Musa Hassan Sepatutnya Bersyukur Dan Diam

Musa Kecewa Ada Pihak Campur Tangan Urusan Polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada Isnin meluahkan kekecewaannya dengan tindakan sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

"Tidak perlu campur tangan orang lain. Kita ada 'command and control' dengan arahan bermula dari saya hingga ke pegawai bawahan.

"Jadi, tidak perlu ada pihak ketiga untuk bagi arahan. Jika berlaku (arahan tanpa pengetahuan kita), ini salah satu tindakan yang salah dan menyalahi undang-undang," katanya pada sidang media sempena persaraan beliau yang berkuatkuasa 12 Sept ini di sini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pahit dan manis sepanjang 41 tahun bersama pasukan PDRM itu.

Katanya jika ada arahan dari pihak yang salah, masalah lapuk (campur tangan) ini akan terus menerus berlaku selain menegaskan antara pihak ketiga itu adalah orang dari kementerian, orang luar, orang yang ada kepentingan dan orang yang suka buat kacau.

Selain itu beliau turut kecewa ada sesetengah anggota dan pegawai PDRM yang tidak bersama-sama menanamkan sifat integrasi dalam diri mereka ketika anggota lain berbuat sedemikian.

"Bila saya cuba hendak tingkatkan integrasi, ada sebilangan yang cuba rosakkan seperti terlibat dengan rasuah dan salah guna kuasa serta merosakkan imej PDRM," katanya.

Musa, 59, yang bersara pada 2007, disambung perkhidmatan dengan kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali dan akan bersara pada 12 Sept ini.

Ketika ditanya mengenai bagaimana perasaannya apabila diumumkan beliau tidak akan disambung kontrak tempoh hari, Musa berkata perkara terbabit tidak diketahuinya sehinggalah pengumuman dibuat.

"Tiada orang bagi tahu saya mengenai perkara itu. Saya tahu sendiri apabila ia diumumkan," katanya yang menyambut baik pengumuman itu selain berterima kasih kepada semua pihak yang membantunya sepanjang perkhidmatannya.

Ketika ditanya mengenai nasihatnya kepada orang awam, beliau berkata masyarakat perlu mempunyai 'first class mentality' dengan tidak bertindak sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah sehingga melanggar undang-undang.

Menurutnya masyarakat juga perlu menghormati anggota polis yang bertugas sehingga ada yang mengorbankan nyawa mereka dalam menjaga keselamatan negara.

"Bila kes kematian penjenayah akibat tindakan polis, sesetengah masyarakat pandang serong.

"Bagaimana dengan kematian anggota polis ketika bertugas? Jangan layan kami seperti penjenayah kerana kami juga sebahagian dari masyarakat dan kami menjaga keselamatan kamu," katanya.

Dalam pada itu, Musa berharap agar penggantinya, Tan Sri Ismail Omar yang kini menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, dapat meneruskan pelan strategik lima tahun PDRM dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada masyarakat dan anggota mereka sendiri.

"Pelan Strategi Lima Tahun PDRM tidak boleh dihentikan kerana ada pelan untuk penstrukturan semula polis untuk fokus pada tugas penting terutamanya membanteras jenayah.

"Sebab itu kita wujudkan jabatan baru seperti 'terrorism and research'. Ini adalah penting supaya kita boleh bertindak dengan cepat dalam sesuatu kes," katanya.

Menurut beliau ketika ini pelan terbabit baru mencapai tahap 48 peratus dan diharap pelan ini akan diteruskan yang antara lain meningkatkan kualiti penyiasatan, menambah anggota dan memperbanyakkan balai polis.

Ketika ditanya apa yang ingin dilakukannya selepas bersara, Musa berkata kini adalah masa yang paling sesuai baginya untuk berehat panjang memandangkan jarang mengambil cuti selain ingin menjadi rakyat yang baik.

