25 Feb 2009

70% Bersetuju MB Slgr Kekalkan Elizabeth Wong

Undian SMS Edisi 7 petang ini menunjukkan 70% bersetuju jika Menteri Besar Selangor mengekalkan YB Elizabeth Wong sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan. Cuma 30% tidak bersetuju.

Sebelum daripada ini Kelab GB ada melaporkan bahawa satu memorandum yang ditandatangani oleh 10,000 penduduk yang menyokong Elizabeth Wong telah diserahkan kepada MB Selangor, YAB Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini bagi merayu ADUN Bukit Lanjan Elizabeth Wong tidak meletakkkan jawatannya.

Elizabeth Wong yang tertekan ekoran isu berita gambar kurang sopannya yang mula disiarkan oleh akhbar yang The Malay Mail yang dengan pengamalan dasar kewartawanan longkangnya sehinggalah ia memaksa ADUN berkenaan menawarkan diri meletakkan jawatannya dan bercuti di luarnegara.

Ini diperburukkan lagi dengan desakan beberapa pemimpin UMNO seperti bekas Menteri Besar Selangor yang mengeksploitasikan isu tersebut untuk mengalihkan pandangan masyarakat terhadap banyak isu penyelewengan dan rasuah yang dihadapinya serta untuk mendapat publisiti murahan menjelang perhimpunan UMNO Mac depan dimana beliau akan bertanding untuk jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

PAS Selangor melalui Pesuruhjayanya Dato' Dr. Hasan Ali sebelum ini telah memberi sokongan padu kepada Exco Kerajaan Negeri, Elizabeth Wong dalam usaha untuk membersihkan nama baik beliau.

"Apa yang berlaku kepada Elizabeth Wong, PAS sangat bersimpati sama juga dengan rakan-rakan yang lain dalam Pakatan Rakyat.

"Kita juga sangat mengalu-alukan siasatan yang dibuat oleh pihak polis dan kita juga mengharapkan mereka dapat melakukan dalam keadaan mesra," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menghadiri Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri petang semalam.

Hadir sama dalam sidang media itu beberapa orang Exco kerajaan Negeri seperti Dr. Halimah Ali, Iskandar Samad, Teresa Kok, Xavier Jayakumar, Rodziah Ismail dan Ronnie Liu.

Tiada ulasan: