Oleh Marverik SM
Terjemahan Greenboc
Apakah Malaysia akan karam ke kelompok Negara Dunia ke 5?
Apa sebenarnya nak jadi dengan negara kita ini?
Bekas KPN Haniff mendedahkan rasuah berleluasa di kalangan anggota polis dan 40% dari pegawai kanannya hidup mewah, di luar batas kemampuan mereka. (Musa Hassan) KPN yang baru pula menyatakan negara kita sekarang ok saja dan semuanya bersih.
Ketua Pengarah BPR disiasat kerana rasuah tetapi Peguam Negara telah mengistiharkan beliau "bersih".
Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri juga disiasat kerana rasuah dan sekali lagi Peguam Negara mengistiharkan dia bersih..
Pendakwa Suruhanjaya Syarikat, Azmil Haron memberitahu magistret Fadzilatul Isma Ahmad Refngah yang beliau telah diarahkan untuk menarik semula semua tuduhan ke atas dua syarikat dan lembaga pengarahnya. Kesemua 37 tuduhan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri Port kelang, Datuk Zakaria Md Deros (gambar) dan lima orang rakan kongsinya yang dilembagakan oleh Suruhanjaya Syarikat (CC) telah digugurkan. Terdahulu, Suruhanjaya Syarikat telah membawa Zakaria berserta lima yang lain ke mahkamah selaku pengarah-pengarah Harvest Court Industries Bhd dan Titi Steel Sdn Bhd, yang telah melanggar Akta Syarikat 1965. Zakaria Md Deros juga dituduh mencuri pasir dari sekeping tanah miklik sebuah syarikat yang lain..
Menteri Pengangkutan pula hari ini menyatakan usaha menyelamatkan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) yang beranggaran RM4.6 billion adalah mengikut nasihat yang diberikan oleh Perbadanan Zon Bebas Jebel Ali - Jebel Ali Free Zone Authority (Jafza). "Pada awalnya, projek berkenaan dijangkakan siap di dalam dua fasa pada hanya di atas tanah seluas 500 ekar, dengan kos pembangunan dianggarkan cuma RM400 juta. Namun, dengan berpandukan nasihat dari Jafza, Lembaga Pelabuhan Kelang (PKA) telah membangunkan zon bebas di dalam hanya satu fasa menggunakan 1,000 ekar (250ha), dengan jumlah kos RM1.845 billion," demikian kenyataan itu berkata. Kenyataan itu juga mengesahkan 250ha telah dibeli dari Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) pada harga RM25 sekaki per segi walaupun penilai kerajaan telah meletakkan ia pada RM10 sekaki persegi (itu pun pada satu harga yang telah dinaikkan. Kos sebenar untuk KDSB membelinya hanyalah $3/sekaki persegi).
Kemudian kita disuakan dengan Ketua Hakim menafikan yang ada kelewatan di dalam memberi penghakiman bertulis oleh hakim-hakim Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rayuan. Ketua Hakim tidak melihat ini sebagai satu kesalahan dan malah menjadikan ia satu peluang untuk kenaikan pangkat untuk para hakim berkenaan. Kini Ketua Hakim, mencadangkan sistem Common Law digantikan dengan sistem Undang-undang Syariah. Ahmad Fairuz (gambar) menyatakan tidak perlu lagi untuk menggunakakan undang-undang Inggeris setelah 50 tahun merdeka, serta mencadangkan satu cara lain untuk menggantikannya.
Pejabat Peguam Negara telah membebaskan kesemua "orang-orang istimewa" dan mengistiharkan mereka sebagai "bersih". Malah Perdana Menteri juga satu ketika telah mengistiharkan anaknya dan menantunya sebagai bersih. Ketua Pengarah BPR juga bersih dan jabatannya telah mengistiharkan yang lain-lain juga turut bersih. Tiada seroang pun yang mengamalkan rasuah; negara kini bersih. Kesemua ahli politik Barisan Nasional adalah bersih belaka.
Tetapi.... tetapi... NameWee menghadapi masalah kerana menyanyikan sebuah lagu rap. Raja Petra Kamaruddin (gambar) juga menghadapi masalah kerana beliau seorang blogger dan kerana ada orang yang menulis komen diblognya. Nathaniel yang juga seorang blogger telah ditangkap dan ditahan. Tian Chua telah disoalsiasat. Jeff Ooi dan Rocky Bru kini terpaksa berhadapan dengan saman malu.
Masalah negara sekarang difokuskan kepada blogger. Keseluruhan ahli parlimen sekarang lebih tertumpu kepada bloggers dan gobloks. Ini kerana kononnya negara sudah tidak adal masalah rasuah dan salah--pengurusan lagi. Kita telah "membersihkan" sistem perkataan-perkatan dan menggantikannya dengan pengurusan kekayaan dan pengurusan kautim. Bumbung parlimen bocor sehingga menyebabkan $22juta dibelanjakan hanya untuk membayar konsultan yang melakukan kajian terhadap bumbung yang rosak itu serta mencadangkan pembaikannya. Kerja baik pulih dianggarkan $2juta. Konsultan yang dilantik untuk membuat kajian ke atas masalah penyelenggaraan di bangunan Putrajaya juga berharga $20juta. Demikian bagaimana projek dicipta dan bagaimana kekayaan negara diagihkan. Saya ragu berapa ramai Bumi yang memperolehi menafaat dari projek ini. Malaysia mempunyai lebih 15juta Bumis; jadi berapa peratuskah sebenarnya yang memperolehi menafaat? Mungkin Samy boleh mendedahkannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan