12 Ogo 2016

Angkuh dan Sombongnya Dia...

PAS tidak perlukan Amanah untuk saman Sarawak Report - Naib Presiden PAS

SHAH ALAM: PAS tidak perlukan bantuan Amanah untuk menyaman Sarawak Report kerana menerbitkan artikel berunsur fitnah terhadap pimpinan tertinggi parti itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata partinya mempunyai ramai peguam berkaliber untuk menguruskan saman tersebut.

Sebelum itu, bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa yang kini Naib Presiden Amanah menawarkan khidmat guaman kepada parti itu selepas dipalit tuduhan kononnya pemimpin PAS menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


"PAS ada ramai peguam untuk mengendalikan kes itu (saman Sarawak Report).

"Tidak perlu bantuan peguam-peguam PAN (Amanah)," kata Iskandar menerusi aplikasi Whatsapp kepada Antarapos.

Mujahid dalam pada itu berkata PAS harus segera membersihkan namanya ekoran tuduhan yang dilemparkan Sarawak Report itu amat berat dan wajar diambil tindakan.

"Oleh itu, saya minta PAS segera membersihkan namanya daripada fitnah besar ini dengan menyaman Sarawak Report.

“Saya juga yakin PAS mempunyai pasukan peguam yang kuat untuk menyaman Sarawak Report. Kalau mereka tidak ada, kami juga sedia membantu,” kata Mujahid dipetik sebuah portal berita.

Mengulas tawaran Mujahid lebih lanjut, Iskandar kemudiannya memulangkan paku buah keras kepada pemimpin Amanah itu.

"Kalau peguam-peguam PAN (Amanah) tidak ada kerja, bagi tahu (PAS).

"Mungkin kami boleh bantu," jawab Iskandar.

Sementara itu, bekas Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfoz Omar menyatakan keyakinan kepada kemampuan peguam dalam PAS untuk menyaman Sarawak Report.

"Saya fikir PAS tidak memerlukan pasukan dan bantuan mana-mana pihak untuk membantu PAS menyaman Sarawak Report.

"Saya penuh percaya bahawa PAS juga punyai pasukan peguam yang hebat untuk mampu menyaman Sarawak Report dan mengheret Sarawak Report ke mahkamah," katanya ketika dihubungi Antarapos.

Dalam pada itu, beliau turut meminta laman web itu agar menyenaraikan nama individu yang didakwa menerima wang berkenaan di pihak PAS.

"Saya meminta kepada Sarawak Report supaya menamakan siapakah orang atas PAS yang telah pun dikatakan menerima wang RM90 juta itu bagi pihak PAS. Jadi dia (Sarawak Report) kena namakan (individu terbabit) sehingga sekarang dia tidak menamakan induvidu tersebut.

"(Malah) dia harus menunjukkan aliran kemasukan wang seperti mana yang ditunjukkan sepertimana nombor akuan seperti mana yang pernah didedahkan tentang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi (Datuk Seri) Najib," ujar beliau.

PAS sebelum ini mengugut menyaman Sarawak Report atas dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Najib.

Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini berkata, dakwaan itu palsu dan berniat jahat, selain mempunyai agenda untuk mengaitkan parti itu dengan Umno Barisan (BN).

Sarawak Report mendakwa Najib berjaya 'menarik' PAS jauh daripada pakatan pembangkang dengan RM90 juta mengalir secara meluas kepada pemimpin atasan parti Islam itu sejak beberapa bulan lalu. -antarapos

ULASAN GB

Betul-betul angkuh dan somboing kenyataannya.

Apabila kita menghulur tangan ingin membantu, tiba-tiba dia menempelak: "Tidak perlu bantuan peguam-peguam PAN (Amanah)".

Malah dibahasakannya orang yang ingin membantu: "Kalau peguam-peguam PAN (Amanah) tidak ada kerja, bagi tahu (PAS). "

Anologinya seperti seorang yang hampir mati lemas dan datang orang AMANAH ingin membantu. DIlihatnya ornag AMANAH yang ingin membantu, diherdik dan dimakinya.... aku tak perlu bantuan kamu.... Tenggelamlah dia mati kaku.

Sikap PAS memang pelik. Menang pilihanraya dengan tiket Pakatan Rakyat tetapi kemudian "mengkhianati" rakyat apabila mereka mengambil keputusan untuk "berperang" dengan DAP dan AMANAH dan dalamasa yang sama berbaik-baik dengan UMNO.

Bukan sekali dua dia bersikap angkuh dan sombong. Di dalam kes kerusi PBT dahulu, mereka enggan utuk memberi sedikit ruang pun kepada AMANAH dengan tidak melepaskan sebarang kerusi PBT. Namun hukum kebenaran dan keadilan berjalan. PAS dilihat oleh rakyat sebagai pihak yang hanya mementingkan diri sendiri dan tidak boleh bekerja dengan sesiapa dan di dalam mana-mana pasukan pun..

Demikianlah, rakyat boleh dan akan menilai sikap PAS itu. PRU akan datang kita akan dapat menyaksikan apa kesudahannya dengan sikap PAS yang "selfish", angkuh dan sombong itu.

Sepatutnya pimpinan PAS yang ada perlu bersyukur kepada Allah kerana dengan kewujudan Pakatan Rakyat dulu, PAS telah mendapat tempat di hati rakyat termasuk yang bukan Islam. Malah PAS memenangi banyak kerusi samada di peringkat DUN ataupun parlimen hasil dari kerjasama erat parti-parti pembangkang ini. Tetapi mereka tidak bersyukur dengan pemberian Tuhan itu, sebaliknya berterusan ingin menunjukkan lagaknya konon mereka kuat jika bersendirian. Allah pasti akan menghukum sikap PAS itu yang tak bersyukur itu.

Itu hukum alamiah yang tidak diambil iktibar oleh PAS dan para pemimpinnya.

Baru duduk jawatan exco dan sudah kaya raya sudah berlagak angkuh dan sombong. Satu hari agaknya bila nanti Allah menterbalikkan keadaan dan memutar roda kehidupan di mana dijatuhkan menjadikannya papa kedana barulah disedari langit tinggi rendah....


"Dan janganlah kamu berjalan di muka bumi ini dengan sombong, karena sesungguhnya kamu sekali-kali tidak dapat menembus bumi dan sekali-kali kamu tidak akan sampai setinggi gunung." (QS. Al-Isra: 37)





FEATURED ADS


34 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang AMANAH nak bagitahu ialah jika peguam AMANAH yang uruskan saman RM90 juta itu, AMANAH akan mulakan dari hari ini.

Orang bertanya, dah langkau 2 hari, apa pasukan Peguam PAS dah buat. Maklumkan lah siapa-siapa yang telah dilantik mewakili PAS.

Nak tak nak, PAS sudah tak boleh mengelak lagi. Kalau PAS tak saman PAS tidak boleh kata tidak perlu di layan atau PAS kena minta AG mengesahkan Hj Hadi tidak menerima apa-apa dari Najib.

Kalau terima peguam AMANAH, kalau tak RM 90 juta mungkin ada lah yang benda lain PAS dapat.. Mana boleh AMANAH korek rahsia ini..

Azim Alias berkata...

Makin ramai yg menggila nak jadi macam Bal'am bin Baura... Bongkak tahap Haji Hadi

Tanpa Nama berkata...

Dr Mujahid perli kot. PASt sembang ja lebih nak saman.. tapi tak jalan jugak. Rasanya peguam PASt kalau bab logo parti berlainan warna laju ja repot polis. Nak saman SR ... he he he. ... gi jerman tengok porno ja mampu...

Tanpa Nama berkata...

Mujahid tu bijak sbnrnya.dia saja pancing utk pas melompat utk menyaman sr padahal smpi sekarang xsaman2 lg.iskandar ingat sr tu mcm harakah ke.akbar kapir tu lebih berintegriti dr harakah. Harakah dh jadi lidah pembelit bersama utusan.si mahfuz plak tambah perisa lagi kasi pimpinan pas panas.kahkahkah.aku pun xfaham apa mahfuz tunggu lagi.silap gaya nama mahfuz xda dlm senarai calon pru akan dtg.lagi satu pas ni dok bising2 ttg saman tp xda pun saman.mcm ayam pula (bukan din ayam) bertelur sebiji riuh sekampung...

Tanpa Nama berkata...

SR tuduh pemimpin dr parti PAS...kenapa PAS pusat nak saman?kalau PAS saman SR maknanya PAS,cari penyakit...agaknya la..drp pemikiran aku..

omar daud berkata...

Salam:

Mana suara Hadi?
Mana suara Haron?

Bila sendiri kena,dibiarkan anak buah menjawab.

Bila Najib yg kena.Tak menyempat-nyempat Hadi dan Haron menjawab dan mempertahankan Najib.

Bila Anwar yg kena,lagi membisu seribu bahasa.

sekian.

Tanpa Nama berkata...



Klu nak tengok level IQ peguam2 Pas

Tengok dulu level IQ hj hadi yg belajor kat pondok tu

Tengok betoi2 idea hj hadi klentong fitnah pilkuda tu

Tengok betoi2 rupa hj hadi terkial2 harubiru minta tangguh RUU aritu

Tengok betoi2 ungkapan hj hadi pasai anjing menyalak babi 'ddlm' bukit tu

Jgn lupa tengok IQ pahlawan muda temerloh dgn tabiat pay per-view bidadari Germany, bersama hero filem saiz XXXL underware putih yg dah glamor tu


Klu dah gitu IQ pemimpinnya gitulah juga bebal biul tahap iq peguam2nya

Ada telor kah dorang si IQ2 ciput nih!?

Lu worang tengok najib itu hadi lg ada bawah sikit





Tanpa Nama berkata...

Sepatah keluar dpd mulut puak2 pas skrang nih..penuh ego..sombong..bongkak..x melambangkan peribadi islam langsung..menyampah betul..

Tanpa Nama berkata...

Yang aku tahu loyar pas tahiyuddin. selain itu sapo lagi loyar dlm pas. tapi tahiyuddin ni sibuk giler beb. setiausaha agung pas, bola Fam, bola kelantan, mp kota bharu dan entah apo lagi. cuba hang sebut senarai loyar dlm pas. maaf subky latif, stopa spender, ding ayam, ding tontovi, nik abodohi, nik amari, titm semua bukan loyar. hahahahahaha

Tanpa Nama berkata...

Nak saman macam mane? Dah memang terima 90 juta. Pas tak akan saman, tunggu dan lihat.

Tanpa Nama berkata...

Kita tengok puak ulamak dan ustaz ni tinggu tak ilmu Islam nya. Ada mereka saman? Nanti ada puak pas yg spin ayat taknak saman. Dasar ustaz dunia, penjual agama! Samanlah bodoh!

Tanpa Nama berkata...

Aikkk...masih tak saman-saman lagi? Tunggu apa? Hari Selasa depan?

Jangan harap kes ni akan dilupakan penggundi. RM90 juta tu masuk kocek siapa?

Parti ke atau cam UMNO masuk bank akaun peribadi segelintir pemimpin?

Ularmak betul PAS sekarang. Baik nikah je la terus dengan UMNO. Biar halal.

Tanpa Nama berkata...

Salah tu gb...bukan angkuh Dan sombong....tp angkuh sombong dan bodoh para pemimpin pas ni...xnk layanla pasal pas ni sbb terlalu bodoh utk dilayan.kalau kita layan mcm kita plak yg bodoh sama ngan mrk...nk tanya apa kabar usam..napa senyap je masuk amanah pun x...gb ada apa2 maklumat ke ttg usam...ramai sokong usam termasuk sy..

Tanpa Nama berkata...

Ular...mcm pakji hadi tu.
Mengular dan memonteng

Tanpa Nama berkata...

Izinkan saya menyampaikan sepatah dua kata..

Iskandar sebenarnya tertekan. Naik bas senang-senang lah nak buat u turn. Kalau naik perahu turun ke hilir sungai, lajak terus lah. Sebelum ini dia mati-mati ingat PAS di pimpin oleh ulamak yang suci dan tidak bernafsu kan dunia yang penuh dengan godaan.

Bertahun dia dengan keyakinan ini.. dia akan malu kerana selama ini dia tertipu dengan permainan cai kelas bawahan. Dia lagi malu apabila SR berani mendakwa ada pemimpin PAS yang dapat RM90 juta. Hati dia hancur luruh tapi apakan daya.. di harungkan juga.

Silap-silap tanpa disedarinya, dia teringat pernah menerima, kalau tak banyak mungkin boleh lah....

Sangkaan ini semua kerana kenapa tiba-tiba Iskandar yang jawab. Selama ini dia tak masuk campur.

Sekian yang dapat saya sampaikan kali ini. Wassalam.

Tanpa Nama berkata...

Jangan bagi senarai nama.kalau masuk court selamat..sama mcm kes tuduh orang jual pil kuda pun tak sebut nama...

Tanpa Nama berkata...

Sekurang-kurangnya anjurkan solat hajat ...

Ajak sekali rakan-rakan dari AMANAH.
Tak kan nak jawab PAS ada cukup jemaah pulak.

Tanpa Nama berkata...

Dok tgh cari ayat quran yg halalkan pemberian sedekah kot..90juta tu sedekah..

Timnajib Jomfikir berkata...

Mujahid pun satu hal....buat apalah di goncang pokok tu....kan, beruk2 atas pokok dah marah hehehe...

Mulai hari ini....jom kita pakat2 tolong PAS saman SR. Biaq beruk2 atas pokok tu...terjatuh.

Tanpa Nama berkata...



AR-RAHMAN AR-RAHIM...Yg Maha7 Mem-BERI
AR-RAHMAN AR-RAHIM...Yg Maha7 Penyayang
SeIndah7 KeIndahan...FITRAH Syurgawi
Begitulah ISLAM...Yang TINGGI Menjulang
Sepasrah7KePASRAHAN Kpd...INTEGRITY Tertinggi
Sesuci7KESUCIAN...Kristal TRANSPARENCY
Sejujur7KeJUJURAN...Yg TAK Dpt Ditandingi
Seikhlas7KeIKHLASAN...Yg TAK Minta Glamor TAK Minta Dihargai


Siratol MUSTAQIM...LURUS Ber CAHAYA
Menyuloh DIRI...Kedasar HATI
Menyuloh DIRI...Tak SOMBONG Ber Dusta
Menyuloh Men CARI...Hakikat Yg HAKIKI
Hakikat Jasad...Yg Mnjd Debu Akirnya
Hakikat HARTA...Utk Berkongsi Kaseh Mem-BERI
Hakikat Kuasa...Smutlak7KBNRAN-KeADILAN Wajib Djaga
Smoga FITRAH Syurgawi...Subur MEKAR Berseri




sahak berkata...

Salam Gb..dh kaya terus kaya kat dunia nie...kat sana nnti..miskin papa kedana..ada amal abis bayar utang memikul amanah..allahhua'lam..

abrarmujahideen berkata...

Sumpah dilaknat shj utk parti agamawan utk bersihkan nama

Tanpa Nama berkata...

PAS gempak aje. Dedak sudah makan dan sekarang sudah kantoi kenalah tunjuk garang si pondan.Sebab itu dari awal2 lagi aku kata PAS ni Parti Anak Syaitan sebab duit 90juta tu adalah duit rakyat yang dirompak oleh MOF1.

Kalau PAS kata dia Islam, aku minta Hadi Awang,Harun Din dan Nik Abduh angkat sumpah dengan AL-Quran menafikan PAS ada terima 90juta ini. Ada berani??

Tanpa Nama berkata...

Aku raso hj hadi akan saman SR hari jumaat depan. jumaat penghulu segala hari tauuu. Maybe juga jumaat tahun depan. hahaha. cuma aku nak tanya walaunta, hj hadi baru balik dari luar negeri tu dia gi mana? arab jepun ke eropah??

maaf aku dah lama tak baca harakah. dulu memang aku beli n baca harakah. now kalu baca harakah rasa sama macam baca utusan meloya. yelah selepas muktamar 2015 pas pilih pemimpin ikut cara MCA. cara CHAI nama nye. hahaha. bila sidang DUN Tganu dia pon sibuk gi luar negara. bagi aku ini ponteng namanya. minta dr shamsuri dari lujnah penafian pas nafikan yek. tq bro

Tanpa Nama berkata...

Dalam sidang DUN Tganu yang baru ni hj hadi presideng telah ponteng keluar negara. ada MC ke cuti?? ini kena jelas. sebab parlimen pon hj hadi biasa ponteng. kalo wartawan tanya, ikut suka aku lah nak hadir atau tidak. ini walaunta kena terima hakikat.

kalo aku jadi presideng pas, dah lama aku berpakat n pujuk mad said dan adun2 umno yang sudah meluat dgn umno. dan sekali lagi Haji Hadi jadi MB Tganu beb. kalo najib boleh buat di perak tahun 2009, why kita tak boleh. Dan hari hari itu kami putarkan di antara manusia. ini presideng pas lemahh jer macam ayam berak kapoor. hihihihi. walaunta tak malu kerrr presideng lagu niii.

Tanpa Nama berkata...

aku pun heran.

hadi pergi luar negara untuk urusan gerakan islam tapi tak tahu sebab tak cakap pulak kat mana dan samada persidangan ke atau mesyuarat.

bagi aku hadi ponteng sebab tak kan dia tak ada jadual sekurang-kurang dua bulan dia dah tahu sepatutnya dia tolak ke luar negara

dia sibuk dengan hal lain sedangkan trengganu dia tak ambil pot pun

Tanpa Nama berkata...

Terbaik punya ulasan....

Tanpa Nama berkata...

solat hajat?

tu dulu zaman tgna yg jelas perjuangan dn zuhud

ni zaman hj hadi... solat hajat apa barang... money is king

jgn sampai money is god je

solat hajat bkn blh turun duit rm90 juta

mesti mau sembah king of money baru dapat duit

HUDUUD ADALAH HUDDUUIIIT bg puak assobiyah pas skrng ni

PAS .... PARTI ASSOBIYAH SEMPIT@SEMPUT

Tanpa Nama berkata...

jgn tktau hadi tu gerakan islam pro syiah... sgt baik dn syg kt iran dn bashar laknatullah

tu yg pi nyorok2. tiap tahun mengulang ke iran menjilat syiah.

hadi sgt bahaya pd negara umat sunni ini.

Mohd Taufiq Mujahid Mohd Sa'aid berkata...

ulasan bernas

Tanpa Nama berkata...

Dalam sidang DUN Tganu yang baru ni hj hadi presideng telah ponteng keluar negara. ada MC ke cuti?? ini kena jelas. sebab parlimen pon hj hadi biasa ponteng. kalo wartawan tanya, ikut suka aku lah nak hadir atau tidak. ini walaunta kena terima hakikat.

kalo aku jadi presideng pas, dah lama aku berpakat n pujuk mad said dan adun2 umno yang sudah meluat dgn umno. dan sekali lagi Haji Hadi jadi MB Tganu beb. kalo najib boleh buat di perak tahun 2009, why kita tak boleh. Dan hari hari itu kami putarkan di antara manusia. ini presideng pas lemahh jer macam ayam berak kapoor. hihihihi. walaunta tak malu kerrr presideng lagu niii.

Tanpa Nama berkata...

Mana walaunta? Pls jawab komen ako ni. Ko ada baca harakah?? Dengar kabor harakah hanya laku 16,000. Mana ahli pas yg berjuta tu. Takkan kedekut nk beli harakah. Kata istiqamah. Huhuhu

Tanpa Nama berkata...

Mana boleh bising2 perut dah kenyang..nanti bolehlah makang anging selalu.kat luar negara...jepong ka..
Turki ka...walaun2 pergi mampus,yg penting aku dan keluarga aku serta anak menantu kenyang.

Tanpa Nama berkata...

Ahli atas kertas jer tapi hati pada Amanah..
Ramai2 bekas ahli malu bila dgr perkataan pas..dulu2 org meluat dgn umno tp kini semua meluat dgn pas dan umno.