12 Mac 2016

Keangkuhan Yang Terjawab....

Pakatan baharu: Bukti Pas tak boleh sendirian

SHAH ALAM – Hasrat Pas untuk membentuk satu kerjasama politik dengan sebuah parti politik membuktikan parti Islam itu tidak boleh bersendirian dalam menghadapi PRU14 akan datang.

Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, Pas sudah sedar kesilapannya 'menceraikan' Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini dan perlu mencari sekutu baharu yang boleh memberikan kelebihan kepada mereka.

“Ini menunjukkan Pas sedar bahawa tanpa satu gabungan, tanpa berkawan dengan parti lain, mereka tak dapat berdepan dan menghadapi PRU14 secara bersendirian. Sebab itu Pas sedar, mereka perlu mencari gabungan politik lain.


“Kita tunggu dan lihat saja, agenda kita memperkukuhkan Pakatan Harapan. Dia nak cari parti mana untuk bergabung, atau berkawan dengan sesiapa. Kita tak boleh menghalang sesiapa (wujudkan blok politik), ini negara bebas, (kerana) itu hak mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis yang mengumumkan pihaknya akan membentuk pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Takiyuddin bagaimanapun berkata, blok pembangkang baharu itu tidak akan melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada 16 Mac ini.

Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Abdul Samad pula menyifatkan sikap parti Islam itu bercanggah dengan pendirian asalnya, iaitu mahu bersendirian selepas keluar dari PR pada Jun tahun lepas.

“Kita tunggu mereka buat pengumuman (16 Mac), dengan siapa dan sebagainya, tapi itu hak dia nak jadi pakatan ketiga. Sekarang ini rakyat mahu menggantikan BN, mereka nak tengok satu alternatif.

“Sebab itu kita bersusah payah nak bina PR dulu, Pas pula pecahkannya, sekarang ini kita buat Pakatan Harapan, Pas pula nak buat pakatan lain, terpulang kepada dia. Saya ucapkan selamat berjaya kepada Pas,” kata Ahli Parlimen Shah Alam itu.

Bagi Ahli Parlimen Sepang, Hanipa Maidin, Pas perlu memutuskan hubungan politiknya dengan PKR kerana parti itu adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan.

“Saya harap Pas sedar diri dengan putuskan hubungan dengan PKR, kalau Pas dalam masa sama mahu teruskan hubungan dengan PKR, nampak sangat dia nak mengadakan hubungan dengan Pakatan Harapan.

“Orang nampak Pas tak konsisten, saya tak tahu apa pendirian Pas dengan menjalinkan hubungan dengan PKR,” katanya lagi. -SH

Pakatan baharu: Keputusan Pas tidak diketahui PKR


SHAH ALAM - Keputusan Pas untuk membentuk satu pakatan baharu dengan sebuah parti politik dalam menghadapi PRU14 tidak dimaklumkan secara rasmi kepada PKR, selaku rakan tahaluf siyasinya.

Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli berkata, pihaknya akan menunggu Pas berbuat demikian atau menunggu pengumuman rasmi itu pada 16 Mac in untuk tindakan lanjut.

"Saya tidak dimaklumkan oleh Pas setakat in, jadi saya akan tunggu pengumuman 16 Mac ini. Kemudian kita akan bincang di peringkat KEADILAN terlebih dahulu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan pada Khamis yang mengumumkan pihaknya akan membentuk pakatan baharu dengan sebuah parti politik bagi menghadapi PRU14 akan datang.

Takiyuddin bagaimanapun berkata blok pembangkang baharu itu tidak akan melibatkan Umno dan Pakatan Harapan dan perkara itu akan diumumkan pada 16 Mac ini
-SH


Tak mungkin PAS bergabung dengan kami – PSM

PETALING JAYA : Parti Sosialis Malaysia (PSM) menafikan cakap-cakap bahawa parti itu akan bersama-sama PAS bagi membentuk blok pembangkang baharu atau kuasa ketiga.

Setiausaha Agung PSM, Sivarajan Arumugan berkata, tidak mungkin parti Islam seperti PAS mahu bergabung dengan PSM.

“Tak mungkin parti Islam nak bergabung dengan kita. Tak mungkin. Kita pun tak tahu PAS mahu bergabung dengan siapa,” katanya kepada FMT.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddun Hassan yang mengumumkan parti itu akan membentuk blok baharu pembangkang pada 16 Mac, menjadikan kumpulan itu blok pakatan pembangkang ketiga di negara ini.

Dalam pada itu, Sivarajan turut ditanya adakah parti itu mahu atau akan bergabung dengan mana-mana parti.

“Dua tahun yang lepas, kita bentuk gabungan kiri. Tapi gabungan kiri itu bukannya untuk pilihan raya ..tapi dia sebenarnya kumpulan dengan individu-individu lain yang kita usahakan (untuk) perjuangkan isu-isu,” katanya.

Sementara itu, Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Abdullah Zaik memberitahu FMT, pihaknya tidak mendapat maklumat ura-ra PAS merancang bergabung dengan parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“Tak tahu..tak dapat maklumat,” katanya.

Pada tahun 2013, ISMA bertanding tujuh kerusi Parlimen dan dua DUN atas tiket BERJASA- parti serpihan PAS. Namun, kesemua calon itu kalah.
-FMT



ULASAN GB

Dulu komain mendabik dada kata PAS dah kuat, boleh bersendirian dan tak perlu parti lain.

Tiba-tiba mahu tubuh blok ketiga. Mahu bhekerjasama dengan parti lain. Mungkin sekarang tengah mencari-cari NGO sekecil mana sekalipun, asalkan mahu bersamanya walaupun mungkin NGO itu satu ketika pernah menjadi musuhnya. Tak kisah, itu dulu, sekarang mahu tunjuk PAS tak sendirian. Ada kawan. Ada teman. Sekadar NGO sajalah. Parti politik lain sudah renjis awal-awal.

Gb sudah ulas isu ini. Boleh semak semula di PAS Baru Sedar Tidak Boleh Sendirian, Mahu Bentuk Blok Ketiga

24 ulasan:

Ali berkata...

Bergantung dgn NGO aku la.ada 2 org je.aku dgn bini aku.aku nak gaji 5k je sebulan hadi.kalau setuju bgtau ya..

Tanpa Nama berkata...

Parti yang nak join PAS pun perlu berhati-hati dengan PAS ni...
jangan terkena seperti yang terjadi kepada Pakatan Rakyat...

untuk PAS - KINI BARU KAU SEDAR!

Tanpa Nama berkata...

Pas yg benornyer nak gabung ngan umno...cam tak rau plak.... apaa raaa...

Tanpa Nama berkata...

Sebelum nonton filem jerman, terasa diri kuat dan gagah benar. Tetapi selepas tontowi, didapati kita punya kepala tidaklah sebesar mana pun berbanding kekuatan orang lain......
Dah jadi beruk termakan cili PAS ni...tak tentu arah, celaru hilang pedoman...siannnn.....

Tanpa Nama berkata...

Alahai. Buat kalut dan bikin berita sampah jelah ko ni. Orang dok berhimpon nak kejor penyamun and the geng, ko koner pulak isu negara ye. Keh keh keh.

Berapa ekor pun punai yang kau nak jerat kami tak heranlah. Tak ade harga sekarang nih. Orang bengap tak ade akal je yang nak join blok ko tu. Keh keh keh.

Meh. Kita lupakan saja si nyanyuk tu. Ramai2 kita berpakat. Kejor penyamon tuh. Kejor, kejor, kejor. Keh keh keh.

( Ulasan dari orang mereng pasal tak cukup makan. Dah le getah jatuh, kena gst pulak)

pemuda parit kings berkata...

Akhirnya....sedihkan tgk pascai ni...hahaha nasib2....lain kali guna akai...la ni...padan muka...

Tanpa Nama berkata...

“Saya harap Pas sedar diri dengan putuskan hubungan dengan PKR, kalau Pas dalam masa sama mahu teruskan hubungan dengan PKR, nampak sangat dia nak mengadakan hubungan dengan Pakatan Harapan.

“Orang nampak Pas tak konsisten, saya tak tahu apa pendirian Pas dengan menjalinkan hubungan dengan PKR,” katanya lagi. - Hanipa Maidin.

....saya cuma hairan dengan kenyataan Hanipa Maidin nih. Sepatutnya kita tanya PKR apa motif kerana masih menjalin hubungan dengan PAS yang sudah menolak Pakatan Harapan dari awal, dan PKR pula berkeras dari awal mahu terus berhubung dengan PAS...

