19 Mac 2012

Lagi Kes Malaysia Paling Selamat: Anak Gadis Diculik & Dilarikan Orang

Kuantan — Seorang suri rumah kini berada dalam keadaan tertekan apabila anak gadisnya Siti Nur Fatihah Mahadi (gambar), 15, hilang sejak tengah hari semalam dipercayai diculik tiga individu dalam kejadian di Taman Tas dekat sini.

Nor Mala Mohd Lazin, 34, berkata, kejadian berlaku ketika anak sulungnya itu ke kedai telefon berhampiran rumah mereka bersama dua adiknya Siti Nurul Aishah dan Mohd Shahmi Aiman yang masing-masing berusia 11 tahun.

"Saya terkejut apabila kedua-dua anak saya pulang tergesa-gesa ke rumah sambil menangis tanpa kakaknya dan apabila ditanya mengapa menangis, mereka memberitahu kakak Fatihah dilarikan orang,” katanya kepada pemberita, di rumahnya di sini hari ini.

Katanya, beliau diberitahu Nurul Aishah bahawa kakaknya dilarikan dengan sebuah kereta bercermin gelap dipandu seorang wanita yang turut dinaiki dua lelaki.

"Kereta tersebut tiba-tiba berhenti berhampiran mereka sebelum seorang lelaki yang duduk di belakang membuka pintu dan menarik Fatihah. Kedua-dua adiknya itu sempat menarik kakak mereka namun terlepas,”
katanya.

Beliau berkata, Fatihah yang merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Pandan di sini, adalah anak yang baik dan tidak akan ke mana-mana tanpa keluarga.— BERNAMA

Ulasan GB

Adakah ini penutup bagi Tema Hari Ini: Malaysia Paling Selamat?


Anjing Serang Budak Perempuan Di Seberang Perai

Seberang Perai: Seekor anjing dikatakan menyerang seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun di Bandar Perda di sini Ahad.

Dhiya Qairina, 7, menunjukkan gigitan dan cakaran anjing yang menyerangnya di Taman Perumahan Bandar Perda, Bukit Mertajam, Pulau Pinang, petang Ahad sambil diperhatikan oleh ibunya, Radziah Mohd Adas, 46. Dhiya yang bermain di hadapan rumahnya diserang oleh seekor anjing jirannya yang menyebabkan beliau diberi rawatan di sebuah hospital swasta. Kanak-kanak tersebut diselamatkan oleh bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif yang melihat kejadian tersebut.-fotoBERNAMA

Kejadian berlaku kira-kira 6.5 petang ketika Dhiya Qairina sedang bermain basikal bersama kawan-kawanya di kawasan rumahnya apabila seekor anjing tiba-tiba muncul dari rumah berhampiran dan menyerang mereka.

Ditanya pemberita di Hospital KPJ di sini pada Isnin, dia berkata, anjing itu sangat garang dan menerkamnya sehingga menyebabkan dia terjatuh.

"Saya sangat takut dan menjerit memanggil ibu dan bapa saya kejar anjing itu," katanya.

Bapanya, Muhammad Nur Akmal Abdul Latif, 47, berkata, beliau membaling basikal anaknya ke arah anjing itu, sebelum anjing itu melepaskan anaknya.

"Kami segera membawa Dhiya ke hospital dan dinasihat dimasukkan ke wad dan perlu dibedah akibat kecederaan di belakngnya," katanya.

Beliau berkata, selepas dibedah, doktor memberitahu isteri saya kecederaan anak saya tidak perlu dijahit.

"Doktor beritahu kami Dhiya perlu dimasukkan ke wad sekurang-kurangnya tigahari dan keadaannya perlu dipantau," katanya.

Muhammad Nur Akmal berkata, pemilik anjing itu yang juga jiran mereka melawat anakya semalam dan menawar untuk membiayai kos rawatan anaknya.

Beliau berkata, beliau telah membuat laporan polis semalam dan bercadangmengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik anjing itu. - BERNAMA


Muhammad Nur Akmal Abdul Latif menunjukkan kecederaan pada anaknya, Dhiya Qairina, 7, yang diserang anjing di kawasan rumah mereka ketika ditemui di Hospital KPJ, Bukit Mertajam, hari ini. - BERNAMA

Kes Langgar Tak Lepas Lari, Plat Kereta Tercicir, Pemandu Serah Diri

Plat kereta tercicir

KUALA LUMPUR: Sebaik melihat penunggang basikal dilanggarnya maut, seorang pemandu sebuah kereta Proton Saga kelam-kabut melarikan diri tanpa menyedari nombor pendaftaran keretanya tercicir berhampiran mayat.

