9 Jan 2014

Astaghfirullah, Rupa-rupa Ada Bukti Bergambar Yang Lebih Dasyat!


Layakkah mereka bergelar Ketua Agama Islam? 

Menurut Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan, Raja-Raja adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing, manakala Yang di-Pertuan Agong ialah Ketua Agama Islam bagi negeri baginda, negeri yang tidak mempunyai Raja dan Wilayah-wilayah Persekutuan. Peruntukan sama wujud dalam perlembagaan negeri.

Peranan Raja-raja sebagai Ketua Agama Islam adalah merupakan suatu tradisi yang menjadi amalan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi.

Ia juga merupakan satu hak dan tanggungjawab Raja-raja untuk memelihara kesucian Agama Islam. Sebagai contoh, di dalam sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong ada disebut ikrar baginda untuk memelihara kesucian Agama Islam.

“…Dan lagi Kami berikrar mengaku dengan sesungguh dan dengan sebenarnya memeliharakan pada setiap masa Agama Islam” – Petikan sumpah jawatan Yang di-Pertuan Agong).

Raja Muda Selangor melawat Masjid Jamek Ar-Rahimiah Klang

Bukan hanya Yang di-Pertuan Agong, malah semua Raja-raja Melayu berikrar untuk memelihara kesucian Agama Islam semasa mengangkat sumpah.

Kita sebagai rakyat pula sentiasa diingatkan untuk mentaati Raja-raja. Setiap kali khutbah Jumaat dibacakan, lazimnya dalam doa kedua khutbah ada dibacakan doa untuk Raja-raja dan pasangan mereka, pewaris takhta serta putera puteri Sultan dan cucu-cucu baginda.

Sultan dan Raja Muda Selangor berbuka puasa dan merasmikan Masjid 

Bukan setakat doa kepada Raja-raja, tetapi khutbah Jumaat juga disediakan teks untuk mengingatkan rakyat untuk mentaati Raja, contohnya khutbah Jumaat Negeri Perlis pada 18 Mei bertajuk “Raja Berdaulat, Perlembagaan Dijunjung, Sejahtera Rakyat, Negeri Disanjung”. Sebelum itu, pada 13 April pula, khutbah Jumaat yang dikeluarkan JAKIM adalah bertajuk “Seri Paduka baginda Yang di-Pertuan Agong Tonggak Perpaduan Ummah”. Sememangnya rakyat sentiasa diingatkan Raja-raja adalah Ketua Agama Islam di bumi Malaysia ini dan oleh itu perlu menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bagi.

Persoalannya, apakah sebenarnya peranan Raja-raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam? Adakah hanya berperanan berbuka puasa di Masjid-masjid atau merasmikan masjid dan surau yang baru?

Artikel Cicit Daeng bertarikh 23 Julai 2012 bertajuk Jauhi Pintu Raja kata Imam Syafi’i menyingkap kisah Raja Arab Saudi dan kaum kerabatnya yang tidak terlepas daripada melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran Islam walaupun digelar Custodian of the Two Holy Mosques atau Penjaga Dua Masjid Suci. Di Arab Saudi atau di bumi Malaysia ini, sama saja tingkah laku Raja-raja Melayu yang merupakan Ketua Agama Islam, begitu juga dengan kaum-kerabat mereka. Jika Raja Arab dan kerabatnya melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik jubah mereka, tiada bezanya Raja-raja Melayu dan kerabatnya yang melakukan maksiat dan kemudiannya berselindung disebalik baju Melayu dan songkok – terus nampak islamik!

Tidak banyak untuk dibicarakan dalam blog entry kali ini. Biarlah gambar-gambar yang berbicara dengan sendirinya. Diharapkan Perkasa akan terus memperjuangkan taat setia dan sanggup ke titisan darah yang terakhir bagi melindungi Raja-raja Melayu, seperti yang dijanjikan semasa perisytiharan perhimpunan “Raja Berdaulat Kasih Dijunjung” pada 29 April yang lalu.

Raja Muda Selangor, Tengku Amir bersama ibunya Lisa Davis (atau Nur Lisa Idris) dan teman wanitanya
Bercuti di Pulau Redang bersama kekasih. Dinner tidak lengkap tanpa air




Berpicnic di London bersama kekasih hati, tidak ketinggalan air
Party, party, party! Itu telah menjadi darah daging kebanyakan anak cucu Ketua Agama Islam bumi Malaysia


AWAS 18SX
Mungkin kah wanita bernama Stephanie Hancox ini bakal menjadi Tengku Ampuan Selangor?


Tatkala rakyat negeri Selangor sedang menadah tangan meng’amin’kan doa untuk Raja Muda Selangor pada setiap hari Jumaat, mungkin pada masa itu baginda sedang bergembira di disko dan membasah tekak dengan minuman champagne Moët & Chandon.

Mungkin juga tatkala khutbah Jumaat dibacakan untuk mengingati rakyat jelata untuk mentaati Raja-raja Melayu kerana mereka itulah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri di bumi Malaysia ini, mungkin pada masa itu baginda sedang sibuk melakukan maksiat dan salah-laku yang bertentangan dengan ajaran agama Islam.

Raja sebagai Ketua Agama Islam di Malaysia dan diamanahkan kepada mereka menjaga kesucian agama Islam. Dimanakah dan benarkah kesucian Islam terjaga dan adakah mereka berkelakuan sebagai seorang Islam yang sebenarnya?

Tidak berniat menuding jari kepada semua raja-raja tetapi bukti berupa gambar yang anda lihat tidak seteruk mana mata kami melihat dan teramat memalukan dan menjijikan untuk dipertontonkan kepada semua. Walaupun begitu kesedaran harus wujud bahawa masyarakat & rakyat Malaysia jemu dengan mainan kata-kata dan berlagak seperti Khalifah Islam oleh mereka dan kononya menjaga kesucian Islam tetapi kerana mereka juga terpalit hina kesucian Islam.


Satu Contoh dari Beratus Keping Gambar Pesta Seks & Arak
Nantikan pendedahan siapakah lelaki yang terlondeh seluarnya dan aksi sebenar beliau.

Walaupun ada raja yang tidak terlibat dalam skandal dan menjalankan tanggungjawab mereka sebgagai Ketua Agama Islam Negeri mereka.Tetapi lebih ramai Raja dan bakal raja yang bersifat kurang senonoh yang bakal menduduki Jawatan Tertinggi Ketua Agama Islam di Malaysia.

Memandangkan ianya bulan ramadhan, maka kami tidak akan mendedahkan bukti bergambar (18SX) seperti Pesta Seks melibatkan Raja & rakan-rakannya dalam keadaan yang mabuk, Raja berkelakuan seperti seorang “Gay” dan lain-lain lagi.

