13 Jun 2009

Gambar Kediaman Seorang Timbalan Menteri UMNO

Sebagai perbandingan kehidupan seorang Presiden Iran dengan sorang yang baru sahaja menjadi seorang Timbalan Menteri di dalam kabinet Najib di Malaysia ini, yng dipaparkan ini adalah rumah Mukhriz Mahathir dipetik dari web ohartis.

Kata terataionline, gambar ini telah di ambil pada hari “House Warming Party Datuk Mukhriz Mahathir”, emmm, beginikah rumah pemimpin yang di impikan oleh rakyat semua?? emmm tepuk dada tanya garpu hati, rakyat makan kais pagi makan petang, kais petang makan pagi esok, emm.
















PAS UMNO : AHMEDINEJAD - TOKOH BUKAN ULAMAK MENANG DI IRAN

Mahmoud Ahmadinejad, yang bukan seorang ulamak akhirnya keluar sebagai pemenang pilihanraya presiden Iran dengan keunggulan yang cukup jauh dari pesaing utamanya, mantan Perdana Menteri Mir Hossein Mousavi, Sabtu (13/6). Ahmadinejad menang dengan 61.6 peratus undi diikuti Mousavi dengan hanya meraup 32.5 peratus undi.

Ahmadinejad berhak mendapat tahniah dunia, justeru terpilih menjadi Presiden Iran bagi penggal kedua sekalipun ia satu keputusan yang memeranjatkan banyak pihak. Dahulu beliau berupaya mengalahkan Ayatullah Akbar Hashemi Rafsanjani, seorang tokoh politik ulama yang terkemuka sejak kemenangan revolusi Islam pimpinan Khomeini hujung 1970an.

Sekalipun Iran diberi gambaran buruk oleh dunia, Ahmadinejad, anak pelukis karpet dari kawasan miskin di Teheran Selatan inilah yang diangkat sebagai Presiden oleh rakyatnya. Meski dia terlibat dalam revolusi Iran yang digerakkan Ayatulloh Khomeini beliau jarang tampil di khalayak umum secara terdedah. Dia lebih dikenali sebagai seorang profesyenal, asyik dengan dunia pegerakan dan pendidikan dengan bergelar doktor (Phd) di bidang pengurusan transportasi.

Satu ketika, Presiden Iran ini telah mengejutkan orangramai sewaktu mula-mula tiba di pejabat Presiden dahulu apabila beliau mendermakan segala permaidani Iran yang berharga kepada sebuah masjid di Tehran dan menggantikannya dengan permaidani murah yang biasa.

Beliau mendapati bahawa terdapat sebuah bilik istirehat yang besar lagi mewah yang berfungsi untuk menerima dan menyambut kehadiran tetamu VIP, lalu beliau telah mengarahkan agar bilik itu ditutup dan meminta pejabat protokol untuk menyediakan sebuah bilik lain yang sederhana serta hanya dilengkapi dengan kerusi-kerusi kayu.

Beliau juga telah banyak kali turut bersama-sama dengan pekerja-pekerja majlis perbandaran untuk membersihkan jalan-jalan yang berada di sekitar kawasan rumah serta pejabatnya.

Perkara pertama yang beliau isytiharkan selepas memegang jawatan Presiden adalah pemilikan hartanya yang ‘Besar’ iaitu sebuah kereta Peugeot 504 model tahun 1977, sebuah rumah lama yang kecil yang diwarisi daripada bapanya 40 tahun yang lalu di salah sebuah kawasan yang termiskin di Tehran, akaun simpanannya yang tidak berbaki dan sumber kewangan yang masuk ke dalam akaunnya hanyalah daripada gaji yang diterimanya sebagai seorang pensyarah di Universiti yang berjumlah hanya 250 Dolar Amerika sebulan.

Beliau masih lagi tinggal di rumahnya yang lama itu. Itulah sahaja harta yang dimilikinya. Beginilah kehidupan seorang Presiden kepada salah sebuah negara yang terpenting di dunia ini, dari sudut lokasinya yang strategik, ekonomi, politik serta pemilikan sumber minyak dan sistem pertahanannya.