Gambar: TRAGIK...jenazah Rafizi (gambar kecil) diusung ke kereta jenazah selepas selesai dibedah siasat di HKL.

Kini, pemandu kereta itu menjadi ‘individu paling dikehendaki’ apabila orang ramai yang berhenti menyaksikan kejadian itu menghantar nombor kenderaan berkenaan di laman twitter serta facebook bagi mengesannya yang melanggar seorang ahli kelab lumba basikal Le Tua di Kilometer 20.2 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Melawati arah Gombak, pagi semalam.

Difahamkan, kejadian yang dipercayai langgar lari itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) milik sebuah stesen minyak berhampiran.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi itu, mangsa, Rafizi Hamdan, 37, yang dalam perjalanan ke Hospital Orang Asli Batu 12 untuk menyertai aktiviti berbasikal bersama ahli kelab lain maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi berkata, mangsa maut akibat kecederaan parah di kepala kerana dilanggar dari belakang.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) (A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk meneliti rakaman CCTV milik sebuah stesen minyak berhampiran.

Menurut abang ipar mangsa, Akmal Hanif, 40, arwah seorang yang minat sukan lumba basikal dan pernah menyertai beberapa kejohanan sebelum ini meskipun bukan pelumba profesional.

“Arwah tidak menunjukkan sebarang petanda aneh cuma dia kelihatan gembira kerana baru menimang cahaya mata kedua kira-kira dua bulan lalu, malah isterinya juga baru saja habis berpantang. “Memang setiap hujung minggu, arwah akan berbasikal dari rumah kira-kira jam 6.30 pagi untuk berjumpa rakan kelab yang lain bagi menyertai aktiviti yang disediakan selain menjalani latihan ringan,” katanya yang ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, jenazah adik iparnya itu yang berasal dari Seremban dan bertugas sebagai pegawai bank di CIMB Bank Jalan Raja Laut itu disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pasir, Hulu Klang, selepas Asar.


BUKTI...nombor pendaftaran kenderaan terjatuh selepas melanggar penunggang basikal.


TERKINI

Pemandu langgar Rafizi Hamdan serah diri

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta yang terlibat dalam kemalangan langgar lari sehingga mengorbankan bekas pelumba basikal Le Tua, Rafizi Hamdan dekat Taman Melawati di sini semalam, menyerah diri kepada polis pagi ini dan akan didakwa dalam masa terdekat.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, polis telah mengambil keterangan suspek yang berusia 20-an itu dan kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Pemandu warga tempatan itu telah menyerah diri pada jam 11 pagi di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara berbahaya atau melulu hingga menyebabkan kematian.

Sinar Harian difahamkan suspek enggan berhenti selepas melanggar Rafizi kerana takut dibelasah oleh saksi di tempat kejadian.

Dalam kejadian pukul 7.30 pagi semalam, Rafizi, 37, yang mewakili pasukan Le Tua dan baru menimang cahaya mata kedua dipercayai dilanggar sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke Genting Sempah untuk bertemu dan beriadah bersama ahli kelab berbasikal Le Tua.
-SH








Cikgu Dicekup Khalwat Masa Cuti Sekolah

Guru dicekup khalwat

KOTA KINABALU: Seorang guru wanita berusia 33 tahun mengambil kesempatan cuti persekolahan ‘menetap’ bersama teman lelakinya yang juga duda anak dua berusia 28 tahun sebelum kedua-dua mereka dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) di sebuah rumah di Kampung Unggun Jaya Menggatal, di sini, kelmarin. Gambar Fail

Dalam serbuan jam 3 pagi, lelaki berkenaan yang hanya bertuala mengaku teman wanitanya berada di bilik dalam rumah berkenaan secara berasingan, namun pemeriksaan menemui pakaian dan MyKad milik duda berkenaan di dalam bilik guru terbabit.

Terdahulu, sepasukan penguat kuasa JHEAINS mendapat maklumat awam berlaku kegiatan tidak bermoral di rumah lelaki berkenaan sebelum melakukan intipan.

Sebaik mengesan kehadiran wanita di rumah berkenaan, penguat kuasa mengetuk pintu dan memberi salam sebelum dibuka seorang gadis dipercayai adik lelaki terbabit.

Ketika pemeriksaan, lelaki berkenaan ditemui berada di bilik berasingan dengan bertuala dan menafikan ada membawa wanita ke dalam rumah.

Namun, penguat kuasa menemui seorang wanita berada dalam bilik dan mengaku tunang lelaki terbabit.

Bimbang tembelangnya pecah, lelaki berkenaan memberi alasan mereka akan berkonvoi keesokan hari dan wanita itu yang berasal dari Pitas terpaksa bermalam di rumahnya.

Pemeriksaan dalam bilik wanita itu menemui barang milik lelaki berkenaan sebelum kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Alam Mesra untuk membuat laporan.

Penolong Ketua Penguat Kuasa Agama JHEAINS, Khamis Jamil berkata, pihaknya sering menerima aduan mendakwa wanita yang juga seorang guru sekolah rendah sering mengunjungi rumah teman lelakinya terutama pada hujung minggu.

“Soal siasat mendapati duda itu sering berkunjung ke rumah teman wanitanya di Pitas,” katanya. -hm

Akhirnya Kadir Sheikh Fadzir Keluar UMNO, Sahut Cabaran Ku Nan

Pemimpin veteran Umno yang juga bekas menteri kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir hari ini meletakkan jawatannya selaku ahli parti itu.

“Pada hari ini saya telah pun mengirim surat kepada Setiausaha Agong Umno Malaysia untuk meletakkan jawatan selaku ahli Umno Malaysia mulai hari ini,” katanya dalam satu kenyataan media ringkas.

Beliau walau bagaimanapun tidak menjelaskan mengapa beliau berbuat demikian.

Abdul Kadir menjadi ahli Umno dan memegang jawatan dalam parti itu sejak tahun 1956 sehingga sekarang - selama 56 tahun.

Beliau pernah menjadi exco pemuda Umno selama 10 tahun dan ahli majlis tertinggi Umno selama 24 tahun di samping jawatan-jawatan lain seperti ketua pemuda Umno negeri Kedah dan sebagainya.

Beliau juga menjadi ahli pentadbiran kerajaan Malaysia sekitar 30 tahun, selaku setiausaha politik, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan menteri. Antara kementerian yang pernah diterajuinya termasuk kementerian penerangan dan pelancongan.

Pada minggu lalu, Abdul Kadir meletakkan jawatannya selaku Bendahari Umno Bahagian Kulim/Bandar Baharu - jawatan terakhirnya dalam Umno.

Beliau kini adalah timbalan presiden Angkatan Amanah Merdeka (AMANAH) dan sering mengeluarkan kenyataan yang membidas Umno, termasuk dakwaan BN membeli undi dan tiada kebebasan bersuara dalam parti itu.

17 Mac lalu, Setiausaha Agung parti Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata Lembaga Disiplin Umno sedang mengumpul maklumat dan bukti berhubung dakwaan Abdul Kadir dan akan bertindak ke atasnya. -mk

Abdul Kadir disyor keluar UMNO
Oleh Magendran Rajagopal
magendran@bharian.com.my
2012/03/18

TENGKU ADNAN bertemu peserta orang kurang upaya (OKU) pada Hari Keluarga Ahli Parlimen Putrajaya di Presint 18 dekat Putrajaya, semalam.


Bekas Menteri Penerangan dilihat tidak sesuai jadi ahli jika tak gembira

PUTRAJAYA: Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir disyorkan keluar daripada UMNO sekiranya beliau tidak gembira dengan apa yang berlaku dalam parti itu, terutama berhubung dakwaan wujudnya politik wang.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata dakwaan Abdul Kadir, yang juga bekas anggota Majlis Tertinggi UMNO, mungkin berpunca daripada rasa kurang senang dengan kepemimpinan sekarang.

“Namun, biar apa pun alasannya, beliau seharusnya membangkitkan dakwaan ini menerusi saluran yang sedia ada dalam UMNO dan bukannya membuat kenyataan atau dakwaan terbuka.

“Beliau (Abdul Kadir) masih lagi Bendahari UMNO Bahagian Kulim-Bandar Baharu. Jika beliau rasa UMNO tidak betul, kenapa beliau tidak keluar parti?” katanya mengulas kenyataan Abdul Kadir bahawa beliau tidak akan meminta maaf berhubung dakwaannya mengatakan Barisan Nasional (BN) bersalah kerana mengamalkan politik wang.

