24 Mac 2008

Ahmad mula bertugas esok

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, Datuk Ahmad Said, akan memulakan khidmatnya esok sebagai menteri besar baru Terengganu, katanya dalam ucapan di kediamannya di Telok Kalong, Kemaman hari ini.

Beliau sebelum itu menerima sambutan meriah lebih 2,000 penyokongnya yang berkenderaan sejauh kira-kira 10 kilometer bermula dari sempadan Kuantan-Kemaman sehingga ke rumahnya lebih kurang 5.30 petang tadi.

Dalam ucapan kira-kira 20 minit, Ahmad mengucapkan terima kasih kepada penyokong dan rakyat kerana sedia bersamanya.

"Tidak ada orang yang boleh mempertikaikan saya sebagai menteri besar.

"Saya tidak pernah bermimpi hendak menjadi pemimpin Terengganu. Ini semua kehendak Allah," katanya, yang juga ketua bahagian Kemaman, di depan penyokongnya.

"Saya akan bekerja (sebagai menteri besar) sebaik mungkin."

Menurut sumber-sumber yang hadir di majlis itu, Ahmad juga berkata beliau akan ke pejabat menteri besar esok di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu.

Ahmad diiringi oleh kawalan ketat polis, termasuk pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan unit udara, sumber-sumber itu memberitahu Malaysiakini.

Bercakap kepada media, beliau berkata tidak berniat menderhaka kepada Umno dan meminta pucuk pimpinan parti itu supaya tidak terburu-buru membuat keputusan.

"Pelantikan menteri besar bukan atas kehendak saya," katanya.

Sebelum ini Umno memberi amaran akan mengambil tindakan disiplin terhadap Ahmad dan beliau harus "menanggung akibat" jika menerima pelantikan jawatan tersebut.

Selain bacaan doa selamat, para penyokong Ahmad juga berselawat. Beberapa ratus penyokong masih lagi berada di luar kediaman Ahmad, kata sumber.

Tengah hari tadi, Ahmad menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan, yang juga Sultan Terengganu, di Istana Terengganu di Kuala Lumpur.

Difahamkan, Tuanku Mizan memberikan sokongan kepada pelantikan Ahmad - yang telah menerima watikah pelantikan daripada Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja pagi semalam.

Malaysiakini juga difahamkan, lebih 10 Adun BN yang awalnya menyokong Idris kini mengalihkan sokongan kepada Ahmad.

Bagaimanapun setakat ini tiada pengesahan rasmi tentang perkara itu.

Krisis pelantikan menteri besar Terengganu berlarutan sejak majlis angkat sumpah Datuk Seri Idris Jusoh di Istana Maziah, Kuala Terengganu pada 10 Mac ditangguhkan.

Nama Ahmad bersama dua lagi bekas exco negeri disebut-sebut sebagai pengganti Idris.

Bagaimanapun desas-desus itu tergantung 14 hari sehingga pejabat Sultan Terengganu mengumumkan nama Ahmad pada petang Sabtu lalu - seterusnya mengundang pemulauan 23 Adun BN yang diketuai oleh setiausaha badan perhubungan Umno negeri, Datuk Rosol Wahid.

Kumpulan wakil rakyat BN itu, seperti juga Perdana Menteri dan juga pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, menegaskan Idris sebagai pengerusi BN dan juga ketua badan perhubungan Umno negeri satu-satunya calon untuk jawatan tersebut.

Bongkar: Kerajaan 3 Beranak Campur 1


Mengapakah Abdullah Ahmad Badawi benar-benar mahu Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu sehingga "memaksa" kesemua 22 ADUN UMNO untuk menanda tangani satu perjanjian berkanun untuk terus berdiri memberikan sokongan kepada Idris Jusoh?

Kerajaan 3 Beranak Pak Lah - Kamaluddin - Khairy dan jangan dilupakan Patrick Lim atau dikalangan ahli keluarga, dia dikenali sebagai Patrick Badawi. Patrick inilah yang menjadi Menteri Kewangan yang memikul tanggungjawab tugas-tugas khas.

Tugas-tugas khas ialah untuk mengurus tadbir duit ikhsan minyak yang dibayar oleh Kerajaan Pusat kepada Terengganu yang berjumlah Rm1.2 billion setahun (RM1,200,00,00.00).

Patrick Badawi adalah Ketua Jurutera F1 bagi Ferrari dan dimasa lapangnya dia gemar ke Seri Perdana untuk berpelisiran dengan PM dan juga gemar pergi bercuti sambil belajar menangkap ikan dengan PM di Australia

Jadi siapakah Patrick Lim ini? Patrick Lim adalah bapa saudara kepada Azrene Abdullah, isteri kepada Kamaluddin, anak PM Malaysia. Jadi Patrick Lim adalah bapa saudara kepada menantu Pak Lah yang bernama Azrene.

