31 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Resolusi Konvensyen PR Perak

Konvensyen Pakatan Rakyat Negeri Perak yang telah bersidang pada 31 Oktober 2009 bersamaan 12 Zulkaedah 1430 telah merumuskan resolusi berikut :-

i. Kesepakatan dan perpaduan Pakatan Rakyat perlu terus diperteguh dan diperkasakan bagi menumbangkan UMNO/BN. Segala bentuk prejudis dan prasangka buruk sesama rakan Pakatan Rakyat perlu dihindari.

ii. Meningkatkan amalan prinsip ‘collective decision’ melalui meja rundingan sebagai kaedah penyelesaian masalah.

iii. Mengukuh dan menggerakkan organisasi parti dengan penekanan serius kepada menubuh dan menggerakkan majlis pemuafakatan Pakatan Rakyat di semua peringkat parti.

iv. Menghapuskan doktrin perkauman sehingga ke akar umbi seterusnya meningkatkan hubungan sesama rakyat, kakitangan kerajaan, ahli politik, NGO dan Istana.

v. Menampilkan calon berwibawa dan berintegriti sebagai asas dan fokus kemenangan calon Pakatan Rakyat di DUN dan Parlimen. Fokus kepada program pembangunan jatidiri seluruh ahli parti terhadap perjuangan masing-masing.

vi. Meneruskan prinsip 5K Keadilan, Kewibawaan, Ketelusan, Kebajikan dan Kebebasan sebagai asas bekerja dan memerintah.

vii. Menerus dan memperbanyakkan siri dan media penerangan keseluruh negeri agar rakyat menerima maklumat yang tepat dan pemikiran rakyat tidak dijajah oleh Umno/BN.

viii. Program mewujudkan ‘kebersamaan’ antara parti komponen Pakatan Rakyat perlu segera dilaksanakan agar seleruh ahli Pakatan Rakyat memahami perjuangan rakan seperjuangan.

ix. Munajat yang berterusan bagi memohon pertolongan dan keredhaan Allah swt sama ada sewaktu dilanda krisis mahupun tidak.

x. Jawatankuasa resolusi mencadangkan agar gagasan Pakatan Rakyat disegerakan pendaftaran diperingkat nasional dengan penggunaan 1 logo. -YB Idhamlim


Era Najib Altantuya: Gerakan Cadang BN Digantikan Dengan Sebuah Parti Tunggal

Pemuda Gerakan mencadangkan ditubuhkan parti tunggal yang mewakili semua kaum bagi menggantikan Barisan Nasional (BN) yang kini dianggotai parti-parti komponen yang mewakili kaum tertentu.

Ketuanya Lim Si Pin (gambar) berkata penubuhan parti tunggal itu diyakini akan dapat menarik minat semua kaum untuk menyertainya dan dapat mengelakkan timbulnya sebarang masalah perkauman.

"Kalau kita (parti-parti komponen) masih menggunakan cara perkauman untuk mengatasi masalah, kita hanya akan menjadi semakin mundur dan tidak dapat menuju ke hadapan," katanya dalam ucapan dasar pada persidangan Pemuda Gerakan di Menara PGRM di sini pada Sabtu.

Sehubungan itu, Lim mencadangkan satu jawatankuasa Pemuda Barisan Nasional (BN) ditubuhkan untuk mengkaji bagaimana struktur parti tunggal sedemikian dapat direalisasikan.

"Saya berharap, Pemuda BN yang kini di bawah pucuk pimpinan saudara Khairy Jamaluddin tidak mengambil ringan cadangan ini tetapi sebaliknya mengambil cadangan untuk menerokai kemungkinan diwujudkan satu parti sedemikian," katanya.

Sementara itu, Lim berkata kesepakatan dan kerjasama perlu dicapai antara semua parti komponen BN dengan menjadikan kekalahan pada pilihan raya umum ke-12 tahun lepas sebagai iktibar dan mendapatkan semula sokongan pengundi pada pilihan raya umum dan kecil yang akan datang.

Katanya keputusan pilihan raya umum ke-12 jelas menunjukkan bahawa aspirasi dan hasrat pengundi dan rakyat jelata telah menjangkaui batasan kaum.

"Banyak kerja pemulihan perlu dilaksanakan, misalnya semua rancangan sedia ada harus dikemaskinikan dan dikaji semula untuk meningkatkan semula imej parti Barisan Nasional," katanya.

Mengenai Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Lim berharap kerajaan dapat membuat pindaan yang menyeluruh ke atas akta itu dan bila tiba masa yang sesuai dimansuhkan dan digantikan dengan satu akta yang lebih berperikemanusiaan. -Bernama

Era Najib Altantuya : Badrul Boleh Saman Jika Mahu - Khalid

Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan menghalang tindakan ADUN Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdulllah untuk menfailkan saman malu terhap beliau.

Menurutnya jika mahu, Badrul juga boleh menfailkan saman terhadap beliau menggunakan wang Umno-Barisan Nasional.

“Dia boleh saman kalau dia nak,boleh pakai duit UMNO juga”,katanya berhubung isu ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang isu ini dalam satu sidang media selepas menghadiri Konvokesyen Universiti industri Selangor (Unisel) di Bestari Jaya pagi tadi.

Terdahulu, Badrul dalam kenyataannya berkata, beliau akan menfailkan saman terhadap Khalid yang kononnya menfitnahnya mengalami masalah mental.

Selepas keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi ADUN Bebas menyokong Barisan Nasional, Badrul dilihat cuba menunding jari menyalahkan kerajaan negeri dan parti di atas keputusan yang diambil.

Bagaimanapun, rakyat khususnya di Pelabuhan Klang sedia maklum dengan perilaku Adun berkenaan yang gagal menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat.

Tindakan keluar parti itu diambil selepas Khalid mengutarakan usul kepada PKR meminta Badrul meletakaan jawatan bagi membuktikan keprihatinan kerajaan negeri terhadap masyarakat Pelabuhan Klang.

Walaupun dikecam hebat penduduk Pelabuhan Klang, badrul masih enggan melepaskan jawatannya.-NADIA MOHSIN(TV SELANGOR)

Era Najib Altantuya : UMNO BN Guna Taktik Kotor

Barisan Nasional (BN) didakwa menggunakan taktik kotor untuk kembali memerintah di negeri yang ditawan pembangkang pada pilihan raya umum lalu dengan ‘memancing’ Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat (PR), demikian lapor Sinar Harian.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub berkata, antara strategi yang digunakan ialah menyalurkan peruntukan kepada bekas pemimpin PR yang menjadi wakil rakyat Bebas dan menyokong (BN).

Menurutnya, strategi itu digunakan terhadap ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytihar dirinya wakil rakyat Bebas yang menyokong BN berkuat kuasa serta merta, kelmarin.

“Itu baru strategi awal, banyak lagi strategi yang dirangka oleh BN. Dalam situasi Badrul ini, BN bermurah hati beri bantuan. Selepas itu berusaha memerangkap Badrul masuk BN. Bila terperangkap, mereka akan ambil satu demi satu kerusi PR," katanya.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar bahawa BN bersedia memberikan bantuan atas sokongan beliau (Badrul) kepada BN bagi membangunkan secara bersama-sama kawasan yang diwakili Badrul.

Menurut Mustaffa Kamil, situasi yang sama tutut berlaku terhadap tiga ADUN di Perak iaitu ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu daripada Parti Keadilan Rakyat serta ADUN Jelapang, Hee Yit Foong (DAP) yang menjadi wakil rakyat Bebas dan beri sokongan kepada BN.

Katanya, PKR akan tetap berjalan seperti biasa kerana keputusan Badrul keluar parti bukanlah perkara mengejutkan.

Sementara itu Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan menafikan dakwaan berkenaan berkata, BN tidak pernah menggunakan taktik kotor sebaliknya mereka berbuat demikian kerana sudah hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan parti.

“Mereka sendiri yang menyokong, bukan paksaan atau ‘taktik kotor’ BN. Kita sentiasa mengalu-alukan sokongan mereka itu yang menyedari bahawa BN banyak berjasa dalam pelbagai bidang,” katanya.

30 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Penduduk Pelabuhan Klang Gesa Badrul Hisham Letak Jawatan

Beliau tidak bertanggungjawab, jarang bergaul dan tidak langsung prihatin terhadap masalah rakyat.

Itulah sungutan penduduk Pelabuhan Kelang terhadap Badrul Hisham Abdullah, adun kawasan itu yang bertindak keluar dari parti Keadilan Rakyat untuk menyokong Umno-Barisan nasional.

Badrul mengambil tindakan itu setelah Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor mengusulkan supaya beliau meletak jawatan sebagai Adun kerana gagal melaksanakan amanah yang diberikan.

Namun Badrul enggan melepaskan kerusi ADUN itu dan kini mencari sokongan daripada Umno untuk melanjutkan karier politiknya.

Semua akhbar dan media eletronik arus perdana memuatkan tindakan Badrul keluar dari PKR sebagai tajuk utama.

Malah mereka cuba memaparkan tindakan itu sebagai tanda PKR tengah bergolak.
Media kawalan umno-BN tidak pun cuba menyiasat prestasi Badrul sebagai ADUN pelabuhan Kelang.

Malah mereka memperkecilkan rasional Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim disebalik tindakan kerajaan negeri mengusulkan Badrul meletak jawatan.

Tindakan berani itu diambil kerana penduduk pelabuhan Kelang hilang kepercayaan terhadap adun yang dipilih mereka pada pilihanraya umum 2008.

Susulan keluhan penduduk Pelabuhan Kelang, Pakatan Rakyat, khususnya Parti Keadilan Rakyat mengambil pendirian tidak akan melindungi Adun yang gagal membela rakyat
Badrul enggan berjumpa dengan kepimpinan parti mahupun kerajaan negeri untuk membincangkan prestasinya.

Susulan itu Tan Sri Khalid mengambil inisiatif mengusulkan supaya Badrul meletak jawatan supaya memberi laluan kepada pihak yang lebih ikhlas tampil membela penduduk Pelabuhan Kelang.



Era Najib Altantuya : Badrul Persia Bantuan Kerajaan Negeri Selangor

Keputusan Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah untuk keluar dari PKR sememangnya dinanti-nantikan pemimpin tertinggi PKR Selangor setelah beliau gagal menunjukkan prestasi baik dalam memberi perkhidmatan sebagai wakil rakyat.

Tindakan beliau meninggalkan parti dilihat sebagai membantu Kerajaan Selangor untuk membersihkan pemimpin Pakatan Rakyat dari dibelenggu wakil rakyat yang bermasalah.

Setiausaha Polilitik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan ini disambut baik setelah Badrul enggan menerima sebarang bentuk bantuan dari kerajaan negeri dan parti bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Kita selama ni cuba untuk perbaiki selepas dapat banyak respon tentang rekod dia, tentang prestasi dia sebagai seorang wakil rakyat dan kita cuba berjumpa, kita cuba membantu tetapi dia nampak dia tidak mahu menerima bantuan kita, dia dah tutup pusat khidmat dia, kita bergerak lama tanpa dia jadi kita ucapkan selamat jalan lah pada dia sebab kita pun kalau boleh tidak mahu sampai ke tahap macam nie, tetapi dia yang memilih jalan macam ni, kita dah bagi peluang dia menjadi wakil rakyat, bila timbul masalah kita cuba bantu tapi inilah pilihan yang dia ambil”, katanya.

Bercakap kepada Tv Selangor ketika diminta mengulas tindakan Badrul keluar PKR melalui telefon hari ini.

Nik Nazmi menyelar kenyataan Badrul bahawa beliau hilang kepercayaan kepada parti. Sebaliknya Nik Nazmi berkata PKR terlebih dahulu hilang kepercayaan kepada Badrul setelah beliau gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di situ.

Menurutnya, Badrul tidak seharusnya bertindak menutup Pusat Khidmat DUNnya, sekiranya beliau hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.

“Sebenarnya saya rasa kita yang hilang keyakinan dengan dia dulu, selama ni kenapa dia tak keluar, kalau dah lama dia begitu kenapa dia tak keluar dan dia hilang keyakinan kepada parti tetapi tidak bermaksud dia patut tutup pusat khidmat dia, dia perlu hentikan berhubung dengan rakyat, tak pergi program, program Tuanku tak pergi, program kerajaan negeri jadi sama ada dia percaya kepada parti itu perkara lain. Yang penting dia jalankan tugas sebagai seorang wakil rakyat”, jelasnya.

Tambahnya, Pilihanraya Kecil hanya boleh dibuat setelah Badrul meletak jawatan sebagai wakil rakyat Pelabuhan Klang sepertimana yang disyorkan Menteri Besar ekoran beliau gagal menjalankan tugasnya.

“Dia belum letak jawatan sebagai wakil rakyat, itulah yang kita nak minta kalau dia tak boleh buat kerja patutnya dia letak jawatan sekarang dia cerita hilang keyakinan pula, jadi itu kena tanya Badrul lah”, tegasnya.

Nik Nazmi turut menafikan dakwaan Badrul bahawa beliau tidak menerima peruntukan kawasannya berbanding wakil rakyat lain.

Katanya, sebaliknya kerajaan negeri sudah menawarkan pelbagai bentuk bantuan termasuk bantuan kewangan kepada Badrul bagi membolehkan beliau menjalankan program untuk masyarakat.

“Kita ambil alih pengurusan peruntukan saya sendiri maklumkan pada dia sebab waktu timbul banyak sangat aduan, rakyat minta tak dapat, ada aduan wujudnya penyelewengan dan sebagainya, kita nak selamatkan dia”, ujarnya. - MOHD SAHRULNIZAM MOHD ZAIN



Nizar Gesa Hishamuddin dan Musa Hassan Letak Jawatan

Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mendesak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan meletakkan jawatan.

Menurutnya Hishammuddin dan Musa gagal menunaikan janji bagi memastikan keselamatan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang bersindang di DUN termasuk ADUN Pakatan Rakyat terjamin.

Katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila polis bertindak kasar ke atas ADUN Pakatan Rakyat terutamanya Speaker Dewan, V. Sivakumar sehingga dicekik.

“Sebabnya dia berjanji bahawa anggota polis akan menjaga keselamatan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri termasuk Pakatan Rakyat di ipoh masa persidangan 28 hari bulan. Tetapi apa yang berlaku di tempat letak kereta itu adalah disebaliknya.

“Bukan hanya di tempat letak kereta bahkan di tempat hendak masuk Dwan Undangan Negeri pun kami dikasari sehingga YB Sivakumat dicekik dan dihimpit kumpulannya untuk merampas jubahnya sehinga koyak rabak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai tindakan ganas polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat 28 oktober lalu.

Polis bertindak ganas dengan mengasari ADUN Pakatan Rakyat bagi menghalang mereka memasuki Dewan.

Polis turut mengasari Speaker Dewan, V. Sivakumar dengan mencekik beliau bagi merampas jubah yang dipakainya mengakibatkan jubah berkenaan koyak rabak.

Nizar berkata, pihaknya mempunyai bukti berhubung tindakan ganas polis yang mencekik Sivakumar.

Katanya, institusi polis tercemar kerana diperalat Umno-Barisan Nasional.

“Saya minta apa yang dinyatakan polis akan menjaga keselamatan, polis tidak akan menggunakan kekasaran. Tetapi apa yang berlaku mereka terlalu kasar dengan kami.
Mereka cuba merampas jubah Sivakumar itu sebabnya saya menyatakan dia tidak pegang kepada apa yang dinyatakan, dia kena berhenti termasuk Ketua polis Negara sekali.

“Ini mencemarkan institusi polis setelah mereka diperalat Umno-Barisan Nasional, tiba-tiba apa yang dijanjikan tidak berlaku dan polis cukup kasar kepada kami. Kita boleh buktikan gambar di mana Sivakumar dicekik,” katanya. -TVS



Era Najib Altantuya : JK Disiplin Jangan Jadi SPRM

Setelah Mesyuarat Khas PAS memutuskan untuk mengheret PAS Selangor (sahaja) ke Lembaga Disiplin, ia dilihat oleh kebanyakan ahli PAS sebagai satu tindakan yang lembab serta tidak memadai.

Ini kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum. Sementelah lagi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin, Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini telah pun menunjukkan bahawa tindakan-tindakannya belum benar-benar bebas, telus dan adil.

Ini adalah kerana perlantikan Pengerusi Jawatankuasa Disiplin dilakukan oleh Tuan Presiden sendiri dan bukanlah sebuah jawatankuasa yang benar-benar beringtegriti dan bebas untuk menyiasar apa jua kemelut dan perbuatan salahlaku ahli atau pimpinan parti.

Satu contoh jelas ialah apabila Tuan Ibrahim mengeluarkan arahan supaya ahli PAS dan pimpinan "menutup mulut" mengenai isu "Kerajaan Perpaduan" satu ketika yang belum terlalu lama dulu.

Arahan itu dikeluarkan sebaik sahaja tulisan Dr.Dzulkefli Ahmad, Ahli PArlimen Selangor diterbitkan di dalam Harakah (yang kemudiannya dikeluarkan dari cetakan di atas arahan pihak tertentu) dimana di dalam tulisan tersebut Dr.Dzulkeli telah memberikan pandangan secara akademis tentng kebejatan Kerajaan Perpaduan yang turut diberikan dalil-dalil aqli dan naqli sekalipun Dr.Dzulkeli bukanlah merupakan seornag ahli ugamawan sepertimana ustaz-ustaz yang ramai di dalam PAS.

Tidak ada sesiapa yang mampu menghujjah semula segala keterangan dan penjelasan Dr.Dzulkefli, lantas pihak yang terpukul lantarannya, mengambil sikap untuk mengikat tangan semua para penentang UG dengan mengeluarkan satu arahan blanket, "tutup mulut" dengan beralsan isu itu telah dikuburkan!

Saya katakan arahan itu tidak adil kerana ianya dilihat dihalakan hanya kepada kumpulan penentang UG. Apa yang jelas pemimpin-pemimpin yang diketahui mendokong gagasan UG terus-teruskan mengambil sikap malah mengeluarkan kenyataan yang dilihat masih tegar memperjuangkan gagasan UG termasuk Timbalan Presiden PAS dan seorang Pesuruhjaya PAS Negeri.

Tidak pula Jawtankuasa Disiplin PAS bertindak pantas untuk menegur dan mengambil tindakan terhadap mereka itu.

Persoalan kini, mengapa Jawatankuasa Disiplin hanya bertindak apabila "diarahkan" berbuat demikian oleh Presiden parti setelah Presiden sendiri didesak untuk mengambil tindakan ke atas "petualang-petualang" parti?

Apakah sewaktu "kejadian-kejadian" perlanggaran etika itu dilakukan oleh pemimpin-pemimpin parti, Jawatankuasa tidak berbuat apa-apa sepertimana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak melakukan apa-apa setelah dibawa ke pengetahuannya tentang pelbagai isu yang melibatkan pemimpin parti pemerintah?

Dan jika ada pun tindakan dilakukan, ianya hanya sebagai pewujudan kambing-kambing hitam bagi menunjukkan yang kononnya mereka adil, telus dan berwibawa?

Saya secara terus terang menyatakan saya kurang yakin mengenai peranan Jawatankuasa Disiplin parti dan jangan marah saya kerana Jawatankuasa itu sendiri bukan sebuah badan bebas, sepertimana yang kita sendiri laungkan untuk SPRM. Cuma saya yakin Jawatankuasa Disiplin PAS belum sampai ke tahap "lembu-lembu" tunggangan golongan pro-UG yang terdiri dari pemimpin tertinggi parti untuk menekan dan menzalimi kumpulan ahli yang anti-UG yang bilangannya jauh lebih ramai. Tapi nampaknya macam nak jadi ke arah itu jika langkah UMNO yang diikutinya.

Dan kini sekali lagi arahan "tutup mulut" dikeluarkan. Betapa jelasnya jawatankuasa tersebut tidak benar-benar bebas malah melakukan siasatan terpilih sama seperti SPRM.

Demi kebenaran dan keadilan, saya meminta disiasat sama Timbalan Presiden dan Setiausaha Agong parti yang ada diantara tindakan dan kenyataan mereka lebih dasyat dari tindakannya dari Pas Selangor, sekurang-kurang itulah persepsi kebanyakan ahli. Malah mereka juga disebutkan bersama di dalam blog Mursyidul Am PAS yang kerananya mesyuarat khas telah dipanggil!

Era Najib Altantuya : Saya Tak Peduli Jika Badrul Lompat Parti - Khalid

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, beliau tidak peduli jika Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah menjadi wakil rakyat Bebas atau melompat ke mana-mana parti.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri tidak akan menyimpan sesiapa juga yang tidak tahu membuat kerja kerana beberapa masalah akan timbul dan menyukarkan kerajaan untuk membangunkan kebajikan dan sosial rakyat.

“Saya tak kira... dia wakil rakyat, dia mewakili semua rakyat sebab dia sudah terpaksa buat kerja ... nak jadi Bebas, Keadilan, UMNO, MCA itu terpulang kepada dia, yang penting dia buat kerja,” katanya, semalam.

Abdul Khalid, yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor berkata demikian ketika ditenui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor di sini, semalam.

Menurutnya, PKR hanya sanggup menerima Badrul jika beliau sanggup bekerja menyempurnakan amanah yang diberikan rakyat kepadanya.

“Masalah dia kenapa dia ingin masuk pilihan raya berjanji kepada rakyat untuk tolong rakyat lepas tu dia tak nak buat kerja? Masalah dia nak pergi ke mana-mana tidak kira,” katanya.

Sebelum ini, Abdul Khalid menasihatkan Badrul supaya berhenti daripada menjadi wakil rakyat Pelabuhan Klang sekiranya tidak lagi mempunyai keinginan untuk berkhidmat kepada masyarakat yang diwakilinya.

Sementara itu, Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, Kerajaan Negeri tidak akan bertolak ansur dengan pemimpin yang tidak bertanggungjawab kerana menggagalkan usaha meningkatkan taraf ekonomi dan sosial rakyat.

“Kerajaan Negeri prihatin terhadap aduan penduduk di Pelabuhan Klang berkenaan dengan ketidakupayaan ADUN mereka dalam menjalankan kewajipan sebagai wakil rakyat.” katanya dalam kenyataan media, semalam.

Menurutnya, sejak surat tunjuk sebab dikeluarkan kepada Badrul pada 20 Ogos yang lalu, beliau tidak mengambil sebarang langkah untuk memperbaiki prestasi kerja beliau.

Nik Nazmi berkata, dalam surat jawapannya, Badrul telah menyatakan kesudian untuk berjumpa dengan pimpinan negeri dan parti. -SH

Era Najib Altantuya : ADUN Pel Kelang Digesa Letak Jawatan

Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham disaran meletakkan jawatan kerana ketidakmampuan menjalankan tugas menjejaskan perkhidmatan kerajaan negeri Selangor.

“Menteri Besar akan maklumkan pada Majlis Tertinggi Pimpinan Pusat Keadilan Rakyat bahawa beliau mahu Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan kerana kegagalan beliau menunjukkan prestasi dan sebelum ini kita sudahpun menghantar satu surat tunjuk sebab yang dihantar oleh pihak pimpinan PKR dan beliau sudah pun membalas surat tunjuk sebab itu dengan mengatakan beliau bersedia untuk bertemu kita pada bila-bila masa saja dan sampai hari ini kita cuba hubungi beliau masih tiada jawapan.Manakala Pusat Khidmat Dun beliau telah pun ditutup dan tidak dapat dihubungi oleh rakyat,”katanya.

Badrul Hisham menjadi wakil rakyat setelah memenangi kerusi Dun Pelabuhan Klang dalam PRU 12 tahun lalu.

Walaubagaimanapun prestasi Adun PKR ini merosot ekoran masalah peribadi.

Menurut Nik Nazmi, PKR memandang serius kes ini kerana kerajaan negeri mengharapkan komitmen seratus peratus dari wakil rakyat.

“Jadi macamana kita hendak bergerak ke depan kerana seorang pemimpin perlu komited dalam menjalankan amanah dan tugas beliau dan jalan terbaik adalah kita minta beliau letak jawatan,”jelasnya.

Sementara itu Adun Sri Andalas Dr Xavier Jayakumar menggesa Badrul Hisham supaya akur dengan keputusan kerajaan negeri.

Kerajaan negeri akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana wakil rakyat atau pegawai yang gagal menjalankan tugas dengan baik.

“Kita tiada masalah dengan beliau dan saya ingat beliau ada masalah peribadi sama ada masalah kesihatan atau masalah kerja,tetapi jika beliau ada masalah kerja beliau boleh berbincang dan kita boleh bantu.Tetapi beliau tidak mahu langsung bertemu atau menghadiri sebarang majlis kerajaan negeri.Jadi saya fakir beliau memang menghadapi masalah peribadi dan kita sebagai satu pasukan perlu mangambil tindakan,”jelasnya.

Sementara itu, Kerajaan negeri memandang serius kepada mana-mana wakil rakyat atau pegawai yang gagal melaksanakan tugas yang telah diamanahkan.

Semua wakil rakyat dan pegawai harus menjunjung tinggi amanah yang telah diberikan oleh rakyat.

Menurut Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Selangor, Haniza Talha, tindakan tegas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim adalah wajar bagi mereka yang gagal menjalankan tugas.

“Saya kira saranan itu adalah wajar sebab Adun Pelabuhan Klang dipilih oleh rakyat kerana rakyat mahu beliau berkhidmat untuk rakyat, tetapi sekarang ini jika beliau tidak mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut beliau hendaklah melepaskanya secara terhormat. Jadi letak jawatan dan kita boleh pilih wakil rakyat yang mampu laksanakan tugas tersebut,”jelasnya.

Menurut Haniza lagi tindakan Tan Sri Khalid ini menunjukkan beliau bertanggungjawab keatas kelicinan pentadbiran negeri Selangor.

“Sebagai Menteri Besar yang bertanggungjawab keatas negeri Selangor sudah tentu Tan Sri Khalid wajar .mengambil tindakan sedemikian, tindakan yang bijaksana.Kalau dibiarkan seorang wakil rakyat yang tidak berkemampuan berkhidmat untuk rakyat ini akan menjejaskan prestasi pentadbiran negeri dan ini adalah tanggungjawab Menteri Besar dalam memberikan yang terbaik untuk rakyat,”katanya.

Sementara itu Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor,Khairul Anuar Ahmad, menyokong penuh tindakan Menteri Besar untuk melepaskan Adun Pelabuhan Klang dari tugasnya.

“Inilah tanggungjawab yang harus kita ambil daripada rakyat, mandat yang telah diambil dari pengundi dari pilihanraya yang lalu.Sekalipun sukar tetapi tanggungjawab itu lebih penting ataupun amanah rakyat itu yang penting. Jjadi kalau kita dapati ada Adun-adun yang tidak dapat memberikan khidmat terbaik kepada kerajaan negeri dan rakyat walaupun setelah dibantu dan dinasihati, tetapi masih lagi gagal melaksanakan amanah itu maka kita perlu mengambil keputusan dan tindakan yang bertanggungjawab .Walaupun sukar tetapi amanah rakyat itu adalah yang penting,”katanya. -TVS



29 Okt 2009

Era Najib Altantuya : MB Selangor Usul ADUN P. Klang Letak Jawatan

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membuat usul kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat menyarankan supaya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah meletakkan jawatan.

Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usul berkenaan dibuat atas keprihatinan kerajaan negeri terhadap aduan penduduk Pelabuhan Kelang mengenai prestasi Badrul Hisham.

Walaupun diberikan surat tunjuk sebab sebelum ini, Badrul gagal memperbaiki prestasi kerja beliau selain enggan membuka semula Pusat Khidmat beliau untuk penduduk setempat.

Badrul juga enggan berjumpa dengan pimpinan kerajaan negeri ataupun parti dan tidak melayan panggilan telefon atau SMS yang dihantar kepada beliau mengenai isu berkenaan, kata Nik Nazmi.

“Datuk Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengambil keputusan untuk menyatakan kepada Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat agar YB Badrul diminta letak jawatan kerana gagal menunjukkan prestasi yang baik selaku wakil rakyat Pelabuhan Klang,” katanya.

Nazmi berkata kerajaan negeri telah menerima banyak aduan mengenai mutu kerja Badrul sebelum ini.

“Kerana banyak aduan, kita telah memberi surat tunjuk sebab, apabila dia (Badrul) membalas surat tunjuk sebab, dia menyatakan kesedian untuk berjumpa. Tetapi sampai hari ini kita cuba berjumpa dengan dia tetapi tidak berjaya, tidak dapat menghubungi beliau malah penduduk pun sukar untuk berjumpa dengannya,” kata Nik Nadzmi.

“Jadi sebab itu kita ambil keputusan untuk minta dia letak jawatan,” katanya.

Nik Nazmi berkata usul berkenaan tidak dibawa ke Speaker Dewan kerana Menteri Besar tidak mahu memecat Badrul sebaliknya hanya mahu beliau meletakkan jawatan secara sukarela.

Menurutnya kerajaan negeri tidak akan bertolak ansur dengan wakil rakyat yang tidak bertanggungjawab kerana ia hanya mengekang usaha kerajaan negeri dalam memajukan Selangor. -TVS



Era Najib Altantuya : Masih Lembabkah PAS Setelah Bermesyuarat

Rakyat Malaysia khususnya ahli-ahli PAS mengharapkan satu keputusan tegas diambil dari mesyuarat khas yang diadakan malam tadi, dan apakah ianya tercapai?

OBJEKTIF yang sepatutnya dicapai: Ia bagi memulihkan keyakinan masyarakat terutama BUKAN-MELAYU terhadap PAS selain dari menyelesaikan apa yang disifatkan pimpinan sendiri, konflik dalaman parti.

Berdasarkan laporan yang diterima mesyuarat khas hanya memutuskan beberapa perkara yang dilihat lesu dan tidak berupaya mencapai sasaran objektif.

Diantaranya satu seminar politik bulan depan bagi membincangkan isu-isu yang dibangkitkan oleh Mursyidul Amnya Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Seminar yang dirancang itu, dengan melibatkan perwakilan setiap peringkat kepemimpinan parti, bagi menggantikan idea muktamar khas - yang asalnya disarankan oleh menteri besar itu di blognya, Khamis lalu - yang diputuskan tidak perlu diadakan.

"Satu seminar politik akan diadakan pada 7 November ini yang dihadiri perwakilan daripada seluruh negara bagi membincangkan isu yang berkaitan dan isu-isu lain bagi memperkasakan PAS.

"EGM (muktamar khas) tidak ada. Kita bersetuju EGM tidak ada," kata Abdul Hadi lagi.

Selain itu, Mesyuarat khas barisan pemimpin atasan PAS yang berlarutan lebih empat jam sehingga selepas tengah malam semalam juga memutuskan untuk membawa PAS Selangor ke jawatankuasa disiplin parti itu.

"Isu Selangor kita serah pada jawatankuasa disiplin yang dipengerusinya oleh (naib presiden) Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyiasat sejauh mana kebenarannya tuduhan-tuduhan yang dilemparkan itu," kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Dua keputusan itu diambil dan diumumkan dalam sidang media ringkas di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur selepas mesyuarat berakhir kira-kira jam 1 pagi tadi.

Dan menurut Presiden, PAS akan beriltizam untuk mengeratkan kerjasama dalam Pakatan Rakyat dan menutup pintu kepada rundingan dengan Umno.

Sekadar itu.

Persoalan kini, mengapa masih tiada ketegasan untuk melenyapkan isu UG yang menjadi barah di dalam parti. Mengapa masih ada ruang untuk membiarkan para pemimpin parti untuk bercakap lain, buat lain di dalam parti? Mengapa tidak fokus kepada malamat yang dicapai dan PAS sering mengulangi "kelembapan" di dalam "decision-making"?

Satu seminar akan diadakan bagi membincangkan soal-soal yang ditimbulkan oleh Musyidul Am PAS. Mengapa tindakan selembab itu yang diambil? Ia hanya merujuk kepada persoalan sekerat dua pemimpin yang bermasalah dan rata-rata ahli PAS memahami maksud Mursyidul Am PAS berkenaan.

Apakah seminar sekadar ingin menjadi perisai akhir kepada pemimpin yang dikatakan bermasalah itu untuk melepaskan diri dari disingkirkan?

Mengapa proses "membetulkan PAS" perlu berkluk-klek dan tidak tegas? Mengapa tidak diputuskan pada malam tadi supaya pemimpin masalah itu ditribunalkan atau setidak-tidaknya meminta pemimpin-pemimpin bermasalah itu bertanggungjawab untuk memohon maaf kepada Mursyidul Am dan sekalian ahli PAS di atas apa yang dilihat sebagai bertindak lembab, tidak pro-aktif dan meminta mereka berikrar untuk menjalankan amanah dengan lebih meyakinkan, telus, cekap dan efektif?

Persoalan yang mudah dipersulitkan dengan mengadakan seminar menggantikan EGM, satu langkah yang mungkin boleh mentenangkan keadaan dalam jangkamasa pendek tetapi tidak mungkin boleh mencapai objektif yang diharapkan di dalam saat di mana PAS menjadi parti yang telah tercemar ekoran tindak-tanduk "pemimpin bermasalah".

Kemudian, isu Pesuruhjaya PAS Selangor baru hendak dirujukkan ke jawatankuasa disiplin. Berapa lama ianya akan diselesaikan? Tidak dinyatakan "time-frame". Justeru ia memberi ruang kewujudan satu lagi jenis kelembapan yang tidak perlu.

Persoalan UG dikatakan tertutup rapi, tetapi adegan-adegan yang mencurigakan dan meluatkan rakyat masih dilakukan oleh "pemimpin bermasalah" seperti pertemuan dengan blogger-blogger UMNO baru-baru ini.

Pemimpin-pemimpin yang dikaitkan dengan UG masih melakukan kerja-kerja yang menimbulkan prasangka ahli, malah perlantikan Mustafa Ali sendiri yang dilihat sebagai "grand-designer" UG itu dilantik sebagai Setiausaha Agong parti oleh Presiden? Apakah ini langkah untuk memperbodoh dan mengepikan pendirian ahli yang telah memilih 80% AJK tertinggi dari kalangan yang menentang gagasan UG sebelum ini?

Persoalan "Kelab Penyokong PAS" yang lembab ditangani, lansung tidak disentuh malam tadi. Tidak ada apa keputusan mengenainya dibuat. Sekalipun peserta muktamar ke 55 dijanjikan bahawa Kelab tersebut bakal dinstitusikan. Persoalannya bila? Apakah PAS kalah lagi nanti di dalam pilihanraya baru ianya terkocoh kacah akan diambil tindakan?

Betapa lembabnya pemimpin PAS di dalam pengurusan parti sekalipun segala kemudahan, keselesaan dan kepakaran telah dikurniakan Allah s.w.t. dengan melipah ruah. Pengajaran dari Surah Ar-Rahman - Nikmat yang mana lagi hendak kamu nafikan?

Ada banyak hal yang perlu dan boleh PAS lakukan tetapi apa yang berlaku setakat ini hanya sekelumit dari apa yang perlu mereka lakukan.

Diantaranya:

1) Pemerkasaan unit penerangan parti dengan memperkukuhkan unit sebaran am seperti harakahdaily yang telah merudum. Tukarkan segera Pengerusi yang lemah, lembab dan tidak profesyenal. Umpamakan harakahdaily sebuah organisasi milik syarikat terbitan awam dimana kekukohan organisasi bergantung kepada kredibiliti, ketrampilan, kerja keras dan kredibiliti CEOnya. Lantik Pengerusi sepenuh masa, bukan lagi pemimpin parti yang mempunyai motif tersirat bagi menjalan misi dan visi individualistiknya lebih-lebih lagi untuk mengambil kesempatan untuk meletakkan anak-beranaknya di organisasi tersebut.

2) Sehubungannya juga, TVPAS perlu diuruskan dengan lebih profesyenal suapaya ianya mampu bertindak menyebarkan berita terkini dengan pantas, efisyien dan efektif. Efisyen dalam ertikata cekap da pantas di dalam menyampaikan berita dan mengulas isu semasa dengan kaedah yang betul dan meyakinkan. Efektif di dalam ertikata memberi sudutpandang yang pelbagai dan kritikal untuk menegakkan kebenaran. Unit radio PAS juga perlu diwujudkan bagi membolehkan rakyat mempunyai saluran hiburan dan sumber maklumat alternatif dari arus perdana dan agar suara PAS sentiasa dekat di hati pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.

3) Kelab Penyokong PAS perlu diinstitusikan sekadar segera. Ini tidak. Setelah berbulan-bulan muktamar tamat, sehingga hari ini yang ada hanya janji. Janji kosong yang belum pasti. Dijanjikan akan dijadikan sayap utama parti sedangkan yang diperlukan ialah pengiktirafan kehadiran mereka sebagai penyokong parti. Apa ertinya menjanjikan mereka mahligai sedangkan keperluan yang mendesak ialah sebuah pondok untuk berteduh tatkala hujan lebat? Aneh pemikiran pemimpin tertinggi PAS kita.

4) IT dilihat sebagai media baru yang tidak boleh dinafikan kepentingannnya sekarang ini. Tatkala parti-parti lain sedang sibuk untuk mendaftarkan dan mengemaskinikan butiran ahli-ahli secara online, PAS masih terbelakang. Sewaktu saya melawat pejabat PAS untuk menyemak butiran keahlian saya satu ketika, yang dilakuka ialah kaedah secara manual, itupun tidak dikemaskinikan malah rekod itu tidak ditemui lansung. Apa ke halnya pengurusan sedemikian dan itu anda berharap untuk mentadbirkan negara?

5) Blogger-blogger UMNO ditemui, mengapa tidak blogger penyokong PAS atau Pakatan Rakyat? Sudah gila tahap gabankah untuk bersama UMNO pemimpin sedemikian?

6) PAS masih mengekalkan budaya "lenggang mak limah" di dalam banyak hal. Maka tidak hairan mengapa Prof Abdul Aziz Bari menyatakan bahawa kepimpinan Abd Hadi "dilihat" (saya tekankan disini dilihat - iaitu "satu persepsi" umum) selembab kepimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Kita mengata orang, rupa-rupanya di dalam parti kita saling tak tumpah dengan orang yang menjadi sasaran kritikan kita selama ini.


Saya tidak perlu mencadangkan PAS perlu menganjurkan siri kursus dan kuliah teknik pengurusan kontemporari atau etika profesyenal untuk meningkatkan kualiti dan produktiviti pemimpin dan ahli sekalipun ia dilihat sebagai amat kritikal, kerana saya mendapati barisan pimpinan tidak pernah memberikan respons yang baik di dalam apa-apa cadangan yang dikemukakan, sedangkan kritikan membina ahli akademik yang sayang PAS juga dihadiahkan kecaman dan hentaman seperti yang dilakukan oleh Ketua Penerangan PAS terhadap tulisan Prof Abdul Aziz Bari.

PAS masih tersangkut dengan program ceramah-ceramah superficial dan kursus sah atau tidak wudhu kerana setitis darah nyamuk atau tahi cicak. Paling tinggi Lajnah Organisasi masih tersangkut dengan kursus sistem pemfailan untuk kabinet keluli, kalau kursus komputer pun masih ditahap tatacara memegang tetikus dan membuka game minesweeper. Tak habis-habis.

Ini era digital. Ini bukan era Khir Johari atau Datuk Senu jadi menteri, bukan era Mustafa jadi Timbalan Menteri Sains Teknologi Dan Alam Sekitar. Telah berlalu zaman kelembapan, zaman untuk merebut gelaran, glamour dan ghanimah, zaman untuk menipu dan memperdaya sekalian ahli dan ummah.

Hubaya-hubaya, pilihanraya umum ke 13 bakal menjelma dan PAS di tubir gaung kekalahan jika staus quo PAS masih di tahap yang ada kini. GB ingin mengigatkan pesanan Mursyidul Am PAS yang pertama, Allahyarham Tn Hj Yusof Hj Rawa, katanya: Jika takut dan tidak berupaya dialun gelombang, usah berrumah ditepi pantai. Jika tak beruapaya menjadi pemimpin serba-berkemampuan di zaman bergerak pantas ini, undur terlebih baik dari berkokok kerluk-klek untuk mempertahankan kelembapan yang mencelakakan jemaah dan ummah. Sebagai pemimpin, anda sedang diperhatikan oleh Allah sendiri serta makhlukNya, di langit dan di bumi.

Wahai pimpinan, takutlah kamu akan Allah kerana sabda Rasulullah s.a.w.

"Tidaklah seseorang pemimpin yang dituntut Allah supaya memimpin yang kemudian ia mati kerana tiba ajalnya padahal ia telah melakukan kecurangan dan pengkhianatan dalam pimpinannya, melainkan Allah mengharamkan syurga untuknya."

-Greenboc

28 Okt 2009

Kenyataan Media Nizar dan Sivakumar

Pihak polis menahan kami beberapa kali sebelum boleh masuk dewan, tidak pernah berlaku Adun dilayan seperti penjenayah.

Apabila kami tidak mahu menyerahkan jubah dan kekerasan digunakan untuk merampas songkok dan jubah. Mereka menekan dan mencekik saya supaya saya tidak bernafas dan lemah. Walaupun Adun PR cuba menyelamatkan tetapi mereka menghadapi ramai polis.

Sivakumar menunjukkan sekali lagi cebisan jubah yang masih tinggal sebagai simbol demokrasi.

Sivakumar mempersoalkan tindakan kami dilarang membawa masuk kamera. Juga beliau mendakwa semacam dirancang tidak ada anggota media dalam ruang legar SUK semacam hendak mengelak media melihat apa yang berlaku.

Speaker Sivakumar mengesahkan sidang pada hari ini dengan meluluskan tiga usul iaitu usul berkaitan tragedi di Kuala Dipang, tahniah dengan prestasi Kerajaan PR dan pencalonan seorang calon untuk menjadi Ahli Dewan Negara yang baru.

Sementara itu Datuk Seri Nizar Jamaludin pula berkata, rombongan Adun PR telah dihalang oleh 5 sekatan dan ini bercanggah dengan demokrasi. Terbukti kekecohan bermula dari arahan defekto BN.

"Saya rakamkan disini atas arahan BN kepada pihak polis menghalang kami."

"Jika Speaker itu haram maka usul, bajet adalah tidak sah dan semuanya tidak mengikuti peraturan."

"Saya mendesak Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Hishamuddin wajib meletakkan jawatan kerana tindakan polis yang memalukan," ujarnya lagi.

Era Najib Altantuya : BN Tolak Usul Tragedi 1 Malaysia

Usul yang dibentangkan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat berhubung tragedi perkhemahan 1 Malaysia Kuala Dipang, Kampar baru-baru ini ditolak Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye berkata beliau amat kesal pemerintah enggan membenarkan tragedi itu dibentangkan di Dewan Rakyat.

Pakatan Rakyat turun padang melawat tempat kejadian melihat tragedi tersebut.

“Selepas tragedi berlaku saya sempat melawat tempat kejadian pada 2.30 pagi, 27 Oktober 2009 dan berpeluang menemuramah sebahagian daripada ibu-bapa murid yang terlibat” ujar beliau.

Dari pemerhatiannya, Dr Lee berkata struktur jambatan tidak menepati piawaian pembinaan, bahkan rombongan yang melalui jambatan itu tidak diselia pengurus perkhemahan 1 Malaysia.

“ Struktur jambatan itu tidak mengikut cirri-ciri keselamatan dan semasa murid menyeberangi Sungai Kampar yang lebarnya lebih 20 kaki, tidak ada kawalan dari guru ataupun pegawai yang bertanggungjawab” tambah beliau.

Pada kejadian 26 Oktober kira-kira jam 10.30 malam itu, 22 murid sedang menyeberang jambatan yang baru dua minggu siap dan tidak semena-mena jambatan itu roboh.

“ Bukan itu sahaja, ibu bapa juga sudah mula menimbulkan kebimbangan terhadap kem 1 Malaysia ini” tambah beliau apabila mendengar sendiri luahan para ibu-bapa yang ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu bagi Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, perkhemahan 1 Malaysia adalah antara inisiatif kerajaan yang tidak jelas objektifnya.

“ Kita telah menyaksikan banyak inisiatif kerajaan seperti projek Kem 1 Malaysia yang dilaksanakan tanpa perancangan yang betul” katanya.

Manakala bagi Ahli Parlimen Sungai Petani, Dato’ Johari Abdul pula berpendapat, kerajaan seharusnya mengambil pendekatan yang lebih terancang dan teliti jika mahu mewujudkan kem yang seumpama ini.

“Sepatutnya ada Prosedur Operasi yang Standard (SOP)atau SOP ada cuma tidak diperaktikkan” katanya kepada media.

Ahli parlimen Pakatan Rakyat akan terus mendesak kerajaan untuk menggantungkan kem 1 Malaysia sehingga keselamatan para peserta dikenalpasti.

Tragedi jambatan runtuh di Kuala Dipang dekat Kampar telah mengorbankan satu nyawa kanak-kanak India Deve a/p Nathan sementara dua lagi rakannya masih belum ditemui.

Murid berkenaan sebahagian daripada 298 murid dari 64 buah sekolah rendah dari Tronoh, Batu Gajah dan Kampar yang menyertai aktiviti kokurikulum perkhemahan 1Malaysia anjuran Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Kinta Selatan. -TVS


Era Najib Altantuya : ADUN BN Perak Adakan Sidang Sarkas

Macam mana dikelicik dan dibega pun, UMNO dan BN memalukan diri sendiri setiap kali cuba mengadakan sidang DUN Perak.

Kesemua perlakuan yang dilakukan menjadikan mereka serba salah. Serba tak kena dan memalukan diri sendiri.

Bagaiman diputar dan dibelit, fakta tetap mengatakan BN dan semua institusi yang menegakkan rampasan kuasa di Perak adalah salah.

Berselindung disebalik kuasa federal adalah langkah sementara.

Pasti kuasa itu akan jatuh. -Prof Hamirdin

Era Najib Altantuya : Kump UG Percaya Blogger UMNO?

Meletup di alam maya, apabila wujud pertemuan sulit antara beberapa orang blogger-termasuk blogger UMNO- dan pimpinan PAS; Nasaruddin Mat Isa, Hasan Ali dan Roslan SMS.

Dari rangkap ini, ada beberapa persoalan yang perlu dijawab, iaitu; (1) kenapa diadakan secara sulit?, (2) kenapa menjemput Blogger UMNO?, (3) kenapa diadakan berhampiran dengan mesyuarat Khas?, (4) kenapa melibatkan 3 orang pimpinan PAS ini, yang sudah diketahui umum adalah pimpinan PAS yang bermasalah dari sudut hubungan mereka dengan pakatan Rakyat, ekoran kecenderongan mereka kepada UMNO.

Usah dinafikan, kononnya tidak wujud pertemuan, atau dikatakan ia sebagai perkara yang ‘perasangka’ dengan merujuk kepada surah al-hujurat ayat 12. Ini kerana, ayat tersebut bersifat umum; iaitu ia menyebut tentang larangan berperasangka dikala tidak wujud sebarang qarinah-qarinah yang mengkuatkan disebalik perasangka yang tertimbul.

Justeru, ayat tersebut perlu ada pengkhususannya; iaitu apabila wujud qarinah-qarinah yang dapat mendokong sesuatu perasangka, ketika itu, perasangka tersebut tidak haram, sepertimana larangan dalam kandungan ayat ke-12 dari surah Al-Hujurat.

Kalau orang yang belajar ilmu usul fiqh dan ilmu tafsir, pasti akan memahami konsep ‘umum’ dan ‘khusus’ dalam sesuatu nas, sama ada al-Quran, ataupun Hadis Nabi SAW, terutama menerusi ayat ini. Mereka yang sekadar membaca al-Quran dan Hadis tanpa roh dan kaedahnya sahaja akan merujuk kepada ayat ini tanpa melihat umum dan khususnya.

Berbalik kepada isu yang hendak dibincangkan, bukankah telah terbukti pengakuan Presiden PAS bahawa wujudnya pertemuan sulit antara pimpinan PAS dengan pimpinan tertinggi UMNO. Pengakuan itu dibuat sejurus Pak Lah mengakui wujudnya pertemuan sulit sebanyak tiga kali.

Begitujuga, dengan isu pertemuan sulit dengan blogger. Usah dinafikan lagi, kerana sudah terbukti wujudnya gambar, malahan pengakuan sendiri dari sebilangan blogger yang hadir dalam pertemuan tersebut.

Yang ingin kita dengar sekarang, pimpinan terbabit wajib mengeluarkan kenyataan tentang pertemuan tersebut, disamping perlu menjawab persoalan-persoalan yang penting, bagi menghilangkan keraguan ahli bawahan terhadap mereka.

Jika blogger yang dijemput itu sekadar blogger yang terdiri dari kalangan orang PAS, atau orang PKR dan DAP, ia tidak melahirkan problem yang terlalu besar, waima ada kesangsian sedikit. Mungkin tindakan tersebut, benar-benar mempunyai keikhlasan, untuk menyelesaikan kekalutan dan seterusnya dapat menghapuskan segala persepsi buruk yang terpalit terhadap mereka.

Persoalannya, persepsi apa yang hendak diperjelaskan kepada blogger UMNO itu?

Mungkin ada dari kalangan kita berkata, mengapa tidak boleh dijemput blogger UMNO, walhal mereka juga orang melayu beragama Islam? mengapa terlalu benci sangat dengan orang-orang UMNO?

Jawapannya adalah, sudah disepakati bahawa PAS akan bersama dengan Pakatan Rakyat, terdiri dari kalangan PAS, PKR dan DAP. Perlu diingat, UMNO tidak termasuk dalam pakatan Rakyat. Sebaliknya, UMNO adalah musuh kepada politik PAS.

Justeru, dalam hubungan ini, PAS sedang berkawan dengan PKR dan DAP, sedangkan UMNO merupakan musuh PAS.

Apabila keadaan ini berlaku, segala tindakan yang boleh meragukan PKR dan DAP sebagai kawan adalah terlarang sama sekali, bahkan ia diharamkan sendiri oleh Islam menerusi Hadis, Nabi SAW bersabda;

إِذَا كُنْتُمْ ثَلَاثَةً فَلَا يَتَنَاجَى اثْنَانِ دُونَ صَاحِبِهِمَا فَإِنَّ ذَلِكَ يُحْزِنُهُ

Maksudnya;
“jika kamu bertiga, maka jangan dua darinya berbisik-bisik tanpa seorang lagi. ini kerana, ia akan melahirkan kesedihan pada dirinya” (sahih Muslim : 4054)

Hadis ini amat jelas, Nabi SAW melarang dari kalangan tiga orang yang bersama, tiba-tiba dua orang dari tiga itu berbisik-bisik, maka tindakan tersebut amat terlarang dalam Islam. maqasid disebalik larangan itu adalah kerana, bimbang hati orang yang ketiga itu boleh terganggu, sama ada akan melahirkan kemarahan, kebencian, keraguan ataupun kesedihan seperti yang termaktub menerusi hadis riwayat muslim ini.

Pimpinan PAS perlu memahami maqasid disebalik hadis ini, agar tindakan yang meragukan kawan-kawan dalam Pakatan Rakyat dapat dihindarkan. Sebaliknya, seperti yang dilakukan oleh 3 orang pimpinan PAS; Nasaruddin mat Isa, Hasan Ali dan Roslan SMS adalah amat bercanggah dengan konsep yang telah di ajar dalam islam. -Al-Bakistani

Era Najib Altantuya : Tenggelamkah PAS Pada PRU13?

Bahtera Islam yang dibawa PAS besar kemungkinan bakal tenggelam apabila tibanya PRU13 nanti. Peristiwa sekongkolan PAS di zaman Tun Razak masih belum luput dalam ingatan. Sekarang mahu dicipta satu lagi kes kerajaan perpaduan terbaru?

Apabila isu EGM dinyalakan oleh Tuan Guru Nik Aziz, musuh turun temurun PAS, (sekarang Pakatan Rakyat), Umno tentulah tersangat gumbira. Apa tidaknya pokok yang mereka tanam sejak selesainya PRU12 yang lalu kelihatannya masih ada harapan besar membuah dan dituai. Buahnya yang mulai masak nampaknya boleh diharapkan segera gugur.

Maka kita boleh faham kenapa ada yang marah-marah dengan telatah TGNA yang tak semena-mena sekali lagi, tanpa hujan tanpa ribut melambungkan bola tanggung? Pelik bukan? Itu kata kita, rakyat biasa yang tidak tahu menahu perihal intrig dalaman Pas kerana rakyat biasa tidak termasuk di dalam inner circle elit pimpinan PAS. Rakyat tidak ada keistimewaan untuk mengetahui itu semua.

Walaupun demikian ini bukanlah pula bermakna bahawa para pemimpin elit ini boleh mengambil mudah dengan segala tingkah karenah, sepak terajang mereka sebaik saja keputusan PRU12 diketahui.

Mereka tidak bolehlah mengandaikan bahawa kerana wayangnya dilakonkan di sebalik tabir, maka mereka, para pemimpin elit ini bolehlah berpura-pura bisu dan tuli. Rakyat mungkin tidak ada maklumat terperinci. Namun begitu ini tidaklah pula bermakna yang seluruh rakyat itu bodoh-bodoh, tuli dan buta belaka.

Umno boleh dan telahpun sekian lama berbuat demikian, memperbodoh-bodohkan rakyat. Apakah PAS juga mahu mengikuti jejak-jejak itu?

Mari kita kembali semula kepada pokok persoalannya. Pada pandangan kita yang kurang cerdik ini, di antara isu besar yang begitu memudharatkan ialah gagasan kerajaan perpaduan, unity government yang bakal menjanjikan jawatan-jawatan besar kepada para pemimpin PAS sendiri.

Kedua tentunya apa yang berlaku di Selangor, khususnya telatah seorang pemimpin besar PAS yang juga menjadi seorang EXCO kerajaan Negeri Selangor. Pelik tapi benar, pembesar ini terlibat secara terbuka dalam serangan dan perang terbuka terhadap SELCAT, sebuah upaya bersungguh-sungguh kerajaan Pakatan Rakyat yang beliau sendiri menjadi EXCOnya, untuk membanteras rasuah. Itu lawak tidak jenakanya yang pertama.

Kemudian Kerajaan Pakatan yang PAS menjadi komponennya berdepan pula dengan isu pemindahan kuil. Pelbagai cerita telah timbul dalam isu ini. YB Khalid Samad yang dipecat dari barisan pimpinan PAS Selangor, telah berdepan dengan rakyat yang marah-marah. Beliau telah didokong bos mereka YAB Khalid yang juga begitu gagah sekali berdepan dengan isu peninggalan Umno itu.

Tak cukup dengan itu kita berdepan pula dengan pesta mengarak kepala lembu yang sepatutnya menjadi bola yang sangat tanggung kepada EXCO besar PAS ini. Dan beliau, si EXCO PAS ini bertindak dengan tegas sekali. Beliau membisu.

Jika isu Gagasan Kerajaan Perpaduan melibatkan para panglima PAS yang umumnya datang dari Terengganu yang disebut nama-namanya oleh TGNA tetapi isu-isu SELCAT, pemindahan kuil dan kepala lembu di Selangor memperlihatkan dengan jelas sikap dan tingkah seorang pemimpin besar Pakatan Rakyat dari PAS.

Ini semua telah diulang berkali-kali oleh ramai penulis di berbagai-bagai media.
Peristiwa-peristiwa besar di atas jelas memberikan isyarat-isyarat yang sangat nyaring kepada seluruh rakyat Malaysia yang pelbagai kaum dari pelbagai agama dan adat resam. Apakah isyarat-isyarat tersebut? Di antara mesej jelas yang terus diperkatakan orang, lebih-lebih lagi orang-orang BUKAN Melayu ialah:

1. PAS, sebagai sebuah parti politik tidak boleh dipercayai.

2. Pakatan Rakyat yang melibatkan PAS adalah pakatan yang rapuh, ia sebuah perkahwinan untuk berseronok-seronok, a marriage of convenience kata Umno.


Inilah isu-isunya. Barang diingat ia bukanlah hasil perbuatan licik musuh(?). Ia telah dicipta sendiri oleh PAS dan sesetengahnya telah didedahkan sendiri oleh mantan PM yang lalu. Apakah semua ini tidak ironis sekali?

Saya tidak tahu apakah para pemimpin besar PAS sangat yakin bahawa sesungguhnya kedua-dua isu di atas boleh hilang begitu saja hanya dengan menafikannya dengan sekeras-kerasnya. Semacam taubat nasuhalah, katakan. Bolehkah begitu? Begitu mudah?

PAS boleh menafikan dengan sekeras-kerasnya itu semua hanyalah fitnah jahat mainan Umno. Apakah rakyat lebih-lebih yang bukan Melayu dan bukan Islam akan percaya dengan penafian tersebut?

Pelik tapi benar, para bijak pandai agama yang saban hari bersyarah tentang pentingnya mengambil iktibar dari tragedi Perang Uhud terperangkap dengan ghanimah yang bertaburan selepas perang PRU12 yang lalu. Semuanya kecuali TGNA di Kelantan.

Sebagai penutup elok juga kiranya kita senaraikan beberapa komen, misalnya oleh sesetengah penulis dan blogger berhubung komen keras TGNA ini. Walaupun persoalan yang dibangkitkan ini bukanlah isu-isu pokok tetapi kelihatannya ia masih dilihat sangat penting. Mari kita teliti:

1. Apa yang dipos ke blog TGNA bukanlah hasil kerja beliau. Ada dalang di sebaliknya.

TGNA telah menyatakan bahawa itu adalah kerja beliau. Kenapa mesti persoalkan tentang dalang dan sebagainya? Seorang CEO menandatangani ribuan surat yang mengandungi buah fikirannya sendiri. Tanda tangan adalah manifestasi pertanggungjawaban itu. Apakah seorang CEO mesti berdepan dengan kekunci komputernya untuk menaip ribuan surat yang perlu diedarkan?

2. Semua masalah ini timbul angkara perebutan kuasa untuk menjadi PM. Anwar Ibrahim (DSAI) dijadikan culpritnya, oknumnya @ penjahatnya. Kenapa presiden PAS tidak boleh jadi PM kita, tanya mereka?

Belum pun bahtera mula belayar sudah berangan-angan. Memasang angan-angan itu dan ini. Jika ini datangnya dari kepala para pemimpin dan pengikut PAS, jelaslah kita berfikir tak pakai otak (bukan di luar kotak). Setidak-tidaknya Umno berkuasa lebih setengah abad sebelum benar-benar bercelaru. Kita sudahpun bercelaru walaupun sebelum berkuasa. Lawaknya.

3. Yang beria-ia menyokong TGNA, seperti penulis ini adalah para pemujanya. Mereka taksub sehingga berpendapat TGNA itu maksum. Ada yang menyebut TGNA sudah mereka dewakan.

Itu kata mereka yang tidak mahu melihat rasionalnya masalah yang besar yang telah timbul akibat perbuatan tiga empat kerat para pemimpin besar PAS termasuk para panglimanya. Apakah salah jika kita menjadi risau dan bimbang?

Bahtera Islam yang dibawa PAS besar kemungkinan bakal tenggelam apabila tibanya PRU13 nanti. Peristiwa sekongkolan PAS di zaman Tun Razak masih belum luput dalam ingatan. Sekarang mahu dicipta satu lagi kes kerajaan perpaduan terbaru?

Dalam hal ini tugas para pemimpin besar PAS ialah sekadar muncul dan menyatakan bahawa sesungguhnya semuanya hanya satu kekeliruan, bukanlah satu blunder @ kesilapan besar gagasan kerajaan perpaduan itu? Dan kes-kes Selangor itu juga telah selamat dan sejahtera? Begitu mudah?

Siapakah yang paling beruntung sekarang? Orang-orang yang sangat gembira ialah para pecacai, penulis komen yang diterjunkan oleh musuh-musuh PAS untuk menyerang dan memporak-perandakan blog-blog para penyokong Pas. Idea DSAI yang kemaruk jawatan PM diulang-ulangi. Kenapa? Itulah manusia politik yang paling ditakuti mereka. Sekarang saya telah melihat DSAI itu maksum? Ah, betapa lawaknya kalian.

Apakah kita tidak nampak semua ini? Badawi mungkin kelihatan seperti orang yang suka tidur tetapi dia juga ada tukang fikirnya. Dan dia tidak berfikir di luar otak. Bagi saya para panglima Pas telah memasuki perangkap Umno sebaik saja Perang Uhud, PRU 12 selesai.

Sekarang mereka gelabah dan serba salah kecuali TGNA yang telah masak dengan sepak terajangnya Umno. Apakah saya katakan beliau maksum? Tidak. Beliau manusia PAS yang sedikit cerdik dari yang lain-lainnya, lebih-lebih para panglima besar yang ghairah mengejar-gejar harta rampasan perang. -tulangbukanbesi

Wallhua'lam.

Era Najib Altantuya : Jambatan Cap Ayam

Program perkhemahan 1Malaysia, bertukar tragedi apabila jambatan yang baru dua minggu di bina runtuh menyebabkan seorang murid, Deve a/p Nathan meninggal dunia, sementara dua lagi masih hilang.

Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran memfailkan usul tergempar ke Dewan Rakyat hari ini dibawah Notis Peraturan Mesyuarat 18(2) bagi membincangkan tragedi ini.

Beliau yang ditemui di lobi parlimen berkata, apa yang berlaku di SK Kuala Dipang merupakan satu kejadian yang begitu menyayat hati.

