18 Sep 2010

UMNO Terkedu, Hipokrit Terdedah, Kamalanathan Masuk Masjid Pijak Tempat Sujud

Khalid Samad dakwa Umno hipokrit, benarkan MP MIC masuk masjid

Gambar: Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan, yang menurut Khalid Samad timbul persoalan pendirian Umno-BN dalam isu bukan Islam masuk kawasan masjid. — Gambar ihsan blog Khalid Samad

KUALA LUMPUR, 18 Sept — Selepas akhir Ramadan baru lalu “disajikan” dengan serangan Umno dan Perkasa terhadap kehadiran Ahli Parlimen DAP Serdang Teo Nie Ching di sebuah surau, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad mendakwa Umno berpura-pura dalam isu yang hampir sama yang melibatkan wakil rakyat Hulu Selangor dan juga ADUN BN.

“Sepanjang bulan Rejab, Shaaban dan Ramadan kita telah dihidang dengan bermacam-macam berita berhubung kononnya berlaku penyalahgunaan masjid dan surau apabila Selangor berada di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat.

“Dengan bantuan pihak media yang telah bekerja keras di sepanjang bulan-bulan tersebut, rakyat Malaysia telah diberikan gambaran seolah-olah Islam tercemar dan terancam oleh kerana sikap ‘tunduk kepada DAP’ khususnya dan pengundi bukan Islam secara umumnya,” kata Khalid dalam blognya.

Tulisan bertajuk “Umno, Kura-Kura dan Perahu”, Khalid menambah, menurut Umno dan BN lagi, ia dilakukan demi memperoleh undi, khususnya oleh pemimpin-pemimpin PAS dan parti PAS itu sendiri.

“... iaitu demi kuasa, kata mereka lagi, kesucian Islam sanggup digadai sehingga orang bukan Islam dibenarkan masuk kerana surau dan masjid. Kehormatan ummat Islam tercemar kerana terpaksa menerima sumbangan wang dari orang bukan Islam dan sebagainya.

“Saya tidak berhajat untuk mengulas berkenaan isu bukan Islam memasuki ruang solat di masjid atau surau, bagaimanapun kepada yang berminat bolehlah mengikuti keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan berkenaan Hukum Pelancong Bukan Islam Memasuki Masjid Dan Ruang Solat Utama Di Dalam Masjid,” kata beliau.

Sehubungan itu, kata Khalid, bagi yang mengenali Umno segala bentuk dakwaan sedemikian rupa tidak akan mendatangkan apa-apa mudarat.

"Bagi yang mengenali peranan Pengarah JAIS dan MAIS sebagai kesinambungan wadah kepuraan Umno dalam bersandiwara, ia turut tidak memberikan sebarang kesan.
“Tetapi bagi yang masih ‘kabur’, saya sajikan beberapa keping gambar yang menjelaskan sifat Umno yang berkura-kura berpura-pura, pembohong dan memutar-belit fakta tanpa syak lagi,” katanya.

Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor April lalu.

Antara gambar yang dipaparkan di blognya menunjulkkan wakil rakyat Umno memberikan tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid Felda Gedangsa.

Khalid menimbulkan persoalan sama ada wakil rakyat berkenaan mempunyai tauliah.

Selain itu beliau turut menyiarkan gambar Ahi Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan bersama ADUN Umno menyerahkan sumbangan cek di dalam Masjid Sungai Tengi Selatan.

Ekoran insiden di Surah Al-Huda di Kajang, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) berkata larangan ke atas bukan Islam memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor tidak terhad kepada Teo sahaja.

MAIS menegaskan larangan dikenakan ke atas Teo menerusi surat amaran, yang diterima wakil rakyat itu semalam, merangkumi semua orang bukan Islam di Selangor termasuk wakil rakyat dan ahli-ahli politik.

Setiausaha MAIS Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata larangan itu perlu dipatuhi demi menjaga kesucian dan kehormatan masjid dan surau.

“Dalam surat amaran yang diberikan Teo, kita melarang beliau daripada memasuki ruang solat masjid dan surau di negeri ini.

“Kalau beliau mahu buat program boleh buat di kawasan luar ruang solat... keputusan kita tegas,” kata beliau.

Dalam surat amaran itu, MAIS meminta supaya beliau tidak lagi memasuki ruang solat masjid dan surau di Selangor.

MAIS juga menekankan arahan tersebut dikeluarkan atas titah perintah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mempertahankan tindakan Teo.

Menteri Besar Kelantan itu berkata tindakan anggota Dewan Rakyat tersebut tidak menyalahi hukum Islam, malah sebaik-baik cara untuk mendekatkan mesyarakat bukan Islam kepada Islam.

Selain itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menegaskan, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid atau surau bertentangan dengan semangat keputusan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan dicapai awal tahun ini.

Perkasa meminta kerajaan mengadakan undang-undang baru menghalang bukan Islam memasuki masjid dan surau. -TMI

Ulasan GB

Baca GB Jawab 2 orang Yang Menonjol Diri Sebagai Ulamak.

Utusan Ada Agenda Tersembunyi Jatuhkan Najib?

Dulu Mahathir Guna Utusan Jatuhkan Pak Lah, Kini Hentam Najib Pula

Media milik Umno, Utusan Malaysia yang digunakan sebagai agen untuk memfitnah Pakatan Rakyat kini menjadi 'senjata makan tuan' apabila akbar itu mula merasai peranannya semakin mengkucar-kacirkan parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata akhbar itu dilihat sedang digunakan sebagai platform untuk menghentam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam usaha untuk menjatuhkannya.

Ujar beliau, bekas pemimpin Umno itu kini giat menggunakan Utusan untuk mengeluarkan kenyataan menyokong dan mengkritik antara satu sama lain termasuk satu ketika dahulu mendesak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi supaya melepaskan jawatannya.

"Saya melihat ada satu agenda tersembunyi yang didalangi oleh seseorang untuk menjatuhkan Najib. Ini satu krisis dalaman Umno dan saya tidak melihat tindakan akhbar itu sebagai hak kebebasan bersuara.

"Semua sedia maklum bahawa Tun Mahathir mempunyai peranan di Utusan untuk melakukan gerakan seperti mana yang dilakukan terhadap Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) satu ketika dahulu.

"Tun Mahathir sewaktu krisisnya dengan Pak Lah mengatakan bahawa (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin lebih layak mengambil tempat Pak Lah kerana dia lebih berani daripada Najib untuk mendesak Pak Lah lebih cepat melepaskan jawatan,"
komen Ahli Parlimen Pokok Sena itu dalam laman blognya.

Katanya lagi, Abdullah pula menganggap Muhyidin merupakan orang yang menikamnya dari belakang dengan kenyataan yang dibuat di Singapura, dengan menggunakan negara jiran itu untuk mengkrtitik kepimpinan beliau.

Sehubungan itu Mahfuz berkata kini jelas kepada rakyat khususnya orang Melayu untuk menilai baik dan buruk Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang kononnya membela nasib orang Melayu.

"Sekarang ini terserah kepada orang Melayu untuk membuat penilaian bahawa nasib kaum Melayu bukan menjadi satu agenda kepada mana-mana pihak untuk dijadikan landasan perjuangan tapi hanya sebagai alat untuk politik dalaman Umno.

"Saya tidak nampak Perkasa membela nasib orang Melayu keseluruhannya, hanya sekadar merebut peluang di kalangan pemimpin mereka atas nama Melayu," kata beliau lagi. -SK


Umno mula rasa Utusan 'senjata makan tuan'

Umno kini mula sedar bahawa akhbar milik mereka, Utusan Malaysia yang selama ini diguna untuk memfitnah Pakatan Rakyat sudah menjadi 'senjata makan tuan'.

"Umno sudah terasa bagaimana peranan Utusan Malaysia mengkucar-kacirkan Umno tapi Umno lupa mereka menggunakan Utusan untuk memfitnah Pas dan Pakatan Rakyat selama ini,"

Utusan dilihat sedang digunakan oleh pihak pro Tun Dr. Mahathir untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Ini satu krisis dalaman Umno dan saya tidak melihat tindakan Utusan itu sebagai kebebasan bersuara tetapi saya milihat satu agenda tersembunyi yang didalangi oleh seseorang untuk menjatuhkan Najib.

"Semua sedia maklum bahawa Tun Mahathir mempunyai peranan di Utusan untuk melakukan gerakan seperti mana yang dilakukan terhadap Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) satu ketika dahulu,"

Bekas pemimpin Umno suatu ketika dahulu giat menggunakan Utusan untuk mengeluarkan kenyataan menyokong dan mengkritik antara satu sama lain termasuk untuk mendesak Tun Abdullah supaya melepaskan jawatan Perdana Menteri.

"Tun Mahathir sewaktu krisisnya dengan Pak Lah satu ketika dahulu mengatakan bahawa (Timbalan Perdana Menteri) Muhyiddin Yassin lebih layak mengambil tempat Pak Lah kerana dia lebih berani daripada Najib untuk mendesak Pak Lah lebih cepat melepaskan jawatan,"

Abdullah pula menganggap Muhyidin merupakan orang yang menikamnya dari belakang dengan kenyataan yang dibuat di Singapura, dengan menggunakan negara jiran itu untuk menikam perdana menteri daripada belakang.


Terserah kepada rakyat khususnya orang Melayu untuk menilai baik dan buruk Perkasa yang didakwa untuk membela nasib orang Melayu.

"Sekarang ini terserah kepada orang Melayu untuk menilai hakikatnya bahawa nasib kaum Melayu bukan menjadi satu agenda kepada mana-mana pihak untuk perjuangan membela Melayu tapi hanya menjadi alat untuk politik dalaman Umno.

"Saya tidak nampak mereka membela Melayu dalam isu ini, tapi untuk dapat peluang di kalangan pemimpin mereka atas nama Melayu
," - gemasuara


Terbukti Nyata Polis Bertindak Mengikut Telunjuk UMNO

TV Selangor Diarah Beri Kenyataan Kepada Polis

SHAH ALAM 18 SEPT: Polis Shah Alam hari ini mengarahkan kakitangan TVSelangor yang terbabit dalam menyiarkan laporan mengenai siasatan terhadap suspek utama dalam kes Sosilawati untuk memberi kenyataan.

Laporan itu bersabit dengan komen Ketua Angkatan Muda Keadilan Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin mengenai kegagalan polis mengambil tindakan terhadap suspek berkenaan sebelum pembunuhan Sosilawati dan tiga orang lain.

Bingkas bertindak terhadap TVSelangor, polis Shah Alam bagaimanapun belum memberi sebarang kenyataan bersabit laporan fitnah Utusan Malaysia yang mengaitkan DAP dengan suspek utama kes itu.

DAP Selangor hari ini membuat laporan polis terhadap laporan Utusan itu yang disifatkan berniat jahat dan berbentuk hasutan.

Dalam surat kepada TvSelangor yang dihantar ke pejabat TVS petang tadi, polis Shah Alam meminta editor, penulis dan penyampai berita memberi keterangan kepada pihaknya selewat-lewatnya hari isnin.

Siasatan polis itu bersabit laporan bertajuk 'Empat rekod jenayah suspek Sosilawati, Mengapa Tidak Ada Tindakan', disiarkan oleh TVSelangor pada 13 September lalu.

Shamsul, mempertikaikan siasatan polis sebelum ini terhadap kes-kes jenayah yang mempunyai hubung kait dengan suspek pembunuhan jutawan kosmetik Sosilawati ketika polis di bawah kepimpinan Tan Sri Musa Hassan.

Akhbar New Straits Times (NST) turut memaparkan rasa tidak puas hati orang ramai terhadap kelewatan polis bertindak atas laporan polis terhadap suspek adik-beradik berkenaan yang dibuat sejak 10 tahun lalu.

Namun setakat ini tidak ada tindakan dikenakan terhadap NST mahupun Utusan Malaysia yang merupakan akhbar arus perdana di bawah kawalan Umno-Barisan Nasional. -TVS

Ulasan GB

GB telah mengulasnya sebelum ini di SINI

Jika demikian sifat dan sikap polis, iaitu bertindak secara pilih kasih dan diskriminasi, maka tidak hairan mengapa jenayah terus-terusan berlaku. Jenayah dipandang ringan. Yang dipentingkan oleh PDRM ialah menekan Pakatan Rakyat. Yang dipentingkan ialah bertindak mengikut telunjuk pemimpin UMNO. Yang dipentingkan ialah hanya pangkat dan kedudukan. Yang dipentingkan menjalankan agenda UMNO untuk merampas Selangor.

Teruskan tangkap semua ahli Pakatan Rakyat jika anda mampu. Tembak dan bunuh semua jika anda mahu. Rakyat cuma ada peti undi yang akan jadi penentu.

Kes Sosilawati: Liputan Meluas Seluruh Dunia

Kes bunuh Sosilawati: Liputan media negara jiran

KUALA LUMPUR: Kes pembunuhan kejam Datuk Sosilawati dan tiga individu lain bukan saja menggemparkan tanah air, tetapi turut mendapat liputan akhbar dari beberapa negara lain terutamanya negara jiran.

Liputan kebanyakannya dilaporkan melalui media baru atau ‘online’ yang memaparkan berita mengenai pembunuhan itu serta maklumat terbaru perkembangan kes.

Antara media asing yang membuat paparan mengenai kes pembunuhan itu selepas polis membuat pengesahan pada 12 September lalu adalah The Brunei Times, The Straits Times (Singapura), brisbanetimes.com.au (Australia), Asian Tribune (Bangkok) dan Telegraph.co.uk (England).

Kes itu mendapat liputan meluas media kerana ia membabitkan seorang usahawan berjaya serta berpangkat Datuk bersama tiga individu lain dan dibunuh dengan cara kejam iaitu diculik, diikat, dipukul, ditikam, dibunuh dan dibakar sebelum abunya dibuang ke dalam sungai.

Sosilawati, 47, bersama pemandunya Kamaruddin Shansuddin, 44, peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dilaporkan hilang selepas berurusan dengan seorang peguam mengenai jual beli tanah. -HM











Unit Forensik Masih Masuk Lokasi Pembunuhan

Forensik masih masuki lokasi Sosilawati dibunuh

Kenderaan anggota forensik polis masih kelihatan memasuki kawasan lokasi pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya di Ladang Gadong milik suspek utama kes itu di sini.

Tinjauan Bernama berhampiran lokasi berkenaan melihat kenderaan forensik itu memasuki kawasan terbabit seawal pukul 8.30 pagi tadi dan keluar semula beberapa jam kemudian.

Sebuah kereta peronda MPV polis turut ditempatkan di laluan utama iaitu kira-kira 600 meter dari lokasi ladang milik suspek terbabit.

Kesemua kenderaan yang melalui laluan itu ditahan dan disoal sebelum diarahkan berpatah balik dan meninggalkan kawasan ladang.

Petugas media masih terus berkampung di sebuah kuil berhampiran bagi mengawasi dan memantau lokasi pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain yang dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lepas sebelum didapati dibunuh dan dibakar di ladang berkenaan.

Selain petugas media, beberapa kenderaan yang melalui jalan utama turut memperlahankan kenderaan malah ada yang berhenti untuk melihat serta meninjau kawasan berhampiran.

Sementara itu, seorang lelaki yang merupakan pengusaha kantin di sekolah berhampiran dan hanya mahu dikenali sebagai Uncle berkata beliau masih sukar untuk mempercayai kejadian itu berlaku di lokasi berkenaan.

“Ketika hari awal kejadian saya nampak ramai orang saya ingat ada penggambaran filem, tetapi bila baca surat khabar dan tengok televisyen baru saya tahu ada kejadian bunuh,” katanya. — Bernama

Datuk Shukri Buat Laporan Polis Terhadap Akhbar Kosmo Dan Utusan

Sepertimana yang telah diumumkan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato’ Mohd Aiseri Alias, di dalam sidang media beliau di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan pada 15 September 2010, satu laporan polis telah dibuat oleh Dato’ Sukri Mohamed (gambar) ke atas akhbar Kosmo! di atas laporan (tentang sidang akhbar Dato’ Sukri Mohamed di Pejabat Sultan Kelantan pada 14 September 2010) bertajuk “Gelaran ayah bonda ditarik” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010.

Kandungan laporan akhbar Kosmo! yang dipertikaikan adalah:

1. “Sehari selepas dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra semalam bertindak menarik balik gelaran ‘Tuanku’ daripada ayahanda baginda, Sultan Ismail Petra.”
2. “Turut ditarik balik ialah gelaran ‘Tengku’ yang diberikan kepada bondanya, Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.”
3. “Anggota Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd. Shukri Mohamed berkata, penarikan kedua-dua gelaran itu dibuat kerana ia hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.”





Tujuan laporan polis ini dibuat adalah kerana laporan akhbar Kosmo! ini menggambarkan bahawa Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, telah bertindak zalim ke atas ayahanda dan bonda Baginda dengan menarik balik gelaran ‘Tuanku’ dan gelaran ‘Tengku’ daripada ayahanda dan bonda Baginda hanya sehari selepas Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan sedangkan pada hakikat sebenarnya Baginda tidak pernah berbuat demikian manakala Dato’ Sukri Mohamed pula tidak pernah mengucapkan perkataan-perkataan demikian atau perkataan-perkataan yang membawa maksud demikian di dalam sidang akhbar tersebut.

Laporan akhbar Kosmo! ini telah membuat satu tuduhan yang amat berat kepada kedua-dua Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan dan Dato’ Sukri Mohamed serta merupakan satu fitnah yang sengaja diada-adakan di mana perbuatan memfitnah adalah merupakan satu kesalahan jenayah di bawah Kanun Keseksaan. Siasatan ke atas laporan ini sedang dibuat oleh pihak polis.

Selain membuat laporan polis ini, Dato’ Sukri Mohamed juga telah membuat satu permintaan bertulis kepada akhbar Kosmo! supaya mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu. Permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis ini diminta dibuat di dalam akhbar itu di dalam masa 24 jam dari tempoh penghantaran notis itu.

Permintaan bertulis yang sama telah turut dibuat ke atas akhbar Sinar Harian di atas laporan bertajuk “Gelaran ‘Tuanku’ ditarik balik” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010 di mana kandungan laporan akhbar Sinar Harian yang dipertikaikan adalah:

1. “Gelaran ‘Tuanku’ dan ‘Tengku’ yang dikurniakan kepada Sultan Ismail Petra Ibni Sultan Yahya Petra dan Raja Perempuan Tengku Anis Tengku Abdul Hamid akan ditarik balik berikutan pemasyhuran anakandanya, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan kelmarin.”
2. “Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamed berkata, penarikan balik gelaran itu dilakukan kerana gelaran tersebut hanya diberikan kepada Sultan dan Raja Perempuan.”


Permintaan bertulis yang sama juga telah dibuat ke atas akhbar Utusan Malaysia di atas laporan bertajuk “Gelaran ‘Tuanku’ Sultan Ismail dan ‘Tengku’ pada Raja Perempuan Kelantan gugur” yang disiarkan oleh akhbar itu pada 15 September 2010 di mana kandungan laporan akhbar Utusan Malaysia yang dipertikaikan adalah:
1. “Gelaran ‘Tuanku’ yang dipakai bekas Sultan Kelantan dan ‘Tengku’ pada Raja Perempuan Kelantan sebelum ini gugur secara automatik berikutan pemasyhuran anakanda sulung baginda berdua, Tuanku Muhammad Faris Petra sebagai Sultan Kelantan di Istana Balai Besar kelmarin.”
2. “Ketika menjelaskan perkara tersebut, jurucakap Istana Kelantan yang juga Ahli Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Shukri Mohamed berkata, gelaran ‘Tuanku’ dan ‘Tengku’ hanya diberikan kepada Sultan yang memerintah serta permaisuri baginda sahaja.”

Salah satu dari tiga akhbar ini, iaitu akhbar Sinar Harian, telah mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu pada 16 September 2010.

Akhbar-akhbar Kosmo! dan Utusan Malaysia pula telah gagal mengemukakan permohonan maaf dan pembetulan secara bertulis di atas laporannya itu dan kini bakal berhadapan dengan tindakan undang-undang daripada Dato’ Sukri Mohamed. -thekelantaninsider


KENYATAAN MEDIA DATO’ SUKRI MOHAMED

Di atas titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia al-Sultan Kelantan, Tuanku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra, Dato’ Sukri Mohamed telah memberikan satu kenyataan media berhubung dengan pemasyhuran Baginda di Pejabat Sultan Kelantan pada 14 September 2010.

Berikut disiarkan kandungan kenyataan media Dato’ Sukri Mohamed tersebut.

MEDIA STATEMENT

We wish to refer to the Malaysiakini article entitled “Sultan vows to challenge purported installation” dated 12th September 2010 wherein reference was made to a press statement made by a lawyer from the firm of Messrs Rashid Zulkifli on the basis that the said firm acts for His Royal Highness Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

We wish to state the following:

(a) Messrs Rashid Zulkifli’s authority to act on behalf of His Royal Highness Sultan Ismail Petra is in dispute and is being challenged. The issue of Messrs Rashid Zulkifli’s authority to act is presently the subject of determination before the Federal Court vide Petition No. 1 of 2010 and Petition No. 2 of 2010 in the light of His Royal Highness Sultan Ismail Petra’s incapacity;

(b) Messrs Rashid Zulkifli has failed to provide any medical evidence whatsoever to substantiate that His Royal Highness Sultan Ismail Petra has the necessary capacity to instruct the said firm to act on His behalf in respect of the present court proceedings before the Federal Court; and

(c) Messrs Rashid Zulkifli also failed to disclose any medical evidence whatsoever to indicate that His Royal Highness Sultan Ismail Petra has the capacity to comprehend the contents of the petitions and affidavits filed before the Federal Court vide Petition No. 1 of 2010 and Petition No. 2 of 2010.

We also wish to state that:

(a) The laws of the Constitution of Kelantan, Second Part, can be and were already amended by way of proclamation by His Royal Highness the Regent of Kelantan with the consent and concurrence of the Council of Advisers;

(b) The two petitions that Messrs Rashid Zulkifli have previously purportedly filed before the Federal Court on behalf of His Royal Highness Sultan Ismail Petra are not relevant to the issue of whether amendments pursuant to Article 3 of the laws of the Constitution of Kelantan, Second Part, are valid or not; and

(c) The amendments do not in any way pre-empt any proposed decision of the Federal Court. The amendments are a separate and distinct issue from the two petitions that Messrs Rashid Zulkifli have purportedly filed on behalf of His Royal Highness Sultan Ismail Petra in the Federal Court.

KENYATAAN MEDIA

Kami ingin merujuk kepada artikel dalam Malaysiakini bertajuk “Sultan vows to challenge purported installation” bertarikh 12 September 2010 di mana ianya merujuk kepada satu kenyataan media yang dibuat oleh seorang peguam dari firma guaman Tetuan Rashid Zulkifli yang mendakwa firmanya mewakili Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.

Kami ingin menyatakan seperti berikut:

(a) Perlantikan Tetuan Rashid Zulkifli sebagai peguam kepada Sultan Ismail Petra masih lagi dipertikaikan dan kini sedang dicabar. Isu perlantikan/perwakilan Tetuan Rashid Zulkifli ini merupakan satu perkara yang akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan melalui petisyen No. 1, 2010 dan petisyen No. 2, 2010 ekoran ketidakupayaan (incapacitation) Sultan Ismail Petra;

(b) Tetuan Rashid Zulkifli telah gagal untuk mengemukakan apa-apa keterangan perubatan (medical evidence) untuk membuktikan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan yang diperlukan untuk mengarahkan Firma tersebut bertindak bagi pihak Baginda berhubung dengan prosiding di depan Mahkamah Persekutuan sekarang; dan

(c) Tetuan Rashid Zulkifli juga gagal untuk mendedahkan apa-apa keterangan perubatan (medical evidence) untuk menunjukkan Sultan Ismail Petra mempunyai keupayaan untuk memahami kandungan petisyen dan affidavit yang didakwa difailkan di Mahkamah Persekutuan melalui petisyen No. 1, 2010 dan petisyen no 2, 2010 tersebut.

Kami juga ingin menyatakan bahawa:

(a) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) boleh dan telah dipinda dengan cara perisytiharan oleh Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan dengan izin dan persetujuan Majlis Penasihat Raja;

(b) Kedua-dua petisyen yang didakwa telah difailkan oleh Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Persekutuan bagi pihak Sultan Ismail Petra adalah tidak relevan dengan isu sama ada pindaan-pindaan berasaskan Perkara 3 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua) adalah sah atau tidak; dan

(c) Pindaan-pindaan tersebut tidak sekali-kali mendahului (pre-empt) keputusan yang bakal diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. Pindaan-pindaan tersebut adalah satu isu yang berasingan dan berbeza daripada dua petisyen yang didakwa telah difailkan oleh Tetuan Rashid Zulkifli di Mahkamah Persekutuan bagi pihak Sultan Ismail Petra tersebut.


Seperti Musa, Kini Seorang Hakim Berani Bersuara Hanya Selepas Pencen

Kritik kehakiman: Mengapa Gopal Sri Ram tak konsisten, soal pakar

Pakar perundangan mempersoalkan bekas hakim mahkamah persekutuan, Tan Sri Gopal Sri Ram yang mendakwa badan kehakiman negara telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan hak minoriti sebagai “tidak konsisten” dalam pendirian sebelum dan selepas mengakhiri khidmat.

Prof A. Aziz Bari, ahli akademik dari Universiti Islam Antarabangsa berkata, pada pandangannya Sri Ram (gambar) tidak konsisten dalam melindungi hak asasi, tetapi kini mendakwa hak minoriti tidak dipertahankan oleh badan kehakiman.

“Sebab itu apabila dia kritik rakan-rakan yang masih berkhidmat, saya fikir ini fenomena orang pencen macam Tan Sri Musa Hassan (Ketua Polis Negara bersara Ahad lalu).

“Selepas mendapati kenaikan pangkat Gopal dipetisejukkan di Mahkamah Rayuan sedangkan rakan-rakan yang lebih junior dinaikkan pangkat.

“Gopal Sri Ram hanya dinaikkan pangkat ke mahkamah persekutuan beberapa bulan sebelum pencen,” kata beliau dalam ulasannya mengenai pendirian Gopal Sri Ram yang disiarkan portal berita semalam.

Sri Ram, antara hakim yang menjadi tumpuan kes berprofil tinggi dan keputusan “kontroversi” dinaikkan pangkat sebagai hakim mahkamah persekutuan pada April 2009.

Beliau juga sering digambarkan sebagai hakim yang “kreatif” dalam mentafsir undang-undang dan perlembagaan negara.

Beliau juga menerima perhatian bekas Presiden Amerika Syarikat Bill Clinton dan media antarabangsa selepas memenjarakan wartawan Murray Hiebert.

Kata Aziz, sejarah menunjukkan bekas hakim mahkamah persekutuan ini mempunyai rekod tersendiri dalam banyak kes termasuk kes Lim Guan Eng, yang kini merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, dan projek empangan elektrik Bakun lebih satu dekad lalu.

“... yang dia sendiri jelas memberi kemenangan kepada kerajaan.

“Gopal Sri Ram ialah peguam Umno yang menghujah bahawa Umno haram pada 1987. Ini menyebabkan Tengku Razaleigh dan Team B gagal mencabar semula Dr Mahathir yang hanya menang dengan 43 undi.

“Selepas itu Sri Ram terus naik pangkat dengan dilantik terus sebagai hakim mahkamah rayuan,” kata beliau.

Sri Ram, pada satu persidangan di ibu negara kelmarin berkata, badan kehakiman negara telah gagal melaksanakan tanggungjawabnya mempertahankan hak minoriti di negara ini.

Oleh kerana badan eksekutif itu dilantik oleh majoriti, maka ia mewakili hak majoriti, kata beliau sambil menambah, badan kehakiman mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan hak minoriti.

“Badan kehakiman yang sepatutnya melaksanakan tanggungjawab itu,” kata beliau lagi.

Berhubung soalan sama ada badan kehakiman telah menunaikan tanggungjawab itu, beliau berkata, jawapan yang diberikan ialah “dengan tegasnya, tidak!”

Sri Ram seterusnya berkata ini berlaku kerana badan kehakiman telah menjadi “minda eksekutif” dan hakim telah menjadi alat kepada kerajaan.

“Hakim begitu gelisah untuk membantu eksekutif... dan apabila anda mengetepikan undang-undang untuk membantu mereka, hasilnya ialah penghakiman yang mengarut,” kata beliau.

Sebagai contoh jelas Sri Ram, apabila mahkamah menyerahkan kepada mahkamah persekutuan untuk membuat keputusan yang diinginkan oleh kerajaan persekutuan.

Sehubungan itu katanya, campur tangan eksekutif itu jelas bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa.

Kes rayuan Lim yang menghadapi tuduhan di bawah Akta Hasutan dengar oleh Sri Ram.

“Jadi keputusan Gopal Sri Ram itu melemahkan pembangkang yang sebenarnya hanya berbuat sesuatu untuk memperkasakan demokrasi.

“Kenapa sekarang Gopal Sri Ram bercakap seolah-olah dia hakim yang hebat? Kes yang diputuskan pada 1997 itu turut mendapat simpati Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ketika itu masih timbalan perdana menteri. Setahun selepas itu Datuk Seri Anwar dipecat.

“Gopal Sri Ram juga membuat keputusan yang membantu menyelamatkan projek kontroversi Bakun pada 1997. Sebelum itu di Mahkamah Tinggi Datuk James Foong memutuskan projek itu tidak sah. Malangnya di peringkat rayuan, sebagaimana kes Lim Guan Eng tadi, Sri Ram mengubah keputusan itu. Maka selamatlah projek Bakun,” katanya lagi.

Kata Aziz, selain dua kes profil tinggi itu Sri Ram juga enggan mengiktiraf hak kebebasan beragama seorang budak yang dipecat dari sekolah hanya kerana dia memakai serban.

“Apa yang penting dalam kes Meor Atiqulrahman (2006) ini ialah keputusan memecat itu dibuat oleh guru besar sekolah rendah. Isunya apakah sekolah boleh menafikan hak yang dijamin oleh perlembagaan begitu sahaja?

“Apa yang jelas di sini ialah betapa Gopal Sri Ram tidak konsisten dan seolah-olah selektif. Dalam satu kes melibatkan Orang Asli, kes Sagong Tasi (2005), Sri Ram mentafsir Perlembagaan dengan cara yang begitu kreatif kerana beliau bersedia memberi Orang Asli sesuatu yang tidak disebut oleh undang-undang.

“Jadi, soalnya di sini, mengapa Gopal enggan mengiktiraf hak yang sedia ada sebagaimana dalam kes Meor Atiqulrahman tadi? Memakai serban boleh dimasukkan dalam Perlembagaan kerana di situ ada Perkara 11 yang menjamin hak kebebasan beragama,” katanya. -TMI




Institusi Kehakiman Ghairah Bantu Eksekutif

KUALA LUMPUR 17 SEPT: Sebuah ucapan mengenai “kesihatan” badan perundangan negara oleh seorang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan semalam gagal mendapat ruang dalam media arus perdana hari ini , mungkin untuk menutup mulut tokoh berkenaan.

Namun ucapan Gopal Sri Ram menzahirkan sentimen umum rakyat Malaysia, iaitu badan kehakiman di Malaysia semakin condong mempertahankan kepentingan kerajaan dan bukannya menegakkan keadilan.

Bagi seorang hakim yang baru bersara Febuari lalu, Sri Ram agak berani untuk tampil di sebuah forum awam mengenai integrasi nasional bagi menyatakan pandangan beliau.

Tentunya beliau terikat dengan kerenah birokasi dan tata tertib untuk tidak menyatakan pendiriannya itu ketika masih menjadi Hakim. Namun “kelewatan” itu tidak harus menghakis kepentingnan apa yang diluahkan oleh hakim berkenaan berasaskan pengamatan dan pemerhatian beliau.

Sri Ram berkata badan kehakiman kini bertindak seolah-olah mereka di bawah telunjuk kerajaan.

“Badan Kehakiman kelihatan ghairah untuk membantu eksekutif….dan apabila anda sanggup melenturkan undang-undang untk membantu Eksekutif , ia akan mengakibatkan keputusan-keputusan yang tidak masuk akal,” kata Sri Ram.

Beliau seterusnya memberikan beberapa contoh keputusan mahkamah diubah menerusi Mahkamah Persekutuan supaya disesuaikan dengan kepentingan kerajaan persekutuan.

Sejak tahun lalu, beberapa pakar undang-undang dan bekas hakim mempersoalkan keghairahan Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengubah keputusan membabitkan kes bersabit rampasan kuasa di Perak dan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim atas tuduhan liwat yang lebih menjurus kepada konspirasi politik.

Sri Ram menegaskan bahawa badan kehakiman bertanggungjawab mempertahankan Perlembagaan Negara dan kepentingan minoriti di Negara ini.

Sri Ram adalah peguam yang julung kali dilantik untuk terus menjadi Hakim Mahkamah Rayuan hampir 16 tahun lalu.

Tetapi oleh kerana ketegasannya untuk tidak bertolak ansur, beliau dikatakan tidak dipilih menjadi Hakim Mahkamah Persekutuan sehingga tahun lalu, beberapa bulan sebelum bersara. -TVS


UMNO Selangor Gerun Dengan TV Selangor

Ketua Penerangan Umno Selangor, Abdul Shukor Idrus meminta polis menyiasat portal berita TV Selangor kerana menyiar laporan berbentuk kritikan terhadap polis berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain.

Beliau menganggap kenyataan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin yang mempersoal kewibawaan polis dalam kes itu dan disiar TV Selangor, menjejaskan imej pihak berkuasa itu.

Mengikut laporan Utusan Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuang itu mendakwa laporan berkenaan tidak berasas manakala kenyataan Shamsul mengandungi unsur hasutan dan mengganggu proses siasatan kes Sosilawati.

"Tidak ada sebab untuk beliau (Shamsul Iskandar) dan TV Selangor masing-masing membuat kenyataan serta menyiarkan laporan sedemikian. Umum mengetahui bahawa kes pembunuhan tersebut sedang dalam siasatan pihak polis.

"Jadi apa motif sebenar membuat kenyataan sedemikian? Apakah beliau mahu mempolitikkan kes pembunuhan ini dengan merosakkan imej serta kredibiliti polis yang menyiasat kes itu.

"Maka, adalah wajar pihak polis turut memanggil pihak TV Selangor selain Shamsul Iskandar sendiri bagi menyiasat dakwaan ini. Jika didapati tidak berasas, tindakan tegas harus diambil terhadap kedua-dua pihak," katanya yang dipetik akhbar itu, hari ini.

Ulasan GB

Apa? PDRM tidak boleh dikritikkah? Polis semuanya betulkah selama ini? Anggota polis tidak ada yang buat salahkah? Sedangkan ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar sendiri mengakui bahawa kes Sosilawati boleh dielakkan jika tindakan cepat dan mendalam telah diambil. Ini bererti KPN sendiri akui ada kelemahan di pihak polis.

Petikan dari akhbar thestar:



Jadi dimana letaknya kematangan Ketua Penerangan Umno Selangor ituuntuk meminta polis menyiasat portal berita TV Selangor kerana kononnya dikatakan menyiarkan laporan berbentuk kritikan terhadap polis berkaitan kes pembunuhan Sosilawati dan tiga individu lain?

Kalau nak ampu tu biarlah biarlah berpada-pada sikit dan janganlah sampai ketara terdedah kebebalan sendiri.


Imej Banting Tercemar Angkara Pembunuh Berhati Setan

Kes bunuh jejas imej Banting

BANTING: Kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain menjadi kes pembunuhan pertama di sini selain memahatkan sejarah hitam dan kesan buruk kepada penduduk tempatan.

Penduduk, Idris Ahmad, 63, berkata kes pembunuhan itu memberi kesan kepada tahap keselamatan penduduk ekoran bimbang wujudnya serpihan penjenayah tidak berperikemanusiaan seperti suspek utama kes Sosilawati yang bergelar ‘Datuk’.

“Keluarga rasa terancam selepas berlakunya kes ini. Selama ini kami hidup aman damai dan tidak perlu bimbang tetapi hari ini semuanya berubah corak,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.

Seorang lagi penduduk, Mohd Muaz Mohd Johan, 19, berkata penduduk di sini tidak dapat menerima apa yang dilakukan penjenayah selain menyifatkan ia dilakukan oleh syaitan bertopengkan manusia.

“Semua kaum di sini hidup dalam keadaan harmoni, namun dengan berlakunya kes sebegini ia sedikit sebanyak boleh menjejaskan hubungan. Mujurlah setakat hari ini tiada sebarang pergolakan kaum dan kami masih mampu hidup seperti biasa,” katanya.

Sementara itu, Siti Mislijah Saratul, 53, berkata kes bunuh itu memadamkan nama baik Banting sebagai lokasi lahirnya jaguh badminton negara iaitu Datuk Jalani, Datuk Misbun dan Rashid Sidek.

“Sebelum ini Banting aman dan tiada kes pembunuhan, apatah lagi pembunuhan kejam seperti ini. Ia meninggalkan sejarah hitam kepada kawasan ini di mata masyarakat umum.

“Beberapa tahun lalu Banting menjadi tumpuan apabila ada mendakwa UFO mendarat di Tanjung Sepat tetapi kini menjadi tumpuan dengan kes bunuh pula. Ia boleh disifatkan memalukan dan mencemar nama,” katanya.

Sebelum ini, penduduk pernah membangkitkan insiden pembuangan bangkai babi dan najis babi di sini yang menimbulkan masalah pencemaran alam sekitar.

Penduduk berharap polis menyiasat kemungkinan premis niaga dan ladang di sini sekadar ‘topeng’ pembersihan wang haram, termasuk hasil dadah. -BH

Kamaruddin Sempat Beli Baju Raya Untuk Anak

Pemandu peribadi Datuk Sosilawati Lawiya, Kamaruddin Shansuddin, sempat membelikan dua helai baju raya untuk anak bongsunya, Irfan Aiman, sebelum beliau pulang ke Kuala Lumpur pada pagi 30 Ogos dan kemudian terus dilaporkan hilang hingga akhirnya disahkan dibunuh bersama Sosilawati dan dua individu lain selepas menemui suspek utama seorang peguam.

Gambar: MAZNAH (dua dari kanan) bersama Mohd Hazmi bertanya sesuatu kepada ibu Allahyarham Kamaruddin, Zainab Ahmad, 73, dan anaknya Irfan Aiman ketika berkunjung ke rumah mereka di Indera Mahkota, Kuantan kelmarin.

Kakak Kamaruddin, Ramlah, 49, berkata bagaikan mengetahui tarikh 29 Ogos itu kali terakhir dia melihat anaknya, Kamaruddin meminta Irfan Aiman memakai dan menggayakan kedua-dua baju baru berkenaan di hadapannya.

Beliau berkata, walaupun Irfan Aiman dijaganya sejak berusia dua hari, hubungan Kamaruddin dan anaknya itu sangat rapat dan mereka kerap bertemu, malah adiknya itu juga seorang bapa yang bertanggungjawab dan tidak pernah culas menyediakan keperluan anaknya itu.

“Kamaruddin pulang ke sini pada 27 Ogos (Jumaat) untuk menemui Irfan Aiman dan membawa anaknya membeli baju raya selama dua hari berturut-turut iaitu pada Sabtu dan Ahad.

"Pada malam Ahad (29 Ogos), Kamarudin meminta anaknya itu memakai kedua-dua baju itu kerana tidak sabar melihatnya bergaya di hari raya, sebelum dia bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada pagi Isnin (30 Ogos) dan selepas itu terus gagal dikesan hingga akhirnya dia disahkan dibunuh secara tragis," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan, Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota, Mohd Hazmi Yusof dan Skuad Sayang Wanita UMNO Indera Mahkota di Indera Mahkota, kelmarin.

Maznah dan Mohd Hazmi bersama anggota Skuad Sayang meluangkan masa hampir satu jam bertanya khabar dan memberi kata-kata semangat kepada ahli keluarga Kamaruddin berhubung kejadian malang menimpanya itu.

Anggota rombongan juga turut mengadakan majlis tahlil secara ringkas bagi menghormati kematian Kamaruddin yang menjadi mangsa pembunuhan kejam bersama majikannya dan dua rakan di Banting, akhir bulan lalu.

Ramlah berkata, Kamaruddin sebelum ini kerap menyuarakan hasratnya mahu Irfan Aiman menjadi seorang ustaz apabila dewasa.

"Hasratnya itu umpama amanat untuk ditunaikan dan saya akan menghantar Irfan Aiman ke sekolah agama di sini, tahun depan,” katanya.

Dua lagi anak Kamaruddin, Balqis Dayana,12, dan Izran Akmal, 9, tinggal bersama bekas isterinya, Noorfazilah Ab Sani, 33, di Rembau, Negeri Sembilan selepas pasangan itu berpisah pada 2006. -BH

Seorang Lagi Diberkas Di Selayang

Seorang lagi lelaki ditahan berhubung kes kehilangan saudagar permata dari Chennai, India, Allal Kathan Muthuraja (gambar), 34, yang dilaporkan ghaib di Banting, sejak lapan bulan lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, ketika mengesahkan penahanan lelaki berusia 34 tahun itu berkata, suspek sudah ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat untuk siasatan lanjut.

“Dia ditahan petang semalam di Taman Wilayah, Selayang, dan itu saja yang boleh saya beritahu,” katanya ketika dihubungi semalam dan enggan mengulas lanjut mengenainya.

“Saya mengesahkan seorang lelaki ditahan berhubung kait kes kehilangan warga India itu dan dia kini ditahan di IPD Kuala Langat untuk siasatan lanjut,” katanya.

Difahamkan, lelaki terbabit yang dibawa ke IPD Kuala Langat kira-kira jam 8.40 malam tadi turut mempunyai kaitan dengan ugutan yang diterima isteri mangsa, S Usharani, 24, bagi meminta wang pendahuluan 10 peratus daripada RM1 juta bagi membebaskan suaminya.

Khalid bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung penangkapan lelaki berkenaan sama ada ia mempunyai kaitan dengan seorang peguam yang juga suspek utama kes pembunuhan dan bakar pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga rakannya yang lain.

Sebelum ini akhbar melaporkan, Usharani, yang menetap di Ramapuram, Chennai mendakwa suaminya tiba di Malaysia pada 18 Januari lalu untuk bertemu rakan karibnya iaitu dua beradik yang juga peguam yang disyaki terbabit dalam kes pembunuhan Sosilawati. -HM

Keputusan DNA 4 Hari Lagi, Reman Suspek Dilanjutkan.

Keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) tulang dipercayai milik Datuk Sosilawati dan tiga individu lain akan diketahui dalam tempoh empat hari lagi Harian Metro dipetik.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata, keputusan berkenaan diperoleh dalam tempoh berkenaan memandangkan sampel DNA itu baru dihantar kelmarin.

“Sampel berkenaan baru dihantar ke Unit Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan pakar memberitahu keputusan hanya diperoleh dalam tempoh empat hari lagi.

“Saya tidak boleh memastikan bila keputusan itu boleh diperoleh, namun ia mengambil masa selama empat hari,” katanya.

Katanya, semua sampel DNA itu sudah diperoleh dan kini diuji pihak hospital bagi menentukan sama ada ia milik mangsa atau sebaliknya.

Sebelum ini, akhbar tersebut difahamkan sekiranya tulang yang ditemui tidak terbakar prosesnya mungkin mengambil masa singkat, namun jika sebaliknya ia mengambil masa lama.

Persampelan tulang juga agak sukar dilakukan berbanding sampel lain seperti darah dan rambut kerana ia perlu dihancurkan terlebih dulu bagi mendapatkan debu.

Polis juga sudah mengambil contoh darah dan rambut semua ahli keluarga mangsa bagi dipadankan dengan sampel DNA yang diambil daripada tulang yang ditemui di tempat kejadian di Ladang Gadong dan sungai berhampiran bagi memastikan sama ada tulang yang ditemui itu tulang mangsa.

Sementara itu, akhbar berkenaan turut melaporkan tahanan reman lima suspek yang terbabit dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain akan disambung sehingga 23 September ini dan polis juga dalam proses memohon untuk menyambung reman tiga lagi suspek lain.

Sebelum ini, tempoh reman mereka berakhir esok (hari ini) dan disambung enam hari lagi bagi membantu siasatan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin berkata siasatan kes ini akan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Katanya, masyarakat perlu faham proses pendakwaan kes itu adalah dalam bidang kuasa Peguam Negara dan menjatuhkan hukuman sama ada suspek bersalah atau tidak adalah kuasa mahkamah, bukannya polis.

M.Rajoli Kembali Ke Rahmatullah

Pelawak dan pelakon terkenal M. Rajoli meninggal dunia di Hospital Ampang di sini, pada pukul 10.55 malam ini akibat penyakit kelenjar kanser otak.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Harun Salim Bachik berkata, Allahyarham dirawat di hospital itu sejak tengah malam semalam setelah mengalami komplikasi penyakit itu.

"Allahyarham meninggal akibat penyakit lamanya itu dan dijangka akan disembahyang dan dikebumi di Keramat petang esok," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata hampir keseluruhan anggota keluarga Allahyarham berada bersamanya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas terakhirnya.

Harun berkata, pemergian Allahyarham adalah kehilangan besar kepada industri perfileman negara kerana Allahyarham adalah 'bintang yang sentiasa menyinar'. M Rajoli atau nama penuhnya Mohd Rajoli @ Mohd Rajab Mohamed, 64, menghidap penyakit kelenjar kanser otak sejak 2007 dan dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Beliau dimasukkan ke HKL pada 10 Oktober 2007 dan dibedah pada keesokannya apabila doktor mendapati komplikasi penyakit di otaknya.

Selepas tiga minggu berada di Unit Neurologi, HKL, beliau dipindahkan ke Hospital Ampang pada 1 November 2007 untuk menjalani rawatan susulan kimoterapi dan fisioterapi sebelum dimasukkan ke HKL semula untuk rawatan radioterapi kerana keadaan jantungnya yang lemah.

Allahyarham terkenal dengan lakonan versatilnya dan pernah membintangi pelbagai drama dan filem antaranya Congkak dan Lembing Awang Pulang ke Dayang.-Bernama


M.Rajoli

Nama Penuh : Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zin
Tempat Lahir : Pasir Mas, Kelantan
Bangsa : Melayu
Bahasa : Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu
Kerjaya : Pelakon, Pelukis
Kemahiran : Berlakon

Lakonan
2009 : Lembing Awang Pulang Ke Dayang - (Pelakon Pembantu)
2009 : Skrip 7707 - (Pelakon Pembantu)
2008 : Brainscan: Aku Dan Topi Ajaib - (Pelakon Pembantu)
2008 : Histeria - (Pelakon Pembantu)
2008 : Congkak - (Pelakon Utama)
2007 : Impak Maksima - (Pelakon Pembantu)
2007 : Cinta Yang Satu - (Pelakon Pembantu)
2006 : Misi 1511 - (Pelakon Pembantu)
2006 : Cicakman - (Pelakon Pembantu)
2006 : Diva Popular - (Pelakon Pembantu)
2006 : Man Laksa - (Pelakon Pembantu)
2006 : Persona Non Grata - (Pelakon Pembantu)
2006 : Main-Main Cinta - (Pelakon Pembantu)
2006 : Castello - (Pelakon Pembantu)
2005 : Lady Boss - (Pelakon Pembantu)
2005 : Cinta Fotokopi - (Pelakon Pembantu)
2004 : Bintang Hati - (Pelakon Pembantu)
2004 : Bisikan Remaja - (Pelakon Pembantu)
2003 : Lang Buana - (Artis Jemputan)
2003 : MX3 - (Pelakon Tambahan)
2003 : Mr. Cinderella 2 - (Pelakon Pembantu)
2003 : Diari Romeo - (Pelakon Pembantu)
2003 : Gila-gila Pengantin - (Pelakon Pembantu)
2002 : Mr. Cinderella - (Pelakon Pembantu)
2002 : Idola - (Pelakon Tambahan)
2000 : Anaknya Sazali - (Pelakon Utama)
1999 : Puteri Impian 2 - (Artis Jemputan)
1998 : Badai Mentera - (Pelakon Pembantu)
1993 : Perempuan,isteri dan.....? - (Pelakon Tambahan)
1989 : Awang Spanar - (Pelakon Pembantu)
1989 : Oh Fatimah - (Pelakon Pembantu)
1986 : Kembara Seniman Jalanan - (Pelakon Pembantu)
1986 : Bujang Lapok Kembali Daa - (Pelakon Pembantu)
1984 : Tujuh Biang Keladi - (Pelakon Tambahan)
1984 : Azura - (Pelakon Pembantu)
1983 : Darah Satria - (Pelakon Pembantu)
1983 : Mekanik - (Pelakon Pembantu)