
Baginda turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang. Adalah satu perkara yang menyedihkan apabila kehidupan dan hak individu itu dijadikan satu publisiti dan topik hangat untuk disebarkan (melalui media massa) kepada orang ramai.

Undian SMS yang bersetuju MB Selangor mengekalkan Elizabeth Wong sebagai ADUN Bukit Lanjan melonjak dari 70% pada berita sebelah petang kepada 90% pada berita sebelah malam.
HAKIM MOHD ARIFF MOHD YUSOF TARIK DIRI

Pagi tadi, Mohamad Ariff memberitahu mahkamah bahawa beliau terpaksa menarik diri untuk mengelak sebarang tanggapan negatif kerana urusan lampau.
Dalam reaksinya, Nizar berkata, beliau menghormati keputusan pesuruhjaya kehakiman tersebut. Dengan keputusan penarikan diri itu, perbicaraan ditangguhkan kepada satu tarikh yang diberitahu kemudian.
2 ADUN PERAK BUAT LAPORAN SPRM DAKWA DITAWAR RM20 JUTA UNTUK KELUAR PARTI

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di sini ialah Adun Malim Nawar Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Bercakap kepada pemberita di luar pejabat itu, Keshvinder berkata beliau menerima pelbagai tawaran daripada beberapa agen mendakwa mewakili Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan seorang daripada agen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.
PAS TANJUNG BUAT LAPORAN POLIS KE ATAS YDP MAJLIS AGAMA PULAU PINANG

Pas tanjung membuat laporan polis terhadap Yang Dipertua Majlis Agama Pulau Pinang Shahbudin Yahya mengenai kenyataannya wujud Majlis Perunding Agama di negeri itu.
Laporan polis dibuat oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Tanjung Yaakob Omar. Yaakob berkata DAP tidak pernah menghina Islam seperti didakwa seperti yang disiar di Utusan Malaysia kelmarin.
"Kenyataan beliau adalah fitnah dan berbau perkauman. Tuduhan beliau (Shahbudin) terhadap YAB Lim Guan ENg dan 3 orang Melayu yang diakatakan ada bersama adalah berniat jahat dan boleh menyebabkan ketegangan kaum," kata Yaakob.
PENYOKONG PKR BAWA LEMBU KE SPRM

Perhimpunan yang dipimpin Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, bermula pukul 2.15 petang, berarak mengikut sebuah lori yang membawa seekor lembu ke pejabat SPRM di Plaza Masalam.
Mereka turut membuat aduan baru di SPRM dan berada di situ kira-kira 45 minit. Ketika ditemui media sejurus selepas itu, Shamsul berkata, AMK menghadiahkan lembu tersebut kepada SPRM sebagai simbolik agar mereka tidak berterusan menjadi 'lembu yang dicucuk hidung' oleh Barisan Nasional (BN) khususnya Umno.
KES LIWAT ANWAR

Terdahulu pada sidang mahkamah pagi tadi, Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden kekal mengetuai pasukan pendakwaan kes liwat Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim ekoran keputusan pihak pembela untuk menarik balik permohonan menggugurkan beliau.
Ketua pasukan peguam Anwar, Sulaiman Abdullah berkata, Mohd Yusof telah menghantar afidavit yang membuat perakuan bahawa beliau tidak mempunyai kertas siasatan insiden mata lebam bekas Timbalan Perdana Menteri itu walaupun beliau menganggotai Suruhanjaya Diraja menyiasat insiden tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan