16 Jun 2013

Tahanan Polis Mati Kerana Membunuh Diri?


Putrajaya: Kematian tahanan ketika berada dalam lokap polis bukan semata-mata disebabkan kesilapan atau kecuaian anggota polis, namun ada kemungkinan tahanan terbabit berniat membunuh diri, termasuk menghantukkan kepala ke dinding akibat tekanan emosi.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Bakri Zinin berkata, ketika di dalam lokap, tahanan menghadapi tekanan dari dalam dan luar sehingga boleh menjejaskan emosi dan mendorong mereka melakukan tindakan sedemikian.

“Kita tidak boleh melihat keadaan itu (membunuh diri) tidak boleh berlaku kerana mereka yang ditahan mempunyai emosi, kita tahan dan letak di dalam lokap untuk memastikan dia tak melakukan sesuatu perbuatan membatasi undang-undang.

“Jadi kematian itu kadangkala bukan daripada kesilapan atau kecuaian anggota polis, ada penyebab sesuatu kematian dalam lokap.

“(Justeru) kita merangka strategi berdasarkan peraturan sedia ada dan memperbaiki kelemahan daripada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang berkenaan untuk memastikan perkara itu (kematian dalam tahanan) dapat dikurangkan.

“Kita tak boleh menyalahkan (polis), kalau orang berkenaan (tahanan) ingin membunuh diri dalam lokap seperti menghantuk kepala ke dinding, kita tak boleh menahannya (tetapi) kita cuba sedaya upaya kalau boleh dapat mengurangkan perbuatan sedemikian untuk memastikan lokap selamat digunakan,” katanya.

Bakri berkata demikian pada sidang media sebelum menghadiri Konvokesyen Kolej Antarabangsa Putra Intelek (PIIC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini, semalam. -HM

Ulasan GB

Alasan tahanan mungkin "membunuh diri" adalah sesuatu tuduhan yang berat oleh Timbalan KPN.

Sudah adakah siasatan yang dilakukan untuk membuktikannya? Jika belum ada siasatan bagaimana TImbalan KPN begitu mudah mengeluarkan alasan sedemikian rupa? Apakah ia semata-mata untuk menutup jenayah yang dilakukan oleh pihak polis?

Kedua, Bekas PM, Tun Dr. Mahathir pernah menytakan satu ketika dulu bahawa DS Anwar Ibrahim yang cedera sewaktu di dalam lokap juga dikatakan memukul dirinya sendiri sehingga lebam matanya.

Tetapi akhirnya terbukti di mahkamah, bahawa alasan bekas PM itu karut dan didapati yang memukulnya ialah bekas KPN ketika itu, Tan Sri Rahim Noor.

Justeru itu alasan yang dikemukakan oleh Timbalan KPN adalah karut dan tidak dapat diterima.

[KISAH MASYARAKAT] Cikgu Terlampau 'Ratah' Pelajar

Sabak Bernam – Demi nafsu buasnya, seorang guru yang diberi tanggungjawab mendidik bertindak di luar batasan apabila sanggup merogol pelajarnya sendiri selepas memaksa mangsa menonton video lucah di sebuah bilik rumahnya, di Sungai Besar, di sini, Khamis lalu. Gambar hiasan.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu dipercayai berlaku selepas suspek berusia 34 tahun itu menghantar mangsa yang merupakan pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah ke sebuah klinik kesihatan.

Menurutnya, mangsa yang berusia 16 tahun itu menaiki kereta suspek ke klinik itu untuk menghantar sample kahak kerana dipercayai menghidap penyakit tibi.

“Suspek memberhentikan kereta di hadapan klinik kesihatan itu dan mangsa turun kereta untuk menghantar sample kahak tersebut ke makmal klinik terbabit.

“Setelah selesai menghantar sample, mangsa terus kembali ke kereta gurunya itu dan kemudian suspek sempat bertanya kepada mangsa hendak ke mana, sebelum terus memandu kereta menuju ke rumahnya,” katanya kepada Sinar Harian.

Noor Mushar berkata, sebaik mangsa tiba di rumah, suspek terus menarik tangan mangsa menuju ke bilik belakang rumahnya sebelum memaksa mangsa yang berdiri di hujung katil berdekatan pintu duduk di atas katil.

“Suspek cuba memancing mangsa dengan memaksa mangsa menonton video lucah sebelum bertindak merogolnya. Mangsa yang berada dalam ketakutan hanya mampu berdiam diri dan merelakan perbuatan gurunya itu,” katanya.

Bagaimanapun, Noor Mushar berkata, mangsa yang kembali ke sekolah keesokannya itu mengadu perbuatan suspek kepada guru kaunseling sebelum pihak sekolah menghubungi penjaga mangsa untuk memaklumkan kejadian itu.

“Mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya.

Sementara itu, katanya, sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam telah berjaya menahan guru itu di hadapan sekolahnya kira-kira jam 3.40 petang kelmarin.

“Laporan polis dibuat keluarga mangsa sehari selepas kejadian dan suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk siasatan lanjut,” katanya.

Noor Mushar berkata, siasatan akan dijalankan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol. -SH

Ulasan GB

Kes-kes sebegini kerap berlaku. Keadaan tersebut dapat dielakkan jika guru perempuan yang membawa pelajar itu ke klinik atau panggil saja ambulan untuk datang ke sekolah.

SPR Tak Tahu Malu, Ambiga Suruh Nilai Diri Mereka Sendiri


AAmbiga gesa kepimpinan SPR nilai diri sendiri

Pengerusi Bersama BERSIH Datuk S Ambiga semalam menggesa pegawai tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sekurang-kurangnya menilai diri sendiri dan mempunyai maruah diri untuk mengakui kesilapan mereka.

Ketika dihubungi Malaysiakini petang semalam, Ambiga menegaskan kepimpinan SPR perlu serius bertanya diri sendiri sama ada mereka mendapat keyakinan rakyat.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, pesuruhjaya SPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mesti mendapat keyakinan orang ramai.


Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof Rabu lalu yamg mengulangi bahawa pesuruhjaya SPR tidak akan meletak jawatan hanya kerana didesak sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan proses pilihan raya umum lalu.

Abdul Aziz berkata barisan kepimpinan SPR yang terdiri daripada beliau, timbalannya dan lima anggota jawatankuasa suruhanjaya itu, dilantik mengikut Perlembagaan Persekutuan dengan persetujuan Majlis Raja-Raja sebelum diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong. -mk

Ustaz Azhar Idrus: Petisyen BN Kelakar


Kuala terengganu – Penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus menyifatkan petisyen BN Kelantan mengaitkan beliau sebagai punca kekalahan BN di negeri itu pada PRU13 lalu sebagai kelakar.

Ikon agama itu dalam reaksinya berkata, perkara itu langsung tiada kena mengena dengan beliau kerana kenyataan berhubung ‘Haram jatuhkan kerajaan Islam’ yang dimainkan Pas pada kempen pilihan raya itu bukan kenyataan peribadi beliau, sebaliknya daripada al-Quran.

“Saya rasa kelakar sebab tiada kena mengena. Bukan saya berceramah (tetapi) ada dalam buku-buku agama (berkaitan), haram kita jatuhkan apa sahaja bernama Islam.

Tidak boleh,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui selepas Majlis Jamuan Meraikan Ustaz Azhar Idrus anjuran Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT), di Padang Hiliran, semalam.

Memberitahu petisyen BN itu disedari melalui laman sosial Facebooknya, Azhar berkata, sekiranya kenyataan dibuat cenderung mempengaruhi rakyat tidak menjatuhkan kerajaan Kelantan, mungkin BN boleh mempertimbangkan untuk menjadikan beliau sebagai alasan.

“Kalau (kaitkan) benda itu saya rasa bukan. Itu dalam al-Quran. Yang boleh buat petisyen (kalau) saya kata ‘jangan jatuhkan kerajaan Kelantan’ tetapi (saya) tidak kata begitu. (Saya kata) jangan jatuhkan kerajaan Islam,” katanya.

Mengulas lanjut, Azhar yang turut dikenali dengan akronimnya UAI sekali lagi menegaskan, apa-apa sahaja perkara yang berbentuk Islamik tidak patut dihalang dan haram sama sekali menjatuhkannya. -SH

Kereta Terbenam 6 Meter, Penjual Nasi Dipercayai Tertimbus


Georgetown - Pekerja pembersihan menjumpai serpihan kereta yang dipercayai jenis Honda City berwarna gelap yang terbenam di bawah konkrit yang menghempas jalan raya membentuk kawah berikutan runtuhan penebat Kilat.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lebuh Pantai, Ismail Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan itu kira-kira jam 5.20 petang ini.

Menurutnya, pekerja pembersihan menjumpai bahagian depan kereta itu dan enjin yang mempunyai nombor casis.

Sebelum ini, pihak polis menerima satu laporan mengenai seorang lelaki berusia 44 yang dipercayai hilang pada hari kejadian keruntuhan rod penebat kilat menara UMNO, di Jalan Macalister, Khamis lalu.

Difahamkan, lelaki itu juga menaiki kereta jenis yang sama pada masa kejadian.

Keluarga mangsa turut berada dilokasi kejadian menunggu kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa yang diteruskan sehingga kini.

Sinar Harian difahamkan, masa kejadian mangsa dalam perjalanan untuk membawa anaknya pulang dari sebuah sekolah dekat situ.

Mangsa dipercayai tidak pulang dan dipercayai hilang selepas hari kejadian.


Penebat kilat runtuh: penjual nasi dipercayai tertimbus


Seorang lelaki dipercayai tertimbus dalam lubang jalan sedalam lima meter yang terhasil akibat dihempap runtuhan penebat kilat Menara Umno di Jalan Macalister di George Town Khamis lalu.

Sumber polis ketika dihubungi berkata penjual nasi Lim Chin Aik, 44, dilaporkan hilang oleh keluarganya pada 3 petang semalam.

Beliau berkata siasatan awal mendapati nombor casis empat angka belakang yang dijumpai pasukan petugas kerja-kerja pembersihan di kawasan runtuhan itu sama dengan nombor casis kereta milik penjual nasi berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, polis belum membuat sebarang pengesahan bahawa Lim adalah mangsa yang tertimbus itu.

"Kerja mencari masih diteruskan. Tetapi kerja mencari agak rumit kerana terdapat air bertakung di dalam lubang itu. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang sedang sedut air itu keluar," katanya.

Sementara itu, isteri Lim, Lee Chai Song, 48, berkata suaminya keluar mengambil anak perempuan bongsu mereka dari Penang Chinese Girl's High School di Jalan Gottlieb pukul 7 petang, Khamis lepas.

"Suami saya dipercayai tidak sampai ke sekolah kerana anak saya cikgu yang hantar ke rumah pada 9.30 malam. Suami saya tak bawa telefon sebab ingat keluar sekejap saja.

"Suami saya memandu kereta Honda City warna kelabu. Saya berharap bukan suami saya yang tertimbus," katanya ketika ditemui di tempat kejadian hari ini.

Pada petang Khamis lepas, penebat kilat setinggi 20 meter yang terletak di atas Menara Umno di Jalan Macalister runtuh berikutan angin kencang mengakibatkan jalan rosak selain menghempap beberapa kenderaan.

Insiden pukul 6.45 petang itu turut menyebabkan seorang pekerja asing lelaki maut selepas lori yang dinaikinya bersama rakan sekerja dihempap penebat kilat berkenaan.

Sebanyak 293 rumah dilapor terjejas dipukul ribut kencang yang melanda negeri ini pada hari berkenaan, enam di daerah Seberang Perai Selatan, 125 di Seberang Perai Tengah, 12 Barat Daya, 94 di Seberang Perai Utara dan 56 di daerah Timur Laut.

- Bernama

Orang Cina Pula Minta Bendera PAS...


Seorang Cina Pulau Kambing mari jual sayur kat rumah ambe...cina ni mintak bendera pas...pas bagus kata Cina ni..."

Berbeza pula di negeri Johor. Orang Melayu/UMNO buang bendera PAS selepas memasang bendera BN.