Beliau malah langsung tidak mengusik gaji Presidennya dengan sebuah hujjah bahawa segala kekayaan adalah menjadi hak milik negaranya dan beliau mempunyai amanah untuk memeliharanya.

Salah satu perkara yang amat menakjubkan buat kakitangan-kakitangan di pejabatnya adalah sebuah beg yang sentiasa dibawa setiap hari. Di dalamnya mengandungi makanan sarapan paginya, sedikit roti sandwic atau roti biasa dengan minyak zaitun dan keju yang disediakan oleh isterinya. Beliau menikmati makanan-makanan tersebut dengan begitu ceria sekali.

Dalam bab amanahnya kepada Allah, beliau tidak kisah untuk dirikan solat di mana saja hatta di tepi jalan sekalipun.

Perubahan lain yang dilakukannya adalah menukar jet peribadinya sebagai seorang Presiden menjadi kapal terbang kargo untuk menjimatkan perbelanjaan daripada hasil wang rakyat dan beliau menegaskan bahawa beliau akan terbang menggunakan pesawat awam biasa pada kelas ekonomi.

Beliau kerap mengadakan mesyuarat dengan semua para menteri untuk mengetahui segala aktiviti mereka dan keberkesanan pelaksanaannya.

Di samping itu, beliau juga telah menutup pejabat pengurus Presiden demi untuk memudahkan para menteri untuk berjumpa dengannya tanpa perlu meminta keizinan terlebih dahulu.

Beliau telah membubarkan beberapa acara seperti majlis karpet merah untuk menyambut tetamu, sesi fotografi serta segala bentuk pengiklanan atau promosi peribadi sewaktu mengadakan lawatan ke pelbagai tempat di dalam negaranya.

Setiap kali beliau perlu untuk menginap di hotel, beliau akan memastikan bahawa beliau hanya akan diberikan bilik tanpa katil yang besar kerana tidak gemar untuk tidur di atas katil sebaliknya lebih suka untuk tidur di atas lantai dengan sebuah tilam sederhana dan sehelai kain selimut.

Dalam salah sebuah gambar berikut menunjukkan beliau sedang tidur di dalam bilik tetamu di rumahnya tanpa ditemani oleh para pengawal peribadinya yang sentiasa bersama dengannya ke mana sahaja beliau pergi. Gambar tersebut telah diambil oleh adiknya, menurut laporan akhbar Wifaq yang kemudian menyiarkannya di dalam ruangan akhbar mereka. Pada keesokan harinya, gambar tersebut telah disiarkan di dalam kebanyakan akhbar-akhbar di seluruh dunia termasuklah di Amerika Syarikat.

Tohmahan banyak pihak dan malah mengelirukan setengah ummah betapa hanya ulama boleh memimpin sebuah jemaah dan sebuah negara, namun keputusan pilihanraya di Iran itu menyerlahkan sebaliknya.



PAS UMNO : Mat Sabu - Bagi Aku Seminggu

Mohamad Sabu yang tewas dalam pertandingan tiga penjuru bagi jawatan Timbalan Presiden Pas belum ‘menyambut’ pelantikannya sebagai ahli jawatankuasa (AJK) Pas Pusat sebagaimana yang diumum Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, semalam.

Semasa menyampaikan ucapan penggulungan pada Muktamar ke yang berakhir minggu lalu, Mohamad Sabu dilaporkan menyampaikan pantun berikut:

Tuai padi antara masak,
nanti jangan layu-layuan,
intailah aku sementara nampak,
nanti jangan rindu-rinduan.

Mohamad yang merupakan bekas Naib Presiden Pas memberikan alasan beliau memerlukan tempoh seminggu untuk berfikir sebelum membuat keputusan.

“Saya akan ambil masa seminggu untuk terima atau tidak.

“Buat masa ini saya tidak kata sudi atau tak, saya nak bincang, nak fikir dan nak tengok perkembangan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Selain Mohamad, seorang lagi calon Timbalan Presiden yang tewas dan dikaitkan dengan ‘puak Erdogan’ atau pro-Anwar iaitu Datuk Husam Musa turut dilantik sebagai AJK Pas Pusat.

Abdul Hadi sewaktu mengumumkan pelantikan berkenaan berkata, beliau yakin kedua-dua calon yang tewas itu akan menerimanya.

