5 Nov 2016

Ramai Mahu PH & Bersatu Waspada Dengan PAS

Satu lawan satu: Pakatan Harapan jangan 'dikencing' kali kedua Oleh MUAMMAR QADDAFI

Setelah Pas hampir pasti dipermainkan Umno dalam usaha mereka membawa usul pindaan RUU355 diparlimen telah keluar kenyataan yang agak "pelik" daripada pemimpin Pas tentang kesudian mereka untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan menentang Umno Barisan Nasional pada pilihan raya yang akan datang.

Ironinya, kurang sebulan dari hari ini, Mursidul Am Pas Hashim Jasin sebagai mana dilaporkan portal Bernama pada 13 oktober lalu menegaskan tidak akan sama sekali bekerjasama dengan DAP lagi dan sanggup menghadapi pertandingan tiga penjuru pada Pru yang akan datang tetapi beberapa hari lalu individu yang sama mengeluarkan kenyataan sudi bekerjasama walaupun dengan DAP untuk berhadapan dengan Umno.


Sebelum itu juga telah viral satu video sedutan ceramah Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa jika mereka lawan Umno, maka bukan islam akan memerintah dan mudaratnya lebih besar, namun hairannya bagaimana kali ini Ustaz Hadi boleh mengeluarkan kenyataan setuju untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan yang mana lawannya adalah Umno?


Pendek kata, sebelum usul 355 hampir pasti gagal dibahaskan di parlimen, sikap Pas terhadap Pakatan Harapan adalah 360° berbeza dengan sikap mereka hari ini.

Pemimpin Pakatan harus jelas, bahawa perubahan drastik ini berlaku selepas Pas rasai ditipu Umno buat kesekian kalinya walaupun sebelum ini dinasihati berulang kali oleh parti pembangkang lain untuk berwaspada dengan helah Umno yang ingin memecahkan Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat telahpun terkubur dek kerana keangkuhan Pas enggan menerima nasihat rakan Pakatan bahkan Pas sendiri berpecah kerananya sehingga tertubuhnya Amanah, lalu apabila mereka ingin cuba kembali setelah berjaya merosakkan Pakatan Rakyat, ada pimpinan Pakatan Harapan teruja dan menerimanya begitu sahaja?

Tidak Boleh! Pas mungkin rela "dikencing" Umno berkali kali namun adakah pemimpin Pakatan Harapan rela untuk dikencing Pas buat kali kedua?

Jangan begitu, Pakatan harus sedar bahawa Pas adalah rakan kongsi yang berisiko tinggi, risiko dikhianati sama ada sebelum mahupun selepas pilihan raya itu tinggi,bayangkan jika Pas bersama Pakatan berhadapan BN pada Pru14, Pakatan dan BN masing masing mendapat jumlah kerusi yang hampir sama dan Pas memenangi beberapa kerusi yang menjadikan mereka ada kuasa penentu "king maker" untuk membentuk kerajaan, dibimbangi mereka akan sekali lagi memporak perandakan pembangkang dengan meminta kedudukan yang tidak selayaknya untuk mereka jika Pakatan ingin mendapatkan sokongan mereka, dan akan berpaling kepada Umno sekiranya Pakatan enggan menurutinya, bukankah ini akan merugikan Pakatan itu sendiri?

Pas juga punyai rekod lama khianat sebelum pilihanraya dimana telah berlaku pertindihan calon di kerusi milik PKR menyebabkan PKR kalah disemua kerusi tersebut termasuklah BN berjaya merampas dun Kota Damansara.


Kedua analisis senario ini adalah berasas apabila Pas juga mempunyai rekod sebagaimana didedahkan oleh Ustaz Ahmad Awang sewaktu beliau menjadi naib presiden Pas tidak seberapa lama dahulu bahawa beliau dihubungi pemimpin tertinggi Pas untuk membubarkan kerajaan Pakatan Rakyat Perak dan menubuhkan kerajaan perpaduan melayu islam bersama Umno pada ketika itu.


Pemimpin Pakatan Harapan wajar berfikir 7 kali sebelum mula memikirkan untuk bekerjasama dengan Pas,dan fikir lagi 7 kali sebelum bertindak melakukan kerjasama, dan jika ia dilakukan sekalipun haruslah dengan cermat dan berhati hati bimbang Pakatan mungkin "dikencing" buat kali kedua. -MD

ULASAN GB

Memang benar tulisan Muammar Qaddafi di atas.

Parti-parti komponen PH perlu dilihat bekerja dan bertindak di dalam satu pasukan. Tidak membelakangkan pandangan dan pendapat ahli-ahli komponen yang lain. "Concentration of force" (kesepaduan dan tumpuan kekuatan) di kalangan ahli komponen PH perlu dihalakan ke arah mempertingkatkan kerjasama di kalangan komponen PH di dalam mengahadapi musuh utama iaitu Barisan Nasional.

Saya sendiri berpandangan bahawa Pakatan Harapan dan Bersatu tidak perlu terlalu mengharapkan PAS di dalam menghadapi pilihanraya. Sekalipun "satu lawan satu" itu memang baik dan memberi kebaikan serta keuntungan untuk pembangkang secara kesuluruhannya, namun, PH & Bersatu perlu tegas dan bersedia untuk menghadapi pilihanraya walaupun terpaksa bertarung di dalam banyak penjuru.

Sebelum ini GB sudah katakan Pakatan Harapan perlu yakin dengan kekuatan sendiri dan sentiasa menggembelengkan usaha dan tenaga untuk memperkukuhkan koalisi sendiri daripada terus menabur benih di angkasa mengharapkan pertandingan dua penjuru. Keutamaan hendaklah diberikan kepada rakan-rakan komponen Pakatan Harapan & Bersatu sendiri dan bukan kepada mereka yang di luar Pakatan Harapan & Bersatu di dalam apa juga kenyataan dan tindakan demi keutuhan dan kemantapan blok pembangkang sendiri.

Bekerjasama dengan mana-mana pihak yang dilihat bersekongkol dengan Barisan Nasional terlalu besar risikonya. Pada bila-bila masa mereka boleh menikam kita dari belakang. Dan akhirnya rakyat yang akan kerugian besar.



FEATURED ADS


50 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Pemimpin pas kluk klek..tak dapat hidayah..

Tanpa Nama berkata...

Jgn layan pas..rakyat x rela di kencing lg oleh pas..biarlah hanya pas rela di kencing berkali2 oleh umno..inilah perangai lebai dedak..

Tanpa Nama berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Unknown berkata...

Salam;

Cukup..cukuplah..enough is enough..Berkawan dgn kawan yg 'BERISIKO' yg terlalu tinggi. Saya boleh terima,jika PAS,diketuai Profesional seprti Ir. Iskandar,dr.Rani dan beberapa orang lagi.mereka2 ini memahami reality,masyarakat semasa.Tapi mereka tak berapa kerat dlm Pas,mungkin beberapa kali muktamar lagi,mereka akan dilenyapkan oleh geng2 ustaz mesir,yg nampaknya terlalu gairah berkempen untuk jadi calon sekarang ni.Bayangkan ustaz2 ni,boleh berkempen melalui pertandingan akhir piala malaysia baru2 ini.semata-mata nak kejar jawatan.

MASAALAH ,KEPIMPINAN SEKARANG ,Menganggap islam merekalah sahaja yg BETUL,dan mereka wajib jadi KETUA,walaupun serba-kekurangan.Yg keduannya,mereka2 ini selalu U-TURN./Tiada KEJUJURAN DLM berkawan.Selalu bertanya,APA YG AKU DAPAT//Jika aku dapat sikit,dia akan bertanya pula pda musuh,berapa banyak pula,aku akan dapat jika bersama kamu.Jika dia tak dapat daripada musuhnya dia datang merengek-rengek nak berkawan pula.Yg ketiga,mereka rela dikencing musuh berkali-kali,sanggupkah PH dan BERSATU,mahu bahu hancing yg sama,bila bersama mereka.yg ke-4,Selagi hadi dan kuncu-kuncu geng mesir masih berkuasa,apa jaminan yg mereka tak menghianati kawan dan U-TURN.


Apakah PH dan Bersatu tiada kekuatan grass-root dan tenaga kerja parti///bELAJARLAH MEMBENA KEKUATAN AHLI-AHLI SENDIRI DARI PAKATAN DAN BERSATU.Bermula dari SEKARANG....

SEKIAN..

Malaysiabaru berkata...

Selepss pru 14

Hanya umno . Dap. Pkr pribumi. Shj yg Akan hidup kekal.

Maaf says cakap yang Amanah Akan melngkupkan pas di semua parlimen ...

Tapi kita harus berterima kasih kpd amanah..

Kerana berjaya menghapuskan Pas...

P.s Najib jual negara bukan untuk.pelaburan xhina tapi utk pinjaman 55b komunis china

Tanpa Nama berkata...

Tolonglah jangan ada pas dalam PH. Pas melihat habuan dunia melebihi reda Allah sebab itu lah bila perasan umno dah tipu ruu355 pemimpin pas terus nak berbaik dengan PH dengan harapan PRU 14 nanti rakyat akan undi mereka dan adalah harapan nak jadi YB lagi.
Setelah puas memaki hamun dan mencarut terhadap pemimpin AMANAH sekarang terkedik kedik nak ke PH. Bila tahu nyawa dah kat hujung tanduk barulah rasa orang yang pernah dihina dulu sebenarnya berhati mulia. Dunia punya pasal buatlah muka tebal.
Lebih baik berkawan dengan DAP yang pas tuduh kapir harbi daripada pas yang munafik, lebai dedak yang dah kehabisan stok dedak. Kepada pemimpin PH tolong jangan kecewakan kami.
Go AMANAH Go

Tanpa Nama berkata...

PAS dibawah kepimpinan HADI jangan dilayan! Parti yang telah rosak. Dah jadi macam Israel!

Tanpa Nama berkata...

Haji hadi....
Ulamak terompah kayu...
Sudah jadi setan bisu..

Tanpa Nama berkata...

PH dan Bersatu..percayalah kpd kekuatan dalaman..rakyat yg ingin keadilan tertegak di malaysia bersama2 kamu..jgn layan pas..cukup2 lah mereka hina kita..ini ulamak2 penipu..x boleh percaya..

Tanpa Nama berkata...

Katalah umno kalah, PAS TIDAK AKAN TERAGAK2 LOMPAT DAN MESRA BERSAMA UMNO UNTUK MEMASTIKAN UMNO BN BERKUASA SEMULA.

Akhirnya Bersatu, Amanah, Pkr dan Dap akan kena kencing sekali lagi.

Percayalah.
Sejarah tidak pernah menipu.

Tanpa Nama berkata...

Saya pun tak setuju jika PAS bergandingan dengan PH & BERSATU. Cukuplah dengan pengkhianatan yang telah mereka lakukan terhadap PR sebelum ini. Tiada sebab untuk memberi kepercayaan kepada pengkhianat. PAS can PAS away!

Tanpa Nama berkata...

Begini lah jadi nya PAS parti Islam yang dicurigai dan di pandang serong. PAS gagal mengangkat Islam dan tugas ini kini terletak pada AMANAH.

Begitu senang sekali Najib menukar wajah PAS menjadi hodoh dan selekeh. Kini PAS seperti berok yang muka nya di cat merah. Apabila berok itu cuba mendekati sekumpulan berok yang lain semua nya lari. Maaf bukan kata PAS sama macam berok tetapi perumpamaan iaitu manusia lain menjauhkan diri dari PAS kerana takut dengan sikap PAS.

Hadi terlalu lemah dan terburu-buru apabila cuba menggertak Najib dengan bersedia satu lawan satu. Najib pula tahu pembangkang sudah hilang keyakinan pada PAS dan Hadi. Jika Hadi bersabar, sekurang-kurang nya PAS ada juga kawan walaupun kawan yang ada kaki kelentong dan paling penting kaki kencing.

Kenyataan Abduh dan Nasarudin pula cuba menyelamatkan PAS dari malu kerana PAS sukar di terima oleh pakatan pembangkang. Mereka mengguna alasan jangan masuk rumah dan buat kacau. Tapi mereka berdua hanya cuba menutup kesilapan Hadi, tidak kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul PAS.

Kedua-dua mereka mempertahankan rumah PAS yang cuba di bina dalam satu kawasan yang telah di duduki oleh pakatan pembangkang ia itu PH dan BERSATU. Lebih baik PAS cari kawasan lain jika tidak sanggup berjiran dengan AMANAH, PKR, DAP dan BERSATU.

Tidak ada sesiapa pun, baik AMANAH, baik PKR atau lain-lain yang masuk sesuka hati ke rumah jiran.

Allah makbulkan kehendak pemimpin PAS yang ingin bersendirian.

Tanpa Nama berkata...

Ada satu persoalan. Benarkah sekiranya Hadi di ganti kan oleh golongan yang cerdik tak kira dari kalangan orang agama atau professional boleh di yakini ? Mungkin walaupun di tukar kepimpinan tetapi mereka terus taat pada Hj Hadi atau mungkin Hj Hadi juga yang menentukan hala tuju parti.

Sebab nya PAS dah teruk sangat, dah sampai nak terlingkup. Apa dia orang buat bila sekumpulan rakan mereka tinggalkan PAS dan selepas itu Husam dipecat begitu sahaja ?

Apa tindakan mereka bila Hj Hadi, Abduh, Zuhdi, Nasaruddin berpolitik cara merapu ?

Sepatutnya, sebelum terlambat, ini lah masa yang ada untuk mereka bersuara terus mendesak PAS bersama pakatan pembangkang atau terus keluar dari parti.

Tanpa Nama berkata...

Komen2 dlm ni dh jd lebih sudu dari kuah plak tgk. meluat pun ada, nk kata ba****g pun ada. Yg nk minta bergabung ketua2 anda semua. Dia org tak ngok ke? Kalau Hj Hadi xmau kata bodoh sombong, bila kata perlu 1 lawan 1 duduk kutuk dia. Mmg ramai yg komen negatif & bebal. Ada plak gelar setan... Yg dulu kata setan dikenali lebih baik dari malaikat yg tak kenal nk buang kat mana ya bro2? Tu la, asyik ddk jaga, maki & perlekeh org. Dh kena muka sendiri, yg mmg b***h tak blh nk bayang. Jgn bebal mcm ni... Ddk cap org itu ini, kami yg tgk mcm dh tak blh pakai pemikiran group ni. Mmg punca nk cari gaduh & tak de pandangan ke hadapan. ingat, negara ni bukan mundur utk org tak tahu perkembangan & blh nilai mana baik & buruknya. Jgn la duk jadi loyar buruk ja... Muhasabah diri beb...

Unknown berkata...

Biar aku dok parti bebas dpd bersama pas,,,sebolehnya x nak d patok walau sekali,,,klau org politik takleh baca taktik ini baik jgn jadi ahli politik,,tak payah berlagak kononnya berjiwa besar,,

Tanpa Nama berkata...

Dulu saya ahli pas, kerana bencinya saya kepada kelakuan dan perangai pemimpin pascai saya masuk AMANAH. Kalaulah PH terima pas jadi parti sekutu, saya sangat kecewa. Setelah puas AMANAH dihina, dicerca, dimaki hamun, dicarut dan seumpamanya dan akhirnya pas masuk pakatan ini betapa nanti sombong dan bongkaknya ularmak pas. Mungkin waktu itu nanti akan saya ucap good bye AMANAH, begitulah kecewanya saya.
Pas sekarang bukan parti pas semasa zaman UFN atau TGNA tapi pas sekarang dipimpin oleh pemimpin yang menghambat kemewahan dunia. Pas sekarang parti yang menjadikan dunia sebagai matlamat lantaran itu sanggup memfitnah lawan yang dahulunya kawan.
Pohon kepada pemimpin PH, lupakan saja pas. Yakinlah bahawa kita ada kekuatan sendiri.

Tanpa Nama berkata...

Aku lebih rela lihat ph kalah secara bermaruah drp menang tapi ditikam belakang oleh pas...
Dengan track rekod hj hadi dan geng tiga sukunya...sukar utk kita menaruh kepercayaan...

Tanpa Nama berkata...

PAS dah tahu dimana duduk dia selepas ini. Kelantan tewas apatah negeri lain. UMNO tak nak pandang pada PAS lepas ini, tinggal lah terkontang kanting seorang diri. Bagi UMNO hadirnya PAS bersama UMNO tidak memberi sebarang makna. Bagi umno lebih suka PAS tidak bersamanya sebab UMNO tahu pengundi bersama PAS skrg adalah pengundi tua yg tidak berpelajaran. nak cari 2% org tua yg celik ilmu bersama PAS skrg amat susah. UMNO juga tahu pengundi PAS yg paku 6 inchi pun akan tercabut kalau PAS bersama UMNO. Jadi skrg PAS dah tak tahu kemana nak pergi. Nak ajak PAS bersama boleh dgn syarat pucuk pimpinan PAS perlu diganti terlebih dahulu, kalau tidak lebih baik tak payahlah.

mohd majduddin bin mustafa berkata...

Tendang je pas jangan layan sejak ,TGNA tiada macam 2 hal,orang dah meroyan bro please understand,,,,,!,!!

Tok misai berkata...

Semua ni taktik,untuk dapatkan lagi 90J...lebai2 ni cerdik woii

Tanpa Nama berkata...

Percayalah PH semakin kuat tanpa paa...rakyat beri kredit & keyakinan pd Amanah atas usaha mereka. Diminta semua pimpinan tertinggi PH menolak pas.
Di Kelantan 3 penjuru please.

Tanpa Nama berkata...

Begini lah jadi nya PAS parti Islam yang dicurigai dan di pandang serong. PAS gagal mengangkat Islam dan tugas ini kini terletak pada AMANAH.

Begitu senang sekali Najib menukar wajah PAS menjadi hodoh dan selekeh. Kini PAS seperti berok yang muka nya di cat merah. Apabila berok itu cuba mendekati sekumpulan berok yang lain semua nya lari. Maaf bukan kata PAS sama macam berok tetapi perumpamaan iaitu manusia lain menjauhkan diri dari PAS kerana takut dengan sikap PAS.

Hadi terlalu lemah dan terburu-buru apabila cuba menggertak Najib dengan bersedia satu lawan satu. Najib pula tahu pembangkang sudah hilang keyakinan pada PAS dan Hadi. Jika Hadi bersabar, sekurang-kurang nya PAS ada juga kawan walaupun kawan yang ada kaki kelentong dan paling penting kaki kencing.

Kenyataan Abduh dan Nasarudin pula cuba menyelamatkan PAS dari malu kerana PAS sukar di terima oleh pakatan pembangkang. Mereka mengguna alasan jangan masuk rumah dan buat kacau. Tapi mereka berdua hanya cuba menutup kesilapan Hadi, tidak kenyataan yang dibuat oleh Mursyidul PAS.

Kedua-dua mereka mempertahankan rumah PAS yang cuba di bina dalam satu kawasan yang telah di duduki oleh pakatan pembangkang ia itu PH dan BERSATU. Lebih baik PAS cari kawasan lain jika tidak sanggup berjiran dengan AMANAH, PKR, DAP dan BERSATU.

Tidak ada sesiapa pun, baik AMANAH, baik PKR atau lain-lain yang masuk sesuka hati ke rumah jiran.

Allah makbulkan kehendak pemimpin PAS yang ingin bersendirian.

Tanpa Nama berkata...

Hu. Hu. Huuu.

Untuk pengetahuan tuan yang di hormati, kenyataan untuk usahakan satu lawan satu yang terakhir ialah dari Muhyiddin. Agak-agak berapa lama dah berlalu? Semua parti dalam PH dah tinggalkan PAS apabila Azmin sendiri kata PAS berbaik dengan parti penyamun. Lama dah...

Muhyiddin pun sampai hari tak cakap apa-apa dan tak ada se orang pun yang memberi kenyataan balas terhadap cakap Hj Hadi untuk satu lawan satu. Yang ada LKS yang ragu-ragu dengan kenyataan Hj Hadi.

Masa orang hendak, di tolak dan bila dah kena batang hidung, tak habis edah lagi, dah meroyan.

Bro, selepas melalui berbagai phasa, rupa-rupa nya, setan bukan malaikat lagi lah bukan.

Selain itu, telah di ulang-ulang beberapa kali, jangan di patuk ular yang sama dalam lubang yang sama. Ini bukan sahaja peringatan kepada PAS tetapi pada PH.

Sekarang baru cakap pandang ke hadapan. Siapa yang selalu buat U-turn ? AMANAH dan PH bukan pandang tapi dah bergerak kehadapan. Lu yang tertinggal. Pembangkang keluar parlimen cakap tak professional.. piraah.

Ingat balik baik-baik, sebab apa Hadi dulu tak nak bersama pakatan sehingga dia tubuh blok pigs. Dan sekarang apa sebab, apabila tidak ada suara pemimpin pakatan yang bercakap soal satu lawan satu selepas Azmin dan Muhyiddin buat kenyataan tiba-tiba Hj Hadi nak pulak satu lawan satu ?

Dalam reban ada dedak..
Kepala Hadi terhentak !

Yang kena muhasabah diri ini tak lain tak bukan Hadi sendiri.

Pemimpin PH dah cakap boleh pujuk tapi mesti ada had dan masa nya sampai bila?

Adios Hj Hadi.

Tanpa Nama berkata...

GB.

Tajuk atas tu salah. Tolong tukar supaya pemimpin AMANAH, PKR dan DAP fahaman.

Bukan Ramai mahu PH & BERSATU berwaspada dengan PAS.

Tapi RAMAI YANG MAHU PH & BERSATU JANGAN TERIMA PAS !!

Tanpa Nama berkata...

Saja-saja nak test pemimpin AMANAH samada sayangkan kita orang ke atau masih sayangkan Lebai-Lebai.

Tanpa Nama berkata...

PH perlu nasihatkan Muhyiddin samada mahu bersama PH atau masuk Blok 3 ?

Mentang-mentang bila Anwar bersalam dengan Mahathir, kira selesai.

Dengan PAS pun nak buat macam itu ?

Masa Mahathir bertelingkah dengan Anwar UMNO tak teruk macam sekarang ? Kehidupan rakyat tak seteruk hari ini.

Tetapi PAS telah musnahkan PR dan berbaik pula dengan UMNO masa UMNO teruk sebab di pimpin oleh Najib. Terang-terang Najib dan Rosmah berperangai orang mabuk kuasa. Semua orang tahu Najib teruk dan zalim tapi PAS masih nak berkawan dengan Najib. Celaka nama nya ..


Apa pun keputusan samada perbincangan tersebut berjaya atau tidak, hadapi lah risiko nya nanti.

Bagi lah apa pun alasan .. jangan menyesal.



Tanpa Nama berkata...

Jgn percaya sangat pada Pas. Jenis tikam belakang. Jenis gila kuasa dam sanggup tinggalkan kawan demi kuasa. Macam yg pernah berlaku di Perak dan di Selangor.
Mujurlah ada adun2 yg celik mata dan menghargai pengundi2. Kalau nak ikutkan kepala lebai2 tu...memang berpecah teruk pakatan.

So..hati2...dgn janji lebai2 ni.
Kalau pemimpin2 lebai ni tak berani bersuara macam kehendak suara PH iaitu berterus-terang mahu menjatuhkan BN dlm PRU-14 ini, baik tak payah layan. Buang masa.

PIMPINAN2 PH MESTI TANYA SOALAN INI PADA LEBAI2 TU.

Tanpa Nama berkata...

harap tinggalkan pas..jgn bincang jgn cakap dan buat bodo ja dgn mereka..sekarang bukan pas dulu..sekarang pashadiosamigos..pas yg playaround with religion for the fools

Tanpa Nama berkata...

Abang Mat, Kak Wan, LKS Dan Tan Sri MY, Sayang Lebai pas yang kemarok atau pentingkan kami pendokong Dan penyokong PH. Jangan kecewakan kami.

Tanpa Nama berkata...

Saya fikir ph kena bijak dalam membuat keputusan samada menerima pas atau tidak.Dah banyak x pas tidak konsisten hala tuju politik nya.Selagi Tuang Presideng dan konco konco yg menguasai pas, saya tegaskan usahlah dilayan
Buang masa dan akan merugikan ph & bersatu

Tanpa Nama berkata...

Demi untuk menjaga maruah Islam di mukabumi Malaysia... jangan dekatkan diri dgn pascai..

Unknown berkata...

Jgn dipatok ularmak buat kali ke2 peringatan pd pemimpin PH

Tanpa Nama berkata...

PH perlu nasihatkan Muhyiddin samada mahu bersama PH atau masuk Blok 3 ?

Mentang-mentang bila Anwar bersalam dengan Mahathir, kira selesai. Terus jalan. Anwar dengan Hadi tak sama. Macam langit dengan bumi.

Dengan PAS pun nak buat macam itu ?
Bila Hadi cakap satu lawan satu, kira lupakan dan terus ke hadapan sedangkan PAS sudah jauh terkebelakang.

Masa Mahathir bertelingkah dengan Anwar UMNO tak teruk macam sekarang ? Kehidupan rakyat tak seteruk hari ini.

Tetapi PAS telah musnahkan PR dan berbaik pula dengan UMNO masa UMNO teruk sebab di pimpin oleh Najib. Terang-terang Najib dan Rosmah berperangai orang mabuk kuasa. Semua orang tahu Najib teruk dan zalim tapi PAS masih nak berkawan dengan Najib. Celaka nama nya ..

Oh.. pasal arwah tinggalkan nota minta Hadi jangan di tipu UMNO tu ke yang PAS berubah ? Tak nampak pun insaf, PAS menyesal ke atau PAS rasa berdosa.

Apa pun keputusan samada perbincangan tersebut berjaya atau tidak, hadapi lah risiko nya nanti.

Bagi lah apa pun alasan .. jangan menyesal.



Malaysiabaru berkata...

Hadi kata

Anjing menyalak dari bukit

Amanah akan merangkak kpd pas

Pengkhianat-murtad-kluar islam- kapir - anwarinas- erdogan- socialis- tali barut dap - komunis - balik tongsang - .....anda sambung kata kata kesat ularrrrmak hadi yg melabel...

Hadi yg di cuci otak oleh tontontvi din ayam Nik abudoh terus melabel mengumpat dan memfitnah bekas ahli pas sendiri...

Mulut Mahathir yg bukan ulamak tidak seteruk mulut ularrrmak ayoh hadi Ping Marang !!!

JUMPA ULAR JUMPA MAMAK kita pukul ULARRRRRmak dulu !!!!

Tanpa Nama berkata...

sekiranya semua org tanam dlm kepala mrk bhw hadi ni trojan umno yg diserap kedlm pas, mk keputusan akan menjadi mudah.

mungkin hadi ajen selipar (org putih kata sleeper agent) sbg senjata sulit umno disaat terdesak. cuba siasat apa yg dia buat masa dia mb tganu. cuba bandingkan ceramah dia dipentas politik dan dimasjid. dipentas politik ckp tolol, barua, anjing menyalak, babi dlm bukit tp dimasjid lain pula suruh org ikut al-Quran.

dulu onar hadi yg besar ialah buat umat Islam berpecah belah dgn amanat hadi - yg skrg tlh ditongsampahkan. akibatnya berlaku solat dua imam, suami isteri bercerai, keluarga berpecah, dan isu memali.

skrg dia buat onar besar lg yg buat umaat bpecahbelah (atau kafir) lg dgn isu ruu355. dipentas politik dan masjid dilaungkan2 hudud. tp diparlimen ianya adalah pindaan ruu355.

slps dibiarkan walaunta2 bangang mengkafirkan org yg membantah ruu355, pas akhirnya kata, itu pendpt peribadi walaunta2 tsb.

kalau masih ada yg percaya pd hadi ini, memang dia suka kena kencinglah. umno kencing hadi, hadi pula kencing dia.

pas parti 'Islam' yg menipu:

1. betulke nak saman SR? dah lebih sebulan masih tiada berita saman.
2. betulke dah lantik peguam queen council utk saman SR?
3. betulke pas menipu dlm isu ini?
4. betulke pas terima RM90juta?

cth scenario : ada guru tarikat berbaiah (bersalam ketika ambil ikrar)dgn murid perempuan dgn tangan tak berlapik. apa hukum?

kalau persoalan ini pun umat boleh bertelagah, Islam takkan tertegak dibumi Malaysia ini.

ingat pesan Imam Ja'far as-Sadiq as bhw hadis tidak akan sekali2 bercanggah atau melanggar al-Quran!

Tanpa Nama berkata...

Masa TGNA masih ada lagi Hadi dah buat perangai. Kalau TGNA pun dia cuba mainkan, apa lagi yang lain-lain.

Ini satu-satu nya manusia yang banyak ilmu tapi langsung tak boleh di percayai.

Dia trojan pun ya jugak .. Tapi rasa nya lebih kepada mudah diperdaya apabila di beri pujian dan sanjungan. Mana tahu UMNO dalam diam minta pandangan dia dan tunjuk hormat apabila jumpa dia. Dia cakap orang UMNO tidak bantah. Itu yang dia syok.

Ini mungkin dah lama berlaku secara sikit-sikit dan sekejap-sekejap.

Apa pasal lah pakatan pembangkang nak jugak berjumpa Hadi...?

Tanpa Nama berkata...

Niat pas hanyalah ingin memporak perandakan ikatan kukuh dlm PH..kalau pas ikhlas mengapa perlu bersyarat tanpa dap dan amanah..tolong waspada..pas dh jadi agen umno..

Unknown berkata...

Segala puji bagi Allah,tuhan pentadbir sekalian alam.
Ingatan buat kepimpinan PH(khusus Amanah)jangan kecewakan rakyat,kami dah jelek dengan permainan pemimpin politik masa kini,fokus terus ke depan(jangan buang masa),kenapa kalian mesti layan kerenah pemimpin Pas setelah dimaki hamun,dicaci,dilabel pelbagai gelaran di hina spt anjing dsb tanpa ada permohonan maaf dari mereka semua?Bahkan disuruh melutut,Pegangan aqidah kalian di pertikai?Tolong jangan ambil risiko lagi.Lihat kedatangan mp Pas di Parlimen?usul yg dibahas?(semua boleh dipertikai layakkah mereka di jadikan wakil Rakyat?).Akhlak mereka langsung tak mencerminkan sikap sebagai orang Islam(mengkafir org sesuka hati).Moga Kalian diberi petunjuk oleh Allah agar membuat pilihan yg tepat demi masa depan rakyat dan negara. ISLAM untuk Semua dan ISLAM bukan Hak mutlak PAS.JANGAN GADAIKAN MASA DEPAN RAKYAT DISEBABKAN TINDAKAN KAMU!

Tanpa Nama berkata...

Tekencing pulak dlm jubah sbb prostate... kah3

Tanpa Nama berkata...

Nampak tak mcm mana Pas test market. Lepas kena kencing lencun dgn umno, top2 lebai Pas terus sound bahawa mrk sanggup berunding dgn pembangkang utk 1 lawan 1. Tetapi bila dilihat reaksi PENYOKONG2 pembangkang tak menerima Pas malah terus mengutuk dan mencemuh Pas krn biar dirinya dikencing oleh umno, serta merta dia u-turn dan kata Pas disalahtafsir. Pas bukan berjuang atas prinsip Islam tapi tengok sama ada pendapat ramai setuju atau tidak dgn dia

Tanpa Nama berkata...

Elok la PAN & PAS kaki kuat label. Spt Hanjin & B**I (Spt label di atas). Blh la PKR, DAP & LL berhati2. semua mereka ni liabiliti buat PH & Gabungan. Blh la ulus jgn lg berharap. Tgk result 2 PRK & PRN sudah. DH hilang power pembangkang. Bg yg duduk komen tah apa2 kat atas. Sila muhasabah diri.

Tanpa Nama berkata...


AMALAN-AMALAN DAN AJARAN SYI`AH YANG BERTENTANGAN DENGAN AGAMA DAN FITRAH MANUSIA (Bersumberkan Kitab-Kitab Syiah)

1) Imam Ja’far as-Sadiq berkata: “Pada tanah perkuburan Husain a.s. terdapat penawar daripada segala penyakit dan ia adalah ubat yang paling besar.” (Man La Yahdhuru al-Faqih j.2 hal. 600, Tahzib al-Ahkam j.2 hal. 26)

Nampak sangat penyokong PAN pro Syiah sbb merujuk pada imam di atas.

Tanpa Nama berkata...

Lain mcm ja rujukan 8.32 PG tu. Mmg sah AMANAH ni penyebar kah yg sebenar di Malaysia ni? Bahaya2.

Tanpa Nama berkata...

butui butui..atak mutut apa u cakap..hei hj hadi.sila meninggal.

Tanpa Nama berkata...

Aku nak kata 'adios hj hadi' skrg. Klu lepas dia mati kata adios hj hadi kena panggil polis pula!

Tanpa Nama berkata...

Kita mahu politik yang bersih, bijak dan bertaraf professional.

Politik apa kalau berpolitik dengan parti yang kena kencing, senang-senang di akal akal kan dek Najib dan bertaraf cekai.

Masalah orang politik ini gemar menutup kesalahan dan kelemahan. Itu yang mengalakkan kerja salah berulang-ulang. Pakatan pembangkang tahu PAS buat kesalahan besar hasil kebodohan mereka tapi masih di kira ok. Sampai bila kita nak berpusing-pusing macam ini.

Sekarang bukan PAS sahaja yang tidak boleh di percayai malah parti lain pun sudah tidak di yakini. Siapa yang nak percaya parti tersebut tidak ada plan dan strateginya sendiri jika Najib tumbang ?

Tanpa Nama berkata...

3 PENJURU....

ITU TERBAIK

BIAR KALAH BERMARUAH DPD KALAH DITIPU OLEH PARTI PEMBELOT.

SAMADA ORG JAHAT ATAU ORG BAIK... ADA SATU PERKARA YG MEREKA BERSEPENDAPATAN... TIADA ADA YG BOLEH TERIMA PENGKHIANAT...PEMBELOT...PEMBOHONG

JIKA SERBAN DAN JUBAH LAH YG MENJADI UKURAN PWNYOKONG TOTOK PAS.... MAKA AMANAH JG BLH MENGENENGAHKN TOKOH ULAMAK YG JUGA BERSERBAN DAN JUBAH TAPI BERJUANG ISLAM YG MEMBAWA RAHMAT DN JELAS MENOLAK PENGKHIANAT NEGARA.

MENYOKONG PAS DN UMNO BKN BERMAKNA MENYOKONG KESATUAN ISLAM TETAPI HAKIKATNYA ADALAH MENYOKONG PENGKHIANAT YG MENJUAL NEGARA KPD KUASA BESAR KOMUNIS CHINA.

MENYOKONG PH TIDAK BERMAKNA MENGADAI NEGARA KPD CINA DAP.

KENAPA DAP PENANG SAJA YG DIMUSUHI SEDANGKAN PENGKHIANAT PENIPU JHO LOW YG JUGA CINA KAFIR DR PENANG DIBELA PULA OLEH PEMIMPIN PENGKHIANAT MELAYU.

KEDUA2 PEMIMPIN PENGKHIANAT YG SEKONGKOL DGN CINA PENIPU JHO LOW DI BELA PULA OLEH PARTI SERBAN JUBAH.

INILAH HAKIKAT YG MESTI DIFAHAMI

Tanpa Nama berkata...

Ramai tidak bersetuju utk ph ambil oas semula sbg rakan politik....harap pimpinan ph sika dengar suara hari pengundi anda ini.jika tidak..anda akan menyesal...pengundi akan protes dlm pru akan dtg xkirala la sama ada pangkah bebas ataupun umno asalkan sbg isyarat protes pd ph...sekian.terima kasih dr suara hati pengundi ph

Tanpa Nama berkata...


SAYA PENGUNDI PAS,
DENGARLAH SUARA HATI PENGUNDI PAS PULA YER...
KAMI TIDAK SETUJU JIKA PAS BERGABUNG DENGAN MANA2 PARTI JIKA PARTI TERSEBUT TIDAK MENGHORMATI PERJUANGAN ISLAM YG DIBAWA OLEH PAS......
SELAIN ITU, GABUNGAN TERSEBUT AKAN HANYA MEMBAWA MASALAH KEPADA PAS/PH atau MANA2 PARTI.....
SYARATNYA PARTI YG INGIN BERGABUNG MESTILAH MENGAKUI PAS ADALAH KETUA DAN MENGHORMATI ISLAM ADALAH MATLAMAT PERJUANGAN...

SILA TERBIT YER, KALO BRANI.....

PENGUNDI MUDA PENGUNDI PAS....

Pencolekhangek berkata...

Kalau kena tipu dengan orang pakai slack, kemeja polo atau pakai songkok atau baju Melayu, biasala. Dari dulu sampai sekarang. Tapi kalau kena kencing berkali-kali oleh orang berjubah nampak sangatlah bodoh bertingkek-tingkek!!!Sia-sia je mak bapak bagi pelajaran!