27 Mac 2008

Pak Lah Kecundang, MT UMNO Sokong Ahmad Said

Untuk kali kedua Pak Lah gagal untuk campurtangan di dalam hal ehwal kerajaan negeri. Di Perlis Pak Lah gagal menaikkan Shahidan Kassim, kini di Terengganu Pak Lah gagal lagi untuk menaikkan calon MB pilihannya Idris Jusoh. MT SEBULAT SUARA menyokong Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang dilantik oleh pihak Istana.

Rakyat Terengganu sebenarnya kini begitu marah dengan Perdana Menteri yang cuba untuk campur-tangan di dalam urusan hal-hal negeri Terengganu dengan menonjolkan calon pilihannya iaitu beka MB, Idri Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu.

Malah sebelum daripada ini daripada kenyataan Rosol Wahid sendiri, adalah jelas Pak Lah merupakan DALANG utama yang mendesak supaya ADUN-ADUN Terenganu memberikan sokongan kepada Idris Jusoh sebagai Menteri Besar untuk "melawan" calon pilihan pihak Istana, malah di dalam keadaan tertentu dilihat cuba bertindak DERHAKA kepada DYMM Yang Di Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu

Berikut ialah kenyataan Rosol seperti dilaporkan oleh pihak akhbar:

"Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Rosol Wahid berkata, semua ADUN BN Terengganu bersedia menerima apa sahaja arahan Abdullah sebagai penyelesaian kepada kemelut politik itu. Katanya, buat masa ini pendirian mereka masih sama iaitu menyokong pelantikan Idris yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu sebagai Menteri Besar. Rosol menolak desas-desus yang mengatakan terdapat dalam kalangan 23 ADUN yang berdiri di belakang Idris telah beralih menyokong Ahmad yang dilantik oleh istana.

“Kita tunggu arahan daripada presiden. Apa saja yang presiden minta... apa yang dibuat sekarang pun (sokong Idris) adalah atas arahan presiden."

"Negerinya sendiri Pulau Pinang tak boleh dijaganya, dia hendak jaga dan control negeri orang lain", bentak seorang ahli veteran UMNO yang kelihatan begitu marah dngan tindakan Pak Lah berkenaan.

Pada hari semalam Pak Lah berkata bahawa ada pihak yang cub mengambil kesempatan dari krisis tersebut, namun masyarakat Terenganu rata-rata menolak tuduhan Pak Lah tersebut.

"Yang berkepentingan ialah Perdana Menteri sendiri dan menantunya. Semua orang sudah tahu hal ini. Lebih menghinakan rakyat Terengganu ialah penglibaan Patrick Tan (Patrick Badawi) yang telah memungah kekayaan yang menjadi milik rakyat Terengganu hasil daripada rencana jahat Pak Lah- Idris Jusoh," tegas seorang penduduk di kuala Terengganu.


MT UMNO terima Ahmad Said Sebagai MB Terengganu

Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini memutuskan menerima pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Kijal, Datuk Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu yang baru.

Demikin dilaporkan akhbar Utusan Online pada pukul 7.36 ptg tadi. Berita tersebut turut dilaporkan oleh Malaysiakini. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibu pejabat parti di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini.

Mesyuarat juga memutuskan Pemilihan UMNO tidak akan ditangguhkan, demikian keputusan Majlis Tertinggi (MT) parti itu yang bermesyuarat di PWTC di sini petang ini.

Laporan penuh malasiakini

Majlis Tertinggi Umno sepenuhnya menyokong pelantikan menteri besar baru Terengganu Datuk Ahmad Said, kata seorang anggota majlis itu.

"Tiada seorang pun (ahli MT) yang bantah," katanya kepada Malaysiakini.

Susulan itu, presiden Umno Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengarahkan bekas menteri besar Datuk Idris Jusoh menerima pelantikan yang dibuat oleh pihak istana.

Idris, sebagai ketua perhubungan Umno negeri, dan dua lagi ahli MT dari negeri itu turut hadir.

Ketua bahagian Marang, Datuk Abdul Rahman Bakar, dan ketua Hulu Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang, antara tokoh Umno negeri yang menolak Idris.

Mesyuarat itu, yang diadakan di ibu pejabat Umno mulai pukul 3 petang, berlangsung lebih tiga jam.

Abdullah juga mengumumkan Ahmad sebagai menteri besar dalam sidang medianya selepas mesyuarat itu.

Beliau juga mengumumkan Umno akan mengadakan pemilihan agung 16-20 Disember.

Pertandingan peringkat cawangan dan bahagian bermula 17 Julai, katanya.

Agong Pulang ke T'ganu Sabtu Ini. MAMPAT Minta Rakyat Pasang RIBEN KUNING

Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Terengganu akan berangkat pulang pagi Sabtu ini. Kepulangan baginda menjadi tumpuan ekoran tercetusnya krisis pelantikan menteri besar Terengganu.

Baginda dijadual tiba jam 10 pagi dan akan disambut secara besar-besaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Mahmud di Seberang Takir.

Sambutan tersebut akan dianjurkan oleh sekumpulan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai mewakili rakyat negeri Terengganu.

Jurucakapnya, Fariz Musa berkata, kira-kira 10,000 orang dijangka berkumpul di lapangan tersebut sebagai tanda taat setia dan sokongan mereka kepada baginda sultan.

Sementara itu, Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) pula akan melancarkan Kelab Penyokong Tuanku pada jam 5 petang ini di Masjid Terapung di Kuala Ibai, Kuala Terengganu.

Jurucakapnya berkata, ia akan dilancarkan oleh imam masjid negara.

Di majlis tersebut juga, pelekat kereta menyokong tuanku, akan diedarkan kepada orang ramai.

MAMPAT turut menyeru kepada semua Rakyat Malaysia khususnya Warga Terengganu samada di dalam negeri Terengganu mahupun di luar Terengganu untuk mengikat RIBEN di kenderaan lain bermula dari hari ini sehingga isu Kedaulatan Sultan Terengganu selesai.

Riben bolehlah di ikat di mana-mana bahagian yang bersesuaian pada kenderaan tetapi pastikan riben yang digunakan mestilah berwarna KUNING iaitu warna Diraja.

MAMPAT akan melancarkan "pengikatan riben " pada hari Khamis, 27 Mac 2008. Oleh itu MAMPAT telah menyeru kepada semua Rakyat Malaysia yang sayangkan Tuanku As-Sultan untuk bersama MAMPAT mengikat Riben di kenderaan masing-masing.

Pada jam 8 malam ini pula, katanya, sembahyang hajat akan diadakan di masjid tersebut untuk memohon pelindungan untuk Tuanku dan anakanda baginda.


Terengganu dilanda krisis pelantikan menteri besar apabila pihak istana memilih wakil rakyat Kijal, Datuk Ahmad Said menggantikan Datuk Seri Idris Jusoh.