"Ya, jika ada kesempatan saya ingin melawat rakan-rakan saya di mana-mana balai atau Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).

"Selain itu mengajar cucu saya untuk menjadi rakyat yang lebih baik," katanya. - BERNAMA

Ulasan GB

Sudah hendak dipencenkan, mau lagi bersuara. Baru beberapa hari Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Abu Seman Yusop mengetuai Panel khas yang ditubuhkan untuk memantau siasatan kematian Aminulrasyid Amzah, mencadangkan penambahbaikan terhadap Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) dengan memasukkan beberapa pendekatan yang diguna pakai di negara-negara maju.

Dan KPN yang bernama Musa Hassan itu sepastinya tercabar dengan penemuan-penemuan KDN terhadap salahlaku KPN lantas Musa menuduh sesetengah pihak yang mencampuri urusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika badan keselamatan negara itu mengawal ketenteraman awam dan menahan mereka yang menyalahi undang-undang.

"Command and control" kata Musa. "Command and control" adalah satu bentuk procedur yang memungkinkan salahgunakuasa apabila ianya terletak ke bahu KPN yang sifatnya tidak amanah dan khianat, yang sifatnya pengampiu tidak berakal, yang sifatnya tidak mahu menerima penambahbaikan tetapi mahu menggunakan kuasa secara sewenang-wenangnya.

Kata Musa juga "masyarakat juga perlu menghormati anggota polis yang bertugas sehingga ada yang mengorbankan nyawa mereka dalam menjaga keselamatan negara.

"Bila kes kematian penjenayah akibat tindakan polis, sesetengah masyarakat pandang serong.

"Bagaimana dengan kematian anggota polis ketika bertugas? Jangan layan kami seperti penjenayah kerana kami juga sebahagian dari masyarakat dan kami menjaga keselamatan kamu," katanya.


Musa, dengar sini, rakyat tidak menuduh sembarangan. Rakyat juga tidak pernah menyatakan polis sentiasa dalam keadaan bersalah apabila berlaku saja kematian penjenayah. Rakyat juga tahu pengorbanan serta risiko yang diambil oleh polis sewaktu mengatasi jenayah.

Tetapi, apa yang rakyat persoalkan ialah apabila modus operandi polis membenteras jenayah dengan cara menembak mati suspek-suspek sebelum dapat dibuktikan kesalahan mereka di mahkamah. Apa yang rakyat persoalkan ialah kekejaman polis yang menembak orang awam dan apa yang rakyat persoalkan ialah kematian mereka yang berada di dalam tahanan polis.

Memang ada anggota polis yang mati. Tetapi jangan lupa profession lain juga pun begitu, bukan terhad hanya kepada polis. Itu tentera-tentera, itu pekerja TNB pemanjat tiang eletrik, itu jaga yang sedang mengawal di depan bank, itu buruh binaan pengangkat simen menyiapkan bangunan 20 tingkat, itu anggota bomba yang menggadai nyawa di dalam kebakaran, itu wartawan dan sukarelawan Malaysia pulang dari Gaza yang nyawanya di hujung senapang tentera Israel, semuanya terdedah dengan kematian. Mereka semuanya berkhidmat untuk negara, mereka semua berjasa kepada negara, mereka semuanya terbuka kepada risiko kematian, bukan hanya polis! Tetapi mereka tidak menagih simpati, mereka tidak mempunyai lesen senjata api seperti polis. Apakah lantaran ada senjata api maka polis boleh melakukan apa saja dengan meletak undang-undang di tangan sendiri untuk menembak mati sesiapa yang disukainya seperti di dalam kes Aminul-rasyid dan Suwandi serta Azman?

Jika polis yang ada enggan untuk menanggung risiko kematian berhadapan dengan penjenayah, ayuh jangan jadi anggota polis. Lebih ramai yang sedang menganggur yang bisa mengisi kekosongan di PDRM, yang rela bertugas demi keselamtan negara secara jujur dan tidak takut mati.

Memang wajar kamu dibersarakan, malah sepatutnya lebih awal dari itu. Ia adalah lebih baik untuk kamu sedangkan kesalahan-kesalahan terlalu banyak sebagai KPN, belum lagi dimasukkan konspirasi kamu bersama Peguam Negara untuk memenjarakan Anwar, penipuan kamu terhadap kelulusan akademik di mana kamu mendakwa kamu mempunyai kelulusan Ijazah Undang-Undang sedangkan kamu hanya memiliki kelulusan Diploma in Law (diploma biasa) sahaja dan tidak pernah memiliki Ijazah Undang-Undang daripada mana-mana Universiti dalam atau Luar Negeri.

Kamu sepatutnya bersyukur kerana tidak didakwa dan dipenjarakan untuk menghabiskan sisa umurmu!



Artikel Penuh

6 comments:

View Comments/Post a Comment

PERKASA Bakal Hancurkan BN

KJ: PERKASA punca BN hilang undi

Ketika pengaruh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) dilihat menggelisahkan beberapa pemimpin Umno, Ketua Pemuda Umno pula melihatnya seolah-olah tidak akan menyinggung langsung sokongan orang Melayu terhadap parti itu.

"Saya tidak menipu, saya rasa banyak ahli PERKASA sebenarnya ahli Umno. Jadi, secara impiralnya, mereka ini tidak menambahkan sokongan pada Umno.

"Itu sebabnya saya saya ambil pendirian tegas terhadap mereka. Jika ahli PERKSA, apa yang kamu boleh dapat daripada PERKASA? Tak banyak," kata Khairy (kiri) yang juga ahli parlimen Rembau.

"Mereka tidak akan sokong pembangkang kerana mereka akan berikan undi pada Umno juga. Jadi kesan politik PERKASA kepada Umno adalah minimal kerana ia tidak menambahkan undi Melayu."

Ketika diwawancara Malaysiakini baru-baru ini, Khairy bagaimanapun berkata sekiranya anggota parti itu diminta memilih antara Umno dan PERKASA sebagai sebuah parti politik, keadaan mungkin berbeza.

"Di akhirnya, kesan undi bukan Melayu terhadap Umno dan BN, disebabkan PERKASA, adalah signifikan. Dalam perkiraan politik, di akhirnya, (PERKASA) menghilangkan lebih banyak undi daripada yang ditambahnya," jelasnya.

Justeru, ekoran senario ini, kenapa Umno tidak mengambil pendirian lebih tegas terhadap pertubuhan pro hak-hak bumiputera itu?

"Soalan yang bagus. Saya tidak tahu. Saya rasa patut," katanya sambil mengambil masa untuk menjawab serta ketawa kecil.

Sehubungan itu, Khairy berkata, adalah penting untuk Umno menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka berbeza sama sekali dengan PERKASA.

"Saya tahu apa PM fikir tentang mereka ini. Tetapi terpulang pada beliaulah untuk memberitahu rakyat apa yang beliau rasa," katanya yang nampak keberatan mengulas lanjut.

Ditanya sama ada Umno akan terus relevan di kalangan Melayu, Khairy terus mempertahankan bahawa parti berusian 64 tahun itu akan terus ada dalam lanskap politik Malaysia.

"Kami akan sentiasa lebih besar daripada PERKASA," katanya sambil menyamakan Umno umpama sebuah khemah yang besar. -mk

Ulasan GB

BN kecundang pada pilihanraya akan datang, bukan kerana Pakatan Rakyat sudah kuat. Tetapi kerana kewujudan PERKASA, sebuah NGO perkauman ultra-Malay bersenjatakan keris juga yang diiktirafkan UMNO.

Di situ ada logiknya Khairy. Dan Khairy secara sinis menyindir Najib yang masih tidak mengambil tindakan terhadap Perkasa:

"Saya tahu apa PM fikir tentang mereka ini. Tetapi terpulang pada beliaulah untuk memberitahu rakyat apa yang beliau rasa,"

Perkasa Ibrahim Ali telah berjaya memperkudakan Mahathir. Tetapi Mahathir sendiri adalah suratkhabar lama yang tak memaknakan apa-apa lagi untuk Perkasa.. malah untuk UMNO pun sama... Mahathir melukut di tepi gantang buat mereka.

Masyarakat bukan-Melayu tidak akan memberikan undi kepada BN kerana ada bayangan Perkasa di belakang UMNO. Merbahaya kata mereka.

Dan di Kelantan pula, rakyat Kelantan sedang menunggu masa membenamkan Ibrahim di kawasan parlimennya.


Artikel Penuh

4 comments:

View Comments/Post a Comment

Duit Raya RM1,000 Untuk K/Tangan Anak Syarikat Negeri Selangor

Bantuan Khas Aidilfitri RM1 Ribu, Ujar Khalid

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan memberi bantuan khas Aidilfitri kepada kakitangan anak syarikat milik kerajaan negeri termasuk semua anak syarikat di bawah tadbir urus Menteri Besar Diperbadankan (MBI).

Beliau berharap bantuan ini dapat meringankan beban kakitangan jentera kerajaan negeri, selain sebagai menghargai usaha membantu menyebar agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) sejak 2 tahun lepas.

Khalid menyampaikan berita gembira untuk segenap kakitangan MBI ketika menghadiri majlis berbuka puasa bersama media di Kelab Shah Alam.

Majlis yang dihadiri kira-kira 200 pengamal media termasuk media arus perdana, bertujuan menghargai jasa dan peranan mereka.

"Kita sudah cadangkan kepada semua anak syarikat dalam MBI untuk memberikan wang Hari Raya sekurang-kurangnya sebanyak RM500 setiap warga kerja dan untuk syarikat MBI kita telah bersetuju untuk memberikan wang, bukan bonus tapi wang hari raya sejumlah RM1,000 satu warga kerja" kata Khalid.

Sebelum ini, Abdul Khalid mengumumkan semua kakitangan kerajaan negeri bakal menerima bantuan khas hari raya RM500 sebelum 1 Syawal sebagai persediaan untuk menyambut Aidilfitri bulan ini.

Sekalipun berdepan pelbagai sekatan peruntukan, bantuan RM500 ini setara dengan jumlah yang diberi kerajaan Persekutuan kepada kakitangan kerajaan.

Kerajaan negeri mahu kerjasama dan mempertingkat hubungan baik dengan pengamal media supaya rakyat mendapat maklumat perkembangan semasa pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, khususnya pembaharuan di negeri ini.- Naeem Raffi TVS

Ulasan GB

Beruntungnya rakyat Selangor di bawah Pakatan Rakyat.

Dulu zaman UMNO BN, Khir Toyo sapu bonus untuk dirinya. Kini di bawah PR, Khalid agih bonus sebagai wang raya untuk kakitangan anak syarikat negeri Selangor.

Sesuatu yang patut diemulasikan oleh negeri-negeri PR yang lain.


Artikel Penuh

3 comments:

View Comments/Post a Comment

Iran Bangunkan Enjin Pencari Saingi Google Dan Yahoo

Iran : Ya Haq Akan Singkirkan Google Dan Yahoo!

Iran telah berjanji untuk mengganti semua enjin pecari internet dengan mesin pencari buatan dalam negeri, sebagai respon terhadap berbagai keluhan yang dilontarkan pemimpin tertinggi Iran bahwa internet digunakan untuk merosak pemuda Iran.

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad selama akhir bulan lalu, dilporkan oleh voanews.com telah memuji perkembangan dan penyebaran internet di dalam negeri, terhadap usaha-usaha pemerintah yang akan semakin meningkatkan kawalan akses warga Iran ke internet.

Presiden menyatakan: Iran harus memulai proses pengembangan asas pengetahuannya sendiri, dan menggunakannya sebagai sebuah cara untuk membahagikan sumber daya dan maklumat. Kemudian, ia menambahkan, Iran dapat memperluas jaringan ke negara-negara tetangga, menjadi pemain global dan penyedia informasi di tingkat global.

TV Iran telah mendemonstrasikan prototpe enjin pencari buatan dalam negeri yang disebut "ya haq" atau "kebenaran", nama yang pengucapannya mirip Yahoo. Ya Haq diharapkan beroperasi penuh pada 2012.

Hadi Malek Parast, pengarah sebuah perusahaan teknologi milik pemerintah menterjemahkan idea presiden Iran kepada langkah yang lebih maju, dikatakan bahawa para peneliti di pejabat berita Iran Mehr kini sedang mengembangkan sebuah intranet setempat, mirip internet, sebagai akses informasi hanya pada website-website rasmi atau yang dibenarkan.

Pemimpin Tertinggi Iran, Ali Khamenei mengecam Barat dengan tuduhan cuba melakukan memanipulasi pada generasi muda Iran, ungkapnya dalam sebuah pidatonya baru-baru ini, yang disiarkan berulang-ulang setiap hari oleh TV Iran.

Barat kini mempengaruhi generasi muda Iran dan berupaya melakukan manipulasi dan mendorong mereka untuk menyimpang dari apa yang disebutnya sebagai jalan yang "benar".

Pakar internet menyatakan Iran semakin khuatir dengan bentuk-bentuk keamanan yang dipergunakan oleh Yahoo, Google dan website-website internet terkenal lainnya yang memberikan limpahan akses maklumat kepada generasi muda, yang tak dapat lagi dikawal oleh pemerintah.

Meir Javedanfar, penganalisa MEEPAS Center di Tel Aviv yakin bahwa Iran berupaya meningkatkan kawalan terhadap internet dalam negeri, seperti melakukan seperti terhadap Google atau Yahoo.

"Ini soal kawalan. Saya tak fikir rejim Iran akan menghentikan Yahoo dan Google dari fungsinya sebagai enjin pencari, kerana pemerintah juga memerlukannya untuk kepentingan penyelidikan dan perniagaan yang dijalankan oleh pemerinath Iran," ujar Javedanfar.

"Apa yang cuba dilakukan oleh pemerintah Iran adalah melibatkan peranannya dalam pasar enjin pencari dan membawa pengguna Iran ke tapak web yang dikehendaki oleh pemerintah," tambahnya.


Iran developing its own search engine

It all began in the early 1990’s with Internet search engine startups like Excite, Galaxy, Lycos and Webcrawler.

Then Yahoo and Alta Vista moved in, followed only a few years later by what would become the neighbourhood bully: Google.

Now Iran would like to introduce the new kid on the block: “Ya Haq”, a homegrown Iranian search engine.

Hadi Malek-Parast, director general for Research and Development at the Iranian Information Technology Company, told the Iranian Mehr News Agency recently that Iran had started developing a national search engine dubbed ‘Ya Haq’, a Persian expression meaning truth, truthfulness, birthright, etc.

Speaking of the need for faster search capacity and higher security for the country’s online communications, Malek-Parast said Ya Haq would be ready to launch in 2012 and referred to the project as a domestic Intranet, as opposed to an international Internet.

“They are not just developing a search engine, they want to develop an Intranet, instead of an Internet, which would be some kind of local Internet and only give access to state institutions and internally approved sites,” Pujan Ziaie, a senior IT strategist in Iran’s “green”opposition movement told The Media Line.

“The discussion began a few years ago and is based on a feeling that the Internet is a Western weapon. They are threatened by it but they cannot ignore it so they are trying to imitate what China has done.”

“The problem,” Ziaie said, “is that the infrastructure, knowledge and technicians are all not there to do this properly, at least not for the next few years.”