Patrick Lim juga mempunyai hubungan erat dengan seorang lagi menantu Pak Lah iaitu Khairi Jamaluddin.

Tugas utama Patrick Lim adalah sebagai Menteri Kewangan ke 3 yang mengendali hal ehwal wang ehsan untuk rakyat Terengganu yang berjumlah Rm1.2 billion setahun.

Patrick Lim lah orang yang bertanggungjawab membawa Monsoon Cup dan Taman Islam Hadhari di Terengganu atas alasan membangunkan Terengganu walau pada halnya, untuk mengaut keuntungan kepada Kerajaan Tiga Beranak. Patrick Lim juga bertanggungjwb membawa segala bentuk keraian,hiburan dan maksiat ke Seri Perdana supaya Kerajaan tiga Beranak sentiasa gembira.

Maka itu sebabnya mengapa Pak Lah berhempas pulas inginkan Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu, dan masih memegang jawatan Perdana Menteri disamping mengekalkan Menteri Kewangan di tangannya - untuk Patrick Badawi.

Hanya satu yang mampu mengubah, Ahli Parlimen perlu "menurunkan" beliau dengan usul undi tidak percaya kepada Perdana Menteri itu di persidangan parlimen yang akan datang. Kerana beliau yang mengajarkan begitu kepada 22 orang ADUN jika Datuk Ahmad Said menjadi menteri Besar Terengganu.

Jika tidak saksikanlah lebih banyak harta negara di punggah oleh Patrick Badawi ini dengan dibantu oleh petualang negara dari sebuah keluarga Ahmad Badawi serta mereka yang seramai 23 orang ADUN di Terengganu tersebut.



Idris Jusoh, Abdulah & Patrick Badawi

Idris Jusoh, Abdullah dan Patrick Badawi ada tiga serangkai yang saling perlu-memerlukan. Gambar-gambar berikut mendedahkan kenapa Abdullah beriya-iya membela dan ingin pastikan Idris Jusoh kembali ke "takhta" Menteri Besar Terengganu. Atas arahan siapa kalau bukan Patrick Badawi!

a

b

d

g

foto-foto ikhsan kickdefella

Senarai Penuh Exco Selangor Diumumkan

Shah Alam, 24 Mac - Ahli-ahli Exco Negeri Selangor diumumkan sebentar tadi oleh pejabat Menteri Besar. Dari 10 kerusi exco, KeADILan diperuntukkan 4, DAP 3 dan PAS 3. Berikutan adalah senarai penuh:

1. YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahimtski.jpg

Dato’ Menteri Besar

Pembangunan Tanah, Kewangan, Majlis Tindakan Ekonomi Negeri , Belia & Sukan

YAB Tan Sri Dato’ Abdul Khalid bin Ibrahim lahir pada tahun 1946 di Jeram, Selangor dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) Ekonomi dari Universiti Malaya dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Universiti Queensland, Australia pada 1975. YAB Tan Sri pernah memegang pelbagai jawatan pengurusan di Permodalan Nasional Berhad termasuk Ketua Eksekutif Kumpulan dan sehingga 2003 merupakan Ketua Eksekutif Kumpulan Guthrie Berhad. Beliau juga merupakan Pengerusi Highlands and Lowlands dan Guthrie Ropel. Antara tanggungjawab yang disandang oleh YAB Tan Sri termasuklah anggota Jawatankuasa Eksekutif Unit Investment Fund dan ahli Financial Engineering Advisory Forum Bank Pembangunan Islam, Jeddah disamping anggota gantian Majlis Penasihat Perniagaan APEC (ABAC). Beliau juga berada di dalam lembaga Pusat Produktiviti Kebangsaan dan Lembaga Amanah Institut Kajiselidik Ekonomi Malaysia. Di dalam Parti Keadilan Rakyat, YAB Tan Sri memegang jawatan Setiausaha Agung. YAB Tan Sri Dato’ Khalid telahpun berkahwin dan mempunyai empat orang cahaya mata.

2. YB Teresa Kok Suh Simteresakok1.jpg

Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan

YB Teresa Kok, 43 tahun turut memegang jawatan Ahli Parlimen Seputeh sejak 1999. Beliau memperoleh Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Sains Malaysia, Sarjana Muda Sains Politik serta Sarjana Falsafah dari Universiti Malaya. Beliau merupakan Setiausaha Kaukus Myanmar Antara Parlimen ASEAN dan aktif di dalam kegiatan hak asasi manusia. Beliau turut menganggotai Jawatankuasa Terpilih Semakan Kod Penal dan Prosedur Jenayah di Parlimen. Pada masa yang sama beliau memegang jawatan Setiausaha Publisiti DAP dan Setiausaha Nasional Wanita DAP.

3. YB Dato’ Dr. Hassan bin Mohamed Alihasan-ali12.jpg

Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam

YB Dato’ Dr. Hassan Ali lahir pada 1947 di Selangor. Beliau mendapat Sarjana Muda Sastera Kepujian dari Universiti Malaya, Sarjana Sains Perancangan Bandar dari University of Pittsburgh, Amerika Syarikat dan Doktor Falsafah dari University of Wisconsin, Amerika Syarikat. Beliau merupakan Pengarah Eksekutif Sabha Group Sdn. Bhd. Dan Akademi Keluarga Bahagia. Kini beliau merupakan Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor dan merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sg. Burong pada penggal 1999-2004. Beliau sudah berkahwin dan mempunyai 8 orang anak.

4. YB Yaakob bin Sapariyaakobsapari.JPG

Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan

YB Yaakob bin Sapari berusia 47 tahun, tinggal di Seri Kembangan, Selangor. Lulusan Sarjana Muda Sains di dalam Perniagaan Tani dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan Universiti Putra Malaysia, serta Diploma Pengajian Islam dan Siswazah Syariah dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau kini merupakan Yang Dipertua PIBG Sekolah Menengah Agama Hulu Langat. Di dalam Keadilan beliau merupakan Timbalan Pengerusi Selangor dan Ketua Bahagian Puchong. Beliau sudah berkahwin dan dianugerahkan 8 orang cahaya mata.

5. YB Rodziah binti Ismailrodziah-ismail.jpg

Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi

YB Rodziah binti Ismail, 43 tahun, tinggal di Shah Alam, Selangor bersama suami dan tiga orang anaknya. Beliau memperoleh Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia, Higher National Certificate in Childhood Education and Development dari Scotland dan Diploma Pendidikan Islam, Al Quran dan As Sunnah. Aktif di dalam masyarakat termasuk Persatuan Pengasih Berdaftar Malaysia, Persatuan Taska Selangor, Jawatankuasa Pencegahan Juvana dan Jemaah Islah Malaysia. Beliau memegang jawatan Timbalan Ketua Wanita Keadilan Pusat.

6. YB Dr. Xavier Jayakumar a/l Arulanandamposter-pic-dr-x.jpg

Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin


YB Dr. Xavier Jayakumar, 55 tahun, tinggal di Klang, Selangor bersama isteri dan tiga orang anaknya. Beliau memperoleh Sarjana Muda Pembedahan Pergigian. Beliau merupakan Setiausaha Persatuan Doktor-Doktor Pergigian Malaysia dan Presiden Kelab Rotari Klang. Di samping itu beliau aktif di dalam Persatuan Hemodialisis Klang dan Education Welfare Reach Foundation. Kini beliau memegang jawatan Timbalan Setiausaha Agung Keadilan serta Ketua Bahagian Kota Raja.

7. YB Dr. Halimah binti Alidr-halimah-ali.jpg

Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan

YB Dr. Halimah Ali, 47 tahun , tinggal di Klang, Selangor bersama suami dan 6 orang anak. Beliau memperoleh Ijazah Perubatan dari Universiti Tasmania, Australia dan berkhidmat sebagai doktor di Hospital Klang. Beliau merupakan Naib Presiden Yayasan Amal Malaysia. Kini beliau memegang jawatan Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat.

8. YB Iskandar bin Abdul Samadiskandar-samad.jpg

Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan

YB Iskandar Abdul Samad, 47 tahun, berasal dari Petaling Jaya, Selangor. Beliau merupakan lulusan Ijazah Arkitek dari Humberside, United Kingdom dan pernah menjadi Pensyarah Senibina di Universiti Teknologi MARA. Kini beliau merupakan Timbalan Persuruhjaya 3 PAS Negeri Selangor dan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan.

9 . YB Ronnie Liu Tian Khiewpic_ronnie.jpg

Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan

YB Ronnie Liu, 50 tahun, tinggal di Petaling Jaya, Selangor. Beliau memperoleh Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan kemudian berkecimpung di dalam bidang pengiklanan. Beliau aktif di dalam Jawatankuasa Bertindak Menara Transmisi Rawang, Jawatankuasa Bertindak Menentang Insinerator Broga, Kempen Anti Penswastaan Air dan Kempen Anti Penswastaan Hospital Awam. Beliau kini merupakan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP.

10. YB Wong Keat Ping @ Elizabeth Wongeli wong

Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar

YB Elizabeth Wong berusia 38 tahun, tinggal di Petaling Jaya, Selangor. Lulusan Sarjana Muda Sastera University of Sidney dan aktif di dalam NGO seperti Suara Rakyat Malaysia, Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia dan SOS Selangor. Beliau kini merupakan Ketua Penerangan Wanita Keadilan dan Ketua Penerangan Keadilan Bahagian Petaling Jaya Utara.

11. YB Eam Yong Hian Wah

Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Harampic_ean_yong.jpg

YB Ean Yong Hian Wah, 29 tahun, lahir di Kajang, Selangor. Beliau memperoleh Sarjana Muda Pengajian Perniagaan dari Universiti Bradford, United Kingdom. Penglibatan kemasyarakatan beliau termasuklah sebagai Pengerusi Persatuan Alumni Kolej New Era, Ahli Lembaga Pengelola Kolej New Era dan Gabungan Persatuan-Persatuan Bekas Penuntut Sekolah Cina Wilayah Persekutuan dan Selangor. Beliau kini merupakan Pengerusi DAP Selangor dan Ahli Jawatankuasa Pemuda Sosialis DAP.

sumber: suarakeadilan

PERLANTIKAN MUKTAMAD: Adun BN Boleh Kemukakan UNDI TAK PERCAYA! - DR AZIZ BARI

APA yang perlu dilakukan oleh semua pihak di Terengganu sekarang ialah akur dan menghormati keputusan MPPR yang melantik Dato Ahmad Said sebagai Menteri Besar yang baru.

Menurut, Profesor Dr. Abdul Aziz Bari yang mengulas tentang kemelut politik di Terengganu yang kian panas dan membingungkan, "betul atau salah sudah tidak penting lagi kerana tidak ada apa yang boleh dilakukan."

"Keputusan MPPR adalah berdasarkan kuasa budibicara dan ini ada elemen yang subjektif. Ia tidak boleh dipersoalkan.

" Lagipun Sultan tidak boleh dibawa ke mahkamah: Mahkamah Khas Raja-Raja cuma menangani tindakan peribadi. Perlantikan Menteri Besar adalah tugas rasmi".

Dr. Abdul Aziz berkata sebab itulah pihak-pihak yang tidak puas hati perlu diam dan jangan membuat hal-hal yang sia-sia.

"Menganjurkan tunjuk perasaan membantah tidak akan mendatangkan apa-apa. Mereka perlu menunggu dewan bersidang dan mengusulkan undi tidak percaya kepada Ahmad untuk menjatuhkannya", kata Pensyarah Undang-Undang UIAM itu lagi.

Beliau menambah komen dan kutukan Perdana Menteri juga tidak berguna kerana beliau tidak ada kena mengena dalam soal perlantikan di peringkat negeri.

Dr. Abdul Aziz menambah sekiranya Ahmad berjaya dijatuhkan melalui undi tidak percaya maka MPPR perlu melantik ADUN lain yang dirasakan mempunyai sokongan majoriti.

"Atau pun terus membubarkan dewan supaya pilihan raya boleh diadakan agar rakyat dapat membuat keputusan!"

Pakar Perlembagaan dari UIAM itu berkata dalam Perlembagaan Negeri – dan juga Persekutuan – ada peruntukan di mana ketua negeri boleh "memprorog atau membubarkan dewan.

"Peruntukan ini dinyatakan tanpa ada permintaan dari kerajaan yang ada. Saya fikir ini boleh digunakan oleh Sultan atau MPPR dalam keadaan seperti yang wujud di Terengganu sekarang".

Dr. Abdul Aziz menyatakan bahawa senario di Terengganu tidak pernah berlaku. Beliau menyalahkan ahli-ahli politik yang cuba menipu dan mengelat dalam pilihan raya.
"Ini menyebabkan timbul keraguan sama ada orang yang dikatakan disokong itu benar-benar menang dengan cara yang sah".

Sebelum ini timbul dakwaan yang pihak istana tidak senang dengan tragedi di Batu Burok dan kekecohan di Marang pada hari mengundi.

"Sebab itu saya fikir adalah wajar jika pilihan raya diadakan semula supaya satu proses yang bersih dapat diadakan dan keputusan itu nanti akan menjernihkan keadaan yang berlaku di Terengganu" tegas Dr. Abdul Aziz lagi.

ditulis oleh Tarmizi Mohd Jam