7 Jul 2013

Ulama Terkemuka, Yusuf Al-Qaradhawi Seru Rakyat Mesir Sokong Mursi


Seorang ulama berpengaruh di Timur Tengah, pada hari semalam (6/7/2013), mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir perlu mendukung Muhammad Mursi dan mendesak pihak tentera berundur dari panggung politik negeri itu, demikian kompas melaporkan.

Ulama kelahiran Kaherah itu, Yusuf al-Qaradhawi dalam fatwa yang kemudian diterbitkan di lamanweb rasminya itu mengatakan, campurtangan tentera yang kemudian menggulingkan Mursi bertentangan dengan demokrasi dan perlembagaan Mesir.

"Dr Al-Qaradawi menerbitkan fatwa tentang perlunya mendukung presiden Mesir yang dipilih oleh rakyat, Muhammad Mursi dan mempertahankan perlembagaan. Beliau juga menyerukan Panglima Tentera Abdel Fatah al-Sisi dan mereka yang mendukungnya untuk berundur demi mempertahankan legitimasi dan demokrasi," demikian pernyataan di dalam lamanweb rasmi al-Qaradawi, www.qaradawi.net

Al-Qaradawi menambahkan, banyak ulama dari Universitas Al-Azhar Kaherah, salah satu institusi Islam paling berpengaruh di Mesir, menyetujui pandangannya.

Al-Qaradawi adalah ketua Federasi Ulama Antarabangsa, merupakan pendukung utama revolusi yang "menyapu" sejumlah negara Arab pada 2011. Bulan lalu dia menyerukan perang suci melawan Presiden Syria Bashar al-Assad.

Beruntungnya Rakyat Selangor, Ramai Yang Bil Airnya Masih RM0.00


Kerajaan Negeri Selangor akan meneruskan perlaksanaan pemberian 20 meter padu air percuma kepada rakyat negeri itu yang telah diperkenal Pakatan Rakyat sejak mengambil alih negeri itu pada 2008 lalu.

Bagi tujuan penerusan itu, kerajaan negeri telah memohon peruntukan tambahan sebanyak RM 105 juta untuk pemberian bagi tempoh Julai hingga Disember tahun ini.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khadli Ibrahim berkata, peruntukan itu diperlukan kerana peruntukan sebelumnya hanya menampung kos program tersebut sehingga Mei lalu iaitu sebelum Pilihanraya Umum 13 (PRU13).

Menjelaskan perkara itu lebih lanjut beliau berkata, peruntukan yang diambil dari belanjawan 2013 itu dibuat kerana sekiranya Kerajaan Negeri yang lain mengambil alih selepas PRU 13, pentadbiran itu tidak dipaksa untuk meneruskan dasar itu.

“Jika menang pilihanraya, kita teruskan program pemberian air percuma ini. Keputusan ini dibuat kerana kita tidak mahu membuat keputusan bagi pihak lain.

“Tetapi dalam manifesto PR, kita telah senaraikan mengenai usaha meneruskan bantuan air percuma ini,” katanya kepada media selepas Dewan Negeri Selangor (DNS) ditangguhkan semalam yang dipetik Selangorku.

Permohonan RM 105 juta itu sebahagian daripada permohonan perbelanjaan tambahan sebanyak RM 761 juta yang dibuat melalui satu enakmen di dalam DNS.

Daripada RM 105 juta, RM 83 juta adalah bagi menampung bayaran program pemberian air percuma bagi Julai hingga hingga Disember 2013.

Manakala RM 22 juta bagi menampung semula peruntukan sedia ada yang telah digunakan bagi bayaran program itu bagi Mei hingga Jun lalu. -HD

Pesanan Penting Syeikh Rasyid Ghannushi Kepada Pendokong Pro-Mursi

Pesanan Syeikh Rasyid Ghannushi buat semua penyokong yang menentang rampasan kuasa dan para tentera yang berkawal di medan serta jalan-jalan di Mesir:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Wahai keturunan sang Penakluk Agung Ibn Al-Ash dan Solahuddin dan Qutuz. Telah tertegak semula sejarah (sejarah Islam dan kebebasan), dan nasib kebangkitan Arab yang sentiasa menunggu keputusan serta tindakan daripada kamu. Adakah kamu mahu terus kekal menghadapi berbagai kerenah mereka yang enggan menerima kebebasan dan demokrasi?

Atau, inginkah kamu kekalkan legasi nenek moyang kamu yang agung sebagai pahlawan yang gagah berani di belakang pemimpin kamu? Yang tetap teguh dalam memelihara nilai serta prinsip demokrasi, kebebasan dan kemodenan berteraskan Islam.

Sesungguhnya kebangkitan bangsa Arab telah bermula di Tunisia dan kini ia telah merebak ke Mesir untuk membakar segala penindasan yang telah dilakukan oleh pemerintah yang zalim. Kini kebangkitan tersebut bergantung di atas tangan-tangan kamu. Maka adakah sesiapa yang ingin mengejar kemuliaan dan tanggungjawab tersebut?

Dengan nama Allah, dengan nama Yang Maha Mengasihani, dengan nama ummah, aku merayu kepada kamu semua untuk tetap teguh sebagaimana janji-janji kamu dan janganlah kamu kembali ke rumahmu sebelum kami melunaskannya.

Sehinggalah kembalinya kebenaran di atas tempatnya, dan kembalinya kebebasan dan demokrasi di atas landasannnya, dan kembalinya syariat kepada asalnya. Sehingga kembalinya Presiden yang dipilih melalui pilihanraya yang sah iaitu Presiden Dr.Muhammad Mursi ke bidangnya yang menepati kehendak rakyat Mesir.


Sekiranya ia berlaku, maka ia bukan sahaja merupakan kemenangan terhadap rakyat Mesir, bahkan ia juga kemenangan ke atas prinsip-prinsip demokrasi dan kebebasan Islam.

Rasyid Ghannushi,
Presiden Parti Nahdah, Tunisia
pagi Sabtu bersamaan 06 Julai 2013

sumber: PMRAM

Zahid, Yang Berjanji Untuk Hapuskan Akta Hasutan Ialah Najib Bukan Pakatan!

Ahmad Zahid selar desakan mansuhkan akta hasutan

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyelar sikap sesetengah pihak yang mendesak supaya Akta Hasutan 1948 dimansuhkan tanpa memikirkan impak negatifnya.

Beliau menarik perhatian bahawa atas desakan pihak tertentu sebelum ini, kerajaan telah memansuhkan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Sekarang mereka bagaimanapun (desak) nak mansuhkan Akta Hasutan juga...saya tidak fikir ada perlunya, sebab apa lagi yang kita tinggal (ada) untuk melindungi rakyat dan ketenteraman negara," katanya.

Ahmad Zahid ditemui pemberita selepas merasmikan perlepasan konvoi kembara bermotosikal sempena ulang tahun ke-75 Utusan Melayu (Malaysia) Berhad di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata: "Tambahan, bila ia dihapuskan, semua fitnah, tohmahan dan kutukan yang dilakukan penghasut boleh dianggap dihalalkan walhal demokrasi kita tidak menuntut begitu."

Ahmad Zahid berkata pemansuhan undang-undang tertentu sebelum ini dilihat telah menjurus kepada peningkatan kadar jenayah dalam kalangan masyarakat.

"Malah, jika ditangkap dengan pertuduhan (pun), mereka (penjenayah) akan mencari aspek-aspek teknikal untuk melepaskan diri dan pihak polis tidak dapat berbuat apa-apa biarpun mempunyai bukti kukuh," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata perbincangan terperinci akan dibuat berhubung undang-undang menggantikan Ordinan Darurat.

"Bagi melaksanakan dasar keterbukaan berhubung perkara ini, Kementerian Dalam Negeri, polis dan Jabatan Peguam Negara akan mengadakan majlis dialog bersama badan-badan bukan kerajaan, individu dan masyarakat umum untuk mengetahui maklum balas, input dan komen-komen," jelasnya.

Konvoi selama tiga hari disertai 28 motosikal berkuasa tinggi dan empat kenderaan lain itu akan melalui perjalanan sejauh 400 kilometer dari Kuala Lumpur ke Queen Street, Singapura untuk menjejaki sejarah penubuhan Utusan Melayu. - Bernama

Apa Kata Prof Mohammad Agus Yusoff?

PADA 11 Julai 2012, PM mengumumkan kerajaan akan memansuhkan Akta Hasutan 1948 serta digantikan dengan suatu rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Keharmonian Nasional.

Bagi Akta Keharmonian Nasional yang akan digubal itu, PM menyatakan rang undang-undang baharu itu akan bersifat lebih spesifik bagi membolehkan kerajaan bertindak terhadap sesiapa sahaja yang menggunakan isu-isu sensitif untuk memecahbelahkan perpaduan nasional. PM juga menyatakan peruntukan baharu ini tidak akan menghalang rakyat untuk mengkritik kerajaan dan pentadbiran keadilan. Katanya lagi: "Melalui pemansuhan dan penggubalan rang undang-undang [baharu ini], kerajaan mahu memastikan ruang demokratik yang mencukupi disediakan untuk perbezaan pendapat serta persaingan idea.”

Janji PM ini baik sekali, namun, setelah setahun berlalu, janji PM tersebut belum terlaksana lagi sehingga sekarang. Apa yang ada ialah kenyataan Menteri Dalam Negeri yang menyatakan Akta tersebut tidak perlu dimansuhkan kerana ia lebih banyak membawa mudarat daripada manfaat kepada negara. Kenyataan Menteri ini menimbulkan pelbagai reaksi bergantung kepada parti mana yang disokong oleh mereka yang memberi komen.

Apakah kandungan yang terdapat dalam Akta Hasutan ini sehingga ada yang menuntut supaya Akta ini dimansuhkan? Yang menjadi pertikaian adalah peruntukan Seksyen 4(1) Akta ini, iaitu mana-mana orang yang:

(a) melakukan atau cuba melakukan, atau membuat apa-apa persediaan untuk melakukan, atau berkomplot dengan mana-mana orang untuk melakukan, apa-apa perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut...
(b) menyebut apa-apa perkataan menghasut
(c) mencetak, menerbitkan, menjual, menawarkan untuk dijual, mengedarkan atau mengeluarkan semula apa-apa penerbitan menghasut; atau
(d) mengimport apa-apa penerbitan menghasut...boleh didakwa di bawah Akta ini.

Saya yakin negara kita memerlukan akta pencegahan seperti ini untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku dalam negara, mengenangkan negara kita adalah negara yang rencam masyarakatnya dan sensitif politiknya. Oleh sebab itu, saya menyokong kenyataan Menteri Dalam Negeri supaya Akta ini dikekalkan.

Jika baik dan perlu dikekalkan, mengapa pula pembangkang dan NGO mendesak supaya Akta ini dihapuskan seperti mana janji PM? Inilah pertanyaan menarik yang perlu dibincangkan.

Saya dapati peruntukan Seksyen 4(1) Akta ini adalah terlalu umum sehingga ia dengan mudah boleh terdedah kepada salah tafsiran oleh pihak kerajaan untuk menangkap bukan sahaja mereka yang menghasut sehingga boleh mengancam ketenteraman negara, tetapi juga menangkap ahli politik dan NGO yang boleh menganggu kuasa kerajaan. Akta ini juga menyekat kebebasan rakyat. Dan masalah utama dengan Akta ini ialah kerana adanya pendakwaan terpilih.

Kita boleh lihat banyak kes apabila melibatkan kata-kata dan ucapan sensitif dari pihak yang menyokong kerajaan, maka tindakan tidak diambil atau lambat diambil, tetapi apabila kenyataan yang sama datang dari pihak pembangkang, maka tindakan terlalu cepat diambil. Sikap double standard inilah yang menyebabkan pembangkang, NGO dan masyarakat sivil yang memahami erti keadilan marah dan kecewa. Saya sengaja tidak memberikan contohnya di sini kerana kita sama-sama boleh menilai tentang apa yang saya maksudkan.

Oleh sebab itulah, jika kerajaan tidak mahu memansuhkan Akta ini, saya menyokongnya, tetapi kerajaan hendaklah melakukan beberapa pindaan kepada Akta ini supaya jenis kesalahannya diberikan takrifan yang lebih spesifik lagi. Dan apabila pindaan hendak dibuat, kerajaan perlulah menjemput parti pembangkang dan NGO untuk turut sama berbincang supaya undang-undang yang dipinda nanti mewakili aspirasi rakyat seluruhnya.

Dalam melaksanakan undang-undang pula, kerajaan perlu mengelakkan pendakwaan terpilih. Pendakwaan terpilih inilah yang dilihat sebagai ketidakadilan yang dilakukan oleh kerajaan ke atas rakyat menyebabkan ramai yang mahukan supaya Akta ini dmansuhkan.

Sebagai rakyat, saya mahu lihat kerajaan bertindak adil kepada semua rakyatnya. Sebagai rakyat, saya selalu berdoa agar negara kita selamat dan aman selamanya.
-FB Mohammad Agus Yusoff


Ulasan GB

Apakah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menyedari bahawa yang berjanji untuk hapuskan Akta Hasutan itu ialah Perdana Menteri sendiri iaitu Najib Razak dan disambut pula oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhyiddin Yasin?

Justeru itu tidak timbul soal desakan Akta tersebut dihapuskan. Yang didesak oleh pemimpin Pakatan Rakyat ialah PM dan TPM perlu menunaikan janjinya sesuai dengan slogan JANJI DITEPATI.

Mengapa kini lain bicara? Sudah jadi JANJI DICAPATI?


PM Turki Kecam Kudeta Tentera Di Mesir


Perdana Menteri Turki mengecam keras campurtangan tentera di Mesir yang menggulingkan Presiden dari kelompok Islamis Mohamed Mursi dan menganggapnya sebagai musuh demokrasi, dan mengecam Barat kerana tidak menyebut penggulingan itu sebagai kudeta.

Merujuk pada sejarah kudeta negaranya, Recep Tayyip Erdogan memperingatkan bahawa tindakan tentera semacam itu membawa akibat yang berat.

"Kudeta itu jahat. Kudeta mengorbankan rakyat, masa depan, dan demokrasi. Saya ingin ini diungkapkan oleh semua orang dengan keberanian. Saya terkejut dengan sikap Barat. Parlimen Eropah mengabaikan nilai-nilainya sendiri dengan tidak menyebut campurtangan tentera di Mesir sebagai kudeta. Ini adalah ujian ketulusan dan Barat telah gagal,” ujarnya.

Baik pemerintahan Kesatuan Eropah di Brussels dan Washington sejauh ini menahan diri dan tidak menyebut penggulingan Mursi sebagai kudeta.

Tapi sekutu-sekutu wilayah penting Ankara tampaknya juga mengambil pendekatan yang hati-hati. Arab Saudi dan Qatar mengucapkan selamat kepada Presiden Mesir sementara yang baru diangkat Adly Mansour.

Para pengamat menyatakan ada implikasi diplomatik yang signifikan bagi Turki dengan tergulingnya Presiden Mesir. Menurut kolumnis diplomatik Kadri Gursel dari harian Turki Milliyet, Erdogan melihat akar Islamis Mursi yang kuat sebagai pelaburan yang baik secara politik, memberi kedua negara pengaruh diplomatik yang lebih luas di seluruh kawasan.

"Tergulingnya Mursi akan memberi impak psikologis yang berat pada pemerintah Turki. Apa yang disebut kebijaksanaan besar dalam membangunkan order wilayah baru dengan rejim-rejim Islam pasca pergolakan Arab, terutama Mesir, Tunisia, Libya, dan dalam hal ini masa depan Syria, juga dilihat sebagai faktor penentu. Jadi order baru regional, kecuali pelaku asing di kawasan, semua ini, sudah hilang,” ujarnya.

Rencana Perdana Menteri Erdogan melakukan perjalanan kontroversial ke Jalur Gaza yang dikuasai Islamis juga mungkin terancam. Kunjungan ini telah berulang kali tertunda kerana kekhawatiran Washington, Tel Aviv dan Palestin.

Gursel mengatakan dengan tersingkirnya Presiden Mursi sama saja menghancurkan harapan bagi kunjungan Erdogan ke Gaza. "Erdogan tidak akan pergi ke Gaza dalam jangka waktu yang tidak terbatas. Karena dengan keadaan ini ia tidak boleh pergi ke Gaza melalui Gerbang Rafa. Tidak akan ada sambutan baginya di Mesir. Dia tidak dapat pergi ke Mesir yang dikuasai tentera. Itu mustahil,” ujarnya.