Niusha Boghrati, an Iranian online journalist, argued that despite the official reasoning, the Iranian Intranet would boost the government’s surveillance capacities.

“The official reasons they give for such a project is it’s cheap, faster and more secure in terms of data,” he told The Media Line. “But they are trying to replace Google and Yahoo and create a parallel Internet in order to have more surveillance on the Internet users of Iran. They are certain to follow this with a launch of a national e-mail service.”

Dr Mehrdad Khonsari, a former Iranian diplomat, now senior research consultant at the Centre for Arab and Iranian Studies, argued that the announcement should be seen in light of a larger Iranian attempt to prove the country’s independence.

But a source close to the government, who asked not to be identified, said the initiative was simply a matter of providing more locally-relevant content to Internet users.

“In different search engines, different things come up first,” he told The Media Line. “There’s a certain formula that makes certain things come up first when you use Google whereas when you use Yahoo other things come up first. In Iran, local websites do not appear first in the results, meaning the suggested websites are not necessarily the most valuable sources of information.”

“So I don’t see this as replacing the Internet or current search engines,” he said. “In general the government is just trying to become less and less reliant on Western sources for everything.” -gulf-times


Artikel Penuh

1 comments:

View Comments/Post a Comment

Azmin Dan Zaid Untuk Timbalan Presiden

Sokongan pada Azmin mungkin tak sekuat dilihat

Sokongan terhadap Naib Presiden PKR Azmin Ali untuk bertanding jawatan nombor dua parti dalam pemilihan parti itu mungkin tidak sekuat yang disangkakan.

Malah, seorang lagi naib presidennya R Sivarasa (kiri) mendakwa tidak tahu menahu bahawa sidang media hari ini dianjurkan bagi mengumumkan sokongan pada Azmin.

Wakil rakyat Subang itu juga tidak tahu namanya dalam senarai 18 daripada 24 ahli parlimen PKR dan dua senator yang dikatakan menyokong Azmin, walaupun beliau setakat ini belum menyatakan sokongannya.

"Saya tidak sedar berada dalam senarai itu. Saya rasa tidak sesuai mengumumkannya sekarang. Ia masih terlalu awal," katanya.

Manakala seorang lagi ahli parlimen yang hadir dalam sidang media itu memberitahu Malaysiakini, beliau rasa 'tertipu' memberikan sokongannya kerana ia dipercayai "cara melawan Zaid Ibrahim"

Beliau yang enggan namanya didedahkan mendakwa, beliau hanya dimaklumkan sebelum ini bahawa sidang itu sebenarnya untuk tujuan lain.

"Saya tidak tahu ia tentang apa. Saya terima SMS daripada ahli parlimen lain. Saya terkejut kerana perkara ini tidak dibincangkan dahulu," jelasnya.

Mengesahkan perkara ini, ahli parlimen Batu Tian Chua berkata acara itu hanya untuk menunjukkan sokongan untuk pihak yang mahu bersaing merebut jawatan kanan dalam parti.

"Saya sokong MB berkenaan patut diberikan jawatan lebih penting dalam parti, tetapi lebih elok sekiranya proses ia ditentukan melalui proses yang demokratik," katanya.

Lima wakil rakyat yang tidak hadir Datuk Seri Anwar Ibrahim (Permatang Pauh) dan anaknya Nurul Izzah (Lembah Pantai), Saifuddin Nasution (Machang), Khalid Ibrahim (Bandar Tun Razak) serta N Gobalakrishnan (Padang Serai).

Manakala timbalan presiden Syed Husin Ali menjadi satu-satunya daripada tiga senator parti itu yang tidak dinamakan. -mk


Kelas Sejarah Untuk Zuraida

So… Zaid sudah mengumumkan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden. Pasai apa dia buat U-turn? Hari tu dia kata dia tak minat untuk bertanding..tup-tup semalam dia umumkan untuk bertanding. Sudah pasti dia ada jawapan dan alasan. Ada orang kata, ini sebahagian dari Qada dan Qadar. Tapi bagi aku, it’s all in numbers.

