9 Dis 2016

[VIDEO] Kerusi Mahathir Ditiadakan, Satu "Kesipuan" Yang Dasyat!

'Saya minta maaf, saya ambil ingatan Istana Negara milik Najib-BN'

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap jemputan diterima menghadiri Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Yang Dipertuan Agong ke-15 di Istana Negara tiada kaitan dengan mana-mana parti politik.

Sebaliknya tanggapan beliau itu meleset selepas undangan itu dibatalkan.

Beliau berkata telah menerima surat jemputan itu dan mengatakan persetujuan untuk hadir pada majlis yang akan berlansung pada 13 Disember ini jam 11 pagi di Istana Negara.


"Saya jawab bahawa saya akan hadir kerana saya anggap acara ini sebagai acara nasional yang tidak ada kaitan dengan mana-mana parti politik.

"Pada 6hb Disember, 2016 saya terima surat dari Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja yang menyebut:Dengan hormat saya menyusuli undangan yang dihantar kepada YABhg Tun dan memaklumkan bahawa undangan tersebut adalah dibatalkan.

"Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun.”

"Rupa-rupanya acara negara adalah sebahagian dari politik parti.

"Saya minta maaf kerana membuat anggapan yang salah. Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib dan Parti Barisan Nasional," ujarnya ringkas dalam satu kenyataan hari ini.

Pada Rabu Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah membatalkan undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali untuk menghadiri istiadat lafaz sumpah jawatan Yang Dipertuan Agong ke-15 dan Timbalan Yang Dipertuan Agong pada 13 Disember ini.

Surat yang ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad itu bertarikh 5 Disember dan dialamatkan ke Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Kedua-dua surat yang membatalkan jemputan untuk Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah dimuatnaik di laan web Marina Mahathir kemudian menjadi viral di media sosial sejak dua hari lalu. -TDM


Pakatan: Tak manis batal undangan kepada Dr M

Pakatan Harapan berharap Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja memanjangkan semula undangan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad, kerana kejadian membatalkan undangan kepada bekas perdana menteri itu tidak sepatutnya berlaku.

“Kami kesal ini berlaku, ia tidak sepatutnya berlaku. Walaupun Pakatan tidak boleh berbuat apa-apa, kita berharap Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja pertimbangkan.”

“Ini kerana semua bekas perdana menteri dan ketua pembangkang diundang. Jadi nampak tak manis apabila ada bekas PM tidak diundang,” kata Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan Datuk Saifuddin Abdullah.

Semalam, media sosial giat berkongsi 2 surat ditandatangani Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad, masing-masing ditujukan kepada Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah, memaklumkan mereka tidak dapat menghadiri majlis melafaz dan menandatangani surat sumpah Sultan Muhammad V dari Kelantan sebagai Agong baharu dibatalkan.

Antara lain, ia menjelaskan pembatalan itu kerana pihaknya tidak dapat menyediakan tempat duduk.

“Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun,” kata Syed Danial dalam surat itu.

Saifuddin mengesali jemputan yang sudah diberi terpaksa dibatalkan, terutamanya apabila kepimpinan parti pembangkang mendokong institusi Raja-raja Melayu.

“Ketiga-tiga parti dalam Pakatan Harapan meterai perjanjian Januari tahun lalu, dan salah satu intipati perjanjian itu menyokong institusi Raja Berperlembagaan.”
-FMT




ULASAN GB

Nampaknya institusi raja-raja pun sudah dipolitikkan, sehingga kerusi Tun pun  ditiadakan di Istiadat Melafaz dan Menandatangani Sumpah Jawatan oleh Yang Dipertuan Agong ke-15 di Istana Negara. Alasannya:

“Surat ini bermaksud untuk mengelak sebarang kesipuan (embarrassment) jika YABhg Tun hadir pada hari dan ketika tersebut kerana Pejabat ini tiada menyediakan kerusi kepada YABhg Tun,”

Sedangkan surat penarikan balik undangan kepada TDM itu sudah pun merupakan satu "kesipuan" (meminjam istilah Penyimpan Mohor Besar Raja-raja)!

Dasyat sungguh era Najib ini. Tak cukup buang sana, pecat sini... kini TDM menjadi mangsa dendam politiknya yang seperti tiada kesudahannya.

Rakyat menjadi semakin celik terhadap kedasyatan pemerintahan Najib dan hukum kebenaran dan keadilan akan terus berjalan untuk menghukum mana-mana pemimpin yang kejam dan zalim. Tidakkah itu sunnatullah yang sentiasa berjalan sepanjang zaman?

Bukan sahaja Najib dan UMNO BN, malah sesiapa juga yang bersekongkol dengannya akan tetap menerima hukumanNya. Ia telah dijelaskan melalui firman Allah dalam Surah Hud ayat 113 yang menjadi tema blog ini:

“Jangan kalian cenderung menyokong orang yang zalim;
kelak kalian akan dibakar oleh api neraka.
(ketika itu) kalian tidak akan ada selain Allah sebagai penyelamat
dan kalian tidak akan mendapat apa-apa pertolongan.”




FEATURED ADS



23 ulasan:

abrarmujahideen berkata...

Haha...kerusi Parlimen Permatang Pauh xselamat. Keputusan mahkamah 14 December adalah Anwar tetap bersalah. Najib diagong kuasa maha hebat terhadap rakyat kerana Malingsia.

Tanpa Nama berkata...

Molek tun m pi juga wpun tiada kerusi. Bawa kerusi sendiri. Pi duduk sebelah atau dekat dgn najib. Dolah tiduri diundang. Why tun m dihalang. Ni kerja bangang beb. Hahahaha

Malaysiabaru berkata...

Adakah kerajaan lupa

Memipu mahathir tidak semudah memipu rakyat?

Rezab negara jatuh rm8.5 billion bulan nov. Dan rm10b bulan dis. Jgn tuduh kami menipu ini fakta bank negara atau media? China akan bayar hutang 1mdobi... Satu dunia tgok tv Australia wawancara bersih maria chin kena dera dlm sosma.

Tipu mahathir tidak semudah tipu rakyat

Aun suu kyi pemenang nobel tak pernah bunuh org. Masuk penjara 20tahun. Suami mati. Manakala najob Razak popular dgn mongolia 1mdb reza Aziz jho low genting mindef kapal tak selam scorpene keretapi maut 55b

Siapa Najib Razak nih nak banding dgn kesucian aun su kyi??? Jgn merajuk bila kontrak minyak projek lombong quartz balak pekerja asing dibatalkan. Ini hak suu kyi yg Maha suci

Antara pemcuri bersiri dan bekas pm yg bersama rakyat... Siapa kami akan percaya ???

Sudah pasti bukan pm sedia ada... Taubatlah wahai bank negara polis dan semua pegawai kerajaan yg sekongkol dgn si kitol ini menjahanamkan negara

Maafin Tun mahathir

Tanpa Nama berkata...

PIEM Mesia ni dah macam dajjal akhir zaman
casing je melayu islam konon.... software macam yahudi

Tanpa Nama berkata...

Najib pernah kata dengan mengambil contoh PAS, Jangan terlampau benci sangat pada seseorang kelak nanti bertukar menjadi sayang. Jadi Najib jangan lah benci sangat pada Mahathir...

Tindakan Najib ini bukan kerana rasa takut tetapi kerana sangat keciwa apabila Mahathir telah tidak pedulikan dia malahan Mahathir sudah tidak ada rasa apa-apa terhadap Najib. Najib seperti orang putus kasih dan menjadi pendendam, apa saja yang dapat di buat pada Mahathir, Najib akan buat.

Dari pengiring, tukang masak sampai lah ke kerusi pun Najib sanggup sorokkan. Istana apa yang tak ada kerusi? Buat Istana sampai beratus juta tapi tak ada kerusi. Khemah kenduri kahwin pun berlebih kerusi..
Huhuhu...

bakat berkata...

Malaysia yg tercinta.
Sultan2... agong2 tu pon hidop dgn duit rakyat.... rakyat marhaen yg sekarang dlm kesusahan akibat kesempitan hidup... ada dorg kesah? Makan tanggung berak cabgkung neracuk pon di tanggung.. semua makan duit rakyat...
Penipu buat report polis baru2 ni dilantik menjadi senator... apa lancau?? Semua yg kat atas tu semua perompak pencuri penipu... sultan buat apa? Agong buat apa? Mengentot sepanjang hari? Lancau laaa sultan2 melayu ni...
Mmg betul melayu yg bunuh melayu...

Tanpa Nama berkata...

Mungkin jika tidak akur pada kehendak Najib, mungkin Najib tidak akan datang. Mana tahu Najib main golf dengan Trump ke.

Atau barisan kawad hormat ATM hanya sebaris sahaja? Tentera ikut perintah Menteri dan ada Pegawai Tertinggi Tentera pergi ke Myanmar membawa pesanan Najib yang memberi amaran keras.. Malysia Boleh !

Puas kah hati Najib? Adakah pemimpin UMNO seronok sangat? Patut lah tak ada se orang pun Menteri dan Pemimpin UMNO berani tegur Najib. Kalau Mahathir pun tak dapat kerusi apa lagi dia orang..

Rupa-rupanya mereka takut dan bimbang sebab yang bagi mereka pingat kebesaran seperti Tan Sri, Dato Seri ialah Najib.

"Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib"

Tanpa Nama berkata...

Najib tak ada hal.. Bini dia yang tak boleh tengok Mahathir ..

Orang lelaki tak buat macam ini.

Lagi pun 'Rosmah pasti buat sesuatu .. '

Tanpa Nama berkata...

Perangai si najis ni dah mcm budak2..pihak istana pun sama tolol..melayan si najis penyamun..sedarlah kamu raja2..kamu dipanggil raja sbb rakyat..

Tanpa Nama berkata...

mabok ape abrormujahidin ni.klu x da point toksah dok komen la..

Tanpa Nama berkata...

hang phm bahse x istana negara kwsn larangan.private area. x jemput pn x pa.x bagi kesan pd Tun pun.x jd kudis x jd nanah pun..

Tanpa Nama berkata...

Istana apa yang tak ada kerusi? Buat Istana sampai beratus juta tapi tak ada kerusi. Khemah kenduri kahwin pun berlebih kerusi. Sungguh memalukan (mensipukan)kerajaan saja. Takkanlah kerusi untuk Tun M dan Isteri lebih dari RM2.6b?
Huhuhu...

Tanpa Nama berkata...

Semasa PWTC sampai menjerit-jerit.. Pengkhianat. Ego yang melampau. Bila nak bertembung bukan nya berjumpa pun dah takut.

Anak tiri Najib sepatutnya cakap pada Bapak tiri dia, kalau tak salah kenapa nak takut

Takut lah sebab kamera wartawan akan shoot muka masam Najib bila Najib jeling pada Mahathir.



Lelakidicermin berkata...

Aku rasa sbb semua isu yg tun m war2kan 1mdb.. gst.. hutang negara meningkat..tak jadi kudis kat rakyat malaysia terutama org melayu..tp kes takde kerusi di istana.. aku dpt rasa dia akan jadi kudis pada org melayu.. kita tunggu je sedikit masa lagi..org melayu.. bak kata hang tuah.. tak hilang melayu di dunia.. biar bayar hutang berbelion2. Agama islam di kotak katek tak kesah.. tp tun m takde kerusi akan tersentak..

Tanpa Nama berkata...

Mungkin jika tidak akur pada kehendak Najib, mungkin Najib tidak akan datang. Mana tahu Najib main golf dengan Trump ke.

Atau barisan kawad hormat ATM hanya sebaris sahaja? Tentera ikut perintah Menteri dan ada Pegawai Tertinggi Tentera pergi ke Myanmar membawa pesanan Najib yang memberi amaran keras.. Malysia Boleh !

Puas kah hati Najib? Adakah pemimpin UMNO seronok sangat? Patut lah tak ada se orang pun Menteri dan Pemimpin UMNO berani tegur Najib. Kalau Mahathir pun tak dapat kerusi apa lagi dia orang..

Rupa-rupanya mereka takut dan bimbang sebab yang bagi mereka pingat kebesaran seperti Tan Sri, Dato Seri ialah Najib.

"Saya akan ambil ingatan bahawa Istana Negara adalah milik Najib"

Tanpa Nama berkata...




Siratol MUSTAQIM...Lurus Men CARI
LURUS Mendaki... Makam Ter TINGGI
LURUS Mem-BERI... Kaseh SEJATI
Kaseh SEJATI...Yg Kaseh Mem-BERI
Kaseh Mem-BERI...Sesama INSANI
Kaseh YG"SATU"...Unlimited INFINTY
Kan Melimpah7Lah...DiLangit & BUMI
Kan Ber GANDA7Lah...Nikmat REZEKI
Bak Ber Ganda7FANTASY...Indah Tak TerPERI


Kaseh YG"SATU"...Abundance INFNITY
Kaseh Mem-BERI...Mnjd Kunci "NYA"
Dgn Kunci "NYA"...Khazanah Me NANTI
Kan Terbuka LUAS...Tiada TerHINGGA

Apbaila Wujud... FITNAH menCURI
Kunci Pun Lenyap...Gelap & GELITA
Ibarat Memakan... Daging SENDRI
Sesama KITA...Menjadi MANGSA Nya


Tanpa Abundance"NYA"...Kita Ber PECAH
Asyik Merembat...Salah MENYALAH
Tanpa Kaseh"NYA"...Kita Ber BALAH
Tanpa Cinta "NYA"...Sggup Mem FITNAH
Sanggup menCURI... Songlap RASUAH
Bak Budak Hingusan...Berlagak MEWAH
Berlagak Mewah... Berlagak MEGAH
Hasil "memerah"...Keringat & DARAH


Yg Semakin KONTANG...Semakin PARAH











Malaysiabaru berkata...

Anon luu baru tau perangai sultan lu kaa??

Itu Maharaja Najib lagi power... Tak de helaran sultan pun. Sebab dalam constitutional monarchy sultan takde power walau besar mana pun telor dia..

MACAM NAJIB NI PM PEGI DEMO sebab Najib takde power.. SATU DUNIA TAHU NAJIB MO1 YG KORUP... MONGOLIA .. SCORPENE ... SOSMA ... SEDITION ACT .. TAKDE SAPA RESPEXT NAJIB. ASEAN PUN LUDAH ..

Najib tegur Myanmar sapa nak demgar.. Mcm luu kata ' apa lancau Maharaja Najib ' bikin boleh buat.. Maharaja settle dulu bunuh mongol... Itu rakyat Malaysia yg mati dlm tahanan... SOSMA ... MalaysiaL pun ada masalah pembersihan ethnik dalam roll pilihanraya... Berjuta tak dapat megundi..

Maharaja Najib luuu sampah di mata dunia.. Lu pegi laa demo hari hari sebab lu takde power !!!

Sang Nila Utama berkata...

Tuan,
Mungkin si danial ni tak baca sekolah adat raja2 melayu. Pembesar2 mana duduk kerosi, seri paduka baginda sultan alam shah bana dari negeri pulau cendana saja yg dok atas kerosi.
Lagi pula kerosi untok pembesar2 sangat mahal, mesti beli yg impot punya, macam pintu dari maghribi, batu marmar dari itali, kena gst lagi. Ekonomi dan nilai ringgit merudum, tpi pemborosan tetap laju. Niat memang ada, tapi duitnya pula tak ada, nak buat macam mana? Tersipu sipu ajelah,

Tanpa Nama berkata...

Peristiwa yang terjadi kepada Tun Mahathir pada 2016.

Khidmat polis pengiring ditarik
Jawatan Penasihat Petronas dilucutkan
Tukang masak ditarik
Pembantu rumah ditarik
Mukhriz dipecat dari jawatan MB Kedah
Mokhzani dipecat dari jawatan Pengerusi Litar Sepang
Undangan ke majlis pertabalan agung dibatalkan

Memang tak dapat dinafikan pengaruh Tun M memang besar dan luas.
Kalau Tun M tak berbisa, orang tak akan ambil peduli.

Tanpa Nama berkata...

Ini satu perlakuan yg amat bodoh dan tidak matang. Sungguh memalukan !! Macam budak tadika. Kalau peringkat bawahan macam Ahli Jawatankuasa Kampung tu bolehlah diterima dek akal. Amat2 tidak matang.

Tapi tak apalah kita sama kita memang boleh agak siapa di sebalik kerja bodoh budak tadika ni. Namun begitu perasaan terkejut dan tak percaya tu tak dapat kita elakkan, rasa macam dihempap badak air pulak.
Meluat ke tahap muntah hijau !!!

Ini satu peringatan kepada kita. Jangan lupa untuk jalankan tanggungjawab kita dengan BIJAK semasa MEMANGKAH UNDI di PRU14 nanti.

Sekian.

Tanpa Nama berkata...

Ni aku nak tanya sikit.
Siapa yang ditabalkan jadi agung?
Sultan Kelantan ke Najib?

Tanpa Nama berkata...

Laaaaaaa...
Istana tempat raja2 pun dipolitikkan?
Takkan sampai dahsyat mcm tu sampai raja2 pun dicucuk hidung oleh ahli politik. Ini dah melampau mencabuli hak raja2. Siapa punya kerja ni?? Aku tak fikir raja yg dusanjungi akan buat kerja mcm ni. Mesti ada musang berbulu ayam ni yg buat onar.

Tanpa Nama berkata...

Apa kah Agong skrg hanya untuk BN saja?