Nantikan pendedahan seterusnya yang bakal membuka mata rakyat Malaysia dan kita hanya akan malu tertunduk menyembah manusia bergelar raja yang bersifat seperti itu. Jelas mereka adalah golongan yang berpura-pura memelihara Islam tetapi adalah perosak kesucian Islam itu sendiri.

Sumber: kualalumpurpost.net

126 ulasan:

Kalau x suka jgan duduk selangor berkata...

bapak borek anakk rintik-rintik, jelas mana2 pun khalifah dibumi allah akan menjawab

Rediani berkata...

Dinasti mereka dah memasuki fasa penghujung...anak- anak kita nanti akan mengenali melalui pembacaan bukubuku sejarah...Insyallah

Tanpa Nama berkata...

SYAITAN JADIAN......

Tanpa Nama berkata...

beruntung UMNO Selangor... dpt pembela kalimah Allah semcm ini.... heheheh

Tanpa Nama berkata...

Haiyoooo

Jaga ooo, Nanti itu satu mufti cakap bughag oooo

Tanpa Nama berkata...

aku tgh pening ni...siapa yg bodoh sebenarnya..

Tanpa Nama berkata...

Benda ni dah lama dahhhh.sudah menjadi rahsia umum.tp mereka x pernah nak ambil pengajaran.merasakan diri terhebat.sudah beribu nasihat dari lembut sehingga dah x reti nak lembut.tp x kemana.cubalah bawa berubah.renunglah ke dlm diri sebentar.
Tp kalo nasihat dr rakyat di anggap menderhaka,apa lg yg boleh dikata.kpd yg berada disekeliling raja2 berhentilah bermuka2.
allah itu maha berkuasa.

Tanpa Nama berkata...

Dan rakyat Selangor mendoakan mereka setiap PENGHULU SEGALA HARI..... JUMAAT........
patutkah ini? Atau sepatutnya raja yang baik mendoakan kesejahteraan rakyat?

Pikir-pikirlah RAKYAT SELANGOR......

jeRunG berkata...

syaitan brtopengkan manusia..itulah dia...

Tanpa Nama berkata...

Sudah i comment sebelum ini sultan or what so ever kalau namanya sudah salah maka salahlah tu.

Lagi satu kebanyakkan sultan sekarang lebih mengutamakan ilmu duniawi dari ilmu agama kpd putera - puterinya. Come onlah beb sudah tahu u will be ketua agama islam utamakan dahulu ilmu agama beb. Takkan kau nak guna teori Darwin yg sememang sesat dalam menyelesaikan ilmu agama beb? If guna teori Darwin maka perkara maksiat is normallah kerana manusia berasal dari binatang (monyet) sedangkan allah sudah katakan dalam al - quran manusia adalah ciptaan allah s.w.t yg paling perfect beb tidak boleh dibandingkan dengan makhluk lain.

Since kita makhluk ciptaan allah s.w.t yg paling perfect beb jangan lu buat perangai mcm monyet beb. Tapi apakan daya dah ketua agama melayu (ketua agama islam tak layak beb) perangainya macam monyet maka umat melayu tak payah dicakap lagi beb. Nasihat i bertaubatlah cepat - cepat dan kembali kpd fitrah asal sebagai manusia.

Tanpa Nama berkata...

Sekarang faham sudahkan kenapa PAS tendang keluar Hassan Ali sebelum ini? Isu ini ada link dengan sebab utama mr. Hassan ali kena kick out dari PAS. kalau tak faham memang sah bodoh gred A lah tu.

Tanpa Nama berkata...

Mempertahankan pemimpin zalim, tak pasal2 kita nanti dilaknat Allah di akhirat, sebab bodoh.
Kat dunia mereka dapat harta, kita yg bodoh ni kat dunia dapat ke free
mcm mereka, sebab Melayu? Hei, mereka pun tak kawin melayu 100% tau.

Kita? rugi dunia, rugi akhirat.
Melayu sebenarnya diperbodohkan oleh mereka2.

Tanpa Nama berkata...

Orang2 Melayu tak sudah sudah diperbodoh dan dibangangkan.
Nak sangat adakan Ketua agama Islam yang perangai dan kelakuan lebih buruk dari orang yang tak ada kenal Tuhan langsung.
Orang Melayu diajar sembah manusia yang perangai syaitan tapi tak pula ditegas dengan hukuman derhaka tak MENYEMBAH TUHAN!
Tukarkan cara fikir dan nilaian kita kapada yang Hak dan Baik bukan beri harga pada orang yang buruk.

Tanpa Nama berkata...

Zaman mereka akn berakhir.

BaDiN berkata...

Ya!! Allah Kurniakanlah kpd Kami Ketua & Pemimpin2 yg Takut kpd MU,yg Mentaati segala Titah Perintah MU,Hapuskan Ketua2 & Pemimpin2 yg menderhakai MU dari kalangan kami.
Hapuskan di Tanahair kami Org2 yg mempersenda Islam,org2 Munafik,org2 yg sifatnya menyamai kaum Kafir bertopengkan Islam.Org2 Hipokrit kononnya merekalah yg mempertahankan kalimah Allah tapi melanggar Syariat MU.

Tanpa Nama berkata...

NAK PELIK APANYA..INI MEMANG PERANGAI RAJA.DARI FIRAUN SAMPAI SKRG RAJA SATU DUNIA SEMUA SAMA JER.YANG ADIL SIKIT SANGAT.

Tanpa Nama berkata...

Teroknya cara hidup mereka nauzubillah...aku tak sanggup terbeban dengan dosa menyangjung mereka yg derhaka pada Allah menghina agama islam. Tak sanggup mencium tangan yg dipenuhi noda.......apakah ini yang dijuangkan oleh hasan aqidah, mengapa tok mufti hanya diam? Mengapa penasihat membisu?

Tanpa Nama berkata...

Dan ada di antara manusia: orang yang memilih serta membelanjakan hartanya kepada cerita-cerita dan perkara-perkara hiburan yang melalaikan; yang berakibat menyesatkan (dirinya dan orang ramai) dari ugama Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan; dan ada pula orang yang menjadikan ugama Allah itu sebagai ejek-ejekan; merekalah orang-orang yang akan beroleh azab yang menghinakan.

Tanpa Nama berkata...

Macam mana lah nk jawab dengan Allah swt nanti astaghfiruallahhalazim.

Tanpa Nama berkata...

Ini syaitan bukan sultan....

Tanpa Nama berkata...

Pasni takyah tadah tangan n takyah ameeen...masa didoa kan depa lepas khutbah jumaat

Tanpa Nama berkata...

Patut lah jebat derhaka kpd sultan nya, zalim , kaki pompuan dsbnya..smpaikan xdak satu sultan yg tinggal. Sume nya lanun same juga yg ada skrg..mereka2 ini yg masuk neraka dulu pembesar taik kucing, penyamun terhormat...

Tanpa Nama berkata...

Pasni takyah tadah tangan n takyah ameeen...masa didoa kan depa lepas khutbah jumaat

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah panjangkanlah umur Sulan Kelantan Agar beliau dapat menjadi yg dipertuan agung masa tu insyaallah hukum hudud akan dijalankan di malaysia

Tanpa Nama berkata...

rasanya wajarlah sistem raja-raja melayu ni dihapuskan sebab rasanya raja raja ni mcm dah takde function dah! mcm perhabiskan duit rakyat je

Tanpa Nama berkata...

Sultan klate staro mano...?

Tanpa Nama berkata...

Memang salah apa yang di buat oleh dia ni. Akan tetapi umat Islam di Malaysia hampir semua pun sudah sesat. Dalam Al-Quran Allah sudah beri hikmah untuk semua hambanya bahawa Al-Quran memang sudah lengkap dan tiada tandingnya. Akan tetapi umat Islam di Malaysia ini selalu terikut hadis hadis yang di tulis oleh manusia... lebih lebih lagi hadis ini semua bukan di tulis oleh Muhammad S.A.W. Mengapa di negara kita asyik menambah peraturan "agama" apabila kita tiada hak untuk menambahkan peraturan selain dari apa yang sudah tertera di dalam Al-Quran. Sebelum kita nasihat orang lain, tengok lah diri sendiri dahulu. Saya pun sama sahaja, banyak lagi yang perlu dibaiki.

Tanpa Nama berkata...

Lagi cepat lagi bagus

Tanpa Nama berkata...

Tak baik cakap tak elok pada orang lain.

Siapa kita nak menentukan kehidupan orang lain.

Bersyukur aje kita tak join buat dosa seperti setan setan yang lain.

Masing masing sudah habis baligh baik yang muda, maupun yang sudah ganyut.

Tanpa Nama berkata...

Harusssani tolonglah beri fatwa tentang sultan yg macam ni. Sanggupkah tok mufti , ulama ustaz2 atau siapa saja yg beriman mencium tangan dia. Dok doa panjang umur dlm khutbah jumaat. Aku takut dilaknat Allah la.

Tanpa Nama berkata...

patik yang pacal hina ini cuma menantikan saat sekiranya satu hari nanti apabila raja muda ini ditabalkan sebagai sultan selangor ada tak pihak2 yang membantah atau masih "syukur malaysia masih aman" dan terima sahaja?

Tanpa Nama berkata...

Tuan, adalah x wajar tuan mempertikaikan tentang hadis-hadis dan tuan juga tidak menerangkan hadis mana yg dikatakan sesat. Tuduhan tuan pada SEBAHAGIAN BESAR umat Islam di Malaysia kerana mengikut Al-Quran dan Hadis sebagai sesat adalah satu tuduhan yang berat.

Bagaimana kita ingin memahami Al-Quran tanpa mendapat petunjuk melalui Al-Hadis? Dan bagaimana kita ingin memahami Al-Hadis tanpa adanya syarah hadis dari ulama-ulama?

Sebaiknya tuan padamkan komen tuan ini serta memohon maaf secara terbuka kepada SEBAHAGIAN BESAR umat Islam secara ikhlas.

Wasalam.

Andre Irwan berkata...

Apa yang nak dihairankan? Bagi Melayu, janji Melayu memerintah walaupun Melayu tu berupa setan. Janji Melayu memerintah.
Ini baru cerita pasal Raja-Raja, belum lagi pemimpin2 Melayu. Walaubagaimanapun, Melayu memang mudah dipermainkan oleh Melayu itu sendiri. Bila tersesak, akan disebarkan bahawa Melayu akan dijajah atau dipergunakan oleh Bukan Melayu. Tapi nak buat macam mana? Melayu tak sedar dan mungkin tak akan sedar. Nak kata Melayu tak cerdik, ini bohong sebab dah ramai Melayu yang cerdik. Yang jadi masalah, Melayu yang cerdik ini selalu membawa Melayu ke neraka Allah swt.
Melayu yang cerdik ni mendapat habuan mewah di dunia. Kasihan melihat Melayu yang kurang cerdik, dah lah hidup merempat kat bumi anugerah Allah swt dan ditipu pulak oleh Melayu sendiri atas semangat assobiyah. Last-last, dunia tak dapat, akhirat pun terlepas. Manusia yang serugi-ruginya.

Tanpa Nama berkata...

aku dari dulu lagi xpernah suka sistem sultan yg tak membawa aper2 hasil kepada rakyat..malah doa yg di amin kan atas nama sultan bagi aku segala majlis or sembahyang jumaat patutnya ditegah bagi semua negeri. Bagi aku..kesultanan kat malaysia adalah BullShit... bkn sultan selangor je perangai iblis mcm ni..ada byk lgi kerabat2 perangai mcm ni..

Tanpa Nama berkata...

Itu la apa guna guna cukai dibayari rakyat untuk sultan dan anak2 dorang supaya berenjoy?????

Tanpa Nama berkata...

malu dengan perangai anak sultan, yg dikatakan ketua agama... jijik sume ada... nak salah kan sapa sekarang...

Tanpa Nama berkata...

Inilah kerja Yahudi & Nasrani tidak senang dgn org beriman sepanjang zaman...rujuk Al Quran Suroh Al Baqoroh ayat 120.

Apa depa buat, meletakkan urusan termasuk urusan agama Islam kepada org yang bukan ahlinya. Hancurrrrrrrrr...
Musnahhhhhhh.... Melayu kena tipu hidup2 sedari awal merdeka lagi.

Tanpa Nama berkata...

haha ini manusia pembeli agama islam kamu di selangor????? bah ngam la.,,jangan cakap ini kerja orang kristian..biasa la nama islam tapi perangai macam syaitan. Sya dengar sultan selangor pun simpan Jack Daniel di istana nya..hipokrit pnya sultan.

Tanpa Nama berkata...

apa yg kita boleh buat. nanti dicap penderhaka pulak. setakat bagi komen dlm blog boleh la. sebab inilah kumpulan seperti taliban dan al-qaeda penting utk islam

Tanpa Nama berkata...

X pernah nak aminkan bila khatib sebut nama dia. ..

Tanpa Nama berkata...

Masyaa allah dasyat betul ni nak jd sultan jadi syaitan boleh la buruk kn islam x hbs2. Aku harap ALLAH zohir kn tunjuk pada rakyat perangai xsenonoh sultan2 n keturunannya mereka penghina islam yg sbnr. Mufti2 pulus xberani nk kluarkn fatwa dn teguran tkt pulus xdpt. Mampos nnti jwb sndiri ingt sultan dpt tolong. Aku sikit pn xhormat sultan ni kecuali sultan kelantan.

Tanpa Nama berkata...

Ya Allah.. jgn smpai mengutuk begitu.. yg salah kita doakan moga Allah tunjukkan jln kebenaran kpd insan yg tertentu dan untuk kita sehingga hjg keturunan kita jugak dijauhkan dari jd seperi mereka..

Tanpa Nama berkata...


Mulai sekarang Aku tak kan aamiin kan Doa buat Tg Amir tu pd setiap solat Jumaat.... Sbb ianya Umpama mengAamiin kan syaitan..

Tanpa Nama berkata...

Hmmm...semua ni salah syaitan? Kesian syaitan selalu bersalah. Orangnya tak salah.

Tanpa Nama berkata...

AKU AKAN TEGAKKAN KEADILAN!!!

Tanpa Nama berkata...

Inilah yg PENJAJAH mau pada pemimpin & Raja2. Rakyat? Bole jalan daaaa.. (kata penjajah), sebab mereka tahu MELAYU akan hormat & pertahankan RAJA2 & PEmimpin2 MELAYU mereka walau apa mereka buat.

Awal merdeka hingga beberapa tahun selepas tu, masih terdapat di jamuan2 pemimpin2 UMNO esp di luar negera, juga di mess2 askar , dgn minuman keras.

Pejuang2 Islam yg British tak suka, difitnah hinggalah sekarang ni yg memfitnah & tak suka adalah UMNO, pengikut2 mereka kata arak tu hal sendiri2, yg penting kemajuan & keamanan.

Hai, hai, hai



Tanpa Nama berkata...

Inilah Ketua Kepada ketua monyet... @ Raja Monyet..

Tanpa Nama berkata...

satu realiti yg mnydihkan ialah,utk jd Agong, sultan perlu ada permaisuri.Sultan Muhammad ke-5 tidak berpermaisuri.semoga Allah permudahkan jodoh Al-sultan Kelantan dgn wanita yg solehah.

Unknown berkata...

Kehidupan kita sentiasa ada pancarobanya dan setiap maknusia x pernah lepas dari kesalahan. Setiap kesilapan yg di buat olih setiap manusia pasti ada penyelesaianya. Tidak menjadi kesalahan bila kt sesama islam mendoakan kesejahteraan sesamat islam dan marilah kt sesama umat islam mendoakan semuga baginda raja muda akan mendapt hidayah dari Allah SWT dan akan menjadi pemimpin utk umat islam di negeri selangor mengikut Alquran dan Hadis. Setiap manusia melakukan kesilapan di dunia ini. Betapa sukarnya Nabi Muhamad SAW nk mengajak manusia memeluk ugama Islam sedangkan masa tu adalah zaman jahiliah..renung2kanlah dan marilah kt bersama2 mendoakan agar raja2 pewaris raja2 yg menjadi ketua Agama islam dan yg akan menjadi pewaris ketua Agama islam agar memerintah negara kt dengan aman dan mengikut Alquran dan Hadis. Ingatlah wahai rakyat selango dan malaysia yg beragama islam selagi pemerintah kt memerintah dg aman dan mengikut landasan Islam dan tidak menepikan Alquran dan Hadis kt jgnlan menderhaka kepada pemimpin..negara Maaysia adalah negara Islam dan kt misti perjuangakanya dan jangan sampai jatuh ketangan Bangsa lain..ingat tu terutamanya bagi rakyat negeri Selangor.. amn

Tanpa Nama berkata...

sama sama berdoa moga tuanku dpt hidayah bertaubat dan menyesali perilakunya yg lalu.

Tanpa Nama berkata...

Unporn tongku. Patuk cadangkan dibuat setiap daerah di negeri selangor akan sekurang2nya satu ekor Hard Rock Kafe sepuya memudahkan tongku sekeluarga mengkentedarah San Maguel. Unporn tongku.

Tanpa Nama berkata...

Dosa mereka Tuhan, Insyaallah jika mereka bertaubat akan terampun dosa2nya. Hidayah tu milik Allah, doakan saja mereka mendapat hidayah dan petunjuk Allah.

Tanpa Nama berkata...

bestnya bakal raja korang mcm setang.. syukur alhamdulilah nasib baik negeriku tak beraja..

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah mcm ni ceritanya memang tak lama dah so called institusi diraja. Dulu rakyat takut raja raja ni sebab mereka ni ada kesaktian or wtv tapi sekarang ni agaknya dah kurang. Maybe sebab alcohol kot.

Tanpa Nama berkata...

Mane tok mufti nie...yg jelas xnak bersuara, tang isu2 khilaf ulama sebuk dia perjuangkan.ade email tok mufti x? Nak foward link

Tanpa Nama berkata...

Sudah takdir rakyat malaysia dapat pemimpin yang zalim (zalim tidak menitik beratkan agama didalam kepimpinan)..zaman sebelum kita pun kaum lain sudah merasa..kita ada hak untuk memilih siapa pemimpin kita..nabi kita dulu dipilih sebab sifat dia yang sangat indah meliputi semua aspek..xkira lah parti mana yang memimpin..yg penting ketua parti tu harus ada ciri yang sesuai bkn shja dr segi kepimpinan..mlah keagamaan pon kene ada..tapi pape hal kita semua perbaiki diri kita dlu..mungkin ini adalah balasan untuk kita sebb kita sendiri x jga agama kita..allah trunkan bala kat kita dengn dpt pemimpin yang x bagus..klau hubungn kita ngn allah kita jaga.dia syg kat kita..xkn dia bg kita bala cmni..sma2 lah kita doa tok kesejahteraan kita dan pelan2 kita baiki diri kita..

Tanpa Nama berkata...

Mufti Bughah mana , ce fatwa ce fatwa

Tanpa Nama berkata...

God allows something BAD to happen so that GOOD can prevail from it. Renung2kan..

Tanpa Nama berkata...

Disebabkan satu isu terbangkit, semakin terdedahlah satu per satu perkara yg terselindung di mata rakyat... bagus2.. teruskan jgn x teruskan..

Tanpa Nama berkata...

hanya yang bengong je masih nak beraja,

Tanpa Nama berkata...

Tak boleh gak bro .. tak semua sultan macam ni .. rakyat kene cari jalan penyelesaian nk sedarkan sultan ni . Kalau la sultan selangor macam sultan terengganu atau kelantan kn bagus ..

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin2 ni kalau rosak mereka, maka rosaklah RAKYAT.

Macamna ROSAKnya? Samade rakyat membenci, mencemuh, membughah, meludah, menentang, memaki, atau sebaliknya membodek (tak ikhlas le tu), & mengikut perangai buruk mereka.

Bagaimana nak sedarkan setelah dibuktikan bersalah melanggar perintah ALLAH secara melampau?

Ialah dengan memasukkan mereka dalam ISA selama paling kurang 90 hari.

Sebab tempoh tu, cukup insyaAllah tuk mentarbiah mereka secara intensif.

Selain pemimpin2 , termasuk llah para bapa2/suami2 yang SENGAJA tak mau beri nafkah isteri & anak2, kerana tu memang WAJIB mereka.

