25 Feb 2009

Tindakan Hakim Mohd Ariff Disokong

Banyak pihak menyambut baik langkah hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak.

Ini akan mengelakkan tuduhan bahawa beliau berlaku berat sebelah di dalam penghakimannya jika keputusan penghakiman memihak kepada Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin.

Sikap yang diambil oleh Mohamad Ariff yang mendedahkan sendiri dan melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas adalah satu sikap yang jarang terdapat pada para hakim yang ada di dalam negara ini.

"Jika Mohamad Arif mahu, beliau tidak perlu mendedahkan maklumat sedemikian dan tiada siapa pun yang sedar mengenainya, tetapi hakim itu mementingkan keadilan dan sebagai orang yang pernah menjadi ahli PAS beliau tahu bahawa keadilan itu amat diutamakan di dalam penghakiman, maka beliau memberitahu awal-awal tentang kedudukan dirinya," kata seorang pemimpin PAS Kawasan.

Dalam reaksinya, Nizar berkata, beliau menghormati keputusan pesuruhjaya kehakiman tersebut.

Dengan keputusan penarikan diri itu, perbicaraan ditangguhkan kepada satu tarikh yang diberitahu kemudian oleh Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Arif setelah beliau mengumumkan menarik diri dan memberi pilihan kepada Datuk Seri Nizar samada ingin meneruskan perbicaraan di Mahkamah Tinggi atau di Mahkamah Persekutuan.


Tiada ulasan: