16 Mac 2008

Khir Terdesak dan bakar dokumen rasmi

Gambar - gambar yang dipetik dari blog 'YB' Elie Wong...gambar - gambar yang dirakam secara curi kegiatan memusnahkan bukti korupsi Kerajaan BN Selangor di bawah Khir Toyo sebaik sahaja keputusan pilihanraya diumumkan.

Menurut laporan Sin Chew Daily "(Shah Alam) Pegawai-pegawai kerajaan negeri di masa pimpinan bekas Dato' Seri Mohamad Khir Toyo telah datang ke pejabat Kerajaan Negeri untuk memunggah malah memusnahkan beberapa dokumen rasmi." (terjemahan bebas GB)









dan kesemuanya dilakukan dengan bantuan Polis Malaysia yang telah mengawal laluan masuk ke Bangunan SAAS Selangor tempat di mana Kir Toyo memunggah dan memusnahkan dokumen-dokumen berkenaan.


BONGKAR: 957 kertas undi Parlimen Rembau HILANG !

Fakta ini diambil dari Keputusan Penuh Pilihanraya Umum Ke 12 2008 Utusan Malaysia Isnin 10 Mac 2008 mukasurat 23.

Sepatutnya jumlah kertas undi yang dikeluarkan di peringkat DUN dan Parlimen sepatutnya sama.

Di Parlimen Rembau ada 4 DUN, iaitu Paroi, Chembong, Rantau dan Kota. Jumlah kertas undi yang dikeluarkan untuk 4 DUN ini sepatutnya sama dengan jumlah kerusi Parlimen Rembau.

Tetapi apabila dijumlahkan semuanya ini didapati 957 undi di Parlimen Rembau telah hilang.

Mana pergi 957 undi di peringkat Parlimen Rembau ini ? Apa alasan SPR akan berikan ?

Berikut perkiraannya :

Parlimen Rembau : Undi BN 26525 + Undi PKR 20779 + Undi Rosak 1066 = 48370
DUN Paroi : Undi BN 8316 + Undi PAS 9423 + Undi Rosak 299 = 18038
DUN Chembong : Undi BN 7017 + Undi PAS 2944 + Undi Rosak 175 = 10136
DUN Rantau : Undi BN 7739 + Undi PKR 3956 + Undi Rosak 371 = 11966
DUN Kota : Undi BN 6278 + Undi PAS 2665 + Undi Rosak 244 = 9187

Jumlah undi 4 DUN : 49327 – Jumlah undi Parlimen 48370 = 957 UNDI HILANG !

FAKTA LAIN :

Calon Parlimen Rembau Badrul Hisham dari PKR mendapat lebih 1791 undi dari jumlah 4 DUN undi yang diperolehi PAS dan PKR

Calon Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin BN mendapat kurang 2825 undi dari jumlah 4 DUN yang diperolehi BN

Ini bermakna 4616 pengundi mengundi BN di peringkat DUN , tetapi mengundi PKR di peringkat Parlimen.