24 Mei 2008

Batu Puteh, Maruah Negara dan Gani Patail

Akhirnya Malaysia dimalukan. Seluruh rakyat Malaysia seumpama berkabng, kecewa dengan keputusan yang diumumkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) semalam yang menetapkan Pulau Batu Puteh milik SIngapura.

Berapa banyak lagi selepas ini kewasan negara dan kedaulatan rakyat di bawah pentadbiran Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak ini yang akan terhakis dan terjual?

Setelah Wilayah Pembangunan Iskandar yang menjadi wilayah Singapura dengan pemilikan hartanah secara besar-besaran dalam jualan 'diskaun 50 peratus' melalui pertukaran mata wang. Ketua Pegawai Eksekutif UEM Land, Pemaju Nusajaya dalam Channel News Asia sendiri telah mengakui bahawa sebahagian besar hartanah industri dan kediaman di Nusajaya telah dibeli oleh pelabur dan syarikat Singapura!

Dan kini satu demi satu wilayah negara terlepas ke tangan orang lain. Pak Lah dan Najib masih begitu angkuh cuba mempetahankan kuasanya sekalipun mereka adalah diantara pemimpin negara yang paling korup dan lemah di dalam mempertahankan kedaulatan negara.

Berbalik kepada isu Batu Puteh. Pulau Batu Puteh diputuskan sebagai milik sah negara Singapura dan hanya Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan milik Malaysia. Pada hari Jumaat, 23 Mei 2008 Mahkamah Keadilan Antarabangsa memutuskan perkara tersebut di Hague, Belanda.

Keputusan ini adalah umpama Singapura mendapat isi dan Malaysia dapat kuahnya dan bak kata pepatah 'menang sorak kampung tergadai'. Dengan keputusan semalam juga, keluasan Singapura tiba-tiba bertambah 22 batu nautika. Sempadan kelautan Singapura semakin mendekati pantai Johor dan Malaysia tidak boleh berbuat apa-apa kerana Mahkamah Antarabangsa telah mengiktirafnya. Selepas ini tentera marin Singapura bertanggungjawab 'menghalau' pihak berkuasa Malaysia dan nelayan pantai dari Malaysia untuk mendekati pulau tersebut - dengan alasan menjaga keselamatan dan kedaulatan perairan Pulau Batu Puteh.

Delegasi Malaysia yang diwakili oleh Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail yang rakyat Malaysia mengenali sebagai manusia pengampu paling hina yang pernah dimiliki oleh negara.Beliau selama ini bertindak seperti beliau seorang Maharaja Paling Berkuasa, memperbodohkan Perdana Menteri (yang telah sedia bodoh dan lemah) dan kabinet serta rakyat seluruhnya dengan melepaskan perahsuah-perahsuah negara serta menakut-nakutkan hakim-hakim dengan bertindak sebagai Pendakwa Raya untuk meminta mahkamah supaya rakyat yang dipandangnya sebagai ancaman kepada pemerintah dihalang daripada diikatjamin.

Apa yang berlaku kepada Suwandi dan Azman yang dilokap selama sebulan di dalam kes Batu Burok di Mahkamah Kuala Terengganu satu ketika dulu,adalah hasil dari perbuatan terkutuk Peguam Negara ini.

Ghani Patail juga telah mencampuri urusan pelantikan MB terengganu dengan cuba mengugut Yang Di Pertuan Agong dengan kenyataan kononnya "proses pelantikan Menteri Besar merupakan satu proses yang ditentukan oleh Undang-Undang sebagaimana yang termaktub dalam Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu" untuk menyebelahi Perdana Meneri Abdullah Ahmad Badawi yang ingin Idris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU ke 12 baru lalu.

Beliau telah turut membariskan anaknya yang baru lulus dari UiTM di dalam delegasi ke Hague iaitu Faezul Adzra Tan Sri Gani Patail.

Dan kini rakyat Malaysia telah membuka matanya. Hujjah-hujjah delegasi Malaysia yang diwakili oleh Gani Patail telah ditolak mentah-mentah 12-4, tidak legal dan tidak menepati standard antarabangsa. Rakyat Malaysia khususnya rakyat Johor begitu mengharapkan barisan peguam Malaysia akan mengemukakan hujah-hujah kukuh agar Malaysia tidak dimalukan lagi oleh Singapura. Sebelum ini maruah rakyat Johor tercabar dengan isu Jambatan bengkok, Wilayah Pembangunan Iskandar, bekalan air murah kepada Singapura dan lain-lain.

Ramai rakyat Johor masih bernostalgia bahawa Singapura itu milik Johor asalnya. Kejayaan Singapura sebagai negara maju hasil dasar baik hati Malaysia. Tetapi kini rakyat Johor hanya memendam rasa. Semakin banyak hartanah di Johor Baharu pindah kepada rakyat Singapura.

Dan kini Malaysia di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Tun Razak di sokong oleh Peguam Negara yang korup ini sedang menuju kehancuran. Diplomasi "belanja makan durian" yang diperkenalkan oleh Pak Lah adalah satu adegan yang paling memalukan seluruh rakyat Malaysia. Kedaulatan Singapura semakin menanjak dan tidak mampu dipersoalkan lagi dan kedaulatan Malaysia semakin terhakis oleh kepimpinan negara yang sedia ada ini.