Oleh Roslan SMS
Kes bunuh berprofil tinggi Altantuya Shaaribu sudah masuk bulan kedua dan masih terus dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Saksi-saksi masih memberikan keterangan tetapi kita tidak boleh menafikan bahawa sejak kebelakangan ini perkembangannya sangat membimbangkan kita.
Saya tidak bermaksud mendahului apakah kesudahan kes ini nanti, itu terserahlah kepada keadilan hakim yang membicarakannya, tetapi sekadar mahu berkongsi dengan para pembaca sebahagian dari catatan perbicaraan semalam ketika DSP Mohd Yusri, dari Unit Tindakan Khas (UTK) memberikan keterangan.
Ketika itu pihak pendakwaraya, DPP Tun Majid sedang bertanya berkenaan kehadiran beliau di rumah tertuduh Kpl Sirul Azhar ketika pasukan penyiasat berada di sana:
(terjemahan dari The Star)
Tun Majid: Bahagian rumah itu yang manakah digelidah?
Yusri: Saya tidak ingat
Tun Majid: Banyak sangat yang awak tak ingat
Hakim: Awak berada di dalam bilik menyaksikan penggelidahan dan awak tak ingat?
Tun Majid: Awak tidak tahu apa yang berlaku dalam rumah itu?
Yusri: Ya
Tun Majid: Jadi apa yang sebenarnya awak saksikan?
Yusri: Saya tidak faham soalan ini.
Tun Majid: Awak tidak ingat bahagian bilik mana yang digelidah?
Yusri: Saya tak pasti
Tun Majid: Berapa besar bilik itu?
Yusri: Saya tidak tahu
Kalau seorang DSP, pegawai kanan polis dari unit elit UTK hanya mampu memberikan jawapan seumpama di atas ketika di mahkamah, saya tidak tahu bagaimana persepsi yang lain, tetapi bagi saya sebagaimana disebut oleh Tun Dr M baru-baru ini:
There is something rotten in the state of Denmark
Ulasan Greenboc
Perbicaraan kes Altantuya Shaaribu sudah tidak mempunyai apa-apa makna lagi setelah kitra menyaksikan setiap jawapan saksi dari pihak pendakwa seperti seolah-olah sedang membaca satu skrip yang telah tersedia untuk sebuah sandiwara.
Hal ini mengingatkan saya mengenai di dalam kes Datuk Seri Anwar satu ketika dulu, bagaimana Umi Hafilda dan Azizan yang disyaki telah dilatih untuk memberikan keterangannya dan diajar tatacara menjawab.
Pihak Pendakwa kini hanya "menjalankan tugas" kerana mereka mengetahui bahawa ada yang lebih utama iaitu bagaimana nanti Peguam Negara inginkan mereka bertindak supaya pejabat Peguam Negara tidak perlu "kerja lebih".
Begitu juga dengan hakim yang mendengar kes ini.
Setelah sekalian banyak bukti dihulurkan, ia terpadam dengan mudah apabila Hakim menolak untuk menerima keterangan lokasi kejadian di atas sebab yang beliau sahaja tahu dan supaya koir yang diokestrakan oleh "seseorang tertentu" tidak rosak dan tidak tergugat.
Yang penting bagi mereka sekarang, pastikan nama TPM Datuk SeriNajib tidak disebut lagi di dalam kes ini dan yang kedua supaya jangan ketara sangat lakonan saksi Pendakwa sekalipun terpaksa mengakui terserlahnya nanti imej dan kredibiliti pihak pembela. Itu "opportunity cost" yang terpaksa diterima.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan