1 Dis 2016

[VIDEO] Kisah Sedih: Balak Dilahapkan, Orang Asli Ditangkap & DIgari, Pondok Mereka Dirobohkan!

Belum habis Orang Asli nyanyi lagu Negaraku, Perhutanan Kelantan mara roboh sekatan

Dilihat banyak pihak sebagai tidak berperikemanusiaan, kerajaan negeri Kelantan tetap berdegil meredah sekatan jalan (blockade) Orang Asli di Gua Musang semalam walaupun mereka sedang menyanyikan lagu Negaraku.

Satu rakaman video yang mulai tersebar pagi ini memaparkan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan menggunakan pembesar bersuara meminta Orang Asli yang berkumpul di sekatan Simpang Petei itu supaya berundur dan mengosongkan lokasi tersebut.


Turut dimaklumkan dalam video yang menyaksikan kedatangan ramai anggota polis dan Pasukan Gerakan Am (PGA) adalah untuk merobohkan binaan di sekatan itu dengan alasan menyalahi Enakmen Perhutanan Negara.

“Tuan-tuan diminta berundur dan mengosongkan kawasan ini,” dipetik daripada rakaman video berdurasi dua minit itu sebelum lebih 200 anggota pihak berkuasa terbabit mara sebaik palang buluh yang merentangi laluan balak itu diangkat.

Sumber aktivis di tempat kejadian memberitahu Malaysia Dateline, operasi berkenaan telah memusnahkan tidak kurang 20 bangsal dan binaan Orang Asli yang berfungsi sebagai tempat mereka berkumpul bagi menghalang lori balak keluar dari kawasan Hutan Simpan Kekal (HSK) Balah, Perias dan Stong Selatan dengan menggunakan gergaji berantai.

Sementara itu, seramai 47 Orang Asli ditahan dalam operasi merobohkan 35 bangsal semalam.

Turut dirampas dua bilah parang dan sumpit selain menyita beberapa unit motosikal milik Orang Asli.

Timbalan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Mohd Radhi Chu Abdullah dilaporkan berkata, mereka ditahan mengikut Seksyen 32, Seksyen 47 dan Seksyen 81 Enakmen Perhutanan Negara 1984 (Pindaan 1993) kerana menduduki dan memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran.

Konflik Orang Asli dengan kerajaan negeri yang dilihat berpihak pada kepentingan syarikat pembalak berlaku apabila masyarakat tempatan mendapati aktiviti pembalakan di kawasan didiami mereka semakin mengancam sumber air dan makanan.

Malangnya, saranan Orang Asli terbabit supaya kerajaan negeri menghentikan aktiviti pembalakan terbabit tidak dilayan bahkan pada 28 September lalu, terdapat Orang Asli nyaris terputus kaki dalam usaha menghalang pihak syarikat pembalak daripada memasuki wilayah tanah adat mereka.

Turut mengejutkan pada hari kejadian apabila dua das tembakan dilepaskan oleh salah seorang daripada kira-kira 30 individu terbabit dipercayai bagi menakutkan dan menggertak Orang Asli yang membuat sekatan di Simpang Petei, Pos Tohoi itu.

Masyarakat Orang Asli mengambil keputusan membina sekatan terbabit selepas notis tuntutan kepada syarikat pembalak serta aduan kepada Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak berhasil.

Rayuan sama turut diajukan kepada kerajaan negeri Kelantan dan Pejabat Perdana Menteri serta memorandum kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) tetapi masih gagal menghalang aktiviti pembalakan di tanah adat yang didiami keturunan mereka sejak bergenerasi lalu.

Untuk rekod, sebanyak 100,000 hektar hutan di Gua Musang iaitu dua kali ganda keluasan negeri Perlis musnah akibat aktiviti pembalakan sejak 20 tahun lalu.

Perhutanan Kelantan menuduh Orang Asli menceroboh walaupun mereka sudah bergenerasi mendiami kawasan hutan di hulu negeri itu. -MD


‘Apa salah ayah, dia hanya pertahan tanah kami’

GUA MUSANG, 30 NOV: Penahanan dan operasi pemusnahan blockade serta pondok Orang Asli di Gua Musang oleh Kerajaan PAS Kelantan semalam terus mendapat perhatian rakyat negara ini.

Tindakan itu tambah mencetuskan tidak puas hati rakyat apabila seramai 49 Orang Asli ditahan dan dalam operasi tersebut.

Rentetan itu, orang ramai, kumpulan masyarakat sivil dan parti politik yang mula berhimpun di Gua Musang sejak malam tadi mengadakan himpunan solidariti di Ibu Pejabat Polis Daerah menuntut agar kesemua Orang Asli yang ditahan dibebaskan segera.

Bagaimanapun pembebasan 49 tahanan Orang Asli itu tertangguh apabila Mahkamah Majistret Gua Musang hari ini membenarkan permohonan reman Timbalan Ketua Polis Gua Musang, DSP Yap Sow Sing selama 2 hari, daripada 7 hari yang dimohon.

Lebih 100 orang asli dari seluruh negara termasuk dari Pahang, Perak, Melaka, Johor dan Negeri Sembilan pada hari ini telah datang ke Gua Musang memberi sokongan ke atas penangkapan saudara-saudara mereka.

Mereka berarak dari IPD Gua Musang ke mahkamah majistret Gua musang.

Menurut Inah binti Amat, saudara kepada salah seorang tahanan iaitu Saudi a/l Asli, dia hadir pada hari ini untuk menuntut supaya semua tahanan dibebaskan segera.

“Saudi adalah adik saudara saya, saya sedih dia ditahan,” katanya sebak.

Inah berkata, kawasan hutan yang dimusnahkan pembalak telah memberi kesan buruk kepada masyarakat Orang Asli di mana sumber makanan, pendapatan, perubatan dan adat istiadat terjejas.

Kemelut balak melibatkan kerajaan PAS Kelantan dan Orang Asli Temiar di Gua Musang yang mencapai kemuncaknya semalam juga menyebabkan Herry Boy bin Angah yang merupakan seorang pelajar di sebuah institusi swasta Kuala Lumpur pulang ke kampung halaman.

Ia berikutan penahanan ayahnya Angah bin Tengau dalam operasi penangkapan pihak berkuasa semalam.

“Saya marah, mereka memperlakukan ayah saya seperti penjenayah.

“Dia (ayah) tidak buat apa-apa kesalahan, dia hanya mempertahan, melindungi sumber untuk anak-anak dan demi masa depan kami,” ujar Herry.

Katanya, dia terus memberikan sokongan kepada perjuangan masyarakatnya yang tertindas sehingga pembalakan dihentikan.
-Roketkini




ULASAN GB

Sungguh menyayat hati.

Semenjak berkawan rapat dengan UMNO, PAS sudah meniru dan mengambil-alih banyak perangai dan tindak-tanduk UMNO.

Tidak berupaya untuk mencari sumber selain dari balak untuk meneruskan pemerintahan di Kelantan. Maka dilakukan apa saja cara bagi mempastikan pembalakan dapat diteruskan.

Dan kehidupan orang asli menjadi mangsa.

Di sebelah tangan PAS beriya-iya hendak membela Rohingya di Myanmar, tetapi di sebelah tangan yang lain kerajaan PAS sendiri menzalimi kaum orang asli di Kelantan.

GB tertarik dengan keratan-keratan di bawah ini:






FEATURED ADS



39 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Perangai pas kelantan mcm syaitan..aku doakan Allah balas segera perbuatan org2 yg zalim...turunkanlah bala bencana kpd penzalim2 agar mrk sedar kuasa Allah...

Tanpa Nama berkata...

Semoga Allah memberi kekuatan kpd org2 asli tersebut. Insyaallah

Naazar berkata...

Baru2 ni guru tauhid aku bagi tahu.... akhir zaman nanti hawa nafsu jadi ketua dan ilmu/agama jadi pengikut....... tup tup hari ni dah berlaku SERAMBI MEKAH ?????
Ker guaner Tuang Presideng??????
Amber dengo tuang presideng akang sepentas dengang PM nak berdemo membantah kekejamang myanmar ke atas rohingya.....tak berase malu ker tuang presideng bile kerajaang pas kelantan melakukang kekejamang ke atas orang asli !!!!!

Tanpa Nama berkata...

Sejak berkawan dgn umno perangai pun mcm umno.
Umno yelah berjaya mempengaruhi lebai2 dan bukan lebai2 yg mempengruhi umno.

Perangai lebai hadi tak ubah mcm perangai yaser arafat

Tanpa Nama berkata...

KEPUTUSAN INI ADALAH KEPUTUSAN KERAJAAN.. Maka pegawai-pegawai penguatkuasa hanya bekerja dan mengikut arahan. Mereka terpeksa mengikut arahan.
Yang berkuasa adalah Kerajaan Negeri.. Jika tidak ada arahan, ini tidak akan berlaku.
Maka kepada seluruh orang asli yang berdaftar mengundi dan para simpati di seluruh Negeri Kelantan, SILA TOLAK KERAJAAN ZALIM atas nama ISLAM ini.. JANGAN pilih dan undi PAS.

Peristiwa ini memberi gambaran bahawa KERAJAAN NEGERI KELANTAN di bawah PAN MALAYSIAN ISLAMIC PARTY (PAS) tidak mengambil berat terhadap masalah dan suara rakyat. SULTAN KELANTAN mesti masuk campur supaya tidak dilihat sultan yang tidak ada kuasa.

Ini adalah pandangan dari luar Kelantan, yang syok sendiri dengan gelaran serambi Mekah.

Unknown berkata...

Haji Hadi mengajak orang berhimpun memperjuangkan
nasib orang ROHINGYA, sedangkan nasib orang Asli
yang kamu tindas sama macam nasib orang Rohingya.
Jagalah backyard sendiri dulu, baru amik tahu hal
orang lain. Sungguh memalukan. Mengaku sahaja
ulamak terulung, perangai macam JUNTA MYANMAR

Tanpa Nama berkata...

MENTERI BESAR TIDOR. TAUKEH BALAK KAYA.ADA HARAPAN PAS TUMBANG.

Tanpa Nama berkata...

Mana mad yakob mb senyap tupah. Ramai org bertanya kelatan ado mb ko?? Ado mad yakob gi melawat org asli gua musang? Nik amar range rover ko mb kelate. Apo dah jadi kelate?? Hihihihi

Unknown berkata...

Kepada ZAHID HAMIDI: Jagalah botot kuali sendiri,
sebelom nak menjaga bontot periok orang. Take care
of your own backyard first before U become busybody
nak jaga backyard orang.

SUNGGUH MEMUALKAN.

Benbrahem berkata...

Kesimpulannya: bahana makan dedak telah melunturkan aqidah para lebai yang kononnya mahu menegakkan syariat Allah. Tegasnya penagih dedak lebih bahaya dari penagih dadah.

Tanpa Nama berkata...

Kelantan di bawah ulamak agama PAS kini dah jadi SERAMBI BERHALA MEKAH. Tahniah PAS..

Tanpa Nama berkata...

Dah lama gelaran Serambi Mekah tak di guna pakai lagi .. Dah tukar. 'Jamban Marang'

Tanpa Nama berkata...

apa yang taib mahmud buat kepada orang penan di sarawak tidak pula menyayat hati kalian................

Tanpa Nama berkata...

Lobai2 penindasan yg mereka buat tak nampak..
Tapi..kat luar negara blh pulak nampak

Tanpa Nama berkata...

Sepatutnya PAS tuntut royalti minyak sebab UMNO nak berbaik dengan PAS. Kenapa tak di buat salah-satu syarat untuk bekerjasama ?

Tanpa Nama berkata...

Lobai2 penindasan yg mereka buat tak nampak..
Tapi..kat luar negara blh pulak nampak

Tanpa Nama berkata...

PAS memang tak boleh berunding. Kalau berunding pun, orang lain semua tak betul.

Hal-hal yang begitu besar dan penting bagi ahli nya sendiri pun boleh ditangguh-tangguhkan berbulan-bulan tapi hutan balak tak boleh pulak di tangguhkan.

Hj Hadi boleh berbincang dan bertolak ansur dengan musuh tradisi tapi tak sanggup berbincang dengan rakyat.

Tangan-tangan manusia seperti ini lah yang merosakkan bumi ini.

Yang bertindak kejam di Myanmar ia lah tok-tok sami dan yang zalim di Gua Musang ialah tok-tok Lebai.


Tanpa Nama berkata...

apa? abis pemimpin PAS nak ikut Taib Mahmud?

Tanpa Nama berkata...

MB kelantan dan seluruh pimpinan kerajaan negeri tak rasa malu ke? Mudah2an mereka sempat bertaubat sebelum nyawa tercabut dari jasad.

Tanpa Nama berkata...

Klau tok kenali masih hidup pakai nampak ada yg kena makan capal dia

Unknown berkata...

Sampah

Unknown berkata...

Nie le lebai bila memerintah lebih rkus dr jamal pak tongkol

Unknown berkata...

perhimpunan ruu dan rohingya tu untuk test market..
laku ke tak paspispuspigs ni lagi,
secara tak langsung nak tunjuk kekuatan walaun pada lanun bugis,kalau lanun bugis puas hati,topap dedak lagi,sebagai bantuan talihayat umno dlm pru

Malaysiabaru berkata...

ULARMAK KELANTAN SAMA MACAM WAHABI SAUDI

30NOV. SAUDI POTONG KELUARAN MINYAK BESAR BESARAN. HARGA MINYAK DUNIA BAKAL MELAMBUNG!!!

AKIBAT SAUDI BIOL NIH RUSIA DAN AMERIKA BAKAL JADI PENGELUAR UTAMA DUNIA

NABI DAH CAKAP JGN AMBIL UNTUNG BANYAK TAPI CILAKA SAUDI TAK DGR XKP NABI...

Unknown berkata...

Norizam Yasin:
ADIL, TEGAS dan IKHLAS

Wan Azizah Wan Ismail mintak Kerajaan Kelantan berlaku adil, tegas dan ikhlas terhadap Orang Asal yang ditangkap. Suruh Kerajaan Kelantan mintak pihak berkuasa bebaskan mereka.

1. Tangkap orang yang langgar undang-undang itu tidak adil?, 2. PKR dan PH sokong pihak yang langgar undang-undang?, 3. Blockade berbulan-bulan sehingga menjejaskan sumber pendapatan pekerja, Orang Asal yang lain, keluarga mereka serta sumber pendapatan Kerajaan Negeri yang digunakan untuk bantu jutaan Rakyat Kelantan itu satu tindakan yang adil?, 4. Kerajaan Kelantan tidak arah pun tangkapan, bagaimana Kerajaan Kelantan boleh arahkan mereka yang langgar undang-undang untuk dibebaskan? Hanya Mahkamah yang boleh bebaskan pesalah. Bila Pakatan Harapan memerintah nanti, adakah Pakatan Harapan akan guna cable politik untuk arahkan Mahkamah bebaskan pesalah yang mereka mahu?

Kerajaan Kelantan tidak pernah dan tidak akan mencampuri institusi keadilan. Bukankah itu urus tadbir yang baik dan berintegriti buat sebuah Kerajaan yang menunggu?

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas adalah Kerajaan yang tidak membiarkan diri mereka diugut oleh segelintir kecil manusia yang tidak pun mewakili kepentingan majoriti Orang Asal di Kelantan.

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas adalah kerajaan yang akan melindungi kepentingan jutaan Rakyat Kelantan yang sedang diancam kehilangan lebih 20% sumber pendapatan Negeri.

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas tidak akan menggunakan 90 dalil untuk menjatuhkan seseorang.

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas dah pun bagi berbulan-bulan tempoh masa kepada mereka yang melanggari Akta Perhutanan untuk menghentikan segala blockade yang dibuat.

Kerajaan Negeri yang adil, tegas dan ikhlas takkan biarkan ribuan ekar tanah Rakyat diserahkan begitu sahaja kepada kelompok kecil tertentu dengan membelakangkan hak jutaan Rakyat Kelantan yang lain dalam urusan pemilikan tanah.

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas takkan biarkan undang-undang yang digubal secara demokratik diremehkan sekelompok kecil manusia yang tidak bertanggungjawab.

Dan

Kerajaan yang adil, tegas dan ikhlas takkan biarkan kedaulatan sebuah Kerajaan Negeri yang telah diberi hak oleh Rakyat melalui proses demokrasi yang sedia ada dilacurkan sekelompok kecil manusia yang pentingkan diri.

Kepada Kak Wan dan Pakatan Harapan, berlaku adil, tegas dan ikhlaslah terlebih dahulu sebelum nak suruh orang lain berlaku adil, tegas dan ikhlas.

Jangan lupa isu alam sekitar yang dibangkitkan bekas pemimpin kamu di Selangor dan jangan lupa juga projek tambak laut serta penggodolan bukit di Pulau Pinang.

Jangan bercakap soal hak Orang Asal jika hak Orang Melayu di P.Pinang masih tak diselesaikan. Berlaku adil, tegas dan ikhlas jugalah kepada mereka. Dan berlaku adil, tegas dan ikhlas jugalah kepada rakan tahaluf siyasi kamu sendiri iaitu PAS.

Yang menzalimi kata mereka dizalimi.

Yang dizalimi itu pula diminta adil, tegas dan ikhlas.

Begitulah hakikatnya akhir zaman.

Salam Hormat buat Kak Wan.

Sekian.

Huzir Sulaiman
2 Rabiul Awal 1438 / 30 Nov 2016

Tanpa Nama berkata...

Cian org asal kt gua musang....xder pembelaan oleh pemerintah pas...siap kena tgkap lg tu..mana org yg ngaku ulamak ni....islam ni kan pembela...nabi x ajar cara camni oii!...nabi sndri pun boleh suapkn mkan kt mulut yahudi...nk tunjuk baiknya akhlak nabi tu ngn org bukan islam... ingat pesan nabi s.a.w bahawa akhir zaman byk ulamak suk..iaitu ulamak jahat...semoga x termasuk la korang dlm golongan tu....jgn bersekongkol dgn kezaliman...Allah x suka...azabnya amat pedih.

Unknown berkata...

Apa untungnya Saudi menjadi pengeluar utama jika harga merudum menguntungkan negara bukan pengeluar. WALLAHUAALAM.

Tanpa Nama berkata...

Mana-mana hutan di tebang, ..walaupun sebatang pokok dengan sesuka hati, demi keuntungan semata-mata adalah sangat mendukacitakan. Keindahan alam ciptaan Tuhan di rosakkan begitu sahaja.

Jika tidak simpati pada orang asli, sekurang-kurangnya 'kasih' lah pada alam.


Tanpa Nama berkata...

Jika mereka di dakwa menceroboh bermakna hutan simpanan yang menjadi tempat tinggal semakin terhad.

Berapa ramai penduduk Perlis dan berapa ramai penduduk asli dalam hutan simpanan? Dakwaan mereka mengikut enakmen hutan negara (kerana menduduki dan memasuki kawasan hutan simpan tanpa kebenaran. ) adalah mengarut.


Hormat pada lagu Negara ku pun hilang kerana ketamakan kerajaan negeri macam lah lagu Negara ku di nyanyikan selama 60 minit. Lain kali sebaik-baik nya buat solat hajat.

Tanpa Nama berkata...

Pas ganti umno..ganti perangai setan..jadi lebih setanng

Tanpa Nama berkata...

Minyak dijual macam jualan durian. Baru berbunga dah dijual secara borong. Negara besar sentiasa simpan minyak kerana minyak dibeli secara pajakan.

Tak mustahil minyak negara telah di pajak oleh China.

Tanpa Nama berkata...

PAS bukan tangkap orang. Tangkap orang ini ialah jika berkaitan hak dia sendiri tapi orang asli ini mempertahankan hak rakyat dan harta negeri.

Adakah mempertahankan hak rakyat dan harta negeri melanggar undang-undang? Mereka telah berusaha untuk rundingan tetapi akhir tidak di pedulikan.

"Masyarakat Orang Asli mengambil keputusan membina sekatan terbabit selepas notis tuntutan kepada syarikat pembalak serta aduan kepada Majlis Pensijilan Kayu Malaysia (MTCC), Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) tidak berhasil. "

Maka ketahui lah bahawa kontrak perjanjian telah di tanda-tangani oleh 'siapa' ? Kerajaan Johor ?

Jadi bukan pekerja dan bukan orang lain yang susah dan kerugian jika Syarikat yang diberi projek tebang balak buat tuntutan. Jika belum ada sebarang perjanjian, masalah tidak berakhir begini.

Memang betul mahkamah yang memutuskan kesalahan dan hukuman tetapi hal begini boleh diselesaikan di luar mahkamah. Adalah benar Kerajaan PAS tidak arahkan tangkap tetapi apabila semua dokumen resmi di tanda-tangani dan diberi taklimat oleh Kerajaan Negeri, masing-masing faham-faham lah tanggung-jawab Jabatan masing-masing.

Mana-mana Kerajaan tidak boleh mencampuri urusan perundangan tetapi ini tidak bermakna Kerajaan PAS boleh lepas tangan. Kerana itu ada hubungan diplomatik dan ia nya bukan cable politik untuk mencampuri tanggungjawab mahkamah. UMNO akan ke Peru untuk mendapatkan kebebasan Keldai Dadah, adakah UMNO mencampuri undang-undang negara tersebut ? Ternyata hubungan diplomatik antara kerajaan PAS dengan rakyat sangat lemah.

Pemimpin PAS lebih cenderung kepada menghukum dari mengguna budi-bicara.

Tanpa Nama berkata...

Bagaimana pula orang asli yang menceroboh sedangkan mereka yang buat blockade? Apa ke jadah buat blockade tengah-tengah hutan?
Sudah tentu blockade di buat berhampiran jalan masuk. Cuma mereka didakwa sebab barangkali mereka berada dalam sempadan kawasan hutan bukan ditengah-tengah hutan !

Malang sekali bukan sahaja di Kelantan malahan rakyat dinegeri lain pun tidak kisah dengan penebangan hutan. Hutan sangat penting dalam kehidupan dan putaran alam sekitar bukan sahaja kepada manusia tetapi kepada bintang haiwan seperti babi, ungka, anjing hutan dsb. nya.


Kerajaan Negeri yang adil, tegas dan ikhlas takkan biarkan ribuan ekar tanah Rakyat diserahkan begitu sahaja kepada kelompok kecil.. ya jika diberi pada Syarikat Pembalakan memang yang dapat ia lah se kelompok kecil ia itu pemegang saham dan beberapa kerat pemimpin negeri.

Dalam persidangan DUN Kelantan adakah belanjawan negeri memasukkan pendapatan hasil balak? Yang lebih disibukkan ialah hudud, hudud dan hudud. Bila bangkit isu orang asli mempertahankan balak, dah tak tahu apa nak buat.

Di Pulau Pinang masalah orang melayu (UMNO) ialah di ganggu oleh kartun. Dan di Selangor Kerajaan PH tidak tangkap sesiapa yang membantah atau berdemo malah semua nya di tangkis dengan sebaik-baiknya.
Apa salah jika Pulau Pinang tambak pantai dari korek bukit sehingga banjir lumpur merah ? Dan dari jual pasir berlori-lori ?

Jika PKR tidak adil dah lama dah Exco PAS kena pecat.

Kesan protes dan tangkapan se kelompok orang asli ini telah berjaya menyedarkan ramai orang terhadap kezaliman dan kelemahan Kerajaan PAS Kelantan.


air gunung berkata...

1.Dulu beria2 nafi x der balak2.
2.Lps tu kata ade tp ikut undang2 pelbagai..x rosak alam sekitar laa..
3.lps tu kata dah runding la ngn org asal.
4.skrg dan2 ADIL TEGAS IKHLAS.

Dah berjangkit virus U.M.N.O daa.patut la sarkas..

Tanpa Nama berkata...

Macam GB kata Insyaallah hukum kebenaran akan terlaksana kita tunggu dan lihat ...... sebab kat malaysia klau kat us ada yg masuk peluru jat kepala

Malaysiabaru berkata...

Ok yazid

Harga minyak dah melambung dan petrol akan naik rm4 satu liter tanpa subsidi dan inflasi akan cecah 15%

Sapa punya kerja ... Wahabi gilanabee saudee

Tanpa Nama berkata...

Wahai rakyat kelantan, jgn tunggu2 lagi..adakan himpunan segera membantah kezaliman pada org asli kelantan. Next pru pastikan pangkah Amanah.jgn pangkah pas lagi.n

Tanpa Nama berkata...

Mudah2 mereka tempat taubat sebelum mampoooooss

Tanpa Nama berkata...

pas lebih bahaya dr umno sebab guna topeng agama semahu2nya.

fitnah dajjal terbesar in making in malaysia