Menjawab soalan, Mohamad berkata, pendirian itu tidak bermakna beliau merajuk selepas tewas kepada penyandang jawatan Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa.

“Dalam kamus perjuangan saya, tidak pernah wujud istilah berkecil hati.

“Ini bukan kekalahan pertama, sebelum ini saya pernah tewas jawatan Ketua Dewan Pemuda serta Naib Presiden, namun banyak kali juga saya menang,” tegasnya.

Mengenai pelantikan Jawatankuasa Pas Pusat tambahan semalam, Mohamad berkata, ia adalah hak Abdul Hadi.

“Pelantikan itu adalah bersesuaian dengan (kehendak) Presiden, mereka adalah pasukan yang baik,” katanya.

PAS UMNO : Idea UG Mungkin Dah Diterima Jika Tiada Bangkangan Keras

Kelantangan sesama para blogger dan perbicaran tanpa penghakiman oleh hakim kini terfokus ke arah isu dalaman PAS. Parti itu kini dinilai ahli pendokong penyokong gara-gara terkaitkan dan nampak teruja sungguh dengan soal perpaduan.

Walaupun niat murni dan suci itu berpadu, PAS kena melalui syarat-syaratnya kerana semestinya syarat mestilah didahulukan. Dalam apa juga perkara kerja buat syarat mendahului perbuatan kita. Lakukan begini syaratnya nak baik dan sebagainya sebagai contoh analogi.

Alasan syarat yang ada diberikan, kelompok pimpinan yang ada cuma 'sekadar' melontar idea. Analogi menyokong serta memperkuatkan hujahnya begini, macamlah satu ketika dulu MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim tempoh hari melontarkan idea supaya ITM membuka dan menambah 10% kouta kemasukan pelajar-pelajar bukan bumiputera. Katanya ada demontrasi seluruh ITM di Malaysia. Begitulah idea ini.

Kedua, alasannya nanti takut kata Presiden tiada idea maka dilontarkan idea. Nanti ahli marah pula dikatakan presiden tiada idea.

Hujah tambahan lain lagi, takkan lah presiden PAS tidak tahu. Jika kita sayang beliau lebih sayang, jika kita cinta beliau terlebihnya cintanya terhadap parti. Masakan hujahnya beliau tidak tahu akan apa yang dibuatnya.

Hujah lain, takkanlah masa UMNo lemah kita nak memberi talian hayat.

Namun, atas apa alasan sekalipun ahli, rakan-rakan dan para pencinta Pakatan amat terkilan dengan lontaran idea yang dirintis. Penafian kita sesekali mahu bergabung dengan UMNO nampak macam basi. Mungkin jika tiada bangkangan keras sebegini dah lama idea ini diterima. -perantaukite


PAS UMNO : ZAID PILIH PKR

Tatkala PAS terseret dengan kemelut perpecahan ekoran dari tindakan pimpinan yang enggan mendengar suara para ahlinya, kita dikejutkan berita Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri menyertai Parti Keadilan Rakyat dan diberikan tugas khusus bagi memantapkan Pakatan Rakyat.

“Saya yakin dengan perjuangan Keadilan. Ia adalah parti berbilang kaum, parti yang mahu membela rakyat Malaysia yang sememangnya memerlukan pembelaan dalam semua hal.”

Itulah faktor yang digariskan oleh Datuk Zaid Ibrahim sebagai pendorong untuk menjadi tokoh terbaru yang menganggotai Parti Keadilan Rakyat.

Kemasukan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu dalam PKR diumum pada sidang akhbar sempena Kongres Nasional Khas bagi meluluskan pindaan Perlembagaan parti untuk menjadikannya lebih demokratik, dinamis dan bebas dari rasuah politik.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemasukan Zaid dalam PKR akan memberi satu anjakan kepada perjuangan parti itu kerana rekod Zaid sebagai pejuang hak asasi dan proses demokrasi.

“Paling penting ialah perjuangan beliau demi kebebasan badan kehakiman di negara kita,” kata Anwar. “Soal kebebasan badan kehakiman masih menjadi satu soal utama dalam perjuangan rakyat,” tambah Anwar.

Anwar berkata pucuk pimpinan parti berhasrat menjadikan Zaid anggota Majlis Pimpinan Pusat dan Biro Politik parti.

Zaid juga akan diberikan misi penting untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat dengan memperkuatkan seketariat gagasan itu, tambah Anwar.

“Datuk Zaid mempunyai pendedahan dan hubungan yang cukup baik bersama dengan pimpinan PKR, PAS dan DAP. Ini kita akan memanfaatkan supaya Datuk Zaid membantu memperkemas, menguat dan memantapkan lagi hubungan dalam Pakatan Rakyat,” kata Anwar.

Anwar berkata pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat akan bermesyuarat minggu depan dan PKR bercadang untuk menawarkan pengalaman Datuk Zaid bagi memantapkan kerjasama dalam gagasan itu.

Zaid berkata beliau akan menyahut cabaran itu tertakluk kepada persetujuan pimpinan PAS dan DAP.

“Tetapi saya bersedia untuk membantu menjadikan Pakatan Rakyat menjadi sebuah alternatif yang rakyat boleh benar-benar menaruh harapan untuk menubuhkan sebuah kerajaan yang berkebolehan,” tambah Zaid.

Datuk Zaid adalah seorang peguam terkenal sebelum menganggotai UMNO pada tahun 2000.

Walaupun bekas ahli parlimen Kota Bahru ini diangkat menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, namun Zaid sentiasa lantang menyuarakan isu-isu kepentingan awam.

Beliau meletakkan jawatan dalam Kabinet apabila BN menahan beberapa orang termasuk wartawan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri untuk menutup kritikan terhadap pemerintah.

UMNO seterusnya memecat Zaid Disember tahun lalu apabila beliau masih lantang bersuara atas isu-isu tertentu dan mengadakan pertemuan dengan pemimpin Pakatan Rakyat.

Zaid hari ini berkata beliau menganggotai PKR kerana ingin meneruskan perjuangannya dalam membela nasib rakyat yang terpinggir dan memastikan keadilan untuk semua tanpa batasan kaum.



PAS UMNO : LAMBAIAN MANEK URAI

Kemenangan Pas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai pada 14 Julai ini, amat penting sebagai bukti untuk menunjukkan sokongan rakyat di kawasan itu kepada kerajaan negeri tetap utuh seperti ditunjukkan pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac tahun lalu.

Yang Dipertua Pas Kawasan Kuala Krai, Abdul Latiff Abdul Rahman berkata, kemenangan Pas di Manek Urai juga sesuatu yang amat penting kerana pilihan raya kecil itu adalah peluang untuk terus memperkasakan kerajaan negeri di bawah kepimpinan ulama yang memerintah Kelantan sejak hampir 20 tahun lalu.

Justeru katanya, rakyat Manek Urai termasuk penyokong Pas sendiri diharap agar tidak mudah terpedaya dengan kempen Barisan Nasional (BN) yang meminta supaya kemenangan pada pilihan raya kecil itu diberikan kepada calon BN dengan alasan ia tidak akan menggugat kerajaan negeri sedia ada.

“Kalau sudah tahu kerajaan negeri tidak akan tergugat dan jawatan Menteri Besar tidak akan bertukar (jika BN menang), kenapa kita nak beri kemenangan kepada mereka (BN) dan buat apa mereka nak bertanding.

“Sepatutnya BN tidak payah bertanding seperti pada pilihan raya kecil di DUN Penanti, lebih baik beri mandat kepada Pas untuk terus mewakili rakyat Manek Urai, buat apa nak membazir duit rakyat (dengan bertanding),” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Abdul Latiff yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mengkebang berkata, rakyat khususnya pengundi di Manek Urai juga diminta supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai projek pembangunan yang dijanjikan jika BN menang di kawasan itu kerana semuanya hanya sekadar janji untuk memenangi pili-han raya kecil berkenaan.

Menurutnya, BN tidak perlu menunggu sehingga memenangi pilihan raya kecil itu jika benar-benar ingin membawa pembangunan di Manek Urai kerana ia mampu dilaksanakan menerusi pelbagai agensi kerajaan sedia ada seperti Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan Lembaga Kemajuan Kelan-tan Selatan (Kesedar).

“Kalau kata BN janjikan pembangunan, rakyat Manek Urai telah beri peluang kepada calon BN menang pada pilihan raya umum 2004 lalu dan menjadi wakil rakyat mereka selama satu penggal tetapi cuba tunjukkan kepada saya, pembangunan apa yang dibuat oleh ADUN BN sepanjang tempoh itu.

“Kalau rakyat Manek Urai beri juga peluang sekali lagi kepada BN, maka mereka yang akan rugi sedangkan pilihan raya kecil ini peluang untuk kita menyatakan sokongan dan memperkasakan kerajaan negeri yang ada sekarang serta sebagai bukti bahawa rakyat di sini (Manek Urai) tetap menolak BN,” kata Abdul Latiff.

Beliau yang juga Ketua Dewan Pemuda Pas Kelantan sehubungan itu meminta rakyat Manek Urai supaya kekal memberikan sokongan kepada calon Pas pada pilihan raya kecil itu nanti bagi memastikan agenda kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk menjaga kebajikan rakyat dapat diteruskan. -SH

PAS UMNO : Pahat Yang Berbunyi Selepas Muktamar

Banyak hal yang diperkatakan mengenai Muktamar ke 55 di Stadium Melawati tempohari. Selain dari isu Kerajaan Perpaduan, dua pahat lain yang masih berbunyi ialah isu penajaan dan isu pemilihan. Kecuali terdengar suara Timbalan Presiden yang tak sangka dirinya menang menyatakan "muktamar ini yang terbaik sekali".

ISU PENAJAAN

Isu berbangkit tidak putus-putus dibincangkan oleh ahli terutama hal mengenai penajaan sebuah syarikat kroni UMNO bernama Puncak Niaga yang mendapat peluang mengiklankan dirinya spuas-puasnya sepanjang muktamar.

Sehingga ke hari ini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai isu tersebut samada oleh pihak penganjur mahupun pimpinan PAS sendiri. Orang yang dikatakan bertanggungjawab mengenainya iaitu Ketua penerangan PAS Selangor sdra. Roslan SMS (gambar) sehingga kini tidak mengulas apa-apa mengenainya di blognya.

Mereka "telah" terlebih kedepan menjayakan projek "Unity Government" sekalipun berdegar-degar menyatakan UG itu tidak ada dibincangkan di dalam muktamar, jadi mengapa heboh?

Kita menyatakan memang SURE HEBOH sebab ia melibatkan maruah ia melibatkan integriti dan kredibiliti parti. (Asalkan jangan jadi macam mufti Perak yang mengharamkan SUREHEBOH kemudian menjadi halal semasa Zambry menjadi MBnya).

Sebuah syarikat yang sekarang ini sedang bertelingkah dengan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor, kini menaja muktamar sebuah parti yang menjadi komponen Pakatan Rakyat.

Sumbangan tak sama dengan penajaan. Sumbangan boleh datang dari sesiapa, tetapi penajaan perlu diberikan perhatian. Di dalam dunia perniagaan, penajaan dilakukan sebagai satu pelaburan bagi memperkembangkan perniagaannya dan PAS memberikan ruang secukupnya untuk sebuah syarikat yang menjadi musuh kerajaan negeri bagi mempertajamkan lagi perselisihan di antara dua stake-holder berkenaan.

Pihak yang ditaja sepastikan akan ditaji jika nanti tidak memberikan sokongannya pula kepada penaja yang kemudian menjadi penaji.

Itu sebab kita meminta hal ini disiasat secara komprehensif, keputusan siapa mencari atau menerima penajaan Puncak Niaga Sdn Bhd, dan yang penting jawatankuasa-jawatankuaa adalah bersih dari sebarang penerimaan habuan dari penaja/penaji ini.

Mereka yang bertangungjawab perlu menjawab, bukan menikus. Kumpulan nasionalis di dalam PAS ini cuba menconteng arang ke muka parti disamping melemahkan perpaduan di kalangan komponen Pakatan Rakyat yang kononnya dikatakan PR cuba diperkuatkan melalui penegasan Presiden dan Timbalan Presiden di dalam ucapan dan kenyataan mereka. Satu bentuk penipuan halus terhadap peserta muktamar.

ISU PEMILIHAN

Soal pemilihan juga menimbulkan banyak keraguan. Datuk Mustafa Ali yang merupakan Penegrusi Jawatanluasa Pemilihan juga tidak menjawab isu yang dibangkitkan tetapi sentiasa memutarkan ia kepada isu-isu yang tidak relevan.

Wartamaya di dalam blognya menulis:

Kita sudah tahu bahawa PAS di dalam pengiraan undi memlih kepimpinannya Parti baru baru ini, menggunakan kaedah, zaman Jepun.

Di dalam proses yang tiada saksi, tiada wakil calun dan tiada ketelusan. Malah proses pengiraan dan pengumuman pemenang hanya di buat pada tempoh lebih 12 jam untuk mengira kira kira 1,000 undi perwakilan.

Selepas ini bagaimana agaknya PAS akan berdepan dengan ketidak telusan di dalam pilihanraya yang di selenggara oleh SPR?

Atau ... "Hello paku ... kau serpih la bro", kata dulang.

Apa pandangan anda yang budiman?


PAS UMNO : Nabi Tak Pernah Tutup Mulut Orang

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, marah dan mempertikaikan tindakan pihak tertentu dalam Pas yang meminta pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat supaya berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu kerajaan perpaduan bagi mengelakkan berlakunya percanggahan pendapat.

Nik Aziz berkata, langkah itu tidak perlu kerana percanggahan pendapat itu bukannya datang dari Pas tetapi diwujudkan oleh orang-orang tertentu dalam Pas.

“Arahan tutup tu kerana apa? Tutup kerana apa? Soal dia? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas (parti), tetapi datang dari orang tertentu dalam Pas. Dia sudah berasa bahaya, maka dia minta tutup mulut.

“Dalam Islam tidak ada masalah tutup mulut. Dalam demokrasi tidak ada tutup mulut. Nabi Muhamad SAW tidak pernah tutup mulut orang. Tidak boleh, kerana semua soalan ada jawapan,” katanya kepada media ketika ditemui selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di kediaman rasminya di JKR 10, di sini, semalam.

Beliau turut mempersoalkan siapa yang mewujudkan dan menimbulkan kecelaruan dalam Pas.

“Yang menimbulkan kecelaruan itu siapa dia, orang Pas atau orang perpaduan? Orang yang menimbulkan kecelaruan itu sedar perkara itu bukan dari Pas sebaliknya daripada orang tertentu di dalam Pas yang menjadi boneka UMNO. Itu jelas pada saya.

“Benda tutup mulut ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kenapa sekarang baru berlaku? Ini soalan, tidak pernah berlaku pemimpin Pas mengarahkan orangnya supaya tutup mulut. Sekarang ini baru timbul kerana apa? Kerana dia sendiri mengeluarkan perkara yang mencelarukan.

“Itu logik. Kenapa wujud arahan dari orang tertentu dari pusat supaya tutup mulut, kenapa? Sedangkan demokrasi suruh buka mulut. Dalam Islam hanya satu benda yang tidak boleh iaitu Zat Allah. Saya memang marah. Marah ini Islam suruh, Islam minta manusia ini benci pada kerja-kerja derhaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali yang meminta supaya isu berkenaan tidak diperkatakan kerana ia akan menimbulkan kekeliruan dan salah tafsir pihak tertentu termasuk dalam kalangan pemimpin PR sendiri.

Mustafa dalam kenyataannya dilaporkan meminta seluruh pimpinan Pas dan PR menghentikan segala kenyataan berkaitan isu yang boleh memberi kekeliruan kepada penyokong Pas berkaitan kerajaan perpaduan.

Mustafa berkata, idea kerajaan perpaduan yang dicadangkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hanyalah sekadar teori dan konsep dan idea itu tidak relevan sehingga pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Mengulas mengenai cadangan itu, Nik Abdul Aziz turut membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan itu dan menyifatkan mereka sebagai ‘boneka UMNO’.

“Saya hanya mempertahankan perjanjian lama Pas yang memberikan sokongan terhadap Pakatan Rakyat seperti keputusan muktamar di Ipoh tahun lalu.

Saya sokong Pakatan Rakyat. Kita masuk pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini pun atas dasar Pakatan Rakyat. Saya tidak boleh lari daripada ikrar perjanjian keputusan kita.

“Perjanjian itu adalah keputusan muktamar Pas. Keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat bukannya menyokong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Tidak ada. Hal perpaduan ini adalah boneka UMNO,” katanya.

Beliau berkata jika ada pihak yang memperkatakan cadangan itu ia sebenarnya ilham UMNO memandangkan perkara itu tidak ada dalam agenda dan tidak dibincangkan di dalam muktamar.

“Tiada dalam ucapan dasar pun. Cadangan itu dibuat selepas daripada sidang. Insya-Allah kita boleh selesai masalah ini. Bagi saya tak perlu langsung buat kajian semula,” katanya. -wfauzdin

PAS UMNO : Rais Yatim Puji Hadi dan Nasharuddin

Gigit Mee Tak Putus
Oleh Prof Dr. Hamirdin Ithnin

Assalamualaikum

Punyalah lembut budi bahasa dan perungkap UMNO terhadap PAS pada hari ini seperti seorang gadis yang sangat sopan dan sangat santun. Bila bercakap penuh dengan adab diseri senyum melirik, bila bersuara lembut bergurindam, bila berjalan longlai pengantin. Begitulah manisnya UMNO cuba melamar PAS.

Betapa tidak, cuba perhatikan apa kata Rais Yatim yang satu masa dulu kudakan PAS: "Dalam hal ini, saya tetap dengan pandangan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa merupakan kategori pemimpin yang berpandangan jauh sedangkan yang lain hanya mengamalkan politik populis. Langkah Abdul Hadi itu langkah negarawan yang layak diberi penghargaan."

Lembutnya dan kasihnya dan mesranya UMNO terhadap PAS dan pemimpin pilihan mereka. Ini adalah kerana mereka telah nampak yang perangkap telah tersedia. Bukan mereka yang pasang, tetapi dipasang oleh beberapa pemimpin PAS untuk UMNO memerangkap PAS. Jadi kenapa tidak sambar peluang yang terbuka sekarang ini?

Sekarang UMNO sedang sangat lembut terhadap PAS. Mereka gigit mee pun tidak putus.



PUTRAJAYA 12 Jun - Pertikaian di kalangan anggota pakatan pembangkang termasuk sebilangan kepimpinan Pas terhadap idea kerajaan perpaduan menunjukkan mereka umpama 'menanam tebu di bibir' mengenai soal perpaduan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim (gambar) berkata, kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membidas idea Presiden partinya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menyerlahkan 'muka sebenar' sebahagian besar pemimpin Melayu pembangkang yang tidak jujur memperjuangkan Islam sebagai agama harmonis dan perpaduan.

''Dan tentu sekali Parti Keadilan Rakyat (PKR) merasakan jika Pas mempelopori idea ini, maka ia menampakkan parti itu (PKR) sudah muflis dan meleset dari segi idealisme berjangkauan jauh.

''Dalam hal ini, saya tetap dengan pandangan bahawa Datuk Seri Abdul Hadi dan timbalannya, Nasharudin Mat Isa merupakan kategori pemimpin yang berpandangan jauh sedangkan yang lain hanya mengamalkan politik populis. Langkah Abdul Hadi itu langkah negarawan yang layak diberi penghargaan," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Rais mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam membidas golongan dalam Pas yang terus mempertahankan cadangan Abdul Hadi untuk membentuk kerajaan perpaduan sambil menyifatkan mereka sebagai 'boneka UMNO'.

Malah beliau yang sebelum ini lantang menolak idea kerajaan perpaduan sejak ia dicetuskan oleh Abdul Hadi menggambarkan cadangan itu sebagai ilham UMNO sendiri.

Mengulas lanjut, Rais yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan mengakui banyak pihak 'terasa' jika kerajaan perpaduan akhirnya direalisasikan, maka ramai kalangan mereka akan turut kehilangan tempat.

''Tapi matlamat perjuangan kita bukan yang itu sebaliknya lebih penting lagi mahu memastikan orang Melayu berjaya dalam perjuangan dua arena iaitu agama dan kenegaraan," katanya.
UTUSAN MALAYSIA