30 Dis 2010

Siapa Yang "Sampai Hati" Sebenarnya? Ameng Atau A.Aida?

Mahkamah benarkan A Aida tuntut tunggakan nafkah dua anak

Gambar: ARTIS Zaidah Awang (A Aida), bersama peguamnya, Norazmi Mohd Ariff hadir di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, hari ini bagi kes tuntutan nafkah anak-anak dari suaminya, bekas penyanyi Kumpulan Spring, Ameng (gambar kecil). - Foto Yazit Razali

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini membenarkan permohonan produser dan dramatis 90-an, A Aida untuk menguatkuasakan perintah bagi menuntut tunggakkan nafkah dua anaknya berjumlah RM85,000 daripada bekas suaminya, vokalis kumpulan Spring, Ameng.

Aida dalam permohonan difailkan 21 Disember lalu mendakwa Ameng tidak pernah membayar nafkah itu yang ditetapkan mahkamah sebanyak RM1,000 sebulan sejak mereka bercerai pada 17 Dis 2003.



A.Aida Tuntut Nafkah Anak Daripada Ameng RM85,000

Produser dan dramatis 90-an, A. Aida memfailkan permohonan bagi menuntut tunggakan nafkah dua orang anak bernilai RM85,000 daripada bekas suaminya, Ameng yang merupakan vokalis kumpulan Spring.

A. Aida atau nama sebenarnya Zaida Awang, 40, mendakwa Ameng gagal menjelaskan nafkah anak selama 85 bulan, iaitu sejak mereka sah bercerai di Mahkamah Rendah Syariah di sini pada 17 Disember 2003.

Pasangan tersebut berkahwin pada 1994 di Terengganu.

Semasa bercerai, Ameng atau nama sebenarnya Wan Aminuddin Wan Ismail, 42, bersetuju untuk membayar RM1,000 sebulan sebagai nafkah anak, Wan Az Aleesa, 14, dan Wan Azevanatassha, 9, yang perlu dijelaskan pada minggu pertama setiap bulan.

Produser drama Halimah Jongang itu memfailkan permohonan tersebut pada 21 Disember lalu menerusi peguam-peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif dan Normawaddah Ramli.

Kes disebut untuk kali pertama di Mahkamah Tinggi Syariah di sini pada Khamis.

Pada prosiding itu, Hakim Syarie Abdul Walid Abu Hassan bertanyakan mengapa permohonan itu lewat difailkan, iaitu telah melebihi tempoh enam tahun.

“Plaintif (Aida) cuba untuk memberi peluang kepada defendan (Ameng). Bagaimanapun, nafkah tidak pernah dimasukkan ke dalam akaunnya,” kata Nor Azmi.

Abdul Walid kemudiannya bertanyakan kerja defendan (yang tidak dinyatakan pada dokumen) dan Nor Azmi memaklumkan Ameng adalah seorang artis.

Selepas meneliti dokumen yang berkaitan, Abdul Walid membenarkan permohonan Aida untuk mendapatkan perintah bagi memulakan prosiding tunjuk sebab terhadap Ameng mengenai kegagalannya membayar nafkah.

Prosiding kes tersebut akan berjalan di Mahkamah Rendah Syariah di sini dan tarikhnya akan dimaklumkan pada masa akan datang.

Aida yang mendirikan perkahwinan kali kedua dengan Ketua Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Suffian Sulaiman hadir berseorangan di mahkamah.

“Saya dah banyak kali minta (nafkah anak) daripada Ameng, tapi dia suruh saya minta dengan lelaki lain,” katanya kepada media di luar mahkamah.

Pada 1 November lalu, Ameng dihukum penjara dua bulan dan denda RM4,000 serta diletakkan di bawah pengawasan selama tiga tahun oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah memasukkan ganja ke dalam badannya.

Dia semasa membela diri atas tuduhan itu mendakwa pertuduhan tersebut adalah konspirasi antara Aida dan Suffian untuk memalukan dirinya.

Ameng telah berkahwin lain pada 2004 dengan Sabariah Zakaria, 40, dan dikurniakan seorang anak, Wan Amar Haikal yang kini bersusia tiga tahun. -mstar


Ulasan GB

Di dalam ilmu psikologi, ada satu yang dinamakan prinsip "suggesti"
Minda bawah sedar kita akan menerima apa saja yang kita sebut.
Kalau dulu Ameng sentiasa melalak lagu SAMPAI HATI, maka ia kini benar-benar terjadi.
Dia kena nyanyi semula lagu itukalau dulu fantasi, kini realiti.

Dari sudut agama pula, Rasulullah bersabda:
”Kullu kalam addu’a, setiap perkataan itu adalah merupakan do’a



1 ulasan:

haji don berkata...

Ramai kaum BAPA pada zaman ini yang LUPA, kadang kala TIDAK TAHU pun apakah tanggungjawab sebenar mereka sebagai BAPA. Apakah peranan sebenar yang perlu dilaksanakan sebagai KETUA institusi keluarga.