8 Dis 2016

Jika Ini Kenyataan PAS, PH & PPBM Tak Perlu Layannya Lagi...

Pas tidak perlu menang pilihan raya jika tolak kerjasama, kata PPBM

Sesuatu yang pelik jika mana-mana parti politik tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan apabila mempunyai peluang sebaliknya mahu jadi pembangkang semata-mata.

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Kamarudin Md Nor berkata, jika Pas berpendirian enggan bekerjasama dengan mana-mana parti dalam Pakatan Harapan dan PPBM sebaliknya mewujudkan blok politik tersendiri, parti itu tidak perlu berhasrat untuk menang pilihan raya.

"Saya merasa ganjil bila ada parti politik bercadang untuk jadi pembangkang sahaja.


"Agak pelik pula bila sesebuah parti politik itu tidak berhasrat untuk menubuhkan kerajaan bila ada peluang.

"Jika difikirkan begitu, lebih mudah untuk jadi parti pembangkang sahaja kerana tidak perlu menang dalam pilihan raya," ujarnya kepada Malaysia Dateline.

Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali semalam dipetik berkata, Pas tidak memerlukan PPBM sebaliknya akan terus menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang.

Dalam masa yang sama Pas ujarnya lagi, boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan umat Islam.

Ahli Parlimen Kuala Nerus itu berkata demikian menjawab balas kenyataan Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad pada Ahad, bahawa PPBM tidak akan menunggu Pas lebih lama untuk bersama dalam Pakatan Harapan untuk menewaskan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 kelak.

Tambah Kamarudin lagi, untuk menubuhkan sebuah kerajaan terlebih dahulu pakatan pembangkang mesti bersatu.

"Pakatan pembangkang mesti bersatu dan perlu menang pilihan raya dengan kerusi secukupnya.

"Memang sukar nak laksana pembahagian kerusi tetapi tidak mustahil," tegasnya.

Bahkan Kamarudin tidak yakin sama ada Pas benar-benar hanya mahu jadi pembangkang semata-mata tanpa pegang tampuk pemerintahan.

"Saya tidak yakin Pas sekadar mahu jadi pembangkang sahaja.

"Sebabnya di Kelantan Pas menjadi kerajaan sudah lebih 22 tahun.

"Jadi saya rasa kenyataan Dr Khairuddin itu tidak mencerminkan kehendak kepimpinan Pas dan ahli keseluruhannya," telahnya.


Pas tidak perlukan PPBM sebagai pembangkang

Pas tidak memerlukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bekerjasama sebaliknya akan terus menerajui Gagasan Sejahtera sebagai satu lagi blok politik pembangkang, tegas Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Datuk Dr Khairuddin Aman Razali.

Beliau berkata, dalam masa yang sama Pas boleh bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dalam isu-isu melibatkan kebajikan rakyat dan kepentingan umat Islam.

"Menerusi Gagasan Sejahtera, Pas membawa politik matang dan sejahtera yang mengkritik dasar-dasar kerajaan dan memberikan cadangan penyelesaian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Mahathir semalam bahawa parti itu tidak akan menunggu Pas lebih lama untuk bersama-sama dalam Pakatan Harapan bagi menewaskan Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau berkata, tarikh akhir akan diberikan kepada Pas untuk membua keputusan sama ada mahu bersama Pakatan Harapan atau tidak.

Mengulas lanjut, Khairuddin yang juga ahli Parlimen Kuala Nerus menasihati Mahathir agar terus bersama Pakatan Harapan dan belajar menjadi pembangkang yang tegar.

"Dr Mahathir baru sahaja belajar menjadi pembangkang. Beliau boleh belajar menjadi pembangkang tegar seperti Pakatan Harapan yang membangkang apa sahaja dan bermain politik kepartian sepanjang masa," katanya.
-MD


VIDEO BERKAITAN




ULASAN GB

Apa pun parti yang bersama dengan Pakatan Harapan perlu bertindak tegas terhadap PAS. Tak perlu lagi terhegeh-hegeh melayan parti itu kerana sudah jelas dari kenyataan At-Takiri bahawa PAS memang tidak bersedia untuk bersama dengan blok utama parti pembangkang.

Ada pihak yang berhujjah jika parti pembangkang berpecah dan berlaku pertandingan tiga penjuru maka ia akan memberi laluan kepada BN untuk menang di dalam pilihanraya. 2 PRK, Kuala Kangsar dan Sungai besar menjadi sandaran.

Ia tidak semestinya benar. Apa yang jelas rakyat sudah mengetahui corak permainan PAS. Ia kini lebih bersama-sama dengan UMNO BN. Malah jika ia menyertai blok Pakatan Harapan maka ia akan lebih membahayakan PH sendiri kerana sikap lalang PAS itu mungkin sahaja menikam PH semula jika mereka menang nanti.

Justeru itu, kita menyeru kepada semua pihak yang bersama dengan PH agar lupakan hasrat untuk memujuk atau mengharapkan PAS kerana hukum kebenaran dan keadilan berjalan. Parti yang sehebat manapun tetapi jika mereka berasingan akan tetap kalah, apatah lagi parti yang bodoh sombonmg, angkuh dan paling teruk, parti yang mengkhianati rakyat. Mereka akan terhumban keluar dari arus perjalanan politik negara yang kini bergerak ke hadapan untuk SELAMATKAN MALAYSIA.



FEATURED ADS



36 ulasan:

Tanpa Nama berkata...


SAYA PENYOKONG PAS...SEPATUT PPBM MENYERTAI SAJA PH... TAK PERLU TUNGGU, ATAU KUTUK LAGI PAS... PAS FOKUS HANYA UNTUK GAGASAN SEJAHTERA SAJA... HARAP SEMUA FAHAM......

Tanpa Nama berkata...

PAS IKATAN GAGASAN SEJAHTERA (PIGS). PAS parti sombong manakala Ikatan ahlinya 79 org. Cakap besar aje...

Tanpa Nama berkata...

Sebenarnya bukan pas yg nak tapi gerombolan pro hadi yg buat mcmni..lingkup pas bila geng pro hadi tipu dlm muktamar....

Tanpa Nama berkata...

DAN CAKAP LAH SEKALI ..
OLEH KERANA PAS SOKONg NAJIB DENGAN SAYA SEKALI SOKONG NAJIB. ATAU KAMU TAK KENAL SIAPA NAJIB ?

ISLAM AKAN MEMPERTAHANKAN PEMIMPIN YANG SONGLAP DUIT RAKYAT. ISLAM MENEGAKKAN KEBENARAN. 1MDB ITU. BENAR DAN 2.6 BILLION PUN BENAR.

ISLAM MESTI DI HIDUPKAN DENGAN APA SEKALI PUN. WALAUPUN TERPAKSA PURA-PURA TAK KISAH DENGAN NASIB YANG MENIMPA RAKYAT.

MEMBALAK BERSAMA ULAMAK.

Tanpa Nama berkata...

DAN PAS JUGA SOKONG JHO LOW..

WIRID KAN 90 JUTA KALI.

Tanpa Nama berkata...

Selamat berkubur utk PIS...teruskan dlm PIGS...dan teruskan makan dedak dacing senget...dan selamat hilang kelantan...

Tanpa Nama berkata...

Saya juga ahli PAS satu soalan ingin saya ajukan apakah PH yang bercantum atas nama tiga party tidak punya keyakinan jika PAS tidak berada dalam PH itu apakah PH takut sangat jika berlaku pertandingan tiga penjuru,usah sama PRK Sungai Besar dan Kula Knangsar kerana kedua-dua PRK itu berlaku hanya pada satu tempat dan BN/UMNO akan kerah semua agensi kerajaan dan memaksa kakitangan awam secara senyap dan kita sedia maklum kaki tangan awam adalah sebagai buruh saja bagi UMNO dan BN pimpinan Najib akan mengarahkan ketua-ketua jabatn untuk bertindak jika ada kaki tangan awam yang berpaling tadah lihat saja sebagai contoh baru-baru ini KSU keluarkan arahan itulah adalah hakikat.

Tanpa Nama berkata...

PAS yang diterajui oleh Hadi kluk klek amat berjaya dengan cemerlang sekali membiakkan sikap kluk klek itu kepada pimpinan PAS yang lain. Manusia(???) yang tiada prinsip itu pagi cakap lain, tengahari cakap lain, petang cakap lain, malam cakap lain dan begitulah dihari-hari seterusnya. Amat berbeza sekali jika dibandingkan dengan hala tuju yang ditunjukkan oleh almarhum Ustaz Fadhil Noor dan TG Nik Aziz, yang berjaya memikat penyokong bukan Islam apatah lagi penyokong Islam. Sebaik-baiknya PAS tidak dirundingi lagi untuk bersama dalam PH, ibarat sampah yang tidak boleh dikitar semula!!!

Tanpa Nama berkata...

Pas dah jadi pas chai. Pimpinan nye chai. Buta politik tp perasan alim ulamak. Benci kpd penyamoon perompak pencuri tp pi kawan dan sembah depa. Dakwah konon. Umno tk sejahat firaun. Hihihi. Pas dah jd bodoh dan bangang. Hahahaha

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang masih ada pilihan. PH dan PPBM bukan tak yakin kerana walaupun diketahui UMNO menipu dan dibantu oleh SPR, kedua-dua nya terpaksa bertanding samada PAS bergabung dengan PH dan PPBM.


PH dan PPBM memilih untuk menjadi lebih kuat dan lebih padu sekira nya ke semua parti pembangkang bersatu menghadapi UMNO.

Tak masuk akal orang beriman sekira nya ada yang sanggup bersama dengan berkerjasama dengan Najib. Najib telah menyusahkan rakyat.

Apa sebab Hadi berbaik dengan UMNO sedangkan pemimpin tertinggi UMNO di pecat termasuk lah Timbalan Menteri Kewangan Husni meletak jawatan. ? Mereka bimbang kesan tindakan Najib pada rakyat dan negara.

Siapakah musuh sebenar PAS semasa PRU dan apa isu yang akan di sampaikan pada pengundi ? Sudah tentu PAS akan menyerang DAP kononnya DAP yang berkuasa. Padahal yang telah ternyata zalim dan menyonglapkan duit rakyat ialah Najib dan UMNO.

Pembangkang lawan pembangkang. Yang nak di kalahkan BN UMNO.

Tidak kah ini bererti PAS di pergunakan oleh Najib ?

Sekiranya PH dan PPBM memang dengan jumlah yang sedikt, adakah PAS terus jadi pembangkang dan bersatu dengan UMNO yang tentu-tentu akan buat sesuatu untuk mengagalkan tertubuhnya kerajaan baru.

Untuk itu penyokong PAS seperti tuan tentu ketahui berapa banyak kes rasuah UMNO yang terlepas dan bagaimana campurtangan Najib dalam sistem pentadbiran. Mustahil .. Mustahil.. walaupun niat Najib baik sekalipun ianya akan membawa kemusnahan. Belajar lah dari kesilapan Tun.

Peraturan dan Sistem perlu di hormati dan di taati tetapi Najib mengikut suka hati.

PAS beriya ingin menyelamatkan Rohingya tetapi Najib menghantar Pegawai Tentera berjumpa pemimpin Myanmar.

Tanpa Nama berkata...

Saya anti Hj Hadi. Saya benci Presiden PAS.

Kerana Hj Hadi dan kuncu-kuncu nya lah apa yang salah jadi tak salah. Yang zalim dan yang dusta di tolong supaya terus zalim dan berdusta. Yang teraniaya di keji dan di memusuhi.

Zalim bagi PAS ialah menanam bayi hidup-hidup. Zalim bagi PAS ialah menyiksa dan membunuh sahabat dan mereka yang bersama Nabi saw.

Wallahualam.

Tanpa Nama berkata...

Saya bangga dengan Pas yang tidak terburu2 bergabung dgn PH yang berpotensi besar menjadi pemerintah salepas PRU 14 akan datang...Pas masih mahu mendalami dan menimba sebanyak mana ilmu dan pengalaman untuk menjadi pembangkang bertaraf world class sebelum menjadi pemerintah pada tahun 5050....maka usah pandang remeh tranformasi,,halatuju dan wawasan 5050 pas...sekalong tahniah...

Tanpa Nama berkata...

PAS sudah memilih jalannya sendiri dan berkeyakinan parti itu boleh menjadi pilihan rakyat. Sudahlah PH. Anda juga mempunyai jalan sendiri yang anda yakin akan menjadi pilihan rakyat. Yang penting sekarang ialah PH perlu solidaritas antara parti gabungan. Itu yang diharapkan oleh rakyat.

Rakyat mahu melihat suatu barisan alternatif yang padu dan boleh memberikan pilihan pemerintahan yang lebih baik. Kalau berpakat berdasarkan pujuk rayu, lobi melobi...lupakan saja niat nak perintah negara, kerana akhirnya anda semua hanya menghabiskan masa dan tenaga untuk politiking sesama sendiri. Hilang semua nanti nawaitu untuk memberikan alternatif yang lebih baik untuk rakyat.

Akhir kalam, PH lupakanlah PAS kalau parti itu masih kluk klek dengan pegangan dan prinsip PH. PPBM dan PKR lupakanlah perasaan masih nak berbaik dengan orang yang tak mau berbaik dengan kita. Kuatkan PH dan tunjukkan bahawa PH bersedia untuk memerintah dan membela rakyat.

Jangan lupa bahawa rakyat akan memilih parti yang mantap...bukannya parti yang masuk pilihanraya seperti ubi separuh masak...

Tanpa Nama berkata...

Pas dah ada peluang tubuh kerajaan di Terengganu, tapi mereka masih kekalkan umno... itu isyarat yang SANGAT JELAS, SANGAT TERANG. Tak perlu tunggu Pas. Gerakan program untuk tarik ahli2 dan penyokong2 Pas sekarang dengan penjelasan yang panjang lebar sebab kenapa Pas perlu ditolak dalam pru14. Majoriti ahli2 dan penyokong2 masih tidak tahu perkara sebenar yang berlaku. Jika dilambat2kan, sukar kita memberikan kesedaran kepada ahli2 dan penyokong2 Pas ini. Kita bukan nak semua mereka menyokong kita, tapi kita tak mahu mereka menyokong Pas atas kesedaran diri mereka tentang sikap sebenar Pas terkini... itu sahaja.

Tanpa Nama berkata...

SEBENARNYA, INI ADALAH SUARA PEMIMPIN PAS. MEREKA INI MEMBAWA PAS HANYUT DAN TIDAK TENTU ARAH. SUARA MEREKA INI BUKAN MEWAKILI SEMUA AHLI-AHLI DAN PENGUNDI PAS.

HANCURNYA PARTI PAS INI KERANA PIMPINANNYA KURANG BIJAK. APABILA PAS DITERAJUI OLEH GROMBOLAN YANG KURANG CERDIK, INILAH JADINYA.
KITA SEBAGAI AHLI-AHLI PAS AKAN HANYA PROTES DALAM DIAM, SAMADA TIDAK MENGUNDI, MENGUNDI KESEMUA PARTI (UNDI ROSAK) ATAU TIDAK MENYOKONG MANA-MANA PERTUBUHAN POLITIK.

KEPUTUSAN PENTING INI TIDAK DIAMBIL BERAT OLEH PEMIMPIN ARTI PAS.
MEREKA DENGAN SEWENANG-WENANGNYA, DENGAN TIADA PERBINCANGAN, TIADA PERBAHASAN, TIADA ANALISA MEMBUAT SATU KENYATAAN TIDAK BERSAMA PEMBANGKANG UTAMA. INI BUKAN KEHENDAK PENYOKONG-PENYOKONG PAS. SECARA MAJORITI.

TIADA LAGI SUARA-SUARA CERDIK, SUARA-SUARA LANTANG DALAM PAS.

SAYANG SERIBU KALI SAYANG..ITU SAJA YANG SAYA DAPAT UCAPKAN. - SALAM- ANCIENT MARINER

Tanpa Nama berkata...

Jadi adakah semasa TGNA, PAS terburu-buru bersama-sama pakatan rakyat?

Tak cukupkah pengalaman PAS sebagai pembangkang sehingga PAS telah mengkhianati rakan dalam pakatan dengan bersongkol dengan UMNO di Perak dan di Selangor.

Pengalaman menunjukkan PAS tidak lama dalam bergabung dengan parti lain, samada PAS rasa rendah diri atau PAS bawak sial seperti Gagasan Rakyat, PAS hanya boleh mengawal sebuah parti dan bukan nya sebuah gabungan atau sebuah negeri.

Untuk mengawal sebuah negara PAS kena tunggu Cicit kepada cicit kepada cicit kepada cucu dan kepada cucu anak Nik Abduh pun PAS belum mampu menjadi pemerintah yang berdaya saing.

PAS tidak dapat apa-apa kecuali selain cercaan kerana tidak berpegang pada prinsip Islam. Dengan berkawan dengan UMNO apa yang PAS dapat ialah cara untuk membalak dan cara untuk putar belit dan berdolak dalih.

ps Ragu-ragu lah sebab penyokong PAS tak tulis macam ini dan juga tak sebut apa-apa mengenai kehebatan Islam Hadi.

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang masih ada pilihan. PH dan PPBM bukan tak yakin walaupun diketahui UMNO menipu dan dibantu oleh SPR, kedua-dua nya terpaksa bertanding samada PAS bergabung dengan PH dan PPBM. Lawan tetap lawan.


PH dan PPBM memilih untuk menjadi lebih kuat dan lebih padu sekira nya ke semua parti pembangkang bersatu menghadapi UMNO. Bukan bersendirian atau ada dua gabungan.

Tak masuk akal orang yang beriman sekira nya ada yang sanggup bersama dan berkerjasama dengan Najib. Najib telah menyusahkan rakyat termasuk ahli PAS.

Apa sebab Hadi berbaik dengan UMNO sedangkan pemimpin tertinggi UMNO di pecat termasuk lah Timbalan Menteri Kewangan Husni meletak jawatan. ? Mereka bimbang kesan tindakan Najib pada rakyat dan negara.

Siapakah musuh sebenar PAS semasa PRU dan apa isu yang akan di sampaikan pada pengundi ? Sudah tentu PAS akan menyerang DAP kononnya DAP yang berkuasa. Padahal yang telah ternyata zalim dan menyonglapkan duit rakyat ialah Najib dan UMNO.

Pembangkang lawan pembangkang. Yang nak di kalahkan BN UMNO.

Tidak kah ini bererti PAS di pergunakan oleh Najib ?

Sekiranya PH dan PPBM menang dengan jumlah yang sedikt, adakah PAS terus jadi pembangkang atau bersatu dengan UMNO yang tentu-tentu akan buat sesuatu untuk mengagalkan tertubuhnya kerajaan baru.

Untuk itu penyokong PAS seperti tuan tentu ketahui berapa banyak kes rasuah UMNO yang terlepas dan bagaimana campurtangan Najib dalam sistem pentadbiran. Mustahil .. Mustahil.. walaupun niat Najib baik sekalipun ianya tetap akan membawa kemusnahan. Belajar lah dari kesilapan Tun.

Peraturan dan Sistem perlu di hormati dan di taati tetapi Najib mengikut suka hati.

PAS beriya ingin menyelamatkan Rohingya tetapi Najib menghantar Pegawai Tentera berjumpa pemimpin Myanmar.

Sehingga sekarang parti tidak ambil tindakan ke atas MP PAS yang hadir menyertai BERSIH. Jika tak mampu lakukan jangan cakap.

Tanpa Nama berkata...

Adakah juak2 nie telah bersedia untuk bertuankan jahid dan Hisyam nnti.. bersama membaculkn perjuangan... kesiannye... ke korang nak implement U-turn theory utk last minute nnti... keh3 abam ameno kena jejage.. cah keting pun ustat2 dah belajar kat last muktamar dulu. Jgn memain, diaorg pun pandai main list chai... Keh3

Lelaki Dicermin berkata...

Sy sependapat dgn saudara.. sekalong tahniah utk walaun2 pas
Sbb wawasan parti walaun terlalu kehadapan..

Tanpa Nama berkata...

Saudara Admin, saya berpendapat ini adalah satu perancangan yang sudah dirancang oleh pihak2 yang berkaitan untuk jatuh gagalkan Pakatan terutama sekali PPBM.

Cara mereka main sorong tarik tali ni menampakkan hasrat yang terselindung di sebalik tabir. Ini strategi yang sudah disusun-aturkan secara berperingkat dengan teliti.

Tanpa Nama berkata...

Sy penyokong pas.kami dlm pas mmg xperlukan PKR PBBM apatah lagi pan dan dap yg jelas musuh kami.Kami blh menang tanpa bantuan dr mana2 parti pun,kami parti paling lama.Hanya puak2 dlm ph dan pBbm yg masih terhegeh2 pada kami.kalau susah sgt, pbbm dan pkr sila join kami di Gagasan Ikatan Malaysia

Tanpa Nama berkata...

Pembangkang nak berbaik dgn Pas. tapi Pas tak mau. Pas sombong. Pas putuskan silatulrahim.
Apa hukumnya memutuskan silatulrahim?

Tanpa Nama berkata...

Mengapa hari ini orang lain kata PAS setuju untuk tumbang kan UMNO, pembangkang perlu satu lawan satu. Selang dua, tiga hari orang lain pulak kata PAS akan bersendirian.

Hj Hadi sepatutnya keluarkan kenyataan resmi mengumumkan PAS telah bermesyuarat apa ke, bincang ke.. dan keputusan muktamad ialah PAS tidak dapat terima pelawaan PPBM dan PH untuk bekerjasama..

Dan jangan ada pulak pemimpin PAS yang lain buat kenyataan selepas keputusan telah dimuktamadkan

Tapi PH dan PPBM kena lah bagi Had Masa kepada PAS.

Tanpa Nama berkata...

Kami para penyokong ph mmg dah lama xnk pas bsama ph.tp xtau la knp pimpinan ph masih nk menunggu pas...agaknya pimpinan ph sengaja nk kasi penyokong ph undi protes kasi bn menang kot br ph puas ati..kami dh bosan dgn sikap ph masih mengharap pd pas.yg tertindas nya kami ni rakyat marhaen.kalau gini cara ph aku mmg xkan undi ph dh tp baik undi bn nt bkn sbb suka bn tp aku sakit ati dgn ph.setakat ni bukan aku sorg je berpandangan begini tp ramai juga kwn2 aku penyokong ph dh muak dgn tarik tali ph ni terutama kat selangor elok kasi pkr kalah biar pada muka sbb mainkan perasaan rakyat yg mmg xska pas lg dh...

Tanpa Nama berkata...

Saya amat setuju dgn admin.xperlu layan lagi pas.kita harus maju ke depan..pengundi pas pun dah separuh lari ke amanah,begitu juga pengundi umno lari ke Bersatu.Kita ada peluang cerah..maju kehadapan...

Tanpa Nama berkata...



Siratol MUSTAQIM...Lurus Mem-BERI
LURUS Mencari...Bakat yg SUCI
LURUS Meng-Adaptasi...Merit TerTGGI
LURUS Menghargai...Idea-INSPIRASI
Miracle-INSPRATION...Untaian-AZALI


Miracle INSPIRATION...Untaian-AZALI
Mencerah Mengenal...Kaca dan PERMATA
TERANG Membezakan...Kulit dan ISI
Tepat 'Mem-BACA'.. .Musuh yg NYATA
Tepat Mem BACA...Niat Di HATI


Tepat Mem BACA...Anjakan PARADIGMA
Politik Ter KINI...Politik INTEGRTY
Kaseh Mem-BERI...Menjadi TEMA Nya
Integrity Transparency...Mnjd KUNCI
Kunci Membuka...Khazanah Ber-GANDA2
Dan Kaseh Mem-BERI... SOLUSI yg Azali
Dgn Kaseh Mem-BERI...BerGANDA2 Di LIMPAHI

Dgn Kaseh Mem-BERI...Giving Sharin Caring PEACE in Harmony
ABUNDANCE of LUV...To d Destiny of Unlimited INFINITY




Poltik 'KUNO'...SANDIWARA Durjana
Ber Konspirasi 'Dedak'...Fitnah menCURI
Ibarat Menghurung...Bangkai yg HINA
Sggup Memakan... Daging SENDIRI
Sahabat Kerabat...Mnjd MANGSA
Demi Kebuasan...Yg Jijik dan Keji
Rangka Tinggal Tulang...Kan Tak Berguna Lagi










Tanpa Nama berkata...



Klu guna vibrator IQ test kat lobai-wostad2 nih..

-test IQ bab komputer n internet gerenti COROT n failed!

-test IQ bab maths n sains gerenti BUNGKUS n lingkop!

-test IQ bab bisness akaun n ekonomi pun dah tontu HANGUS bungkos!!

-test IQ bab2 geografi n alam skitar pun failed!

-test IQ isu2 umum politik sosio budaya juga out!

-test IQ bab mengurus mentadbir dah pun failed kat Trgganu Kedah lintang pukang!

-Hatta, klu test IQ sejarah-Agama skali pun mrk gerenti corot!!

-Hatta level PhD n Professsor n guru2 pensyarah mrk kat universiti pun bebal lemah dan tak berani berdebat dan berhujah sbb TAKUT n gerenti kalah!

-test IQ hafalan mrk yg berpuloh2 tahun tu pun cuma ckup makan ala kadar jer pun!!


TAPI KLU TEST 'IQ' BEBAL DAN TOLOL SENANG KENA UMPAN SERTA CEPAT JD GOBLOK N BODOH N CEPAT MASUK DLM PERANGKAP N MRK LAH MNJD PILIHAN YG TEPAT KPD 'PENYAMUN' KRN MRK INI SGT SENANG UTK DI BELI DI CUCUK IDUNG DAN DI SEMELIH..



Mcm mana masyarakat kita boleh jd begitu TOLOL dan bodoh menganggap mrk ini sbg ulamak!?


Dan si TOLOL2 yg bodoh HANCUS failed ini kini mndpt ruang yg sgt2 luas kat TV radio serta media massa di negara ini demi mentolol n membodohkan ummat...aduhai amat2 malang skali naseb pembayar cukai dinegara nih!!



Tanpa Nama berkata...

dari masa ke masa kita dpt melihat keadaan parti2 politik dgn agenda mereka masing2..walaupun saya bukan org yg ada kene mengena dlm mana2 ahli atau menyokong mana2 parti..perkembangan yg berlaku sekarang amat hebat dimana dlm umno dan pas pun ada pecahan dan terbitnya parti yg baru ...tetapi sebagai seorang yg beragama islam kita WAJIB ambil tahu siapa yg kita sokong ( pangkah kertas undi ) sebagai ketua kita kerana apa yg saya tahu bila ketua kita mambuat keburukan tempiasnya akan kena pada kita kerana saya pernah bertanya seorg ustaz tentang kumpulan syiah...katanya ia bermula dari sekumpulan kaum bernama khawarij yg memusuhi keleuarga nabi yg tersayang kita jadi kalau Allah campak kumpulan ini kedlm neraka mereka yg menjadi pengikutnya ikut sama .. nasihat saya kpd sesiapa yg ingin menyokong mana2 kumpulan/ketua buat study dulu takut2 kita kena tarik sama nanti

Tanpa Nama berkata...

Sejahtera semua.
Hairan sungguh saya.
Masih tak boleh fikir lagi kah kita.

Pas sekarang sedang main wayang dgn ahlinya.

Pada dasarnya pas amat bersetuju dgn pemerintahan sekarang

cuma untuk berterus terang tu.
Dia takut dgn pengikutnya marah.

Oleh itu jalan mudahnya.

......Jadi penasihat sajalah....

Janji jika ada majlis yg bersesuaian .
Peresidennya boleh diraikan..
Macam Rohingya baru baru ini...

Tanpa Nama berkata...

Saya sekarang kalau org pas dtg bercakap...aku ludah depan2...harqtuii!!!..sbg simbolik utk sedarkan diaorg jgn persendakan dan main2 dgn undi org biasa, atas pagar dan tak berparti ini....sy serulah kita sama2 ludah kalau puak2 ini datang nk pujuk dan dsbnya!!!!....

Tanpa Nama berkata...

tm,tsm,dazmn jgn takut kalah pru14, cuba lg dlm pru seterusnya waktu itu ph tentu sudah kuat,dan pis dn um... merosot. itulh hakikatnya jdi lupakn pis skrg.

Tanpa Nama berkata...

Sayapun keliru, dari dulu sudah betahun-tahun melihat dan merasa telatah PAS tapi pembangkang masih juga terhegeh-hegeh memujuk dan merayu agar PAS bersatu dengan blok Pembangkang. Apa yang diharapkan sangat dari PAS selain daripada kawan yang makan kawan jika ditakdirkan keputusan Pilihanraya 50/50 antara BN dengan PH. Saya sangat bersetuju dengan pandangan Dato Husam Musa bahawa sekarang masanya untuk pembangkang mencari cara dan bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya secara tiga penjuru atau lebih!! Commonlah pembangkang, harus menerima realiti dan jadi jantan dengan berani menghadapi dalam apa juga keadaan. Yang penting berikhtiar dari sekarang....

Tanpa Nama berkata...

Uish.mrh sgt tu bro.jgn mcm tu bro x elok akhlak mcmtu.kita dlm ph elok tunjukn akhlak mulia supaya lama kelamaan penyokong pas pun sedar dgn sendiri nya

Tanpa Nama berkata...

Yang terbaru Timbalan Presiden Pas keluar statement yang Pas tak akan bekerjasama dengan DAP Dan AMANAH. Saya rasa inilah yang terbaik buat AMANAH kerana AMANAH boleh bertanding dimana mana kawasan yang hendak bertanding tanpa peduli kawasan itu kerusi Pas. Pertandingan tiga penjuru tiada masalah buat AMANAH, Pas lingkup!

kiedentech berkata...

Saya doakan moga pas tumbang di kelantan dan kita akan lihat adakah golongan walaun boleh mempertahankan kata kata mereka sekarang atau kita mula lihat kopiah dan tin milo akan menjadi tabung pas untuk mengenyangkan pimpinan pas

Tanpa Nama berkata...

13 Dec kedua-dua AMANAH dan PPBM akan menetapkan untuk bergabung secara resmi dalam PH.

PAS dah capai apa yang di cita-citakan. Walaupun gagal berpakat dengan UMNO Selangor untuk melantik Hasan Ali menjadi MB Selangor dan membentuk Kerajaan Perpaduan di Perak setelah Ahmad Awang membantah kehendak pemimpin tertinggi PAS untuk membelot setelah PR menang.

Tinggalkan PAS. Kerana tak dapat Selangor dan Perak, bagi PAS cukup lah dapat kuburkan PR.