6 Feb 2014

TOL Tangguh Tapi Insurans Bakal Dinaikkan, BN Perbodohkan Rakyat

BN perlu beku kenaikan insuran kereta, rakyat sedia terbeban

Bekas Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajuddin menyifatkan pelarasan premium insuran kenderaan yang dikenakan ke atas syarikat takaful adalah tambahan yang membebankan rakyat.

“Walaupun alasan kenaikan secara beransur-ansur untuk menjamin risiko yang tidak dijangka, namun kenaikan insuran 15 peratus adalah kenaikan yang tinggi.

“Mungkin kita pandang kenaikan 15 peratus ini rendah dan dibayar setahun sekali. Tetapi kenaikan ini berlaku serentak dengan pelbagai kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

“Ini sudah menjadi kenaikan yang berganda,” kata Azrul yang dipetik daripada kepada Keadilan Daily.

Pada 29 Januari lalu, Bank Negara Malaysia meluluskan kenaikan premium insuran takaful 15 peratus membabitkan kenderaan motosikal, kereta dan bas ekspress, bermula 15 Februari ini.

Azrul berkata, kelompok yang paling terkesan dengan kenaikan premium insuran 15 peratus adalah masyarakat luar bandar kerana mereka memerlukan sekurang-kurangnya motosikal yang mewajibkan perlindungan insuran.

“Di bandar ada pengangkutan awam, jika ingin berjimat. Tetapi, penduduk luar bandar susah dapatkan pengangkutan awam dan terpaksa guna kenderaan persendirian untuk bergerak.

“Orang kampung yang guna motosikal tetap perlu membayar insuran. Jika enggan bayar, pengguna tidak dapat cukai jalan. Penduduk kampung terpaksa menanggung kenaikan dan penduduk bandar turut terbeban.

“Kita tidak dapat menjangkakan apa lagi yang naik selepas ini. Siapa tahu pula, selepas ini cukai jalan pula akan dinaikkan,” katanya. -selangorku


Pembangkang Gesa Beku Kenaikan Insurans Kereta


PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menggesa kerajaan membekukan pelarasan kadar baharu insurans kenderaan yang dijangka akan berkuat kuasa 15 Februari ini.

Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli (gambar) berkata, kenaikan kadar premium insurans akan meningkatkan lagi bebanan rakyat khususnya ketika peningkatan pelbagai kos lain.

"Saya menyeru supaya kerajaan mengeluarkan arahan segera agar kenaikan kadar premium insuran kereta dibekukan serta-merta dengan mengambil kira kesusahan rakyat sekarang.

"Sudah tentu jika kenaikan premium insuran kereta ini diteruskan juga, ia akan menjadi salah satu dari isu yang akan dibawa di Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang nanti," katanya menerusi kenyataan pada Khamis.

Media pada Khamis melaporkan bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) meluluskan pelarasan kadar baharu tarif insurans kenderaan untuk tahun ini, dengan anggaran peningkatan sekitar RM2 hingga RM23.

Tarif baharu itu akan berkuat kuasa pada 15 Februari ini, keatas setiap kenderaan baharu yang dibeli atau insurans yang diperbaharui semula.

Kelulusan itu antara lain membabitkan pelarasan tarif asas bagi perlindungan komprehensif dan perlindungan pihak ketiga untuk kenderaan persendirian dan motosikal.

Pelarasan itu merupakan kali ketiga sejak 2012, selepas BNM membenarkan peningkatan premium setiap tahun antara 2012 hingga 2015.

Difahamkan, BNM telah pun menghantar notis pelarasan itu kepada Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) minggu lalu


[VIDEO] PAS Tak Gentar Ugutan "Mat Blur"


PAS tidak gentar dengan ugutan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir mahu mendedahkan penyelewengan PAS semasa mentadbir negeri itu sebelum ini.

Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, parti itu tiada niat untuk menyembunyikan sebarang salah laku pemimpin PAS semasa mentadbir Kedah semasa tempoh 2008 hingga 2013.

“Saya persilakan Mukhriz untuk membongkar segala apa yang dimaksudkan jika wujud sebarang penyelewengan yang berlaku di zaman kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat,” katanya dalam sidang media di pejabat agung PAS di sini hari ini.

Mukhriz dipetik laporan Utusan Malaysia minggu lalu berkata, pihaknya akan membuka fail lama termasuk projek bermasalah di negeri itu termasuk projek pembalakan di Pedu dan isu pembinaan kampus kolej universiti Insaniah (Kuin).

“Sudah tiba masanya kita pertimbangkan untuk buka fail lama mengenai Pedu dan Kuin, banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang mereka (PAS Kedah) mentadbir. Saya ingat dulu kita tidak perlu buka fail lama.

“Tetapi kalau mereka hendak tunjuk kononnya mereka bersih kita kotor, kita boleh tunjukkan bukti dengan mudah bahawa sepanjang lima tahun lalu banyak penyelewengan berlaku,” kata Mukhriz.

Mahfuz berkata, walaupun mengakui Barisan Nasional (BN) mempunyai kuasa penuh menyiasat kes-kes tersebut, tetapi perkara itu tidak akan menghalang PAS daripada terus mendedahkan salah laku pentadbiran Mukhriz yang digelarnya sebagai ‘Mat Blur’.

`Tak boleh ugut PAS’

“Mereka boleh siasat tapi tak boleh ugut PAS persoalkan segala kepincangan dan salah laku dan beliau harus jawab apa yang berlaku mengenai hal-hal semasa.

“Antaranya isu pembelian kereta, pemindahan Kuin yang semakin sekarang belum dijawab,” katanya.

Menurut Mahfuz, cara Mukhriz ini seperti mengulangi zaman pemerintahan diktator bapanya Tun Dr Mahathir Mohammad ‘mendiamkan’ pegawai kerajaan semasa menjadi pemimpin dahulu.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu berkata, beliau bimbang perbuatan sama akan berulang apabila pegawai kerajaan diugut daripada bersikap telus dan terus membiarkan penyelewengan berlaku.

“Kalau ada yang tak bersetuju dengan Mukhriz mereka tak akan berani tegur Mukhriz kerana bimbang fail-fail mereka akan dibuka.

“Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus masuk buat siasatan yang mungkin berlakunya penyelewengan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mempersoalkan tindakan Peguam Negara (AG) yang lambat mengemukakan pendakwaan terhadap bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang melakukan penyelewengan program 1Azam.

Pecah amanah

Bekas Setiausaha Politik dan seorang pengarah sebuah yayasan itu dilaporkan sepatutnya didakwa di bawah Kanun Keseksaan pada 29 Januari atas tuduhan pecah amanah membabitkan lebih RM1.1 juta dan satu lagi tuduhan menipu membabitkan RM1 juta.

Bagaimanapun mereka dilaporkan telah diikat jamin sebanyak RM50,000 pada 27 Januari lalu.

“Saya hairan kenapa sehingga sekarang belum ada pendakwaan dilakukan AG terhadap bekas Setiausaha Politik kepada seorang menteri sebelum ini walaupun ia telah pun disiasat oleh SPRM.

“Laporan media jelas mengatakan akan ada pendakwaan, tetapi sehingga sekarang kita tidak melihat ada pendakwaan dilakukan di mana-mana mahkamah.

“Kita tidak mahu perkara ini diam begitu sahaja, kita berharap pendakwaan dilakukan dengan segera dan Peguam Negara perlu tegas dalam hal sedemikian,” katanya.

Sebelum ini, pengerusi panel penasihat perundingan dan pencegahan rasuah SPRM Datuk Johan Jaaffar dilaporkan bimbang mengenai spekulasi kes tersebut yang sehingga sekarang belum ada pendakwaan dilakukan.

Johan dalam kenyataannya menegaskan Jabatan Peguam Negara perlu memberi penjelasan berhubung kes tersebut agar ia dapat meredakan spekulasi mengatakan ada campur tangan politik atau pendakwaan terpilih. -FMT


ULASAN GB

Yang anehnya, bukti tiada tapi dia buat tuduhan dulu kata kerajaan PAS menyeleweng semasa memerintah Kedah.

Bila disergah suruh lapor SPRM oleh bekas Exco PAS, Datuk Amiruddin Hamzah tiba-tiba Mat Blur baru terkial-kial kata "kerajaan negeri sedang mengumpul maklumat mengenai kemungkinan berlaku penyelewengan".

Baru ada perkataan "kemungkinan" dan "baru hendak mengumpul bukti".

Tuduhan beliau serius, tetapi PAS tak gentar. Tuduhan beliau berlaku di tengah-tengah isu kontroversi dimana tembelang bapanya untuk menggulingkan Najib telah terbongkar. Mahathir ada perancangan untuk bahawa Mukhriz ke peringkat lebih tinggi dari apa yang Mukhriz ada sekarang ini. Apabila rahsia itu telah pecah, maka Mukhriz turut kelam kabut dan secara melulu buat tuduhan PAS menyeleweng masa memerintah Kedah untuk menutup pekung rancangan bapanya.

Memang "blur" sesangat Mat Blur nih ...

Isu "One-derful Malaysia": Mentaliti Kangkung Sesetengah Menteri Kangkung


Penghinaan UMNO-BN terhadap orang Melayu jauh lebih buruk – Ariff Sabri

Ahli Parlimen Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz berkata, penghinaan UMNO terhadap orang Melayu jauh lebih buruk berbanding video satira ‘One-derful Malaysia’ yang dihasilkan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Teresa Kok Suh Sim.

Justeru, beliau mempertikaikan reaksi melampau sesetengah pihak, antaranya Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang membuat laporan polis dan mengecam Teresa serta menuduh video itu ‘boleh menggugat keharmonian rakyat’.

“Teresa mengemukakan video yang gambarkan rekod Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan BN dalam bentuk humor dan satira. Kenapa darah Pemuda UMNO nak menggelegak? Penderitaan Melayu akibat dasar UMNO dan BN tidak pula mahu memberontak.

“Rakyat lagi lama dihina dan diperbudakkan. Penoreh getah di kampung di Raub menderita untuk mendapat RM200 sebulan, bil elektrik kediaman rasmi Najib pula RM6,100 sehari dan air RM800 sehari. Mengapa tidak ada laporan polis ke atas pimpinan BN itu dibuat?”
katanya.

Beliau merujuk jawapan bertulis Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim di Parlimen tahun lalu menyatakan jumlah bil elektrik Kompleks Seri Perdana pada 2012 adalah RM2,237,788.13, manakala air RM311,174.25.

Klip video sempena Sambutan Tahun Baru Cina itu mengandungi unsur kritikan secara satira terhadap beberapa isu seperti ekonomi, keselamatan, urus tadbir dan kehidupan pemimpin negara yang mewah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam dilaporkan berkata, sejumlah 40 laporan polis dibuat ke atas Ahli Parlimen Seputeh itu dan siasatan akan dijalankan Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Sehubungan itu, Mohd Ariff Sabri menyifatkan kandungan video klip itu hanya versi ‘lembut’ kepada kemarahan rakyat kepada UMNO dan BN.

“Beliau hasilkan video yang sudah dicuci. Jika kerajaan dengar apa rakyat Raub sebut pasal Najib dan isterinya, pasti mereka akan hantar askar dan polis menangkap rakyat di sana. Ada yang meng’haramjadah’kan dan mencarut kepada Najib,” katanya sinis.

Beliau juga mengecam kenyataan Pemuda UMNO Wilayah, yang memandang kritikan dan mesej video itu daripada sudut perkauman.

“Kenapa semua perlu daripada sudut perkauman? Orang Cina tak boleh kritik Najib dan kerajaan? Orang Melayu bagaimana, tak cukup Melayu (kalau kritik)?

“Saya Melayu dan akan terus kritik kepimpinan Najib. Saya tidak akan benarkan UMNO mendefinisikan keMelayuan saya,” katanya lagi. -Roketkini

Teresa Kok buat laporan polis, gesa UMNO hentikan serangan politik samseng


Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok Suh Sim hari ini membuat laporan di Balai Polis Tun HS Lee terhadap individu tidak bertanggungjawab termasuk pemimpin UMNO yang menyerang dan mengganggunya berhubung klip video Tahun Baru Cina ‘One-derful Malaysia’.

Katanya, laporan itu dibuat supaya serangan tidak berpatutan dengan memutar-belitkan klip video kononnya beliau anti-Melayu dan anti-Islam dihentikan segera.

“Saya menerima banyak panggilan telefon daripada individu tertentu yang tidak dikenali sejak 3 Februari lalu, mulai jam 11.44 malam.

“Bukan saja panggilan malah banyak teks pesanan dan whatsapps yang biadap dan mengancam keselamatan diterimanya, termasuk daripada bekas Ahli Parlimen Ketereh dan ADUN Kok Lanas, Datuk Mohd Alwi Che Ahmad.

“Sebagai warga Malaysia, saya mempunyai hak menghasilkan video satira politik selagi tidak melampau atau bertujuan buruk dan ia merupakan perkara biasa dalam masyarakat kita,” katanya dalam kenyataan, selepas membuat laporan polis.

Naib Pengerusi DAP Kebangsaan itu menegaskan, satira politik hanya satu daripada medium untuk menjangkau masyarakat bagi meluahkan perasaan rakyat.

Katanya lagi, Presiden Majlis Peguam dan pakar perundangan yang dirujuk juga menyatakan bahawa tidak ada langsung unsur menghasut atau fitnah dalam klip video itu.

Sehubungan itu, tindakan Utusan Malaysia, UMNO dan NGO Pro UMNO memutarbelit dan menuduh beliau menghina orang Melayu jelas tidak ada pucuk pangkal dan sengaja direka.

“Sekiranya anda semua meneliti satira itu, tidak ada sebarang mesej menghina atau berniat memperlekeh mana-mana kaum.

“Menteri UMNO termasuk Datuk Seri Shafie Afdal, Khairy Jamaluddin dan Datuk Seri Shabery Chik wajar menghentikan tuduhan terhadap saya. Tonton dulu klip video itu sekali lagi sebelum membuat tuduhan liar.

“Saya juga amat berharap rakyat tidak terperdaya dengan propaganda mainan UMNO dan Utusan ini,” tegasnya.

Turut hadir mengiringi Teresa ialah Ahli Parlimen DAP Serdang, Dr Ong Kian Ming


ULASAN GB

Hanya yang bermentaliti kangkung akan melihat video "One-derful Malaysia" itu dari sudut perkauman sedangkan lansung tiada isu perkauman di dalam video berkenaan.

Yang dikritik di dalam video berkenaan ialah Naji, Rosmah & kerajaan UMNO BN. Bukan mengkritik Melayu, hanya kerana kebetulan Najib, Rosmah serta UMNO itu berbangsa Melayu, maka pemimpin UMNO melihat video berkenaan "mengkritik Melayu".

Yang marah terhadap video itu pun bukan "semua pihak" seperti didakwa Ahmad Shabbery. Hanya orang UMNO, itupun yang mengampu dan membodek PM sepertinya.

Presiden Amerika sendiri dikritik rakyatnya saban hari. Takda pula orang negro Amerika berkata ia menggugat keharmonian rakyat dan tidak ada yang berkata bahawa ia adalah hasutan halus untuk membenci Negro Amerika!

Kalau nak diikutkan, filem "Tanda Putera" lebih sarat dengan mesej perkauman daripada On-derful Malaysia.

Pembelasahan UMNO terhadap video Teresa Kok itu menjelaskan wujudnya mentaliti kangkung oleh menteri-menteri kangkung untuk membodek PM yang masyhur dengan kangkungnya.

