4 Ogo 2010

Muhyiddin Dan PERKASA Gagalkan Dasar 1Malaysia Najib

PAS hari ini membidas Umno, dan melabelkan parti itu sebagai punca kempen 1Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menemui kebuntuan.

Ahli jawatankuasa pusat PAS, Dr Dzulkefly Ahmad mendakwa Najib keseorangan menjuarai kempen itu dan mendakwa malah timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga bertanggungjawab merobekkan 1Malaysia.

"Bersama kumpulan pelampau kanan Melayu, PERKASA, dengan sokongan Muhyiddin, maka jatuhlah (1Malaysia) Najib,” katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur.

"Musuh terbesar Najib adalah Umno. Ada pepatah mengatakan dengan kawan-kawan seperti ini, anda tidak memerlukan musuh.”

Dr Dzulkefly berkata demikian ketika mengulas kenyataan Muhyiddin yang bersetuju dengan pandangan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kerajaan tidak menjangkakan rakyat akan dapat memahami konsep itu selepas setahun ia diperkenalkan oleh Najib.

Mengulas lanjut, Dr Dzukefly yang juga ahli parlimen Kuala Selangor mendakwa pemimpin Umno sendiri yang mensabotaj dasar tersebut.

"Kalau begitu, Najib tidak perlu seteru politik seperti kami...," katanya.

Turut hadir dalam sidang media tersebut ahli jawatankuasa PAS Pusat Dr Lo' Lo' Ghazali; pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan Mohd Noor Mohamad serta ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Mengupas perkara yang sama, Dr Lo Lo pula mempersoalkan mengapa Muhyiddin mengeluarkan kenyataan bahawa beliau bersetuju dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad bahawa konsep 1Malaysia telah gagal apabila Najib tidak berada dalam negara.

"Kenapa kata ia gagal apabila PM bercuti di luar negara? Adakah timbalan PM hanya berani apabila PM tidak ada dalam negara?” soalnya.

Beliau juga mendakwa seorang pegawai tinggi kerajaan yang pernah ditemui di satu majlis perkahwinan, menyatakan bahawa "Salam 1Malaysia" diucapkan oleh kakitangan kerajaan sebagai satu "protes" terhadap konsep yang diperkenalkan oleh perdana menteri.

Bagi Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula, konsep satu Malaysia adalah sesuatu yang sememangnya dimahukan rakyat namun Umno bukan wadah terbaik memperjuangkannya.

Malah katanya, Pakatan Rakyat sudah lama memperjuangkan perkara itu sejak dulu lagi berasaskan perinsip keadilan untuk semua kaum. -mk

Ulasan GB

GB telah lama melihat bahawa gagasan 1Malaysia hanyalah lipstik yang dipakaikan ke bibir orang tua, kedut wajahnya tetap kelihatan. 1Malaysia hendak diperjuangkan oleh parti perkauman UMNO? Tidak mungkin sama sekali menjadi kenyataan.

Apatah lagi pemimpin UMNO seperti Najib - pemimpin yang tidak datang dari kelas rakyat marhain tetatpi dari "istana kayangan" - dia tidak pernah mengenal erti kemiskinan, tidak pernah kenal erti penderitaan, tidak pernah kenal erti kesusahan - justeru pemimpin sebegini adalah pemimpin palsu yang kelak bakal menghancurkan agama dan bangsa. Hanya berslogan kosong sedangkan isinya hampas belaka.

Muhyiddin kita semua dah kenal, pemimpin nasionalisme Melayu kelas rendah yang kalau ditakdirkan menjadi PM, rosak binasalah negara. Baru jadi TPM dah terima tentangan dari bangsa lain menunjukkan kepada kita bahawa beliau tidak akan kekal lama memegang jawatannya.

Yang memperjuangkan intipati 1Malaysia hanyalah Pakatan Rakyat, tetapi tanpa slogan tanpa gendang. Rakyat mana-mana-mana bangsa boleh pilih mana-mana parti di dalam Pakatan Rakyat, PAS< PKR ataupun DAP - tiada halangan etnik, tiada perkauman.

Slogan 1Malaysia Najib saling tak tumpah slogan Islam Hadhari Pak Lah - akan pergi dibawa angin dengan perginya pemimpin UMNO tersebut yang dijatuhkan dan akan terus dijatuhkan oleh ahli-ahli mereka sendiri.

Subsidi Gula Hanya Buncitkan Peniaga - Senator Akbar

Subsidi tahunan kerajaan bagi gula berjumlah RM2.3 bilion tetapi 96 peratus dari jumlah itu adalah untuk golongan peniaga dan bukannya pengguna, dakwa seorang Senator.

Senator Datuk Akbar Ali (gambar) berkata, "majoriti yang mendapat keuntungan dari subsidi gula itu ialah golongan yang sepatutnya tidak berhak iaitu pekilang gula, hotel dan pengusaha restoran.

"Jumlah keseluruhan subsidi kerajaan ialah lebih RM24 bilion setahun termasuk petroleum, makanan dan buku teks untuk pelajar sekolah," terang beliau.

Katanya, golongan yang tidak layak mendapat subsidi gula kerana dasar kerajaan yang memberi subsidi di peringkat pengeluaran dan bukannya kepada pengguna.

Beliau berkata, "kerajaan memberi subsidi kepada pekilang gula, hotel yang menyediakan makanan dan minuman serta pengusaha restoran."

Menurut Akbar, jumlah sebenar kalau betul, golongan miskin ialah 228,000 isi rumah berdasarkan bancian terbaru kerajaan. Ini bermakna, jika subsidi gula untuk golongan miskin ia lebih kecil daripada RM60 juta.

Akbar turut membangkitkan perkara ini dalam sidang Dewan Negara minggu lalu.

Menurutnya, beliau memberi angka isi rumah itu berdasarkan penyiasatan perbelanjaan isi rumah yang dibuat oleh Jabatan Perangkaan Malaysia 2007.

Beliau berkata, kerajaan telah menyedari ketidakadilan ini dan kerana itu mereka menstruktur semula dasar subsidi.

"Kalau ada golongan yang menentang penstrukturan semula subsidi mereka ialah pengusaha restoran, hotel dan pekilang kerana golongan inilah yang paling banyak mendapat manfaat dari subsidi kerajaan," katanya.

Akbar berkata, kerajaan perlu mempunyai data keluarga miskin di seluruh negara supaya skim subsidi kerajaan benar-benar dinikmati kumpulan sasaran.

Katanya, rakyat tidak mahu kumpulan yang tidak berhak turut mendapat subsidi manakala orang miskin tersisih. -FMT

Sistem Lantikan Peguam Negara, Hakim Perlu Dirombak

Pakatan Rakyat Desak Rombak Sistem Lantikan Peguam Negara, Hakim

Bekas Pengerusi Transparency International (TI) Malaysia, Senator Tunku Abdul Aziz mencadangkan agar kerajaan mempertimbang dan mengkaji untuk membuat pindaan berkaitan pelantikan Peguam Negara.

Menurut beliau kaedah pelantikan Peguam Negara yang diamalkan masa kini mewujudkan prasangka diminda rakyat bahawa dibuat bermotifkan politik dan pilihan calon menurut kehendak siapa yang berkuasa dan bukannya berdasarkan kelayakan serta keyakinan orang ramai.

"Fungsi Peguam Negara adalah untuk memberikan nasihat kepada kerajaan berkenaan isu-isu Perlembagaan. Urusan pendakwaan pula patut dijalankan oleh Pejabat Pendakwa Raya Am yang diketuai oleh seorang Pengarah.

"Jadi tidak timbul perkara seperti mana sekarang ini di mana kes dibuang dan gagal di bawa ke mahkamah atas arahan Peguam Negara," kata Tunku Abdul Aziz selepas sesi perbahasan untuk meluluskan Rang Undang-undang Anti Pemerdagangan Orang (Pindaan) 2010 di lobi Parlimen semalam.

Beliau memberikan contoh pemisahan peranan seperti ini dilaksanakan di Britain di mana fungsi Peguam Negara adalah berbeza dengan Pejabat Pendakwa Raya Am yang dibentuk oleh satu pasukan atau panel profesional untuk memerhati dan memantau setiap kes dan perjalanan perundangan.

"Bermakna kuasa Pengarah Pendakwa Raya Am ini tidak mutlak. Dia tidak boleh sewenang-wenangnya membuang kes dengan alasan kekurangan bukti atau saksi, kerana ada satu pasukan yang turut bersamanya,"
jelas beliau lagi yang merupakan Naib Presiden DAP.

Beliau turut menggesa kerajaan Malaysia supaya berani melakukan perubahan dan reformasi, terutamanya membabitkan institusi penting seperti sistem perundangan dan kehakiman.

Ini berikutan persepsi rakyat dan masyarakat antarabangsa yang semakin memberikan kesan terhadap imej negara.

Tunku Abdul Aziz berkata salah satu perubahan penting yang perlu dilakukan ialah berhubung sistem pelantikan para Hakim.

Prosedur sekarang menurut Tunku Abdul Aziz didakwa bersifat kontroversi apabila semua pemilihan dan lantikan hakim dibuat secara langsung oleh badan eksekutif.

"Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan kerana memperkenalkan bil yang dijangka akan menjadi undang-undang bagi menubuhkan Suruhanjaya Pelantikan Hakim. Pindaan ini merupakan halatuju yang betul kerana sebelum ini, apabila orang bercerita tentang pelantikan Hakim, ia menjadi cerita-cerita jenaka yang sinikal,"
kata beliau

Tunku Abdul Aziz berkata langkah tersebut sekurang-kurangnya mampu memberikan kesan positif terutamanya kepada sektor perniagaan untuk kembali yakin dan melabur di Malaysia.

Beliau menjelaskan apa yang diinginkan oleh rakyat Malaysia ialah sebuah sistem kehakiman yang meyakinkan dan berfungsi untuk melindungi kepentingan setiap warganegaranya.

Ini kerana pelantikan hakim yang adil, profesioanal dan bebas diperlukan untuk memartabatkan kedaulatan undang-undang di negara ini. -SK



Hebatkah Gani Patail?

Peguam Negara Buat Aduan, Shamsul Berdepan Risiko Hilang Status Peguam

Ketua Angkatan Muda KEADILAN Pusat, Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini menerima surat tunjuk sebab daripada Lembaga Tatatertib Peguam-peguam berhubung ceramah beliau yang menyentuh mengenai rayuan kes kedudukan Datuk Sri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah semasa kempen pilihan raya kecil Penanti pada 30 Mei 2009.

Ketika dihubungi Suara Keadilan, Shamsul berkata lembaga tersebut mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada beliau atas arahan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail.

Shamsul menerangkan surat bertarikh 30 Julai yang hantar melalui pos berdaftar kepada firma guamannya di Melaka menjelaskan ulasan beliau mengenai kes rayuan itu boleh ditafsirkan sebagai mempersoalkan kredibiliti hakim-hakim Mahkamah Rayuan.

"Surat Lembaga Tattertib saya perlu menjawab surat tunjuk sebab ini dalam tempoh 14 hari dan sekiranya gagal tindakan boleh diambil terhadap saya termasuk menggugurkan status saya sebagai seorang pengamal undang-undang," jelas Shamsul.

Dalam surat aduan daripada Pejabat Peguam Negara bertarikh 12 April 2010 yang ditandatangani oleh Mohamad Hanafiah Zakaria, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwa (Operasi), Shamsul didakwa menyampaikan satu ceramah semasa kempen PRK Dewan Undangan Negeri Penanti di No 2072-2076, MK 9, Jalan Tanah Liat (JDM Tanah Liat), Seberang Perai, Pulau Pinang pada 30 Mei 2009.

"Di dalam cramah tersebut beliau telah mempersoalkan kredibiliti hakim-hakim Mahkamah Rayuan Putrajaya semasa satu kes rayuan di Mahkamah tersebut. Walaupun Encik Shamsul Iskandar tidak menyebut dengan jelas butir-butir lengkap kes rayuan yang berkenaan, namun setelah disemak, kes rayuan yang dimaksudkan di dalam ucapan beliau adalah kes Mahkamah Rayuan Sivil No W-01-112-2009 di mana pihak yang terlibat adalah Dato' Dr Zambry bin Abd Kadir sebagai Perayu melawan Dato' Seri Ir haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin sebagai Responden dan Peguam Negara sebagai Pencelah," kata surat tersebut.

Surat itu juga melampirkan sesalinan rakaman cakera video padat mengandungi ucapan Shamsul.

"Saudara, perkara kedua saya minta pada malam ini yang berkaitan dengan kes Perak tadi, saya sebut tadi bagaimana keadaan Malaysia sekarang dalam keadaan yang cukup huru hara, yang berlaku di Perak dia tak hirau proses demokrasi, dia tak hirau, dia langgar semua, guna mahkamah, saya peguam, dua tahun dah saya jadi peguam, tapimsaya tak pernah tengok ada hakim tiga orang ini, ini hakim tiga orang di Mahkamah rayuan ni yang buat keputusan, tarik balik keputusan hakim Mahkamah Tinggi, bagitau pulak Zambry yang haram ini Menteri besar, sebab itu saya sebut ini hakim, hakim tiga Abdul punya hakim, tadi tuan-tuan dengar lagu tadi, Abdul Wahub, Abdul wahid, Abdul Wahab, ini tiga hakim tidak boleh pakai, hakim ini dia kata apa, dia bukan buat keputusan," kata surat itu merujuk kepada sedutan ucapan Shamsul.

Surat daripada Pejabat Peguam Negara itu seterusnya menyatakan Shamsul telah mengkritik proses perundangan dan kehakiman negara ini yang boleh menjurus kepada menghina mahkamah ketika kes rayuan tersebut masih lagi berjalan.

"Sebagai peguambela dan peguamcara, Encik Shamsul patut lebih arif dengan proses perundangan dalam negara ini dan tidak sepatutnya memberi lkenyataan yang berhaluan kepentingan politik.

"Aduan ini dibuat untuk tindakan disiplin diambil terhadap peguam Encik Shamsul Iskandar bin Mohd Akin selaras dengan peruntukan Seksyen 99(2) Akta Profesyen Undang-undang 1976 (Akta 66)," jelas surat itu lagi.

Ditanya mengenai kandungan surat tersebut, Shamsul berkata beliau tidak gentar terhadap tindakan ini kerana menganggapnya sebagai satu lagi bentuk tekanan politik terhadap Pakatan Rakyat.

"Saya sedikitpun tidak gentar dan saya lawan habis-habisan. Ini hanya membuktikan Umno-Barisan telah menyalahgunakan apparatus kerajaan sehingga ketahap pejabat Peguam Negara untuk menekan dan menindas pihak pembangkang.

"Saya yakin inilah kes yang pertama saya pernah dengar di mana seorang peguam diminta memberi penjelasan berhubung ucapan politik yang diberikan," ujar beliau.

Presiden Badan Peguam Malaysia, R Ragunath berkata beliau tidak tahu menahu mengenai surat tunjuk sebab kepada Shamsul.

"Saya tidak tahu sebab Lembaga Displin walaupun di bawah Badan Peguam namun ia adalah satu badan bebas. Terpulang kepada Lembaga untuk menentukan perkara yang dibangkitkan mempunyai merit atau remeh," kata Ragunath ringkas.

Ketika dihubungi Lembaga Tatatertib mengesahkan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Shamsul tetapi tidak mahu mengulas lanjut. -SK

Ulasan GB

Siapa paling berkuasa di Malaysia? Najib? Muhiddin? KPN?

Bukan!

Tetapi jawapannya ialah Tan Sri Abdul Gani Patail. Si Peguam Negara

Peguam Negara ini boleh menetukan siapa yang bakal didakwa dan tidak didakwa di mahkamah. Beliau menentukan hakim mana yang akan mendengar kes dan buat keputusan. Dia juga menentukan hukuman apa yang perlu dijatuhkan oleh sang hakim terhadap sesuatu kes. Hakim yang tak mengikut cakapnya akan ditukarkan mengikut sesuka hatinya. Dan kini beliau menentukan pula peguam mana yang perlu dibunuh kerjayanya.

Hebatnya juga manusia yang bernama Abdul Gani Patail di negara kita ini. Konspirasi liwat 2 adalah aturannya. Runtuhnya kerajaan PR di Perak hasil dari percaturannya di dalam menetapkan hakim-hakim mahkamah. Dan Najib akan terus dibebalkan lantarannya, malah kedudukan Najib dan Muhyiddin sendiri boleh digugat jika Peguam Negara ini mengkehendakinya. Kerana dia berkuasa menentukan fail kes apa yang hendak dibuka dan kes apa yang perlu ditutup. Ketua Polis Negara diperbodohkannya supaya ikut apa saja katanya.

Berdoa agar Gani Patail mati cepat. Tetapi dia sudah melatih bakal penggantinya. Yusof Zainal Abiden namanya. Pendakwa kes konpirasi liwat 2.

Jadi bagaimana mengatasi semua ini? Tukar kerajaan segera!

Nanti - kita harap mereka semua itu disumbatkan ke dalam penjara.

Kerana rakyat lebih hebat daripadanya. Dan tentulah Allah s.w.t terhebat daripada sekaliannya!


Hubungan Sulit Saiful-Farah Jejaskan Perbicaraan

Hubungan Sulit Saiful-Farah Jejaskan Perbicaraan Oleh Liz Gooch - New York Times

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Pasukan peguam bela Ketua Pembangkang membuat permohonan semalam untuk menggugurkan pertuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim berdasarkan dakwaan hubungan romantik antara seorang timbalan pendakwa raya dan pengadu, Mohd Saiful Bukari Azlan.

Timbalan Pendakwa Raya tersebut, Farah Azlina Latif, digugurkan daripada kes perbicaraan tersebut minggu lalu setelah satu laman web mendedahkan bahawa beliau menjalin hubungan dengan Saiful, bekas pembantu Anwar.

Peguam Negara memberitahu media bahawa Farah dikeluarkan demi menjaga kredibiliti pasukan pendakwaan.

Dalam sepucuk surat kepada pihak pembelaan, pendakwa raya memaklumkan kepada pihaknya tidak dapatkan mengesahkan dakwaan hubungan sulit terhadap pegawai undang-undang itu.

Semasa prosiding Isnin lalu, Anwar berkata integriti pasukan pendakwaan telah tercalar dan dikompromi.

“Ini menyokong dakwaan kita selama ini sejak awal lagi bahawa semua ini adalah satu sandiwara, perbicaraan yang bermotifkan politik dan pertuduhan yang direkacipta,” kata Anwar selepas perbicaraan ditangguhkan.

Penghujahan untuk menggugurkan kes tersebut akan didengar minggu depan.
Anwar juga membuat satu laporan polis terhadap Saiful dan Farah. Ketua pasukan pembelaan, Karpal Singh berkata pihaknya memandang serius kemungkinan Farah telah menyerahkan kertas siasatan kes kepada

Saiful dan beliau mahu pihak polis menyiasat samada kedua-dua individu itu telah melanggar.

Bagaimanapun salah seorang anggota pasukan pendakwaan menyifatkan dakwaan dalam laman web tersebut sebagai tuduhan tidak berasas.

Pihak pendakwaan berkata Farah adalah anggota bawahan tanpa mempunyai akses kepada maklumat sulit.

Anwar, bekas Timbalan Perdana Menteri dihadap ke mahkamah atas tuduhan liwat dan salahguna kuasa pada tahun 1998.

Walaupun pertuduhan liwat kemudianya digugurkan, beliau merengkok selama enam tahun di dalam penjara.

Beliau telah berkali-kali mendakwa pendakwaan baru yang dihadapi beliau bertujuan menamatkan karier politik setelah pihak pembangkang mencapai kejayaan besar pada pilihan raya umum 2008. -SK



Affair Claim Could Disrupt Sodomy Trial
By LIZ GOOCH


Lawyers for the Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim moved on Monday to have sodomy charges against him dismissed, citing an allegation of a romantic link between a prosecutor and Mr. Anwar’s accuser.

The prosecutor, Farah Azlina Latif, was removed from the case last week after a Web site asserted that she was having an affair with Saiful Bukhari Azlan, a former aide to Mr. Anwar who says he sodomized him.

The attorney general told news outlets that Ms. Farah was removed from the prosecution team to protect its credibility with the public. The prosecution, in a letter to the defense, has said it was unable to verify the accusations of an affair.

At a hearing on Monday in the Kuala Lumpur High Court, where Mr. Anwar has been on trial since February, defense lawyers said the integrity of the prosecution had been compromised.

“This just supports our contention from the beginning that this is all a farce, a politically motivated trial and trumped-up charges,” Mr. Anwar said afterward. Arguments on the motion were scheduled for next week.

On Monday, Mr. Anwar filed a complaint with the police against Mr. Saiful and Ms. Farah. Karpal Singh, Mr. Anwar’s lead attorney, said that the defense was concerned that Ms. Farah might have passed court documents to Mr. Saiful, and that he wanted the police to investigate whether the two had violated the Official Secrets Act.

A prosecutor, Yusof Zainal Abiden, on Monday characterized the Web site’s accusation as “bare allegations” with no substance. The prosecution has said that Ms. Farah was junior member of the team with no access to confidential information.

Mr. Anwar, a former deputy prime minister, was convicted of sodomy and abuse of power in 1998. Although that sodomy conviction was later overturned, he spent six years in prison.

He has repeatedly said the new charges were another attempt to end his political career after the opposition made gains in the 2008 elections.-NYT