So, saya nak tanya sekali lagi...APA MOTIF PKR MASIH MENJALIN HUBUNGAN DENGAN PAS SEDANGKAN JELAS2 PAS SUDAH MENOLAK PAKATAN HARAPAN?

PKR seharusnya sudah melupakan PAS dan teguh dengan PH. Dalam keadaan sekarang, orang ramai keliru dengan PKR. PAS sudah jelas mau bentuk blok ketiga.

Bagi saya, ini yang saya nak kata...SUDAHLAH PKR. KAMU YANG MENGELIRUKAN ORANG RAMAI. TUBUH PAKATAN HARAPAN TAPI MASIH ADA HUBUNGAN POLITIK DENGAN PARTI YANG MENOLAK PAKATAN HARAPAN. KAMU SEBENARNYA YANG MELEMAHKAN PAKATAN HARAPAN.

Saya harap PH terus istiqomah meluruskan perjuangan membela kepentingan rakyat dan negara Malaysia.

Tanpa Nama berkata...




Jalan Yg LURUS... Terang Ber CAHAYA
Bukan U-Turn... Tunggang Ter BALIK
Bukan KELIRU... AUTA Sandiwara
Khianat FITNAH... Murtad yg JELIK


Hanya Yg MURTAD... Sanggup KHIANAT
Hanya Yg MURTAD... Menyamar KELIRU
RASUAH Men CURI... Songlap Merembat
Memaki HAMUN... FITNAH Merapu



Siratol MUSTAQIM... LURUS Ber CAHAYA
Terang Benderang... Kedasar HATI
NIAT yg Berong... Mudah Di "BACA"
Rasuah Men CURI... Tak Leh Sembunyi
FITNAH Merapu... Cuba nak "COVER"
Songlap Ber JUTA... Takut Di KETAHUI


Siratol MUSTAQIM... LURUS Ber CAHAYA
Terang Menyuloh... MINDA dan Maya
Khianat FITNAH... MURTAD yg Nyata
Men CURI Merembat... SONGLAP Ber Juta
Akhirnya Di SULOH... TERANG Ter Buka
Si Muasang Ber JANGGUT... Oh! Roper2 nya!


pemuda parit kings berkata...

Sepi oooo sepi....parti pas kini menjadi parti yg bengong tanpa haluan yg jelas...nasib baik pulak pkr bg muka kat pas...klu x?apa yg nk dibangga lagi pas ni???cakap soal kekuasaannya ada kerusi parlimen?pru akan datang selamatkah kerusi tu???hahaha...sendiri mau ingat la...saya tak akan mengundi pas lagi...jgn harap undi org yg boleh berfikir dgn baik...hahaha...sianla si pascai skrg..malang betul kamu...saya ada terbaca berita baru dari titm...sedihla kenyataannya...hahaha...buat org bodoh jer percaya...dah terang buat silap..ckp org pulak yg cemburu dan irihati pd pas...kah3x...

Abdul Said berkata...

Itulah jangan cakap besar. Jangan takkabur. Nasihat orang pandai kat surau dan masjid. Sekarang apa sudah jadi? Sebelum bertambah teruk cepat-cepatlah berubat. Jumpa pakar. Mana tahu, entah-entah ada yang sudah kena dementia....... nyanyukla tu. Simtomnya antara lain ialah hilang ingatan, pertimbangan yang cacat dan hilang kemahiran berkomunikasi. Takkan orang berilmu ugama, dapat ijazah dari tok-tok guru hebat dari merata dunia nak berketuakan orang-orang nyanyok!! Kecualilah sama-sama nyanyok!!

Tanpa Nama berkata...

Islam kalah dan dihina pun xpa.. asalkan poket saya masyukkk 100k sebulan..

Nanti Allah akan menangkan Islam..kahkahkah.. masyukk

Tanpa Nama berkata...

Lebai dalam pas pegang semua jawatan dlm pas...apa mereka boleh buat utk gerakan islam kalau hanya memegang jawatan tp xtau bekerja?? hanya boleh buka kitab dan menceritakan semula sirah2 anbiya?dan hanya menyeru org mengikuti akhlak anbiya...sedangkan yg jauh lebih penting dari itu,peranan lebai2 ialah mencontohi akhlak nabi...mencontohi akhlak nabi dlm semua segi terutama bagi lebai2 yg dlm politik ni perlu mencontohi sikap kepimpinan nabi...sikap kebijaksanaan nabi...amanah, fatonah, siddiq dan tabligh.

Tanpa Nama berkata...

Pas bergabung dgn perkasa aje.udah berpeluk2 mersa aritu kan....elok sgtla tu pas parti sotong + perkasa parti katak...jd gabungan "perkatak"...buleh lompat sesuka hati kesana kemari sambil jerit2 aku kuat aku kuat....tgk jela perangai pun sama hadi ngan ibrahim ali..ego pastu bodo dan sombong..mcmni punya org xlayak jd pemimpin. Jd ngo sorak2 bulehla...

Saadun Sulaiman berkata...

Angkara termakan hasutan "LEBAI MALANG a.k.a AL-MAUNAAH yang merupakan jelmaan DAJJAL nernama Mokhtar Senik" ternyata kini bahawa kebanyakaan para pemimpin PAS, PIS, PUS sudah hilang sentuhan. Mereka pernah mendabik dada menyatakan,
"PAS, PIS DAN PUS akan lebih kuat bila bersendirian, malang nya akhir akhir ini fikiran mereka semakin malap, kelam dan gelap. Statement yang dikeluar kan pun tidak senada. Kini saya nak lihat parti atau NGO mana yang sanggup berkerjasama dengan puak puak meroyan ni. Kadir Sheikh Fathir sudah pun menyataka ke enggangan beliau untuk bersama dengan parti yang semakin mereput ini.

Tanpa Nama berkata...

Harap maklum, semua ini adalah arahan dari umno , dia orang semua ini adalah barua umno, kerja mereka nak menjahankan pakatan, inilah kerja kerja barua.kurang percaya tunggu dan lihat.

Timnajib Jomfikir berkata...

Hadi oohhh hadi....mu bawa PAS jatuh menjunam lah....

Nampaknya, tak sampai 2 thn...PAS kembali ke asal ...iaitu, semasa penubuhannya.

Tanpa Nama berkata...

kalau x mampu buat. baik jgn la pula buat keburukan.

Tanpa Nama berkata...

Hadi ni jenis bongkak bodoh sombong..pewaris nabi?? Hahaha..pewaris syaitan adalah..

Tanpa Nama berkata...

Susah juga nak cari siapa ketua parti yang ada sekarang yang setaraf atau lebih bangang dari Presiden PAS.

PAS perlu longgarkan prinsip perjuangan parti untuk menyesuaikan PAS dengan parti sekutunya yang baru. Hj Hadi yakin perjuangan cara PAS (geng Hj Hadi) adalah kekuatan mereka sehingga mereka yakin untuk bersendirian. Baru mereka sedar mereka tersilap (angkuh) sebab itu kena tukar dan bagi Tuan Ibrahim ganti.

Parti Ungka dalam hutan pun akan tolak parti yang berpresidenkan Hj Hadi ... tukar lah sahaja lah Tuan Presiden dengan yang baru.

PAS kini adalah parti yang menguna Islam untuk menyelamatkan melayu (UMNO)
sahaja.. bukan menguna Islam untuk menyelamatkan negara !

Ada perbezaan antara kali menipu dan kaki putar belit. Kaki putar belit mengelirukan dan membuat orang lain tidak tahu dimana keadaan sebenarnya.

Oleh itu, parti sekutu PAS mestilah kaki putar belit dan tidak malu juga seperti Hj Hadi.

Ritchie Blackmore berkata...

Keh keh keh Pkr pun dah jadi bangang kena jampi dgn Haron Jin...

Tanpa Nama berkata...

Ok..ok .....setuju...fakta nya mantap.........

Tanpa Nama berkata...

Lebih baik pas bergabung dgn perkasa. Alang2 hadi dan brahim dah peluk2, kasi bergabung terus.. baru la meletop letop hahaha

Tanpa Nama berkata...

Sebongkak2 Ibrahim Ali.. bongkak lagi Haji Hadi.. duit penuh poket bulan2.. rakyat makan pasir pun..apa dia nak pedulik!!!

Tanpa Nama berkata...

Pada aku tajuk tu boleh ditukar kepada Kebodohan dan Kebahalulan Yang Tidak Boleh DiAjar.