Tengku Adnan, yang juga Ahli Parlimen Putrajaya, berkata demikian ketika ditanya pemberita selepas beliau merasmikan Hari Keluarga Parlimen Putrajaya, di sini, semalam.

Baru-baru ini, sebuah portal berita Internet melaporkan bahawa Abdul Kadir mendakwa BN membeli undi dengan bayaran antara RM200 hingga RM1,000 dalam pilihan raya umum lalu.

Tengku Adnan berkata, mungkin Abdul Kadir sudah semakin lanjut usianya tetapi berharap beliau tidak lagi membuat kenyataan sesuka hati sebaliknya memikirkan dulu apa yang hendak diperkatakan sebelum membuat sebarang kenyataan.

Malah, katanya, Abdul Kadir tidak menemui mana-mana anggota pucuk pimpinan BN mahupun parti bagi membincangkan sebarang isu atau masalah dalam parti yang merunsingkan beliau.
-BH


Laporan sebelum ini
klik untuk baca






Kes Malaysia Paling Selamat: Pengantin Parah Ditetak Penjenayah Samun Barang Kemas

Pengantin parah ditetak

PORT DICKSON: Suasana meriah sebuah keluarga yang membuat persiapan majlis perkahwinan di Kampung Kuala Lukut, di sini, kelmarin, bertukar huru-hara apabila diserang dua penjenayah bersenjatakan parang yang menyamun barang kemas serta menetak tiga individu termasuk pengantin lelaki.

Kejadian ngeri kira-kira jam 6 pagi itu mengakibatkan pengantin lelaki, M Ruben, 29, bersama abang dan adik perempuannya berusia 20 dan 30-an cedera parah manakala rantai leher ibu mereka berharga kira-kira RM40,000 dilarikan.

Sumber berkata, ketika kejadian, mangsa dan keluarganya sedang membuat persiapan upacara perkahwinan sebelum rumah mereka diceroboh dua lelaki bertopeng dan bersenjatakan parang.

Menurutnya, kedua-dua suspek bertindak mengacukan parang ke arah pengantin lelaki sebelum cuba dihalang abang serta adik perempuannya yang turut berada di lokasi kejadian.

“Penjenayah itu seterusnya nekad menetak pengantin lelaki hingga cedera di kedua-dua tangan, kaki dan perut manakala abang serta adik perempuannya cedera di bahu kanan juga akibat ditetak,” katanya di sini, kelmarin. -hm

Ulasan GB

Tema hari ini: Malaysia Paling Selamat?



Lagi Kes Malaysia Paling Selamat - Polis Turut Dicekup Kerana Menculik

Polis perangkap penculik

ALOR SETAR: Tiga penjenayah termasuk seorang anggota polis digantung kerja tidak sempat ‘meraikan’ wang tebusan RM40,000 diperoleh apabila mereka ditahan selepas menculik seorang lelaki di depan hotel di Bedong, Sungai Petani, Jumaat lalu.

Ketiga-tiga suspek berusia antara 28 hingga 50 tahun itu ditahan berhampiran Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur arah utara, jam 2 pagi kelmarin selepas keluarga mangsa menyerahkan wang tebusan RM40,000.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi Jumaat lalu, mangsa, seorang lelaki berusia 23 tahun dari Sedaka, Yan, dekat sini, diculik ketika mahu memasuki keretanya, Proton Gen2 di depan hotel berkenaan oleh tiga lelaki menaiki Honda Civic disyaki dicuri beberapa minggu sebelum itu.

Selepas menculik mangsa dan mencuri keretanya, suspek membawa lelaki itu ke ibu negara sebelum menghubungi keluarganya bagi meminta wang tebusan RM60,000. Bagaimanapun, hasil rundingan, kumpulan penculik itu bersetuju menerima RM40,000.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, polis yang menerima laporan daripada keluarga mangsa merancang membayar wang tebusan itu di satu lokasi di ibu negara. -hm

Polis culik peniaga diberkas

AHMAD menunjukkan gari dan sebahagian wang yang dirampas daripada tiga lelaki pada sidang akhbar di Alor Setar, Kedah semalam.

ALOR SETAR – Kecekapan polis Kedah menyiasat satu kes culik di Bedong, Sungai Petani dekat sini dapat menahan tiga lelaki termasuk seorang anggota polis yang bersekongkol dengan perbuatan jahat tersebut di Plaza Tol Jalan Duta, Kuala Lumpur Sabtu lalu.

Kesemua suspek berusia antara 28 dan 50 tahun tersebut ditahan pada pukul 2 pagi.

Anggota polis tersebut bertugas di Negeri Sembilan tetapi dia kini digantung kerja sejak beberapa bulan lalu ekoran kes dadah manakala dua lagi rakannya mempunyai rekod jenayah berkaitan kes curi kenderaan.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila mangsa, 23, yang bekerja sendiri telah diculik di hadapan sebuah hotel di Bedong pada pukul 11 pagi Khamis lalu.

Katanya, ketika itu, sebuah kereta Honda Civic yang dinaiki suspek telah menghalang kereta jenis Proton Gen 2 mangsa sebelum salah seorang suspek memperkenalkan diri sebagai polis Bukit Aman.

“Suspek kemudian menolak mangsa ke dalam keretanya dan penjenayah telah memandu kenderaan tersebut hingga ke Kuala Lumpur.

“Suspek kemudian meminta ahli keluarga peniaga pakaian itu membayar RM60,000 tetapi ia dikurangkan kepada RM40,000,” katanya.


Ulasan GB

Tahniah dan syabas polis kerana berjaya mencekup penjenayah dan mengambil tindakan pantas sekalipun ke atas anggotanya sendiri.

Namun seperti yang diluahkan GB sebelum ini, GB masih tertanya-tanya kenyataan Menteri KDN ini:




Kes Malaysia Paling Selamat - Tangan Tukang Gunting Rambut Dilarikan Penyerang

Petaling Jaya: Seorang lelaki warga India putus tangan kiri selepas ditetak oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang dalam kejadian di Seksyen U5, Panasuria, di sini, petang semalam.

ANGGOTA polis forensik memeriksa sebuah kedai gunting rambut selepas tangan tukang gunting dipotong penyerang di Seksyen U5, Panasuria, Petaling Jaya, semalam. Tukang gunting rambut kena tetak sekumpulan lelaki bersenjata parang

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang, mangsa dikenali Murgesh, 40, yang bekerja sebagai tukang gunting rambut didatangi sekumpulan tiga lelaki yang bertindak menetak sehingga putus pergelangan tangannya.

Mangsa yang mengalami kecederaan menggelupur kesakitan sebelum orang ramai yang berada dalam premis berkenaan menghubungi ambulans dan mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh (HSB).

Difahamkan, pergelangan tangan mangsa yang putus dibawa lari oleh suspek dan gerakan mencari yang dilakukan Unit Anjing Pengesan (K9) di sekitar lokasi kejadian sehingga jam 10 malam tadi belum ditemui.

Pemilik kedai makan yang dikenali Hasni berkata, beliau yang berada bersebelahan premis mangsa terkejut apabila seorang lelaki berlari ke arahnya meminta nombor telefon polis.

"Saya yang tergamam bertanya apa yang berlaku sebelum lelaki itu memaklumkan tangan kiri pekerja kedai gunting rambut putus ditetak tiga lelaki.
“Saya terus bergegas melihat mangsa dan ketika itu dia menggelupur kesakitan sambil memegang tangan kiri dan memaklumkan dia ditetak dan suspek membawa lari tangannya yang putus,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan kes berkenaan tiada kaitan dengan samun. -BH

Ulasan GB

Tema hari Ini:

GB sehingga saat ini masih tertanya-tanya kebenaran berita ini:



Najib Rendah Moral, Ayahnya Pernah Tempelak Beliau Sebagai Kaki Perempuan?

Najib, kaki perempuan yang membawa Malaysia ke arah kehancuran

Bagaimana seorang individu yang tidak dapat memahami konsep yang ringkas dan terang boleh berada di kedudukan mengurus dan memimpin negara? Lihatlah kegagalan skim MyFirst Home dan keputusan terbaru memansuhkan skim saraan kakitangan kerajaan, selain dari kegagalan yang lain-lain.

Dilancarkan setahun yang lepas, skim pemilikan rumah untuk golongan berpendapatan rendah gagal kerana pihak bank enggan memberi pinjaman 100% kepada pemohon yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan.

Bagaimana Najib boleh tidak dapat memahami fakta bahawa dengan pendapatan demikian, seseorang mungkin tidak ada wang tambahan untuk membayar ansuran rumah?Seharusnya Najib ketahui yang seorang individu perlu membayar berbagai-bagai keperluan seperti makanan, pengangkutan dan perbelanjaan lain. Selepas potongan EPF dan Socso, tiada lagi wang yang tinggal.

Walaupun Najib bukan seorang yang arif tentang kewangan, beliau ada penasihat, pakar, ahli-ahli dan 1.4 juta kakitangan kerajaan untuk beliau mendapatkan idea dan formula. Yang utama, skim tersebut bertujuan memancing pengundi terutamanya golongan muda. Najib bergantung kepada skim tersebut kerana beliau perlu menang dengan apa cara sekalipun dalam PRU ke 13, tetapi ianya menjadi satu kegagalan.

Hal yang sama berlaku kepada skim saraan kakitangan awam yang diumumkan Febuari lepas dimana jurang perbezaan antara kakitangan awam eringkat tinggi dan mereka yang berda dalam gerd yang lebih rendah-iaitu golongan majoriti- sangat luas. Pelan ini menjadi bahan kritikan sejak awal lagi dan akhirnya dimansuhkan oleh Najib kerana terlalu hangat untuk diteruskan. SBPA juga bertujuan memancing undi untuk PRU 13.

'Popularity poll' that went unnoticed and incompetent advisers

Tidak mengejutkan bila kajian populariti beliau langsung tidak dihiraukan, hanya segelintir sahaja rakyat yang mempersoalkan kenapa ianya meningkat ke 69%. Adakah ianya sesuatu yang dibuat-buat? Adakah kerana bagaimana soalan-soalan poll tersebut dirangka? Bagaimanapun, selain dari kajian meragukan di kalangan rakyat Malaysia, kekurangan respon menunjukkan rakyat telah membuat keputusan dan tidak akan mengubah fikiran hanya dengan keputusan man-mana kajian.

Najib gagal kerana beliau terlalu jahil. Beliau terus meletakkan orang yang salah di kedudukan yang tinggi. Mereka yang perlu membantu beliau dalam program transformasi, tetapi transformasi yang dilihat oleh rakyat ialah dari Ah Jib Gor kepada Ah Chep Gor, akibat dari dakwaan bahawa beliau menggunakan RM400,000 duit rakyat untuk majlis pertunangan anak perempuan nya.

Ah Jib Gor ialah nama panggilan yang diberikan oleh penasihat2 nya untuk memancing pengundi Cina. Tapi mereka tidak sedar nama panggilan tersebut membuat masyarakat Cina merasa penghinaan dan kurang rasa hormat terhadap tahap intelektual dan kematangan mereka ialah satu lagi tanda kesilapan besar percaturan pasukan perangka strategi Najib.

Dana 1MDB yang membeli aset Ananda Krishnan untuk jumlah kontroversi RM8.5billion mempunyai panel penasihat dan pengarah2 yang mempunyai latarbelakang yang meragukan. 1MDB, yang dikatakan oleh pemimpin pembangkang, Anwar Inrahim sebagai dana lumpur berbaur politik, kini mahu melupuskan aset2 lapuk tersebut diluar negara, yang mana para penganalisa mensyaki satu cubaan untuk menutup mulut rakyat tentang harga belian yang terlalu tinggi.

Tambahan pula, program transformasi ekonomi dan politik Najib juga gagal. Senarai panjang yang selalu digembar gembur tidak perlu kerana rakyat sudah tahu. Tidak banyak yang berjaya menarik perhatian pelabur manakala jumlah hutang negara terus naik.

Satu lagi kes memalukan yang bakal meletup ialah penyenaraian saham Felda Global Ventures. Setiap hari, ada saja peneroka Felda yang menolak idea yang mungkin akan memberi kekayaan kepada mereka di peringkat awal, tetapi kemudian mendedahkan mereka kepada risiko kehilangan tanah kerana pengambilalihan oleh pakar pasaran saham.

Tetapi akhirnya isu kurang pemahaman PM terhadap isu dan konsep, ditambah pula dengan nasihat dari orang-orang yang salah, akan membawa kepada kejatuhan pemerintahan beliau. Pemerintahan yang dicemari malapetaka, ketidakupayaan, tidak jujur dan hiprokrit.

Rekod buruk Najib

Sejak Najib dipanggil balik dari England dan menceburi diri di bidang politik pada usia 23 tahun pada tahun 1976 setelah bapanya PM kedua Abdul Razak, meninggal dunia, beliau telah memegang beberapa jawatan dalam kabinet bermula dengan Timbalan Menteri Telekom dan Pos, Timbalan Menteri Pelajaran dan juga Timbalan Menteri Kewangan.

Kemudian beliau di pilih sebagai Menteri Besar Pahang pada usia muda 28 tahun pada tahun 1982. Walaupun perjalanan lancar dalam bidang politik dan pendedahan yang diberikan oleh UMNO, beliau tidak menyumbang apa-apa yang berkesan kepada parti, pendapat nasionalis Melayu, Malaysia dan juga kedudukan politiknya sendiri.

Sepatutnya pengalaman sedemikian dapat membentuk beliau menjadi ahli politik sejati, yang mempunyai kematangan dalam demokrasi Malaysia yang moden dan membangun, pemimpin yang peka, prihatin dan memenuhi aspirasi rakyat. Seorang Perdana Menteri yang boleh dibanggakan oleh rakyat.

Kaki perempuan dan pertemuan dengan Rosmah Mansor

Najib bergelumang dengan skandal peribadi sebagaimana yang diberitahu oleh bapanya kepada seorang diplomat asing pada satu jamuan minum teh. Razak memberitahu anak lelakinya kaki perempuan sejak dari zaman universiti. Kemudian ada dakwaan khalwat bila dia ditangkap apa yang tidak sepatutnya dilakukan dengan seorang penyanyi di Port Dickson.

Najib juga terlibat dengan kontroversi bila meninggalkan isteri pertamanya untuk berkhawin dengan isteri orang, Rosmah Mansor. Ada yang menyalahkan Rosmah, yang mata duitan sebagai faktor utama dalam keputusan politik Najib. Tapi sama sepeti pasukan penasihat nya, Rosmah yang boros, terburu-buru dan agresif hanya sebahagian dari masalah Najib.

Tanggungan terbesar Najib ialah dirinya sendiri, kekurangan fokus, intelek dan keupayaan untuk mengenal dan memilih yang terbaik. Inilah sebab beliau sentiasa dalam kesusahan dan alasan nya sentiasa beliau tidak mendapat nasihat yang betul..Beberapa kali hal ini berlaku, sebelum rakyat sedar hanya orang jahil dan bodoh sahaja akan sewenang nnya dan kerap kali tersilap.

Altantuya dan zaman mewah Najib di Kementerian Pertahanan

Masih terbayang bayang dalam kepadanya seperti kata-kata Damocles ialah pembunuhan Altantuya Shaaribu, dimama Rosmah dituduh terlibat. Sudah tentu 2 bekas pengawal peribadi yang didapati bersalah atas tuduhan tersebut. Najib dan kawan baiknya Razak Baginda juga dituduh mengambil secara tidak jujur RM570 juta wang imbuhan dari syarikat gergasi menjual senjata Perancis DCN kerana bersetuju mmebeli kapal sleam Scorpene bagi pihak kerajaan Malaysia

Semasa Najib sebagai Menteri Pertahanan, beliau terlibat dalam pembelian 12 buah helikopter Eurocopter EC725 Cougar berjumlah RM2.3 billion,walaupun Brazil membayar hanya RM4.5 juta untuk 50 unit model yang sama. Najib juga memantau pembelian 18 buah jet pejuang Sukhoi dari Rusia bernilai RM3.2 billion, dimana komisen dibayar kepada syarikat Malaysia IMT Defence, pada kadar 12 peratus dari belian atau RM380 juta. Jumlah sebesar itu untuk menjadi orang tengah. Tapi Najib terlepas kerana UMNO.

Semasa zaman mewah beliau sebagai menteri pertahanan, Najib juga terlibat dalam skandal PSC-Naval Dackyard,dimana kontrak diberikan kepada PSC pada tahun 2004 untuk membekalkan bot patrol kepada tentera laut. Harga kontrak meningkat dari harga asal RM5.35 billion kepada RM6.75 billion menjelang Januari 2007. Lebih buruk lagi, hanya 2 bot yang rosak dari 6 buah yang sepatutnya. Dan 298 aduan direkodkan berkenaan 2 bot tersebut yang didapati masing-masing terdapat 100 dan 383 item tidak lengkap.

Rasuah dan perkauman makin buruk

Ikrar Najib untuk memerangi rasuah ternyata palsu. Najib membuatkan amalan rasuah makin teruk dalam 3 tahun lepas beliau menjadi PM selepas Abdullah Badawi dalam tahun 2009.

