8 Mac 2008

KEPUTUSAN TERKINI (4)

Kemenangan rakyat di Kedah,kompleks PAS Kedah dibanjiri penyokong

Pesuruhjaya PAS Kedah, Ustaz Haji Azizan Abdul Razak akan mengadakan sidang akhbar bila-bila masa dari sekarang bersama Pengerusi KeADILan Kedah, Ir. Mohd. Zamri Yusuf di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut.

Rakyat dari segenap lapisan ketika ini memenuhi setiap ruang dalam Dewan Dato' Fadzil Noor, Kompleks PAS Kedah untuk bersama meraikan kemenangan PAS dan KeADILan sejak jam 9.00 malam semalam.

Dewan menjadi gamat dengan laungan takbir ketika setiap kali Setiausaha PAS Kedah, Haji Yusuf Husin mengumumkan setiap kerusi yang dimenangi PAS dan KeADILan.


Abdullah terkedu, tak mampu jawab soalan wartawan!

Pengerusi BN, Dato' SeriA bdullah Ahmad Badawi terkedu dengan hujan soalan yang diutarakan wartawan semasa sidang media yang diadakan di PWTC sebentar tadi (jam 3.05 pagi).

Antara soalan yang dikemuka wartawan ialah, 'apakah keputusan ini satu protes rakyat kepada kerajaan' beliau hanya berkata, "macam-macamlah.

Sementara bercakap mengenai isu beberapa pemimpin parti komponen BN yang tewas di Parlimen masing-masing, Abdullah hanya berkata "dah kalah, kalah lah".

Begitu juga persoalan yang membabitkan isu adakah adanya tekanan terhadap beliau supaya melepaskan jawatan berukitan kekalahan teruk Umno/BN, Abdullah hanya menjawab 'tiada'.


Terima kasih Malaysia, BA menang lima negeri!

"Terima kasih kepada seluruh rakyat Malysia.Saya begitu terharu dan tersentuh dengan pilihan yang dibuat mereka dan penghargaan wajar diberikan kepada rakyat Malaysia dan rakan-rakan yang mahukan perubahan dan era baru dalam negara."

Demikianlah kata mukadimah penuh semangat Penasihat KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengadakan sidang media khas keputusan kejayaan Barisan Alternatif (BA) jam 1.10 pagi tadi di kediamannya tadi.

"BA telah berjaya menubuhkan kerajaan di lima buah negeri iaitu Kelantan,Kedah, Pulau Pinang,Perak dan Selangor," kata Anwar di hadapan lebih 50 wartawan dan jurugambar luar dan dalam negeri.

"Kita telah berjaya menafikan dua pertiga majoriti di Parlimen," katanya.


Majoriti 2/3 BN hampir pasti dinafikan. Barisan Alternatif memenangi 79 kerusi setakat ini, melebihi dari bilangan kerusi yang diperlukan untuk menafikan majoriti 2/3 BN iaitu 75.

TIDAK RASMI - Perak jatuh ke tangan Pembangkang. DAP - 18, PKR - 6, PAS - 6

Perak berkemungkinan jatuh ke tangan Barisan Alternatif kerana BA telah memenangai 22 dari 59 kerusi - hanya memerlukan beberapa kerusi sahaja lagi untuk membentuk kerjaaan.

Barisan Alternatif (DAP, PKR and PAS ) telah berjaya menafikan majoriti 2/3 BN di dalam Parlimen. - tidak rasmi

PAS KELANTAN MENANG 40 DRP 45 KERUSI DEWAN UNDANGAN NEGERI

TIDAK RASMI
SELANGOR JATUH KE TANGAN PEMBANGKANG
Selangor has fallen into the hands of the opposition.
PKR has earlier announced that its secretary-general Khalid Ibrahim will be named chief minister.
In Selangor, DAP has taken 35 seats (DAP - 15, PKR - 11 and PAS - 9)
out of the 56 seats in the state. KRIAN

KOTA BAHRU: DATUK WAN ABD RAHIM WAN ABDULLAH (PAS)
SIK: CHE UDA CIK NIK (PAS)
PASIR MAS : IBRAHIM ALI (PAS)
INDERA MAHKOTA: IZAN ISMAIL (PKR)
PENDANG : MOHD HAYATI OTHMAN (PAS)
BANDAR TUN RAZAK : KHALID IBRAHIM (PKR)
KUBANG KERIAN: SALAHUDDIN AYUB (PAS
SUNGAI PETANI : JOHARI ABDUL (PKR)
TUMPAT - KAMARUDDIN JAAFAR (PAS)
POKOK SENA - MAHFUZ OMAR (PAS)
KUALA KRAI - DR MOHD HATA RAMLI (PAS)
MACHANG - SAIFUDIN NASUTION (PKR)
BALING - TAIB AZAMUDDIN (PAS)


DUN Pantai Merdeka (Kedah) : Abdullah Jusoih (PAS)
DUN Jeneri (Kedah) : Yahya Abdullah (PAS)
DUN Manir (Terengganu) - Dr Harun Taib (PAS)
DUN Sungai Limau (Kedah) - Azizan Abdul RAzak (PAS)
DUN Batu Rakit (Terengganu) - Shamshudin Abdul Wahab (PAS)
DUN Langkap (Terengganu) - Tengku Ahmad Tengku Hussain (PAS)
DUN Meranti (Kelantan) - Ust Nasuruddin Hj Daud)

PAS Selangor

Dr Abdul Rani Othman menang di Dun Meru
Iskandar Samad menng di Dun Chempaka
Khasim Abdul Aziz menang di Lembah Jaya
Shaari Sungib menang di Dun Hulu Klang
Dr Halimah Ali menang di Dun Selat Kelang
Dr Siti Mariah Mahmood menang di Parlimen Kota Raja
Khalid Samad menang di Parlimen Shah Alam
Dr Shafie Abu Bakar menang di Dun Bangi
Dr Ahmad Yunos menang di Dun Sijankang
Dr Hassan Mohd Ali menang di Dun Gombak Setia

Wilayah Persekutuan
Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali menang di Titiwangsa

Perak
Dr Mujahid Yusof menang di Parit Buntar
Dr Khalil Idham Lim menang di Dun Titi Serong


BARISAN NASIONAL KEMUNGKINAN AKAN KEHILANGAN MAJORITI 2/3


N27 Sura - PAS menang 1,071 undi (YB Wan Hassan Mohd Ramli)
N16 Batu Buruk - PAS Menang 1,088 undi(YB Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi)
P37 Marang - PAS Menang 2,686 undi (YB TG Haji Abdul Hadi Awang)

P15 SUNGAI PETANI - PAS MENANG
N17 GOMBAK SETIA - PAS MENANG
P119 TITIWANGSA - PAS MENANG
N13 SUNGAI ABONG - PAS MENANG
P98 GOMBAK - PKR MENANG
P25 BACHOK - PAS MENANG
N15 LADANG - PAS MENANG
P57 PARIT BUNTAR - PAS MENANG
N08 TITI SERONG - PAS MENANG
N09 KUALA KURAU - PAS MENANG
N33 MERBAU PULAS - PAS MENANG
N31 KUPANG - PAS MENANG
N35 KULIM - PAS MENANG
N14 ALUR MENGKUDU - PAS MENANG
N27 SURA - PAS MENANG
N26 BANGI - PAS MENANG
P022 PASIR MAS - PAS MENANG
N18 HULU KELANG - PAS MENANG
N20 LEMBAH JAYA - PAS MENANG
N21 CEMPAKA - PAS MENANG
N42 MERU - PAS MENANG
N45 SELAT KLANG- PAS MENANG
N51 SIJANGKANG - PAS MENANG
P111 KOTA RAJA - PAS MENANG
P108 SHAH ALAM - PAS MENANG
N56 CHANGKAT JONG - PAS MENANG
PASIR TUMBOH - PAS MENANG
P110 KLANG - PKR MENANG
N14 AMPANGAN - PKR MENANG
P99 AMPANG - PKR MENANG
P44 PERMATANG PAUH - PKR MENANG
SIKAMAT - PKR MENANG
P121 LEMBAH PANTAI - PKR MENANG
P62 SUNGAI SIPUT - PKR MENANG
P107 SUBANG - PKR MENANG

KEPUTUSAN TERKINI (3)

PAS tawan Kedah - setakat ini memenangi 22 dari 36 kerusi. Diantara kerusi yang dmenangi oleh PAS ialah kerusi Bukit Lada, Bukit Pinang, Alor Mengkudu, Anak Bukit, Kubang Rotan, Pengkalan Kundor, Tokai, Sungai Limau, Jeneri, Kupang, Kuala Ketil dan Merbau Pulas.

Sementara KeADILan memenangi kerusi Dun Derga dan Lunas.


Pemimpin PKR R Sivarasa menang parlimen Subang dengan majoriti 8,000 undi. Pembangkang di dalam Parlimen Subang - Elizabeth Wong (PKR) di Bukit Lancang, Dr Nasir Mohd Hashim (PKR) di Kota Damansara dan Khairudin Othman (PAS) di Paya Jaras

10.10 mlm Zainuddin Maidin tewas di Sungai Petani

10.00 mlm Dr Wan Azizah menang di Permatang Pauh dengan majoriti 4000 undi

9.58 mlm Keputusan tidak rasmi, Menteri Kewangan 2, Tan Sri Nor Mohamed Yakcob tewas di parlimen Tasek Gelugor.

9.56 mlm Calon PAS Dr Lo' Lo' Ghazali menang di parlimen Titiwangsa dengan majoriti 1,972 undi.

9.50 mlm Calon DAP Tony Pua menang Parlimen Petaling Jaya Utara dengan majoriti 19,000.

9.45 mlm Calon PAS, Datuk Dr Hassan Ali menang Dun Gombak Setia dan PAS juga menang DUN Bangi.

Calon PKR Nurul Izzah Anwar, dilaporkan telah mengalahkan Shahrizat Abdul Jalil untuk kerusi Parlimen Lembah Pantai..

Presiden PPP M Kayveas kalah di Parlimen Taiping ditangan Nga Hon Ming dari DAP.

Samy Vellu tewas di Sungai Siput ditangan Dr D Jeyakumar untuk Parlimen Sungai Siput yang telah dipegangnya selama 9 pengal. Jeyakumar memperolehi 16,874 undi dan Samy 14,408. Satu saat dukacita untuk Samy Vellu ang menyambut hari lahirnya yang ke 72.

N17 GOMBAK SETIA - Dun Dato Hasan Ali, PAS MENANG
P119 TITIWANGSA - PAS MENANG
P25 BACHOK - PAS MENANG
P46 BATU KAWAN - DAP MENANG
P64 IPOH TIMUR - DAP MENANG
P98 GOMBAK - PKR MENANG
P138 KOTA MELAKA - DAP MENANG
P43 BAGAN - DAP MENANG
P51 BUKIT GELUGOR - DAP MENANG
N15 LADANG - PAS MENANG
P022 PASIR MAS - PAS MENANG

KEPUTUSAN TERKINI (2)

9.05 mlm Keputusan tidak rasmi, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Aziz Samsuddin tewas di parlimen Shah Alam.
9.03 mlm PAS Kedah sudah capai 15 kerusi Dun. Hanya tiga kerusi lagi diperlukan untuk membentuk kerajaan.
9.02 mlm Teresa Kok (DAP) menang Palimen Seputeh dengan majoriti 36,564. Beliau juga menang kerusi DUN Kinrara dengan majoriti 4,901.
8.52 SAHIH BARISAN ALTERNATIF ambil alih Pulau Pinang
Kombinasi DAP-PKR-PAS telah memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang setakat ini.

8.40 mlm Uts Abd Halim Abdul Rahman (PAS) menang di Chetok
8.40 mlm Ust Takiyuddin Hassan (PAS) menang
8.30 mlm Annuar Musa dilaporkan telah kalah - BELUM RASMI
8.20 mlm Charles Anthony Santiago dari DAP berjaya merampas kerusi Parlimen Klang.
8.20 mlm DAP berjaya merampas semula parlimen Kota Melaka.
8.15 mlm Pembangkang telah memenangi 17 kerusi DUN dan sedang mendahului di enam lagi DUN. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng difahamkan telah memanggil sidang akhbar.
8.10 mlm Calon PKR, Elizabeth Wong dari PKR menang kerusi DUN Bukit Lanjan.
8.05 mlm Pengerusi DAP, Karpal Singh berjaya mengekalkan parlimen Bukit Gelugor
8.00 mlm Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Husain tewas di kerusi parlimen Bachok dan DUN Perupok di Kelantan.
7.50 mlm DAP menang kerusi parlimen Serdang.
7.45 mlm Calon DAP, Hannah Yeoh menang kerusi parlimen Subang dengan majoriti 6,075 undi. DAP juga menang DUN Teratai di parlimen Pandan.
7.30 malam Mengikut keputusan tidak rasmi, pembangkang sehingga ini telah memenangi 17 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

Manakala Wee Choo Keong , yang bertanding di bawah tiket PKR mendahului di Wangsa Maju. Dan di Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendahului dengan 4,000 undi.

DAP juga mengekalkan kerusi parlimen Tanjung di Pulau Pinang dan turut mendahului di ketiga-tiga kerusi DUN di bawah parlimen tersebut.

Keputusan tidak rasmi menunjukkan tahanan ISA, M Manoharan, menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Alam Shah.

Tan Sri Dr Koh Tsu Koon dilaporkan ketinggalan dalam pengiraan undi bagi kerusi parlimen Batu Kawan di Pulau Pinang. Pencabarnya, P Ramasamy kini mendahului dengan hampir 1,000 undi.

Pembangkang juga mendahului di tiga lagi kerusi parlimen - Bukit Mertajam, Tanjung and Bagan.

Azmin Ali dari PKR sedang mendahului dalam perkiraan undi di kerusi Parlimen Gombak dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa.

Di Kepong pula, penyandang dari DAP, Tan Seng Giaw juga telah mendahulu di 10 daripada 13 pusat pengundian.

Di Pulau Pinang cerah untuk memenangi Parlimen Batu Kawan, Bukit Mertajam, Tanjung dan Bagan.

Calon DAP, Chong Chieng Jen telahpun berjaya mengekalkan kerusi parlimen Kuching dengan tambahan majoriti 11,000 undi. Chong menang pada 2004 dengan majoriti 2,000 undi.

PAS Kekal Perintah Kelantan!

PAS menang di Kelantan, menguasai 31 dari 45 kerusi DUN.
Takbir!!!

Ustad Nashrudin Mat Isa menang di Bachok mengalahkan Awang Adek Hussin.
Calon Menteri Besar bagi BN Datuk Dr Awang Adek Hussin kalah di DUN Perupok dan juga tewas di kerusi yang disandangnya Bachok.

Dengan itu Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa mengambil alih kerusi parlimen Bachok.

KEPUTUSAN TERKINI

Barisan Nasional berdepan cabaran sengit di beberapa negeri, khususnya Pulau Pinang, sementara PAS pula bertarung untuk mempertahankan kerajaan Kelantan.

Bachok - PAS
Bagan - DAP (+ 3 DUN)
Tanjong - DAP (+ 3 DUN)
Bukit Mertajam - DAP (+ 3 DUN)
Bukit Bendera - DAP (+ 3 DUN)
Limbongan (Sarawak) - PKR menang
Kuching - DAP
Kota Alam Shah (Pandamaran) - DAP
Teratai (Pandan) - DAP
Setiawan - DAP
Kota Melaka - DAP

Ketua Menteri Pulau Pinang Koh Tsu Koon kalah di tangan Prof P Ramasamy dengan 3000 undi.

DAP menang kerusi parlimen Serdang
Calon DAP, Hannah Yeoh menang kerusi parlimen Subang dengan majoriti 6,075 undi.
DAP juga menang DUN Teratai di Parlimen Pandan.

Mengikut keputusan tidak rasmi, Barisan Alternatif sehingga ini telah memenangi 17 daripada 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Pulau Pinang.

Baca Surah Kemenangan!

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Apabila telah datang pertolongan Allah kemenangan
dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong
maka bertasbihlah dengan memuji Tuhan kamu
dan mohonlah ampun kepada-Nya.
Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat."