13 Dis 2015

Kerjasama PAS UMNO: Hadi & Najib Bertemu Minggu Depan

Hadi, Najib bakal bertemu minggu depan

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dijangka bertemu minggu depan, yang dilihat sebagai perkembangan positif selepas Presiden UMNO itu menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada PAS.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Dr Puad Zarkashi ketika ditemu bual BernamaTV pada malam semalam berkata kedua-dua pemimpin itu dijadual bertemu dalam satu majlis anjuran Alumni Al-Azhar.




Dr Puad berkata Najib dijadualkan merasmikan majlis itu, manakala Abdul Hadi akan menyampaikan ucap utama.

“Apa yang penting di peringkat awal ini adalah untuk kita melihat bagaimana kedua-dua parti boleh bekerjasama dalam perkara yang sepatutnya terutamanya dalam hal dakwah, menentang ajaran sesat, ajaran liberalisme dan sebagainya,” katanya di sini.

Puad turut berpendapat pertemuan dua pemimpin itu sebagai perkembangan positif kepada pelawaan presiden UMNO itu, namun masih terlalu awal untuk memperkatakan berhubung penggabungan kedua-dua parti itu.

Najib ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO 2015 semalam berkata UMNO menghulurkan ‘tali silaturahim’ kepada PAS untuk bersama-sama membina dan membangunkan negara ini mengikut syariat Islam selepas parti itu ‘disepak dan diterajang keluar’ oleh rakan-rakan pembangkangnya.

Puad berkata para perwakilan yang membahaskan ucapan presiden itu juga dilihat menyokong pelawaan itu dan berpendapat PAS tidak lagi boleh diihat sebagai musuh politik UMNO.

Keterbukaan PAS, menerusi kenyataan Abdul Hadi sebelum ini, juga menunjukkan parti itu seperti bersedia untuk menjalin hubungan bersama UMNO, katanya. – Bernama

ULASAN GB

Mwskipun ada kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Naib presiden PAS, Iskandar Samad, kononnya PAS menolak kerjasama dengan UMNO, nampaknya ianya semacam tidak benar apabila Bernama melaporkan Presiden PAS, Haji Hadi Awang akan bertemu dengan Presiden UMNO, Najib Raak minggu depan.



PAS semacam segan silu dengan pelawaan UMNO berkenaan. Dekat tapi jauh, jauh tapi dekat. Kedua-duanya, Timbalan presiden dan Naib Presiden PAS nampaknya telah melanggar arahan Presiden PAS supaya semua pimpinan PAS tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung pelawaan Najib berkenaan.


Ketara mereka tidak wala dengan arahan Presiden PAS berkenaan.

Ketua Penerangan PAS K.Terengganu yang juga Pengarah Jabatan penerangan PAS Pusat, Sdr Ahmad Amzad hashim pernah menyatakan bahawa PAS kini telah mengubah pendekatannya terhadap UMNO.

Pas mengambil pendekatan konstruktif dalam membina hubungan barunya dengan UMNO.

Ketua Penerangan Pas Kuala Terengganu, Ahmad Amzad Hashim berkata, langkah itu diambil kerana berpendapat, cara lama yang digunakan sebelum ini tidak sesuai.

“Perbalahan sesama umat Islam perlu diselesaikan dengan pendekatan konstruktif, bukannya meneruskan dasar destruktif Pas sebelum ini,”

Sementara itu Ketua Pemuda Amanah, Fai Fadhil berkata PAS perlu terima pinangan UMNO.

Umno yang kehilangan tongkatnya sekarang di mana MCA dan MIC sudah ditolak rakyat perlu dipimpin tangannya oleh PAS sebagai tongkat baharu. Tidak cukup untuk PAS yang selama ini hanya memberikan oksigen kepada Umno untuk bernafas semula. Umno memerlukan tongkat baharu untuk berjalan semula dan PAS adalah satu-satunya parti politik yang disebut presiden Umno untuk membantu mereka.

Umno sudah terdesak sekarang. Kebobrokan dalam pentadbiran negara memerlukan nasihat PAS. PAS dan Umno kini dilihat berpegang pada ideologi perjuangan yang sama. PAS kini sudah tiada halangan dalaman lagi untuk menerima pinangan Umno. Golongan yang menentang idea kerjasama dengan Umno ini telahpun keluar parti dan menubuhkan Amanah. Tiada lagi istilah pengkhianat terhadap Amanah kerana PAS boleh membuat keputusan segera menerima pinangan Umno tanpa halangan dalaman.
Apa yang dinyatakan oleh anak bekas Presiden PAS, Ust Fadhil Nor itu juga turut disuarakan oleh penulis terkenal, Mohd Sayuti Omar di dalam blognya, msomelayu.blogspot.com.

Apabila Datuk Seri Najib Razak menghulurkan salam silaturahim secara terbuka kepada PAS di hadapan 2,600 perwakilan Umno, sepatutnya PAS terutama Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang menerima huluran salam itu dengan penuh keinsafan, kegirangan dan tanpa prejudis.

Huluran salam Najib itu tidakkah sesuatu yang ditunggu-tunggu selama ini bukan sahaja sebahagian ahli PAS tetapi para pencinta damai di negara ini. Huluran itu membawa signifikan menunjukkan Umno sangat terdesak dan mengharapkan PAS. Jangan hitung mengenai sejauh mana keikhlasannya.

Tidakkah waktu kini, selepas PAS memutuskan hubungan dengan DAP, parti itu juga mengharapkan ada rakan baharu untuk menggerakkan dan mengapai agenda politiknya?

Kita ucapkan selamat maju jaya kepada PAS dan UMNO.

23 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Wuhuu.. perkembangan sihat PAS UMNO bergabung.. yg balun duit.. terus dapat coverage masuk syurga secara tanpa dihisab.

Eloklah.. parti penyamun berkawan dengan parti agama tiga suku.. semoga bersatu selama2nya terus masuk tong taik.

omar daud berkata...

Salam:


Saya amat mengalu-galukan pemimpin-pemimpin PAS dapat bekerjasama dgn umno.Dgn ini memudahkan rakyat mebuat pilihan yg tepat dlm pilihanraya PR14 nanti.Cuma ada dua pilihan sahaja samada PH atau BN.

Pada pengikut-pengikut bawahan,cuma saya cadangkan supaya mengkaji balik bagaimana Anwar di perlakukan semasa anwar diterajang dari umno.Semasa anwar bersama umno,anwar dipuja melangit,apabila anwar diluar,anwarlah seburuk-buruk manusia,bermula dari,pengkhianat negara, agen yahudi/amerika,geng liberal/lBGT,kaki betina/kaki jantan.Ataupun tuan-puan tak sukakan Anwar cuba kaji balik saudara-saudara/sahabat-andai yg meninggalkan kita di tragedy memali.ataupun amalan ibadat tuan-puan bertambah pahalanya dan dapat mempercepatkan lagi perjalanan semacam kilat bila lalu di titian Sirat di padang masyar nanti jika tuan-tuan bersama umno.ataupun poket tuan-tuan akan penuh,kalau bersama Pembangkang tuan-tuan hanya membonceng kapcai/bila bersama umno tuan-tuan ada Vefire,ataupun wajah tuan-tuan selalu keluar di media perdana,dapat menjadi penebit pencetus umah/atau dapat kontrat mingguan ceramah2 di TV1,2,3,9/ASTRO,Aatau tuan-tuan dapat jadi kerani2 di Jakim,atau tuan-tuan dapat berkongsi dgn umno dapat jadi ahli majlis di PBT Wilayah.atau utk muslimat dapat jdi penerbit tanyalah ustazah.

Usahlah difikirkan pemimpin-pemimpin anda,mereka-mereka nanti akan ditawarkan jawatan ,paling-paling busuk apabila mereka diterajang oleh umno nanti mereka ada pencen yg lumayan.

TEPUK DADA TANYA IMAN.

Selamat sukses pada pemimpin-pemimpin PAS dan Selamat BERFIKIR pada ahli-ahli bawahan.

Wassalam.

Anti Fitnah berkata...

Kekadang kita ditipu syaitan tanpa kita sedari. Tak kiralah sama ada kita ni manusia biasa, pemimpin tempatan mahupun kebangsaan termasuk para Raja-Raja, ulamak, ... atau makcik pakcik Felda. Kita kufur kepada Allah swt tanpa kita sedari.
Seperti sedia maklum bahawa semua manusia di dunia datang dari satu tunjang yang sama iaitu Nabi Adam a.s. Ada yang masih beriman pada Allah swt dan ada juga kufur pada Allah swt. Aku masih ingat akan pesanan Almarhum TG Nik Aziz iaitu aku bersyukur dilahir sebagai Islam dan bukan Melayu. Islamlah yang menjadikan Melayu hebat dan digeruni. Tetapi bila Melayu meninggalkan Islam atau mempergunakan Islam, maka Allah swt akan meminggirkan depa dan kehebatan itu diberi kepada orang lain.
Kita diajar dengan Rukun Iman iaitu kita percaya kepada takdir Allah swt. Semua yang berlaku di alam semesta ini adalah kehendakNya dan rencanaNya. Mana mungkin kita perkatakan bahawa tanpa UMNO, Melayu akan merempat di bumi milik Allah swt ini. Bukankah kenyataan itu telah menjadikan kita syirik kepada Allah swt sebab kita percaya akan kuasa selain daripada Allah swt. Jangan salahkan UMNO sebab kita yang mengiyakan kata-kata pemimpin UMNO sedangkan kita dikurnia oleh Allah swt akan akal yang boleh berfikir. Kita tertipu tanpa kita sedari dan terkufurnya kita ni.
Kita hanya perlukan Islam dan bukannya Melayu. Melayu dapat berkuasa di Malaysia ini pun atas kehendak Allah swt, bukannya UMNO atau Raja-Raja. Setiap yang hidup akan mati atas kehendak Allah swt. Dan itulah takdir yang harus kita terima. Kita berusaha dan Allah swt yang menentukan. Adakah apa yang kita usahakan itu selaras dengan kehendak Allah swt???
TG Haji Hadi adalah manusia biasa juga. Di Malaysia, hanya orang yang berilmu agama sahaja dikenali sebagai ulamak. Ulamak di Malaysia hanya pandai dalam ilmu agama dan bukan seperti ulama dahulu kala yang pandai bukan sahaja dalam ilmu agama tapi ilmu dunia. TG Hj Hadi memang boleh dihormati atas ilmu agama beliau tapi beliau dipandang "serong" bukan kerana ilmunya tapi sikap dan tindakannya. Cuba lihat bagaimana caranya sahabat Nabi Muhammad saw (peraih hadis)? Kalaulah dengan cara TG Haji Hadi bercakap dan bertindak, TG Haji Hadi sudah terjatuh dalam golongan yang tidak boleh dipercayai kata-katanya. Kalau tidak silap saya, hadis daripada seorang yang cuba menipu kuda pun tidak diterima hadis oleh peraih. Ini pulak dok maki, cerca, .... Kasihan melihat Guru saya ini. Ya, Allah swt ya Tuhan aku, selamatkanlah Haji Hadi agar kembali kepada pangkal jalan. Jalan yang diingini oleh Kamu, Ya Allah. Kalaulah benar Engkau yang membenarkan Haji Hadi dihina sedemikian, maka aku redha sebab hanya Engkau, Ya Allah. Engkau sahaja yang tahu akan segala-galanya tindak tanduk manusia seperti kami ini.
Sedarlah wahai umat Melayu, Islam dan Melayu tidak boleh disamakan. Utamakan Islam dan janganlah engkau mengikut jejak mereka yang kufur pada nikmat Allah swt. Kembalilah ke pangkal jalan yang menuju ke syurga Allah swt. Syaitan tu amat licik sehingga manusia terpedaya.
Wallahua'lam.

Timnajib Jomfikir berkata...

Apa yang mereka rancang,sehingga kini berjalan seperti dirancang..

Apabila sah sahaja mereka berjabat tangan dan berpelukan antara satu sama lain di atas pentas nanti. InsyaAllah Hadi akan kehilangan pengikut,pengundi dan ahli PAS buat selama-lamanya.

Kepada Hadi Awang,sekarang bola di kaki anda. kalau kamu seorang Ulama yang bijak seperti para sahabat Nabi, kamu tahu apa yang kamu akan lakukan terhadap bola tersebut.

Tanpa Nama berkata...

GO AHEAD BERGABUNGLAH. WHY MUST SHY? SEBAB U 2 IBARAT BAPA DENGAN ANAK SAMA SHJ. 1 NAK PERJUANGAN BANGSA MELAYU, YANG SATU NAK BELA BANGSA MELAYU BERAGAMA ISLAM (MUALLAF ITU BUKAN BERAGAMA ISLAMKAH PAS? MANA HAK AKU SEBAGAI SEORG YG BERAGAMA ISLAM WAHAI PAS). UMNO I TAK NAK KOMEN MEMANG JELAS DAN BERSULUH BELA BANGSA MELAYU. U PAS LU PEGANG NAMA ISLAM LU KENA INGAT ISLAM BUKAN UTK ORG MELAYU SHJ WALAUPUN MAJORITI UMAT ISLAM DI MALAYSIA ADALAH BANGSA MELAYU YG ISLAM HANYA SEKADAR PD NAMA SHJ. I BERANI KATAKAN ONLY 1% SHJ YG U CAN SAID TRUELY A MUSLIM DIKALANG 99% BANGSA MELAYU. WHY SBB MOST OF THEM LUPAKAN AKHIRAT INGATKAN DUNIA DAN ULAMA MELAYU PULA LUPA DUNIA INGATKAN AKHIRAT. DO U FORGET 2 OF 5 RUKUN ISLAM ADALAH MELIBATKAN TANGUNGJAWAB KITA DI DUNIA NI IAITU MENUNAIKAN ZAKAT DAN MENGERJAKAN HAJI DI KOTA MAKKAH. IF U ULAMA PAS SAID U ARE TRULY MUSLIM PLZ AMBIL CERMIN DAN CERMINKAN DIRI U AND ASK URSELF MCMMANA U NAK LAKSANAKAN DUA RUKUN ISLAM INI YG MANA IA TIDAK BLH DILAKSANAKAN DENGAN HANYA MEMINTA DERMA. IF THIS 2 RUKUN ISLAM U TAK LAKSANAKAN U ARE NOT QUALIFIED TO BE CALL TRUE MUSLIM. I HOPE PARTI AMANAH PLZ REMEMBER TAKE CARE MUALLAF SEBAB DIAORG ADALAH BERAGAMA ISLAM SINCE PAS DAHPUN ABAIKAN DIAORG. PLZ REMEMBER THAT.

Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua.
Pertemuan akan datang pasti akan membuahkan hasil yg lumayan.
Walau apa pun ungkapan dari ahli pas ,kita yakin..

PM KITA BOLEH MAKAN TUAN HAJI.

Akan datang tiada lagi slogan 2.6.

Untuk Muyiden dan Apedal...salam persahabat telah PM hulurkan.
Walau pun dgn muka sinis di sambut tapi percayalah..

Drama ini telah berakhir.

Kalau Pak Yeden dan Pak Apdal masih lagi mengomel....awas pikir baik baik..

Kalau Anuar boleh ke Sungai Buluh ...tak ada sebab kamu berdua tak boleh.

Kalau setakat serban besar tu memang tak mampu berhadapan dgn PM.

Kalau kita imbas kembali,tentang perbezaan perhimpunan umno dan pas
saya rasa umno lagi nampak pembelaan kpd rakyat.

Muktamar pas yg lalu langsung tak sentuh tentang perbelanjaan rakyat
iaitu GST ,TOL ,LETRIK dll.

Tapi umno ucapan ketua pemuda ada sedikit sifat kesungguhan membela rakyat.


Oleh itu ,tak perlu kita memujuk rayu kpd presideng.
Semuanya telah jelas ..
Kalau ahli Pas tak faham ...maknanya anda jua lebih teruk dari ahli umno..
Betul tak apa yg saya fahamkan ini...????

Tanpa Nama berkata...

yg berkuasa buat keputusan pas adalah hadi. org lain cuma buat rencah aje.

pas Selangor kelihatan tidak menyokong ug tp mrk jugalah yg pernah bersekongkol dgn klahid bebas. krn ingin mengekalkan jwtn dan gaji menantu abah yg lumayan, pas Selangor dibenarkan utk kelihatan tidak menyokong ug...

aku pasti jika umno berkuasa diselangor, pas Selangor dah tentu akan jadi kuncu umno dan menyokong segala tindakan yg pro umno.

aku harap rani kipidap akan bertanding digombak pru depan supaya aku boleh undi dia...

An Anonymous berkata...

Jangan silap tuan2 .. Pas masa mula2 ditubuhkan tidak langsung perlukan sokongan DAP..

Abdul Said berkata...

Bukankah saya sudah tulis berkali-kali yang PAS = UMNO, undi PAS = undi UMNO, undi Hadi = undi Najib. Zaman dahulu semasa umat Melayu miskin segalanya (sekarang ni kaya ke?) dan diancam oleh pihak yang dianggil komunis (itu pun tak tentu semua komunis) maka Melayu yang serba lemah ini dibantu oleh tentera Kristian dari UK, Australia, New Zealand dan Fiji. Maka selamatlah bani Melayu kali itu. Sekarang bani Melayu sedang dalam zaman bobroknya. Yang hak dan yang batil bercampur gaul sehingga yang batil sudah nilang keburukannya dan yang hak sudah tiada kesuciannya. Ianya seolah-olah ketulan-ketulan emas yang jatuh kedalam sebuah tong taik. Orang ramai sudah tidak nampak taik dan mereka sudah mula memanggil tong itu tong emas. Kali bani Melayu akan hanyut terus kecuali mereka yang yakin dengan Al Quran dan patuh kepada suruhan Rasulullah s.a.w. Pandai-pandailah tuan-tuan menjalani hidup. Kepada Umat Islam bukan bani Melayu pandai-pandailah tuan-tuan mencari kebenaran Islam dan janganlah biarkan diri tuan-tuan terjerat dengan amalan-amalan bani Melayu yang menyerupai syariat tetapi amalan-amalan itu sebenarnya tidak kena mengena dengan syariat yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Tanpa Nama berkata...

Hadi perasan dia ulamak besar. Dia rasa keputusan yg dia buat adalah yg terbaik. Hadi sudah lupa daratan. Tunggulah bala Allah ke atas kamu akibat menyokong kezaliman.

Tanpa Nama berkata...

PAS kini sudahpun menjadi parti lawak jenaka. Elok juga dibuat sitcom tv hiburan keluarga. Agama dijadikan sambal belacan untuk dicicah disedapkan dgn duit yg dirembat berbillion2.. entah cecah berapa trillion quadrillion.

Sudahlah merembat berbillion2, tok2 aji pun nak tumpang sekaki hidup mewah anak menantu jugak. Jual agama memang untung dan laris. Serban rasulullah adalah pelaris menjual agama.

Inilah berkatnya harga barang "Ketentuan Allah" daripada Al-ostat Fathul Bari. Kini Allah jualah sandaran kenaikan harga. Sampai hati mereka gunakan nama Allah untuk membodohkan bani Melayu. Haji Hadi dan Harun Din, berhentilah menjadi wakil tuhan.

nick berkata...

Adakah ada lagi rakyat yang begitu "naif" percaya bahawa majlis Alumni AlAzhar yang akan dihadiri oleh Najib dan Hj Hadi sebaik sahaja tamatnya PAU (dimana Najib menghulurkan tangan mengesa PAS bergabung dengan UMNO) adalah satu "kebetulan" sahaja? Adakah rakyat juga percaya PAS ketika berkerjasama dengan UMNO untuk mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor dulu adalah satu kebetulan yang bertujuan memelihara Kerajaan negeri Selangor dari jatuh ke tangan UMNO??? Adakah rakyat masih percaya bahawa sokongan dan dokongan yang diberikan oleh Tuang Presideng PAS serta Murshidul Am kepada Najib berikutan skandal derma 2.6 billion dalam akaun peribadi tu, satu kebetulan sahaja dan tidak bertitik tolak dari hasil usaha persefahaman dan kerjasama antara Tuang Presideng, Murshidul AM dan Najib? Adakah rakyat percaya bahawa kelunakan serta kelembutan PAS dalam menangani hal2 salah laku UMNO serta "sikap berkecuali" mereka dalam pembentangan belanjawan 2016 (yang zalim kepada rakyat) adalah kebetulan sahaja dan tidak ada perancangan serta persefahaman diantara pemimpin2 elit PAS dan UMNO? Adakah rakyat percaya bahawa huluran tangan Najib kepada PAS dibuat tanpa ada perbincangan awal serta persetujuan tak rasmi? Adakah rakyat masih percaya bahawa tanpa UMNO, Malaysia akan musnah dan kiamat kan tiba?

Sudah sampai masanya, rakyat bangun dari lena dan mula berfikir tentang masa depan negara dan anak2 kita semua. Tinggalkan fahaman2 karut seperti Dulu, kini dan selamanya atau "Kepimpinan Ulamak" kerana kedua2nya itu tidak lebih dari "slogan' sahaja yang tidak mempunyai nilai, malah jika dibawa kehadapan Allah Azzawajalla sebagai hujah, tidak dapat memberikan kita sebarang syafaat melainkan tempelak, kerana kita secara jahil percaya kepada sesuatu tanpa ilmu dan tanpa menggunakan akal.

PAS dan UMNO itu sudah bergabung pada dasarnya, cuma yang tidak diberitahu atau dicanangkan adalah perasmiannya sahaja. Tak percaya? Bukankah kalau tidak ada niat, sudah awal2 lagi Tuang Presideng PAS dan Murshidul AM, iaitu pemimpin tertinggi (lupakan TITM dan exco Selangor tu) PAS berkeras menolak dan mengeji UMNO? Kenapa mereka masih membisu dan menggesa ahli2 serta pimpinan lain juga tidak mengeluarkan kenyataan? Tidak mahu tapi masih tidak menolak? Itu maknanya sudah ada niat mahu tapi masih takut2 nak istihar je! Takut hilang jawatan dan hilang ahli secara borong!

Nick.
Cape Tiger.

Tanpa Nama berkata...

Hahaha komen terbaik 2015! Syabas!

Tanpa Nama berkata...



UMNO 'masuk' Islam.
PAS 'terkeluar' dari Islam.

Tidak mengapa Anwar di penjara dengan cara Fitnah kerana ini lah politik. Pak Lah usahakan Islam Hadhari di bidas dan di tolak begitu sahaja oleh PAS. Najib yang 10 kali teruk dari Najib di sambut oleh PAS.

Ahli sesama ahli bermaki-maki antara satu sama lain. UMNO menuduh PAS menguna agama dan PAS menuduh UMNO hina agama. Mustahil kerjasama ini untuk kebaikan agama. Satu pihak menguna agama dan satu pihak menghina aganma.

Tanpa Nama berkata...

ada chan lah menantu abah jadi menteri kali nie..

Tanpa Nama berkata...



UMNO dan PAS sama macam Trump. Trump juga menguna agama untuk kempen politiknya!

Bagaimana penerimaan kita bila Trump tidak membenarkan orang Islam masuk Amerika ?

Siapa yang menghalau Cina rakyat Malaysia ?


Tanpa Nama berkata...

Hadi...kaya kaya kaya kaya..jepong... paris... london... sydney...istanbul...lombong...kaya kaya kaya

Tanpa Nama berkata...

Sbb tu pas hanya menang 1 kerusi...dan tak dapat perintah negeri.

Tanpa Nama berkata...

niat dan hajat hadi dan haron selama ini hampir berjya.kita doakan agar Pertemuan dan bersma dengan Umno akan berjaya .kita lihat nnati apa tindkan golongn ahli Pas yang benci kepada Umno selama ini.Kalau selama ini Pas menghentam DAP dan apakah Pas lupa bahawa bersma Umno erti juga bersma MCA ,MIC ,dan parti2 lain dari sabah yang kebnayakanya keritian.biarkan Hadi dan Haron serta kuncu2nya membawa Pas ke dalam Tong Taik.

Tanpa Nama berkata...

Hj Hadi dan Haron Ding memnag dah lama berhajat untuk bersama Umno tetapi selama ini di halang oleh al marhum TGNA dan Anwar,kini setelah kedua2 mereka tada dialam politik maka rancanagan Hadi dan Haron terus mara dan akan berjaya .hidup Pas dan Umno/PAS+UMNO =Pas No.

Tanpa Nama berkata...



Hj Hadi duduk dalam PAS adalah nampak macam hebat sikit. Maksud nya nampaklah sikit macam pemimpin sebab di angkat oleh ahli-ahli yang memilih pemimpin kerana agamanya.

Dalam PR nampak Hj Hadi tidak mampu menujukan kehebatan nya sebagai pemimpin yang mempunyai visi dan idea.

Dalam UMNO tenguk lah nanti selepas tiga bulan ... jangan pakai serban pun sampai senget..

Memang perancangan UMNO hebat dan teratur tapi Allah pun merancang dan mengatur.

Tanpa Nama berkata...

Pas dah macam pelacur. Umno nak, PKR pun nak. Kat sgor dgn DAP pun boleh jugak.
sumua demi kuasa dan ringgit

pokjie berkata...

meme terbaik komen ni...tong taik.hahaha