Kenyataan Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdo─čan:


Jumaat | 05 Julai 2013 | 05.51 petang

1- Turki mempunyai pengalaman berharga dalam menjalankan sistem demokrasi yang berjaya dan perlu dikaji oleh seluruh rakyat dan negara di sekelilingnya bagi mengambil manfaat daripada apa yang telah berlaku kepada mereka sebelum ini.

2- Rampasan kuasa telah berlaku lebih awal di Turki kurang lebih 10 tahun yang lalu.

3- Orang-orang yang bersama dalam rampasan kuasa di Turki, mereka akan dinilai oleh Allah sekiranya perkara ini berlanjutan sehinggalah ke akhir hayat mereka.

4- Sehingga kini, negara-negara Barat tidak berkompromi dengan rampasan kuasa yang berlaku di Mesir.

5- Negara – Negara Barat tidak menunjukkan sebarang pendirian mereka terhadap apa yang berlaku di Mesir. Ini menunjukkan mereka mempunyai niat yang tidak baik terhadap Mesir.

6- Peti undi merupakan satu jaminan untuk menjadi penilaian kepada kegagalan pemerintah.

7- Golongan yang mengambil sikap berkecuali mengenai rampasan kuasa oleh pihak tentera turut bertanggungjawab atas penggulingan tersebut.

8. Kami di Turki bergantung kepada prinsip yang asal walaupun rampasan kuasa ini berlaku ke atas pembangkang , kami juga membangkang terhadap rampasan kuasa ini.

9. Penggulingan dan pengabaian terhadap suara majoriti menzahirkan kegagalan demokrasi.

10. Kesatuan Eropah tidak mengatakan apa yang berlaku di mesir ketika ini merupakan satu rampasan kuasa oleh pasukan tentera, ia seolah-olah melenyapkan dasar demokrasi yang digunakan.

11. Senjata dan media massa tidak berpihak kepada demokrasi.

12. Dunia tidak menyokong Mesir sedikitpun, dan tidak berpihak kepada Mesir kecuali negara Turki, Qatar tetapi bagi negara Greece tidak bersama Mesir. ini membuktikan bahawa berlakunya pertembungan perlembagaan.

13. Individu yang kalah dalam pilihanraya mempunyai pandangan yang tersendiri dalam ucapannya, pandangan majoriti, untuk meningkatkan prestasi diri dan memperbetulkan kesalahannya. Adapun rampasan kuasa oleh tentera adalah bertentangan sama sekali.

14. Mereka yang tewas dalam pilihanraya Turki yang lalu meminta bantuan tentera untuk menjatuhkan pemerintahan.
-PMRAM

Allahu Akbar!! 30 Juta Rakyat Mesir Turun Ke Jalan Dukung Mursi!


Kaherah -- Hari Jumaat (6/7) selepas solat Jumaat, jutaan rakyat Mesir dari berbagai penjuru tumpah ruah turun ke jalan. BBC melaporkan jumlah rakyat Mesir yang mendukung Mursi mencapai 30 juta orang. (Kiraan BERNAMA, Utusan, RTM dan Rais Yatim mungkin sekitar 3 ribu sahaja -GB). Mereka mendukung kepemimpinan sah Presiden Mursi dan menolak tegas kudeta tentera.

Pimpinan tertinggi Ikhwanul Muslimin Muhammad Badie muncul dan memberikan ucapannya dalam aksi massa pro Mursi di Rabaa, Kaherah, Mesir.

Badie sebelumnya diberitakan AP, ditangkap oleh militer di daerah Marsa Matrouh, kota pinggiran dekat perbatasan Libya.

Dalam ucapannya seperti disiar alahram, Badie mengatakan kumpulan jutaan orang di Raba mencerminkan kekuatan Mesir dari faksi yang berbeda. "Allah lebih besar dari semua yang mengorbankan dirinya untuk revolusi, Allah saksi kami," ungkap Badei yang disambut takbir dari puluhan juta massa.

Badei juga mengungkapnya dirinya bangga dengan Mursi dan melihat tindakan tentera sebagai tidak berpelebagaan. "Mursi adalah presiden saya dan semua orang Mesir," ungkapnya.

Badie juga tegas menyatakan rakyat takkan berdiam menghadapi makar sampai Mursi kembali ditetapkan sebagai presiden. "We will not leave the streets until president Morsi is reinstated." (Kami takkan meninggalkan jalanan sampai presiden Mursi kembali menjadi presiden yang sah).

Fahmi Huwaidi, penulis dan wartawan senior Mesir, di Aljazeera menyatakan, "Aksi demo 30 juta malam ini membuktikan bahwa rakyat Mesir menolak kudeta!"

Salah seorang kader Ikhwanul Muslimin yang juga pakar sejarah Islam, Muhammad Ilhami turut berucap. Berikut mafhum ucapannya:

"Tak ada pilihan selain mengembalikan kekuasaan Presiden yang sah, Muhammad Moursi. Kerana kami tidak memiliki pilihan lain:

=> Mati di medan perjuangan lebih utama daripada mati di dalam penjara.
=> Peluru yang menembus dada lebih baik daripada peluru yang menimpa punggung belakang.
=> Tembakan bom molotov lebih baik daripada pukulan cemeti.
=> Suasana di medan demonstrasi yang berhadapan dengan pihak keselamatan jauh lebih baik daripada medan penangkapan beramai-ramai.

Hal terburuk dari perlawanan dengan pihak keselamatan adalah huru-hara, namun huru-hara lebih baik daripada (mempunyai) penguasa yang zalim.

Tengoklah sejarah, jika kalian masih ragu-ragu:

Mana yang terbaik?
Harga yang harus dibayar Ikhwan tatkala memilih berhadapan melawan Abden Nasser di tahun 50-an, atau harga yang ternyata dibayar Ikhwan ketika terpaksa menyerahkan diri di tiang gantungan?

Mana yang lebih baik?
Harga yang harus dibayar gerakan Islam melawan kudeta tentera di Algeria dengan harga yang ternyata di kemudian hari dibayar dengan perpecahan-pergeseran-keretakan dalaman yang sebenarnya kental peranan tentera menghancurkan FIS dari dalam. Buktinya, gerakan Islam di Algeria ditumpas habis-habisan hingga tak tersisa. Perhatikan Algeria kini setelah 25 tahun pembonsaian FIS?

Mereka kebingungan tak jelas arah hingga saat ini.

Demi Allah, huruhara-kacau-kisruh jauh lebih baik daripada kekuasaan diktator. Apatah lagi, bukankah huruhara-kacau-kisruh itu juga belum tentu terjadi -dengan izin Allah, insya Allah? Terlebih -kita faham- tentera Mesir bukanlah lembaga yang sentimentil bukan pula lembaga haus materi, dan bukankah tidak semua anggota tentera menyetujui kudeta terhadap Presiden Mursi?

Yakinlah, keteguhan dan kekohan akan melahirkan pertolongan Allah. Di sisi lain, ia akan membuat ragu para peragu. Keteguhan akan melahirkan nikmat berganti kebahagiaan.

Allah Ghaalibun 'Alaa Amrihi


APA KATA MEREKA TERMASUK MEDIA BARAT TERHADAP AKSI DEMONTRASI PRO-MURSI

CNN: Komandan Angkatan Darat Mesir menekan Jendral Abdul Fattah As-syisi untuk menarik pernyataannya .. Dan mengembalikan Presiden Negara yang Sah Untuk menghindari perang saudara.

Surat kabar Washington Post mengumumkan: kudeta militer di Mesir gagal

Analis Israel: Apa yang terjadi ketika mereka mengumumkan kudeta adlah Gempa. Dan saya katakan bahwa apa yang terjadi sekarang, "gelombang tsunami menyapu"

Reporter TV Israel : indikasi awal dari US menyesali pemberian militer lampu hijau untuk kudeta terhadap Mursi.

Kepala intelijen Mesir Raafat Shehata menyatakan penolakan "lelucon" kudeta militer kepada Presiden Mohamed Morsy.

Jackson Diehl, Timbalan Penyunting Halaman Editor Washington Post : ... pihak yang kalah di dalam kudeta minggu ini ialah mereka yang bertempik sorak di peringkat awal kudeta berlansung.