25 Feb 2009

Bawa Kes Khir Toyo Juga Ke Panel Penilaian

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, menteri besar Selangor boleh didakwa tanpa memberitahu peguam negara apabila kes itu dirujuk kepada panel penilaian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PRSM).

Kenyataan Abu Kassim Mohammed itu jelas cuba melakukan "pembelaan" terhadap kenyataan media yang dikeluarkan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Ahmad Said Hamdan sebelum ini yang menyatakan terdapat bukti kukuh di dalam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa menyalahguna wang negeri berhubung penyelenggaran kereta Lexus miliknya dan pembelian 46 ekor lembu korban.

Persoalan kini, panel penilaian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PRSM) hanya baru diumumkan hari semalam, sedangkan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu telah diumumkan seminggu sebelum panel penilaian operasi SPRM diwujudkan.

Justeru itu sikap yang ditunjukkan oleh Abu Kassim jelas menampakkan bahawa beliau tidak kompeten menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Pengarah malah bersekongkol dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM yang telah diketahui umum melakukan tindakan secara selektif terhadap kes-kes rasuah yang diadukan kepada SPRM sebelum ini.

Kita juga menuntut supaya aduan kes-kes rasuah yang ratusan jumlahnya yang diadukan oleh pimpinan Pakatan Rakyat terhadap pemimpin Barisan Nasional tertutama terhadap bekas Menteri besar Selangor, Khir Toyo juga di bawa kepada panel penilaian operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (PRSM), bukan sekadar kes Tan Sri Khalid Ibrahim jika benar SPRM ingin dilihat berlaku adil dan telus di dalam tindakan-tindakannya.

Jika tidak, sekalipun dilantik beratus orang sekalipun menganggotai jawatankuasa panel tersebut, ia tidak sekali-kali akan mampu mengubah persepsi masyarakat yang telah "meluat" dan "jijik" dengan SPRM yang melihat SPRM tidak lebih dari hanya sebagai "seekor lembu yang dicucuk hidungnya".



Tiada ulasan: