25 Feb 2009

Majlis Peguam Bidas Polis Siasat Speaker

Majlis Peguam Malaysia hari ini menmbidas tindakan Polis yang menjalankan soal-siasat terhadap Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V.Sivakumar.

Presidennya Datuk Ambiga Sreenevasan menyatakan soalsiasat polis berkenaan adalah tidak wajar dan mencabuli doktrin pengasingan kuasa di dalam dewan-dewan undangan negeri.

“Ia satu memulakan satu precedent yang merbahaya kerana tiada siapa pun boleh pertikaikan keputusan Speaker.

“Speaker mempunyai beberapa hak keistimewaan dan immuniti di bawah Perlembagaan Persekutuan dan beberapa enakmen di negeri Perak,” tambahnya.

Ambiga menjelaskan bahawa implikasi dari tindakan polis itu amat dasyat , sekalipun soalsiasat itu merupakan satu prosedur biasa.

“Sekali ia dimulakan, tidak ada satu dewan undangan negeri yang selamat lagi. Speaker sudah tidak mempunyai kebebasan untuk menjalankan fungsinya dan tanggngjawabnya sebagai seorang Speaker jika beliau tertakluk kepada soalsiasat oleh kuasa luar,” tambahnya.

Kelab GB sebelum ini telah berkali-kali menjelaskan bahawa Polis tidak mempunyai hak untuk menyoal-siasat Speaker sekalipun ada laporan polis di buat oleh pihak tertentu terhadapnya.

Ini kerana mereka yang membuat aduan polis juga tidak memahami tugas dan bidangkuasa Speaker, begitu juga pihak yang mencadangkan laporan polis dibuat ke atas Speaker.

Kenyataan Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang berkata walau apa pun tanggapan mengenai keputusan yang dibuat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar, ianya tetap tidak sah hanyalah satu pandangan dari seorang Speaker yang berkebetulan datang dari parti yang berlainan dari V.Sivakumar yang pastinya diragui kenyataannya.

Ini kerana lebih banyak tindakan-tindakan Speaker dari kalangan Barisan Nasional di dewan-dewan undangan negeri di mana BN berkuasa yang banyak boleh dipertikaikan seperti tindakan Datuk Seri Onn Ismail menggantung Teng Chang Khim dari Dewan Undangan Selangor selama 2 bulan tanpa gaji setelah dituduh bersikap biadab kepada Speaker pada April 25, 2005. Begitu juga dengan sikap Speaker Dewan Rakyat yang menggantung keahlian beberapa orang pemimpin pembangkang sesuka hati tetapi membiarkan kesalahan yang sama dilakukan oleh penyokong kerajaan.

Justeru itu sebenarnya, di dalam hal ini, pihak yang mencadangkan aduan polis dibuat itulah yang sepatutnya di siasat, ditahan dan didakwa kerana menghina Speaker.


Tiada ulasan: