13 Mei 2009

UMNO Semakin Terpencil Di Perak

Keputusan Mahkamah boleh menyebelahi Pakatan Rakyat dan boleh juga menyebelahi Barisan Nasional di dalam krisis Perak. Walaupun peruntukan yang tercatit didalam Perlembagaan Negeri Perak adalah jelas menggariskan bagaimana seseorang ADUN itu dilantik sebagai Menteri Besar dan bagaimana Menteri Besar yang dilantik itu boleh dipecat dari jawatannya, namun, Mahkamah diatas hujah undang-undang boleh membuat keptusan berlandas kepada pemahaman Hakim-Hakim yang bersidang.

Hakim yang jujur akan hanya membuat keputusan berlandas kepada peruntukan undang-undang, namun, apabila pihak Eksekutif berkuasa keatas Kehakiman, apa-apa pun boleh berlaku.

Kes siapakah Menteri Besar Perak belum dapat diputuskan melainkan setelah mendapat keputusan terakhir dari Mahkamah Persekutuan. Untuk sampai kesana berbagai tangga lagi akan dilalui.

"Stay of Execution of Judgement" yang memihak kepada Zambri tidak bermakna bahawa Zambri itu Menteri Besar yang sah, kerana dari segi "judgementnya" Nizar telah diputuskan sebagai Menteri Besar yang sah.

Hujah di Mahkamah Persekutuan akan memuktamadkan samada Stay of Execution of sah atau tidak, namun, isu muktamadnya akan diputuskan di Mahkamah Persekutuan siapakan Menteri Besar yang sah.

Dari segi Perundangan, mungkin dapat ditentukan siapakah Menteri Besar yang sah, tetapi dari segi mutlaknya, hanya rakyat sahaja dapat menentukan siapakan Menteri Besar yang mereka mahu samada dari Barisan Nasional atau dari Pakatan Rakyat.

Pakatan Rakyat tidak menjanjikan bahawa mereka boleh berkuasa semula didalam Dewan Undangan Negeri Perak jika Dewan itu dibubarkan dan Pilihanraya diadakan di Negeri itu.

Apa yang mereka janjikan ialah untuk mengembalikan semula kuasa itu kepada rakyat bagi mengatasi kekalutan dan krisis yang tidak berkesudahan ini. Ertinya, janji dari Pakatan Rakyat adalah satu janji yang jujur dan lohor untuk kepentingan Negeri Perak dan rakyatnya.

Unjuran dari Pakatan Rakyat ini mendapat sokongan dari parti-parti Barisan Nasional sendiri kecuali UMNO.

Parti MCA dan Gerakan mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan satu Pilihanraya baru diadakan.

Dr Chua Soi Lek, Timbalan Presiden MCA, menyatakan bahawa Pilihanraya baru bagi Negeri Perak adalah formula mengatasi kemelut politik yang tidak berkesudahan, dan pandangan beliau disokong Ten Chang Yeow, Setiausaha Agung Parti Gerakan, manakala Hsu Dar Ren, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Gerakan mencadangkan supaya Pakatan Rakyat dibenarkan untuk terus memerintah Negeri Perak dan jika itu tidak boleh dilakukan maka suatu Pilihanraya Negeri adalah jalan yang perlu diambil.

Sebelum ini Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen Gua Musang dan bekas Menteri Kewangan mencadangkan supaya DUN Perak dibubarkan dan Pilihanraya Negeri diadakan.
Masalah Pilihanraya baru bagi Negeri Perak bukan lagi menjadi masalah untuk mengekalkan kuasa Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional.

Negeri Perak kini sudah dilanda krisis yang cukup parah dan jika krisis ini berterusan sehingga berlangsungnya PRU-13, Perak akan kehilangan segala daya upaya ekonomi dan Negeri yang kaya itu akan menjadi sebuah Negeri yang miskin.

Kiranya dikekalkan pemerintahan Barisan Nasional di Negeri itu, krisis di Perak tidak akan reda kerana rakyat Perak telah memilih pemerintahan Pakatan Rakyat dan selagi Pakatan Rakyat tersingkir dari pemerintahan, rakyat Perak tidak akan patuh kepada Kerajaan Barisan Nasional yang ditegakkan secara haram.

Oleh yang demikian itu, tidak ada jalan lain yang lebih sempurna melainkan pembubaran Dewan Undangan Negeri Perak dan Pilihanraya baru diadakan.

Pembubaran ini boleh diadakan diatas Titah Raja Perak melalui MB yang sah atau melalui MB yang haram. Yang penting, Dewan Undangan Negeri Perak hendaklah dibubarkan dan Pilihanraya Baru diadakan. -lubukkawah


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yo Yo, saya sokong 100%.

Tanpa Nama berkata...

Dajjal politik malaysia ialah UMNO/ BN

C.C.GAN berkata...

UMNO perlu dikuburkan