Bukan nak seksa atau aib mereka, sebab mereka pun dah mengaibkan diri mereka sendiri.

Tujuannya tak lain tak bukan ialah untuk TOLONG mereka, supaya mereka jadi baik, dan tak menyusahkan rakyat, anak isteri, & yg PENTING supaya ALLAH suka & bila ALLAH suka, negara aman damai. Dan juga bila mereka mati nanti, insyaALLAH masuk SYURGA yang kekal abadi.

Tanpa Nama berkata...

AYOYYOYO

TOLONG PANGGIL HARUNSANI UTK BAGI FATWA.

KALAU KETUA AGAMA KENCING BERDIRI, MAKA MUFTI KENCING BERSEPAH2 LAH.

SALAH SIAPA KALAU AGAMA DIHINA.

INI BUKAN AGENDA ASING NK TAKLUK NEGARA, INI AGENDA BURUK DIRI SENDIRI YG LALAI DAN LUPA PADA PENCIPTANYA.

BILA ALLAH GANTI DGN BANGSA LAIN JGN SALAHKAN PEMBANGKANG SEBB MEREKA TK BERKUASA.

Haruunnnnnnnnsaniiii tolongggg

Tanpa Nama berkata...

Segan aku nak mengaku rakyat selangor apatah lagi ahli keluarga sendri. LOL Dunia dunia. lu raja ke sultan ke Maklaikat dalam kubur sentiasa menunggu untuk libas kau. hahaha . Maklaikat Maut buat kerja tak kira waktu. hahaha :)

Tanpa Nama berkata...

Apalah nak jadi. ni lah padahnya rampasan kuasa sultan terdahulu yang besekongkol dengan british. keturunan yang ada dah tunjuk belang.

Tanpa Nama berkata...

Apakah akan kamu hujahkan apabila ditanya Allah swt kelak,

Tanpa Nama berkata...

LIKE

Tanpa Nama berkata...

tu pelawak bollywood tuuuu....
wa xcaya lu yok kuak

Tanpa Nama berkata...

in response to Ya Allah panjangkanlah umur Sulan Kelantan Agar beliau dapat menjadi yg dipertuan agung masa tu insyaallah hukum hudud akan dijalankan di malaysia, by Anonymous

amin....

Tanpa Nama berkata...

Haha..ini semua melayu punya perangai lor..kesilapan melayu dsebabkan beragama islam.klau melayu agama lain lg jahanam.

Tanpa Nama berkata...

Amin ya Allah..

Unknown berkata...

Allahurabbi...sedarkn raja muda ini dr kebiadabannya terhadapMu ya Allah....Amin...

Tanpa Nama berkata...

doakan semua manusia yg buat silap dan jahat kembali ke jalan yg diredai dah comfirm dapat pahala, daripada nak mengata lebih elok mendoakan org supaya anak2 dan saudara2 kita sentiasa diberi pentunjuk...sebaik mana pon kita, kene ingat, Allah klu nak uji, sesapa pon xboleh nak lawan..itu semua ujian Allah untk semua umatnya,bagaimana untuk menilai..itu baru raja muda, dia pon manusia biasa je..

Unknown berkata...

Masyaallah..dah didoakan setiap Jumaat pun begini rupanya....Kalau tak didoakan...Allahuakbar tak tahu apa jadinya

budakijat berkata...

Assalamualaikum. Memang tak patut pun apa yg dia buat tu. Dah tak pasal pasal keaiban dia didedahkan umum. Dan dah tak pasal pasal kita sekali dedahkan sekali aib kita dengan menelanjangi kebodohan kita serta kejahilan kita dengan menghina dan mengherdik mereka macamlah kita ni tak der buat sekelumit dosa yg tak perlu diherdik hina itu sehingga ada yg tergamak tak mahu mengaminkan doa mohon kesejahteraan mereka. Apa salahnya kalau kita pohon kesejahteraan untuk mereka. Pohon semoga Allah bukak kan hati mereka agar diberi hidayah sama. Pohon doakan sekali kita sebagai rakyat jelata mendapat rahmatNya sekali. Belum tentu dengan memaki hamun dan mendedahkan keaiban Raja Muda ni menandakan kita lebih baik dari dia. Bayangkan kalau satu hari nanti anak anak kita diuji Allah menjadi seperti itu apakah yg kita mahukan? Dibina herdik semahunya atau kita merayu dan mengharap orang mendoakan hidayah untuk dia? Setakat ni dia belum berlaku zalim pada kita jadik kenapa kita mesti berlaku zalim dengan menjatuhkan hukuman untuk dia. Kita ni Tuhan ker nak menghukum itu dah ini pada sang pelaku dosa. Sekiranya melihat kemungkaran hendak lah kita tegah kemungkaran itu. Tapi dalam Islam untuk menegah kemungkaran tu pun ada adabnya. Bukan main pakai carut maki hamun yg bukan bukan. Dan kalau tak mampu untuk menegah adalah lebih baik kita diam dan berdoa sesungguh sungguhnya....InsyaAllah berkat doa kita sebagai rakyat ni mana tahu satu hari nanti Allah buka kan pintu hati dia menjadi sebaik baik manusia dan sebagus bagus pemimpin. Tapi kita? Yang kerja nya mengutuk memaki manusia lain yang kononnya kita ni maksum sangat macam mana? Syurga sangat kah kita ni? Sebenarnya ujian ni bukan saja Allah tujukan pada Raja Muda saja. Tapi ujian ni Allah tujukan sekali pada kita. Macam mana kita berdepan dengan situasi ini. Jangan sampai terkena kat batang hidung sendiri sudah lah...


Anep berkata...

Mengapa harapkan kehancuran orang lain. Doa itu adalah senjata untuk mengubah kpd keadaan yg lebih baik. Berdoalah dgn sesungguh & dan seikhlas hati. Seluruh rakyat Malaysia berdoalah agar mereka segera insaf, bertaubat dan cahaya Islam kembali menyinari hati2 mereka.

Atuk berkata...

FOTO TENGKU TU YG HITAM PUTIH TU... POMPUAN YG BERTENGGEK KT BELAKANG DIA TU, MCM TUA JE....

SEMUA DISAPUNYA KE? ADUH!

Tanpa Nama berkata...

Kenapa x hantar memorandum Kat istana Dan mais?!kluarkan bukti semua ni serah Kat mereka! Undang2 semua ada,apa nak takut!

Unknown berkata...

Sistem beraja diselangor akan lupus tak lama lagi..bukan kehendak PR TAPI SALAH RAJA SELANGOR SENDIRI..BAPA BOREK ANAK RINTIK.

Tanpa Nama berkata...

Berdoalah sebaik2nya, semoga Allah Swt memberikan hidayah kepadanya

Tanpa Nama berkata...

Satu2 nya negara dalam dunia yg ada paling banyak raja/sultan.... perghhh..... habis duit ke situ je....

Tanpa Nama berkata...

in response to Assalamualaikum. Memang tak patut pun apa yg dia buat tu. Dah tak pasal pasal keaiban dia didedahkan umum. Dan dah tak pasal pasal kita sekali dedahkan sekali aib kita dengan menelanjangi kebodohan kita serta kejahilan kita dengan menghina dan mengherdik mereka macamlah kita ni tak der buat sekelumit dosa yg tak perlu diherdik hina itu sehingga ada yg tergamak tak mahu mengaminkan doa mohon kesejahteraan mereka. Apa salahnya kalau kita pohon kesejahteraan untuk mereka. Pohon semoga Allah bukak kan hati mereka agar diberi hidayah sama. Pohon doakan sekali kita sebagai rakyat jelata mendapat rahmatNya sekali. Belum tentu dengan memaki hamun dan mendedahkan keaiban Raja Muda ni menandakan kita lebih baik dari dia. Bayangkan kalau satu hari nanti anak anak kita diuji Allah menjadi seperti itu apakah yg kita mahukan? Dibina herdik semahunya atau kita merayu dan mengharap orang mendoakan hidayah untuk dia? Setakat ni dia belum berlaku zalim pada kita jadik kenapa kita mesti berlaku zalim , by budakijat.

Kalau tak di war2 kan macamana orang lain nak ambil pengajaran.... dia ingat apa yg dia buat betul dan kebal.... ini salah satu cara allah nak buka aib hambanya.... dgn fb.

Tanpa Nama berkata...

in response to Assalamualaikum. Memang tak patut pun apa yg dia buat tu. Dah tak pasal pasal keaiban dia didedahkan umum. Dan dah tak pasal pasal kita sekali dedahkan sekali aib kita dengan menelanjangi kebodohan kita serta kejahilan kita dengan menghina dan mengherdik mereka macamlah kita ni tak der buat sekelumit dosa yg tak perlu diherdik hina itu sehingga ada yg tergamak tak mahu mengaminkan doa mohon kesejahteraan mereka. Apa salahnya kalau kita pohon kesejahteraan untuk mereka. Pohon semoga Allah bukak kan hati mereka agar diberi hidayah sama. Pohon doakan sekali kita sebagai rakyat jelata mendapat rahmatNya sekali. Belum tentu dengan memaki hamun dan mendedahkan keaiban Raja Muda ni menandakan kita lebih baik dari dia. Bayangkan kalau satu hari nanti anak anak kita diuji Allah menjadi seperti itu apakah yg kita mahukan? Dibina herdik semahunya atau kita merayu dan mengharap orang mendoakan hidayah untuk dia? Setakat ni dia belum berlaku zalim pada kita jadik kenapa kita mesti berlaku zalim , by budakijat.

Kalau tak di war2 kan macamana orang lain nak ambil pengajaran.... dia ingat apa yg dia buat betul dan kebal.... ini salah satu cara allah nak buka aib hambanya.... dgn fb.

Tanpa Nama berkata...

habis ingat semua kaum kerabat sultan ni sedar diri ke? sah2 sebahagian mereka ketua segala maksiat, hidup atas harta rakyat...bagi aku tak perlu pun sultan ni semua, dalam Islam pun tak bagi...in fact Nabi tak suka pemerintahan monarki...

Tanpa Nama berkata...

Setiap kali selepas solat di masjid pasti Ada doa untuk kaum kerabat sultan dan raja tapi pernah tak mereka mendoakan untuk rakyat pulak,daripada gambar diatas jawapan TIDAK yea...fikir-fikirkan...

Tanpa Nama berkata...

yup bkn setakat dimalaysia...dimana2 pn..xpayah kata raja org kebanyakan pn sme..jd jgn sbb dia anak raja org ckp dia sahaja...cuba ltk artikel org kebanyakan...mmg BANYAK yg dh hancur...astagfirullah...semoga allag ampun kn mereka..semoga allah melindungi darah daging ku dr perbuatan yg ditegah agama...aminnn ya robb

Dr Imran berkata...

Pimpin dan tolong lah sesama Islam..jika saudara kita sesat jgn lah kita mengeluarkan kata2 yg tidak elok...sepatutnya kita cari jalan utk memperbaiki kelemahan dia...bukan begitu saudara2 sekalian...? Langkah pertama ialah doa. Kenapa doa? Doa itu ada kekuatan ada margfirah dan akan turun rahmat kpd org yg kita doakan. Pernahkan saudara2 dgr kisah raja yg zalim dan peminum arak menjadi insaf dan bertaubat hanya dgn doa org soleh? .....emm fikir-fikirkan lah. Correct him not dum him. Come on Melayu time to wake up and be united. - from Dr. Muhammad Imran, Keble College, Oxford.

Tanpa Nama berkata...

Pimpin dan tolong lah sesama Islam..jika saudara kita sesat jgn lah kita mengeluarkan kata2 yg tidak elok...sepatutnya kita cari jalan utk memperbaiki kelemahan dia...bukan begitu saudara2 sekalian...? Langkah pertama ialah doa. Kenapa doa? Doa itu ada kekuatan ada margfirah dan akan turun rahmat kpd org yg kita doakan. Pernahkan saudara2 dgr kisah raja yg zalim dan peminum arak menjadi insaf dan bertaubat hanya dgn doa org soleh? .....emm fikir-fikirkan lah. Correct him not dum him. Come on Melayu time to wake up and be united. - from Dr. Muhammad Imran, Keble College, Oxford.

Tanpa Nama berkata...

Aduh.......pengakuan aku sendiri la yg mmg pernah follow satu van yg dipenuhi kotak arak sampai mencecah ke bahagian bumbung van di mana tertulis plat nombor van itu... YANG DIPERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN....sekian, nilaikan sendiri

m faizal berkata...

Sebab tu aku dah bepuluh tahun tak aminkan diorg masa khutbah jumaat...

Tanpa Nama berkata...

Tk eksiden plak van tu ek..kot2 langgar istana ngan org2 yg minum air setan tu skali...

Tanpa Nama berkata...

setiap org tidak dapat lari dari dosa... islam itu indah dan percayalah dia akan sedar dgn perbuatannya insyaAllah...oleh kerana itu selalulah bertaubat...Nabi yang tiada dosa pown selalu bertaubat...inikan pula kita...yang tau asyik nak kondem org jaa... ingat pesanan ini “Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya”

Tanpa Nama berkata...

Insyaallah sampai pusingan baginda sultan klantan..hukum islam hudud akan terlaksana...bilala tu..!

Tanpa Nama berkata...

Dinasti maharaja china berbangsa manchu dihapuskan setelah 5 ribu tahun memerintah.

Hamba Allah SWT berkata...

Sabar saudara2ku jika anda benar2 seorang Islam. Perbaiki diri sendiri dengan ajaran Islam yang sebenar dengan seikhlas yang mungkin agar dapat memberi syafaat kelak di padang mahsyar.

Jangan mendoakan kematian terhadap manusia, sebaliknya jangan lekas berputus asa untuk mendoakan mereka yang tersesat agar diberi hidayah.

Sedarlah yang kita sudah berada di zaman fitnah. Sebagai seorang Islam, jadikanlah AlQuran dan AlSunnah itu teman baik kita. Berdampinglah setiap hari. Agar kita dapat dijauhkan daripada fitnah dajjal, di samping menyucikan diri dan dapat memberi syafaat kepada mereka yang telah tersesat jauh.

Jangan membenci mereka yang telah tersesat kerana syaitan telah berjanji dengan Allah SWT untuk menyesatkan anak Adam. Bantulah yang telah tersesat kembali kejalan yang diredhai Allah SWT.

Janganlah membuka aib manusia lain, kerana ditakuti Allah SWT akan membuka aib kamu kelak. Perkara membuka aib ini kerap berlaku di mana-mana sekarang, pernah kamu berfikir saudara2ku?

Berdampinglah dengan AlQuran. Bergurulah dengan alim ulama yang benar2 sayangkan Islam. Rapatkan saf dan hindarkan perpecahan. Bantu-membantulah demi mengukuhkan Islam, bukan memecahkan-belahkan ummah seperti yang berlaku di mana-mana negara Islam ketika ini. Perbaiki diri sendiri sebelum memperbaiki orang lain. Ingatlah, dajjal sangat licik dengan agendanya. InsyaAllah Surahtul Kahfi boleh membantu kita daripada terpedaya.

Islam sangat lembut. Islam sangat sempurna. Cegah Ekstrimisme yang boleh merosakkan Islam sebenar. AlQuran adalah panduan hidup bukan bacaan untuk mewarnai kematian. Berdampinglah sentiasa.

Tanpa Nama berkata...

Xsempat nk hntar dh kna angkut..nk ckp slah xckp pn slah..lu ckap snang lau lu brani lu p laa antr

Tanpa Nama berkata...

Perkara sebegini dah biasa aku lihat di dalam kehidupan mereka mereka ini apa lagi aku pernah bertugas sebagai Pengawal Peribadi ramai VVIP yang kononnya beragama Islam perangai sebegini.NEGARA ISLAM CONTOH LAH kata kan,,,,

Tanpa Nama berkata...

Anak raja bapak raja sama saja.
Angkuh dengan keturunan dan pangkat.
Hidup bergelumang maksiat dan penghisap darah rakyat.

Tanpa Nama berkata...

Nasib baik la Sultan Kelate x mcm ni..solat selalu berjemaah kt masjid/surau..makan pon x de protokol kalo dgn rakyat..spend duit utk rakyat pon ada..hormat ulamak lg la..respek!

Tanpa Nama berkata...

Saya setuju 150% statement ni ...dah tak relevan , saya hanya nak baca dalam buku saja kisah ni yg pasti gambar yg elok2 je dibukukan ..hakikatnya.... on Astaghfirullah, Rupa-rupa Ada Bukti Bergambar Yang Lebih Dasyat!

in response to Dinasti mereka dah memasuki fasa penghujung...anak- anak kita nanti akan mengenali melalui pembacaan bukubuku sejarah...Insyallah , by Rediani.

Tanpa Nama berkata...

Aku rakyat selangor dah lama tak tadah tangan untuk doakan sultan ni.. Buat semak je.

Tanpa Nama berkata...

Lirik lagu negeri Selangor juga patut diubah

Tanpa Nama berkata...

Nah.. rentetan dari isu ini.. Allah turunkan kejadian tragic utk kita.. mh370 & mh17. Renung2 kan

Tanpa Nama berkata...

Patut tukar raja muda selangor..banyak lagi anak2 kerabat raja yang lagi bagus..

Tanpa Nama berkata...

aku lebih rela jadi rakyat derhaka dari ada raja macam ni....

Unknown berkata...

Semoga diberi hidayah Allah.

www.ourlovebonding.com

Tanpa Nama berkata...

Dalam sejarah akan datang tertulis terakhir.........

Tanpa Nama berkata...

encik anonymous ni komen kelaut ni.. mnt review n refine kalimah tauhid... then pg blajo blk.. insyaallah.. hidayah itu milik Allah..

in response to Memang salah apa yang di buat oleh dia ni. Akan tetapi umat Islam di Malaysia hampir semua pun sudah sesat. Dalam Al-Quran Allah sudah beri hikmah untuk semua hambanya bahawa Al-Quran memang sudah lengkap dan tiada tandingnya. Akan tetapi umat Islam di Malaysia ini selalu terikut hadis hadis yang di tulis oleh manusia... lebih lebih lagi hadis ini semua bukan di tulis oleh Muhammad S.A.W. Mengapa di negara kita asyik menambah peraturan "agama" apabila kita tiada hak untuk menambahkan peraturan selain dari apa yang sudah tertera di dalam Al-Quran. Sebelum kita nasihat orang lain, tengok lah diri sendiri dahulu. Saya pun sama sahaja, banyak lagi yang perlu dibaiki., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

encik anonymous ni komen kelaut ni.. mnt review n refine kalimah tauhid... then pg blajo blk.. insyaallah.. hidayah itu milik Allah..

in response to Memang salah apa yang di buat oleh dia ni. Akan tetapi umat Islam di Malaysia hampir semua pun sudah sesat. Dalam Al-Quran Allah sudah beri hikmah untuk semua hambanya bahawa Al-Quran memang sudah lengkap dan tiada tandingnya. Akan tetapi umat Islam di Malaysia ini selalu terikut hadis hadis yang di tulis oleh manusia... lebih lebih lagi hadis ini semua bukan di tulis oleh Muhammad S.A.W. Mengapa di negara kita asyik menambah peraturan "agama" apabila kita tiada hak untuk menambahkan peraturan selain dari apa yang sudah tertera di dalam Al-Quran. Sebelum kita nasihat orang lain, tengok lah diri sendiri dahulu. Saya pun sama sahaja, banyak lagi yang perlu dibaiki., by Anonymous.

Tanpa Nama berkata...

Kejayaan manusia... hanyasanya dalam agama... sajauh mana kita dapat taat perintah Allah SWT ... dengan mengikuti sunnah nabi Muhammad SAW. .. Allah SWT x letakkan kejaayan dalam pangkat,harta, dan dsbgnya.... beringat la wahai kita ummat akhir zaman... kita da lah pemimpin... dan kita akan di tanya dengan apa yg kita pimpim... suami akan ditanya.... bagai mana keluarga nya... ketua akan di tanya apa yg dia pimpin kan.... sehinggaa lah ketua negara sekali pun... tidak akan terlepas.... Allah SWT dah rakan kan di dlm Al quran.... kisah firaun laknattullah.. karunnn... laknattullah... haman..... untuk menjadi iktibar pada kita ummat akhir zaman.... kembali la kita pada Allah... berpegang teguh dengan Al quran dan as sunnah... nescaya kita xkan sesat....

Tanpa Nama berkata...

INilah dikatakan dunia akhir zaman... adakah raja sanggup menerima teguran? adakah raja sanggup belajar agama bersama rakyat di masjid?

hhhmmmmmmm raja adil disembah....

Tanpa Nama berkata...

Allah akan kurniakan pemimpin yg adil dan baik mengikut rakyat/penduduknya. So marilah kita semua baiki diri sendiri dulu ya.. Rakyat baik insyaAllah fa insyaAllah akan dapat pemimpin yg baik2.

Tanpa Nama berkata...

Dualat tuanku,Raja muda Okay dengan hamba mohon tuanku raja muda mohon ampun maaf kepada semua rakyat tuanku supaya tidak mengulang dan akan bangunkan Islam di selangor daripada apa apa keperluan dalam Islam Kita. Insyallah tuanku akan di sayang oleh rakyat kembali. Bangsa lain pun setuju ..Dualat tuanku. Org Sibu.Keturuan Raja sambas.Sekarang bawa Teksi Biru.

Tanpa Nama berkata...

Betul tu.. Sultan Kelantan, Terengganu, adalah contoh ketua agama islam yg sebenar..

Faqirulkhoir berkata...

Antara lain, aku menjauhkan diri dari masjid sebab dimasjid, manusia mendu'a untuk manusia yg beprangai durjana ni. Berpuluhpuluh tahun lamanya. Kini diusia lanjut, aku kembali kemasjid, dan kalau diizinkan ALLoh S.W.T. nescaya aku akan memandang jijik pd imam/khatib yg mendu'akan raja. Ya Alloh, ampunlah dosaku, dosadosa ibubapaku dan kesemua leluhurku dan keturunanku sehingga yaumiddin, dan semua mukminin, mukminat, muslimin dan muslimat yg hidup dan yg telah mati. Amin, amin, amin, ya Robbal'alamin.

Tanpa Nama berkata...

Is this King Of Malaysian? Im from Australia . Such a shame

Tanpa Nama berkata...

Lets pray that Allah will show them the way, never give never lose hope, well.... whatever it is.

Highly respect and Allahu Akhbar to the Sultan of Kelantan - Sultan Muhammad V. Lead by example, he truly is the "Sultan berjiwa Rakyat", great example that should be follow by "leaders" in Malaysia and others Sultan.

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah satu paparan berani serta bertanggungjawab. Memang kita sendiri pernah menyaksikan kes sebegini secara tak sengaja di beberapa tempat di bumi Tuhan ini namun demi menjaga kehormatan dan sensitiviti antara kaum maka lebih baik berdiam sahaja. Keluarga Di-Raja beberapa buah negara juga tidak kurang handalnya sperti Sultan Brunei yang mengatasi segala undang2 dan secara rasminya berstatus tidak berbuat salah atau tidak pandai berbuat salah. Masalahnya siapakah yang meletakkan mereka itu ke status sebegini yang seolah merupakan nombor 2 selepas Tuhan? Hakikat bahawa blog ini ditulis oleh seorang Melayu beragama Islam jelas menunjukkan bahawa persepsi terhadap mereka ini sudah mulai pudar. Tanggungjawab untuk melangsungkan kewujudan raja terletak pada raja2 sendiri bukan rakyat. Namun masih ramai di luar sana yang sanggup meskipun sudah melihat kecurangan2 sebegini, jumlahnya terlalu banyak sehinggakan paparan sebegini tetap menjadikan kita dan mereka yang berani mendedahkan segala kebejatan (meminjam bahasa Indonesia) ini sebagai pengkhianat atau Jebat2 Modern. Namun adakah kita seorang Jebat? Tahniah atas artikel yang membuka mata ini. Allah memberkati saudara.

Tanpa Nama berkata...

Raja2 kita ramai sangat yang mementingkan rakan2 dari bukan Melayu. Bukan Melayu mendapat tanah besar2 (pemberian raja?) sedangkan orang Melayu tinggal di tanah adat pun belum terjamin sebab bila2 masa kerajaan BN pun bisa merebutnya demi sebuah pembangunan. Mengingat kata2 terakhir Raja Mesir (King Farouk): 'Pada akhirnya di dunia ini nanti akan ada cuma 5 orang raja sahaja. 4 daripadanya sudah tertera tetap pada daun terup, dan satu lagi yang mungkin bisa kekal hanyalah King of England'. Tanpa rakyat tiadalah raja, namun mungkin raja2 bisa sahaja beranggapan bahawa adalah tanggungjawab rakyat jelata untuk terus menyembah raja2 serta mengekalkan status mereka kerana mereka 'hanya' pacal2 yang hina (dibahasakan sendiri oleh rakyat) dan tanpa raja2 tiadalah rakyat. Sampai bila?

Unknown berkata...

Stuju.. doakn smoga yg alpa akn insaf n kmbali kpdNya sbg khalifah yg sbnr..

Tanpa Nama berkata...

Sebab tu la kite kena sentiasa doa agar merek mendapat hidayah dari Allah agar berubah demi mempertahankan agama Islam... bukan memaki mengumpat mereka sehinga mereka makin jauh dari agama.... Doa itu senjata ummah..

Tanpa Nama berkata...

Doakan ajelah. Tak payah nak kutuk or maki hamun. Semoga baginda berubah ke arah yg lebih baik dan diberikan hidayah oleh Allah S.W.T. kita belum tahu nasib anak cucu kita in future nnti. Wallahualam.

Unknown berkata...

mana itu mufti haru sana sini tak mahu bagi fatwa ke?

Tanpa Nama berkata...

Dengan doa kita yg benar2 ikhlas mana tau dia diberi hidayah oleh Allah yg Maha Pengampun lagi Maha Penyayang dan jadi insan mulia. Pastikan kita dan keluarga kita baik. In shaa Allah kita dapat pemimpin yg baik. Kita pun belum tentu masuk syurga...

Tanpa Nama berkata...

Sangat setuju

Tanpa Nama berkata...

nauzubillah..teringat dulu2 belajar sejarah,sultan hanya sbg boneka di zmn penjajahan inggeris..skg ni pun apa sgt role keluarga diraja ni eh??sbg ketua agama pun xlepas..tgk ank branak diorang sendiri la cane life style..mcm xde agama..hrpkan keturunan diraja je..hidup mewah..harta melimpah limpah smp lupa tuhan,nmpk sgt hidup xreti nk b'syukur..kt dunia ni beruntungla b'darah diraja..kt akhirat nnt pangkat darjat tu sume xblh m'bantu pun..sedih n kesian tgk ank branak diraja n menteri2 ni..jakun sgt2 dgn duniawi..sdgkan rakyat jelata masih ramai mengikat perut,hidup dlm kesempitan..tp diorang??