21 Mac 2016

Sungguh Angkuh & Sombong Kenyataannya Ini....

Hadi mahu 'tunggu dan lihat' hayat AMANAH

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengambil pendirian untuk 'tunggu dan lihat' sejauh mana hayat Parti Amanah Negara (AMANAH) jika ia mahu bekerjasama dengan PAS bagi mengelak pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya akan datang.

"Kita tengok AMANAH hidup ke tidak lagi," kata ahli Parlimen Marang itu kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Tarbiyah dan Dakwah PAS Bandar Tun Razak, di Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur, malam tadi.


Timbalan pengerusi AMANAH, Salahuddin Ayub sebelum ini dilaporkan berkata partinya sentiasa membuka pintu kepada semua pihak termasuk PAS untuk mengadakan perbincangan jika parti pembangkang mahu hanya satu lawan satu dalam pilihan raya akan datang.

Sehubungan dengan pendirian itu, Salahuddin berkata, kerjasama itu hendaklah dilakukan melalui Pakatan Harapan.

Terdahulu Abdul Hadi merasmikan Pusat Tarbiyah dan Dakwah PAS Bandar Tun Razak, di Kampung Malaysia Tambahan, Kuala Lumpur bagi memudahkan anggota parti Islam itu menjalankan aktiviti pemerkasaan parti.

Hadir sama Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan,

Mohamad Noor Mohamad dan Ketua Dewan Muslimat PAS, Nuridah Mohd Salleh. -mk

ULASAN GB

Semakin jelas keangkuhan dan kesombongan Presiden PAS.

Dia menyangkakan Parti Amanah Negara seperti rakannya IKATAN, yang hanya mempunyai 79 ahli, lalu dikatanya "Kita tengok AMANAH hidup ke tidak lagi", seolah-olah baginya AMANAH akan lenyap sebelum PRFU14.

Walhal AMANAH telah menjadi rakan komponen di dalam Pakatan Harapan bersama-sama PKR dan DAP untuk menghadapi PRU14 nanti.

Keangkuhan dan kesombongan adealah diantara penyakit-penyakit hati.

GB sudah ulas sebelum ini mengenai kenyataan Salahuddin Ayub, petikan:

"AMANAH mengalu-alukan PAS sekalipun Pas selama ini mengatakan AMANAH sebagai pengkhianat, AMANAH sebagai parti serpihan, tidak panjang umur, balaci DAP dan sebagainya, namun bagi AMANAH, kita tidak memperdulikan maki hamun PAS terhadap kita, kita buka pintu dengan meletakkan kepentingan rakyat dan negara paling utama," kata Salahuddin.

"Dan kita tahu untuk satu lawan satu, PAS pastinya tidak bersetuju dengan kita (khususnya DAP dan AMANAH) kerana PAS telah menganggap kami sebagai musuh mereka," tegas Salahuddin lagi.

Kita perlu bersikap rasional. Walaupun kita teruk dimakihamun oleh PAS, namun kita jangan jadi seperti mereka.

Sebaliknya, memetik kata-kata hikmat Hassan Al-Bana, "jadilah kita seperti pohon rendang yang berbuah, walaupun dibalingkan dengan batu, namun pohon itu meberikan buah sebagai balasan."

Hukum kebenaran dan keadilan akhirnya akan menentukan siapa sebenarnya mengamalkan "politik matang" yang digembar-gemburkan selama ini.

Dan hukum kebenaran dan keadilan juga akan menentukan ke arah mana si angkuh dan sombong itu akan tercampak nanti akhirnya.

39 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sombong sungguh si nakhoda penebuk lantai bahtera.

Tanpa Nama berkata...

Bodoh sombong

Saiful berkata...

Pas rasis

omar daud berkata...

Salam

Kenyataan sepreti inilah yg berlaku pada MB Terengganu dan MB Kedah terhadap rakan-rakannya yg memenangkanya dulu dalam pilihanraya.Akhirnya kedua2 MB ini hanya memerintah satu penggal sahaja.

Dengar cerita terbaru Najib nak menghulurkan bantuan sekolah Tahfiz seluruh negara,himpunan 20k pelajar2 tahfiz akan diadakan,Najib siap pakai jubah putih dan ketayap putih sekali.Mungkin inilah puncanya Hadi and the gang memuja-memuji Najib,sehingga sanggup menutup kebejatan/kemungkaran terang2 yg dilakukan Najib.Sedikit-demi sedikit FAEDAH yg Najib hulurkan,sebelom ini,beberapa jawatan,lepas itu,wang ehsan kelantan.

Berkawan dgn PH,dapat apa???,publisity media perdana tak dapat,jawatan harta-benda tak ada,tak bebas bergerak ,malah selalu diintip oleh SB.

Tapi diperingkat ahli pula Hadi mencanangkan perlembagaan PAS adalah Islam berlandaskan Al-quran dan hadith yg menuntut undang2 Islam dan sistem islam secara menyeluruh.Inilah selalu ahli2 yg walaq akan canangkan pada mereka2 yg bukan ahli PAS.tetapi AHLI2 INI TAK PANDANGPUN amalan2 pEMIMPIN2 pas yg membuat undang2 islam itu.Kebanyakkan segala Amalan mereka BERCANGAH dgn apa yg ada dalam perlembagaan parti PAS itu sendiri.Sedangkan Al-quran yg turun dari Allahpun orang2 islam sanggup Rasuah,menipu (gunakan sistem CAI),C4 orang sampai hancur,menyalahgunakan kuasa sesuka hati,memutarkan ayat2 allah,menjual agama,apatah lagi perlembagaan PAS yg digubal oleh pemimpin2 PAS yg kononnya mengikut ajaran al-quran.

Semoga hari demi hari majority rakyat,terutamanya orang2 melayu dapat membezakan,antara retorik yg bertulis dan Amalan yg dilakukkan.

Wallah'ualam.

Tanpa Nama berkata...

bagi saya PAS sudah tidak ujud lagi..

Tanpa Nama berkata...

Saya beri Amanah boleh bertahan 2 tahun je.

Blok ke3 hamya tuhan saja yg tahu berapa lama.

Pas sudah berjuang dlm politik lbh 50 tahun.

Saya sudah menjadi Tim Presiden Pas sejak 1984 dan Presiden dari 2002.

You can see my records of achievements.

Boley Jalan berkata...

4 presiden sblm ini semua ada masalah dgn abedul hadi......fakta yg jelas. Tapi kalau cakap dgn walaun depa kata kita syiah. Elok abaikan saja presideng ni. Kita teruskan dgn Agenda Rakyat.

Mohd Shauzi berkata...

Teramat menyerlah ideologi minda 🌍 ke3 nya @ Block ke3...some say layak untuk ke 4.

Tanpa Nama berkata...

mmg malang dan sedih buat pas yg sering dilaungkan sbg parti yg kononnya membawa panji islam sbg dasar perjuangannya, mereka ada presiden yg tidak blh disanggah seolah hanya dia yg betul tp malangnya tingkah laku dan tindakannya seperti tidak menampakkan dia sorg presiden yg berjuang utk islam...

lelaki dicermin berkata...

Sebenarnya aku tgk tuang presiden ni boleh kira bijak juga..tp masaalah terbesar dlm diri dia... kebodohan dia melampaui kebijaksanaannya..org mcm ni masih di puja oleh pengikut2 yg pendek akal...

Tanpa Nama berkata...

Nampak jelas sakit, busuk dan perasaan tak tentu halanya. Tak habis-habis nak kata umur Amanah pendek. Tak habis-habis jadi nujum pak belalang mengenai Amanah. Tetapi bila ditanya nasib PAS, pandai pula jawab hanya Allah yang tahu. Jenis apa punya ularmak ni?

Tanpa Nama berkata...

Tiada lagi sifat-sifat ulamak dalam dirinya. Hatinya penuh nista, dendam, ego dan takbur.

mat yeh berkata...

subhanallah! nahkoda sendiri menebuk kapal, kapal mula bocor, ejen musuh bangkit menenangkan anak-anak kapal, kapal masih kuat, air tidak mungkin masuk ke dalam kapal, sebenarnya kapal ditebuk secara matang dan ......
tiada siapa lagi yang boleh menyelamatkan kapal dari karam, kecuali anak-anak kapal sendiri.
Sekarang mereka perlu bangun dan bertegas, halau sahaja nahkoda dari kapal, campakkan ejen musuh yang mengaku pakar strategi ke laut.
Mereka tidak boleh lagi mengharapkan pahlawan tuan dari jengka. Apa lagi menadah tangan kepada panglima hitam dari Perak.

Tanpa Nama berkata...

Bila hati telah hitam....hadi ni jenis cakap gelabah...pigi jahanam lah...parlimen ponteng...kaki ponteng...

Tanpa Nama berkata...

dalam pru14 nanti.
pas satu kerusi pun tarak.
dalam pru13 dulu.
pas dapat banyak kerusi kerana
anwar ibrahim dan undi cina.
kita sama-sama lihatlah nanti.
selepas pru14
no more hadi@pilkuda.
no more nasrudin@lutut&siku.
no more nikbodoh@abduh.
paling kah... kah... kah...
no more pas.
no more pas@ikatan.
undi aku & isteri pula
no more for pas.
but more for dap.

Tanpa Nama berkata...

Presiden blok 3 suku..

antiasobiyah berkata...

APO NAK D KATO...TALI BARUT AMNOKOKO BERCAKAP MMG.GAH...TAPI HAMPEH!!!

Tanpa Nama berkata...




Jalan Yg LURUS Itu... Mengenal DIRI
Memerhati SEGALA... Anugrah ILAHI
INSAF Kepada... Yg Maha7 Mem-BERI
Yg Mem-BERI "NAFAS"... Jasad dan BUDI
Kaseh Mem-BER "NYA" Itu... Tak PUTUS Tak Henti
TAKde yg Sepatut nya ANGKUH... MENYOMBONG kan Diri
TAKde yg Tergamak MERAPU... FITNAH yg Keji
Melainkan PENYAMUN... Yg Songlap Men CURI
Yg Terperangkap Ter DESAK... Tak Dpt Nak LARI
Ketakutan Yg AMAT... Bagaikan Nak MATI
Alamak! RAHSIA Terbongkar... "Neraka" pun Menanti



Jalan Yg LURUS... Mengenal DIRI
Yg RAMAI Itu... Dari Yg'SATU
Merembat Men CURI... Bak Menikam Diri SENDIRI
Kerana Yg'SATU Itu... Itulah ASAL Usul-Mu
Seolah2 ASAL-Mu Itu... Sggup Kau SAKITI
Akibat SOMBONG Mu... Kau BUTA dan Tuli
FITNAH Men CURI... Si MURTAD yg Keji


Jalan Yg LURUS... Mengenal DIRI
Alam Semesta... Langit dan BUMI
SAKSi kan lah "KEKASEH"... Yg Maha7 Mem-BERI
Yg Mem-BERI kan Mu "NAFAS"...AKAL dan BUdi
Yg Mem-BERI kan Mu "JIWA"... Ber"mata" Di HATI
Jgn Sesekali SONGSANG... FITNAH Men CURI
Lalu Kau ANGKUH... MENYOMBONGkan Diri
Lalu Kau Di Butakan-NYA... BUTA Di Hati
Tunggang Ter BALIK... Itulah MURTAD yg Jijik Sekali!


abrarmujahideen berkata...

Ulama PAS nie sama shj dgn Pendeta Yahudi shj.....watak sepanjang zaman. Mereka lebih jahat dan celaka kerna menyembunyikan kebenaran..hanya penyakit hati..dengki..angkuh..sombong..takbur. Berhati IBLIS..

Tanpa Nama berkata...

Hadi Awang nie nama saja ulama tapi bercakapa suka bernujum adakah dia tahu jika bertilik nujum itu khurafat sudah tentu dia tahu tapi kenapa suka bernujum dan adakah dia sedar seorang nujum itu tak mahu menujum nasib dia sendiri kenapa seorang nujum yang menilik oprang lain lebih teruk nasib dia dari orang yang dinujumnya,jadi begitulah juga yang sedang berlaku dengan Haji Hadi dan parti pimpinannya,menujum Amanah hanya dua tahun boleh berthan adakah PAS dapat bertahan kerusi yang dimenangi dalam PRU13 dapat dipertahankan sepenuhnya atau kesemuanya akan hilang wang pertaruhan dalam PRU14 nanti sama-samalah kita tunggu dan lihat silap langkah Haji Hadi sendiri akan kecundang ditempat sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Kalau Azmin tunjuk sikap tolerensi pada PAS, jangan cepat menuduh PKR sebagai pengkhianat dalam Pakatan Harapan. Pemimpin yang berwibawa akan sentiasa berfikiran kreatif walaupun pada pandangan kita adalah salah dan bertentangan dengan apa yang kita mahukan.

Setelah Salahuddin membuat kenyataan ingin bekerjasama dengan PAS.....apa jawapan Hadi....? Baru tahu atau buat tidak tahu betapa perangai pmimpin PAS mirip seperti Arab jahil..... Itu baru skit saja. Anwar sudah tanggong lebih dari itu. Hadi memang ahli politik haramjadah.

Untuk pengetahuan ahli dan penyokong PAN..... Sehingga kini Hadi masih berdolak dalik tentang hubungan mereka dengan UMNO Baru...nak bersatu atau nak berkawan. Membuatkan ramai ahli PAS yang wala' menjadi keliru dan pening melihat kerenah Hadi dan kuncu-kuncunya.

Azmin atau Wan Azizah mahu bekerjasama dengan PAS bukan kerana Hadi Awang. Kerjasama itu juga bukan bererti berkempen diatas pentas yang sama, memasang bendera bersama-sama. Kerjasama yang dicadangkan oleh PKR adalah untuk menarik perhatian pengundi PAS yang pening dan keliru agar tidak memberi undi mereka kepada calon Barisan Nasional khas nya UMNO Baru. Tapi bagi undi mereka kepada calon PKR atau PAN atau DAP.

Itulah target utama.....pengundi keliru. Bukannya sayang pada Hadi.




Tanpa Nama berkata...

Memang angkuh betul dari dulu lagi....tapi ramai org tak percaya kelakunya

Tanpa Nama berkata...

Daripada Abu Hurairah ra. berkata: Rasulullah saw bersabda; "Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat darIpada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula.

Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat). Allah swt. Berfirman kepada mereka, "Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu).

CONTOH ULAMAK2 PENUNGGANG AGAMA RAMAI DLM hamPAS.

Mat Safian berkata...

Antara ulama tasawuf hebat yg meninggalkn PAS ialah Syeikh Mahmud di Sik, Kedah. Beliau pemimpin tarekat terkenal. DSAI dan Pak Lah pernah bertembung bertemu di rmh beliau di Hulu Langat. Syeikh Mahmud pernah berceramah atas pentas PAS tahun 1980-an. Beliau keluar PAS hanya kerana bila berceramah dia selalu ajak ahli2 buat kebajikan, ajak bersolat dan perbetul akidah. Pimpinan PAS kurang setuju cara lembut beliau krn tak hentam, maki hamun dan mgkafir UMNO. Nik Aziz sblm meninggal dunia pernah ziarah beliau.

Kini sedikit demi sedikit ulama pondok dan tasawuf tinggalkn PAS krn PAS mengajar ahlinya menganggap parti politik setaraf dgn jemaah Islam. Keluar PAS hukumnya kafir. Nauzubillahiminzaalik...

Abdul Said berkata...

Ada dua perkara yang dikemukakan disini. Pertama kita tidak tahu umur siapa yang panjang disini. Amanah mungkin pendek umur dan Hadi panjang umur sampai nyanyuk. Mungkin juga Amanah panjang umur dan Hadi jalan dulu. Sama-sama kita linat. Perkara kedua ialah macam-macam kenyataan dibuat oleh beberapa orang prof mengenai sesuatu pertubuhan. Macam-macam komen yang diberi berdasarkan kajian mereka. Syabas. Cuma saya rasa terkilan ialah mengapa TIDAK ada seorang pun pakar psikologi atau pun pakar yang terlatih mengkaji tabiat manusia memberi kenyataan tentang perilaku, raut muka, tabiat, statement aktor-aktor hebat dalam pentas politik Malaysia. Berilah ulasan mengenai Dr Mahathir, Najib, Zahid, LKS, Azmin, Wan Azizah, LGE, Mat Sabu dan jangan lupa Hadi dan Haron Din. Dulu masa kes Bentong Kali bukan main banyak komen dan ulasan sekarang kita tengok tentang masa kini.

Tanpa Nama berkata...

AMANAH sentiasa bersedia berbincang sekalipun buat masa ini Hj Hadi meletak syarat.

Sekarang dia dengan Najib berbaik. Tetapi kedua-dua nya mempunyai latar belakang yang berbeza. Dua-dua mempunyai niat sendiri.

Satu masa kepentingan dua-dua parti akan bertebung juga. Harap-harap ianya berlaku sebelum pru.

Sehingga sekarang pemimpin PAS masih berbohong pada ahlinya.

Ustaz PAS lah berceramah, rumah kita tidak diberkati dan di datangi oleh malaikat hanya kerana ada sebotol arak atau video lucah. Bahaya nya Najib lebih dari bahaya sebotol arak atau video lucah kerana Najib boleh mengubah pegangan dan pendirian parti dengan berpuranpura baik pemimpin yang lemah seperti Hj Hadi.

Najib ada segala kepakaran untuk mencari kelemahan Hj Hadi. Dan tahu bagaimana untuk tackle Lebai-Lebai seperti Hj Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Kawan2 yg terdiri drpd ahli bawahan pas masih teguh dgn paMax statusrti mereka. Penyokong macam aku nih masih keliru tp ramai yg dah angkat kaki dari awal lagi. Ahli pas terutamanya di kampung2 masih kuat taasub mereka kpd puak2 ustad yg jadi ketua mreka. Apa kata ustad2 ini menjadi mentera yg diratib siang menadi malam. Kelantan pas masih utuh dikalangan org tua tp yg muda dah lama chow. Di Teganu keadaan juga bercelaru. Amanah ada pengaruh tp tak sebesar mana. Hj Hadi memang tengah meroyan sakan tp ahli pas yg hardcore masih tetap percaya dan taasub giler kat mamat ni. Ahli pas yg menghayati tarbiah Almarhum TGNA sahajalah yg nampak perangai Hadi nih. Namun ramai juga yg masih ambil pendirian tunggu dan lihat masih x brani buat keputusan jelas utk tinggalkan pas.

Ritchie Blackmore berkata...

Cuma nak tanya..kamu dah berbincang dgn azmin ttg perkara ni atau azmin sendiri memanggil kamu utk berbincang sebelum kenyataan media beliau dilobi parlimen.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi boleh angkuh dan sombong sekiranya dia ikut cara betul bukan dengan menipu atau cai. Ini menyerang secara hendap dan pukul orang dalam gelap.

Dia angkuh dan sombong tapi tidak sedar yang dia bukan nya hebat.

Kalau Inggeris yang perintah dan yang kuat, pun dia akan berpakat dengan Inggeris. Dia sama lah macam pembesar melayu yang menjatuhkan pemerintahan Sultan Negeri nya sendiri. Bila jadi Raja, dia berbangga.

Tanpa Nama berkata...

Aku bila tonton cerita Musang Janggut, tengok watak Datuk Nikah Kahwin macam Hadi Awang. Malam ni tonton Nasib DoReMi, tengok watak Bomoh Temberang tu, pun macam Hadi Awang.

Tanpa Nama berkata...

Mengulas kenyataan hadi: tiada kata selain hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha hahaha

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan Hadi juga membawa maksud 'kita akan pastikan Najib menang'

Sebagai orang pokitik, Hadi tahu apa tujuan Salahuddin mengajak berbincang. Sekiranya PAS yang dikatakan sebagai pembangkang, jawapan Hadi lebih lunak supaya ahli PAS sedikit lega bila Hadi merendahkan diri.

Bagaimana perbincangan dengan Ikatan sebelum penubuhan Blok ke 3? Tentu Hadi bermanis mulut dan menjaga hati Kadir apabila bercakap. Sedangkan parti Kadir langsung tiada ke arah negara Islam.

Tanpa Nama berkata...

Fantastic yang jual Nama agama!

Tanpa Nama berkata...

Ulama pas memang suci mulia murni berilmu tinggi !

Hash NA berkata...

sifat amarah sedang menguasai nya.Sifat amarah bercampor kesombongan.

otaiblues.blogspot berkata...

kononya la..pas bersama ikatan nengamal politik matang..bergerak seiringan menuju putrajaya..
gabungan blok ke 3 yg membuatkan pahakan harapan tergamam..
mau tak tergamam.terkedu..sanggup putus kawan di sebabkan tak sokong hudud..sanggup buang kawan yg sama berjuang.membantu pas dalam pilihanraya..bergabung dengan ikatan yg juga tak sokong hudud..dan yg lebih tergamam..ikatan hanya ada 79 org ahli je..hahahaha..ni parti politik atau kelab orang tak ada kudrat tapi nafsu besaq?

Tanpa Nama berkata...

Kau Ada gelaran "ulama pas suci mulia ilmu tinggi" Tak?

Kalau tidak tiada hak nak condemn ulama pas suci mulia.

Yang sepatut di condemn adalah dap Cina Kerana "kapir" yang hina agama maka boleh di salahkan segala masalah

Tanpa Nama berkata...

Pak Lebai sombong , angkuh ,cakap besar , kuat fitnah , xboleh di nasihati itu ciri ciri perangai Syaiton

Tanpa Nama berkata...

Pas ibarat tantenik usang...nakhoda mabuk.... Angkoh...kapal besar hebat tercanggih tk tenggelam... Lihat kapal baru tk sehebat pas....kita tunggu pru 14.