24 Dis 2008

Berita TKOfm 24 Dis 2008

Mahfuz menang lawan Utusan, dianugerahkan RM120,000. Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pokok Sena, Mahfuz Omar memenangi saman fitnah terhadap Utusan Melayu Berhad dan diberikan RM120,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini sebagai ganti rugi bagi perkataan fitnah yang diterbitkan terhadapnya. Teresa Kok pula menyaman Utusan dan Khir Toyo RM30juta dengan isu azan.

Pelbagai karenah dilakukan terhadap kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Terbaru, Perak kena tunggu keputusan Majlis Tanah Negara. Othman Omar dilantik Pengurus Besar PKNS. Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tidak boleh dilantik semula sebagai senator sekiranya beliau kalah pada pilihan raya kecil berkenaan. Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) hari ini mengumumkan calonnya untuk Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu, 17 Januari depan, iaitu seorang peniaga, Harun @ Ab. Rahman Mohamad.

Harga minyak mentah global terus jatuh kepada US$39.91 setong. Pasaran saham Asia merudum ekoran kejatuhan harga minyak dan krisis industri automobil di Amerika Syarikat.