1 Jan 2010

Pilihanraya Kecil Parlimen Hulu Selangor?

Malaysian Insider melaporkan bahawa berkemungkinan satu pilihanraya kecil bakal berlaku di negeri Selangor.

Dilaporkan juga bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar akan mengumumkannya hari esok di dalam satu ceramahnya bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim di satu pekan yang terletak di dalam kawasan Parlimen Hulu Selangor.

Kesemua exco, pembantu dan penyokong Pakatan Rakyat dijangka hadir pada majlis ceramah berkenaan esok.

Francis Xavier Subramaniam, Ketua Penyelaras PKR bagi Rasa memberitahu bahawa rakyat tempatan menjangkakan Anwar akan mengumumkan pengunduran Ahli Parlimen Hulu Selangor Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad untuk memberi laluan untuk satu piliharaya kecil berlansung.

“Terdapat ura-uranya… kita tahu mengenainya tetapi tida ada yang disahkan… tidak jelas,” katanya, menambah bahawa “Zainal kini sakit”.

“Semua rang tahu yang Dr Zainal betul-betul sakit, tetapi apakah beliau akan meletakkan jawatan… itu yang kita tak tahu,” tambahnya.

Khabar angin menyatakan Dr Zainal, yang sekarang sedang sakit, telah menghantar surat perletakan jawatan kepada Anwar, namun tidak jelas samada ketua pembangkang itu menyerahkan surat berkenaan kepada Speaker.


Mendoakan Kesejahteraan YB Datuk Dr. Zainal Abidin Ahmad
By Anwar Ibrahim

Sahabat saya sejak di Universiti Malaya, Dato’ Dr. Zainal Abidin Ahmad, bekas Timbalan Menteri Besar Selangor dan kini merupakan Ahli Parlimen Hulu Selangor sedang dirawat di Hospital Pantai satelah selamat menjalani pembedahan.

Saya menziarahi beliau minggu lalu dan turut mendoakan kesejahteraannya. Semoga lekas pulih dan dipermudahkan segala urusan olih Allah SWT.

ANWAR IBRAHIM

Terus Jadi Gila Kerana Ambil Pil Kuruskan Badan

Penemuan menakutkan apabila muncul sejenis kapsul berbahaya yang dijual khusus bagi menguruskan tubuh wanita, namun sebaliknya didapati menyebabkan beberapa mangsa dimasukkan ke hospital akibat menjadi sewel atau gila selain diserang sakit jantung.

Pil kurus terbabit yang dicampurkan dua kimia beracun Sibutramine dan Metformin, sekali gus disahkan berbahaya dan menimbulkan kebimbangan pihak penguat kuasa kesihatan negara ini dan Singapura susulan beberapa kes kematian yang dilaporkan pernah berlaku sejak tahun 2007 lalu.

Difahamkan, penjualan kapsul maut terbabit melalui kaedah jualan langsung berjaya dihidu oleh Bahagian Penguat kuasa Famasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memantau produk kesihatan di pasaran.

Hasil daripada intipan dilakukan sepasukan 24 pegawai penguat kuasa farmasi, diketuai Timbalan Pengarah Penguat kuasa Farmasi KKM, Wan Hamid Wan Ibrahim, dilakukan serentak di beberapa syarikat pengedar kapsul kurus berkenaan di ibu kota dan cawangannya di seluruh negara, kelmarin.

Operasi dilakukan selepas pihak Farmasi KKM mendapatkan keputusan ujian makmal yang membuktikan produk kesihatan terkemuka berkenaan mengandungi dua jenis kimia beracun itu yang boleh memudaratkan kesihatan pengguna.

Wan Hamid berkata, serbuan dilakukan serentak jam 11 pagi, di ibu pejabat syarikat terbabit yang terletak di Cheras, di sini, selepas risikan dilakukan sejak lebih seminggu lalu berhubung operasi pengedaran produk berkenaan.

Hasil daripada pemeriksaan dilakukan di ibu pejabat syarikat berkenaan, pihaknya menemui puluhan kotak kapsul melangsing tubuh terbabit yang menunggu masa untuk diagihkan ke seluruh negara.

“Berikutan itu, hampir 1,500 kotak produk kapsul berkenaan yang dianggarkan bernilai hampir RM500,000 dirampas selepas didapati sah mengandungi kimia berbahaya berkenaan. Siasatan mendapati, setiap kotak kapsul yang mengandungi 60 butir kapsul berkenaan dijual pada harga lebih RM300.

“Siasatan turut mendapati syarikat pengedar kapsul itu cuba berselindung di sebalik dakwaan kononnya kapsul berkenaan selamat dan diperbuat sepenuhnya dari herba terpilih. Malah pengedar turut tidak meletakkan kandungan sebenar kimia bahaya terbabit pada kotak produk,” katanya.

Wan Hamid berkata, pihaknya turut kesal kerana syarikat terbabit sebelum ini turut pernah dikenakan tindakan sama kerana memasarkan pil kurus haram beberapa tahun lalu sebelum diambil tindakan oleh pihak KKM.

“Namun mereka seolah-olah tidak serik apabila dikesan masih menjual kapsul bahaya terbabit dengan menukar jenama tetapi masih mengekalkan warna kotak emas dan nama syarikat. Kesalahan yang dilakukan amat serius dan tindakan akan diambil mengikut Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” katanya.

Menurutnya, racun sibutramine yang boleh membahayakan nyawa itu diharamkan penggunaannya oleh Kementerian Kesihatan tanpa nasihat doktor berikutan ia boleh menyebabkan individu yang memakannya mengalami masalah kemurungan, psikosis jiwa dan halusinasi, risiko tekanan darah tinggi dan sakit jantung. -Metro

Rakyat Diseksa, Raja Gula Baru Gembira

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Dr Lee Boon Chye menyifatkan kenaikan harga runcit gula bagaikan “Hadiah Tahun Baru” yang dianugerahkan kepada rakyat oleh kerajaan Barisan Nasional (BN). Beliau yang juga Ahli Parlimen Gopeng berkata, impak dari kenaikan harga runcit gula akan mencetuskan inflasi dalam negara.

Rakyat terutamanya pekerja terpaksa menanggung semua kos kenaikan tersebut tetapi bukannya pengeluar.

Beliau mengulas langkah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengumumkan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen kepada RM1.65 sekilo gram di Semenanjung, serta RM1.75 sekilo gram di Sabah dan Sarawak hari ini.

Lee memberitahu pada tahun 2009 Menteri berkenaan Dato’ Seri Ismail Sabri pernah berkata subsidi gula akan diperincikan. Laporan penuh akan dibawakan untuk dibahas dan diluluskan di Parlimen. Tetapi, pengumuman yang tergesa-gesa itu menjejaskan kredibiliti kerajaan BN.

Menurut beliau, kenaikan harga gula sebenarnya merupakan hadiah kepada Raja Gula yang baru. Slogan 1Malaysia, “Rakyat didahulukan” menjadi janji kosong yang mengabaikan nasib rakyat Malaysia, kini rakyat semakin terseksa.”

Beliau berkata, kini kerajaan telah menaikkan salah satu harga runcit barang kawalan, dan roti putih juga telah dikeluarkan dari skim barangan kawalan harga.

“Tambahan pula mekanisme baru subsidi petrol juga akan dikemukakan pada Mei depan dan dijangka tahun ini akan menambahkan beban rakyat kerana tercetusnya cabaran inflasi yang semakin meningkat. -FMT

Ulasan GB

Kenaikan harga gula tidak terhenti setakat itu. Putaran ganas kenaikan harga akan berlaku. Semua produk yang menggunakan gula, kebanyakannya produk makanan dan minuman akan naik harganya. Indeks pengguna akan naik. Begitu juga indeks inflasi.

Berlaku kenaikan harga pada 1.1.10. Kerajaan BN disumpah dan dimaki rakyat semenjak pengumuman tersebut. Ia alamat BN akan bungkus selepas ini.


Iswara Muatkan 2 Ekor Lembu. Lama Dah Buat kerja?

Tindakan nekad dua suspek meninggalkan sebuah kereta Proton Iswara di tepi jalan berhampiran Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Paya Kamunting, di sini, akibat tayar pancit, membawa kepada penemuan dua lembu dipercayai dicuri untuk dijual kepada sindiket tertentu.

Kedua-dua lembu termasuk lembu betina yang bunting lapan bulan itu turut diikat keempat-empat kaki dengan tali dan disumbat ke dalam kereta yang sudah diubahsuai dengan kusyen belakang kereta ditanggalkan.

Haiwan ternakan milik penduduk di kawasan itu dipercayai diberi suntikan pelali bagi mengelak ia bertindak agresif selain tidak sedar ketika dalam perjalanan menuju ke tempat penyembelihan atau kepada sindiket terbabit.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin, berkata kejadian berlaku jam 7.15 pagi ketika anggota polis peronda yang melakukan rondaan di kawasan itu ternampak kereta terbabit dalam keadaan mencurigakan, namun menyangka ia dibiarkan pemiliknya disebabkan tayar pancit. -Metro

Bibir Amirul Koyak, Dakwa Dibelasah Polis

Saya terpaksa menerima 22 jahitan apabila dua bahagian pada bibir mulut saya terkoyak kerana dibaling dengan kayu dan kerusi oleh polis yang membuat sekatan jalan raya pada 25 Disember lalu."

Itu dakwaan Ahmad Amirul Hafizi Mohd. Rozalan, 17, dalam kejadian yang berlaku di Jalan Pantai Batu Burok berhampiran Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dekat sini kira-kira pukul 5 pagi.

Menurut pelajar Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu itu, kira-kira pukul 3.30 pagi sebelum kejadian, dia sudah ditahan sekali oleh polis yang membuat sekatan di Chabang Tiga dekat sini kerana nombor plat di bahagian depan motosikalnya tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.

"Tetapi saya merayu supaya tidak disaman tetapi anggota polis yang menahan saya bertindak mencabut nombor plat itu," katanya yang ditemui di pejabat Kosmo! di sini semalam. -Kosmo

SPRM Buat Laporan Polis Terhadap Pornthip

Sruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM) hari ini membuat laporan polis terhadap pakar patalogi Thailand, Pornthip Rojanasunand bersabit hasil bedah siasat kedua Teoh Beng Hock.

SPRM mendakwa Porthip membocorkan hasil laporannya yang mendakwa mendiang mati di bunuh.

Bagaiman pun bekas majikan Beng Hock yang juga ahli EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah berpendapat laporan polis itu mungkin taktik untuk menutup hasil siasatan Dr Porthip.

“Saya rasa SPRM mungkin hendak menutup mulut Suara Keadilan dan juga cuba untuk menolak report Dr Pornthip untuk dijadikan satu bukti di dalam inkues, “Ean memberitahu TV Selangor,"katanya.

Suara Keadilan, akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat memetik sumber-sumber sebagai berkata pakar Thailand itu menjumpai bukti forensik mencukupi untuk menguatkan rumusan awalnya bahawa Beng Hock adalah mangsa jenayah.

Laporan di Balai Polis Shah Alam dibuat oleh pegawai SPRM Raub Ghani pagi tadi.

Raub mendakwa Dr Pornthip membocorkan maklumat hasil siasatan forensik beliau kepada pihak yang tidak sepatutnya dan perbuatan itu menghina proses mahkamah kerana inkues kematian Beng Hock masih berjalan.

Raub enggan diwawancara oleh media namun berkata beliau membuat laporan polis itu atas arahan pegawai atasan SPRM
.

Sebelum ini Pornthip hadir memberi keterangan pada inkues Beng Hock. Beliau menyatakan ada kemungkinan hingga 80 peratus mendiang mangsa jenayah malah didera sebelum mati.

Koroner Inkues kemudian mengarahkan mayat Beng Hock digali semula bagi membolehkan satu lagi bedah siasat diadakan dengan dihadiri Porthip dan pakar bedah siasat lantikan SPRM.

Bedah siasat kedua itu diadakan pada 22 November dan Porthip dikatakan telah menyerah hasil laporannya kepada pihak berkenaan.

Beng Hock, setiausaha politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah dijumpai mati Julai lalu di perkarangan pejabat SPRM Selangor setelah disoal siasat sepanjang malam hingga subuh.

Inkues kematian Beng Hock akan bersambung pada Khaimis depan selepas dua kali ditangguh.

Difahamkan, Pornthip mengguna pakai beberapa teknik dan proses baru yang meyakinkan beliau sepenuhnya bahawa Beng Hock mati dibunuh. -FMST & TVS

Orang Melayu Perlu Tinggalkan UMNO Sokong PAS

Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Che Abdullah Mat Nawi menggesa masyarakat Melayu di negara ini segera menyokong perjuangan yang dibawa oleh Pas bagi mengelak parti itu menjadi pemerintah minoriti sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.

Menurutnya, peralihan tersebut penting sekiranya orang Melayu sayang dan ingin mempertahankan kuasa politik bangsa ini sepertimana yang dibimbangi sesetengah pihak.

“Melihat kepada senario politik hari ini, kita yakin bahawa PR akan menang dalam PRU 13 nanti, jadi jika orang Melayu masih menyokong UMNO, Pas yang berada dalam PR pada masa tersebut akan menjadi golongan minoriti dalam kerajaan.

“Oleh itu, dalam usaha untuk memberikan kekuatan politik kepada Melayu Islam ini, orang Melayu mesti segera menyertai Pas untuk membentuk komponen lebih besar dan menjadi parti majoriti dalam kerajaan,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui pada Kursus Penerapan Nilai-nilai Ubudiah dalam Amal Jamaie di Tok Bali.

Che Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Wakaf Bharu berkata dalam pilihan raya umum nanti BN mungkin dapat menguasai beberapa kerusi namun, tidak mampu untuk mengekalkan kuasa sebagai pemerintah.

“Kalau Melayu berkeras dengan menyokong Barisan Nasional (BN), UMNO boleh jadi menang beberapa kerusi tapi tidak mampu membentuk kerajaan, yang akan menjadi kerajaan adalah Pas bersama PR.

“Oleh itu, jika orang Melayu tak sokong Pas sedangkan bangsa lain memberi sokongan kepada DAP dan PKR, kita akan hilang kuasa,” katanya.

Katanya, hanya orang Melayu yang masih terpedaya dengan UMNO, sedangkan bangsa lain telah pun meninggalkan BN dan memberi sokongan kepada DAP dan PKR.


“Apabila PR menang, UMNO sudah tidak mampu mentadbir kerajaan, sebaliknya Pas yang akan memerintah bersama PR, tetapi kita akan hilang kuasa dan ditohmah sebagaimana yang berlaku kepada Negeri Perak,” katanya.

Beliau berkata, rakyat kini semakin bijak memilih dan jelas bahawa senario politik hari ini menunjukkan mereka sudah tidak mahukan BN lagi dan beralih kepada PR.

Mengulas isu lompat parti yang menyebabkan Perak jatuh ke tangan BN, Che Abdullah menegaskan bahawa satu-satunya langkah terbaik untuk mengatasi masalah itu adalah dengan menguburkan UMNO.

“Sebagaimana kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri, buruknya UMNO ini rapat ke usus. Jadi mengapa kita masih mahu mempertahankan UMNO sedangkan orang mereka sendiri membuka pekung di dada,” katanya. -SH


Mohamed Rahmat Kembali Ke RahmatNya

Pemimpin veteran Umno dan bekas menteri persekutuan Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia awal pagi tadi.

Sepanjang pembabitan beliau dalam politik beliau lebih mesra dikenali sebagai "Tok Mat".

Beliau merupakan bekas setiausaha agung Umno, jawatan disandang sejak Umno baru ditubuhkan. Jawatan itu disandang sehingga 1996.

Mohamed menyertai Umno pada 1963 dan terpilih menjadi sebagai Ahli Parlimen selama 30 tahun sehingga 1999.

Kementerian popular diketuai beliau ialah Kementerian Penerangan dimana Mohamed memperkenalkan program Semarak di bawah pentadbiran era Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam kerajaan beliau menjadi Menteri Penerangan dua kali iaitu dari 1978 hingga 1982 dan kemudian dari 1987 hingga 1996. Allahyarham dilantik sebagai Duta berstatus menteri ke Indonesia pada 1982.

Mohamed dilantik semula sebagai Menteri Penerangan dari tahun 1987-1999 kerana kesetiaan beliau terhadap Dr Mahathir

Pada 10 Jun 2008, Mohamed pernah dimasukkan ke Jabatan Nefrologi, Hospital Kuala Lumpur kerana sakit dada.

Beliau telah menulis buku “Umno: Akhir Sebuah Impian” yang memaparkan manipulasi politik yang dilakukan pemimpin Umno terdahulu dalam mengekalkan kekuasaan. Ia dilancarkan tahun lalu. -MI


Mohamad Rahmat menjadi ahli UMNO (Baru) dengan no 00000003. Beliau menyertai UMNO sejak 1963 dan terpilih menjadi ahli parlimen Johor Baru Barat dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1969. Kawasan ini diberi nama baru 'Pulai' pada 1974.

Beliau bertanding di parlimen Pulai atas tiket Barisan Nasional pada tahun 1978. Ketika itu Perdana Menteri Malaysia ialah Dato Hussein Onn - juga orang Johor . Di atas kejayaan besar UMNO Johor meraih undi, maka Mohamed Rahmat telah dilantik sebagai Menteri Penerangan Malaysia (1978-1982). Ketika ini Kelantan yang diperintah oleh PAS berjaya dirampas oleh UMNO melalui Mageran Kelantan 1978.

Difahamkan Mohamad Rahmat telah menghanrar 200 petugas ke Kelantan bagi menerangkan kebaikan dan kelebihan Kelantan jika menyertai Barisan Nasional.

Beliau pernah menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO. Atas kapasiti sebagai Menteri Penerangan, beliau juga dilantik sebagai Setuausaha Agung UMNO dan Setiausaha Agung Barisan Nasional.

Dalam kerajaan, beliau menjadi Menteri Penerangan Malaysia dua kali kerana mempunyai kebolehan mempengaruhi pendengar. Beliau menjadi Menteri Penerangan dari 1978-1982 iaitu semasa Dato Hussein Onn menjadi Perdana Menteri Malaysia. Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, jawatan itu diserahkan kepada Dato'Seri Mohd Adib bin Mohamad Adam dari Melaka. Mohamed Rahmat dilantik sebagai Duta berstatus menteri ke Jakarta, Indonesia pada 1982.

Mohamad Rahmat dilantik semula sebagai Menteri Penerangan dari tahun 1987-1999 kerana kesetiaan beliau terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad.

Semasa menjadi Menteri Penerangan , isu disiplin penyanyi rock timbul tahun 1990. Rusuhan para peminat rock di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang yang dijayakan oleh kumpulan seperti SYJ, Lefthanded, Bloodshed, Ella and the Boys dan Rahim Maarof & Whitesteel menerusi konsert bergerak Battle of the Band anjuran Box-Office Malaysia. Berikutan itu Mohamed Rahmat mengarahkan penyanyi rock memotong rambut jika hendak keluar televisyen. Antara yang menjadi mangsa ialah penyanyi Awie dan Search. Ramli Sharip pula terpaksa mengikat rambut di belakang dan sembunyikan di kolar baju.

Dato Mohamed Rahmat telah menulis sebuah buku selepas lama bersara dari jawatan Menteri Penerangan Malaysia dan Setiausaha Agung UMNO. Buku 'Umno: Akhir Sebuah Impian' memaparkan manipulasi politik yang dilakukan pemimpin UMNO terdahulu dalam mengekalkan kekuasaan . Beliau menjadi ahli UMNO sejak Perdana Menteri Malaysia pertama Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn dan terakhir ialah Tun Dr Mahathir Mohamad. -wikipedia



Kes Dr.Rosli Allani : Bagaimana Sebenarnya Sikap Parti?

Kes pasangan bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir dan isterinya, Ilyani Mohd Noor yang diarah mahkamah supaya tinggal berasingan selepas kesahihan perkahwinan mereka menuntut parti menentukan pendiriannya.

Dr Rosli dan Ilyani telah dilaporkan berkahwin di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008.

Bagaimanapun, berikutan timbul keraguan mengenai status perkahwinan mereka, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada 9 November lalu mengeluarkan perintah 'mufarakah' melarang pasangan berkenaan tinggal bersama sehingga kes itu.

Surat perintah tersebut turut memberi kebenaran kepada penguat kuasa agama jajahan dan Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan jika mendapati pasangan itu masih tinggal bersama.

Harakahdaily di dalam tulisan Rizal Tahir pada 22 Disember lalu seperti melakukan pembelaan ke atas Dr Rosli. Berikut ialah petikannya:


Dr Rosli dalam sidang medianya memberitahu, walaupun beliau yakin berada dipihak yang benar, namun demi menjaga nama baik parti dan persepsi masyarakat ke atas PAS, beliau bersedia melepaskan jawatan berkenaan serta merta.

Pengumuman perletakan jawatannya itu dibuat memandangkan beliau tidak mahu parti Islam yang didokonginya itu dikaitkan dengan masaalah peribadi yang dihadapinya kini.

Sebagai penjelasan, Dr Rosli mengakui perkahwinannya tidak direstui bapa mentua isteri keduanya walaupun telah berulangkali menyatakan hasrat untuk memperisterikan IIyani Mohd Nor apabila terbit rasa kasih antara keduanya.

“Pada masa yang sama juga isteri pertama saya sendiri telah memberi persetujuan untuk saya berpoligami dan hasrat suci saya itu disuarakan melalui naluri jiwa yang tulus dan suci kepada keluarga isteri kedua saya.

“Namun biarpun demikian bapa mentua saya itu, Ghazali @Mohd Nor Che Man, masih tidak merestui perhubungan kami biarpun berulangkali dinyatakan hasrat tersebut,”ujarnya.

Untuk meneruskan hasrat tersebut biarpun mendapat halangan, sambungnya beliau meneruskan juga perkahwinan itu melalui wali hakim.

Menurutnya, pernikahan cara tersebut dilakukan setelah beliau diberi jaminan oleh seorang rakan yang pernah memegang jawatan sebagai seorang imam muda di sebuah masjid negeri bahawa perkahwinan yang diuruskan olehnya itu tidak bersalahan dengan undang-undang syarak.

“Tanpa diduga sewaktu mencari penyelesaian, saya telah menjadi mangsa sindiket perkahwinan yang diuruskan oleh bekas imam berkenaan dengan memberi sijil dan kad perkahwinan yang tidak didaftarkan walaupun beliau menjanjikan sebaliknya,”ujarnya lagi.

Tambah Rosli lagi, setelah menyedari apa yang berlaku, beliau meminta maaf serta memberi penjelasan kepada bapa mentuanya, namun malangnya ‘dia’ tidak melayannya.

“Setelah perkara ini terbongkar, isteri saya telah diperintahkan oleh bapanya supaya tidak keluar dari rumah selama sebulan, tetapi pada 2 Disember lalu, isteri saya itu telah merayu lagi pada bapanya untuk menyelesaikan perkara itu dengan baik, malangnya bapa mentua saya itu menolak hasrat berkenaan,”ujarnya.

Pada masa yang sama, Rosli memandang serius terhadap beberapa buah kenyataan yang telah disiarkan oleh beberapa akhbar harian hari ini yang telah mencemarkan imej, maruah dirinya apa lagi mendakwa isterinya berada dalam keadaan tidak sedar sewaktu berkahwin dengannya.

Menurutnya, kenyataan sedemikian seolah-olah menggambarkan dirinya seorang lelaki atau suami yang tidak baik apa lagi mendakwa dirinya telah melakukan tipu daya untuk berkahwin.

“Saya dengan sekeras-kerasnya menafikan segala kenyataan tersebut, adalah mustahil sekali untuk isteri saya pergi ke tempat perkahwinan di Subang dalam keadaan tidak sedar kerana saya dari Perak, manakala beliau datang dari Kelantan,”ujarnya.

Memandangkan berita yang disiarkan dalam beberapa buah akhbar hari ini yang jelas mencemarkan imejnya, beliau telah berbincang dengan peguam agar mereka yang terbabit memohon maaf secara bertulis dan disiarkan dalam akhbar yang sama.

Kesemua pihak terbabit termasuk bapa mentuanya disamping peguam bapa mentuanya Mohd Zaki Zainal Abidin diminta berbuat demikian dalam tempoh tiga hari bermula hari ini. -HARAKAHDAILY


Namun, kenyataan dari Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yng juga Pngerusi Jawatankuasa Disiplin PAS (?) telah mengeluarkan kenyataan Dr Rosli dan isterinya diingatkan supaya patuh kepada tuntutan agama dan tidak bertindak mengikut nafsu. Mereka berdua mematuhi undang-undang serta insaf mengenai dosa dan pahala berhubung perbuatannya. Tetapi tiada kenyataan bahawa kedua-duanya akan dihadapkan kepada Jawatankuasa Disiplin. Naib Presiden PAS itu berkata ia adalah masalah peribadi yang tiada kaitan dngan parti sekalipun tindakan Dr Rosli itu tlah pun menjejaskan imej parti.


Bekas Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir dan isterinya, Ilyani Mohd Noor diingatkan supaya patuh kepada tuntutan agama dan tidak bertindak mengikut nafsu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Rosli sepatutnya mematuhi undang-undang serta insaf mengenai dosa dan pahala berhubung perbuatannya.

"Nasihat saya supaya Dr Rosli patuhi undang-undang, ini bukan soal main-main... soal halal dan haram.

"Jangan lupa kepada azab tuhan, situasi yang dihadapinya kini berkaitan dengan dosa dan pahala," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Dr Rosli dan isterinya, melarikan diri dari rumahnya di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot di sini pagi semalam selepas hampir 19 jam dikepung keluarga mentuanya.

Dalam kejadian tersebut, kedua-dua pasangan itu berjaya melarikan diri ke tempat yang tidak diketahui dengan menaiki sebuah kenderaan.

Pasangan itu yang diarah mahkamah supaya tinggal berasingan selepas kesahihan perkahwinan mereka diragui.

Dr Rosli dan Ilyani berkahwin di Masjid Lapangan Terbang Subang, Selangor pada 26 Disember 2008.

Bagaimanapun, berikutan timbul keraguan mengenai status perkahwinan mereka, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu pada 9 November lalu mengeluarkan perintah 'mufarakah' melarang pasangan berkenaan tinggal bersama sehingga kes itu diselesaikan.

Surat perintah tersebut turut memberi kebenaran kepada penguat kuasa agama jajahan dan Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan jika mendapati pasangan itu masih tinggal bersama.

Selain itu Tuan Ibrahim juga berkata, sebagai seorang muslim yang beriman, Dr Rosli perlu akur dengan undang-undang yang ada.

"Hidup ini ada undang-undang, patuh kepada undang-undang juga sebahagian daripada ciri-ciri orang beriman.

"Soal kesahihan perkahwinan ini sangat penting, buat masa ini mahkamah belum putuskan apa-apa lagi... hanya minta tinggal berasingan.

"Cuba bayangkan kalau diputuskan ia (perkahwinan) tak sah, lagi susah jadinya, berdosa hukumnya kerana mereka masih tinggal bersama," katanya.

Ditanya sama ada tindakan Dr Rosli itu akan menjejaskan imej PAS, Tuan Ibrahim yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti itu berkata: "Beliau telah meletakkan jawatan dalam parti... kini hanya ahli biasa.

"Lagipun perkara ini adalah isu peribadi dan tak libatkan PAS sebagai parti politik." MSTAR


Bapa mertua Rosli dilaporkan telah membuat laporan polis mengenai "kehilangan" anak perempuannya yang dipercyai masih bersama Rosli dan telah meminta pihak berkuasa mencari anak perempuannya itu. Bapa mertua Rosli sebelum ini telah melakukan kepungan di rumah sewa mereka di Telipot tetapi pasangan itu berjaya melarikan diri dengan sbuah kenderaan yang tidak diketahui arah mana yang dituju.


Mufarakah: Bapa Mentua Dr Rosli Buat Laporan Polis

KOTA BAHARU: Bapa mentua bekas Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kader, semalam membuat laporan polis bagi mendapatkan bantuan pihak berkuasa mencari anak perempuannya.

Mohd Noor Che Man, 58, bersama anak lelakinya, Mohd Izhan dan dua wakil dari firma guaman Baldape, Harvinder & Co membuat laporan itu di Balai Polis Kota Baharu jam 4.30 petang semalam.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Mohd Noor berkata beliau bertindak demikian kerana berharap dapat menemui semula anak perempuannya Illani, 30, yang juga isteri Dr Rosli setelah mereka melarikan diri daripada kepungannya di rumah sewa mereka di Lorong Masjid Mustaqim, Telipot, tiga hari lepas.

"Saya bimbang keselamatannya kerana dikhuatiri peristiwa yang menimpa keluarganya itu boleh menjejaskan mentalnya," katanya.

Beliau berkata selain itu, beliau bertindak demikian kerana kedua-duanya didapati melanggar perintah mahkamah dan sebagai orang Islam sepatutnya mereka tidak bertindak demikian, kerana dengan perbuatan itu telah menyalahi hukum Islam.

Berita mengenai perkahwinan Dr Rosli Allani dan anaknya itu disiarkan secara meluas oleh media setelah rumah sewanya dikepung selepas dia mengingkari perintah mahkamah supaya tinggal berasingan berikutan kesahihan perkahwinan mereka oleh diragui oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

Pada 21 Disember lepas, Mahkamah Tinggi Syariah Kota Baharu mengarahkan pasangan itu tinggal berasingan sementara (mufarakah) kerana meragui perkahwinan mereka yang dikatakan dijalankan oleh satu sindiket di sebuah masjid di Selangor. -BERNAMA


Kes ini menjadi bahan yang dimanipulasikan media dan memberikan keuntungan kepada pihak yang selama ini memusuhi PAS Kelantan.

Siapa di belakang bapa mertua Dr.Rosli di dalam membuat laporan polis itu tidak perlu diambil peduli. Yang timbul ialah apakah perintah mufarakah oleh Mahkamah Tinggi Syariah itu dipatuhi oleh pasangan berkenaan.

Dan parti sepatutnya mengambil sikap untuk menyelesaikan masalah ini sesegera mungkin dengan menasihatkan Rosli dan pasangannya untuk mematuhi perintah mahkamah berkenaan supaya isu ini tidak berlarutan sehingga menjejaskan reputasi dan imej parti.