25 Feb 2009

Jangan Jadi Lembu Wahai SPRM - AMK

Angkatan Muda Keadilan hari ini mengisytiharkan "perang" keatas bekas Menteri besar Selangor Khir Toyo dan mengingatkan Surhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai 20 aduan rasuah yang telah dilaporkan ke atasnya.

Untuk membuktikannya, AMK membawa seekor lembu di atas sebuah lori Isuzu berwarna merah untuk dihadiahkan kepada SPRM.

Walaubagaimana pun pihak polis telah menghalang lembu itu dibawa masuk ke perkarangan ibu pejabat SPRM.

Namun beberapa orang pemimpin AMK telah berjaya menembusi halangan untuk menyerahkan memorandum dan membuat kenyataan mereka.

“SPRM tak sepatutnya bermaksud Suruhanjaya Bagi Lembu dan Kereta ,” bentak Shamsul Iskandar Mohd Akin, Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia.

“Mengapa mereka menyiasat isu 46 ekor lembu tetapi menidakkan semua aduan yang lain?” tambahnya, merujuk kepada dakwaan yang Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim telah menyalahgunakan wang kerajaan negeri untuk membeli lembu dan membayar penyenggaraan kereta peribadinya.

Selain dari 20 aduan, AMK mendakwa Khir Toyo dituduh pernah membeli apartment mewa di Arab Saudi menggunakan dana awam.

“Kami akan menyusunsemula dokumen, kami akan failkan banyak laporan rasuah (terhadap Khir),” kata Shamsul.

Pakatan Rakyat menyatakan SPRM begitu cepat menyiasat dan mengeluarkan kenyataan terhadap laporan yang mengaitkan pimpinan Pakatan Rakyat tetapi membisu malah melenyapkan aduan yang dilakukan ke atas Barisan Nasional (BN).

“Kami ingin memberitahu SPRM supaya mereka tidak dicucuk hidung seperti lembu,” kata Khairul Anuar Ahmad Zainudin, Ketua AMK Selangor.

Beliau menambah lembu itu diberikan kepada PKR oleh penyokong parti mereka dan mereka telah mempunyai dokumen haiwan yang diperlukan untuk dibawa ke tempat awam.

berita: malaysianinsider
terjemahan bebas: greenboc



Tiada ulasan: