25 Feb 2009

Ulasan Berita Hangat 25 Feb 2009

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kerusi Bukit Lanjan dan Exco, Elizabeth Wong yang gambar separuh bogelnya disebarkan sejak dua minggu lalu.

Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih da simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau. "

Undian SMS yang bersetuju MB Selangor mengekalkan Elizabeth Wong sebagai ADUN Bukit Lanjan melonjak dari 70% pada berita sebelah petang kepada 90% pada berita sebelah malam.

HAKIM MOHD ARIFF MOHD YUSOF TARIK DIRI

Mohamad Ariff Md. Yusof pagi ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Pagi tadi, Mohamad Ariff memberitahu mahkamah bahawa beliau terpaksa menarik diri untuk mengelak sebarang tanggapan negatif kerana urusan lampau.

Dalam reaksinya, Nizar berkata, beliau menghormati keputusan pesuruhjaya kehakiman tersebut. Dengan keputusan penarikan diri itu, perbicaraan ditangguhkan kepada satu tarikh yang diberitahu kemudian.

2 ADUN PERAK BUAT LAPORAN SPRM DAKWA DITAWAR RM20 JUTA UNTUK KELUAR PARTI

Dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) daripada pakatan pembangkang hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar wang sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di sini ialah Adun Malim Nawar Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa agen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada agen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.

PAS TANJUNG BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS YDP MAJLIS AGAMA PULAU PINANG


Pas tanjung membuat laporan polis terhadap Yang Dipertua Majlis Agama Pulau Pinang Shahbudin Yahya mengenai kenyataannya wujud Majlis Perunding Agama di negeri itu.

Laporan polis dibuat oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjung Yaakob Omar. Yaakob berkata DAP tidak pernah menghina Islam seperti didakwa seperti yang disiar di Utusan Malaysia kelmarin.

"Kenyataan beliau adalah fitnah dan berbau perkauman. Tuduhan beliau (Shahbudin) terhadap YAB Lim Guan ENg dan 3 orang Melayu yang diakatakan ada bersama adalah berniat jahat dan boleh menyebabkan ketegangan kaum," kata Yaakob.

PENYOKONG PKR BAWA LEMBU KE SPRM

Kira-kira 50 ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) berarak ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di sini petang dengan mengelar 'Himpunan Semangat 46 Lembu' bagi mempersoalkan peranan dan operasi badan itu menyiasat kes-kes rasuah.

Perhimpunan yang dipimpin Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, bermula pukul 2.15 petang, berarak mengikut sebuah lori yang membawa seekor lembu ke pejabat SPRM di Plaza Masalam.

Mereka turut membuat aduan baru di SPRM dan berada di situ kira-kira 45 minit. Ketika ditemui media sejurus selepas itu, Shamsul berkata, AMK menghadiahkan lembu tersebut kepada SPRM sebagai simbolik agar mereka tidak berterusan menjadi 'lembu yang dicucuk hidung' oleh Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.

KES LIWAT ANWAR

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak bantahan awal Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap rayuan pendakwaraya supaya kes liwat terhadapnya di dengar di Mahkamah Tinggi.

Terdahulu pada sidang mahkamah pagi tadi, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kekal mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan pihak pembela untuk menarik balik permohonan menggugurkan beliau.

Ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah berkata, Mohd Yusof telah menghantar afidavit yang membuat perakuan bahawa beliau tidak mempunyai kertas siasatan insiden mata lebam bekas Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau menganggotai Suruhanjaya Diraja menyiasat insiden tersebut.


90 Kes Politik Wang Ditutup. UMNO Memang Pakar

Pemilihan pimpinan tertinggi UMNO Mac 2009 ini dibongkar dengan kelibat unsur-unsur ‘politik wang’ atau bahasa bodohnya ‘sogokan’, ‘wang kopi’ dan secara tak cerdiknya ialah ‘rasuah’.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengaku menerima 90 kes aduan rasuah politik, tetapi 45 daripdanya atau 50% ditutup kerana ‘ketiadaan bukti kukuh’.

Apalagi SPRM juga wajar disoal siasat, berikutan laporan polis yang dibuat aktivis UMNO di Damansara apabila beliau dibelasah di dalam lokap ketika disoal siasat di Temerloh. Heh heh heh!

Kalau tak ditubuhkan SPRM pun, masyarakat umum sudah tahu gejala ‘wang kopi’ yang disebut Kassim Baba dalam ‘Ali Baba Bujang Lapok’, ketika Allahyarham Tan Sri Dr P Ramlee menggarap karyanya.

Malah dalam episod Siddiq Sigaraga ke majlis hari jadi orang kaya al-Ketambola juga terpaksa beri ‘wang kopi’ kepada pengawal, kerana membawa sama anak-anak perempuannya Afidah, Hamidah, Ghasidah diikuti dengan jalan dah! (Tetapi Melayu Abdul Wahab dan Melayu Abdul Wahib yang majoritinya dalam UMNO, tak pernah faham…)

Allahyarham Tun Abdul Razak sudah sentuh mengenai gejala ‘beli undi’ dalam Perhimpunan Agung UMNO 1975, Tun Dr Mahathir Mohamad juga mengakui menerusi sajaknya ‘Melayu Mudah Lupa’. Justeru pada 2003, Melayu mudah lupa itu tak memberikan undi kepada Tun Dr Mahathir untuk mewakili Kubang Pasu ke Perhimpunan Agung. Aduhai!

Hulubalang-hulubalang UMNO meminta Tun Dr Mahathir memberikan bukit berlakunya ‘rasuah politik’. Kalau Tun Dr Mahathir yang pernah memimpin Negara tak mampu memberikan bukti, bagaimana SPRM mahu melangkahi sempadan heh heh heh!

Justeru tak hairanlah apabila 50% kes aduan ‘politik wang’ ditutup kerana ketiadaan bukti. Disebabkan sukar menemui bukti, kes lembu di Selangor menjadi lebih mudah. Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim lebih mudah disoal siasat daripada aktivis UMNO; begitu juga Speaker DUN Perak Sivakumar tak sesukar menyoal siasat aktivis UMNO, yang memang pakar dalam kes-kes ‘politik wang’.

Kalau pegawai-pegawai SPRM menonton filem ‘Madu Tiga’ cubalah kritis adegan Rafi menemui Pak Ali: ‘Encik Rafi, cukup bulan ni gaji awak naiklah.’ Jawab Rafi, ‘Kita ni sama aje Pak Ali, mudahkan kerja saya, Pak Ali pun tak perlu susah-susah lagi.” Faham-fahamlah!

Dharmala NS

Jangan Jadi Lembu Wahai SPRM - AMK

Angkatan Muda Keadilan hari ini mengisytiharkan "perang" keatas bekas Menteri besar Selangor Khir Toyo dan mengingatkan Surhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai 20 aduan rasuah yang telah dilaporkan ke atasnya.

Untuk membuktikannya, AMK membawa seekor lembu di atas sebuah lori Isuzu berwarna merah untuk dihadiahkan kepada SPRM.

Walaubagaimana pun pihak polis telah menghalang lembu itu dibawa masuk ke perkarangan ibu pejabat SPRM.

Namun beberapa orang pemimpin AMK telah berjaya menembusi halangan untuk menyerahkan memorandum dan membuat kenyataan mereka.

“SPRM tak sepatutnya bermaksud Suruhanjaya Bagi Lembu dan Kereta ,” bentak Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

“Mengapa mereka menyiasat isu 46 ekor lembu tetapi menidakkan semua aduan yang lain?” tambahnya, merujuk kepada dakwaan yang Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan wang kerajaan negeri untuk membeli lembu dan membayar penyenggaraan kereta peribadinya.

Selain dari 20 aduan, AMK mendakwa Khir Toyo dituduh pernah membeli apartment mewa di Arab Saudi menggunakan dana awam.

“Kami akan menyusunsemula dokumen, kami akan failkan banyak laporan rasuah (terhadap Khir),” kata Shamsul.

Pakatan Rakyat menyatakan SPRM begitu cepat menyiasat dan mengeluarkan kenyataan terhadap laporan yang mengaitkan pimpinan Pakatan Rakyat tetapi membisu malah melenyapkan aduan yang dilakukan ke atas Barisan Nasional (BN).

“Kami ingin memberitahu SPRM supaya mereka tidak dicucuk hidung seperti lembu,” kata Khairul Anuar Ahmad Zainudin, Ketua AMK Selangor.

Beliau menambah lembu itu diberikan kepada PKR oleh penyokong parti mereka dan mereka telah mempunyai dokumen haiwan yang diperlukan untuk dibawa ke tempat awam.

berita: malaysianinsider
terjemahan bebas: greenboc



"SPRM Telah Mati"

Para aktivis dari badan NGO hari ini telah membakar semua dokumen yang mengandungi aduan rasuah yang tidak disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di luar pagar ibupejabat SPRM hari ini.

Upacara itu, yang dianjurkan oleh Sekreteriat Solidariti Anak Muda Malaysia, bertujuan untuk menjelaskan bahawa SPRM yang dilancarkan oleh Perdana Menteri semalam adalah tidak mempunyai sebarang makna dan telah mati.

Minyak petrol telah dituangkan ke atas empat kotak berisi laporan rasuah yang diadukan kepada BPR dan polis sebelum ini sejak 1990 dan dinyalakan api ke atasnya oleh penganjur yang diketuai oleh Badrul Hisham Shahari, di saksikan oleh seumpulan wartawan.

Api yang marak pada awalnya dipadamkan oleh pengawal keselamatan yang menyimbah sebaldi air ke atasnya.

Namun, seorang lagi pengawal keselamatan yang mengheret sebuah pemadam api menjadikan suasana begitu gamat apabila beliau tidak dapat menghidupkan pemadam api itu untuk berfungsi.

Sebelumnya, dua pegawai Jabatan Alam Sekitar yang menunggu bersama pengawal keselamatan, memberitahu Badrul bahawa adalah menjadi satu keslahan untuk membuat pembakaran terbuka.

Tetapi, Badrul menyanggah mengapa mereka tidak bertindak sewaktu bendera AMerika di bakar di Kedutaan Amerika Syarikat baru-baru ini sempena protes terhadap kekejaman Israel ke atas Gaza?

Beliau seterusnya memberitahu pegawai berkenaan untuk teruskan menyamannya dan beliau akan membayar saman itu.

Setelah upacara “pembakaran”, pengawal keselamatan membenarkan Badrul menyerahkan replika “Sijil Kematian” kepada pegawai-pegawai SPRM di luar ibu pejabat.

Badrul telah dijemput untuk menemui pegawai SPRM tetapi telah ditolak oleh Badrul kerana katanya dia datang ke situ bukan untuk bertemu mereka.

Sewaktu sidang media Badrul menyenaraikan kes-kes korupsi yang melibatkan ahli politik Umno dan Barisan Nasional (BN), termasuk aduan yang beliau sendiri lakukan pada awal tahun, yang lansung tidak disiasat.

“Kami disini hari ini untuk mengumumkan SPRM telah mati.”

Beliau menambah sebarang institusi yang tidak mempunyai mekanisma untuk engkaji kelemahan mereka akan gagal.

Badrul ditemani oleh sekumpulan 15 orang yang lain.

Selain dari replika Sijil Kematian, kumpulan itu juga membawa gambar Ketua Psuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan.

Gambar Ahmad Said di dalam pakaian seragam mempunyai logo Umno di topinya dan dnegan matanya dilakukan seperti seorang lanun.

RM20 juta Rasuah. Rakyat Mahu Najib Bersumpah

Konspirasi Barisan Nasional yang didalangi oleh Timbalan Perdana Menteri kini semakin terdedah apabila pada hari ini muncul dua orang lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat yangmembuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa ejen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan, lapor Bernama.

Adun Malim Mawar itu berkata antara tawaran yang diterima ialah imbuhan RM20 juta jika beliau keluar daripada DAP dan mengisytiharkan diri sebagai wakil bebas dan menyokong BN seperti yang dilakukan tiga Adun pakatan pembangkang sebelum ini.

BN menubuhkan kerajaan baru di Perak bulan ini selepas menguasai majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila tiga Adun Pakatan keluar parti dan mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat bebas dan menyokong BN.

Keshvinder turut mendakwa bahawa tawaran lain yang diterima adalah beliau akan dilantik sebagai pengerusi MIC Perak sekiranya menyertai parti itu dan dilantik sebagai anggota exco kerajaan negeri.

Tawaran jawatan exco adalah yang terbaru dibuat oleh seorang ejen sebaik selepas BN mengambil alih kerajaan negeri, katanya.

"Saya minta Datuk Seri Najib tampil membuat kenyataan berhubung perkara ini kerana perbuatan ini jelas menunjukkan kerajaan negara ini terlalu korup dan amat terdesak," katanya.

Walaupun Najib pernah menafikan terhadap gejala politik wang ini, namun bukti-bukti yang ada menunjukkan bahawa penafian beliau adalah rapuh malah rakyat akan mempastikan beliau tidak akan menjawat jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 6 sebelum beliau benar-benar membuat pengakuan secara bersumpah bahawa beliau tidak menggunakan wang untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, Abdul Yunus berkata selain tawaran wang tunai antara RM3 hingga RM8 juta, beliau turut ditawarkan konsesi kawasan balak sekiranya beliau meninggalkan partinya.

Beliau berkata tawaran berkenaan dibuat oleh beberapa orang ejen yang terdiri daripada ahli perniagaan yang mendakwa mewakili kepimpinan kerajaan negeri Perak.

Turut menemani dua Adun berkenaan ke pejabat SPRM adalah tujuh Adun pakatan pembangkang yang lain iaitu Ramli Tusin (Semanggol); A Sivasubramaniam (Buntong); Chan Ming Kai (Simpang Pulai); Chang Lih Kang (Teja); Sum Cheok Leng (Bercham); Leong Mee Meng (Jalong) dan Khalil Idham Lim Abdullah (Titi Serong).

Sebelum daripada ini bekas ADUN Selambau Kedah pernah membuat laporan bahawa beliau ditawarkan habuan sebanyak RM5 juta untuk keluar parti. tetapi Arumugam memilih jalan untuk meletakkan jawatannya setelah menerima pelbagai jenis ugutan dan tekanan sehingga kerusi Bukit Selambau terpaksa menyaksikan satu pilihanraya kecil diadakan pada April nanti.

Ramai meyakini bahawa kesemua empat orang ADUN yang melompat parti di Perak sehingga terbentuknya rampasan kuasa oleh BN adalah dengan modus operandi yang serupa bahawa masing-masing telah ditawarkan jutaan ringgit termasuklah dua orang ADUN yang sebelum ini mengkritik Najib tetapi akhirnya menjadi orang yang "menculik" ADUN Bota, Datuk Nasaruddin Hashim.

70% Bersetuju MB Slgr Kekalkan Elizabeth Wong

Undian SMS Edisi 7 petang ini menunjukkan 70% bersetuju jika Menteri Besar Selangor mengekalkan YB Elizabeth Wong sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan. Cuma 30% tidak bersetuju.

Sebelum daripada ini Kelab GB ada melaporkan bahawa satu memorandum yang ditandatangani oleh 10,000 penduduk yang menyokong Elizabeth Wong telah diserahkan kepada MB Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini bagi merayu ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong tidak meletakkkan jawatannya.

Elizabeth Wong yang tertekan ekoran isu berita gambar kurang sopannya yang mula disiarkan oleh akhbar yang The Malay Mail yang dengan pengamalan dasar kewartawanan longkangnya sehinggalah ia memaksa ADUN berkenaan menawarkan diri meletakkan jawatannya dan bercuti di luarnegara.

Ini diperburukkan lagi dengan desakan beberapa pemimpin UMNO seperti bekas Menteri Besar Selangor yang mengeksploitasikan isu tersebut untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap banyak isu penyelewengan dan rasuah yang dihadapinya serta untuk mendapat publisiti murahan menjelang perhimpunan UMNO Mac depan dimana beliau akan bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

PAS Selangor melalui Pesuruhjayanya Dato' Dr. Hasan Ali sebelum ini telah memberi sokongan padu kepada Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dalam usaha untuk membersihkan nama baik beliau.

"Apa yang berlaku kepada Elizabeth Wong, PAS sangat bersimpati sama juga dengan rakan-rakan yang lain dalam Pakatan Rakyat.

"Kita juga sangat mengalu-alukan siasatan yang dibuat oleh pihak polis dan kita juga mengharapkan mereka dapat melakukan dalam keadaan mesra," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri petang semalam.

Hadir sama dalam sidang media itu beberapa orang Exco kerajaan Negeri seperti Dr. Halimah Ali, Iskandar Samad, Teresa Kok, Xavier Jayakumar, Rodziah Ismail dan Ronnie Liu.

Tindakan Hakim Mohd Ariff Disokong

Banyak pihak menyambut baik langkah hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak.

Ini akan mengelakkan tuduhan bahawa beliau berlaku berat sebelah di dalam penghakimannya jika keputusan penghakiman memihak kepada Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Sikap yang diambil oleh Mohamad Ariff yang mendedahkan sendiri dan melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas adalah satu sikap yang jarang terdapat pada para hakim yang ada di dalam negara ini.

"Jika Mohamad Arif mahu, beliau tidak perlu mendedahkan maklumat sedemikian dan tiada siapa pun yang sedar mengenainya, tetapi hakim itu mementingkan keadilan dan sebagai orang yang pernah menjadi ahli PAS beliau tahu bahawa keadilan itu amat diutamakan di dalam penghakiman, maka beliau memberitahu awal-awal tentang kedudukan dirinya," kata seorang pemimpin PAS Kawasan.

Dalam reaksinya, Nizar berkata, beliau menghormati keputusan pesuruhjaya kehakiman tersebut.

Dengan keputusan penarikan diri itu, perbicaraan ditangguhkan kepada satu tarikh yang diberitahu kemudian oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Arif setelah beliau mengumumkan menarik diri dan memberi pilihan kepada Datuk Seri Nizar samada ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Tinggi atau di Mahkamah Persekutuan.


Sultan Serahkan Kepada MB Selangor

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, membuat keputusan berhubung kedudukan Elizabeth Wong Keat Ping sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan dan Exco kerajaan negeri.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, berkata baginda tidak dapat memberi panduan atau nasihat kepada Abdul Khalid berhubung kes Wong kerana ia masih dalam siasatan polis dan membabitkan kedudukannya dalam politik.

Katanya, sebagai Sultan Selangor, baginda berkecuali dalam hal ehwal politik.

"Baginda yakin atas apa jua keputusan yang akan diambil Menteri Besar dan percaya ia dibuat secara adil dan bijaksana dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan negeri," katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Kenyataan dua halaman itu dikeluarkan selepas Menteri Besar menghadap Sultan Selangor di Istana Mestika, di sini, untuk menyembahkan perkembangan hal ehwal pentadbiran negeri serta isu membabitkan Wong.

Diantaranya Setiausaha Sulit Sultan menyatakan:

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa Baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizibeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik. Sebagai Sultan Selangor, Baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik (above politic).

Baginda selanjutnya menyatakan keyakinan Baginda atas apa jua keputusan yang bakal diambil oleh Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan percaya bahawa ianya dibuat secara adil dan bijaksana, dengan mengambil kira kepentingan rakyat khasnya dan Negeri Selangor amnya. Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Kepada Yang Berhormat Elizabeth Wong, Baginda melahirkan rasa sedih da simpati di atas insiden yang telah berlaku dan berharap agar beliau dapat bertenang, sabar dan menguatkan semangat untuk menghadapi dugaan ini dan meneruskan kehidupan seharian beliau. "

Siasatan kes Khir Toyo beli apartmen RM25 juta

Bekas Menteri Besar Selangor Khir Toyo kini disiasat kerana dipercayai mendalangi pembelian dan penjualan apartmen mewah di Makkah membabitkan penggunaan dana awam sebanyak 25 juta ringgit.

Urus beli-jual itu dilakukan menerusi Permodalan Negeri Selangor Berhad, sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang kini dalam siasatan audit. Demikian menurut kenyataan pejabat Menteri Besar Selangor .

Pada 14 September 2007, Lembaga Pengarah syarikat PNSB yang dipengerusikan oleh Khir Toyo meluluskan syarikat berkenaan membeli lima unit apartmen di Menara Al Marwah, Makkah dengan harga RM8.3 juta.

Bagaimanapun tiga hari kemudian, PNSB membayar RM25.6 juta kepada sebuah akaun di Arab Saudi untuk membeli 12 unit apatmen.

Pembelian tujuh apartmen tambahan itu dibuat tanpa kelulusan Lembaga Pengarah.

Apartmen berkenaan didaftar atas nama Khir Toyo, atas alasan memenuhi keperluan undang-undang kerajaan Arab Saudi.

Selepas membeli 12 apartmen itu, PNSB bertindak menjual 7 daripadanya kepada seorang individu pada harga kos RM17.2 juta ringgit.

Penjualan itu sekali lagi tidak mendapat kelulusan Lembaga Pengarah.

PNSB menerima RM17 juta daripada individu berkenaan tetapi tidak ada sebarang resit rasmi dikeluarkan untuk memperaku penjualan apartmen itu pada harga kos.

Kes itu menjadi lebih “pelik” apabila PNSB di bawah kepemimpinan Khir Toyo, kemudiannya meluluskan pembayaran RM8.2 juta ringgit menerusi empat cek kepada individu yang sama.

Ini dilihat sebagai cubaan membeli semua apartmen itu daripada individu berkenaan, membolehkan beliau mengaut keuntungan besar.

Transaksi ini juga dibuat tanpa mesyuarat Lembaga Pengarah.

Namun, PNSB kemudian membatalkan tiga daripada cek berkenaan. Cek keempat bernilai dua juta ringgit dimasukkan ke dalam akaun individu berkenaan.

Namun PNSB kemudian mengarahkan bank menghentikan pembayaran itu.

Siasatan kini bertumpu kepada persoalan bagaimana PNSB yang dipengerusikan oleh Khir Toyo mendapat kelulusan untuk membeli tambahan tujuh apatmen, tanpa kebenaran Lembaga Pengarah.

Audit juga dilakukan untuk mengenal pasti kenapa segala urusan membabitkan penjualan 7 unit pada harga kos kepada individu berkenaan tidak mendapat kebenaran Lembaga Pengarah.

Turut disiasat ialah kenapa PNSB seterusnya cuba membeli balik apatmen itu daripada individu berkenaan.

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata kerajaan negeri tidak teragak-agak bertindak tegas jika wujud unsur perbuatan jenayah dalam kes berkenaan.

Akaun kewangan PNSB bagi tahun 2007 masih belum dapat ditutup.


Terkini: Hakim Tarik Diri Dengar Saman Nizar

Pesuruhajaya Kehakiman, Mohamad Ariff Md. Yusof pagi ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dua hari lalu Mohamad Ariff berkata, beliau akan memberi pertimbangan serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.

Minggu lalu, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Nizar diwakili oleh barisan lapan peguam manakala penasihat undang-undang negeri Perak Datuk Ahmad Jamal Md Shahid bertindak bagi Zambry.

.

Kes Nizar Didengar Di Mahkamah Hari Ini

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof akan memutuskan hari ini sama ada beliau patut menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, demikian lapor Bernama.

Mohamad Ariff berkata beliau akan memberi pertimbangan serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara.

Rabu lepas, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas.

Mohamad Ariff harus memutuskan semakan kehakiman yang dipohon oleh Nizar bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar Perak.

Semalam, Kamaluddin berkata Mohamad Ariff patut menarik diri daripada mendengar kes tersebut bagi mengelak persepsi negatif tentang unsur berat sebelah.

"Adalah pandangan Pejabat Peguam Negara bahawa bagi mengekalkan keyakinan awam dalam badan kehakiman dan demi kepentingan keadilan, adalah elok Yang Arif menarik diri," hujahnya.

Kamaluddin berkata wujud bahaya berat sebelah oleh hakim dengan alasan Mohamad Ariff adalah bekas anggota PAS dan penasihat undangundang PAS dalam beberapa petisyen pilihan raya.

Hujahan itu dibantah oleh Sulaiman yang menyatakan bahawa mengikut Kod Etika Hakim, seorang hakim tidak dilarang mendengar kes parti politik selagi hakim berkenaan tidak menjadi anggota semasa dalam sebarang parti politik.

Beliau juga berkata tidak ada asas bagi Mohamad Ariff menarik diri daripada mendengar kes itu tetapi apa yang lebih penting adalah integriti dan keikhlasan hakim berkenaan.

"Jika anda menarik diri, anda memberi mesej bahawa anda tidak boleh membuat keputusan secara objektif dalam perkara yang kontroversi. Ini bukan mesej yang hendak diberikan," katanya.

"Penarikan diri Yang Arif mungkin mengundang komen yang tidak menyenangkan mengenai badan kehakiman," kata Sulaiman, yang menambah ujian sebenar bahaya soal berat sebelah dalam keadaan kes ini tidak dipenuhi.

"Derhaka", "Kurang Ajar" Diperlukan Walaupun Digeruni

Dua perkataan yang amat digeruni oleh masyarakat Melayu iaitu "derahaka" dan "kurang ajar".

Seorang pengkritik sastera Melayu Moden tersohor, Mohd Affandi Hassan menyatakan istilah derhaka digunakan sewenang-wenangnya untuk mengelirukan kebenaran. Malah terdapat raja Melayu sendiri mengutuk rakyatnya sebagai perderhaka hanya kerana mereka dengan tegas menyatakan perbezaan pendapat dan perasaan meluat mereka terhadap penipuan yang berlaku di sekeliling mereka.

Beliau menyatakan semua ini terjadi bukan kerana kejahilan tentang perlembagaan dan undang-undang, tetapi kerana mempersetankan nilai-nilai kebenaran yang diajarkan oleh Islam.

"Ulama sendiri tidak mahu menegaskan bahawa hanya terdapat tiga jenis penderhakaan sebenar: menderhaka undang-undang Allah SWT; menderhaka kepada ajaran Nabi SAW; dan menderhaka kepada ibu bapa," jelas beliau lagi.

"Dua jenis penderhakaan pertama itu boleh dihapuskan sekiranya penderhaka tadi memohon ampun daripada Allah Ta’ala; tetapi perderhakaan ketiga hanya akan hapus jika ibu bapa yang didurhakai itu mengampunkan anaknya yang terlanjur itu."

"Dalam Islam, apabila seseorang membunuh, yang berhak mengampunkannya hanya ahli waris yang terbunuh, bukan orang lain yang tidak kena mengena. Itulah ketentuan hukum, yang cuba ditutup oleh ulama yang mendapat naungan daripada naungan selain naungan Allah Ta’ala. Apabila hakikat ini ditutup, maka berlakulah keriuhan gila-gilaan tentang “penderhakaan” yang dipermainkan untuk mencapai maksud politik yang sangat jahat," tambahnya.

Beliau menjelaskan bahawa masih terdapat orang Melayu yang agamanya Islam tetapi berpegang kepada konsep Hindu di dalam kehidupan yang menganggap ketua negara tidak berdosa dan tidak boleh dikritik.

Affandi mengingatkan kisah Saidina Abu Bakar yang menegaskan ketika menerima perlantikan sebagai Khalifah, bahawa beliau wajib ditaati jika melaksanakan undang-undang Allah Ta’ala, bukan kerana sebab-sebab lain. Kerana terdapat ulama yang menyembunyikan hakikat ini, maka terjadilah keriuhan gila-gilaan berasaskan kejahilan tentang hukum Islam dan penderhakaan terang-terangan terhadap ajaran Islam


GB ingin menukilkan kembali sebuah puisi nukilan Sasterawan Negara, Allahyarham Usman Awang sebagai pelengkap terhadap kata-kata Affandi diatas iaitu Kurang Ajar.

Sebuah perkataan yang paling ditakuti
Untuk bangsa kita yang pemalu.

Sekarang kata ini kuajarkan pada anakku;
Kau harus menjadi manusia kurang ajar
Untuk tidak mewarisi malu ayahmu.

Lihat petani-petani yang kurang ajar
Memiliki tanah dengan caranya
Sebelumnya mereka tak punya apa
Kerana ajaran malu dari bangsanya.

Suatu bangsa tidak menjadi besar
Tanpa memiliki sifat kurang ajar

Muhyiddin Lempar Batu Sembunyi Tangan

Kenyataan calon Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan parti-parti pembangkang agar tidak mengaitkan Barisan Nasional (BN) dalam pendedahan kes siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disifatkan sebagai kenyataan yang tidak bertanggungjawab dari seorang menteri kabinet BN.

Bekas Exco Pemuda UMNO Dato’ Kamal Amir Kamal Hijaz mengingatkan Muhyiddin Yassin agar tidak ‘memperbodohkan’ dirinya dengan politik ‘limpar batu sembunyi tangan’, malah akan ditertawakan oleh masyarakat umum.

Dato’ Kamal Amir berkata Tan Sri Muhyiddin sudah memalukan UMNO seolah-olah kerajaan sekarang bukan ditadbirkan oleh BN. “Siapa SPRM hingga ianya boleh mengatasi kuasa kerajaan?” tanya Dato’ Kamal Amir.

Dato’ Kamal Amir seterusnya berkata, banyak kes laporan polis dibuat berkaitan salah guna kuasa lebih awal daripada kes lembu di Selangor, sekadar diberi jaminan ianya akan disiasat tetapi tak pula diambil tindakan segera untuk didakwa.

Dato’ Kamal Amir juga membangkitkan kuasa SPRM yang keterlaluan dalam soal siasat seorang aktivis UMNO yang ditahan Temerloh pada 23 Januari 2009 iaitu dengan no repot Kuantan/002014/09 tak ditakrifkan sebagai salah guna kuasa.

“Tan Sri Muhyiddin calon untuk jawatan nombor dua, janganlah memperbodohkan diri dengan kenyataan begitu,” tegas Dato’ Kamal Amir.



Bawa Kes Khir Toyo Juga Ke Panel Penilaian

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, menteri besar Selangor boleh didakwa tanpa memberitahu peguam negara apabila kes itu dirujuk kepada panel penilaian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PRSM).

Kenyataan Abu Kassim Mohammed itu jelas cuba melakukan "pembelaan" terhadap kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan sebelum ini yang menyatakan terdapat bukti kukuh di dalam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa menyalahguna wang negeri berhubung penyelenggaran kereta Lexus miliknya dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Persoalan kini, panel penilaian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PRSM) hanya baru diumumkan hari semalam, sedangkan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu telah diumumkan seminggu sebelum panel penilaian operasi SPRM diwujudkan.

Justeru itu sikap yang ditunjukkan oleh Abu Kassim jelas menampakkan bahawa beliau tidak kompeten menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Pengarah malah bersekongkol dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang telah diketahui umum melakukan tindakan secara selektif terhadap kes-kes rasuah yang diadukan kepada SPRM sebelum ini.

Kita juga menuntut supaya aduan kes-kes rasuah yang ratusan jumlahnya yang diadukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat terhadap pemimpin Barisan Nasional tertutama terhadap bekas Menteri besar Selangor, Khir Toyo juga di bawa kepada panel penilaian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PRSM), bukan sekadar kes Tan Sri Khalid Ibrahim jika benar SPRM ingin dilihat berlaku adil dan telus di dalam tindakan-tindakannya.

Jika tidak, sekalipun dilantik beratus orang sekalipun menganggotai jawatankuasa panel tersebut, ia tidak sekali-kali akan mampu mengubah persepsi masyarakat yang telah "meluat" dan "jijik" dengan SPRM yang melihat SPRM tidak lebih dari hanya sebagai "seekor lembu yang dicucuk hidungnya".



Kisah Mufti Menjual Agama

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh dilaporkan berkata perbuatan menderhaka kepada pemerintah adalah satu dosa besar berdasarkan dalil daripada Al Quran dan Sunnah.

Dalam satu kenyataannya, beliau berkata sebarang perbuatan tunjuk perasaan bertujuan mencabar pemerintah adalah haram seperti dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud : "Mana-mana kumpulan manusia berarak ke arah Sultan dengan tujuan merendahkannya, maka mereka akan dihina oleh Allah sebelum hari Kiamat."

Mufti yang sama juga pernah berkata "sumpah mubahalah" yang dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 15 Ogos 2008 adalah sah sebagai sumpah di luar perbicaraan.

Begitu mudah seorang mufti mengeluarkan hujjah berdasarkan hadith tanpa memberitahu "Sultan" yang bagaimana yang dikehendaki atau yang dimaksudkan oleh hadith berkenaan.

Sedangkan Anas meriwayatkan:

"Ulama adalah kepercayaan para rasul selama mereka tidak bergaul dengan Sultan dan tidak asyik dengan dunia. Jika mereka bergaul dengan Sultan dan asyik dengan dunia maka mereka telah mengkhianati para rasul. Karena itu, jauhilah mereka." (HR al-Hakim).

Saidina Abu Bakar menegaskan ketika menerima perlantikan sebagai Khalifah, bahawa baginda wajib ditaati jika melaksanakan undang-undang Allah Ta’ala, bukan kerana sebab-sebab lain. Kerana terdapat ulama yang menyembunyikan hakikat ini, maka terjadilah keriuhan gila-gilaan berasaskan kejahilan tentang hukum Islam dan penderhakaan terang-terangan terhadap ajaran Islam.

Imam Ghazali telah mengingatkan umat Islam, terdapat dua jenis ulama: ulama jahat yang menggunakan Islam untuk dunia; ulama baik yang takutkan Allah Ta’ala dan cintakan Nabi SAW dan umat Islam. Sukar mendapat jenis ulama kedua ini, kerana begitu ramai “ulama” yang mengutamakan dunia dan kemewahan hidup. Ulama jenis ini wajib diderhakai seperti SUltan (pemimpin) yang jahat juga wajib diderhakai. Itulah prinsip Islam yang mesti dipegang dan dilaksanakan oleh umat Islam. Tepat dan jelas, tiada apa-apa kekeliruan lagi.

Bila disemak semula rupa-rupanya Mufti ini ialah seorang ahli berdaftar sebuah parti yang sentiasa bersalahan dengan hukum Islam malah tidak pernah menerima Islam di dalam bentuknya yang syumul.

Justeru itulah tidak hairan kenapa Mufti itu menjadi sedemikian perangainya.



MCA Bergolak: Ong Nafi Dakwaan Chua Soi Lek

Presiden MCA, Ong Tee Kiat menafi DVD seks Timbalannya, Chua Soi Lek “dihidupkan” semula untuk menumpaskan cubaan pihak tertentu mengadakan sidang khas parti untuk mengemukakan undi tidak percaya terhadap dirinya.

Ong berkata tidak ada pihak yang perlu mengaitkan siasatan polis membabitkan Chua kepada sebarang isu lain.

"Jangan cuba mengaitkannya dengan perkara-perkara lain. Sekiranya anda tidak bersalah, maka anda tidak bersalah.

"Apakah perlu hendak berdebat lagi, adalah anda hendak menyalahkan seluruh dunia?"

Ong yang juga Menteri Pengangkutan menyifatkan khabar angin ada usaha di dalam MCA untuk menggerakkan undi tidak percaya terhadapnya sebagai spekulasi semata-mata.

"Saya tidak mempunyai masa yang banyak untuk menjawab soalan-soalan berbentuk spekulasi ini.

"Mereka cuba hanya mahu membangkitkan dan kemarahan orang. Kita tidak akan terganggu," katanya di Parlimen hari ini.

Semalam, polis mengesahkan bahawa timbalan presiden MCA itu kini sedang disiasat berhubung dakwaan melakukan seks di luar tabiee dalam DVD seks berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Hasnan Hassan berkata, polis sedang menyiasat DVD seks tersebut mengikut seksyen 377(A) Kanun Keseksaan yang, jika disabit kesalahan membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun, serta sebat.

Ditanya sama ada, DVD seks itu akan mencemar imej parti, Ong menjawab: "Sama ada ada ia akan mencalar imej MCA, patut ditanya kepada orang yang melakukan perkara tersebut. Perkara ini berlaku pada tahun lepas, patutnya tanya kepada beliau."

Ditanya pendiriannya berhubung isu tersebut, Ong berkata: "Adakah awak berpendapat bahawa kami perlu menyokong perkara yang melanggar undang-undang? Kalau begitu sila beritahu kami..."



Majlis Peguam Bidas Polis Siasat Speaker

Majlis Peguam Malaysia hari ini menmbidas tindakan Polis yang menjalankan soal-siasat terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar.

Presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan soalsiasat polis berkenaan adalah tidak wajar dan mencabuli doktrin pengasingan kuasa di dalam dewan-dewan undangan negeri.

“Ia satu memulakan satu precedent yang merbahaya kerana tiada siapa pun boleh pertikaikan keputusan Speaker.

“Speaker mempunyai beberapa hak keistimewaan dan immuniti di bawah Perlembagaan Persekutuan dan beberapa enakmen di negeri Perak,” tambahnya.

Ambiga menjelaskan bahawa implikasi dari tindakan polis itu amat dasyat , sekalipun soalsiasat itu merupakan satu prosedur biasa.

“Sekali ia dimulakan, tidak ada satu dewan undangan negeri yang selamat lagi. Speaker sudah tidak mempunyai kebebasan untuk menjalankan fungsinya dan tanggngjawabnya sebagai seorang Speaker jika beliau tertakluk kepada soalsiasat oleh kuasa luar,” tambahnya.

Kelab GB sebelum ini telah berkali-kali menjelaskan bahawa Polis tidak mempunyai hak untuk menyoal-siasat Speaker sekalipun ada laporan polis di buat oleh pihak tertentu terhadapnya.

Ini kerana mereka yang membuat aduan polis juga tidak memahami tugas dan bidangkuasa Speaker, begitu juga pihak yang mencadangkan laporan polis dibuat ke atas Speaker.

Kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata walau apa pun tanggapan mengenai keputusan yang dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar, ianya tetap tidak sah hanyalah satu pandangan dari seorang Speaker yang berkebetulan datang dari parti yang berlainan dari V.Sivakumar yang pastinya diragui kenyataannya.

Ini kerana lebih banyak tindakan-tindakan Speaker dari kalangan Barisan Nasional di dewan-dewan undangan negeri di mana BN berkuasa yang banyak boleh dipertikaikan seperti tindakan Datuk Seri Onn Ismail menggantung Teng Chang Khim dari Dewan Undangan Selangor selama 2 bulan tanpa gaji setelah dituduh bersikap biadab kepada Speaker pada April 25, 2005. Begitu juga dengan sikap Speaker Dewan Rakyat yang menggantung keahlian beberapa orang pemimpin pembangkang sesuka hati tetapi membiarkan kesalahan yang sama dilakukan oleh penyokong kerajaan.

Justeru itu sebenarnya, di dalam hal ini, pihak yang mencadangkan aduan polis dibuat itulah yang sepatutnya di siasat, ditahan dan didakwa kerana menghina Speaker.


Perhimpunan Bantah PPSMI

UUMNO dan Barisan Nasional digesa berhenti memanipulasi keputusan peperiksaan untuk mengabui mata rakyat terhadap kegagalan dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.

Gesaan itu dibuat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi Awang di dalam satu perhimpunan yang dihadiri oleh 2 ribu orang di Dewan Perhimpunan Cina Selangor.

Sambil menggelarkan mereka yang masih mahu meneruskan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) sebagai golongan celaka, beliau turut menyelar tindakan merendahkan peratus kelulusan pelajar semata-mata kerana mahu mempertahankan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

Tindakan tersebut kata beliau merupakan satu perbuatan yang dianggap sebagai menipu bangsa sendiri.

"Pemimpin jenis ini merupakan pengkhianat kepada bangsa dan bahasa serta lebih menyedihkan lagi kerana mereka sanggup meneruskan dasar PPSMI ini kerana memetingkan kroni," tegas beliau dalam satu forum himpunan dan ikrar mansuh PPSMI malam tadi.

Selain itu, Hadi juga menegaskan, tamadun bangsa yang pernah wujud mempunyai bahasa masing-masing dan kemajuan tamadun ini berkembang bersama dengan perkembangan bahasa mereka.

Beliau menggesa supaya rakyat di didik dengan ilmu dengan menggunakan bahasa sendiri dan bukan dengan bahasa asing.

"Tidak salah belajar bahasa asing tetapi rakyat perlu di ilmukan dengan bahasa kebangsaan," kata beliau.

Lebih kurang 20 orang pemuda yang dipimpin oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) Kamaruzaman Mohamad membaca ikrar taat setia dan berjanji akan mempertahankan Bahasa Kebangsaan.

Majlis tersebut yang diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor itu turut diserikan dengan bacaan sajak oleh Dinsman.

Turut berucap pada forum tersebut adalah Timbalan Presiden KeADILan, Dr Syed Husin Ali yang menggantikan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden GMP, Dato' Dr Hassan Ahmad, Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS Pusat Dato' Abu Bakar Chik dan Presiden Teras Hj Azmi Abdul Hamid.