“Sebuah jambatan gantung yang melintasi sebuah sungai telah terburai dan roboh meneybabkan beberapa orang murid yang sedang melaluinya jatuh ke dalam sungai lalu dihanyutkan oleh air yang dalam dan deras," katanya.

Program kokurikulum di Kuala Dipang, Kampar itu melibatkan 296 lebih murid sekolah. Difahamkan sehingga waktu, daripada 22 murid yang hilang, 19 telah dijumpai, seorang disahkan mati dan 2 masih hilang.

Murid yang ditemui mati, Deve a/p Nathan dikatakan ditemui di loji sungai terbabit kira-kira jam 8.30 pagi tadi.

Jambatan yang digunakan oleh murid-murid berkenaan yang hanya siap dua minggu sebelum kejadian jambatan tersebut roboh semalam.

Segaran mempersoalkan bagaimana perkhemahan di bawah naungan laungan 1 Malaysia membiarkan kanak-kanak menyeberangi sungai yang begitu deras pada waktu malam.

“Pelajar-pelajar tersebut dikatakan menggunakan jambatan gantung yang baru dua minggu dibina," katanya.

Beliau dalam nada tegas, memohon agar program-program seumpama itu dihentikan sehingga siasatan sepenuhnya dilakukan kepada umum dan hasil siasatan didedahkan kepada pengetahuan umum. -TVS


JAMBATAN CAP AYAM

Era 1Malaysia era projek cap ayam. Buat stadium stadium runtuh, buat sekolah sekolah roboh, buat kolam renang, kolam renang bocor, buat projek lereng bukit habis tanah mengelonsor...Buat jambatan gantung jambatan roboh. Menjadi mangsa anak-anak kecil yang tidak berdosa. Bayarlah pampasan berapa juta sekali pun nyawa manusia tidak boleh ditukar ganti....Jangan salahkan takdir untuk menutup dosa dan kesalahan manusia. Lihatlah dalam era 1Malaysia satu projek kos meningkat berkali ganda. Buktinya dalam laporan Audit Negara.

Sudahlah kos meningkat berkali ganda sehingga tahap tak masuk akal projek yang dijalankan tak mengikut spefikasi dan melepasi piawai kualiti dan keselamatan. Maka wujudlah projek cap ayam. Macam mana boleh wujud projek cap ayam. Salah satunya bila berlambak projek 'mee segera'.

Tak perlu ambil contoh jauh-jauh...surau di taman perumahan saya baru setahun dah retak sini sana..Kos menurap laman surau dari kos asal tak sampai RM 10 ribu meningkat hingga RM 21 ribu...Rakyat didahulukan le katakan....Lepas ini kita tunggu mana lagi bangunan dan projek yang akan menyembah bumi dan meragut nyawa...Kepada semua berhati-hati bila berada dalam bangunan atau berhampiran projek cap ayam...Anda mungkin mangsa seterusnya. -angkasanuri




Era Najib ALtantuya : Terpulang Kepada TGNA Untuk Hadir Atau Tidak

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada Selasa berkata PAS adalah sebuah parti yang boleh menentukan kepimpinannya sendiri dan yakin Nik Abdul Aziz masih mampu untuk memainkan peranannya selaku Mursyidul Am PAS.

"Kita tetap menganggap Mursyidul Am kita adalah pemimpin dalam parti mengikut landasan Majlis Syura Ulama. Kepimpinan kita adalah secara kolektif dan tidak ada dictatorship," katanya.

Menurut beliau, Nik Abdul Aziz juga tidak perlu meletak jawatan.

Beliau mengulas mengenai nasihat Tun Dr Mahathir Mohamad yang meminta agar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berundur, Abdul Hadi berkata bekas Perdana Menteri itu tidak mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan parti tersebut.

"Kita ada demokrasi dalam PAS. Semua pihak boleh mengeluarkan pandangan, di mana selama ini pun kita sudah mengamalkannya dan kita dapat menyelesaikan masalah dengan baik," katanya.

Apabila ditanya sama ada Nik Abdul Aziz patut hadir ke mesyuarat khas PAS esok dalam kapasitinya sebagai Mursyidul Am, Abdul Hadi berkata: "Itu terpulang kepada kesihatan beliau. Kita memahami (keadaan) kesihatan dan kesibukan beliau kerana Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kelantan juga sedang bersidang ketika ini".

Sementara itu, katanya PAS telah menutup pintu rundingan dengan Umno untuk membentuk satu kerajaan perpaduan.

Katanya, pucuk pimpinan negara juga sudah berubah dan PAS belum mengetahui apakah sikap yang diamalkan oleh pemimpin negara sedia ada.

"Kerajaan perpaduan tidak ada lagi. Itu dah tutup buku. Perdana Menteri itu (sebelum ini) pun sudah berhenti.

"Pemimpin yang ada kita tidak tahu bagaimana sikapnya dan kedudukannya dan keadaan juga sudah berubah," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen di sini hari ini mengenai cadangannya pada Muktamar PAS ke-55 mengenai pembentukan kerajaan perpaduan.

Beliau berkata Umno juga tidak lagi membangkitkan isu kerajaan perpaduan sebaliknya Umno dan Barisan Nasional (BN) buat masa ini sedang menguruskan krisis yang dihadapi oleh parti komponen mereka.


Era Najib Altantuya : Kes Mahathir Disembur, Terima Pita Dirakam Saksi Sebagai Bahan Bukti

Mahkamah Majistret Kota Baharu Selasa memutuskan untuk menerima sebagai bahan bukti pita yang dirakamkan saksi dalam kes perbicaraan ahli perniagaan, Datuk Nik Sapeia Nik Yusoff yang dituduh menyembur bahan pemedih mata terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan tiga yang lain, tiga tahun lepas, demikian lapor Bernama.

Majistret Azman Mustafa membuat keputusan itu selepas menolak bantahan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani berhubung permohonan pihak pembelaan supaya pita yang dirakamkan jurugambar dan wartawan NTV7, Ahmad Norzaki Mohd Noor, 40, diterima sebagai bahan bukti.

Nik Sapeia, 54, didakwa menyembur bahan pemedih mata sehingga menyebabkan kecederaan terhadap Dr Mahathir, Datuk Ibrahim Ali, Nasir Muda dan Suberi Sahidan pada 28 Julai 2006 pada kira-kira pukul 11 pagi di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa dekat sini.

Ahli perniagaan itu yang diwakili peguam Saseedharan Menon, Shamsul Bahrain Ibrahim, Zainal Abidin Mustaffa dan Mohamad Ilyas Mohd Noor dipanggil untuk membela diri oleh mahkamah pada 28 Julai tahun lalu selepas pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie terhadapnya.

Nik Sapeia didakwa mengikut Seksyen 324, Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum tiga tahun, atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

27 Okt 2009

Era Najib Altantuya : Langkah Terakhir TGNA Selamatkan PAS

Pilihanraya Umum (PRU) ke 10 pada tahun 1999 menyaksikan PAS meraih keuntungan dari gerakan Reformasi dimana negeri Terengganu Berjaya dirampas, negeri Kelantan dipertahankan dan dikalangan Barisan Alternatif yang terdiri dari PAS, Parti Keadilan Nasional (PKN), Democratic Action Party (DAP) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM), PAS memenangi paling banyak kerusi parlimen.

Arwah Ustaz Fadhil Noor ternyata bijak berpolitik apabila beliau terus mendekatkan dirinya dengan sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang baru sahaja dipecat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau juga telah dilantik menjadi Ketua Pembangkang Malaysia dan merupakan satu peristiwa yang bersejarah kerana sebelum itu, jawatan tersebut dipegang oleh DAP.

Pada ketika gerakan Reformasi memuncak dan demonstrasi demi demosntrasi dianjurkan untuk mendesak Dr. Mahathir meletakkan jawatan, akhbar Harakah, lidah kepada parti PAS laris dan laku dijual dipasaran.

Peristiwa bersejarah itu juga telah menjalinkan hubungan diantara aktivis-aktivis PAS dengan aktivis-aktivis Reformasi dan NGO yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.

Perhubungan tersebut telah menyebabkan persefahaman timbul diantara mereka. Aktivis-aktivis Reformasi dan NGO mula memahami aktivis-aktivis PAS dan begitulah sebaliknya. Hubungan mesra ini terjalin dan sikap tolenransi timbul oleh kerana objektif yang satu, menjatuhkan kerajaan yang zalim.

Apabila kerajaan Dr. Mahathir merampas royalti minyak milik negeri Terengganu yang dipimpin oleh Dato Seri Abdul Hadi Awang pada ketika itu, aktivis-aktivis Reformasi dan NGO turut turun bersama-sama dengan aktivis-aktivis PAS berdemonstrasi untuk mempertahankan “harta” milik rakyat Terengganu itu.

Semuanya dilakukan untuk memastikan negeri yang baru sahaja diambil oleh “rakyat” itu dapat dipertahankan.

Kesombongan dan kebodohan “membunuh” Umno yang pada ketika itu gusar oleh kerana kehilangan sokongan daripada pengundi-pengundi Melayu sewaktu PRU 1999 telah menimbulkan isu perpaduan dengan PAS.

Pada ketika itu, debat agar Melayu bersatu ditimbulkan. Tidak banyak bezanya dengan Muzakarah atau Muqabalah selepas PRU 2008. Kemuncaknya ialah apabila Presiden Umno, Dr. Mahathir dan Presiden PAS, Arwah Ustaz Fadhil Noor berjaya dinaikkan diatas satu pentas dalam isu Palestin. Nasharuddin Mat Isa yang kini Timbalan Presiden PAS adalah Setiausaha Politik kepada Presiden PAS pada ketika itu.

Walaupun kedua-dua presiden parti Umno dan PAS bersama-sama dalam isu Palestin, signal yang ingin disampaikan kepada pengundi-pengundi bukan Melayu ialah “Melayu” tetap bersatu.

Peristiwa 11 September 2001 telah memberikan keuntungan yang besar kepada Umno. Terutamanya dalam memberikan imej “Militan” kepada PAS kepada pengundi-pengundi bukan Melayu.

Abdul Hadi Awang yang mengambil alih jawatan Presiden PAS selepas meninggalnya Arwah Ustaz Fadhil seakan-akan memberikan “vitamin” kepada Umno apabila mengeluarkan dokumen negara Islam.

Tindakan Abdul Hadi telah mendorong DAP keluar dari Barisan Alternatif. Ini telah menyebabkan Umno dan Barisan Nasional (BN) bersorak kegembiraan.

Peristiwa-peristiwa seperti ini menambahkan lagi ketakutan rakyat bukan Melayu dan Melayu terhadap PAS. Insiden-insiden yang berlaku sepanjang 1999-2004 telah menyebabkan “hukuman besar” diberikan oleh pengundi-pengundi kepada Barisan Alternatif.

Desakan dalaman Umno telah menyebabkan Dr. Mahathir meletakkan jawatan. Tindakan ini adalah tindakan yang tepat. Sebagai hasilnya, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menggantikan Dr. Mahathir telah berjaya menang besar dalam Pilihanraya Umum 2004. Malahan dikatakan kemenangan terbesar yang pernah dicapai oleh BN.

DAP yang mengambil tindakan yang tepat apabila keluar dari Barisan Alternatif sebelum PRU 2004 telah berjaya memenangi kembali kerusi-kerusi yang mereka kalah dalam PRU 1999 dan Lim Kit Siang kembali menjadi Ketua Pembangkang. Parti Keadilan hanya berjaya memenangi satu kerusi iaitu di Permatang Pauh, kerusi tradisi Dato Seri Anwar Ibrahim.

Nik Aziz dan “geng perpaduan”

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah penentang utama kepada idea-idea penubuhan kepada kerajaan perpaduan diantara PAS dan Umno.

Idea ini adalah kesinambungan daripada apa yang berlaku selepas PRU 1999. Idea ini timbul kembali selepas PRU 2008. Malahan watak-watak yang terlibat selepas PRU 1999 turut memainkan peranan besar pada ketika ini.

Nik Aziz yang telah berada dalam PAS sewaktu parti tersebut menyertai Barisan Nasional selepas 13 Mei 1969 dahulu tahu akan permainan atau “trick lama” ini. Sudah pastilah beliau tidak mahu pisang berbuah dua kali. Sebab itulah beliau menentang keras cadangan untuk “berpadu” dengan Umno.

Beliau lebih percaya PAS mempunyai masa depan yang cerah bersama Pakatan Rakyat berbanding bekerjasama dengan Umno.

Terbaru Nik Aziz yang juga Mursyidul Am PAS mencadangkan agar muktamar khas diadakan oleh parti tersebut untuk membincangkan mengenai pemimpin-pemimpin yang bermasalah termasuk presidennya, Abdul Hadi Awang.

“Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

“Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government).

“Tenggelam-tenggelam, timbul, kemudian dihidupkan. Kemudian dimatikan pula bila nampak orang marah. Apa ini?” kata Nik Aziz dalam blognya beberapa hari lalu.

Tulisan Nik Aziz dalam blognya adalah respon kepada analisis Dr. Aziz Bari, ahli akademik Universiti Islam Malaysia (UIA) yang mengaitkan kemerosotan undi PAS di Bagan Pinang baru-baru ini dengan permasalahan yang ditimbulkan oleh Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr. Hassan Ali dalam isu “beer” dan Selcat.

Dr. Aziz turut mengkritik Abdul Hadi sebagai Presiden PAS kerana tidak bersuara apabila kekecohan ditimbulkan oleh pemimpin PAS dinegeri Selangor dan menyamakan pemimpin tersebut dengan Tun Abdullah Badawi ketika memimpin Umno yang seringkali berdiam diri apabila anak-anak buahnya membuat “onar”.

Dr. Aziz turut berpendapat bahawa sudah tiba masanya Hassan Ali disiplinkan tetapi turut mengakui ianya sukar dilakukan oleh kerana Pesuruhjaya PAS tersebut disokong kuat oleh pemimpin PAS Pusat seperti Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung.

Langkah terakhir Mursyidul Am untuk selamatkan PAS

Dalam muktamar khas yang dicadangkan, Mursyidul Am PAS menekankan keperluan kepada proses pemilihan yang ringkas, telus, dan melindungi kerahsiaan undi.

Selain daripada itu, beliau turut mencadangkan agar muktamar khas itu diadakan selama sehari atau dua hari mengikut kepada keperluan.

Kenyataan “radikal” menteri besar Kelantan itu adalah mengambil kira sentimen pengundi-pengundi muda dan bukan Melayu terhadap PAS. Ramai yang menyokong PAS kerana gagasan “Negara Berkebajikan” yang “dijual” semasa kempen PRU 12 bertukar menjadi “Unity Government”.

Dosa-dosa pemimpin PAS seperti Hassan Ali yang bertemu dengan pemimpin Umno selepas 8 Mac masih belum lagi dimaafkan oleh pengundi-pengundi yang memenangkan PAS terutamanya bagi pengundi-pengundi atas pagar dan bukan Melayu.

Hati mereka dirobek lagi apabila Hassan Ali “membuat kacau” dalam pentadbiran negeri Selangor yang seharusnya menjadi contoh pemerintahan Pakatan Rakyat.

Ini ditambah lagi dengan tindakan Pemuda parti tersebut yang tidak habis-habis “melawan konsert” berbanding dengan melawan rasuah dan penyelewengan harta rakyat.

Cadangan Nik Aziz ini dilihat sebagai langkah terkahir untuk menyelamatkan parti tersebut daripada “dihukum” oleh pengundi dalam PRU akan datang. Beliau pastinya tidak mahu lagi melihat “peristiwa PRU 2004” berulang kembali dimana undi dan sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat beralih 360 darjah kembali kepada BN.

Ini tidak mustahil berlaku jika PAS tidak sanggup mengorbankan pimpinan tertinggi mereka yang disokong kuat oleh akhbar Utusan Malaysia sebelum pemilihan agung bulan Jun lalu. -Amin Iskandar

Era Najib Altantuya : Keluarga Teoh Fail Permohonan Gali Kubur Mendiang

Peguam Gobind Singh Deo memfailkan permohonan menggali semula mayat Teoh Beng Hock bagi membolehkan bedah siasat kedua dilakukan oleh ahli Patologi Thailand, Dr Porntip Rojanasunan.

Gobind berkata ini bertujuan bagi mencari kebenaran disebalik penemuan Dr Pornthip 20 Oktober lalu.

“Keluarga Teoh Beng Hock telah memfailkan satu permohonan di Mahkamah Shah Alam hari ini, permohonan ini bertujuan supaya mayat Teoh Beng Hock dikeluarkan semula daripada tanah untuk tujuan kami bedah siasat semula untuk mendapatkan pendapat kedua daripada Dr Pronthip, kerana beliau telah memberi alasan-alasan yang cukup jelas bagi menyokong permohonan ini ,”katanya.

Dr Pornthip menemui kesan cekik pada leher serta kesan tusukan pada dubur mangsa.

Pakar patologi Thailand itu juga mendapati kesan retak pada tengkorak mangsa tidak konsisten dengan impak akibat jatuh dari tempat tinggi.

“Selepas kematian Beng Hock beliau telah dibedah siasat oleh dua orang pakar forensic iaitu Dr Khairul dan Dr Prasant kedua-duanya mewakili kerajaan. Gambaran yang dikemukakan cukup jelas menunjukkan seolah-olah ada anggota yang terkecuali dari pemeriksaan . Khususnya leher,dan kawasan belakang sebab apabila Dr Pronthip ke mahkamah beliau memberi keterangan yang cukup jelas bahawa beliau menggunakan gambar yang diambil oleh kerajaan Malaysia,”jelasnya.

Hasil siasatan Dr Pornthip menyimpulkan bahawa ada 80 peratus kemungkinan Teoh Beng Hock mati dibunuh, dan kesan-kesan kecederaan dialami semasa mangsa hidup.

“Beliau mendapati daripada gambar-gambar itu terdapat kesan lebam di kawasan leher, satu pemeriksaan dibawah kesan tersebut ada terdapat pendarahan dan ini tidak konsisten dengan tekanan dan jika lihat dikawasan leher tekanan yang berbentuk jari yang menunjukkan Teoh Beng Hock telah dicekek. Selain daripada itu beliau juga menunjukkan keraguan dengan kecederaan di bahagian belakang, kita meminta kepada Tuan Koroner agar memberi peluang kepada Dr Pornthip melihat secara sendiri,”katanya lagi.

Teoh Beng Hock merupakan setiausaha politik kepada Exco Selangor, EAN Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam, selepas disoal-siasat 10 jam tanpa henti oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

Beng Hock dipanggil sebagai saksi dalam operasi besar-besaran SPRM terhadap kerajaan negeri Selangor. -TVS



Era Najib Altantuya : Aziz Bari Menulis Lagi

Pas takkan Pecah.

Oleh Prof Abd Aziz Bari

Saya menyinggung politik dalam Pas kerana saya melihat parti ini penting dalam Pakatan Rakyat. Dan Pakatan pula penting dalam politik baru Malaysia. Seterusnya politik baru ini kritikal dalam membina sistem dua parti yang akan menentukan sama ada perlembagaan kita dapat diperkasakan atau terus dimanipulasi untuk kepentingan politik sebagaimana yang kita saksikan selama ini.

Sesiapa yang menafikan bahawa perlembagaan telah dikembirikan selama 52 tahun ini adalah jahil dan menipu dirinya sendiri. Selain tindakan UMNO, istana dan mahkamah dalam krisis politik di Perak apa yang dilakukan sejak merdeka juga sebenarnya telah menghambat perkembangan kemerdekaan. Jika ada yang tidak percaya silalah teliti laporan Suruhanjaya Reid dan draf yang mereka sediakan dan bandingkan dengan dokumen perlembagaan yang ada hari ini. Kaji juga keputusan-keputusan mahkamah sejak merdeka.

Memang Pakatan belum tentu tidak jadi macam Barisan Nasional. Tapi saya fikir kita perlu realistik dan beri mereka peluang. Jika mereka gagal kita akan letakkan kembali Barisan di tempatnya sekarang. Dalam sistem demokrasi yang kita amalkan ini sahaja cara yang kita boleh lakukan.

Inilah gambar besar yang kita harus perhatikan. Bukan soal remeh temeh yang para pencacai politik cuba paparkan dalam blog-blog mereka. Apakah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah nyanyuk dan menyusukan kera di hutan tidak relevan. Begitu juga dengan mereka yang cuba menonjolkan betapa Datuk Seri Abdul Hadi Awang menjadi mangsa dan perlunya orang baik ini dipertahankan.

Rakyat yang sedar kepentingan negara tidak bicara soal individu. Kita bicara soal arah dan masa depan negara. Tentang perlunya sistem negara ini diperbetulkan. Proses ini sudah pasti panjang dan berliku. Apa yang berlaku dalam Pas adalah salah satu daripada mata rantainya. Proses sama sudah bermula dalam PKR. Ini baik. Tak perlulah kita bertengkar tentang namanya. Kalau nak kata krisis pun katalah. Yang penting ia ubat yang akan menyembuhkan penyakit-penyakit yang ada.

UMNO baru sahaja mendapat suntikan baru dan ia pastinya tak senang dengan perkembangan itu. UMNO mahu Pas terus kekal dengan bisul yang sekarang cuba diubati oleh Nik Aziz. Sebab itu media miliknya ramai-ramai mengatakan bahawa krisis Pas dan PKR itu adalah tanda bahawa musuh ketat mereka sudah mula buang tabiat. Sebagaimana orang Pas dan PKR mengejek pergelutan dalam UMNO. Sebagai rakyat yang prihatin kepada hidup mati negara kita tidak harus terjebak dengan gelagat dan permainan ahli-ahli politik seperti mereka. Kita perlu fokus kepada gambar besar tadi. Kita perlu lupakan soal-soal yang tidak wujud dan remeh seperti kedudukan dan perpaduan Melayu, Islam dan macam-macam lagi. Lagipun sejak bila yang UMNO prihatin sangat dengan Melayu dan Islam ini?

Gambar besar yang dikatakan tadi merujuk kepada imej Pas dan ini berkait dengan persepsi rakyat kepada parti itu. Dalam senario dan landskap yang ada sekarang Pas cuma boleh mendapat sekitar 40 peratus undi Melayu. Ini bermakna ia perlu mengekalkan sokongan bukan Melayu jika hendak mengekalkan kedudukannya sekarang. Ini bukan soal menjual maruah Melayu dan Islam. Sebaliknya ia adalah cabaran kepada Pas bagaimana hendak menjelaskan konsep-konsep negara kebajikan dan Pas untuk semua yang telah dimulakannya. Abdul Hadi gagal di sini. Atau memang tidak mampu. Dalam keadaan sebegitu dia dan kawan-kawannya sembunyi-sembunyi berkira dengan UMNO.

Kita tak peduli apa namanya. Kita juga tak peduli sama ada mereka masih lagi meneruskannya atau tidak. Yang jelas aktiviti itu telah membolehkan UMNO memberikan ciuman maut buat Pas dan sekarang virusnya merebak dalam parti. Ia menyebabkan syak wasangka dan menimbulkan kemarahan bukan Melayu. Abdul Hadi dan kumpulannya perlu ingat bahawa UMNO mahu memujuk bukan Melayu dan sekiranya Pas boleh digambarkan berada bersamanya itu sudah cukup baik. Dalam keadaan itu hanya tinggal DAP dan PKR sahaja yang perlu ditangani.

Imej Pas sudah tercalar dan Nik Aziz sebagai seorang pemain yang licik dapat menghidunya. Abdul Hadi dan kawan-kawannya semacam terlupa siapa yang mengundi mereka dalam PRU ke 12. Jika tidak masakan Datuk Dr Hassan Ali terus berdegil dan cuba menjaringkan gol sendiri! Saya sudah beritahu bahawa beliau boleh lakukan apa yang dibuatnya itu. Tapi kenalah letak jawatan dan jadi penyokong kerajaan sahaja.

Sehingga ini nampaknya usaha Nik Aziz belum disekat secara rasmi meskipun ada suara-suara yang mempersoalkan. Tak kiralah apa cara dan namanya. Muktamar khas atau sekadar mesyuarat majlis syura atau mesyuarat jawatankuasa agung membincangkan isu itu. yang penting persepsi rakyat diperbetulkan sebelum pilihan raya kecil yang akan dating. Dalam senario politik yang ada sekarang pastinya UMNO gian hendak bertanding. Saya fikir orang Pas dan Pakatan takut sekarang. Saya dapat tahu Nasrudin Hassan ada berkata tidak takut berlengan di Bagan Pinang. Tetapi inikah jenis kepemimpinan yang hendak kita pamerkan?

Oleh kerana isu besar yang hendak ditangani berkait dengan imej dan persepsi saya fikir elok Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pecat Hassan Ali dari kerajaan kerana kesalahannya cukup besar dan cukup jelas: melanggar perlembagaan negara dan negeri. Memang ini tak pernah dilakukan oleh UMNO Barisan. Tetapi inilah yang hendak ditunjukkan; yakni bahawa Pakatan serius dalam mendaulatkan perlembagaan yang menjadi tunjang dan nadi kepada demokrasi dan apa sahaja yang bersifatkan merakyatkan di negara ini. Saya tak fikir ada siapa yang boleh menghalang. Lagipun bukankah telah ada ketetapan yang menyekat gelagat seperti yang dilakukan oleh Hassan Ali itu? Di sisi undang-undang itu kuasa mutlak Khalid. Kalau Khalid tidak buat dia boleh dipersalahkan kerana tidak menjunjung perlembagaan.

Berbalik kepada Pas Datuk Seri Azizan Razak dikatakan tidak berminat. Mungkin itu cara orang politik: malu tapi mahu. Lagipun takkan dia hendak kata mahu. Pas perlu paksa Azizan. Lagipun dalam parti ramai yang kuat-kuat dan bertenaga. Khalid Samad contohnya. Dan ramai lagi.

Oleh sebab yang menjadi masalah ialah imej maka mereka yang terpalit dengan imej-imej yang negatif itu kenalah berundur. Ini bukan soal sudah tak buat kerja itu atau sudah bertaubat. Yang penting imej parti sudah rosak dan dalam politik hukumannya ialah letak jawatan dan beri laluan kepada orang lain. Saya tahu orang Pas ada yang marah. Tetapi mereka kena fikir bahawa itulah risiko yang perlu diambil apabila parti dirakyatkan. Dahulu mereka ejek UMNO. Sekarang baru mereka tahu susahnya mentadbir parti yang besar. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah ada orang Pas yang berfikir seperti zaman Pas masih parti kecil dahulu. Mereka inilah yang gagal meletakkan keutamaan. Bagi mereka yang berfikiran sempit ini apa sahaja cadangan untuk memperbaiki parti akan dilihat sebagai agenda anasir UMNO yang menyusup ke dalam parti.

Apakah Pas akan pecah? Saya tak fikir begitu. Dan saya tak fikir saya yang kerdil ini boleh menggoncang Pas. Lainlah kalau Pas ini harimau kertas. Sejarah politik ini cukup jelas bahawa parti serpihan tak lama. Pas bukan parti serpihan. Kalau pemimpin tertentu disingkirkan pun saya tak fikir akan ada yang ikut. Mungkin mereka akan merajuk beberapa hari. Lepas itu mereka akan balik. Kalau dalam UMNO pun begitu apalagi dalam Pas. Lagipun para pemimpin bermasalah yang disebut oleh Nik Aziz itu bukan hero; kebanyakannya sakit nak menang pilihan raya. Jadi kalau letak jawatan atau disingkirkan pun tidak akan ada kesan pada parti. Orang Pas tak perlulah percaya ramalan dan analisis media UMNO.

Ada juga yang mempersoalkan tidakkah penyingkiran bermakna membelakangkan keputusan perwakilan muktamar yang membuat pemilihan? Saya fikir ini tidak timbul kerana kita bukan mempertikaikan keputusan pemilihan. Kita mengatakan ada di antara yang terpilih telah gagal. Dan kita cadangkan supaya diminta berhenti atau letak jawatan. Kalau Pas berdegil dan tidak mahu membuat anjakan tunggulah keputusan rakyat nanti.

Apakah perubahan drastik itu semestinya menyelesaikan kelesuan? Kita tidak tahu. Tetapi apa yang penting sesuatu perlu dilakukan kerana jika Pas tidak berbuat apa-apa ia telah melakukan dua kesalahan; yakni sudah sedar ada sesuatu yang tak kena tetapi tidak berbuat apa-apa. Apa pun pemimpin baru itu akan diadili juga. Tidakkah kita beroperasi dalam sistem demokrasi? -Abdul A


Era Najib Altantuya : PAS Pun Takutkan Blog?

Apabila timbul isu Musyid Am PAS membuat cadangan supaya diadakan muktamar khas atas sebab yang dimaklumi, ada beberapa pimpinan PAS melalui blog masing-masing mula mempersoalkan blog-blog yang mengulas mengenai isu itu mengikut sudut pandang tersendiri.

Ada yang turut melarang isu itu disentuh di dalam blog dengan alasan penulis blog tidak mendapat maklumat yang benar, hanya maklumat daripada blog juga. Ada juga yang mula memainkan isu ‘kebebasan’, yakni boleh bebas menulis apa sahaja di dalam blog tetapi tidak bebas untuk menulis mengenai isu-isu dalaman PAS.

Turut dipersoalkan ialah maklumat yang diperolehi oleh penulis blog. Penulis blog menulis mengenai sesuatu dengan maklumat separuh masak, yakni bukan daripada pihak yang terlibat sendiri.

Dan banyak lagi…!

Eh, sejak bila pula penyakit takutkan blog ini berjangkit kepada beberapa pimpinan PAS tertentu? Suatu masa dulu PAS berbangga dengan media baru ini. Blog adalah media alternatif, media yang membongkar penyelewengan Umno, media yang boleh dipercayai, media yang melonjakkan kemenangan PAS dalam beberapa PRU, dan macam-macam lagi pujian pimpinan PAS kepada blog dan blogger.

Hari ini berbeza pula, blog disaran tidak membincangkan isu-isu sensitif mengenai PAS. Sudah berpusing 180 darjah?

Apa salahnya isu-isu dalaman PAS dibincangkan di dalam blog? Kalau penulis blog itu adalah pimpinan PAS, dan dia terlibat dengan mesyuarat-mesyuarat PAS, diyakini dia memegang amanah kerahsiaan. Kalau dia membocorkan rahsia, itu bukan salah blog, itu salah tuan punya blog itu.

Bukankah TGNA juga mengemukakan cadangan mengenai muktamar khas melalui blog? Justeru biarlah blogger, samada dia ahli biasa PAS, pimpinan PAS atau sesiapa sahaja memberikan pandangannya mengenai perkara itu di dalam blog miliknya.

Usah takut kepada blog…! Jangan bila sesuatu itu menguntungkan kita, kita pun memuji dan menyanjungnya. Tetapi bila terkena batang hidung kita, kita pun kata dia tidak berguna.

Penulis blog bukan goblok…! -Ust Zolkharnain Abdidin



Era Najib Altantuya : Bagaimana Cara PAS (Yang Bijak) Mengambil Sikap?

Kerana kesuntukan masa (dan saya pun rasa nak melepak tak puas2 sepanjang sabtu dan awal pagi ahad), saya tak sempat mencari banyak maklumat mengenai cadangan Nik Aziz supaya pas adakan EGM. tapi dalam asyik melepak tak puas2 tu pun, saya dapat tahu TPM ada bagi komen. Memang komen yang sedap untuk umno sebab isu tu mengena pada pas.

Dalam keadaan (sesetengah) ahli pas semakin manja dan malas berfikir - dan punya la payah nak paham mesej kalau berkias - mungkin kita boleh mengambil sedikit petua untuk menentukan sikap dalam krisis parti pas yang tak berkesudahan ini.

Saya tak ingat siapa yang mulakan atau tak tahu daripada mulut siapa 'formula' ini, tapi saya mendengarnya dan mengingatinya hingga sekarang selepas Almarhum Dato' Fadzil Noor berucap menyampaikannya. Kata beliau, kita yakin berada dalam posisi betul kalau musuh marah pada kita. Maksudnya, makin marah musuh, makin benar dan betul posisi perjuangan kita.

Ia adalah falsafah yang mudah dan polos - kecuali bagi manusia yang malas nak berfikir lebih daripada satu lapis.

Macam menjelang muktamar pas di Shah Alam baru-baru ni. Musuh pas (termasuklah utusan malaysia, tv3 dan sekutunya yang lain) bersungguh2 nakkan Husam kalah. Mesejnya mudah kalau kita faham falsafah polos disebutkan Almarhum Ust Fadzil tadi.

Tapi masalahnya, majoriti ahli pas malas berfikir lebih daripada selapis. selepas bertahun2 memaki dan menyumpah seranah media arus perdana, ketika memangkah barisan kepimpinan terkini pas, mereka 'dengar dan taat' kepada mainan propaganda media arus perdana.

Tahniahlah, sebab dikeranakan sikap 'kami dengar dan kami taat' itu, pas masih bergelut menepis krisis sampai sekarang.

Begitu juga dengan saranan terbaru nik aziz. muhyiddin awal2 lagi dah kasi smash. dipercayai, dendangan lagu sama akan dimainkan semua pemimpin umno untuk mengolah pandangan umum tentang pas. media arus perdana adalah alat yang terbaik.

Amat menarik untuk melihat - tapi bersedialah lagi untuk kecewa dan menangisi kebebalan diri - bagaimana sikap ahli pas dalam isu ini. Diyakini, umno dan pecacai2-nya akan mempertahankan supaya EGM tidak perlu diadakan. dan bagi golongan yang 'kami dengar dan kami taat' tadi, diyakini juga mereka akan yakin bahaw EGM tak perlu untuk pas.

Tapi, katakanlah EGM akhirnya dibuat juga, propaganda itu dijamin 99.99% akan terus dimainkan. nik aziz dan pengikut kumpulan anti-UG akan kecewa. peratusannya juga mungkin 99.99%.

Sebab? perwakilan yang pergi ke muktamar dan yang akan memangkah undi adalah perwakilan terpilih yang menjalani doktrin 'taat dan dengar'. Atau sekurang2-nya, mereka adalah perwakilan yang malas berfikir lebih daripada selapis.

Apa nak buat. pas kini menjadi mangsa kepada doktrin yang ditanam pemimpinnya sejak puluhan tahun dulu. -labunorangkertas



Konspirasi aziz bari dan nik aziz
tak ramai yang tahu, sebenarnya prof aziz bari adalah ejen provokatur yang sengaja ditanam CIA lama sebelum dia mula terkenal sebagai intelek yang menegur pemerintah. dia mengambil masa agak lama sebelum memulakan langkah melunaskan misi ditetapkan untuknya.

untuk meyakinkan orang ramai, beliau bertugas sebagai profesor undang2 di universiti islam antarabangsa. selain sebuah universiti yang menjadi perhatian pelbagai mahasiswa negara asing, imej institusi pengajian tinggi itu yang menggunakan istilah 'islam' adalah nilai tambah untuk aziz bari menanam keyakinan bahawa dia benar2 ikhlas dalam tugasnya.

jarum jahat aziz bari mula berjalan sejurus selepas dato' seri anwar ibrahim dipecat daripada jawatannya pada 1998. dia mula menonjol sebagai pakar perlembagaan yang banyak menyebelahi pembangkang.

apabila isu perak terjadi, aziz bari banyak sekali memberi pandangan dan semuanya menguntungkan pakatan rakyat.

selepas kredebilitinya sukar dipertikaikan, dia mula memasuki fasa lebih dalam dengan mencetuskan idea supaya presiden pas, dato' seri abdul hadi awang, digantikan dengan tokoh lain yang lebih jelas arah perjuangannya berbanding ahli parlimen marang itu yang dilabelnya sebagai 'pro-umno'.

grand design CIA semakin melebar apabila menteri besar kelantan pula melancarkan serangan preemptive dengan melemparkan idea supaya pas mengadakan mesyuarat agung luar biasa sama seperti mca dan umno. ia adalah tindakan bijak dan mencetuskan gelombang penentangan terhadap ustaz hadi awang.

apabila ustaz hadi disingkirkan, akan dinaikkan pula tokoh lain yang lebih islamik dan memenuhi cita rasa majorti warga malaysia yang sudah jemu kepada umno. namun, rahsia yang lebih besar, di sebalik ketokohan pemimpin itu, dia sebenarnya adalah ejen anwar ibrahim. anwar ibrahim pula adalah sahih ejen amerika.

anda wajib meyakini dan mempercayai maklumat ini sama seperti anda wajib meyakin dan mempercayai bahawa umno adalah parti islam yang paling unggul dan maksum dalam dunia. -labunorangkertas

Tanpa Nama berkata...
bodoh bin bangang je yang tak paham entri ni... dah sah-sah penulis nak menyindir geng UG yang gila duk pakai hujah ni lah dalam nak menang hari tu... abis ulamak-ulamak yang malas berpikir tu kena tipu...