Dibawah pemerintahanya Proton terus dalam kerugian dengan rugi bersih RM88.2 juta untuk suku ketiga berbanding RM68.1 juta yang dicatat dalam masa yang sama satu ketika dulu. Perolehan merosot ke RM1.43 billion berbanding RM1.83bil dahulu>MAS juga mengalami kerugian walau terdapat kerjasama kontroversi dengan Air Asia.Kerugian tidak dapat dibendung,dan kerugian RM2.5 bil diumumkan minggu lepas.

Sekarang Najib bergantung kepada platform 1Malaysia untuk menyatupadukan negara, beliau gagal meraih respon. Hakikatnya beliau mungkin kelihatan tenang dan tidak perkauman, tetapi beliau mempunyai karakter yang meragukan. Beliau ialah Ketua Pemuda UMNO yang mengugut akan memandikan keris dengan darah kaum Cina pada satu rali di kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun 1987, tidak lama sebelum bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad melancarkan gerakan besar-besaran menangkap pemimpim2 pembangkang dan aktivis yang digelar operasi lalang.

Walau beliau mewarwarkan perlunya kesederhanaan, Najib memberi sokongan kepada kumpulan ekstrimis dan perkauman seperti Perkasa dan Jati. Rosmah sendiri hadir ke majlis anjuran Perkasa sebagai sokongan,memberikan indikasi bahawa penerimaan dan pengiktirfan dari pemimpin tertinggi. Sebagaimana kata para pengkritik, bagaimana rakyat boleh percaya beliau seruis berkenaan kesaksamaan dan keharmonian kaum?

Jadi apa kejayaan yang telah Najib capai selama ini?

Didalam negara, Najib tidak mencapai sebarang kejayaan yang boleh dibanggakan dan apa yang konon nya dikatakan berjaya hanyalah rekaan semata. Beliau juga gagal membaiki imej selepas berbelanjan jutaan ringgit, dengan perunding media dari UK yang tertangkap menaja berita yang secara sengaja menggambarkan Najib dalam imej postif kepada pemerhati anarabangsa.

Najib juga gagal membaiki UMNO. Beliau gagal memberi pimpinan parti yang diperlukan untuk memberi nafas baru kepada UMNO. UMNO masih ditakuk lama dengan tabiat menipu, membeli undi, menyebar propaganda palsu dan memberi imbuhan untuk menang pilihanraya.

UMNO masih tiada isi dan integriti, gagal mencari ahli baru yang berbakat kedalam parti. Jika di bandingkan, PKR dan Pas lebih berjaya menarik golongan professional Melayu menyertai mereka berbanding UMNO. Perlu diberi perhatian kata singkatan ABU direka ketika zaman Najib- Anything But UMNO.

Di peringkat antarabangsa, Najib terkenal dengan percutian mewah keluar negara dan perjumpaan dengan VVIP-jelas penuh kemewahan dan dibayar oleh pembayar cukai negara. The Global Movement of Moderates, yang dilancarkan oleh Najib pada 16 Januari 2012 sebagai tinggalannya kepada dunia, gagal. GMM ggal meraih sokongan kerana Najib bukan orang yang berkebolehan. Bila beliau bercakap berkenaan idea- idea mulia dan persamaan hak manusia diluar negara, di negara sendiri beliau melaungkan retorik perkauman, amaran yang beliau akan terus memegang kuasa walaupun bermakna ”crushed bodies’,”lost lives’ dan”ethnic cleancing”.

Tamparan paling hebat dalam cita-cita Najib diperingkat natarabangsa datangnya bulan lepas bila Washington Post menyiarkan berita bertajuk Najib juara “ champion of doubletalk” bila pemerintahan nya secara tidak sah menghantar pulang penulis Hamza Kashgari untuk menghadapau hukuman pancung kerana dakwaan murtad.

Mungkin, ketidakupayaan nyata beliau ialah kegagalannya mengawal isteri nya. Bagaimana seorang lelaki yang lemah boleh mengurus negara dengan hutang RM460 bil, dan tergelumang rasuah di setiap tahap dalam kerajaan nya. Memang Najib tidak berkeupayaan, beliau tidak sepatutnya dilantik sebagai Perdana Menteri. UMNO tiada pilihan-siapa lagi kalau bukan Najib? Jika demikian, apa lagi UMNO? -Malaysia Chronicle