Aku setuju Zaid bertanding. Kalah menang, mampuih pi kat dia la. Aku setuju Zaid bertanding bukan pasai aku suka dia, tapi pasai aku protes cara berkempen. Zaid kata dia tak mau bertanding, tapi geng Azmin kutuk dia semacam. Dan yang jadi tukang kempen untuk Azmin ialah Ketua Wanita, Zuraida Kamarudin.

Aku tak setuju bila Zuraida kata, kesetiaan Zaid terhadap PKR diragui. Kalau kesetiaan Zaid diragui, walaupun dia banyak melakukan perubahan dalam PKR, terutamanya bila mengambil alih Wilayah Persekutuan…bagaimana pula yang beratus ribu lagi ahli-ahli PKR yang masuk selepas 2008? Apakah kesetiaan mereka juga diragui?

Tambah sumber yang memegang jawatan penting dalam PKR, Mustapha dianggap sebagai calon yang ‘tidak dikenali’ di kalangan pertarungan gergasi itu.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin bersetuju: “Dia (Mustapha) mungkin orang lama tetapi dari segi profail, dia akan kalah kepada Azmin.”

Kedua-dua mereka telah berada di PKR untuk tempoh masa yang hampir sama.

Pengalaman perjuangan Azmin dalam PKR meletakkannya ke hadapan jika dibandingkan dengan Zaid, yang kesetiaannya masih diragui, kata Zuraida.

Aku nak imbau balik sejarah lama.

Siapakah orang yang paling dipercayaai oleh Anwar? Mat Ezam Mat Nor.

Saifudin pun lari join Pas, sebab Ezam lebih dipercayaai. Sapa yang buat sumpah keramat? Mat Ezam Mat Nor.

akhirnya, orang yang paling dipercayaai dan tidak diragui kesetiaannya kepada Keadilan dan Anwar…itulah orang yang mengkhianati parti.

Pasai apa Ezam sanggup mengkhianati parti? Pasai gaduh dengan Azmin.

Begitu jugak dengan Ruslan Kassim and the gang. Orang-orang yang paling Kak Zu percaya ini jugaklah yang mengkhianati parti.

Mungkin itu sejarah lama. Kita imbau pulak sejarah yang mungkin masih belum kering dakwatnya.

Siapakah yang membawa Salehudin Hashim masuk dalam parti? Anwar. Siapakah yang mengkhianati parti apabila keluar dan mensabotaj parti? Salehuddin Hashim. Orang yang paling dipercayaai oleh anwar dan tidak diragui kesetiaannya hingga diserahkan jawatan yang paling penting…Setiausaha Agung. Bukan itu saja…ketika mereka yang berjuang untuk parti mati kelaparan, Salehudin Hashim dibayar 10 ribu sebulan. akhirnya, orang yang paling dipercayaai itu..belot.

Siapakah yang membawa Zahrain Hashim sehingga menjadi Pengerusi PKR Pulau Pinang? Anwar.

Malah aku ingat lagi kata-kata Anwar. Semasa kempen di Pulau Pinang, seorang wanita tua berbangsa Cina datang berjumpa Anwar dan memegang tangan Anwar. Wanita tua itu memberitahu Anwar, “You’re our hope to save our children.” Selepas itu, Anwar ke Bayan Baru untuk berkempen untuk Zahrain. Dan diatas pentas, Anwar memberitahu hadirin, “Kalau Tuan-tuan sokong saya, undilah Zahrain. Sebab Zahrain adalah orang kepercayaan saya untuk memimpin Tuan-tuan di Pulau Pinang.” Apa jadi?

Tak payah cakap pasai Zul Nordin. Dah puas orang desak supaya zul disingkir dari PKR, tapi berapa lama masa yang diambil untuk menyingkir Zul? Dan bila Zul keluar, apa dia kata? dia ditawar untuk memerangkap Najib. Itulah balasan dari orang yang cukup dipercayaai.

Masa Perak diperintah oleh Pakatan Rakyat, Jamal dan Osman buat kacau. Depa minta supaya Hj. Mail disingkir. Anwar masih boleh bertahan. Tapi bila Azmin minta Hj. Mail digantikan oleh Hj. Osman, Anwar terus ikut. Apa jadi? Tak sampai enam bulan, Perak lingkup. Pasai apa? Pasai Anwar dengar cakap orang yang paling dipercayaai.

Apakah kriteria untuk menilai kesetiaan seseorang itu? Dalam PKR ada banyak Ketua-Ketua Cabang yang cukup setia. Malah ada cabang yang keseluruhan keluarga cukup setia dengan parti. Suami Ketua Cabang, isteri Ketua Wanita, anak Ketua Pemuda. Tapi…itu sajalah kekuatan PKR.

Aku tak akan menghargai kesetiaan macam ni. Semua jawatan dibolot anak beranak.

Dan aku jugak tak akan setia, kalau kesetiaan itu bergantung kepada ihsan jawatan dalam GLC. -MSK.



Ulasan GB

Dalam senario perebutan jawatan Timbalan Presiden PKR, tumpuan ialah diantara Azmin dan Zaid.

PKR ialah satu-satunya parti yang multi-etnik. Ia menjadi teras kepada Pakatan Rakyat ketika ini dengan sebab "multi-etniknya" itu. Umum mengetahui, DAP masih berusaha untuk keluar dari kepompong cauvinis kecinaan, sementara PAS terus mengorak langkah berusaha untuk mendapatkan keahlian dari masyarakat bukan-Islam melalui Dewan Himpunan Penyokong PAS yang baru dibentuk.

Azmin dilihat mendapat sokongan dari pemimpin dan ahli PKR yang kebanyakannya "berbangsa Melayu" manakala Zaid disebaliknya.

Bagi GB, PKR perlukan kedua-duanya dan PKR tidak mampu kehilangan salah seorang dari mereka. Tetapi ingat, PKR berdiri tegak selama ini kerana perjuangan "keadilan"nya bukan kerana perjuangan menegakkan "bangsa"nya. Jika kerana "bangsa" dah lama PKR dihumbankan orang ke longkang seperti yang menimpa UMNO, MCA dan MIC. Tetapi masih ada pemimpin PKR sendiri yang masih tertambat dengan sentimen "bangsa" ini.

GB tak dapat menyalahkannya, kerana ia sifat semulajadi yang belum dibentur dan dididik dengan acuan "kebenaran dan keadilan" secara sejagat dan Islami. Pemimpin semacam ini ada dalam PAS juga. Darah Melayu lebih tebal dari darah Islamnya. Sama macam UMNO. Itu sebab di dalam kenyataan-kenyataan mereka, asyik tersasul dan sering memasukkan bola ke gawang sendiri. Tetapi di dalam merebut jawatan Timbalan Presiden PAS kelmarin, mereka lebih licik dan telah menang!

Dr Mujahid baru tiba dengan idea supaya PAS keluar dari kepompong ketaksuban buta. Bila lagi nak dapat lihat anak PAS yang boleh menyanyi "negaraku" berpimpin tangan dengan seorang anak Cina... tanya GB pula. Sejarah pernah memahatkan kisah seorang pemimpin Pemuda PAS enggan dipeluk oleh pemuda DAP di dalam satu majlis...

Ya, ada banyak yang perlu dipelajarinya lagi. Bukan mudah untuk menjadi seorang negarawan. Saya bersetuju dengan kata-kata MB Selangor itu. Nasihat itu berguna untuk semua.



Artikel Penuh

1 comments:

View Comments/Post a Comment




Tajuk-tajuk Terbaru di Kelab GB: