9 Jun 2009

UG BERSAMA UMNO : PENGUNDI CINA DAN INDIA IKRAR TIDAK UNDI PAS LAGI

Ketika sedang berborak dengan rakan-rakan seperjuangan (cina dan india), mereka mengatakan bahawa selama ini PAS mempermainkan mereka. Undi mereka bagi pada PAS adalah kerana PAS mengatakan yang ia akan berlaku adil kepada semua kaum dan menolak rasuah.

Namun dengan perkembangan terbaru bila Ustaz Hadi mengatakan kerajaan perpaduannya bersama UMNO, Maka menurut mereka selama ini PAS menipu mereka hanya untuk mendapatkan undi kaum Cina. Ternyata PAS akan bersekongkol dengan UMNO yang nyata mengamalkan rasuah dan kronilism.

"Kami tarak mau undi PAS lagi", itulah kata yang terkeluar dari masyarakat Cina dan India ketika kami berborak mengenai politik.

Tidakkah PAS sedar yang mereka akan diperkudakan UMNO sekiranya ini menjadi kenyataan? Amat menghairankan bila Khairy Jamaluddin bersungguh2 mahu kerajaan perpaduan ini diteruskan. Ada udang sebalik batu rasanya bila kenyataan dari pemimpin UMNO ini yang dulu mengutuk tapi sekarang memuji pemimpin Pas bila kerajaan perpaduan ini di utarakan. -malaysiabiz-aloha


UG Bersama UMNO : Ada Cawangan PAS Bakal Bubar

Heboh sekarang di Tenang, Labis Johor apabila ramai ahli PAS tidak berpuas hati mengenai Kerajaan Perpaduan (United Government). Ketika duduk di kedai kopi dan Markas Tarbiyyah PAS, ahli PAS berbincang serta akan keluar parti beramai-ramai sekiranya kerajaan perpaduan akan dilaksanakan.Mereka kata, buat apa bersama PAS sekiranya mereka terus bersama musuh.

Ramai juga mengatakan yang TGHA akan diberi jawatan TPM 2 sekiranya ianya dilaksanakan. Persoalannya apakah kerana pangkat maka TGHA sanggup bersekongkol dengan Parti UMNO yang jelas tidak mahu Islam dalam pemerintahannya?

Cawangan PAS Tenang, Labis hanya menunggu masa untuk dibubarkan dan khabar yang terdengar, mereka akan menyertai Parti Keadilan Rakyat. Asalkan mereka terus bersama Pakatan Rakyat namun untuk terus bersama UMNO, tidak sama sekali.

Mungkinkah keadaan ini akan terus merebak ke cawangan PAS yang lain atau mungkinkan banyak lagi cawangan PAS akan dibubarkan? Adakah ini yang TGHA mahukan? -

Ikutlah, dan dengarlah kata hati ahli akar umbi. Jangan nanti hingga ratusan ribu ahli keluar parti. Masa tu menyesal kemudian tidak berguna. - malaysiabiz-aloha


UG Bersama UMNO: Nasharuddin Pula Sokong Mustapha

Harakahdaily melaporkan Ustaz Nasharuddin Mat Isa yang menang jawatan Timbalan Presiden dnegan mendapat undi tidak sampai 50% dari perwakilan telah bersetuju dengan saranan Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali agar seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan segala kenyataan yang boleh mengelirukan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat khususnya mengenai Kerajaan Perpaduan.

Jelasnya sewaktu dihubungi Harakah hari ini, isu kerajaan perpaduan ini kononnya telah menimbulkan banyak salah faham pelbagai pihak.

Sedangkan dunia telah mengetahui Nasharuddinlah orangnya yang telah bertemu dengan Abdullah Ahmad Badawi secara sembunyi-sembunyi untuk membincangkan mengenai kerajaan campuran satu ketika dulu. Hal itu tidak diketahui oleh sesiap sehinggalah mantan perdana menteri itu sendiri membocorkan rahsia. Ahli PAS dan Pakatan Rakyat TIDAK MUDAH MEMAAFKANNYA.

Sewaktu pertandingan jawatan Timbalan Presiden tempohari, perwakilan sekali lagi ditipu kononnya beliau dan pimpinan tiada niat untuk membawa PAS ke dalam Barisan Nasional yang pada ketika itu perwakilan menganggap beliau jujur dan tidak akan mengungkit lagi hal Kerajaan Campuran yang telah dijenamakan semula sebagai Kerajaan Perpaduan.

Tetapi rupa-rupanya tidak. Sebaik sahaja keputusan diumumkan beliau dengan angkuh sekali persis mendabik dada dengan mengungkapkan "I still won" apabila ditanya oleh wartawan perasaannya apabila mengetahui beliau menerima hanya 46% undi perwakilan tanpa ada rasa tawadhu da rendah diri.

Malah beliau begitu galak memproklamirkan kembali gagasan Kerajaan Perpaduan yang telah ditolak oleh majoriti perwakilan.

Nasharuddin lansung tidak menghormati suara mereka yang menentang Kerajaan Perpaduan yang ramai di dalam muktamar. Di hadapan wartawan dan di kaca TV, beliau mempersenda dan memperlekehkan teguran Mursyidul AM PAS, Tuan Guru Nik Aziz sendiri yang mengaanggap idea Kerajaan Perpaduan itu mengarut.

Beliau menyatakan itu kenyataan peribadi Tuan Guru Nik Aziz. Tuan Guru Nik Aziz pada bila-bila masa adalah Mursyidul Am tanpa mengira di dalam majlis rasmi ataupun tidak kerana jawatan Mursyidul Am PAS yang disandangnya bukan seperti jawatan-jawatan di dalam organisasi sekular seperti Presiden dan Timbalan Presiden yang hanya laku di dalam hal-hal yang rasmi.

Keceluparan Nasharuddin itu jelas menunjukkan beliau tidak menghormati Menteri Besar Kelantan yang telah memberinya peluang untuk bertanding di negeri Kelantan sehingga beliau sanggup mengguris hati tokoh yang telah 20 tahun memerintah Kelantan. Beliau tidak mengiktiraf Nik Aziz sebagai naqib kepada Timbalan Presiden, tidak mengiktiraf suara Nik Aziz sebagai suara Mursyidul Am PAS yang perlu dihormati oleh semua ahli PAS termasuk Presiden PAS sendiri.

Kini tanpa ada sedikit pun rasa keinsafan dan rasa bersalah, beliau ingin semua ahli menghentikan isu dan polemik Kerajaan Perpaduan yang beliau sendiri telah mulakannya. Jika ada kekeliruan dan salah faham ahli, kami ingin nyatakan, kamulah orangnya yang telah menimbulkaj kekeliruan itu. Jika berlaku perpecahan di kalangan PAS dan Pakatan Rakyat, kami ingin nyatakan kamulah orangnya yang telah menyebabkan perpecahan itu!

Sudah ada ahli PAS Bachok yang menyuarakan supaya Nasha bertanding di Terengganu atau di negerinya sendiri Negeri Sembilan di pilihanraya akan datang.

Jangan disalahkan pihak-pihak lain jika semua jari kini menyatakan bahawa anda seorang pengkhianat parti dan jemaah Islam di negara ini.

Kamu telah mempersendakan ahli PAS dan Pakatan Rakyat serta Tuan Guru Nik Aziz khususnya, dan jika kamu Nasharuddin tidak meminta maaf terhadap apa yang kamu telah lakukan, tunggu sahaja nanti balasan lansung dari Allah s.w.t.

UG Dengan UMNO : Kerana Enggan Wala Kepada Nik Aziz, Guan Eng Tarbiah Hadi

Pemimpin PAS perlu memperjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini, demikian lapor malaysiakini.

Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno.

Lim berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu.

Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.

"Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita.

"Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku," katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.

"Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya.


Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO : Mustapha Ali Cuba Jadi Jaguh

Pas Terengganu dilihat sebagai pihak yang paling beriya-iya dengan gagasan Kerajaan Perpaduan. Setidak-tidaknya itu persepsi para ahli PAS seluruh negara.

Malah ahli-ahli PAS Terenganu di peringkat bawahan pun ramai menyokong gagasan tersebut yang kelihatan cuba pula mencorakkan PAS seluruh negara melalui mereka yang bergerak di blog-blog dan portal-portal serta menghambur komen-komen di ruang artikel blog orang lain dan ruang-ruang sembang (shoutbox) di blog-blog yang membincangkan isu Kerajaan Perpaduan.

Hari ini, Pesuruhjaya PAS Terengganu yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS Datuk Mustafa Ali meminta pemimpin kesemua peringkat parti itu dan Pakatan Rakyat supaya berhenti daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan berkaitan dengan isu kontroversi idea kerajaan perpaduan.

Katanya, isu tersebut tidak relevan buat masa ini sehingga pilihan raya umum ke-13.

"Saya merayu kepada seluruh pimpinan PAS dan Pakatan bukan sahaja bekerja keras dalam pilihan raya DUN Manek Urai, saya juga menyeru agar mereka menghentikan segala kenyataan yang berkait dengan isu-isu yang boleh beri kekeliruan kepada penyokong PAS khususnya yang berkaitan dengan kerajaan perpaduan," katanya pada sidang media di ibu pejabat parti itu di sini, hari ini.

Sekarangkah beliau baru perasan isu itu merugikan jemaah dan merugikan parti?

Sedangkan umum mengetahui beliau jugalah akitek utama "kerajaan campuran" yang kemudian dijenamakan semula sebagai "kerajaan perpaduan" yang dijaja oleh PAS Terengganu melalui Presiden PAS sendiri, Haji ABdul Hadi Awang.

Bekas timbalan menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar sewaktu PAS berada di dalam BN yang bernama Mustapha Ali itu amat dikenali sebagai politikus yang licik yang telah menyebabkan timbul pelbagai puak di dalam PAS yang telah mengatur strategi sehingga berlaku perpecahan di dalam PAS.

Sewaktu pemilihan pucuk pimpinan parti yang lepas, Mustapha sebagai Pengerusi jawatankuasa pemilihan telah memperkenalkan beberapa kaedah yang tidak telus dan tidak adil seperti bilangan pencalonan yang diperolehi oleh seseorang calon yang tidak diketahui umum di samping pengumuman keputusan pemilihan yang dilewatkan masa untuk tujuan yang hanya beliau saja mengetahuinya.

Ia tidak pernah dilakukan oleh mana-mana parti politik di dalam negara ini hatta oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sendiri.

Beliau begitu bijak menghalang orang lain menggunakan harakahdaily untuk tujuan berkempen supaya beliau dapat mempergunakan harakahdaily sepenuhnya bagi berkempen memburukkan pemimpin yang tidak disukainya.

Ini dapat dilihat seperti harakahdaily keluaran 28 Mei 2009 beberapa hari sebelum pemilihan yang mengeluarkan tajuk yang mengelirukan ahli-ahli dan perwakilan "Penjelasan kenapa saya tarik diri - Husam" sedangkan yang dilaporkan ialah tarik diri dari penyertaan rancangan Hujah anjuran TV9. Sedangkan tajuknya persis Husam menarik diri dari bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.


Mahfuz Omar pernah mempertikai kenyataan Mustapha mengenai arahannya melarang calon-calon berkempen menggunakan harakah sedangkan beliau (Mustapha) adalah Pengerusi Harakah yang boleh memberi arahan secara terus supaya akhbar itu tidak dijadikan alat untuk berkempen oleh mana-mana calon.


Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO : Kenapa PAS Terliur?

Berita baru masuk..... berita baru masuk..... !!!! Hot punyer ke...... udah suam ke..... udah basi ke..... teman tak tahu..... tapi pada teman hot ler sebab teman baru dapat. Komer??? Teman tak tahu....

Berita ni diperoleh daripada kedai kopi.... melalui kaedah pasang telinga!! Komer tahu ngapa PAS [ dua tiga kerat yang di atas tu ler ] beriya-riya benor terlior dan berkenan sesangat nak bergandingan tangan dengan UBN dalam pembentukan Unity Government yang riuh diperkatakan sejak Muktamar PAS baru-baru ni....

Well... its all about jawatan dan kuasa. Power and position babe!!!! My God.... tak ku sangka PAS sebuah parti yang berlandaskan Islam sanggup mengkhianati rakan kongsi mereka dalam Pakatan Rakyat semata-mata kerana tergilakan kedudukan, jawatan dan kuasa dalam UG. Ini bermakna, betul ler apa yang UNMO canangkan selama ini..... PAS juga gila kuasa. Bior teman perbetoikan sikit kenyataan itu..... rephrase balik statement tu.... Bukan PAS, ya ... tapi segelintir pemimpin tertinggi PAS.... yang terliorkan kuasa dan jawatan. Jangan disebabkan nila setitik..... satu PAS nak dicemarkan. Itu tak adil nama nyer. Komer tibai ler dua tiga kerat yang gila kuasa tu.... Jangan libatkan yang lain, sebab rata-rata..... ramai yang dalam PAS tolak UG!!!

Konon ceriter nyer..... demer tak nak Anwar Ibrahim jadi PM, sekira nyer Pakatan Rakyat berjaya ke Putarjaya. Awat nyer pulak??? Anwar tak layak ke, atau hangpa dah was-was tentang kredibiliti Anwar kerana kes Sayfoooool haprak tu???? Apa..... hangpa lebih rela ber'piem'kan Najib.... yang kredibiliti dan reputasi nyer jauh lebih dahsyat dipersoalkan..... baik dalam negeri mau pun luar negara!!! Sekurang-kurang nyer... kes Anwar, there's a big.... big....big... question mark???? Pelik bin Ajaib al-Hairan..... Awat la hangpa ni.... Easily influenced betoi ler..... puak-puak ni!!! Eh.... entah-entah hangpa jeles kot. Woi.... tak baik jeles-jeles..... lar.... Hangpa ada calon hangpa sendiri ka?? Habaq mai.... Kalau layak dan memenuhi ciri-ciri piawai.... apa salah nyer!!!

Seperkara lagi, yang mereka tak syiuk ialah takut pentadbiran negara akan lob-sided, berat kepada PKR/DAP dan PAS akan terpinggir. PAS nak jadi dominant factor dalam PR kut. Konon nyer, PAS berasa dia dipinggirkan di Pulau Pinang dan rasa tak seronok hati. Memang betoi.... sebab dari pandangan mata kasar, PAS Pulau Pinang memang tak nampak ngam dengan PKR/DAP. Mengapa??? Aku tak tau. Hangpa pi selidik sendiri. Tentang pentadbiran pulak.... apa??? Guan Eng tak cukup cekap ke..... tak cukup adil ke...... zalim sangat ke...... korup giler babi ke.....??? Atau apa.....???? Tapi... jangan dok main sentimen kaum. Kalau hangpa kaitkan dengan sentimen kaum, hangpa sebijik macam UMNO. Jangan buat malu PAS norr...

Teman baru balik dari Penang.... dan dari tinjauan dan sembang-sembang dengan orang-orang di sana.... they say... the PR government is much more better, more people-oriented and much more efficient and accountable than the previous UBN government. So.... apa lagi kita nak??? Yes..... they are not perfect. Give them time lar. Memang ler ada dua tiga kerat samdol-samdol dalam PKR, DAP, mau pun PAS, yang dijangkiti sindrom kemaruk.... dok berebut itu ini dalam pertandingan musical chair. Itu semua bisa diurus. No hal punya..... small matter!!! UBN pun, apa kurang nyer. After 50 years memerintah negara..... hampir hancoq Satu Malaysia depa kerjakan.

So..... kalau kita bagi PR lebih masa dan kepercayaan..... isyaAllah, UBN hanya akan tinggal sejarah di Penang!!! Pemerintahan TGNA di Kelantan sudah terbukti.... hebat nyer. Kalau macam itu ler, jangan mimpi ler UBN nak perintah Pulau Pinang semula....!!

Well.... teman rasa, semua perasaan tak puas hati PAS tentang Penang ni, adalah disebabkan tak dapat kedudukan dan kuasa. Buat masa ni sabor jer ler...... lain kali, kalau menang banyak kerusi lagi, baru ler demand lebih sikit. Jangan ler macam bebudak terus nak terkenyut... tarik muka empat belas!!! Matang ler sikit....

Berbalik kita pada UG....., idea giler tu.... Konon nyer, akan ada pembahagian kuasa [kementerian] antara UBN dan PAS. Eleh..... demer ni nak meniru macam konsep pembahagian kuasa yang digunapakai oleh kerajaan campuran di Indonesia dan Israel, ler tu!! Betoi tak....??? Itu ler kerja komer.... asyik meniru jer. Berapa kementerian ler yang UBN nak offer pada PAS agak nyer??? Lima..... enam.... tujuh... atau berapa ??? Selebih nyer.... siapa punya??? Of course ler UBN punya.....

Ok.... let's say, PAS dapat lima kementerian..... isy..... cukup ke tu??? Entah ler.... tapi... bagi pemimpin PAS pro-UMNO, mungkin itu sudah cukup WOW.....!!! Sebab itu ler, dua tiga kerat, pimpinan tertinggi PAS, terlior hingga menjelejeh ayor lior!!! Ho.... ho.... ho.... kalau gitu ler..... sah ler demer ni gila kuasa!!! Sebab dah gila ler agak nyer, tindakan dan cakap mereka pun dah merapu-rapu tak tentu hala!!! Bikin semua jemaah dan penyokong gabra ajer. Dengor ceriter ramai perwakilan yang tak setuju idea UG ni. Kalau gitu..... kenapa dua tiga kerat yang hat di atas tu, gatai mulut dok bercakap lagi pasal UG yang sepatut nyer dah tutup bab!! Syusyah.... syusyah...... macam ni!!!

Ingat..... PAS tak sekuat mana pun. Menang pun.... atas sebab rakyat undi kerana getikkan UBN, so.... jangan ler over-perasan. Undi yang diberikan kepada PAS, tak kira ler oleh siapa ..... Melayu ke, bukan-Melayu ke.... adalah amanah. Ulama apa yang sanggup mengkhianati amanah yang rakyat berikan kepada demer. Walau apa pun nawaitu komer..... jangan sekali-kali terikut budaya 'matlamat menghalalkan cara' seperti yang dipraktikkan oleh UBN. Sanggupkah komer melihat PAS berpecah semata-mata kerana kemarukkan untuk berkuasa di 5 or beberapa kementerian yang di'offer'kan oleh UBN tu.... Lu orang pikir lah sendiri!!

Dan seperkara lagi..... sanggup kah kengkawan tengok tranformasi bendera PAS menjadi sebegini rupa..???? Jeng.... jeng..... jeng.....

Oh..... tidak..... tidak..... tidak.....!!! Adeh..... apa sudah jadi??? Tak sanggup aku, weh..... Ada pulak bayangan setan ditengah-tengah bulan purnama yang indah itu. Mencacatkan pemandangan betoi ler!!! Woit....... dah nak kiamat ke apa???? Alahai...... teman tak sanggup ler. Ini pun tekak dan perut dah meloya..... Whe.... whe..... wheekkkkkkk!!!! Sorry ler..... excuse me ya!!!! - m3m

Kerana Kerajaan Peraduan Dgn UMNO, Pakatan Rakyat Berantakan

Malaysia diwarnai oleh berbagai golongan dan kumpulan yang berbeza pendapat dalam isu yang sama. Ia perlu diterima sebagai sesuatu yang positif dan boleh meluaskan ufuk pemikiran dan penelitian dalam membuat sesuatu keputusan demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Para pemimpin di Malaysia ingin dianggap sebagai golongan yang berhemah tinggi dan boleh menangani isu perbezaan pendapat ini dengan bijaksana tanpa mendiskriminasi mana-mana pihak atau melewati batas undang-undang dan perlembagaan yang sedia ada.

Usul tanpa bahas dalam Muktamar PAS ke-55 untuk mengharamkan Sisters-in-Islam tanpa terlebih dahulu wujud sebarang penyelidikan dan bukti yang jelas adalah diangap keterlaluan. Mana-mana pihak yang mendesak pihak berkuasa untuk mengharamkan sesuatu entiti tanpa bukti yang sah adalah suatu prosedur yang zalim lagi menzalimi yang tertuduh. Ada banyak lagi entiti lain yang jelas halatujunya yang sudah sampai ke tahap sesat lagi menyesatkan yang wajar didesak untuk diharamkan serta-merta.

Sasaran terpilih, Sisters-in-Islam, dalam bentuk Usul Tanpa Bahas tersebut telah mewujudkan kegusaran oleh sebahagian masyarakat tentang ketiadaan konsistensi (consistency) dan keluhuran dalam laungan PAS for all. PAS yang dibarisi oleh kepimpinan yang baru dilantik, yang diketuai oleh Abd Hadi Awang kini dilihat sebagai sebuah parti yang hanya berslogan dan menjadi sebuah parti politik biasa sekular, bukan parti politik yang menghalusi keadilan seperti yang tuntut oleh ayat di bawah:

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah, walaupun terhadap dirimu sendiri atau terhadap ibubapa dan kaum kerabatmu. Jika dia (yang terdakwa) kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatan (kebaikannya). Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutarbalikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka ketahuilah Allah Maha Teliti terhadap segala apa yang kamu kerjakan.” An-Nissa’:135

Usul Tanpa Bahas yang bersumber dari Kawasan PAS Shah Alam yang diketuai oleh Khalid Samad, seorang yang dianggap sebagai sentiasa mempunyai pandangan yang berprinsip, kini telah mengelirukan beberapa sektor dalam masyarakat dengan kelulusan Tanpa Bahas Usul mengharamkan Sisters-in-Islam yang membawa implikasi yang lebih besar terhadap keupayaan PAS bersikap adil pada setiap masa, ketika, tempat dan dengan sesiapa saja, tidak kira Islam ataupun tidak.

PAS Abd Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa dituntut agar memberi ruang dan peluang kepada dirinya dan juga Sisters-in-Islam dalam menyuburkan suatu pendekatan wasatan (pertengahan) bagi memperbetulkan keadaan dan menghapuskan sebarang prasangkaan buruk yang berpanjangan mengenai kelekehan PAS dalam menegakkan keadilan dan memelihara hak setiap rakyat dan golongan dengan saksama.

Bagaimana rakyat akan berasa selamat dan aman dengan tindakan dan kenyataan lisan yang sungguh mengelirukan dan sama sekali tidak dapat difahami? Dalam sekelip mata juga, PAS Abd Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa telah menimbulkan berbagai tanda tanya di kalangan masyarakat sehingga boleh menjejaskan ikatan Pakatan Rakyat dan peluang mengambilalih Kerajaan Persekutuan dalam Pilihan Raya ke-13 nanti.

Pertembungan di kalangan dua golongan dalam PAS mengenai isu Kerajaan Perpaduan telah menimbulkan syak wasangka di kalangan berbagai pihak, yang saban hari semakin mendalam, kerana sudah tiada tabir yang boleh menyelindunginya lagi. PAS Abd Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa berhasrat untuk mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama Umno dengan segala apa yang akan didapatinya hasil dari perkahwinan tersebut.

Jika mereka menyatakan bahawa orang lain tidak faham maksud mereka tentang Kerajaan Perpaduan itu maka yang patut dipersalahkan ialah mereka sendiri.

Amatlah menghairankan sebagai sebuah parti politik Islam yang sudah lama wujud dan telah menemui kegagalan dalam penggabungan dengan Umno pada tahun 1969 dahulu, jalan yang sama ingin dilalui pada kali yang kedua; seolah-olah tiada pengajaran yang didapati dari kegagalan itu.


Kerajaan Perpaduan sebagai yang difahami oleh umum dan masyarakat antarabangsa ialah sebuah kerajaan gabungan beberapa parti yang berkongsi kuasa – ia membawa maksud bahawa ahli-ahli politik dari gabungan parti yang terlibat akan ditawarkan untuk menjadi Menteri-Menteri Kabinet dan jawatan-jawatan penting dalam pentadbiran negara.

Kebanyakan rakyat sedang mengalami kekeliruan hasil dari pendekatan dan kesungguhan PAS Abd Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa untuk meneruskan agenda Kerajaan Perpaduan. Amatlah tidak wajar lidah para ilmuan Islam mengelirukan pengikut dan rakyat jelata, sama ada sengaja ataupun tidak. Para ilmuan Islam sewajarnya lebih berhati-hati dan teliti dalam memberi halatuju dan agenda yang ingin dilaksanakan.

Timbul persoalan bahawa dalam politik tidak semua perkara mesti diperjelaskan. Bagaimana untuk diperiksa bahawa keputusan-keputusan yang dibuat tanpa penjelasan itu merupakan sesuatu yang terbaik untuk pengikut dan rakyat? Apakah apabila sudah berlaku kebinasaan baru terngadah? Apakah wajar membiarkan hanya mereka dalam pimpinan No.1 & No.2 diberi seluruh mandat untuk membuat keputusan tanpa penjelasan?

Apakah halatuju politik yang akan dibawa oleh PAS Abd Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa? Apakah kedudukan PAS Abd Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa dalam Pakatan Rakyat? Apakah maksud usul mendaftar Pakatan Rakyat sebagai sebuah parti, tetapi segala persoalan tentang PAS Abd Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa terus mengelirukan pengikut dan rakyat serta aktivis Pakatan Rakyat?

Adakah Kerajaan Selangor dan Perak akan diambilalih oleh Kerajaan Perpaduan ini? Kegilaan ramalan-ramalan tentang perkara mendatang hanya baru bermula. Itulah permulaan kepimpinan PAS Abd Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa dalam era Kerajaan Perpaduan, suatu impian yang belum difahami, belum dapat di bayangi oleh sesiapapun kecuali oleh kedua mereka.

Yang jelas, halatuju yang ingin dibawa oleh PAS Abd Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa sedang menghasilkan berantakan dalam PAS dan kebuntuan dalam Pakatan Rakyat.

Yang lebih mencemaskan ialah krisis dalam Pakatan Rakyat sedang menjelma… -Mariam Abdullah, perakexpress

Nahas Air France : Mayat dan Ekor Pesawat Ditemui

Agensi berita AFP melaporkan pasukan mencari dan menyelamat Brazil menemui bahagian ekor pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik minggu lalu sekali gus mengorbankan 228 penumpang.

Penemuan bahagian ekor pesawat tersebut dikira sangat penting buat masa ini untuk menentukan punca pesawat tersebut terhempas pada 1 Jun lalu.

Lebih-lebih lagi, kotak hitam dipasang pada bahagian ekor pesawat dan ini membolehkan usaha mencarinya difokuskan pada kawasan terbabit.

Pegawai Brazil memberitahu, 24 mayat telah ditemui setakat ini. AFP

Ketika kemalangan itu berlaku, pesawat itu melakukan penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris. Tiada panggilan kecemasan diterima daripada juruterbang.




PAS UMNO : Polis Dah Dikerah Ke Manek Urai

Polis akan menempatkan kira-kira 1,000 anggota untuk bertugas menjaga ketenteraman awam menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Manek Urai pada 14 Julai ini, demikian lapor sebuah akhbar bebahasa melayu hari ini.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim berkata, penempatan anggota terbabit akan dilakukan secara berperingkat sebelum penamaan calon sehingga ke hari pembuangan undi.

Beliau berkata, ia bertujuan meningkatkan pemantauan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini kerana kawasan tersebut menjadi tumpuan seluruh negara dan parti-parti politik.

"Kawasan itu akan dipantau sepenuhnya bermula dari tarikh penamaan calon dan selepas pembuangan undi sekiranya berlaku kejadian yang tidak diingini.

"Sehubungan itu, kita sudah mengadakan perbincangan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenainya," katanya kepada pemberita sempena Majlis Perhimpunan Bulan Jun Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini hari ini.

Pada majlis itu, beliau menyerahkan sebanyak 70 buah motosikal Honda CBA 750 kepada seluruh daerah Kontinjen Kelantan.

Amir Hamzah berkata, semua persiapan kini berjalan lancar dan pengundi tidak perlu bimbang mengenai keselamatan mereka ketika keluar mengundi.

"Pada peringkat awal, kita akan mengerahkan anggota dan pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Krai dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan serta l dibantu oleh anggota dari Bukit Aman.

Sementara itu beberap pemimpin PAS Kawasan melihat ia sebagai strategi rutin pihak UMNO BN untuk menakut-nakutkan pengundi dari keluar mengundi.

Tidak ada kejadian buruk berlaku sepanjang pilihanraya kecil dan umum dijalankan di negara ini selama ini.

"Malah keadaan paling aman dirasai di penanti apabila UMNO BN tidak bertanding," tegasnya.


PAS UMNO : Dasar Pintu Terbuka Atau Dasar Ketuk Pintu?

Saya amat tertarik dengan ucapan penggulungan oleh Presiden Pas, Tuan Guru Hj Hadi Awang di dalam Muktamar Pas baru-baru ini. Pada saya intipati ucapan Tuan Guru amat bertepatan dengan ajaran Islam terutamanya di dalam perkara mengajak umat kepada perdamaian. Cinta kepada perdamaian sememangnya ajaran Islam begitu juga mencintai kepada insan atau golongan yang juga mahukan perdamaian.

Tuan Guru juga menyebut bahawa Pas sentiasa mengamalkan dasar `pintu terbuka' kepada semua samada dari mana-mana pertubuhan atau parti siasah. Itu juga amat bertepatan dengan ajaran yang dibawa oleh Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W.

Cuma, yang menjadi kemusykilan kepada saya adalah kerana pada waktu dan ketika ini saya melihat Pas seperti tidak melaksanakan dasar `pintu terbuka' seperti yang diucapkan oleh Tuan Guru sebaliknya Pas dilihat lebih `mengetuk pintu rumah' orang lain. Seharusnya dasar pintu terbuka adalah mengajak mereka ke `rumah' kita dan bersama berjuang dengan kita, bukannya kita yang bersungguh-sungguh `mengetuk pintu rumah' nya.

Isu Kerajaan Perpaduan sebagai contoh, secara terang-terangan menyebut Pas sedia berunding dengan Umno walaupun Pas tidak menyebut bahawa Pas akan menyertai Umno/Bn. Inilah yang menjadi keraguan kepada rakyat yang selama ini menyokong perjuangan Pas dan PR. Mereka mungkin tidak secerdik pimpinan Pas untuk mentafsir apakah tujuan sebenar Pas, tetapi `pengalaman' telah banyak mengajar mereka untuk menjadi lebih cerdik sedikit.

Saya tidak mahu mengungkit peristiwa yang menjadi kontroversi yang berlaku di Selangor sejurus PR berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor selepas Pilihanraya Umum Ke 12 yang lalu. Pengalaman seperti ini amat menakutkan apatah lagi mereka yang terbabit masih berkuasa di dalam Pas. Bahkan, mereka ini lah yang lebih lantang menyokong Kerajaan Perpaduan ini meskipun Mursyidul Am Pas secara berterus terang menentang pendekatan tersebut.

Pada hemat saya, Pas tidak perlu melibatkan Umno untuk memperkasakan perjuangannya, tetapi Pas harus menarik seramai mana mungkin ahli-ahli Umno sahaja. untuk bersama Pas. Lupakan sahaja jasad parti Umno atau kulitnya itu, tetapi ambillah isinya iaitu ahli-ahli Umno yang bukan kesemuanya kaki rasuah. Jika ini dapat dilakukan oleh Pas, nescaya tiada keraguan atau syak wasangka dari rakan-rakan di dalam PR bahkan juga ahli-ahli Pas sendiri. Pas, PKR dan DAP mesti berlumba-lumba untuk `memancing' mendapatkan ahli-ahli Umno demi memperkuatkan PR, bukannya `terpancing' oleh Umno dan media-medianya.

Jangan dikaitkan samasekali nama tubuh Umno atas apa jua alasan, tetapi kerja dakwah Pas hendaklah ditumpukan kepada ahli-ahli Umno sahaja. Inilah juga strategi yang dilakukan oleh DS Anwar untuk memperkuatkan PKR, dan tidak salah jika Pas menuruti strategi ini kerana ia terbukti berkesan. Strategi berpakat atas nama parti Umno tidak akan berjaya dan sejarah telah membuktikannya.

Maka, benarlah apa yang dikatakan oleh Mursyidul Am Pas bahawa parti Umno tidak boleh diajak berpakat untuk kebaikan, tetapi ahli Umno tidak mustahil boleh dibimbing dan dibentuk. Sudah berapa ramai ahli-ahli Umno bahkan tokoh-tokoh mereka yang menyertai Pas hasil daripada strategi ini.

Paling penting perkuatkan dahulu PR yang terbukti telah banyak berjasa di antara satu sama lain. Kemudian usaha lebih giat perlu dilakukan untuk menarik ahli-ahli Umno bersama Pas. Percayalah, jika ini mampu dilaksanakan secara agresif oleh semua parti di dalam PR, maka di dalam Pilihanraya Umum Ke 13 nanti Umno sudah boleh kita `talkin'kan.

Pimpinan Pas diharap akan dapat menyelesaikan isu Kerajaan Perpaduan ini dengan penerangan yang lebih tepat dan terperinci tanpa putar-belit yang menambahkan lagi keraguan rakyat.

Barang harus diingat bahawa Pas kini telah mendapat sokongan rakyat Non Muslim melalui Kelab Penyokong Pas yang semakin berkembang sekarang. Jangan kerana silap percaturan dan strategi, Pas mendapat kerugian yang amat besar dan menjejaskan cita-cita Pas untuk menegakkan Islam di bumi tercinta ini. -wfauzdin


UMNO Sambut Baik Cadangan Presiden PAS, PR Persoalkan Kerajaan Perpaduan

Idea pembentukan kerajaan perpaduan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang bukan satu agenda untuk mewujudkan kerajaan campuran tetapi sebaliknya agenda di luar parti bagi membincangkan soal agama, orang Melayu dan ummah secara keseluruhan, kata Naib Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya, idealisme yang dibawakan oleh Pas itu adalah demi kesejahteraan ummah serta agama dan tidak mahu Barisan Nasional (BN) sebagai parti pemerintah diperlekehkan kerana melakukan tindakan yang akan merugikan orang Islam.

Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu menyifatkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pemimpin berpandangan jauh kerana tidak menutup pintu rundingan ke arah pembentukan kerajaan perpaduan antara UMNO-Pas.

Ketuanya, Saiful Bahri Baharuddin berkata, sikap Abdul Hadi itu menunjukkan beliau mengutamakan kestabilan politik negara serta pengukuhan orang Melayu di negara ini.

Menurutnya, Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa yang mempunyai pandangan sama dengan Abdul Hadi mempunyai semangat toleransi dalam mewujudkan kestabilan politik dengan menarik anggota parti itu ke arah pengukuhan ummah.

”Pemuda UMNO Terengganu mengalu-alukan sebarang perbincangan di antara pucuk pimpinan kedua-dua parti,” katanya dalam kenyataan yang dikirimkan melalui khidmat pesanan ringkas di sini hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, cadangan itu tidak perlu dipolitikkan kerana yang lebih penting untuk dibincangkan adalah keperluan bagi merealisasikan cadangan tersebut.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri bimbang jika semua cadangan baik dipolitikkan, usaha yang lebih membawa kebaikan dan keutuhan perpaduan antara rakyat akan disia-siakan.

“Kadang-kadang saya bimbang apabila kita terlalu sangat berpolitik, kelebihan dan keunikan yang ada pada kita secara tidak sedar akan terhakis dan apabila terhakis susah untuk kita bina semula.

“Apabila terhakis, susah untuk satukan semula kerana perpaduan melibatkan emosi, hubungan antara manusia dan bertambah susah jika bercampur aduk dengan isu kaum dan agama,” katanya pada sidang akhbar.

Sambil dua kali menegaskan agar PAS “never say never”, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin mengajak PAS menghidupkan semula muzakarah dengan Umno khususnya susulan perkembangan muktamar tahunan parti Islam itu yang berakhir semalam.

Mengambil kira persekitaran semasa dalam PAS yang memperlihatkan ada kumpulan yang menyokong muzakarah dengan Umno-BN, beliau berkata, kini adalah “masa untuk memulakan proses tersebut.”

“… yang saya berharap dan saya yakin dengan memulakan usaha muzakarah tersebut, suasana yang disebutkan oleh (Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baru) (Dr. Mujahid (Yusof Rawa) tadi akan jadi lebih kondusif,” kata beliau ketika muncul dalam program Astro Awani malam tadi.

Apa kata Pemimpin Pakatan Rakyat:

Semua parti pembangkang diminta duduk semeja bagi membincangkan idea pembentukan kerajaan perpaduan sebelum ia diterima sebagai salah satu usaha untuk menyelesaikan masalah negara.

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw berkata, perbincangan itu penting untuk memperincikan ciri-ciri kerajaan perpaduan yang dicadangkan tersebut.

“Konsep kerajaan perpaduan harus diteliti dari sudut hubungan antara parti politik di negara ini selain manfaat daripadanya,” katanya.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu.

Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.

“Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita.

“Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku,” katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.

Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.
“Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan PKR, Tian Chua enggan mengulas lanjut berhubung pembentukan kerajaan perpaduan yang dicadang Pas.

Apa kata Pemimpin PAS:

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak cadangan kerajaan perpaduan seperti yang disyorkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini.

Beliau berkata, cadangan untuk membentuk kerajaan perpaduan bersama Umno merupakan idea karut yang boleh merugikan PAS.

“Idea itu mengarut, orang lain tak tahu macam mana kami berhadapan dengan Umno di Kelantan,” kata beliau kelmarin.

Kerajaan Perpaduan Dengan UMNO : Hadi dan Nasya Perlu Wala Kepada Mursyidul Am

Penat menampal poster Semangat 46 dan Tengku Razaleigh semasa suasana pilihanraya umum 1990 belum hilang sampai ke hari ini. Masih terasa lagi lelahnya. Tetapi oleh kerana kami telah ditarbiah supaya wala’ pada pemimpim, patuh kepada naqib, maka segala apa sahaja yang diarahkan oleh naqib kami laksanakan, dan laksanakan dengan bersungguh sungguh.

Tradisi ini, metod ini masih kekal lagi dalam PAS. Setiap ahli PAS diusrahkan. Dalam usrah kami ditarbiyahkan, dan dengan itu pegangan dan kepatuhan serta ketaatan kami kepada Islam, kepada parti dan kepada pemimpin cukup mantap.

Top top selepas pilihanraya 1995, Tengku Razaleigh mencanangkan perpaduan Melayu. Ahmad Shabery Cheek juga turut berkokok tentang perpaduan Melayu. Akhirnya mereka masuk UMNO. Kami penampal poster, tetap dengan PAS kami.

Tengku Razaleigh boleh rayu orang supaya mengikutnya memperkukuh perpaduan Melayu, tetapi kami tetap dengan apa yang diterbiyah oleh naqib. Kekal dan terus bersemangat dengan PAS.

Kalau kumpulan usrah itu ada naqib, maka kumpulan dalam parti juga ada naqibnya. Naqib PAS ialah Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Jawatan ini dikenali sebagai mursyid ul ‘am. Apabila Nasharudin Mat Isa celupar mulut memperlekeh mursyidul ‘am, maka beliau telah menghiris hati sejuta ahli PAS. Seperti Tengku Razaleigh yang apabila bercakap ada echo yang datangnya daripada Shabery, maka Nasharudin juga ada pak turut lebih laser menghentam naqib PAS. Baca di sini.

Para ulama dan ustaz dan pemimpin sibuk menyuruh ahli ahli wala’ kepada pemimpim. Taat kepada pemimpin. Wala’ kepada naqib. Taat kepada Naqib. Tetapi adakah arahan tersebut hanya terpakai untuk si penampal poster? Si penyandang jawatan tinggi terkecuali ke?

Dalam organisasi PAS, seluruh ahli, seluruh pemegang jawatan, seluruh pemimpin ada naqib mereka. Mereka hendaklah taat kepada naqib ini. Naqib mereka ialah mursyid ul ‘am. Hendaklah mereka wala’ kepada naqib ini.

Semuanya mestilah patuh.
Termasuk timbalan presiden.
Termasuk presiden.

- Prof Dr. Hamirdin

Kerajaan Perpaduan Bersama UMNO : Tak Pernah Dibincang Dalam PR

Muktamar Pas kali ke-55 di Stadium Melawati, Shah Alam dari 5 Jun hingga 7 Jun didominasi beberapa isu penting yang mencorak pola politik semasa Pas dan dijangka menjadi isu hangat untuk terus diperbincangkan.

Isu ulama patut menguasai pimpinan Pas dan isu kerajaan perpaduan adalah dua isu besar mendepani pendukung PAS. Isu ini dibawa ke dalam perbahasan muktamar. Ia turut dieksploitasi media arus perdana.

Isu ulama turut dikaitkan dengan golongan profesional yang wujud di dalam Pas. Golongan ini diakui berperanan, tetapi lebih dilihat sebagai pelengkap.

Sementara itu, isu kerajaan perpaduan dikaitkan dengan presiden dan timbalan presiden. Oleh kerana YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa bertanding mempertahankan kerusi timbalan presiden, beliau dilihat sebagai pendukung dan proksi bagi kerajaan perpaduan.

Malah beliau dituduh sebagai rapat dengan Umno, manakala pihak yang menentang kerajaan perpaduan disokong oleh YAB Tuan Guru Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan pendokong utamanya, YB Dato' Paduka Husam Musa.

Penentang kerajaan perpaduan dilabelkan sebagai golongan 'Erdogen'. Isu ini turut dibahas oleh perwakilan di dalam muktamar. Di dalam perbahasan, ramai perwakilan menentang idea kerajaan perpaduan, tetapi keputusan pengundian jawatan tertinggi parti nampaknya tidak menyebelahi pihak penentang.

Sokongan terhadap pimpinan Pas seharusnya dipimpin oleh golongan ulama ditambah dengan faktor wala, mendominasi keputusan yang dilambangkan oleh kemenangan YB Ustaz Nasharuddin dengan majoriti besar dan diperkukuh dengan sejumlah kemenangan AJK Pusat dari kalangan ulama, manakala kekalahan Dato` Paduka Husam memberi kesan kepada pendukung-pendukungnya, khususnya dari Kelantan yang dilihat tidak mencapai kemenangan, kecuali Dato` Kamaruddin Jaafar.

Ada beberapa implikasi berkait dengan keputusan ini. Pihak Umno, khususnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan beberapa menteri menyambut baik terhadap cadangan kerajaan perpaduan dan akan membawa cadangan ini kepada perbincangan peringkat tinggi parti.

Namun di pihak kerajaan Pakatan Rakytat, idea kerajaan perpaduan dianggap tidak pernah dibawa ke peringkat pemimpin tertinggi pakatan itu. Kecuali sekali Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diminta memberi penjelasan mengenai kerajaan perpaduan, idea itu tidak pernah dibincang secara khusus di dalam mana-mana mesyuarat pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat.

Pas memang sentiasa terbuka kepada perbincangan dengan pelbagai pihak. Tetapi dalam senario politik semasa, apakah keperluan yang terlalu mendesak untuk Pas mengadakan kerajaan perpaduan dengan Umno tanpa mengambil kira pelbagai natijah buruk kepada kesinambungan perjuangan parti Islam ini sendiri?

Sebenarnya, banyak pihak menolak idea ini. Antaranya, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak cadangan kerajaan pakatan. Idea kerajaan perpaduan ini juga memberi kesan terhadap sokongan pelbagai kaum terhadap Pakatan Rakyat. Ini adalah cabaran yang dihadapi Pas dan Pakatan Rakyat.

Kekeliruan mengenainya akan merugikan semua pihak. Justeru, penerangan dan keyakinan perlu diberi dan tindakan konkrit perlu diambil terlebih dahulu. Apakah kerajaan perpaduan yang dimaksudkan ialah kerjasama antara PAS-UMNO sebagaimana yang diekploitasi oleh media perdana atau kerjasama Pakatan Rakyat-BN sebagaimana KSN dari Republikan dalam kabinet Obama(Demokrat)? - YB Dr Shafie Abu Bakar, ADUN BANGI