Kenapa PAS Bekerjasama Dengan DAP?


Kenapa PAS bekerjasama dengan DAP?, kenapa tidak mahu kerjasama dengan Umno?

Jawapan: Mungkin ramai yang belum faham kenapa PAS berkawan dengan DAP, tidak dengan Umno. Buat yang belum tahu apa sebabnya boleh merujuk kepada 16 sebab-sebab utama di bawah ini:

1) DAP tidak rasuah, Umno Rasuah. DAP tiada buat penyelewengan tetapi Umno sudah banyak penyelewengan kuasa dibuat.

2) DAP menolak Hudud sebab mereka bukan Islam, tetapi peliknya Umno tolak Hudud sedangkan mereka beragama Islam. Jadi PAS tak mahu kawan dengan orang Islam yang tolak hukum Islam.

3) DAP tidak pernah bunuh umat Islam, tetapi umat Islam Memali dibunuh oleh siapa?

4) DAP tidak pernah runtuhkan masjid, tetapi banyak surau dan masjid diruntuh atau ditutup oleh kerajaan Umno/BN atas pelbagai alasan.

5) DAP tidak pernah hentikan tazkirah dan kuliah agama di masjid dan surau. Tetapi banyak kuliah dan tazkirah dihentikan oleh pihak berkuasa atas alasan tiada tauliah sedangkan ustaz tersebut lulusan Timur Tengah dan IPTA yang dibina kerajaan sendiri.

6) DAP tidak pernah tangkap rakyat tanpa bicara, tetapi kerajaan pimpinan Umno menggunakan ISA dan akta baru sekarang untuk berbuat demikian.

7) DAP tidak pernah menggadaikan tanah orang Melayu, tetapi sejak merdeka tanah rezab Melayu berjumlah 3 juta hektar tinggal 1.7 juta hektar sahaja. Ini angkara siapa?

8) DAP tidak pernah mempertikaikan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi negara tetapi siapa pula yang memperkenalkan PPSMI?

9) DAP tidak pernah meramPAS dan menganiaya negeri orang Melayu dan umat Melayu tetapi kerajaan Umno/BN menafikan royalti minyak kepada Kelantan dan Terengganu.

10) DAP setia kepada persefahaman dan persepakatan tetapi Umno lah yang menghalau PAS keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978 kini Umno gila talak dan hendak rujuk kepada PAS.

11) Ketika Umno/BN kuat, PAS dipandang sebelah mata, bila Umno/BN lemah, PAS seringkali diajak bergabung

12) Umno BOLEH bergabung dengan MCA, MIC dan lain-lain parti bukan Melayu/Islam sebanyak 11 parti dalam BN, tetapi PAS bergabung dengan 2 parti pelbagai kaum iaitu PKR dan DAP TAK BOLEH pula?

13) PAS bukan parti berasaskan perkauman tetapi Umno adalah perkauman sempit sama seperti MCA dan MIC. PAS menentang dasar berjuang atas perkauman atau Assobiyyah.

14) PAS menentang kezaliman dan penindasan terhadap rakyat atas dasar apa sekalipun. Banyak sekali contoh kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan Umno/BN seperti menafikan royalti, bantuan perkapita kepada negeri PR (diberi tidak sepenuhnya dan dilengah-lengahkan), bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dihentikan, harga barangan dan perkhidmatan semakin naik dan sebagainya.

15) PAS menentang pembaziran yang menjadi amalan kerajaan Umno/BN dengan projek-projek mega yang sebahagian besarnya tidak memberikan manfaat kepada rakyat .......

16) DAP dan PKR menerima dan memeterai perjanjian bahawa Islam tetap menjadi agama Rasmi Malaysia, Sistem Raja Berpelembagaan tetapi dipertahankan, Hak Istimewa Melayu iaitu Perkara 152 & 153 dipertahankan, Bahasa Melayu tetap menjadi Bahasa Rasmi Malaysia -jkkk fan's club