5 Nov 2014

[VIDEO] Kes Buli Di Asrama: Siapa Budak Bersinglet Hitam Itu? -updated


Kes buli: Orang ramai minta polis cari budak singlet hitam

KUALA LUMPUR: Pengguna media sosial meminta pihak polis menyiasat video yang memaparkan sekumpulan pelajar asrama lelaki dipukul oleh pelajar lain yang tersebar di media sosial.

Kalangan mereka menuntut tindakan tegas diambil ke atas pelaku, khususnya terhadap seorang pelajar yang memakai singlet hitam di dalam video itu.

Pelaku tersebut dilihat bertindak ganas ke atas kumpulan pelajar dengan menyepak dan memukul mangsa tanpa belas kasihan.

Laman Facebook Zuraimi Ngah, yang merupakan antara terawal memuatnaik video itu, dipenuhi komen orang ramai yang meminta pihak berkuasa mengambil tindakan segera.

Pengguna Facebook Ramizu Ibrahim berkata “Pihak berwajib tolong siasat..Polis tunggu apa lagi.”

Ct Dzaharriah pula berkata “Harap pihak berkuasa ambil tindakan segera.”

Rata-rata orang ramai menyatakan kemarahan terhadap tindakan pelajar bersinglet hitam yang dipaparkan di dalam video berdurasi 4 minit 36 saat itu.

Ada yang menyuarakan kebimbangan untuk menghantar anak-anak ke sekolah berasrama di mana dipercayai kejadian itu berlaku.

Pengguna Facebook Az Lan berkata, “Buat rasa takut kita ibu-bapa nak hantar anak ke sekolah asrama”.

Video yang dipercayai dirakam menerusi telefon bimbit itu bermula dengan aksi sembilan orang pelajar beratur di dalam bilik asrama.

Namun dengan tidak semena-mena, seorang pelajar tiba-tiba meluru dari belakang dan menendang salah seorang pelajar yang sedang beratur.

Bermula daripada itu, pelaku yang memakai singlet hitam terus bertindak ganas menendang pelajar-pelajar yang berbaris, seorang demi seorang tanpa dicabar mangsa-mangsa terbabit.

Video itu telah dikongsi lebih 9,000 kali sejak ia dimuat naik. -astroawani


VIDEO: PELAJAR MRSM DIGANTUNG PERSEKOLAHAN DALAM KES PUKUL ‘JUNIOR’ ASRAMA

Balik Pulau – Lapan pelajar tingkatan empat Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Balik Pulau di sini, diambil keterangan bagi membantu siasatan kes pukul seorang pelajar tingkatan dua, pada minggu lalu.

Kesemua mereka diambil keterangan di sekolah berkenaan oleh sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya, kira-kira pukul 12 tengah hari.

Menurut sumber, hasil siasatan awal mendapati salah seorang pelajar berkenaan mengaku terlibat memukul junior mereka kerana mangsa enggan mengaku mencuri telefon bimbit Samsung Note 3 milik salah seorang daripadanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Barat Daya, Supritendan Lai Fah Hin ketika dihubungi hari ini memberitahu, kesemua pelajar terbabit dibebaskan dengan jaminan polis, petang ini.

Dalam kejadian pada 22 Oktober lalu, seorang pelajar tingkatan dua di MRSM berkenaan patah tulang rusuk selepas dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama.

Sementara itu menurut Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Majlis Amanah Rakyat (Mara) Azmi Mohamad kesemua yang terlibat dalam kes tersebut digantung persekolahan serta merta.

Menurutnya lagi pelajar terlibat juga boleh dikenakan tindakan buang sekolah sekiranya didapati bersalah. “Perkara ini akan disiasat secara rapi dan terperinci dengan mengambil keterangan semua pihak. Sebarang tindakan akan diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Disiplin MRSM,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Azmi berkata, MARA bagaimanapun masih belum mendapat sebarang laporan rasmi daripada doktor Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang di mana pelajar yang dicederakan itu telah mendapat rawatan bagi mengesahkan dakwaan beliau patah tulang rusuk akibat dipukul.

Beliau berkata, pihaknya turut meluluskan perpindahan mangsa ke MRSM Kuala Kubu Baharu, Selangor bermula hari ini. “Mara berharap dengan perpindahan ini, dapat mengelak sebarang trauma selain diberikan khidmat kaunseling sekiranya diperlukan,” kata Azmi. 8 Pelajar MRSM Balik Pulau Kena Gantung Sekolah.

Sebelum ini, media melaporkan insiden itu bermula apabila mangsa dituduh mengambil telefon Samsung Note 3 milik seorang daripada lapan pelajar terbabit.

Dalam kejadian antara 11.45 malam dan 1 pagi itu, mangsa turut dicederakan menggunakan seterika panas di kedua-dua bahu selain tubuhnya dipijak kumpulan pelajar tersebut. Akibat kecederaan itu, ibu bapa pelajar yang berasal dari Klang, Selangor, telah membawanya ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk mendapat rawatan.

Berikut adalah laporan penuh berhubung kejadian tersebut:

Utk makluman, satu Kejadian Kes Mencederakan Sek 326 KK dis Asrama MRSM Balik Pulau.

a) Repot: Balik Pulau 3177/14.
b) Tarikh Rpt: 24/10/14@0409 hrs.
c) Sek : Sek 326 KK
d) IO: Insp Boby
e) Pengadu: Noraini Bte Jusoh, Kerja Suri rumah.
f) Saspek: 8 Pelajar Ting. 4 MRSM Balik Pulau.

g) Repot Polis:
Pada jam 1100 malam 23/10/14, semasa anak pengadu pulang dari MRSM Balik Pulau, anak pengadu telah memaklumkan bahawa dia telah dipukul oleh lebih kurang 9 orang pelajar tingkatan 4. Anak pengadu mengalami kecederaan iaitu salah satu patah tulang rusuk. Anak pengadu dirawat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Laporan dibuat pengadu kerana takut jadi apa2 kemudian hari.
h) Hasil Siasatan.
01. Mangsa dan pengadu adalah hubungan emak-anak. Mangsa nama DINIE SHAFIQ BIN BAHARUL ISHAM, KP 00022810195, ALT 101 JALAN TAMARIND, KLANG, SELANGOR. UMUR 14 TAHUN, PELAJAR TINGKATAN 2 MRSM.

02. Mangsa dipukul oleh sekumpulan pelajar ting 4 pada 22/10/14 jam lebih kurang 1145 malam hingga 0100 pagi di dalam bilik letrik dalam dorm asrama. Mangsa dipukul dengan menggunakan seterika serta dipijak. Bahu kanan dan kiri mangsa turut cedera terkena seterika panas.

03. Mangsa di tahan di ICU HTAR Klang. Mangsa patah rusuk tulang dan terkena pada jantung.

04. Saspek seramai 8 org telah dikenalpasti membabitkan pelajar tingkatan 4. Atas arahan pihak sekolah mereka telah diarahkan balik ke rumah masing2.

05. Tiada saksi lain menyaksikan kejadian dan pihak warden hanya mengetahui kejadian pada 23/10/14 jam 0800 malam.

06. Selepas mengetahui insiden, pihak warden berhubung dengan pihak HEP dan Pengetua namun gagal dihubungi. Setrusnya warden merujuk kepada HEA dan meletakkan pelajar di bilik rehat sementara menunggu arahan lanjut. Pada 23/10/14 jam 0300 petang, HEP berhubung dengan keluarga mangsa dan arahkan untuk ambil balik ke rumah. Mangsa dihantar menggunakan kapal terbang dan setibanya di LT Subang mangsa terus dikejarkan ke hospital oleh ayah mangsa.

07. Pada 27/10/14 jam lebih kurang 1200 hrs sepasukan anggota JSJ diketuai oleh Insp Boby telah melaksanakan tangkapan keatas saspek pergaduhan di asrama MRSM Balik Pulau.

08. Tngkapan seramai 8 orang dan justifikasi tangkapan adalah berdasarkan keterangan mangsa. Butiran tangkapan sebagaimana berikut:
1. Mohamad Hakimi B Mohd Nazri
2. Muhamad Hariz Haikal B Ahmad Fariz
3. Muhamad Rafiq Hakimi B Bakhtiar
4. Mohamad Amin B Mohd Anuar
5. Mohamad Adam Ashraf Bin Zamsari
6. Muhamad Nabil B Razali
7. Muhamad Hanif B Mohamad
8. Amin Muqri B Rosli

Repot tangkapan sebagaimana Balik Pulau 3211/14.

09. Keterangan awal saspek berkenaan mendedahkan mengaku terlibat pukul mangsa secara berkumpulan keatas mangsa menggunakan tangan dalam bilik letrik dan salah seorang dari mereka telah mencucuh seterika di bahu mangsa. Punca kejadian disebabkan mangsa telah mencuri telefon bimbit samsung note 3 milik rakan mereka dan mangsa tidak mahu memulangkan serta tidak mengaku atas tuduhan itu.

10. Tindakan diambil:
1. Rakam percakapan sek 112 KPJ
2. Rakaman fotografi dan cap jari
3. Percakapan risikan.
4. Kaunseling dari unit D11 IPK.

11. Semasa tangkapan dilakukan, keluarga /waris saspek turut hadir. Kesemua tangkapan telah dijamin jam lebih kurang 1700 hrs @27/10/14.

12. Siasatan akan diserahkan kepada YA TPR utk dpatkan arahan keputusan kes serta tindakan lanjut.

Sekian.
-suaratv


TERKINI

Polis nafi video buli di MRSM Balik Pulau

Balik Pulau: Polis menafikan video membabitkan sembilan pelajar menjadi mangsa buli dalam sebuah bilik asrama yang tersebar luas dan menjadi viral di Facebook berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), di sini.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Lai Fah Hin berkata, polis sudah menjalankan siasatan terperinci selepas meneliti video berkenaan dan mendapati ia bukan terjadi di MRSM berkenaan.

"Kita sudah melakukan siasatan sejak dua hari lalu dan mendapati video ini bukan membabitkan kes rusuhan pelajar MRSM berkenaan yang berlaku pada 22 Oktober lalu.

"Selain itu polis juga turut melakukan siasatan di asrama lain di sekolah di daerah ini dan mendapati kes berkenaan bukan berlaku di kawasan Balik Pulau," katanya ketika dihubungi, hari ini. -HM









IKLAN BERBAYAR

Jangan Biarkan Pasangan Anda Menderita,
Atasi Masalah Prostat & Kelemahan Zakar Dengan MEN CAPSULE.
KLIK SINI
LIKE kami di SINI





67 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

anak siapa nih??

Tanpa Nama berkata...

Sabaaaar...itu tailong singlet hitam skrg mesti berak sudah tak lawas sbb ketakotan..dok dalam lokap nti tau la

Tanpa Nama berkata...

Sapa ada bela hanturaya bolehlah lepaskan. Bagi hanturaya siasat anak sape tu. Harap mat buih tak tau bila nak selesai

Tanpa Nama berkata...

Bebudak Melayu saja bagi problem kat mana mana , dari masa kechik hingga ke tua. Tempat belajar di buat tempat gengster.

Tanpa Nama berkata...

Pentadbiran SMSAH Jitra sila ambil perhatian!! Byk berlaku..kesian kt junior.

Tanpa Nama berkata...

Ini ada kemungkinan mak bapak makan duit haram sebab itu anak jadi anakbuah SAYTAN.

Tanpa Nama berkata...

Budak singlet hitam tu boleh jadi ketua polis negara...mcm rahim yes.

1Malay.. berkata...

Mak bapak x ambil peduli...anakku Sazali.. Nama dapat jer Muhammad,perangai macam setan. Kl x ada ketegasan dr Mara..pas ni tukar dr Mktab Rndh Sains Mara kpd Maktab Rekruit Samseng Malaysia plak la....

Tanpa Nama berkata...

Mcm harun budak singlet hitam tu... Nama semua ada Muhammad... Mmg harun btul ar...

Tanpa Nama berkata...

orang turki tak berani beri anak nama Mohamad sebab takot jadi macam ni la. Tu baru betul sayang nabi.

Tanpa Nama berkata...

Kenalpasti budak singlet hitam. Kasi inject sikit sama dia. Kemudian upload dekat youtube, sure ramai yg puas hati dan jadi pengajaran pada gangster yang lain.

Tanpa Nama berkata...

ni pasal kecik2 di beri makan benda haram ....tu pasal dah besar budak jadik HARAM JADAH....

Tanpa Nama berkata...

Satu cara lagi kenalah bdk2 yg kena belasah tu tampil buat report baru dpt tahu itu budak singlet hitam empunya nama sama dia punya bapak.

Polisi kasi tangkap bagi lokap 2 @ 3 hari kasi dia rasa. Kecik2 dah kasi tunjuk dia punya ada calon jadi gengstar

Tanpa Nama berkata...

Dia punya bapak mesti gengstar punya, di pkulnya bdk2 macam dirasuk setan.

polis kasi lokap sama dia biar di rasa.Kasi hantar itu sekolah samsing punya senang bila besar boleh terus jadi gengstar punya.

Tanpa Nama berkata...

Ini kalau itu budak ada sedara sama peguam safee ini kes bole kasi pusing
macam itu gambar sialful jugak liwat punya kes Ada gambar mari jugak kasi teh Itu gambar safee kata sialful ada tenguk banyak takut Tapi ini video Safee mesti ada cakap satu lakunan jugak untuk masuk dalam itu utube

Lagi satu itu Safee cakap apa pasal tak jerit tolong tolong

Tanpa Nama berkata...

dalam dorm asrama berani la budak ni, kat luar mau kena belasah budak neh..

Tanpa Nama berkata...

Ingat tak Kak Long stearing lock
Atas tindakan ganas dan giler Perkasa telah menjadikan Kak Long ahli Perkasa

Perkasa kena berlaku adil dengan menjadikan kaki buli kaki buli dalam video atas sebagai ahli Perkasa

Tanpa Nama berkata...

Sedih

Baru tadi NTV7 siarkan gambar seorang budak bertubuh kecil menangis di buli di asrama

Celaka apakah yang menimpa orang melayu?

Apakah dosa fitnah dan dosa ulama yang berkepentingan di lihat kan dengan bala taufan atau bala wabak atau bala negara berhutang ?

Apakah yang menyekat semua usaha usaha pemimpin Islam kita ?

Ini semua berlaku kerana pemimpin yang berkuasa tidak peduli soal mati dan siksaan kubur Kerana semasa hidup hal ghaib ada lah hal yang belum pasti Bersumpah dan fitnah yang jadi mainan tidak memberi balasan apa apa pun pada badan mereka Bagi mereka dosa yang mereka lakukan mengikut hukuman mereka semdiri sumpah laknat mesti pecah perut Fitnah mesti sakit kronik dan susah nak mati sedangkan bapak fitnah sihat dan tersenggih senggih ke hari ini

Untuk selamat hanya dengan membuang UMNO jadi pemimpin



Tanpa Nama berkata...

Harap ada undang2 yg meletakkan status penjenayah2 ni, dibicarakan mengikut kesalahan dewasa, dalam Islam mereka ini adalah golongan mumaiyiz. Psychological effect bukan sahaja kepada physical victims tetapi kepada ibu bapa dan juga masyarakat. Harap diberi hukuman penjara yang setimpal.Terlalu banyak kes sebegini dan masyarakat sudah bosan dan takut.

Tanpa Nama berkata...

kes mrsm balik pulau :
kalau setakat kena suruh balik rumah atau gantung/buang sekolah, aku rasa itu tak mendatangkan apa2 kesan pada budak2 yang berperangai macam setan babi keparat ni...
aku betul2 bengang dan geram dgn kejadian macam ni..
nama saja pangkalnya muhamad tapi perangai macam setan..
aku memang geram sungguh bila tengok video budak junior kena belasah ni sampai patah tulang rusuk..
pihak berkuasa @ yang berkenaan...harap2 buat la tindakan yang sewajarnya yang setimpal dengan beban kesakitan dan cedera parah yang ditanggung oleh budak junior tu...

Tanpa Nama berkata...

Kalu tak anak polis anak kastam takpun anak mak bapak dia ni jenis mentekedaroh menatang haram..soh mak pok dia bn totok sbb anak diapun napak mcam haram jadah anak sial

mustapa m said berkata...

Saya khuatir dlm kes2 begini pihak sekolah akan cuba menutupnya konon tk nak membusukkan nama sekolah mereka. Itu pasal budak2 kita dah banyak lemak, tak takut pukul org, kerana mereka tahu kes akan selesai dgn maaf2 saja. Paling berat hukuman kena tukar sekolah, mereka tk heran. Paling tidak penjarakan mereka di Sek Henry Gurney, Melaka (Sekolah Budak Jahat), baru padan.

Tanpa Nama berkata...

ini semua adalah kifarah bagi mak bapak pembuli. mungkin anak2 ni hanya dididik jadi pandai tapi tak dididik jadi baik. kat mana mak bapak ni nak tutup muka. kawan satu opis mesti pandang sinis walau pun didepan beri kata semangat konon. cubalah bayangkan anak kita kena belasah mcm budak setan singlet hitam tu buat. siapa boleh tahan sedih..harap pihak berkuasa jangan bagi muka pada budak2 pembuli ni termasuk mak bapaknya sekali.mesti ada mak bapak nak pakai kabel politik selamatkan anak dia orang.. sumbat jer ke henry gurney..biar mak bapak berulang alik jengok anak dia org kat sana..

Tanpa Nama berkata...

ini bukan mrsm. mrsm itu kes lain barangkali. persekitaran dorm di mrsm lebih cantik dan lebih selesa.

Tanpa Nama berkata...

Kes yang sama seperti ini pernah berlaku di hadapan mata saya semasa menuntut di MRSM pada tahun 1997 sms ting 5. Sehingga sekarang sy x dpt lupakan kejadian tersebut. Kesal kerana kami ramai terpaksa jadi pemerhati, ramai2 kat dorm masa tu x mampu dpt buat apa2, hnya melihat kawan di belasah oleh kawan2 yg geng ganas hanya kerana lapor pelajar merokok.... Kalaulah dpt kembli ke saat itu, sy rasa biarlah sy turut sama mempertahankan kawan yg dibelasah tersebut. Itulah kekesalan yg x mungkin dpt dilupakan

Tanpa Nama berkata...

X kan warden asrama x kenal pelaku2 jenayah buli dan samseng ini? Kalau di dapati warden asrama sengaja menyembunyikan jenayah ini dan tidak tampil untuk melaporkn kepada pihak polis....tindakan tegas harus di ambil kepada beliau...dia harus di hadapkan kepada tidakan tatatertib kementerian. Saya syorkan warden terlibat di kenakan tindakan turun pangkat dan di tukar 24 jam ke sabah atau sarawak.

Tanpa Nama berkata...

Siapakah yg jadi AP P.Rengas?

Tanpa Nama berkata...

Aku kagum pada yg rakam video ni.
Dia berani. Kalau tak de rakaman ni, tak terdedah lah kes2 buli yang berlaku sejak bertahun2 dulu.

Tanpa Nama berkata...

senario biasa di sekolah-sekolah berasrama atau tidak di malaysia hari ini ... berkaitan dengan masalah disiplin pelajar, guru-guru lepas tangan sebab tidak mahu disaman ibubapa ... pelajar-pelajar bertambah berani sebab ada backing dari rumah dan kadang-kadang dari parti politik yang memerintah (nak jaga hati pengundi) .... para guru tahulah semua ini .....

Saiful berkata...

Polis kpm semua lembab..susah sgt ka..panggil ipd semua daerah..chek smua sbp..dan asrama..mlm ni jgkndpt tau sapa..mak bapak yg anak xok astama cek la..tah2 ada apa yg tak nak org tau..

Tanpa Nama berkata...

Aku kata:

Penyiasat dan guru/warden akan sibuk cari siapa yg tangkap klip video ini. Bicarakan yg bawa hp ke sekolah dulu sbb bawa brg larangan. Kemudian kesimpulan hanya lakonan semata2 oleh murid2. Siyes benor nipunyer.

Sebenarnya kes2 buli nih, sejak pak aku masuk asrama kat kuale kangsor lagi... anak ore kaya, buli anok ore miskin, lumrah ler turrr. Kekadang pau ration dari rumah... Ini lah minda anok kita, dari pok, anok, sampai cucu asyik nak buli yor.... Ingat time aku kat asrama penuh BM aku pon pernah kono, dan sbb aku kono buli hanya sbb aku kurang bercakap. ado ko tu alasannyer? aku sumpah keturunan yg buli aku jadi kuli pencacai ajo... Mmg pon aku tgk ado yg tak berapa jadi org pon... tah sebab kena sumpah aku kot... aku masuk sekolah asrama nak belajar sungguh2, mmg celaka lah korang buli aku. Nasib aku tak buli org wpon jadi senior. tak kuasa aku nak buat kerja cam haram jadah.

Warden dan guru2 SBP/MRSM jgn jadi saksi bisu. Mmg budak2 miskin ramai kat situ, tapi kalau perangai mcm lahanat, ko simpan jugak, sekali warden/ guru2 aku sumpah jahanam sbb ado mato, cam buto, ado telinga, mcm pokak, tak mampu buek apo2..puihhhhh... dayus.

Nak tunggu sampai mate baru bertindak? mmg lagi tambah lahanat ler jawabnya warden woi...

Sebenarnya peluang membuli tu ada pada setiap masa, tapi kalau warden bijaksana, ambil tindakan proaktif, pasti tiada masalah timbul.Apa pon, ginilah.... nok belajar, kerajaan sediakan sekolah cerdik, semua cukup, tapi akhirnya tertangkap asyik membuli... sadis minda anak bangsa.

magua_putra@2000


Tanpa Nama berkata...

DO SOMETHINGLAH. LU NAK NEGARA KITA JADI NEGARA MAFIA MACAM DI BRAZIL DAN MEXICO BARU LU NAK DO SOMETHING? KENAPA MESTI BERLAKU KES BARU NAK BERTINDAK BRO YANG MANA BENDA INI BOLEH DICEGAH AWAL SEBELUM MENJADI PARAH? GUNALAH OTAK LU BEB MENTERI PENDIDIKAN. DAN ULAMA SUCI MURNI PAS TAKKAN LU DIAM PULA BEB TAK BISING MACAM LU BISING TIME PEMILIHAN MENTERI BESAR SELANGOR? THIS IS TIME LU PUNYA KEPAKARAN DIPERLUKAN BRO TAKKAN BENDA GOLONGAN PROFESIONAL YANG LU TAK PAKAR LU NAK MASUK CAMPUR TAPI KES SOSIAL YANG MANA RAKYAT MEMERLUKAN KEPAKARAN ILMU AGAMA LU UNTUK BERI NASIHAT DAN TUNJUK AJAR LU TAK PULA MASUK CAMPUR? FIKIRKANLAH.

Tanpa Nama berkata...

Sekolah pulak dah tak selamat.

Tanpa Nama berkata...

Baru cikgu rotan sikit mak ayah dah dtng mengamuk kat sekolah..... Nie lah jd nya... Cikgu pun dah mls nak ambik tindakan.... Letih nak kena jwb ngan pengetua.... Bebudak nie elok dilokapkan ngan mak ayah dia sekali... Antar anak asrama dah boleh lepas tangan... Masuk mrsm comfirm keluar jd pegawai besar.... Apalah nasib...

Tanpa Nama berkata...

Kesiannya aku tengok budak yg kena buli tue dalam tv3... sorg2 pula tue kena pukul...cilaka betol la budak2 nie... jahat2 aku pon...xdaknya nak buli org..kampung ramai2 buli budak yg bukan fighter dorang...macibai betol la... cissss...panas gila aku rasa dgn budak2 nie...haram betol ahhh...1 by 1 ok la...nie ramai2...cilaka gangster apa haram jadah mcm nie... lagi satu budak singlet hitam tue...cilaka juga tue...bajet pailang sgt... ahhhhh x puas ati gila aku... tolong la...hati perut korang tue letak kat mana siallll.... fuckkk off la...

Noor Sarina Abd Rahman berkata...

Yang lain tu dok tunggu turn ker nak kena belasah dgn budak tu? Awat hangpa ramai2 tak terajang beruk tu balik rsmai2

Noor Sarina Abd Rahman berkata...

Aku sakit hati betul tengok anak pelaq mana yg dok pukul budak tu..YaAllah ssakit hati aku tengok klip video tu.. jenis bangsa apa hah bebudak penyangak tu, ramai2 buli sorang buda kecik.Para warden sekolah tolong ambik iktibar dan perhatian serta bersikap rasional sikit,jgn asyik dok saja tengok cerita buli pelajar hangpa sebagai warden asrama syok sangat ka tengok adegan macam itu disepak terajang.Kesihan anak yg kena buli tu meminta tolong tidak ada yg memberi pertolongan ?Apa warden semua telinga pekak ka? Orang minta tolong tak tolong? Di mana sikap tanggungjawab pihak sekolah? Asyik nak tutup dan berahsia saja takut sekolah naik nama tak elok..?Cuba bayangkan jika setuasi adik yg kena buli itu anak hangpa adakah kes ini akan ditutup ? Pasti tidak bukan...dah tak kena atas batang hidung sendiri.. bolehlah nak jaga dan sorokkan nama sekolah.

greenbeast berkata...

Cik Kak x faham perasaan under siege bebudak tu... Walau ramai tapi yg Taiko tu dia ada backup.... Kalau dia kena geng dia pasti turun kasi 5-6 kali ganda kuasa kemusnahan dan kena mark....so ramai pun tapi dah kena psycho.... Ketar lutut....kalau melawan mau masuk hospital....

Tanpa Nama berkata...

budak pandai ? hergh . memang patut jadi sampah masyarakat . tak guna. patut died ja . kesian budak tu kena pukul .

Tanpa Nama berkata...

Ini cerita budak samseng kenapa nak selit hal politik pulak, jgn masuk hal dengan politik. Patutlah tak boleh nak selesai kalau begini punya anggapan. Fikir dulu bro jgn fanatik sangat, hampeh kau ni..

Tanpa Nama berkata...

Sokong hantar masuk Sek Henry Gurney, baru budak2 lain takut sikit dan sekolah pun perlu didik hal disiplin lebih banyak lagi bukan sekadar berjaya dalam akademik sahaja. Mak bapak jgn nak merayu kalau anak masuk penjara, biar anak merasa sikit dengan tindakan bodoh mereka.

Tanpa Nama berkata...

Apa pula tak ada kena dgn politik, kau tidur ke? Tu Perkasa, Pekida dan banyak NGO bau UMNO buat kerja samseng, budak2 tu buat role model lah. Menteri yg terlibat dgn ke bunuh pun ada, KPN samseng juga dulu & kini, apa kamu mahu ia jadi selamanya kah?

Tanpa Nama berkata...

Kembalikan bentuk hukuman public canning, yg lain tentu fikir banyak kali sebelum buat kesalahan disiplin.

Tanpa Nama berkata...

Video admin dah disekat tak boleh nak ditonton. Ini nampaknya mesti ada sesuatu nak coverup. Mungkin ada anak orang kenamaan yg terlibat.

Tanpa Nama berkata...

Na'uzubillah, bagaikan terbakar hati ini. Kalau kes ini terjadi pada anak saya, mahu rasanya saya belasah je pembuli tu habis-habisan. Mak ayahnya pula jangan nak marah saya pula. Budak macam ni tak patut diberi muka. Elok hantar ke sekolah Henry Gurney lagi bagus sebab golongan macam ni TIDAK LAYAK untuk menjejakkan kaki ke MRSM!

Tanpa Nama berkata...

Budak nie kat asrama bole la cuba kat luar -,- kalau kat tempat aku dah nazak da budak nue kena. Aku ingat budak mrsm semua pandai rupanya lagi bodoh daripada budak2 sekolah aku

Tanpa Nama berkata...

anwar n rafizi..tunggu per lagi...inilah bakal pemimpin U yg akan bela u all nnti..yg akan menyelamaatkan hero PKR..peraangai mcm sial...

Tanpa Nama berkata...

Video2 buli ni didedahkan oleh geng najib utk jatuhkan muyidin.

Bulan lepas kertas upsr bocor.

Geng muyidin tak sedar lagi. lembab.

Dlm PAU nnt geng muyidin kena belasah mcm dlm video buli.

Kat selangor najib dah letih n malu.

Tanpa Nama berkata...

anon 1:41am

inilah pelapis masa depan keturunan Umno lubang taik, Perkasa, Pekida samseng punya didikan buat role model. puihhh!!!

Tanpa Nama berkata...

Semuanya berkait dalam kehidupan Jangan kata tak berkait antara satu dengan lain Jangan kata aku main judi tapi anak bini aku jaga sebab belanja dia orang aku tak usik dan aku rajin solat

Aku tak boleh buat apa apa dengan fitnah yang Anwar kena samada aku kerja ibadah haji atau tidak itu takdir Anwar

Allah maha sempurna dan Allah suka pada kesempurnaan Sempurna kah kita kalau budak kena belasah kita marah dan sakit hati tapi Anwar kena zalim kita kata itu hal politik

Tanpa Nama berkata...

Di antara umur 12 tahun sehingga 20 tahun adalah perkembangan emosi dan karakter anak anak Dalam sedar atau tidak mereka mempunyai seseorang se bagai idola Kalau bukan individu yang popular menjadi ikutan mereka mungkin orang yang rapat dengan mereka terutama kawan kawan

Ketika ini perubahan horman yang mengandungi berbagai bagai unsur terbentuk Perhatikan percakapan anak anak gaya anak anak berjalan curi curi memandang gelagat anak anak bila anak anak bersama kawan kawan

Perubahan horman ini lah perlu kita maklum kan pada anak anak dan beritahu betapa perlu nya berzikir ketika ini selain itu si ibu atau ayah hembus lah perlahan lahan kepala anak mudahan mudahan unsur yang membentuk horman adalah yang positif

Belikan lah buku psykology tentang anak anak untuk kawan atau saudara yang baru menjadi Ibu dan Bapa untuk pertama kali

Tanpa Nama berkata...

Anon 1:41 AM komen tak kena paunching line
Kalau ya pun menyampah dengan Anwar dan Rafizi jangan lah anon bodoh kata pembuli ini bakal pemimpin U Tapi kalau Bakal Ketua Bahagian Pasir Salak memang tepat

Pada tahun 80an di Cheras dan kalau tak silap Sekolah Teknik berlaku kejadian peralihan kuasa oleh pelajar senior kepada pelajar form 4 untuk menguji pelajar yang mampu bertahan di tumbuk untuk melayakkan mereka menguna nama gelaran yang di beri pada bakal ketua dan orang orang nya mengambil alih kuasa di sekolah tersebut Tradisi ini telah berjalan beberapa tahun dan malangnya salah se orang dari mereka parah

Dalam hal buli di asrama sekarang ini tak ada menteri atau timb menteri yang datang membuat lawatan untuk memulihkan keadaan

Kejadian di Cheras Sekolah Teknik Tak silap Timbalan Menteri telah bergegas berjumpa semua pihak dan memulihkan sekolah tersebut Dan Sekolah Teknik telah menjadi antara sekolah yang terbaik dan antara pilihan ibu bapa dan pelajar ketika itu

Sesiapa yang berumur 50an macam pak cik sekarang ini mesti ingat peristiwa tersebut Dan untuk pengetahuan anon 1:41 AM Timbalan Menteri tersebut bernama Anwar Ibrahim yang sedang membela diri di mahkamah atas fitnah liwat

Tanpa Nama berkata...

Kaji semula sistem pendidikan...benarkah sistem kita boleh lahirkan insan yg seimbang dari segi jasmani,emosi,rohani dan intelek..

naz berkata...

pengetua, gpk hem dan warden tak prihatin , smua nak makan gaji buta, fikir pasal prestasi exam je, tpi akhlak dan sosial tak amik tau atau tutup sebelah mata...yang heran nye mane pgi nye guru kaunselor sampai 3-4 org kat sekolah tu, smua tido ke atau letak akal kat lutut..wujudkan sistem aduan dan perlindungan saksi, dan budak2 asrama ni kene bagi warning keras awal2 ape yang boleh dan ape yang tak boleh, sape yang buat kene dan yang tengok jadi saksi tapi tak report pun kena, baru la masing2 takut.. Pengetua patut jalan kn tanggungjawab dan amanah bukan nye keje nk jga reputasi je...

Tanpa Nama berkata...

Ibu bapa di malaysia ni terutama yang melayu banyak yang bodoh atau kurang bijak, benda ni da selalu sangat berlaku tapi di diamkan, konon nak hantar anak asrama supaya jadi pandai ,tapi banyak keburukan dari kebaikan sebenarnya. Itu belum lagi kes cabul dan liwat di mana kebanyakan mangsa mendiamkan diri je , ini hanya segelintir je yang berani nak dedahkan. Kalau nak difikirkan orang lain dan bangsa lain tak pergi asrama pun tapi boleh pandai dan berjaya juga...harap semua sedar dan buka mata, dan dicadangkan asrama semua dimansuhkan saja.

Tanpa Nama berkata...

Sorry la, akulah anon 1:41 ini nak buat pengakuan masa taip tgh mlm tadi, aku baru saja lepas hidu gam yg diberi oleh JKKk. Otak tengah high masa tu, petang ni dia nak kasi lagi gam baru.

Tanpa Nama berkata...

Budak tu bercita2 nk pegi perang kt palestin tu yg dia praktis kt bdak2 asrama.

Tanpa Nama berkata...

Xpayah henry gurney..budak tu elok hantar masuk kandang harimau tgk sape lg kuat. Raja rimba vs gangster jalanan

Tanpa Nama berkata...

Ok le tu ..MRSM kan sekolah untuk budak budak yg dapat "A" je...so budak tu semua tak patut di persalahkan sebab yg buat mereka jadi gitu ialah emak dan bapak yg bijak bijak dari seorang guru.. Esok esok anak anak MRSM besar dan dah pandai pukul emak bapaknya baru lah emak bapak kata aku ingat hantar kau masuk asrama penuh kau jadi pandai tapi enfkau jadi bertambah bodoh..jawab anak pulak inilah kepandaian aku yg kurang kasih sayang yg sepatutnya datang dari kamu berdua..tapi kepandaian kamu berdua menjadi kebodohan aku sekarang...

Tanpa Nama berkata...

ramai tak tahu pelajar lebih berkuasa dari guru dan pentadbir dibawah pemerintahan BN

Tanpa Nama berkata...

apa yang sekolah boleh buat jika pelajar bermasaalah??? silap haribulan guru kena tindakan oleh pelajar dan waris

Tanpa Nama berkata...

Budak kumpulan singlet hitam dengan kumpulan yang buli se orang budak kecik tu eluk di suruh bertumbuk se sama dia orang

Tanpa Nama berkata...

Rasanya x salah kalau letak hidden cctv kt asrama utk pengawasan budak2..biar warden mudah tau ape jdi kt asrama..jgn letak hidden cctv dlm toilet sudah..nt jd pedofile pulak..

Tanpa Nama berkata...

Kalau anak aku yg kene buli, mtk maaf byk2 kt bapak n anak pembuli bersinglet hitam tu..mmg aku patahkan lutut budak tu..Allah bg lutut bukan suh tomoi org..sah bapak dia pon jenis bangang..maka celakalah si pelaku n mak ayah dia yg xreti nk ajar anak..

Tanpa Nama berkata...

Rase macam nk one by one je ngan budak singlet hitam ni..........

Tanpa Nama berkata...

ini yang terdedah, yang tertutup lagi banyak dalam pendidikan kini, tak percaya tanya pelajar

Tanpa Nama berkata...

Pelajar sekarang CCTV pun mereka cabut, guru mereka ugut, mak bapak tumpang sekaki, dari jadi mangsa, baik pejam mata