13 Mei 2009

Najib Altantuya : Bapa Borek Anak Tak Rintik

Perdana Menteri Malaysia ke 2 Tun Abd Razak melakukan lawatan ke Republik Rakyat China pada tahun 1974 dan seterusnya menjalinkan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan Negara Tembok Besar yang berideologi komunis.

Langkah Tun Razak dilihat pemerhati politik sebagai satu langkah yang bijak bagi "memujuk" negara komunis itu dari terus menghulurkan bantuan kepada Parti Komunis Malaysia(PKM).

Ternyata selepas hubungan diplomatik terjalin, pihak China menghadkan bantuannya kepada PKM. Sekadar membenarkan ahli PKM berlindung di negara mereka. Tindakan diplomatik Tun Razak itu bersifat serampang mata dua.

Pertama mengurangkan sokongan China terhadap PKM dan keduanya menarik sokongan rakyat bangsa Cina terhadap BN.

Cara diplomasi Tun Razak bukan sahaja digunakan di luar negeri bahkan di dalam negeri. Selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969, Tun Razak menggunakan pendekatan perpaduan untuk kesejahteraan rakyat.

Digubalnya Dasar Ekonomi Baru bagi mengurangkan jurang pemisah kemiskinan yang rata-ratanya dipunyai oleh Melayu. Dari pendekatan politik, Tun Razak mengajak parti pembangkang Melayu dan Cina menganggotai kerajaan yang dinamakan Barisan Nasional.

Parti pembangkang seperti PAS yang menguasai Kelantan dan GERAKAN yang menguasai Pulau Pinang turut menyambut ajakan perpaduan yang dianjurkan Tun Razak. Tun Razak berjaya men"dingin"kan suhu politik dalam dan luar negeri. Itulah antara kelebihan Tun Razak.

Kini, anaknya Najib menjadi Perdana Menteri Malaysia ke 6. Adakah sama cara ayah dengn anaknya berpolitik?

Sebelum Najib menjadi PM, namanya sudah tercemar hinggakan Presiden PAS dalam reaksinya berkata :

i) Belum jadi PM sudah tunjuk jahat. (merujuk peristiwa Perak)
ii) PM telah bertukar seperti pemandu bas dari pemandu yang mengantuk kepada samseng jalan raya.


Belum sampai 100 hari menjadi PM, Najib sudah tunjuk wajahnya yang sebenar. Bolehkan kita bayangkan hari-hari seterusnya semasa pemerintahan PM Najib?

Jka Tun Razak suka mengamalkan diplomasi, Najib pula gemar menggunakan langkah samseng dan mafia. Lihatlah isu Perak. Bermula rampasan kuasa Februari lalu hingga kepada penggunaan Mahkamah Rayuan untuk menafikan hak MB Nizar.

Itu belum lagi dengan kes gadis Mongolia. Mulai sekarang rakyat Malaysia perlu bersiap sedia menghadapi satu lagi "bala". Iaitu punyai PM yang kepalanya suka gunakan taktik samseng ala C4 !

Mungkin jika Tun Razak masih hidup, beliau geleng kepala lihat lagak "samseng" anaknya memerintah Malaysia. -tok pepijat

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Apa pun kelemahan pemimpin Malaysia yang dahulu, ternyata mereka cintakan rakyat dan negara. Mereka tidak tamakkan harta negara dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki keadaan dan menyelesaikan masalah. Pemimpin kita sekarang (bermula dari era Tun Mahathir mungkin) - mereka yang cetuskan masalah!
Begitu juga dengan Sultan yang dahulu. Contohnya, almarhum Tuanku Sultan Idris yang memerintah Perak sebelum Sultan Azlan.
Benar, almarhum punyai kelemahan tapi tanyalah kepada rakyat Perak - almarhum sungguh dekat di hati rakyat. Almarhum sering melawat rakyat di kampung-kampung dan akan murka jika didapati mereka telah menyembelih ayam/kerbau khas untuknya. Ini adalah kerana almarhum mahu santap makanan yang biasa seperti mereka.Rakyat mudah berjumpa dan mengadu kepada almarhum. Sesiapa saja rakyat almarhum (termasuk orang Asli) yang dalam kesusahan akan mendapat bantuan selepas mengadu. Semasa banjir, almarhum akan memandu sendiri motorbot untuk melihat keadaan rakyat dan pernah menyelamatkan rakyat yang terperangkap di atas bumbung. Masa musim durian, rakyat akan datang ke istana mempersembahkan durian yang terbaik buat almarhum, tanda kasih dan ingat kepadanya. Semasa pemerintahan almarhum, rakyat bebas keluar masuk istana tapi tiada pernah terdengar kes kecurian. Sekarang rakyat yang minta izin melawat istana secara bertulis pun ditolak. Tapi...pagar istana pun lompang-lompang kerana ada bahagian-bahagian pagarnya dicuri orang!
Apapun, kami rakyat Perak amat yakin, sekiranya almarhum masih ada, krisis Perak tidak akan berlaku. Pertama, almarhum tidak akan membiarkan dirinya dipergunakan untuk merampas kerajaan dari kerajaan yang sah pilihan rakyat. Kedua, almarhum sama sekali tidak akan mengizinkan rakyatnya dikasari oleh polis dan FRU hanya kerana ingin mengadu kepada Raja mereka. Mungkin almarhum tidak berpelajaran begitu tinggi, namun almarhum yang benar-benar merupakan Raja berjiwa rakyat, faham maksud istilah 'payung' yang digunakan oleh orang Perak untuk raja. Almarhum pasti faham sentimen rakyat yang berkumpul untuk mengadu kepada Raja, memohon pembelaan BUKAN untuk merusuh! Bayangkan - rakyat yang ingin mengadu, yang TIDAK bersenjata diperlakukan sebagai penjenayah atau musuh oleh institusi yang sepatutnya membela dan melindungi mereka.
Sebagai manusia, kita semua punyai kesalahan dan kita mengharapkan keampuan Allah SWT. Begitu juga dengan almarhum. Tetapi sebagai seorang Sultan, almarhum telah memberikan kasih sayang dan pembelaan kepada rakyat. Kami rindui almarhum!