan BN dan me-PILIH-an-milih tindakan kepada pihak yang tidak sebulu dengan pen-SURUH-annya?
Bagaimana SPR hendak mepertahankan maruah Umno-BN bila mereka sudah tidak ada lagi maruah yang ingin dipertahankan?

Mungkin sebelum SPR senang-senang memberi amaran kepada mana-mana pihak elok-eloklah mencermin dirinya sendiri dahulu. -TVA


Belum Apa-apa UMNO BN Dah Terburai Di Manek Urai

Malaysiakini melaporkan empat pemimpin Umno bahagian Kuala Krai berminat mencabar PAS pada pilihanraya kecil DUN Manek Urai susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob, Jumaat lalu.

Ketua bahagian Datuk Ramzi Abdul Rahman, naib ketua bahagian Che Jalal Muda, ketua Wanita Rohani Abdul Majid dan ketua Pemuda Tuan Aziz Tuan Mat semuanya disebut-sebut menawarkan diri bagi menggalas cabaran BN di kerusi kubu PAS tersebut.

Sumber-sumber Umno bahagian memberitahu Malaysiakini hari ini, kecuali Rohani, semua yang berminat itu bukan orang tempatan di DUN tersebut.

Menurut sumber itu lagi, tradisi Umno meletakkan calon luar tidak disenangi oleh pengundi Manek Urai.

“Tidak bolehkah kita menonjolkan calon tempatan kali ini setelah kita melihat pengundi tidak mahu calon import Umno.

“Jika sukar untuk mendapatkan calon lelaki, Rohani boleh dicalonkan,” kata satu sumber dalam Umno bahagian.

Sumber itu menambah, pengundi Manek Urai tidak selesa dengan tindakan beberapa pemimpin Umno yang sengaja menayangkan kemewahan kepada penduduk kampung.

Katanya, mereka datang dengan kereta mewah, membawa imej bertentangan dengan penduduk yang miskin dan kebanyakannya petani dan bekerja sendiri.

Berbeza dengan PAS apabila pemimpin mereka berusaha menjadi orang kampung dan sikap ini disenangi oleh semua orang, tambah sumber.

“Sebab itu Ismail menang lima kali. Bukan sahaja orang PAS, orang Umno pun boleh terima beliau sebagai wakil rakyat Manek Urai,” katanya.

Ismail menguasai Manek Urai selama lima penggal berturut-turut sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.

Pada 2004 sewaktu allahyarham tidak bertanding, calon BN Zulkepli Omar menang di situ dengan majoriti tipis 53 undi.

Dalam pilihanraya umum lalu, Ismail merampas kembali kerusi tersebut dengan majoriti 1,352 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Khamis ini dan dijangka mengumumkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi kerusi tersebut.


Nizar Zambry : Mogok Lapar Tidak Hina Mahkamah

Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa berkata, tindakan mogok lapar anjuran Pakatan Rakyat Perak selama tiga hari bermula esok tidak salah, malah tidak bertentangan dengan agama selagi ia "tidak membawa kepada kematian."

Menurut Husam, terdapat pelbagai cara untuk melahirkan protes berhubung sesuatu perkara, dan mogok lapar atau berpuasa merupakan salah satu daripadanya yang diamalkan oleh banyak pihak.

"Pakai baju hitam pun salah, pakai baju kuning pun salah, pakai baju merah pun salah dan pakai baju hijau pun salah... sekarang berpuasa, mogok lapar pun salah," kata beliau ketika ditemui di Ibu Pejabat PAS pagi ini.

Jelas beliau, umat Islam yang berpuasa wajib berbuka sebagaimana dikehendaki oleh agama Islam.

"Ini trend untuk menyatakan protes (berhubung sesuatu isu)," kata beliau lagi.

Gabungan parti pembangkang di Perak akan mengadakan mogok lapar selama tiga hari mulai esok sebagai manifestasi untuk mendesak pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai penyelesaian krisis politik negeri itu.

Kelmarin, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming berkata, kempen mogok lapar selama 72 jam itu akan bermula sebaik dirasmikan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bersama bekas Speaker DUN Perak V. Sivakumar.

Dalam pada itu Pesuruhjaya PAS Perak, Ahmad Awang pula berkata, langkah tersebut tidak boleh dilihat sebagai "perbuatan menghina mahkamah."

"Kami sebenarnya telah merancang lebih awal sebelum keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat lalu, jadi tak timbul soal hina mahkamah," katanya.

Katanya, mogok lapar tidak melibatkan umat Islam yang hanya berpuasa ikut lunas agama.

Sebaliknya, beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata, pemimpin Islam Pakatan Rakyat hanya berpuasa selama tiga hari mulai esok sempena kedatangan bulan Jamadilakhir.

Lazimnya umat Islam akan berpuasa pada hari pertama bulan baru selain pada Isnin dan Khamis, katanya.

Sehubungan itu kata beliau, pihaknya akan berpuasa selama tiga hari mulai esok. "Jadi pemimpin beragama Islam dalam Pakatan Perak akan berpuasa selama tiga hari mulai hari ini dan sebagai semangat setiakawan, pemimpin bukan Islam akan mengadakan mogok lapar selama tiga hari," katanya.

Jelas beliau, pemimpin Islam Pakatan akan berbuka puasa seperti lazimnya apabila tiba masa untuk berbuat demikian. Majlis berbuka puasa akan diadakan di pejabat PAS Perak, Ipoh esokmalam ini

Zambry MB Rayuan Tak Suka Dengan Panggilan MB Mahkamah

Bernama melaporkan hari ini bahawa Menteri Besar yang disahkan oleh Mahkamah Rayuan, Zambry Abdul Kadir tidak senang dengan gelaran Menteri Besar Mahkamah yang diberikan kepadanya oleh Menteri Besar Kelantan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Zambry hari ini berkata gelaran "Menteri Besar Mahkamah' patut diberikan kepada Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang telah memulakan proses mahkamah bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa beliau adalah Menteri Perak yang sah.

Beliau berkata oleh kerana proses mahkamah itu dimulakan oleh Mohammad Nizar, sewajarnyanya gelaran itu diberikan kepada bekas menteri besar Perak itu dan bukan dirinya.

"Jadi proses mahkamah itu dilakukan oleh Nizar, bukannya saya. Tok Guru (Mursyidul Am PAS Nik Abdul Aziz Nik Mat) yang saya hormati pun manusia juga, dia pun buat silap dan bukannya manusia maksum.

"Jadi saya tolong perbetulkan sedikit pandangan Tok Guru itu," kata Zambry kepada pemberita di sini hari ini semasa diminta mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu Sabtu lepas bahawa beliau adalah "Menteri Besar Mahkamah" dan tidak mewakili seluruh rakyat Perak.

Jumaat lepas, Mahkamah Rayuan mengisytiharkan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang sah dalam satu keputusan sebulat suara selepas mendapati keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei lepas bahawa Mohammad Nizar adalah Menteri Besar yang sah adalah salah.

Sementara itu, Zambry menolak kemungkinan kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) pimpinannya akan mendapatkan perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak sebagai jalan penyelesaian kemelut politik di negeri itu.

"Sekarang ini kita berpandukan kepada apa yang telahpun diputuskan oleh mahkamah.Meskipun kita mempunyai peruntukan-peruntukan yang diberikan tetapi proses yang berlaku sekarang ini ialah proses perundangan.

"Jadi biarlah proses perundangan itu mengambil tempatnya dan kita mengharapkan semuanya akan berjalan seperti biasa," katanya mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam bahawa langkah itu merupakan pilihan terbuka kepada BN tetapi tidak semestinya ia satusatunya jalan menentukan kerajaan mana ada suara majoriti.



Selangor Selar Tindakan Melampau Polis

Kerajaan Negeri Selangor hari ini berasa kesal dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan melampau polis menahan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai, Jenice Lee bersama 15 orang lain ketika perhimpunan aman di pejabatnya baru-baru ini.

Perhimpunan Aman pada Khamis lalu tersebut sama sekali tidak mengancam keselamatan dan kekacauan kepada masyarakat setempat berikutan mereka berhimpun secara aman.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan Selangor di Dataran Dewan Undangan Negeri, Shah Alam.

Demikian satu kenyataan akhbar Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sejurus selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan, Jabatan-jabatan Kerajaan Selangor di Dataran Dewan Undangan Negeri, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dekat sini pagi tadi.

Katanya, kerajaan negeri begitu kesal dengan siri tangkapan tersebut yang melibatkan orang awam, aktivis kebebasan asasi manusia dan ahli politik.

“Mengikut data yang dikumpul oleh SUARAM pada Mei sahaja sebanyak 146 tangkapan sudah dibuat yang kebanyakkannya melibatkan perhimpunan aman.

Keadaan bertambah buruk lagi apabila pihak polis membuat serbuan ke pejabat DAP baru-baru ini dan ini jelas menunjukkan perkembangan yang tidak sihat kepada negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

Sehubungan itu, Abdul Khalid mengutuk sekeras-kerasnya pencabulan kebebasan bersuara dan hak berkumpul secara aman, hak asasi yang termaktub dalam Deklarasi Hak-hak Asasi Sedunia dan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Kami menyeru pihak polis supaya menghormati dan mempertahankan hak-hak tersebut.

“Satu pendekatan baharu yang fleksibel sudah dipersetujui bersama Ketua Polis Negeri Selangor iaitu semua perbincangan boleh dibuat di tempat tertutup seperti di dewan dan perarakan kecil (aman) tempoh singkat sebelum ke dewan dibenarkan tanpa perlu permit”, jelas Abdul Khalid pada sidang media di Dewan Annex dekat sini. -selangorkini


Mohd Sabu, Husam dan Nasaruddin Berentap Untuk Timbalan Presiden

Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu turut mengesahkan akan mencabar Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan Timbalan Presiden PAS pada pemilihan minggu depan.

"Saya akan tetap bertanding dan tidak akan tarik diri," katanya kepada mStar Online ketika diminta mengulas pendiriannya untuk bertanding jawatan nombor dua parti itu.

Menurut Mat Sabu, beliau telah menghantar borang penerimaan pencalonan kepada jawatankuasa pemilihan parti tiga hari lalu.

Urusan penerimaan pencalonan pemilihan PAS ditutup hari ini.

Bagi jawatan Timbalan Presiden, lima orang calon layak bertanding iaitu Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak; Timbalan Murysidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dan dua Naib Presiden PAS sedia ada, Datuk Paduka Husam Musa dan Mat Sabu sendiri.

Minggu lalu, Azizan yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah dan Haron Din telah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan tersebut.

Kenyataan Mat Sabu itu melengkapkan saingan tiga penjuru bagi jawatan nombor dua parti itu.

Pagi tadi Husam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Salor turut mengesahkan akan bertanding jawatan tersebut.

Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, pagi tadi mengesahkan kepada mStar Online akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga. -MSTAR


Penanti : Calon Bebas, Aminah Sekadar Cari Publisiti Murahan

Dakwaan calon Bebas, Aminah Abdullah yang akan mengemukakan bukti Parti Keadilan Rakyat (PKR) cuba menawarkan ganjaran kepada supaya menarik diri daripada bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti 31 Mei ini, dianggap sebagai publisiti murahan.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Badrul Hisham Shaharin berkata, bukan sifat dan prinsip PKR yang sanggup melakukan apa sahaja walaupun terpaksa membelakangi amalan demokrasi demi kemenangan.

Difahamkan, bekas pemimpin Wanita PKR terbabit juga tidak menolak kemungkinan akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu.

Kata Badrul Hisham, terpulang kepada Aminah untuk meneruskan niatnya melaporkan perkara tersebut kepada SPRM atau sebaliknya.

“Biasalah calon Bebas pun perlukan publisiti untuk menonjolkan dirinya kepada pengundi di kawasan terbabit, barulah dikenali. Apa yang penting, pengundi mengenali dan mengetahui khidmat serta bakti yang dilaksanakan oleh PKR di kawasan terbabit.

“PKR tidak akan terjejas dengan kenyataan yang dibuat Aminah, malah ia akan terus menguatkan jentera penerangan memastikan kemenangan pada pilihan raya terbabit,” katanya.

Sementara itu di BANDARAYA MELAKA, Ahli Jawatankuasa Perhubungan PKR negeri, Abdul Wahab Ibrahim berkata, jika Aminah benar-benar menerima tawaran rasuah daripada pihak tertentu, dia seharusnya melaporkannya kepada SPRM dengan segera.

“Jika calon Bebas itu bercakap benar menerima tawaran daripada PKR, lebih elok dia membuat laporan segera kepada SPRM, tidak perlu tunggu lama.

“Kita yakin beliau hanya mahu mencari publisiti murahan sahaja menjelang kempen pilihan raya kecil itu. Hakikat sebenar, apa yang dikatakan itu hanyalah sekadar retorik kosong, yang mahu menjatuhkan imej bersih PKR terhadap pengundi di Penanti,” katanya.

Katanya, PKR adalah parti yang mendahulukan rakyat, bukannya wang.

“Oleh itu, saya merasakan bahawa dakwaan yang mengatakan ada ahli memberi rasuah kepada calon Bebas untuk tarik diri adalah satu pembohongan semata-mata.

“Saya yakin beliau berbuat demikian kerana mahu memburukkan PKR sahaja. Ini kerana kita yakin, PKR akan terus menang dan berjaya menawan Penanti dengan majoriti lebih besar,” katanya.



Husam Musa Sahkan Tanding Timbalan Presiden PAS

Naib Presiden PAS, Datuk Paduka Husam Musa mengesahkan beliau akan bertanding merebut jawatan merebut jawatan Timbalan Presiden parti itu minggu depan.

Selain Husam, Ustaz Nasharuddin Mat Isa dijangka akan mempertahankan jawatan tersebut.

"Saya buat keputusan muktamad pagi tadi...saya dah serahkan borang terima pencalonan sebentar tadi," kata Husam pada sidang media di sini hari ini.

"Saya yakin bahawa gandingan yang mantap boleh membantu Datuk Seri Tuan Guru memimpin PAS terus-menerus menerokai kemajuan dan pembukaan sehingga berjaya dari segi politik menggantikan tempat Umno sebagai teraju utama negara pada masa akan datang," katanya.

"Penolakan ke atas Umno adalah kerana sifat perjuangannya yang memisahkan aktiviti pemerintahan daripada hitungan akhirat dan bimbingan wahyu, yang membawa kepada berleluasanya korupsi, penyelewengan dan salah guna kuasa serta hilang puncanya
Umno dalam isu hubungan kaum dan agama di Malaysia."

Husam memberitahu beliau telah memaklumkan pendiriannya kepada Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat pagi tadi dan akan berbuat demikian apabila menemui Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tengah hari ini.

Nasharuddin, Timbalan Presiden PAS sejak dua penggal, pagi tadi juga mengesahkan akan mempertahankan jawatannya buat penggal ketiga.

Seorang lagi naib presiden Mohamad Sabu juga berminat jawatan nombor dua PAS.

Beliau dijangka mengesahkan bertanding hari ini, hari terakhir semua calon berbuat demikian menjelang pemilihan parti di muktamar tahunannya di Shah Alam bermula 5 Jun ini.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar juga mengesahkan bertanding jawatan naib presiden.

Seramai 16 pemimpin dicalonkan untuk merebut tiga jawatan kanan tersebut. Bagaimanapun setakat ini tidak dapat dipastikan jumlah sebenar mereka yang berminat.

PAS akan mengumumkan pemimpin-pemimpin yang ingin bertanding dalam satu sidang akhbar khas, esok.


Katak-katak Yang Bikin UMNO BN Dalam Dilema Di Perak

AApakah agaknya yang akan dilakukan oleh Barisan Nasional terhadap tiga orang 'Adun Lompat' di Perak itu? Persoalan ini didapati semakin hangat dibincang dan diperdebatkan di kalangan pegawai tinggi Umno/BN, di saat peristiwa rampasan kuasa di Perak itu terus menjadi topik utama di media-media utama di Malaysia yang mengaitkannya dengan pentadbiran Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak

Pegawai-pegawai BN berkata, berdasarkan apa yang berlaku hari ini, apa yang difikirkan terbaik untuk dilakukan ialah membiarkan mahkamah memutuskan sama ada Dato' Seri Zamry Abdul Kadir atau Dato' Seri Nizar Jamaluddin menteri besar Perak yang sah, dan kemudian adakan usul undi tidak percaya kepada ahli politik PAS yang popular itu, dan kemudian terus memerintah Perak.

Akan tetapi sekiranya sentimen rakyat di negeri itu tidak dapat menerimanya meskipun ia telah diputuskan oleh mahkamah, dan sekiranya Sultan Perak mendapat tekanan daripada pembangkang, masyarakat awam serta sivil dan membubarkan dewan undangan negeri, maka karier politik 'Adun Lompat' berkaitan, yakni Hee Yit Fong (Jelapang), Osman Jailu (Changkat Jering) dan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang) akan segera berakhir.

The Malaysian Insider mendapati, beberapa orang pegawai kanan BN percaya bahawa salah satu cara untuk menyelesaikan krisis politik di Perak ini ialah dengan memujuk tiga orang 'Adun Lompat' ini supaya mengosongkan kerusi mereka dan kemudian mengadakan pilihan raya kecil di Jelapang, Changkat Jering dan Behrang.

Pihak yang menang akan mempunyai majoriti jelas di dalam dewan undangan negeri dan berupaya membentuk kerajaan negeri. Tambahan lagi, tindakan mengadakan pilihan raya kecil di tiga kawasan ini dikatakan akan dapat melunakkan hati rakyat Perak yang merasakan bahawa mereka mempunyai kata putus dalam hal tersebut selain dapat mengendurkan rasa marah mereka kepada Sultan Azlan Shah yang enggan menerima cadangan Nizar agar membubarkan dewan undangan negeri Februari lalu.

Dato' Seri Najib Tun Razak dan beberapa orang pemimpin kanan BN telah diberi taklimat mengenai "pilihan terhad" ini tetapi terdapat bangkangan terhadap pilihan ini.

Seorang pegawai kanan parti yang terlibat dengan perbincangan tersebut memberitahu The Malaysian Insider: "terdapat pandangan bahawa sekiranya BN mengorbankan ketiga-tiga "Adun Lompat" itu, maka pada masa hadapan tidak akan ada lagi wakil rakyat yang ingin melompat parti dan menyertai BN. Kami yakin kami boleh menang di Changkat Jering dan Behrang kerana majoriti pengundi Melayu bersama kami. Akan tetapi persepsi bahawa kami memaksa tiga "Adun Lompat" itu bersara tidak baik bagi BN."

Tetapi beliau mengakui bahawa jika Sultan mengambil keputusan untuk membubarkan dewan undangan negeri dan meminta diadakan pilihan raya negeri, BN akan menghadapi dilema untuk meletakkan Hee, Osman dan Jamaluddin sebagai calon BN di kawasan terbabit.

Ketiga-tiga "Adun Lompat" ini juga dijangka akan kehilangann sokongan pengundi disebabkan tindakan mereka yang dilihat lebih kepada kepentingan peribadi, bukannya kerana perbezaan ideologi parti.

Meletakkan Osman dan Jamaluddin sebagai calon juga merupakan satu hal yang tidak kena kerana kedua-dua wakil rakyat itu telah didakwa di mahkamah atas tuduhan rasuah. Jamaluddin memenangai kerusi Behrang pada 8 Mac 2008 dengan majoriti 1,027 undi sementara Osman memenangi kerusi Changkat Jering dengan majoriti 1,102 undi.

Namun, untuk menggugurkan ketiga-tiga "Adun Lompat" ini bererti BN menerima pendirian Pakatan Rakyat bahawa tindakan melompat parti merupakan sesuatu yang haram dan menyalahi perlembagaan.

Pegawai kanan parti itu selanjutnya berkata: "berdasarkan apa yang berlaku hari ini, pendirian BN ialah untuk membawa usul undi tidak percaya dalam dewan. Sebarang pilihan raya, sama ada terhad atau sebaliknya akan merumitkan BN."

Dan punca kerumitan itu ialah apakah yang perlu dilakukan kepada tiga orang "Adun Lompat" Hee, Osman dan Jamaluddin itu? -Malaysianinsider, terjemhan Mohd Nor Abd Samad


PAS Manek Urai Siap Sedia Hadapi UMNO BN

PAS kawasan Kuala Krai telah menggerakkan jentera pilihan raya bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai berikutan kematian wakil rakyat kawasan itu, Haji Ismail Yaakub pagi Jumaat lalu.

Yang Dipertua PAS Kuala Krai, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, persiapan awal telah digerakkan bermula semalam dengan mengadakan beberapa pertemuan.

"Dan malam ini akan diadakan mesyuarat jawatankuasa PAS kawasan di Dun Manek Urai.

"Kita membuat persiapan awal sebelum jentera peringkat negeri turun," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan kepada keluarga mangsa kemalangan jalan raya di Ladang Pasir Gajah, petang tadi.

Malam semalam seorang pemuda India, Kumara Dewan, 32 mati akibat kemalangan jalan raya di Kampung Keroh. Sumbangan disampaikan kepada ayah mangsa, B Balakrishnan.

Mangsa dijangka melangsungkan perkahwinan pada Ogos depan. Dia juga mengusahakan kedai runcit di ladang tersebut. Kumara merupakan anak kedua daripada empat adik beradik.

Abdul Latif yang juga Adun Mengkebang berkata, PAS Kuala Krai akur sepenuhnya mana-mana calon yang diketengahkan pimpinan bagi mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil tidak lama lagi.

Beliau juga berharap mendapat kerjasama jentera pilihan raya Pakatan Rakyat dari seluruh negara seperti mana yang berlaku di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

"Saya yakin sepenuhnya seluruh jentera Pakatan Rakyat akan turut memberi sumbangan dalam pelbagai cara untuk mempertahankan Dun Manek Urai," katanya.

Beliau juga berharap Umno tidak meletakkan calon di Manek Urai memandangkan sebelum ini mereka tidak mahu membazirkan wang kerajaan.

"Sekarang kita akan lihat mereka akan bertanding atau tidak. Kalau di Penanti mereka menarik diri atas alasan tidak mahu membazir," katanya.

Ketua Dewan Pemuda PAS Kuala Krai, Ustaz Mahadi Mat Zin berkata, pemuda PAS kawasan itu akan bekerja keras mempertahankan Dun Manek Urai pada pilihan raya kecil tersebut.

Dalam satu perkembangan lain, Umno Kelantan pula kini amat mengharapkan semangat Pengkalan Pasir pada 2005 berulang di Manek Urai, biar pun empat pilihan raya kecil pasca Mac 2008 nasib tidak menyebelahi mereka.

Lebih-lebih lagi Umno Kelantan di bawah Dato' Mustapa Mohamed, yang dianggap berjaya memulih kedudukan Umno pada pilihan raya umum 2004.

Maka tidak hairanlah sejak berita Adun Manek Urai, Haji Ismail Yaakub (Paksu Mail) jatuh sakit tersebar, Umno sudah melakukan gerak kerja keluar masuk kampung.

Difahamkan antara pemimpin Umno yang melobi untuk dicalonkan bekas Adun Manek Urai, Zulkifli Omar apabila dikatakan sudah menjelajah ke beberapa kampung di kawasan Dun terbabit.

Dan semalam beliau difahamkan mengadakan pertemuan dengan penduduk di Kampung Budi.

"Pertemuan tersebut diadakan di sebuah kedai kopi. Zuki berucap di depan beberapa penduduk yang ada di kedai kopi tersebut dengan menjanjikan mahu memberi pelbagai bantuan kepada penduduk.

"Kalau hendak zink dia sanggup beri. Seorang rakan yang hadir pada pertemuan itu memberitahu sudah acap kali dia mendengar bekas wakil rakyat menabur janji serupa," kata seorang penduduk Sidi Mamat, 42 di sini.

Bagaimanapun laluan Zulkifli untuk dicalonkan pada pilihan raya kecil yang bakal diadakan sukar memandangkan beliau tewas merebut jawatan Naib Ketua Bahagian Kuala Krai pada pemilihan yang diadakan tahun lepas.

Beliau yang juga bekas Ketua Pemuda Umno Kuala Krai tewas kepada Jalal Che Muda.

Sementara itu di Kampung Manek Urai Lama, orang ramai masih lagi menziarahi keluarga Paksu Mail untuk merakamkan ucapan takziah.

Manakala pada sebelah malam diadakan tahlil arwah di masjid yang terletak tidak jauh daripada rumah Adun terbabit.

Sementara itu, seorang ahli Umno di Kubang Kerian turut merasai kehilangan Paksu Mail kerana Allahyarham dikenali sebagai seorang pemimpin yang bersikap peramah dan mesra rakyat.

"Sebenarnya saya tidak rapat dengan arwah Paksu, tetapi sesekali bertemu kita dapat merasai bagaimana kemesraan beliau dengan orang ramai.

"Peribadinya luhur. Beliau berkawan dengan sesiapa sahaja termasuk pemimpin Umno. Sebab itulah saya juga merasai pemergian Paksu," katanya.

Paksu Mail kembali ke Rahmatullah pada pagi kelmarin di Hospital Raja Perempuan Zainab Kota Bharu selepas hampir sebulan menjalani rawatan. Beliau menderita penyakit gaot, jantung dan darah tinggi.

Allahyarham berkhidmat sebagai wakil rakyat di Dun Manek Urai selama lima penggal dan tidak pernah kalah dalam pilihan raya.

Seorang bekas pemimpin Parti Semangat 46 berkata, arwah Paksu Mail merupakan seorang wakil rakyat patut diteladani semua ahli politik. -harakahdaily

NIZAR : Masih No. 1 Di Hati Rakyat Perak

Ada orang tu…. mahu digelar sebagai pemimpin rakyat tapi…. orang buat muka tak semiak. Kerana apa??? Tak up to the standard lagi. Tak capai tahap quality …..

Ada orang tu…. konon nyer mahu mendahulukan rakyat tapi…. orang tak pandang sebelah mata pun…. Mengapa??? Sebab… cakap tak serupa bikin dan keikhlasan tak terpancar dalam perlakuan dan tindakan. Plastik!!! Ada udang di sebalik batu….. Obvious sangat ler!!!

Sepatut nyer…. gelaran itu tak diminta…. dirayu….. biarlah diri dan tindak tanduk kita speak for itself. Rakyat tak boleh dipaksa-paksa untuk memberikan gelaran pemimpin rakyat kepada seseorang itu…. No… it doesn’t work that way!! Seseorang pemimpin boleh mendabik dada, mengatakan diri nyer, pemimpin rakyat… tapi, rakyat sebalik nya kan kata …. pooooraaah!!! So… kalau rakyat beri respond sedemikian….. paham-paham ler maksud nyer kan!!!

Aha….. di sini kita tengok pulak seorang pemimpin ini: A very humble and a very rakyat person. Dengan bangga nyer saya memperkenalkan……

Datuk Seri Nizar Jamaludin

Ini lah dia satu icon baru pemimpin rakyat. Beliau tidak minta dijadikan icon…. beliau tak mendabik dada, mengatakan dan mengwar-warkan diri nyer sebagai pemimpin rakyat. Tapi….. dia adalah sebenar-benar nyer pemimpin rakyat dan icon perpaduan bagi rakyat pelbagai kaum di Malaysia yang terdiri daripada pelbagai agama, bahasa, budaya, kepercayaan serta berbeza latar belakang dari segi sosial, ekonomi dan faham politik. Aura nyer sebagai pemimpin rakyat telah menyebabkan beliau mendapat sokongan padu rakyat pelbagai kaum, yang sentiasa berdiri teguh dibelakang nyer, di saat… suka dan duka….. senang dan susah…. jatuh dan bangun…..!!!

Mungkin kemelut politik Perak ada hikmah nyer buat Nizar…. kerana melalui kemelut inilah rakyat satu Malaysia nampak yang mana satu kaca dan yang mana satu permata. Ya….. melalui tindak tanduk nyer sejak beliau menjawat jawatan MB Perak, selepas PRU 12 yang lalu…. hingga lah kemelut politik perak bermula….. aura nyer sebagai pemimpin rakyat pelbagai kaum amat terserlah…… Malah… setelah jatuh nyer kerajaan Pakatan Rakyat Perak, yang dipilih sendiri oleh rakyat, akibat rampasan kuasa paling jijik oleh UBN, aura nyer sebagai pemimpin rakyat berbilang kaum semakin lagi ler terserlah nyer!!! Silor mata orang di sebelah sana tu, yop!!!

Mungkin dia tidak ler 100% perfect….. mungkin ada ler sekelumit dua kelemahan sebagai manusia biasa tapi……. tapi, apa yang dilakukan nyer di Perak, memang sesuatu yang amazing…. awesome…. and wow!!! Jasad…. semangat…. usaha dan titik peluh nyer semua disatukan semata-mata untuk mempertahankan hak rakyat. For that rakyat Satu Malaysia salute dia. tabik spring, yong…..!!!

Apakah dia gila kuasa untuk terus berkuasa memerintah Perak? The answer is NO. Dia merayu kepada sultan, bukan untuk terus menjadi MB….. dia berjuang di mahkamah, bukan untuk terus berpaut pada kuasa…. tetapi untuk peroleh kuasa nyer yang telah dirampas. So…. apakah itu bukan gila kuasa??

Oh…. no…no…no…. NOT CORRECT….. NOT CORRECT….. NOT CORRECT….!!!! Yes…. dia berjuang mendapat semula kuasa yang diberikan oleh rakyat kepada nyer….. dan ingin serta dedicated untuk mengembalikan semula kuasa tersebut kepada yang berhak…. iaitu RAKYAT!!! Biar kuasa rakyat yang menentukan hala tuju kemelut politik di Perak ini dan biar rakyat yang membuat pilihan semula, siapa yang mereka mahu untuk memegang kuasa di Perak melalui pembubaran DUN dan pilihan raya…. Its as simple as that….. Tapi yang menjadikan keadaan semakin complicated ialah UBN yang sememang nyer giler kuasa. Jika tidak…. Perak tak kan menghadapi kemelut yang tak berkesudahan seperti ini….. Shame on you!!!

Piem Satu Malaysia dan Zambry MB Perak yang dihalalkan oleh Mahkamah Rayuan, mungkin sedar akan hakikat ini…. Nizar has become their NUMBER ONE RIVAL. Nizarlah sebenar nyer PEMIMPIN DAN MB RAKYAT!!! Nizar telah memalapkan keglamoran imej Piem Najib yang teringin sangat nak menjadi PM Rakyat.

Dan… PM Najib dan UBN Perak mungkin akan membubarkan DUN Perak untuk membolehkan mereka dilihat sebagai mendahulukan rakyat….. mengharapkan agar dapat membina imej Najib yang mahu dilihat sebagai PM dan pemimpin Rakyat…. Whatever ler…..!!! tapi one thing for sure….. sekarang, rakyat Satu Malaysia sudah jelas…. siapa Najib , siapa Zambry dan siapa Nizar yang sebenar nyer. And…. sad to say ler…., both Najib and Zambry tak dapat nak ‘at par’ dengan Nizar when it comes to imej…. reputasi dan integriti….. Nizar is still the NUMBER ONE and way ahead of them.

So…. bagaimana sekarang?? Nak still cling on to the power yang you people diperoleh secara tak demokratik….. or, let the Perakians decide once and for all….. who they prefer and choose, to rule the Silver State!!! -M3M


Nizar Zambry : PR Tidak Berputus Asa

BN melemparkan perkataan “degil” kepada PR kerana tindakan beberapa pemimpin PR yang dikatakan masih tidak dapat menerima keputusan mahkamah. Wajarkah kita mengatakan kepada rakyat Palestin sebagai degil, kerana mereka masih berkeras mempertahankan hak mereka?

PR tidak boleh dikatakan degil, sebaliknya “tidak berputus asa”, kerana memperjuangkan hak rakyat. PR memperjuangkan hak rakyat ketika mana kenaikan Nizar adalah berdasarkan pilihanraya. Manakala kenaikan Zambry adalah berdasarkan lompat parti oleh 3 orang tersebut. Sedangkan ketiga-tiga orang tersebut menang pilihanraya atas dasar mereka bersama dengan Pakatan Rakyat. Maka, rakyat di kawasan mereka memilih ketiga-tiga orang ini disebabkan mereka itu PR. Bukan disebabkan individu mereka secara peribadi.

Maka, kenaikan Zambry disebabkan hilang majoriti bagi Nizar, sedangkan ketiga-tiga orang tersebut, sekiranya mereka memperjuangkan BN, atau BEBAS, sudah pasti mereka ditolak mentah-mentah oleh rakyat. PR tidak berputus asa mempertahankan hak yang diperjuangkan olehnya.

Rakyat, Pakatan Rakyat, Suhakam, Majlis Peguam, berpuluh-puluh NGO, Ku Li, Chua Soi Lek, pemimpin-pemimpin Gerakan dan ramai lagi yang mahukan DUN Perak dibubarkan. Tetapi Zambry dan BN tidak mahu berbuat demikian. Sekarang, siapa yang degil? -suaraperak

Teater UMNO Badut Nasional Pun Bermula...

Siri teater lawak nasional sudah bermula untuk musim baru. Watak utama teater komedi ini tidak lain tidak bukan dipegang dan dilakonkan oleh Badut Nasional. Badut Nasional atau nama pendeknya BN memang pelakon yang handal sejak mula menceburi bidang teater lawak ini lebih lima dekad yang lalu.

Selama tempoh yang panjang itu lebih tepat lagi sejak zaman merdeka watak BN ini telah dipegang oleh beberapa tokoh lawak yang berbeza-beza kemampuannya sebagai pelawak. Ada pelawak yang agak banyak jasanya kepada seni teater lawak, ada juga pelawak yang gila kuasa sebab tidak mahu orang lain mengambil tempatnya. Baru-baru ini setelah seorang pelawak yang agak singkat jangka waktu ia memegang watak BN, seorang lagi dinobatkan sebagai BN.

Badut Nasional yang baru ini lagi gila kuasa walaupun dia mengaku kepada rakyat yang menonton teater lawaknya bahawa dia bukan seorang yang gila kuasa. Kata BN ini lagi kuasa hanya beliau perlukan untuk berkhidmat kepada rakyat. Maknanya BN ini mahukan kuasa hanya untuk membolehkan ia melakonkan lawaknya dengan lebih efektif, tidak lebih daripada itu.

Hampir empat bulan yang lalu BN ini telah membuat satu teater lawak di negeri yang bernama Perak.Pada kala itu negeri bernama Perak ditadbir oleh lawan kepada BN yang bergelar PR. PR ini telah dipilih oleh rakyat negeri bernama Perak itu dalam satu proses yang demokratik, telus serta benar-benar mencerminkan aspirasi dan cita-cita rakyat yang mahukan perubahan.

Ini kerana sebelum itu lebih tepat lagi sejak zaman merdeka negeri berama Perak ini diperintah oleh kaum kerabat dan kuncu-kuncu BN tetapi rakyat sudah menyampah dan mual dengan sikap kaum kerabat dan kuncu-kuncu BN ini yang tamak dan rakus kuasa ditambah pula dengan amalan rasuah yang bermaharajalela di negeri mereka.

Maka pada pilihan raya umum anjuran agensi di bawah BN bernama Suruhanjaya Pilihan Raya rakyat telah bangun menggunakan kuasa ditangan mereka untuk menumbangkan kekuasaan kaum kerabat dan kuncu-kuncu BN. Bukan kepalang marahnya BN apabila negeri bernama Perak jatuh kepada lawannya bernama PR. BN tidak dapat menerima kekalahan yang begitu pahit baginya, lebih pahit daripada hempedu. Hempedu pun tidak sepahit kekalahan BN di negeri bernama Perak. Yang lebih memahit dan memilukan lagi kepada BN empat buah negeri lain juga turut jatuh ke tangan PR. Bertambah peritlah lagi penyeksaan zahir dan batin BN apabila lima negeri mennyahkan kaum kerabat dan kuncu-kuncu BN daripada tampuk pemerintahan.

Semenjak daripada itu BN tidak berputus asa dan sentiasa memikir dan berusaha bagaimana BN mendapatkan semula negeri-negeri yang jatuh ke tangan PR ke tangannya semula. Maka BN telah memilih negeri bernama Perak untuk memulakan projek teater lawaknya. Sebagai permulaan lakonan lawaknya BN mencuri tiga daripada menteri PR. Mereka bertiga ini hilang beberapa hari tanpa berita dan khabar tetapi dalam setiap lakonan mesti ada elemen kekejutannya.

Maka rakyat negeri bernama Perak dikejutkan dengan kemunculan tiga orang menteri PR tersebut di istana BN. Berdiri di sisi BN mereka bertiga tersenyum lebar daru telinga ke telinga kerana sesungguhnya BN tela menawan hati mereka dengan lakonan lawaknya yang maha hebat. BN tidak berpuas hati sekadar mencuri tiga orang menteri PR. Dia bergegas ke istana mengadap As Sultan dengan membawa bukti hidup kepada baginda bahawa ketiga-tiga menteri PR itu telah menyeberang daripada PR untuk menyokong BN.

Dipendekkan ceritera hikayat lawak BN maka As Sultan pun memperkenankan calon BN untuk menjadi MB menggantikan MB PR. Lakonan BN yang amat menyakinkan As Sultan itu bagaimanapun dihidu rakyat jelata dan lantas mereka tidak mahu lagi menonton teater lawak BN. Malah mereka saban hari terus mendesak supaya BN mengembalikan hak mereka yang telah dirampas BN. BN tetap tidak mahu mengaku kalah lalu digunakanlah segala apparatus negara yang ada untuk mendokong lakonan lawaknya yang sudah menjadi basi dan tidak laku.

Negeri bernama Perak tidak tenteram, rakyatnya sugul dan bersedih atas apa yang menimpa negeri mereka. seperti todak melanggar Pulau Singapura, ibarat dilanda burung garuda. Demi mempertahankan hak rakyat yang dicabul, MB PR pun berjuang untuk mendapatkan haknya kembali melalui mahkamah yang hakim-hakimnya semua adalah lantikan BN. Baru-baru ini BN berjaya mendapatkan keputusan yang memihak kepadanya dan mahkamah pun terus memberi nyawa kepada MB BN untuk terus bernafas.

Rakyat terus dirundung malang dan derita kerana hak mereka agar PR terus memerintah negeri bernama Perak dihampakan dengan kelicikan lakonan lawak BN. Maka sehingga kini rakyat negeri bernama Perak berduka nestapa, berpuasa dan bermogok lapar agar hasrat dan doa mereka dimakbulkan. Mereka terpaksa menerima hakikat di negeri bernama Perka kini ada dua MB dan dua Speaker.

Dalam pada BN sibuk melakonkan lawaknya di negeri bernama Perak, kaum kerabat dan kuncu-kuncu BN mendapat ilham untuk meniru lakonan hebat BN itu kerana bagi mereka BN adalah idola mereka. Maka kaum kerabat BN bernama PPP mahu menjadi pelawak yang hebat juga. Semalam mereka telah mementaskan teater lawak yang seakan-akan sama dengan lakonan lawak di negeri bernama Perak hanya pada skala yang lebih kecil.

Kaum kerabat BN bernama PPP telah memecat penyadang ketua lama dan melantik ketua baru. Maka melentinglah ketua lama mengatakan apa yang dilakukan oleh ketua baru menyalahi peraturan parti dan undang-undang manakala ketua baru pula ketua lama sudah dipecat kerana di telah dilantik secara sah oleh penyokong-penyokongnya. Minggu lalu ketua lama pecat ketua baru minggu ini pula si baru pecat si lama. Ketua baru bukan sahaja pecat ketua lama sahaja, seluruh ahli majlis tertinggi ketua lama juga turut ditendang keluar.

Tapi kaum kerabat BN bernama PPP ini baik sedikit daripada BN. Sekurang-kurang ketua baru buang ketua lama menerusi proses yang lebih demokratik iaitu melalui undi tidak percaya. Di negeri bernama Perak nyawa MB BN ditentukan oleh mahkamah dan hidupnya pun hasil rampasan daripada PR. Jadi PPP lebih bermaruah daripada BN. Ketua lama kata ketua baru tidak sah bermakna PPP sekarang ada Ketua Sah dan Ketua Haram macam juga negeri bernama Perak, satu MB PR Sah dan satu MB BN Haram, juga satu Speaker PR Sah dan satu Speaker BN Haram.

Nampaknya cepat betul penyakit yang di bawa BN dari negeri bernama Perak berjangkit kepada kaum kerabat dan kuncu-kuncu BN. Selepas ini tidak tahu kaum kerabat dan kuncu-kuncu mana pula yang akan dapat penyakit BN. Harap-harap tidak epidemik dan cepat merebak seperti selsema babi.

Tidak mengejutkan selepas ini kaum kerabat BN bernama PPP juga akan mengikut jejak langkah BN menggunakan apparatus mahkamah untuk saling berhujah bahawa dialah ketua yang asli dan absah. Tidak boleh disalahkan kaum kerabat BN bernama PPP kerana bertindak demikian sebab sudah diajar sedemikian rupa oleh BN. Kalau PPP masih tidak tahu caranya belajarlah daripada mahaguru BN.

Maka bermulalah episod baru dalam siri teater lawak Badut Nasional. Tidak mengejutkan selepas ini rakyat akan terus ihiburkan dengan kemunculan badut-badut baru yang semuanya mahu pengiktirafan nasional. - TVA


Nizar Zambry : Kedudukan Speaker Ganesan Tetap Haram

Sejak merdeka hanya ada tiga orang hakim yang berani membuat keputusan yang tidak menyebelahi parti yang didokong oleh kerajaan pusat. Profesor Aziz berkata, itu pun keputusan Mahkamah Tinggi dan ada yang memprovok Kerajaan Persekutuan mengisytiharkan darurat.

Keputusan-keputusan yang menentang Kerajaan Pusat di buat dalam kes Stephen Kalong Ningkan di Sarawak (1966), Joseph Pairin Kitingan di Sabah (1986) dan Nizar Jamaluddin di Perak (2008). Sejak Februari lalu kebanyakan hakim memberi keputusan yang menyebelahi Umno termasuk keputusan Mahkamah Persekutuan yang bertentangan dengan peruntukan perlembagaan yakni Perkara 72(1). “Ertinya kita perlu sedar bahawa bukan semua keputusan mahkamah selaras dengan kehendak dan semangat perlembagaan,” tegasnya lagi.

Aziz turut mengingatkan, meskipun Zambry diputuskan oleh Mahkamah Rayuan sebagai sah, tetapi kedudukan Speaker Ganesan tetap haram kerana cara perlantikannya melanggar peraturan dewan.

Berbalik kepada keputusan Jumaat lalu Aziz berkata beliau berasa aneh mengapa Mahkamah Rayuan menyebut soal mandatori (kewajipan termesti) dalam soal undi tidak percaya. “Memang perlembagaan tidak mewajibkan begitu tetapi undi tidak percaya adalah cara yang terbaik kerana ia selamat dari manipulasi”, ujarnya.

Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa perlantikan Zambry sah kerana tidak ada kemestian di dalam perlembagaan bahawa mesti ada undi tidak percaya terhadap menteri besar yang ada. Ketika mengulas perkara itu, Aziz berkata keputusan Mahkamah Rayuan tidak membantu memperkasa demokrasi. “Ia juga tidak selaras dengan kedudukan eksekutif di dalam sistem demokrasi berparlimen yang mesti mempunyai sokongan majoriti di dalam dewan”.

Aziz menegaskan di dalam keadaan undi tidak percaya tidak dihalang ia perlu dilakukan. Katanya, “Mahkamah sepatutnya memperkasa keperluan undi tidak percaya ini dan bukan sebaliknya”. Aziz berkata Raus mempunyai tugas berat untuk meyakinkan mengapa beliau memutuskan bahawa menteri besar yang ada boleh disingkirkan tanpa undi tidak percaya. Katanya, keputusan Mahkamah Rayuan itu akan membawa kesan yang besar kepada perlembagaan khususnya dan demokrasi umumnya.

Beliau mengakui memang ada keadaan di mana undi tidak percaya tidak perlu. “Tetapi itu di dalam keadaan menteri besar yang ada enggan atau lari darinya. Dalam kes di Perak sekarang ini jelas tidak berlaku; malahan Nizar bersedia menghadapinya,” kata Aziz.

Aziz berkata umumnya keputusan Mahkamah Rayuan itu adalah berita sedih buat demokrasi di negara ini. “Di sisi perlembagaan istana dan mahkamah mempunyai tugas untuk mempastikan semak dan imbang. Raja dan hakim berperanan mempastikan keadilan dan ketelusan, bukan mengambilalih fungsi rakyat dalam memilih kerajaan”.
Beliau tidak bersetuju dengan para peguam Umno yang mendakwa keputusan Mahkamah Rayuan menamatkan krisis politik di Perak.

“Yang pasti Nizar akan memohon untuk membuat rayuan dan kalau ditolak ia akan menyebabkan rakyat melihat mahkamah dengan pandangan yang negatif,” ujarnya.

UMNO BN Jangan Cabar Kuasa Rakyat

Nampaknya tragedi penyingkiran Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan cara yang keji berlaku lagi di Perak.

Apa yang berlaku di Perak ini bakal mencetuskan gelombang reformasi pemikiran rakyat yang baru. Jika gelombang reformasi ‘98 sudah kelihatan agak menyepi, kini reformasi’09 mengambil tempatnya, kata N.Gopalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai.Rakyat pasti tidak akan melupakan reformasi dalam politik negara ini.

Beliau percaya kerajaan BN ini tidak stabil dari kerajaan Pakatan Rakyat. Tambahan pula, dimana Setiausaha Kerajaan Negeri dan polis bertindak dengan cara tidak bertanggungjawab terhadap MB Nizar yang dipilih rakyat. Ini menyebabkan kemarahan rakyat.

Beliau juga mengesa kerajaan Barisan Nasional yang diketuai oleh pimpinan Najib supaya jangan main-main dengan kuasa rakyat dan menyeru supaya DUN di Perak dibubarkan serta-merta agar pilihanraya kecil di negeri Perak dapat diadakan.

Dengan sebuah kerajaan haram iaitu BN yang di ketuai oleh MB haram dan juga speaker haram, amanat rakyat Perak diperlekeh dan dimainkan oleh kerajaan BN. Hanya rakyat yang mempunyai hak untuk memilih kerajaan dan bukannya ahli politik UMNO-Barisan Nasional, katanya.